• Tidak ada hasil yang ditemukan

BEBERAPA ISU BERBANGKIT IMPLIKASI PENGEN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BEBERAPA ISU BERBANGKIT IMPLIKASI PENGEN"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

BEBERAPA ISU BERBANGKIT IMPLIKASI PENGENALAN SKIM WAKAF UNTUK PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA

Oleh

Mohd. Ali bin Muhamad Don

Pelajar pascasiswazah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA

&

Prof Madya Dr. Hasan Bahrom

Pengenalan skim wakaf oleh IPT di Malaysia merupakan langkah proaktif untuk membiayai pendidikan tinggi di samping membantu meringankan bebanan kewangan kerajaan dalam sektor pendidikan yang meningkat saban tahun. Namun begitu isu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai sole trustee yang berkuasa mengawal aktiviti wakaf di Malaysia telah menyebabkan sesetengah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) menggunakan istilah selain wakaf bagi mengelak terikat dengan enakmen yang dikanunkan. Melalui kajian kualitatif dengan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa struktur data-data berkaitan topik ini diselidiki seterusnya di analisa menggunakan perisian komputer Atlas.ti. Kajian mendapati peruntukan undang-undang, masalah pengurusan wakaf oleh Majlis dan universiti antara isu berbangkit implikasi pengenalan skim wakaf di IPT. Justeru isu ini perlu diatasi dengan berhemah dan penyelesaian menang-menang supaya cita-cita untuk menyemarakkan perkembangan wakaf pendidikan di universiti dapat direalisasikan dengan jayanya.

Kata kunci; Wakaf Pendidikan Tinggi, Isu Wakaf di IPT.

Mohd. Ali bin Muhamad Don Pelajar pascasiswazah

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA

(2)

2 1. Pendahuluan

Di Malaysia, amalan mewakafkan harta dipercayai bermula dengan kemasukan Islam ke Alam Melayu (Siti Mashitoh, 2006). Sejak itu pelbagai pihak tidak ketinggalan beramal jariah dengan berwakaf sehingga bidang pendidikan di Malaysia turut mendapat manfaat dengan penubuhan sekolah-sekolah pondok, Sekolah Agama Rakyat (SAR), madrasah dan kolej yang dibiayai dengan dana wakaf (Ahmad Zaki, 2008). Di peringkat awal ia diuruskan oleh pemimpin masyarakat, kadi, imam, tuan guru, dan jawatankuasa masjid (Baharuddin et.al, 2006). Keinginan berwakaf ini dikukuhkan dengan usaha setiap Muslimin untuk menyediakan bekalan pahala berterusan walaupun sesudah meninggal dunia. Sandarannya adalah hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud;

“Apabila mati anak Adam terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat ataupun anak soleh yang mendoakannya”

(Riwayat Muslim, Abu Dawud dan al-Nasaie)

2. Permasalahan Kajian

(3)

3

perlu memohon kepada MAIN untuk memanfaatkannya. Persoalannya mampukah MAIN mengurus semua aktiviti wakaf di universiti dengan dana yang berkembang tahun demi tahun. Malah menurut kajian Khaf (1997), Mohd Kamarul & Nurul Jannah (2014) & Ismail et.al. (2015), MAIN menghadapi masalah kekurangan modal, kekurangan staf berkemahiran dan kepakaran untuk membangunkan wakaf. Mohd Syahiran & Hasan Bahrom (2011) juga mendedahkan MAIN menghadapi masalah staf yang kurang memahami hukum hakam wakaf sehingga bertindak menyalahi hukum syarak dan fatwa yang dikeluarkan. Di peringkat universiti pelaksana wakaf pula terdapat universiti yang menghadapi masalah kekurangan dana sehingga membantutkan usaha untuk memanfaatkan wakaf sedangkan telah beberapa tahun mengutip dana daripada orang ramai. Ini dikukuhkan lagi dengan hadis bermaksud;

