• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kaedah Konstruktivisme dalam sejarah dalam

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Kaedah Konstruktivisme dalam sejarah dalam "

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Pendahuluan

Keberkesanan dan kejayaan pengajaran dan pembelajaran Sejarah bergantung bergantung kepada kreativiti guru merancang, mengolah dan melaksanakan pendekatan ,kaedah,teknik secara bersepadu dan sistematik.Guru perlulah merancang pengajaran dan pembelajaran yan berpusatkan murid bagi menggalakkan penglibatan yang aktif agar menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik1. Di samping itu ,guru perlulah memberi fokus kepada penerapan dan pengamalan berterusan tentang elemen kewarganegaraan dan nilai sivik. Pengajaran Sejarah, memerlukan anjakan paradigma dalam menarik minat pelajar menghayati mata pelajaran itu. Kaedah berkonsepkan pergantungan sepenuhnya terhadap buku teks, kini dianggap sudah tidak berapa sesuai lagi2 Terdapat beberapa kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah. Kaedah merupakan alat pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mencapai objektif dan menjadikan corak pendidikan di dalam bilik darjah menjadi lebih seronok dan berkesan.Antara kaedah pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah seperti berikut:

i) Kaedah Kajian Kes

Kajian kes ialah kaedah penyelesaian masalah dalam bentuk deskriptif atau penerangan.Kajian kes boleh dijalankan dalam kalangan murid bagi melaksanakan kurikulum mata pelajaran sejarah.Salah satu pedagogi penting yang dapat dilaksanakan dalam menjalankan menjalankan kajian kes ialah inkuiri .Kajian kes dapat meningkatkan kemahiran dan kebolehan murid untuk mengenal pasti permasalahan ,merancang,mengolah isi dan memberi rumusan terhadap sesuatu permasalahan 3. Pengalaman menjalankan kajian kes dapat menggalakkan penglibatan murid ,disamping memupuk sikap ingin tahu.Kajian kes boleh dijalankan berdasarkan pelbagai aspek atau isu mengikut langkah-langkah yang berikut :

a) Kajian kes adalah berdasarkan cerita atau peristiwa bagi menjawab beberapa persoalan yang menggunakan kemahiran menaakul ,di samping memberi pendapat dan membuat rumusan serta menggalakkan penglibatan murid

1 Kemneterian Pendidikan Malaysia

2 Berita Harian

(2)

dalam pengajaran dan pembelajaran .Kaedah ini dapat mengenal pasti inti pati cerita atau peristiwa yang hendak dikaji.

b) Memahami pesoalan berdasarkan petikan cerita atau peristiwa yang terkandung dalam kurikulum Sejarah.

c) Mengumpul maklumat melalui pelbagai kaedah berkaitan cerita atau peristiwa tentang pperkara yang hendak di selesaikan .

d) Mengkaji maklumat yang telah dikumpul dengan cara menganalisis ,menaakul dan empati untuk menjelaskan masalah tersebut.

e) Membuat rumusan dan menyatakan pengajaran yang diperoleh daripada maklumat yang telah dianalisis.

ii) Kaedah Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir secara kritis ,kreatif dan inovasi.Kemahiran berfikir secara kritis ialah kebolehan untuk menilai sesuatu idea secara munasabah dan bersifat evaluatif. Kemaahiaraan berfikir secara kreatid daan inovasi pula merupakan kkebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan dan bersift generatif.Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada.Kemahiran berfikir secara menaakul adalah sebagai perangsang dalam membantu murid membuat pertimbangan secara logik dan rasional.Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatakan beberapa kemahiran berfikir kritis dan kreatif.Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah membina dan memahami konsep ,membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

iii) Keadah Belajar Cara Belajar

(3)

pembelajaran.Kaedah ini membolehkan pelajar membuat refleksi danmenilai tahap pembelajaran sendiri serta mampu mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam situasi yang berlainan.

