• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sosioekonomi Masyarakat Orang Asli Kajia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sosioekonomi Masyarakat Orang Asli Kajia"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

SOSIOEKONOMI MASYARAKAT ORANG ASLI : KAJIAN KES DI KAMPUNG PETA, JOHOR

Mohd Nur Syufaat Jamiran1, Seow Ta Wee1 & Maryati Mohamed2 Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP)1

Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS)2 Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM)

86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor

j_king4at@yahoo.com, tawee@uthm.edu.my & maryati@uthm.edu.my

Abstrak

Kajian ini meninjau aspek sosioekonomi Orang Asli dengan melakukan kajian lapangan terhadap penduduk Kampung Peta, yang terdiri daripada Orang Asli Jakun. Kampung tersebut terletak di pinggir Taman Negara Endau-Rompin. Data dikumpulkan melalui temubual mendalam dengan informan utama seperti Tok Batin serta kumpulan berfokus iaitu Orang Asli terpilih dalam kalangan yang dianggap berpengetahuan tentang perkembangan di dalam dan persekitaran berhampiran Taman Negara tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa masyarakat Kampung Peta masih mengamalkan ekonomi sara diri. Namun begitu secara keseluruhannya ekonomi mereka telah mula terserap ke dalam sektor kerajaan dan swasta. Hal ini berpunca daripada pembangunan Taman Negara Endau-Rompin yang telah banyak membuka peluang ekonomi kepada mereka. Tanaman getah dan sumber hutan juga turut menjadi penyumbang kepada pendapatan mereka. Taraf pendidikan dalam kalangan mereka juga telah meningkat walaupun masih terdapat sebilangan kecil yang masih belum menguasai kemahiran 3M (membaca, menulis, mengira). Justeru pembangunan sosioekonomi mereka perlu dilaksanakan dengan lestari agar tidak menjejaskan kekayaan alam semula jadi selain dapat memenuhi keperluan dan kehendak generasi akan datang.

Kata Kunci : Sosioekonomi, Orang Asli, Pendapatan, Pekerjaan, Pengurusan

____________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Orang Asli merupakan salah sebuah etnik minoriti dan antara warisan yang unik di Malaysia.

Majoriti daripada mereka tinggal di kawasan hutan dan masih mengamalkan cara hidup

tradisional yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar dan amalan lama tinggalan nenek moyang

(2)

Pelbagai dasar dan perancangan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Negeri dan

kerajaan Persekutuan bagi membangunkan seluruh masyarakat dan negara. Dengan perlaksanaan

dasar-dasar utama negara seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional

(DPN), Dasar Wawasan Negara (DWN) dan yang terbaru, Government Transform Programme

(GTP) adalah demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Namun begitu, dalam

konteks masyarakat Orang Asli, pembangunan yang rancak kini kurang memberi impak kepada

mereka seperti yang diharapkan disebabkan oleh perancangan yang tidak direncana dengan teliti

dan kurang mengambil faktor kesediaan serta aspirasi sebenar kelompok masyarakat tersebut

(Ali@Zainalabidin 2006).

Kampung Peta merupakan salah sebuah perkampungan Orang Asli yang dibangunkan

semula di bawah Program Penempatan Tersusun yang dikendalikan oleh Jabatan Kemajuan

Orang Asli (JAKOA) yang dahulu dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

Penyusunan dan pembangunan yang dilaksanakan telah berjaya mengubah lanskap penduduknya

kepada persekitaran dan kehidupan yang lebih moden. Menurut Ali (2006), melalui program

tersebut, setiap keluarga Orang Asli dijanjikan kebun kelapa sawit, rumah kediaman dan lain-lain

infrastruktur yang lengkap bagi kemudahan awam. Tambahan pula, penggazetan hutan

berhampiran sebagai Taman Negara Endau-Rompin pada tahun 1993 juga banyak memberi

kesan kepada pembangunan terhadap persekitaran penduduk di Kampung Peta.