“Ada tujuh macam perbuatan yang diterima pahalanya sampai sesudah mati, sesiapa yang membangunkan masjid maka ia tetap menerima pahala selagi ada yang solat di dalamnya, sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada yang meminum airnya, Sesiapa yang menulis mashaf selagi ada yang membacanya, orang yang menggali perigi selagi masih ada yang memanfaatkan airnya, sesiapa yang menanam tanaman selagi dimakan oleh manusia atau burung, siapa yang mengajarkan ilmu yang berguna selagi diamalkan oleh orang yang mempelajarinya, orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mendoakan dan membaca istighfar baginya; yakni jika dikurniakan anak lalu diajarkan ilmu dan al-Quran maka ayahnya akan mendapat pahala selagi anak itu melaksanakan ajaran-ajarannya, tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri, sebaliknya jika dibiasakan berbuat fasik maka ia mendapat dosanya tanpa mengurangi dosa orang yang berbuat pekerjaan itu sendiri”

(Riwayat ibnu Khuzaimah, al-Baihaqi dan Ibnu Majah).

(4)

4 3. Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan teknik analisis dokumen dan temu bual untuk memperoleh data. Skop kajian ini tertumpu kepada tiga buah universiti di Negeri Selangor iaitu UIAM, UPM dan UKM yang menjadi perintis pengenalan skim wakaf di universiti. Kaedah pensampelan yang digunakan ialah pensampelan bertujuan (purposive sampling) yang mana Partisipan dipilih dan ditentukan berdasarkan kepakaran dan pengalaman mereka dalam bidang wakaf di Malaysia. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data kajian ini ialah soalan temu bual yang dibina oleh Pengkaji dan diajukan secara separa struktur semasa sesi temu bual dilangsungkan. Data temu bual kemudiannya di analisa menggunakan Computer-Assisted Qualitative Data Analysis Sofware, (CAQDAS) iaitu Atlas.ti versi 7.5.10. dengan teknik quotes dan coding bagi membuat perbandingan dan penelitian terhadap jawapan Partisipan.

4. Soroton Karya

Beberapa Institusi Pendidikan Tinggi awam dan swasta di Malaysia telah memperkenalkan skim wakaf yang manfaatnya disalurkan untuk tujuan pendidikan tinggi (Ahmad, 2015). Dalam hal ini model wakaf Universiti al-Azhar (Baharuddin, 2011, Anan C. Mohd., 2012) dan endowment oleh universiti terkemuka di Barat (Maliah, 2009; Akram, 2012, Zaini, 2013) dijadikan asas pembentukan dana wakaf untuk pembiayaan pendidikan tinggi.

(5)

5

Ilmi (www.kuis.edu.my). Selain itu terdapat IPT seperti Universiti Islam Malaysia (UIM) yang dibangunkan atas konsep waqf university (Siti Mashitoh & Asmak, 2014). University College Bestari (UCB) berasaskan konsep jual dan wakaf, Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) memperkenalkan konsep beli dan wakaf, Maktab Mahmud berasaskan sumbangan wakaf masyarakat dan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) sumbangan wakaf tanah oleh pemerintah (Mokhtar et.al., 2015). Terdahulu Kolej Islam Malaya (KIM) dibangunkan dengan sumbangan tanah oleh pemerintah dan derma wakaf oleh masyarakat (Abdullah, 2005).

Daripada aspek pengurusan wakaf Mohd Jelani (1998), mengatakan pengurusan wakaf pendidikan di Malaysia secara umumnya tidak seragam. Ia diletak di bawah pelbagai unit di MAIN. Walau bagaimanapun tugas MAIN untuk membangunkan potensi wakaf pendidikan di Malaysia semakin mencabar dan aspek pengurusan yang cekap amat diperlukan.

Perkembangan ini jelas menunjukkan komitmen IPT di Malaysia untuk menyemarakkan kembali manfaat wakaf untuk pendidikan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW (al-Shalaby, 1976: Makdisi, 1981). Walau bagaimanapun dalam konteks pengenalannya di Malaysia terdapat beberapa isu yang perlu diatasi.

5. Dapatan Kajian & Perbincangan

Hasil kajian mendapati terdapat beberapa isu yang menjadi halangan dan cabaran pengenalan skim wakaf di IPT iaitu;

i. Isu Perundangan

(6)

6

Ketiga-tiga isu ini dikenal pasti melalui sesi temu bual yang telah dilakukan oleh Pengkaji antara tahun 2014-2015 yang lalu. Berikut analisa dan perbincangan lanjut mengenai isu tersebut.