iv) Kaedah Pembelajaran Masteri

Pembelajran masteri merujuk kepada suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan alam suatu un\it pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya.Kaedah ini digunakan kerana murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza dalam pembelajaran.Kaedah ini memerlukan pperuntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

v) Kaedah Pembelajaran Akses Kendiri

Pembelajaran Akses Kemdiri ialah suatu kaedah yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran.Murid diberi peluang memilih aktiviti,menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka.Dalam program Pembelajaran Akses Kendiri, bahan pembelajaran direka dan diuruskan supaya murid belajar mengikut minat ,keperluan,tahap penguasaan dan gaya pembelajaran mereka.Murid juga boleh mengetahui maklum balas pencapaian mereka kerana Pembelajaran Akses Kendiri menyediakan pentaksiran kendiri.

vi) Kaedah Pembelajaran Luar Bilik Darjah (PLBK)

(4)

menyeronokkan.Sellain itu PLBK boleh mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan murid.

vii) Pembelajaran Secara Konstektual

Pemebelajaran secara konstektual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian inndividu, masyarakat dan persekitaran. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands- on dan mond –on.

viii) Pembelajaran Secara Kontruktivisme

Kontruktivisme adalah suatu kaedah pembelajaran yng menggalakkan murid membina sendiri pengetahuan dn konsep secara akktif berdasarkan penegetahuan dan pengalaman sedia ada.Dalam proses ini, murid akan meyesuaikan ilmu pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.

ix) Kaedah Pembelajaran Kajian Masa Depan

Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan ialah satu kaedah pengajaran seara saintifik untuk memikirkan tentang masa depan secara berkaedah dan bermakna.Dalam megkaji masa depan, murid peprlu tahu perkara yang telah berlaku (sejarah) dan pperkara yang sedang berlaku (trend dan perubahan terkini). Maklumat ini penting bagi membantu murid membuat pertimbangan terhadap kemungkinan yang akan berlaku pada masa depan sebelum membuat sesuatu keputusan. Kajian masa depqan bertujuan mendidik murid supaya bersedia menghadapi cabaran dan perubahan di samping menyedari bahawa masa depan pasti berubah.

x) Kaedah Penggunaan Teknologi Maklumat

(5)

meningkatkan motivasi diri, di samping membolehkan murid mengamalkan pembelajaran kendiri.Penggunaan TMK boleh dilaksanakan secara tutorial ,penerokaan, aplikasi dan komunikasi.

Pengajaran Sejarah, memerlukan anjakan paradigma dalam menarik minat pelajar menghayati mata pelajaran itu. Kaedah berkonsepkan pergantungan sepenuhnya terhadap buku teks, kini dianggap sudah tidak berapa sesuai lagi. Terdapat beberapa kaedah yang sesuai digunakan untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sejarah Kaedah merupakan alat pengajaran yang digunakan oleh guru untuk mencapai objektif dan menjadikan corak pendidikan di dalam bilik darjah menjadi lebih seronok dan berkesan4

Sejarah bukanlah sesuatu yang asing pada masyarakat kita kerana negara kita juga memiliki sejarahnya tersendiri.Unsur-unsur sivik yang telah diterapkan dalam mata pelajaran Sejarah adalah supaya para pelajar dapat menghayatinya kepentingan sejarah. Matlamat pendidikan Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia5. Melalui penghayatan sejarah tanahair, pelajar-pelajar dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan keharmonian dan semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dalam sebuah negara yang mempunyai satu bahasa 6.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Sejarah, masalah mengingat fakta dan menghuraikan fakta sememangnya merupakan satu perkara yang agak umum bagi pelajar, khususnya bagi pelajar yang lemah dari segi akademik.Akan tetapi setelah diperhati dan diperhalusi didapati masalah mengingat fakta dalam mata pelajaran Sejarah ini berlaku akibat dari beberapa faktor.Antaranya ialah disebabkan oleh sikap pelajar yang tidak berminat untuk membaca dan tidak berminat untuk ingin tahu, cara pelajar menghafal fakta tanpa memahami konsep dan kronologi peristiwa yang berlaku dan sikap pelajar yang tidak suka bertanya untuk faham.Selain itu, masalah ini wujud adalah disebabkan oleh pelajar yang terlalu bergantung kepada ayat buku teks menyebabkan pelajar tidak dapat menjawab

4 Kementerian Pendidikan Malaysia

5 Jurnal Pendidik dan Pendidikan

(6)

soalan apabila ayat tersebut diubah dan juga kebergantungan kepada fakta buku teks semata-mata menyebabkan pelajar tepu dan rigid untuk berfikir7