Taman Negara Endau-Rompin mempunyai keluasan 49,000 hektar yang meliputi tiga

dataran daerah iaitu Mersing, Segamat dan juga Rompin. Sejak kurun ke-19, Taman Negara ini

telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Selatan Semenanjung Malaysia kerana

hutannya yang kaya dengan keunikan alam flora dan fauna selain alam budaya tradisional Orang

Asli Jakun khusunya di Kampung Peta. Kajian Melville Saayman (2009) berkenaan dengan

impak Taman Negara Karoo di Afrika Selatan terhadap sosioekonomi masyarakat setempat

menunjukkan bahawa salah satu faktor yang boleh meningkatkan pendapatan adalah melalui

tempoh penginapan. Hal ini merujuk kepada lingkungan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh

pelancong dalam tempoh penginapan. Semakin lama pelancong menginap, semakin tinggi

perbelanjaan mereka dan akhirnya semakin bertambah pendapatan penduduk setempat. Secara

(3)

kajian mengenai keadaan persekitaran sosioekonomi masyarakat Orang Asli Jakun di Kampung

Peta impak daripada pembangunan yang telah dilaksanakan.

2.0 KAWASAN KAJIAN

Kampung Peta yang terletak berhampiran kawasan Taman Negara Endau-Rompin dan di pinggir

Sungai Endau memastikan perjalanan selama hampir dua jam untuk sampai ke sana dari pekan

Kahang. Perjalanan tersebut melalui jalan ladang kelapa sawit dan hutan belantara. Namun

begitu, jalan dipersimpangan masuk ke hutan tersebut telah dinaiktaraf dan berturap bagi

memudahkan pergerakan masuk ke kawasan Taman Negara selain memudahkan penduduk

Kampung Peta untuk berhubungan dengan masyarakat luar.

Rajah 1 : Kedudukan Kampung Peta

Jumlah penduduk Kampung Peta dianggarkan lebih 200 orang. Menurut pegawai

JAKOA Mersing, Puan Suhaila (2013) menyatakan bahawa jumlah tersebut tidak termasuk

mereka yang berhijrah keluar sama ada disebabkan oleh belajar, berkahwin mahupun bekerja.

Tambahnya lagi, jumlah tersebut sentiasa berubah mengikut keadaan tertentu akibat peredaran

(4)

Rajah 2 : Lakaran Kependudukan Kampung Peta

Menurutnya lagi, Kampung Peta mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada Perang

Dunia ke-2, pihak British dan masyarakat Orang Asli telah meredah kawasan hutan yang

sekarang ini dikenali sebagai hutan Endau-Rompin dan telah digazetkan sebagai Taman Negara

pada tahun 1993. Sewaktu meredah, mereka menjumpai sekeping peta yang dikatakan

menunjukkan lokasi terletaknya harta karun tinggalan Jepun. Bersempena peristiwa tersebut,

kampung Orang Asli yang dibina pada waktu itu diberi nama Kampung Peta.

3.0 ISU DAN PERMASALAHAN

Kajian mengenai isu pembangunan Orang Asli telah banyak dibincangkan sebagaimana kajian di

Hutan Simpan Bukit Lagong ini. Aktiviti ekonomi masyarakat Orang Asli di hutan simpan

tersebut masih berbentuk sara diri dan ‘secukup hidup’. Walau bagaimanapun, kajian ini juga

mendapati terdapat perubahan aktiviti ekonomi masyarakat Orang Asli dari suku Temuan

tersebut sejak beberapa dekat iaitu daripada mencari sumber hutan semata-mata kepada

penglibatan dalam sektor kerajaan dan swasta. Taraf pendidikan mereka juga telah meningkat.

Peningkatan ini dikatakan hasil daripada usaha Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (kini JAKOA)

(5)

Sejak penggazetan hutan Endau-Rompin sebagai Taman Negara, telah banyak peluang

ekonomi yang diterima oleh penduduk Kampung Peta. Selain tawaran kerja, mereka juga turut

berpeluang menceburkan diri dalam kegiatan peruncitan dan pelancongan. Infrastruktur jalan

perhubungan ke pekan berdekatan juga telah dinaiktaraf dan berturap sebahagiannya bagi

memudahkan mereka untuk berhubungan dengan orang luar. Tambahan pula, dengan pemberian

rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan Skim Bencana Alam, fasiliti dan

kelengkapan, institusi pendidikan seperti sekolah dan tadika, serta kemudahan yang lain

sebenarnya mampu mengubah persekitaran kampung tersebut.