5.1 Isu Perundangan Wakaf

Berdasarkan Rajah 5.1, didapati isu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai sole trustee termasuk isu utama yang diutarakan oleh Partisipan yang ditemu bual.. Menurut P11 (2015)1 pengurusan harta wakaf di Malaysia dimonopoli oleh MAIN sehingga tiada pihak yang dibenarkan untuk mengurus wakaf sedangkan wakaf milik Allah SWT. Pendapat ini disokong oleh P10 (2014) yang mengatakan setelah enakmen wakaf diwujudkan Majlis tidak membuka ruang untuk masyarakat berwakaf malah jenis wakaf khas tidak dibenarkan. Selain itu dalam konteks wakaf di universiti timbul masalah peletakanhak aset wakaf. Menurut P8 (2015) setakat ini Majlis belum menentukan aset wakaf universiti di bawah seliaan dan kawalan mana-mana pihak walaupun menurut enakmen ia terletakhak di bawah Majlis. Sebagai contohnya masjid di universiti yang menurut Seksyen 95 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor (EPAINS) Majlis sebagai Pemegang Amanah Tunggal Masjid dan tanah yang berkaitan dengannya. Mengenai pelaksanaan endowment fund UIAM, P12 (2015) mengatakan UIAM tidak mendapat kebenaran daripada Majlis walau bagaimanapun P7 (2015) mendakwa Majlis tiada kuasa untuk menghalang kerana tidak mengguna pakai istilah wakaf. Akan tetapi pendapat ini bertentangan dengan pendapat P8 (2014) yang mendakwa walau apa pun nama yang digunakan jika terdapat niat untuk berwakaf ia dikira wakaf. Ini ditrangulasikan dengan fatwa sumbangan derma KIM yang diiktiraf sebagai wakaf. (Rujuk Lampiran A). Ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan P2 (2014) yang mengatakan skim endowment di UIAM adalah wakaf. Sungguhpun begitu sehingga kini belum ada tindakan diambil atas kesalahan wakaf tanpa kebenaran kerana menurut P12 (2015) terdapat kelemahan penguatkuasaan ditambah lagi dengan wakaf ibadah sukarela/tatawwuc.

(7)

7 Rajah 5. 1 Isu Perundangan Wakaf

Sumber: Temu bual oleh Pengkaji

(8)

8 5.2 Isu Pengurusan Wakaf oleh Majlis

Seksyen 89 EPAINS memperuntukkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai Pemegang Amanah Tunggal Wakaf. Dengan itu tiada pihak dibenarkan berwakaf melainkan dengan kebenaran MAIS/MAIN (Siti Mashitoh, 2007). Menurut Rohana (https://www.academia.edu) semua harta wakaf menjadi milik Majlis dan semua dokumen perjanjian berkaitan wakaf hendaklah disimpan oleh Majlis. Dalam konteks pelaksanaan wakaf di universiti pula dana wakaf terkumpul hendaklah diserahkan dan disimpan oleh MAIS. Timbul persoalan mampukah Majlis menguruskan semua aktiviti wakaf? Kalangan Partisipan kajian memberikan respons berbeza-beza seperti ditunjukkan pada Rajah 5.2 yang berikut.

Rajah 5. 2

Isu Pengurusan Wakaf oleh Majlis

(9)

9

Berdasarkan Rajah 5.2 terdapat persepsi yang kurang baik di kalangan Partisipan mengenai pengurusan wakaf oleh MAIN. P11 (2015) misalnya berpendapat MAIN tidak berfikiran terbuka, jumud serta gagal menggunakan kuasa yang diperuntukkan untuk menguruskan wakaf dengan sebaiknya. Malah menurut P10 (2014) fungsi MAIN sebagai pendaftar wakaf sahaja tidak mencukupi kerana harta wakaf perlu dibangunkan untuk memastikan kelangsungannya. P11 (2015) menambah aset wakaf sedia ada di Majlis pun tidak dapat dimajukan lalu bagaimana jika Majlis terlibat mencampuri pengurusan wakaf di universiti. Ini ditambah lagi dengan masalah kekurangan staf yang berkemahiran untuk mengurus dan membangunkan wakaf yang dihadapi oleh MAIN (P11,2015). Selain itu kerenah birokrasi pendaftaran wakaf juga menyebabkan kepayahan untuk berwakaf (P3,2015). Malah menurut P3 lagi dalam konteks pelaksanaan wakaf di universiti pihak Majlis dilihat cuba mencampuri semua perkara yang sepatutnya boleh diserahkan kepada kepakaran universiti dengan pemantauan Majlis. Ini seperti yang dicadangkan oleh P12 (2015) supaya MAIN selaku PATW bertindak sebagai pemantau dan bukan pentadbir wakaf di universiti.