Kaedah Konstruktivisme

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka. Konstruktivisme berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik. Ia berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seorang individu8. Justeru itu, apa yang dilalui dalam kehidupan seorang merupakan himpunan kesemua pengalaman yang dialami oleh manusia. Dalam proses ini, seseorang individu akan membina atau ‘konstruk’ ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri dan bukan menguasainya daripada orang lain.9

Pembinaan ilmu adalah satu proses semulajadi. Menurut penyokong konstruktivis, apabila manusia berhadapan dengan sesuatu tidak diketahui, mereka ingin memahaminya. Naluri mereka akan mengaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada supaya ia menjadi satu informasi yang bermakna.10

Melalui refleksi,pelajar-pelajar akan membina makna bagi setiap fenomena di sekelilingnya. Mereka akan menjana peraturan dan panduan mental sendiri agar memahami dunia sekeliling. Dengan itu, pembelajaran mereka dipengaruhi oleh cara sesuatu topik dipersembahkan oleh guru dan kualiti pengalaman yang ada pada para pelajar.

Prinsip-Prinsip Konstruktivisme

7 Junal Pendidkan Malaysia

8 Jurnal Pendidikan Malaysia

9 Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran

(7)

Setiap murid yang menerima maklumat akan memproses secara kognitif untuk mencerminkan dan membayangkan keperluan, sifat semulajadi, pemikiran, sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri.

Ahli konstruktivis menganggap bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar. Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan.

Ciri-Ciri Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai suatu proses pelajar membina makna secara aktif daripada pengalaman yang dilaluinya. Juga makna yang dibina itu bersangkutan dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Ciri paling penting pembelajaran konstruktivisme ialah pelajar-pelajar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Guru-guru mesti sedar tentang corak mental pelajar yang membantu mereka mengerti dunia dan membuat andaian-andaian untuk menyokong pemikiran mereka. Dalam teori konstruktivisme, pembelajaran bukan merupakan satu proses penghafalan maklumat di mana jawapan betul diberikan oleh guru.

Justeru itu, pembelajaran mesti bermula dengan isu-isu yang berkait rapat dengan minat dan naluri ingin tahu pelajar. Pemahaman sesuatu konsep harus dibuat secara menyeluruh dan sebagai kaitan di antara bahagian-bahagian yang kecil dan pembelajaran berpusatkan kepada pengusaan konsep-konsep asas 11. Guru harus menunjukkan pertalian di antara fakta-fakta dalam sesebuah konsep supaya pelajar dapat mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada. Bagi membolehkan pelajar memahami pengajaran guru, maka guru-guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar dan membina kefahaman berdasarkan pengetahuan sedia ada ini. Selain itu, guru juga harus mendorong proses pembelajaran pelajar dengan mengemukakan soalan-soalan terbuka dan sering mengadakan perbincangan kumpulan di kalangan pelajar. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa pembelajaran secara konstruktivisme hanya berlaku dengan adanya penglibatan aktif pelajar dan tahap pemahaman pelajar bergantung kepada pengetahuan sedia ada mengenai konsep yang dipelajari.

(8)

Implikasi Teori Konstruktivisme Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sejarah

Prinsip yang paling penting adalah bahawa guru tidak memberikan pengetahuan kepada murid. Sebaliknya murid-murid mesti membangunkan ilmu pengetahuan secara kendiri dalam struktur mental mereka. Ini bermakna murid-murid harus berusaha sendiri dalam aktiviti seperti berikut :

1. Pembinaan Ilmu Pengetahuan Kendiri

Pelajar-pelajar membina pengetahuan sendiri, iaitu membina makna daripada pengalaman dan interaksi sosial serta persekitaran. Secara aktif, pelajar-pelajar membina maklumat berasaskan pengalaman sedia ada dan apa yang telah dipelajari oleh mereka sebelum proses ini adalah penting. Pengetahuan dibina secara aktif melalui proses saling mempengaruhi di antara pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baru, proses-proses berterusan melibatkan penjanaan idea, pemeriksaannya dan kemudian penstrukturan semula idea-idea tersebut. Pembinaan maklumat dibuat secara membanding maklumat lama dan baru.Dalam pembelajaran Sejarah, pelajar perlu membaca dahulu tajuk yang akan diajar sebelum sesi pembelajaran bermula supaya pelajar mudah memahami dan mengikuti apa yang di ajar oleh guru.