Kerancakan ekopelancongan di Taman Negara Endau-Rompin dan penyediaan pelbagai

kemudahan diharapkan dapat memberi kesan yang positif kepada mereka. Namun begitu,

masalah berkenaan impak negatif dilihat lebih besar berbanding impak positif yang diterima oleh

mereka (M. N. Syufaat, 2013). Hal ini dapat dilihat menerusi kajian yang telah dilakukan oleh

Zuriatunfadzliah et al. (2009) mendapati Orang Asli etnik Bateq telah mengalami perubahan dari

segi budaya akibat daripada aktiviti ekopelancongan di Taman Negara. Hasil kajian mendapati

aspek pakaian Orang Asli mengalami perubahan serta-merta tanpa pengekalan budaya

tradisional. Hal ini berbeza dengan aspek pemakanan yang hanya berubah sebahagiannya dan

masih bercampur dengan budaya asal. Walaupun penduduk Kampung Peta menerima segala

bentuk kemudahan dari aspek sosial dan ekonomi, namun pembangunan tersebut dilihat masih

mengikut acuan mereka sendiri. Masalah kemiskinan serta masalah pengurusan persekitaran

masih berlaku. Kedudukan kampung tersebut yang jauh di kawasan pedalaman juga merupakan

antara faktor utama selain faktor kesebatian mereka dengan hutan yang sememangnya tidak

dapat dipisahkan.

Walaupun kehidupan mereka mengalami perubahan atas pembangunan yang

dilaksanakan, namun perubahan tersebut boleh dikatakan berlaku atas kepentingan pihak lain dan

bukan untuk menjaga kesejahteraan dan kerukunan hidup sebagai Orang Asli. Hal ini jelas dapat

dilihat apabila kampung-kampung Orang Asli kini menjadi tumpuan pihak pembalak, syarikat

perladangan dan rekreasi serta pengusaha hartanah (Hanapi Dollah, 2008). United Nation (2012)

dalam Urban Indigenous Peoples and Migration: Challenges and Opportunities menyatakan

(6)

semakin lama mereka mula berhijrah ke kawasan bandar sama ada secara sukarela atau dipaksa.

Faktor yang menyumbang kepada penghijrahan tersebut ialah perampasan tanah, kemiskinan,

ketenteraan, bencana alam, kekurangan peluang pekerjaan, kemerosotan kehidupan tradisional

dan prospek ekonomi yang lebih baik di bandar-bandar. Oleh hal yang demikian, pembangunan

sosioekonomi masyarakat Orang Asli seperti di Kampung Peta dilihat terbantut dan gagal

mencapai matlamat sebenar pembangunan tersebut.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Maklumat kajian dan informasi yang diperolehi dari JAKOA Mersing banyak membantu dalam

kajian ini bagi mendapatkan gambaran awal persekitaran sosial dan ekonomi penduduk Orang

Asli Jakun di Kampung Peta sebelum turun ke lapangan. Data yang diperolehi adalah berkenaan

dengan latar belakang Kampung Peta termasuklah populasi dan peta kawasan kajian serta

beberapa maklumat mengenai sosioekonomi mereka.

Seterusnya, pengkaji turun ke lapangan iaitu di Kampung Peta dengan melakukan

pemerhatian bagi mendapatkan gambaran fizikal tentang keadaan kampung tersebut dari segi

perumahan, farsiliti, kegiatan ekonomi, kebudayaan dan pendidikan. Bagi mengetahui lebih

lanjut, temubual secara tidak langsung juga dilakukan bagi mendapatkan lebih data berkenaan

keadaan mereka yang sebenar. Temubual dilakukan kepada key informant iaitu Tok Batin,

Sangka Chuka, selaku ketua penduduk kampung tersebut. Temubual lain juga dijalankan kepada

informan lain yang dipilih secara rawak supaya ketelusan data tidak diragui. Semasa temubual

berlangsung, penyelidik menunjukkan minat kepada setiap apa yang diperkatakan oleh informan

dan sentiasa dalam keadaan sifat yang berkecuali disepanjang sesi temubual. Data yang

diperolehi daripada catatan ringkas yang dibuat berdasarkan pemerhatian dan temubual tidak

berstruktur tersebut akhirnya dikumpul dan disusun bagi memudahkan penyelidik untuk

(7)

5.0 HASIL DAN PERBINCANGAN

Kajian ini berfokus kepada sosioekonomi mereka. Justeru, data yang diperolehi dalam kajian ini

adalah berkenaan dengan pekerjaan, pendapatan isi rumah, pembangunan sumber manusia,

pengurusan produk dan penggunaan tanah dan hasil hutan. Data telah diperolehi daripada 13

orang responden termasuk seorang key informant merangkap Tok Batin yang menjadi ketua

masyarakat kampung tersebut.