(10)

10 5.3 Isu Pengurusan Wakaf di Universiti

Rajah 5. 3

Isu Pengurusan Wakaf di Universiti

Sumber: Temu bual oleh Pengkaji

(11)

11

disuburkan dengan menunjukkan ke mana manfaat wakaf digunakan (P10, 2014). Jika tidak bukan sahaja masyarakat luar malah warga universiti juga skeptikal untuk menyumbang (P8, 2015). Hal ini ditrangulasikan dengan kajian oleh Marziana (2015) yang mengatakan masyarakat bimbang untuk menyumbang kepada universiti disebabkan harta wakaf tidak dilindungi sepenuhnya oleh undang-undang selain masalah kecekapan pengurusan.

Sehubungan dengan itu universiti pelaksana boleh melihat isu ini sebagai proses check and balance untuk memantapkan lagi pengurusan wakaf di universiti. Ini kerana wakaf adalah harta milik Allah SWT dan universiti yang mengutip dana wakaf memikul amanah untuk memenuhi niat pewakaf. Kegagalan berbuat demikian mendedahkan pengurusan universiti kepada kritikan dan fitnah yang mencalarkan imej universiti dan wakaf secara umumnya. Malah ini juga dilihat antara faktor mengapa warga universiti enggan mewakafkan harta mereka sekali gus menyebabkan pengurusan wakaf di universiti menghadapi masalah kekurangan dana. Sedangkan apabila diteliti potensi penyumbang di kalangan warga universiti sahaja cukup besar jika dapat dimanfaatkan sebaiknya.

6. Kesimpulan

(12)

12 7. Senarai Rujukan

Abdullah Muhammad Zin et.al., (2005), Pendidikan Islam di Malaysia Dari Pondok ke Universiti, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Shaifful Anuar Ahmad Shukor, (2015), Potensi Wakaf Pendidikan Tinggi di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Zaki Hj. Abd Latiff, Abdul Halim Ramli, Che Zuina Ismail, Kamarulzaman Sulaiman & Norzaidi Mohd. Daud, (2008), Wakaf Pengurusan dan Sumbangannya Terhadap Pendidikan Islam di Malaysia, Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) UiTM. Anan C Mohd., (2012), Kertas kerja bertajuk Pembangunan Wakaf-Pengalaman Malaysia

dibentangkan dibentangkan di Seminar Wakaf Serantau 3-6 September 2012 Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur.

Baharuddin Sayin, (2011), Hala Tuju Waqaf Tunai, dlm. Isu-isu Semasa Mengenai Waqaf, Shah Alam: Penerbit UiTM.

Baharuddin Sayin, Asmak Hj. Ali, S. Salahudin Suyorno, (2006), Pengenalan Pengurusan Wakaf di Malaysia, Shah Alam: Unit Penerbitan Universiti Teknologi MARA .

Dr. Mohamad Akram Laldin, (September, 2012) Waqaf in Education Funding: The Experience of International Islamic University Malaysia in Managing Endowment (Waqaf) Fund,

www.amanie-iconnect.com/library/featured article/ , (diakses pada 5 Jan. 2016).

Ismail bin Omar, Khairul Anuar bin Ahmad, Mohd Kamarul Khaidzir bin Saad1 , Nurul Jannah bt, Abd. Halim, (2015), Perbadanan Wakaf Selangor: Satu Aspirasi Dalam Pembangunan Wakaf Pendidikan, dibentangkan di International Conference on Cash Waqf 2015 (ICCW2015).

Khaf, Dr. Monzer, (1997), ف قوأا ةرادا يف ةثيدحلا يل سأا. http://monzer.kahf.com/papers/arabic/al-asaleeb_al-hadeetha_fi_idarat_al-awqaf.pdf. (diakses pada 10 Februari 2016).

Makdisi, George, (1981), The Rise of Colleges: Institution of Learning in Islam and The West, Edinburgh: Edinburgh University Press.

Maliah Sulaiman et.al., (2009) Trust Me! A Case Study Of The International Islamic University

Malaysia’s Waqf Fund, International Association For Islamic Economics , Review Of Islamic Economics, Vol. 13 , No. 1, 2009.