Guru sebagai fasilitator menyediakan pelbagai bahan sokongan untuk membantu pelajar-pelajar dalam proses pembelajaran kendiri. Bahan bantu pengajaran yang digunakan oleh guru harus menunjukkan perkaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar. Bahan-bahan bantu pengajaran yang dipersembahkan juga mesti menarik dan pelbagai untuk menarik minat pelajar-pelajar agar mereka cepat menguasai ilmu baru. Pelajar-pelajar-pelajar mengambil kesempatan untuk menerapkan idea-idea baru berdasarkan pemahaman kendiri daripada bahan-bahan bantu pengajaran.Contohnya penggunaan bahan bergambar dan grafik seperti carta-carta, poster, slaid, video dan sebagainya.

Pelajar-pelajar hanya boleh membina ilmu pengetahuan dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran 12. Mereka perlu menggunakan

(9)

minda mereka secara aktif untuk membandingkan maklumat-maklumat baru dengan pengalaman sedia ada mereka dan untuk mencapai kefahaman terhadap maklumat baru ini. Pelajar-pelajar juga terlibat dalam proses metakognitif, iaitu operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran secara kognitif dalam minda mereka. Pada akhir sesi pengajaran, mereka terlibat dalam proses-proses menilai dan menaksir pemikiran sendiri melalui refleksi dan renungan.Sebagai contoh guru mengadakan sesi soal jawab di akhir pengajaran untuk memastikan setiap pelajar mengikuti sesi pembelajaran tersebut dengan berkesan.

Pelajar-pelajar perlu merancang strategi pembelajaran yang berkesan untuk diri sendiri serta membuat refleksi dan menilai tentang pembelajaran yang telah berlaku. Guru pula perlu merancang dan menggalakkan pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk mengendalikan pembelajaran kendiri mereka.Contohnya membuat aktiviti berkumpulan dan setiap kumpulan akan membentangkan tajuk yang diberi di hadapan kelas.Secara tidak langsung ini menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.

Kesimpulan

Sejarah merupakan satu mata pelajaran yang penting. Hal ini demikian kerana pengajaran sejarah mampu membentuk jiwa, akhlak, dan jati diri bangsa khususnya dalam memupuk semangat patriotisme. Oleh itu,guru berperanan untuk menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis dan menciptakan pengajaran yang berkesan bagi menarik minat dan membantu pelajar-pelajar mempelajari Sejarah dengan mudah.Dengan mengaplikasikan Teori Memprosesan Maklumat Gagne dan Teori Pembelajaran Konstruktivisme di dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah,masalah sukar mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran Sejarah dapat diatasi. Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran 13. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat .Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek.Kemudian diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang.Kombinasi pengetahuan (maklumat yang diproses) & kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan secara tidak langsung akan membantu meningkat daya ingatan pelajar dan memudahkan pelajar mempelajari Sejarah. Kaedah Pembelajaran Konstruktivisme pula adalah strategi pengajaran memusatkan murid dan guru bertindak sebagai fasilitator dalam pengurusan aktiviti pengajaran danpembelajaran.Guru perlu

(10)
(11)

Kaedah Simulasi

Menurut Ang Huat Bin (2011) simulasi adalah suatu pengajaran yang sangat berkesan.Penggunaan kaedah simulasi membolehkan guru mencapai objektif pembelajaran dari segi konsep ,isi kandungan,,kemahiran dan sikap.Kaedah simulasi juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti.

Simulasi yang berasal dari perkataan simulate bermaksud berpura-pura atau perbuatan seolah-olah.

Menurut Mok Song Sang (2004) pula, Simulasi adalah juga suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan sengaja diwujudkan sama dengan situasi sebenar.Tujuannya adalah untuk menjalankan latihan demi untuk menyelesaikan masalah.

Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk”Teori-teori Yang Boleh Diguna Atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” bertarik 5 Disember 2009, menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi adalah satu gambaran absrtak tentang situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing untuk

menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan.ia juga merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk meyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau meyediakan situasi –situasi yang benar-benar wujud dalam keadaan terkawal.