5.1 Profil Responden

Seramai 13 orang responden telah menyertai kajian ini. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki

iaitu 92% dan seorang perempuan yang mewakili 8% daripada responden. Hal ini dapat dilihat

dari Rajah 1 yang menunjukkan jantina responden yang dikaji.

Jumlah tersebut adalah disebabkan oleh pemilihan terhadap Ketua Isi Rumah (KIR)

sahaja iaitu mereka yang mengetuai sesebuah rumah yang terdapat di kampung tersebut. Oleh hal

yang demikian, mereka kebanyakannya terdiri daripada lelaki dan beberapa orang sahaja

perempuan yang tergolong dalam kumpulan ibu tunggal. 92% 8%

(8)

Majoriti responden didapati mempunyai pendidikan yang rendah kerana kebanyakan

mereka tidak bersekolah dan gagal menamatkan persekolahannya sehingga ke peringkat sekolah

menengah. Menurut Tok Batin (2013), mereka terpaksa melalui jarak yang jauh untuk sampai ke

sekolah. Masa yang panjang hanya dihabiskan dalam perjalanan selain penat dan tidak mampu

memberikan sepenuh perhatian terhadap pelajaran. Selain itu, Tok Batin menegaskan juga

mengenai kekurangan sumber kewangan yang menjadi kekangan utama untuk meneruskan

pelajaran. Namun begitu, pihak JAKOA juga telah mengadakan Kelas Dewasa Orang Asli dan

Penan (KEDAP) bagi memastikan golongan ibu bapa mampu menguasai kemahiran 3M

(membaca, menulis dan mengira) selain dapat menerapkan dalam diri mereka akan kepentingan

pelajaran dalam menjamin masa depan yang cerah. Dikhabarkan juga dari salah seorang

responden bahawa mereka akan dapat sedikit elaun apabila menghadiri kelas tersebut dan ianya

menjadi tarikan kepada golongan dewasa untuk turut serta dalam program tersebut.

5.2 Pekerjaan Responden

Kajian mendapati sembilan daripada 13 responden bekerja sendiri manakala selebihnya bekerja

dalam sektor kerajaan. Hal ini dapat ditunjukkan dalam Rajah 1 yang menggambarkan 69 peratus

merupakan mereka yang bekerja sendiri manakala 31 peratus lagi merupakan mereka yang

bekerja dalam sektor kerajaan.

69% 31%

(9)

Responden yang bekerja dalam sektor kerajaan terdiri daripada mereka yang bekerja

dengan Taman Negara Endau-Rompin sebagai housekeeping. Bagi responden yang bekerja

sendiri pula merujuk kepada mereka yang berniaga runcit selain menoreh getah tanaman sendiri.

Terdapat juga antara mereka yang mengusahakan kraftangan seperti Kemelok Tekeso, Ameng

Akap dan Awang Kudi. Kemelok Tekeso merupakan pengusaha pakaian yang diperbuat daripada

kulit kayu pokok terap. Kulit kayu terap menjadi bahan utama pembuatan. Sepasang pakaian

dijual pada harga RM300 di mana baju berharga RM150 dan seluar juga pada harga RM150.

Ameng Akap pula mengusahakan set replika sumpitan yang dijual dengan harga RM50 hingga

RM200. Namun begitu, mereka hanya menjalankan perniagaan tersebut secara sambilan dan

bermusim.