Marziana, Abd Malib, Ruzian Markom & Rusnadewi Abd Rashid, (2015), Wakaf Pendidikan Tinggi: Urus Tadbir dan Sistem Perundangan Yang Efektif dan Efisyen Menjamin Kelestarian Perlaksanaan Wakaf, dlm. Baharuddin Sayin, (2015), pnyt. Wakaf Pendidikan di Malaysia Satu Penantian, Shah Alam: Institut Kajian Zakat Malaysia (IKAZ) dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS).

(13)

13

Mohd Kamarul Khaidzir bin Saadan & Nurul Jannah bt Abd. Halim, (2014), Cabaran Pengurusan Harta Wakaf Di Perbadanan Wakaf Selangor : Saranan Penambahbaikan, Muzakarah Fiqh & International Fiqh Conference 2014 (MFIFC 2014) KLIA, 3 – 4 Disember 2014

Mohd Syahiran Abdul Latif & Hasan Bahrom, (2011), Potensi Ekonomi Dalam Pembangunan Tanah Waqaf di Negeri Melaka, dlm. Baharuddin Sayin, (2011), Isu-isu Semasa Mengenai Waqaf, Shah Alam: Penerbit UiTM.

Mokhtar Hj. Ismail, Mohd Isa Mohd Deni, Muna Sulaiman & Hairulfazli bin Muhammad Som, (2015), Perkembangan Wakaf Pendidikan di Malaysia, Proceedings of International Conference on Waqf 2015 (ICW2015), UniSZA, Kuala Terengganu, Terengganu.

Prof H Muchtar Jahja & Drs M Sanusi Latief, (1976), terj. Sejarah Pendidikan Islam oleh Prof Dr Ahmad Shalaby, Singapura: Pustaka Nasional.

Rohana binti Abdullah, Pengurusan Wakaf di Malaysia Satu Tinjauan, https://www.academia.edu, (diakses pada 12 Feb. 2016).

Siti Mashitoh Mahamood & Asmak Ab Rahman (2014a), Waqf financing For Higher Education: Contemporary Funding Aplications in Some Selected Countries, dlm. Wan Kamal Mujani, (2014), pnyt. Pelestarian Institusi Wakaf Memperkasa Pendidikan Tinggi, Bangi: Fakulti Pengajian Islam UKM.

Siti Mashitoh Mahamood, (2006), Waqf in Malaysia: Legal dan Administrative Perspectives, Kuala Lumpur: UM Press.

Siti Mashitoh Mahamood, (2007), Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah dan Undang-undang Serta Aplikasinya di Malaysia, Jurnal Syariah Vol. 15, No. 2, 2007, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

(14)

14

(15)

Referensi

Dokumen terkait

Kegiatan eksternal ini sering dilakukan oleh komunitas ini, kegiatan tersebut diantaranya adalah kegiatan menghadiri acara yang diselenggarakan oleh komunitas lain baik

Penulis panjatkan syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah memberikan kekuatan, pikiraan, dan kesehatan sehingga penulis dapat menyelesaikan penulisan skripsi

Saya harus mengajak teman saya yang adalah pengguna Napza suntik untuk ikut dalam program terapi rumatan metadon agar terhindar dari dampak buruk penyalahgunaan

Memberi batasan komunikasi kelompok sebagai interaksi tatap muka dari tiga atau lebih individu guna memperoleh maksud atau tujuan yang dikehendaki seperti berbagi

Sampel yang dijadikan informan dalam penelitian ini adalah sebagian dari anggota kelompok suporter sepak bola Pasoepati di kota Surakarta yang dianggap tahu dan mampu

Tetapi pada kenyataannya PT POS Indonesia kini banyak mengalami penurunan dikarenakan banyaknya bermunculan perusahaan perusahaan lain yang usaha di bidang yang sama (

Gubernur:, Bupati dan Wakil Bupati, dan/ atau Walikota dan Wakil Walikota Tahun 2O2O (Berila Negara Republik Indonesia Tahun 2O19 Nomor 905) sebagaimana telah beberapa

Metode Mean Variance tanpa constraint yang digunakan selalu menghasilkan hasil yang bagus pada saat perhitungan menggunakan data historis, sedangkan pada saat pengujian