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah , kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan pelajar berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan tujuan mengemukakan cara

penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan, di mana masalah yang ditimbulkan itu melibtkan satu kajian yang rumit, masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku di alam sekitar.

Terdapat beberapa jenis simulasi yang biasa digunakan dalam aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.Antaranya Antaranya ialah lakonan atau drama,sosio

(12)

yang menarik , ianya adalah berdasarkan suatu situasi atau isu berkonflik , mempunyai perwatakan yang menentang sosial .Oleh kerana sosiodrama adalah merupakan aktiviti lakonan yang berdasarkan cerita yang lengkap.Kebiasaannya skrip lakonan akan disediakan lebih awal agar ianya dapat difahami,dibaca dan membuat persediaan oleh pelajar yang dipilih untuk melakonkan sesuatu watak yang diberikan oleh guru.

Main peranan pula merupakan satu lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan pelajar tanpa menggunakan skrip .Ianya merupakan lakonan yang berdasarkan kepada satu masalah yang timbul pada ketika itu.Biasanya di dalam aktiviti main peranan pelajar membayangkan situasi yang timbul dan kemudian mereka melakonkan situasi yang dibayangkan secara spontan.Contohnya dalam mata peljaran sejarah murid diminta melakonkan cara kehidupan masyarakat zaman neolitik.

Aktiviti main peranan bermula daripada satu situasi yang direka atau ditimbulkan oleh guru. Sebelum mengadakan aktiviti main peranan ini ,kebiasaannya penerangan yang rigkas tentang objektif lakonan dan watak-watak yang terlibat dalam situasi ini akan dihuraikan oleh guru.Setelah menerangkan secara ringkas barullah pemilhan pelakon dilakukan.Oleh kerana aktiviti main peranan ini merupakan lakonan secara spontan , maka masa yang diberikan adalah pendek iaitu sekitar 5 hingga 7 minit sahaja.

Bagi memastikan keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam bilik darjah terdapat beberapa prnsip yang perlu dipatuhi.Antaranya ialah guru hendaklah merancang situasi yang bermasalah dan mewujudkan nya secara bertulis atau lisan di dalam kelas.

Sebelum menjalankan aktiviti lakonan, penerangan yang rigkas tentang masalah,peranan watak - watak, dan tempoh masa sesi simulasi hendaklah diberikan.

Pelajar –pelajar yang dipilih telah mahir dalam peraturan sebagai pelakon .Ia bertujuan bagi memastikan aktiviti lakonan dapat dijalankan dengan lancar .

Bagi sosiodrama,skrip lakonan hendaklah disediakan dan diedarkan kepada pelajar yang telah dipilih terlebih dahulu.

(13)

cara penyelesaian maslah seperti yang ditunjukkan dalam lakonan.Menurut Mok Soon Sang (2004) suatu rumusan harus dicapai melalui perbincangan di antara guru dan murid pada akhir waktu pelajaran.

TUJUAN KAEDAH SIMULASI

Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan.Kaedah ini melibatkan pelajar- pelajar melakonkan sesuatu perkara dalam suuatu suasana yang terancang. Dalam kaedah ini, guru mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya:

 memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan.

 memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi.  mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan.  menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkah-langkah

ini termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan, serta peraturan yang mempengaruhi tindakan murid tersebut.

Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau pihak yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru.

Dalam teknik perbahasan pula pemidato memegang peranan sebagai tokoh sejarah yang membahaskan sesuatu isu sejarah .Contohnya: seorang pelajar menerangkan apa yang dialami oleh Parameswara ketika diserang oleh Temasik dan mengapa Melaka dipilih untuk dijadikan kerajaan baharu.

Pelaksanaan kaedah simulasi segera pula memerlukan guru memberikan penerangan tentang sesuatu tajuk dan meminta pelajar memegang suatu peranan dan menggambarkan bagaimana peristiwa itu berlaku.Contoh : jika anda ialah tokoh x apakah yang akan anda lakukan? Bagaimana riaksi anda terhadap...

KELEBIHAN KAEDAH SIMULASI

(14)

Simulasi bertujuan untuk membina pemikiran analitis dan kritis : semasa menjalankan aktiviti lakonan ,murid-murid harus berfikir dan menyusun ideanya secara teratur untuk menggambarkan cara penyelesaian yang dilakukan.Simulasi juga bertujuan untuk membina sikap positif di mana melalui simulasi yang dilakonkan , konflik sosial dapat diselesaikan.Sikap atau tingkah laku yang negatif dapat diubah dan sikap positif akan dapat dipupuk dan dibentuk.Melalui kaedah simulasi juga dapat melatih pelajar bertutur dengan menggunakan sebutan yang tepat.

Simulasi juga bertujuan untuk mengaitkan iisi pelajaran dengan aspek afektif di mana melalui aktiviti lakonan berdasarkan pelajarn sejarah ,murid –murid dapat menghayati nilai-nilai patriotisme atau sikap cintakan negara.

Tujuan simulasi yang seterusnya ialah untuk membawa situasi yang sbenar ke dalam bilik darjah mislanya untuk menjelaskan konsep demokrasi murid-murid boleh melakonkan watak sebagai pengundi dalam situasi pilihanraya yang direka.

Kaedah simulasi membolehkan guru mempelbagaikan aktiviti dalam proses pengajran an pembelajaran.Menurut Mok Soon Sang (2004)simulasi merupakan suatu teknik mengajar tambahan yang boleh membantu pelajar mempertingkatkan kemahiran pembelajaran dengan berkesan.

Kelebihan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang kepada murid memikirkan cara penyelesaian secara spontan dalam situasi

bermasalah yang telah guru wujudkan.Di sini dapat dilihat potensi murid dalam meramal dan menaakul tentang sesuatu situasi masalah sama ada dapat diselesaikan atau tidak. Di samping itu murid dapat mempertingkat kemahiran pertuturan mereka.Pengajaran guru yang meyeronokkan dapat memberikan kesan yang lebih baik terhadap penerimaan ilmu oleh pelajar.Oleh sebab itu ,aktiviti simulasi yang dijalankan dapat menarik dan mendorong minat murid untuk meneruskan pelajaran.

Kelebihan kaedah ini juga memberikan ruang kepada murid bergaul dan berkomunikasi dengan rakan-rakan.Ianya dapat menjalinkan satu hubungan sosial serta mendidik cara pergaulan yang sopan dengan menerapkan nilai-nilai yang baik atau murni.Dengan kaedah simulasi , banyak situasi luar bilik darjah dapat ditunjukkan di dalam bilik darjah.Contohnya peristiwa pengistiharan kemerdekaan.

Kaedah simulasi juga dapat menberikan kesan yang kuat kepada daya ingatan

(15)
(16)

Referensi

Dokumen terkait

Halmai Tamás: Szöveg és lélek (Halász László: Az értelmezés változatai)

Dari hasil penelitian ini dapat disimpulkan bahwa bakteri kandidat probiotik yang terdapat pada saluran pencernaan ikan bandeng ( Chanos chanos ) adalah

penggunaan pupuk kotoran ayam menghasilkan pertumbuhan dan hasil sorgum manis lebih baik dibandingkan dengan pupuk kotoran sapi, kotoran kambing, kascing, maupun kontrol

Pada penelitian yang dilakukan oleh Rifin (2014) dengan menggunakan VAR, pengaruh negatif atas pajak ekspor terhadap harga terlihat saat penerapan pajak ekspor nonprogresif ,

Studi literatur ini digunakan oleh penulis untuk mengumpulkan fakta dari berbagai sumber yang relevan terhadap penelitian yang dikaji, terutama literatur-literatur

Hasil penelitian menunjukan Ada hubungan yang signifikan antara status gizi terhadap produktivitas kerja pada pekerja pabrik tahu di Kecamatan Rantau Rasau

Penelitian ini dilakukan atas dasar adanya hasil pengamatan ada beberapa lulusan SMK sudah mampu bersaing dengan lulusan pendidikan tinggi, tetapi hal tersebut masih sebagian

Alur di bagian hulu ini biasanya mempunyai kecepatan yang lebih besar dari bagian hilir, sehingga saat musim hujan, material hasil erosi yang diangkut tidak saja partikel sedimen