Awang Kudi dengan gelaran mesranya Pak Awang pula merupakan seorang usahawan

kraftangan yang terkenal dengan permainan Kercang yang merupakan salah satu permainan

tradisional Jakun yang bersifat menguji minda. Ketika ini, boleh dikatakan hampir seluruh

penduduk kampung tahu memainkan Kercang (Berita Harian, 4 April 2010). Awang Kudi

bermula dengan Kercang 3 Steps yang berasaskan kepercayaan tradisional yang diilhamkan

ketika mereka sesat di hutan. Kini, Awang sudah menghasilkan tujuh jenis Kercang yang dijual

antara RM20 hingga RM50 untuk satu set permainan mengikut permintaan.

.

5.3 Pembangunan Sumber Manusia

Berdasarkan pemerhatian dan temubual yang dijalankan didapati terdapat aktiviti keusahawanan

berskala kecil. Pihak kerajaan melalui JAKOA dengan kerjasama KEMAS telah mengadakan

kursus kemahiran membuat kraftangan jenis perhiasan. Antara kraftangan tersebut ialah hiasan

pokok bunga yang diperbuat daripada gabungan pelbagai bentuk manik, dawai halus, tanah liat

dan pasu mini. Harga perhiasan jenis ini dianggarkan dalam lingkungan RM50 hingga RM200

dan biasanya mendapat tempahan pada musim perkahwinan dan perayaan. Menurut Puan Suhaila

(2013), pendedahan dan peluang yang diberikan diharap dapat membantu mereka dalam

(10)

Salah seorang responden juga ada menyatakan bahawa mereka juga diajar kemahiran

menganyam dan menjahit bagi kaum ibu menerusi satu program yang dianjurkan oleh pihak

JAKOA. Namun begitu, program tersebut telah lama tidak diadakan. Menurut responden lagi,

kali terakhir mereka menyertai program tersebut adalah pada tahun 1990-an dan telah diadakan

di negeri Kelantan. Mereka terutamanya golongan ibu berharap agar program tersebut dapat

dianjurkan lagi.

5.4 Pendapatan Isi Rumah

Kajian mendapati mereka kebanyakannya tidak mempunyai pendapatan tetap terutamanya bagi

mereka yang bekerja sendiri. Berdasarkan temubual yang dilakukan ke atas beberapa responden,

pendapatan mereka dianggarkan RM400 hingga RM2000. Rajah 3 menunjukkan pendapatan isi

rumah yang diperolehi oleh responden. Seramai enam orang responden atau 46 peratus

mempunyai pendapatan isi rumah bawah RM500 manakala seramai tujuh orang lagi atau 54

peratus daripada mereka mempunyai pendapatan isi rumah antara RM501 hingga RM1000. Bagi

responden yang mempunyai pendapatan isi rumah dalam kumpulan antara RM1001 hingga

RM1500 dan RM1501 hingga RM2000 pula masing-masing seorang dalam setiap kumpulan

(11)

Pendapatan yang diperoleh oleh responden yang bekerja sendiri adalah berubah-ubah

mengikut musim tertentu. Sebagaimana mereka yang menoreh getah, mereka berhadapan dengan

musim hujan yang menyebabkan getah tidak menjadi serta harga getah di pasaran yang tidak

menentu. Mereka juga terpaksa menjual kepada orang tengah dengan harga yang murah kerana

mereka tiada pengangkutan yang sesuai memandangkan jarak antara Kampung peta dengan

pekan berhampiran sangat jauh dan kosnya juga adalah besar (Tok Batin, 2013). Hal ini turut

berlaku kepada mereka yang mencari hasil hutan dan pengusaha kraftangan.

Tabungan dan simpanan amat penting dalam menjamin masa depan yang cerah. Mereka

dikatakan ada membuat simpanan bank selain terdapat segelintir daripada mereka yang

mempunyai simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Bagi mereka yang mempunyai anak

yang bekerja sama ada di luar mahupun di dalam kampung, ia sedikit sebanyak dapat membantu

dari segi perbelanjaan isi rumah.

5.5 Pengurusan Produk

Kebanyakan penduduk Kampung Peta yang merupakan suku Jakun didapati mengamalkan

ekonomi sara diri. Hasil pemerhatian mendapati, mereka ada mengusahakan tanaman sendiri

iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan. Bagi sayur-sayuran, ada antara mereka yang menanam ubi,

sawi, bende dan sebagainya untuk kegunaan sendiri. Begitu juga bagi tanaman buah-buahan

seperti durian, tebu, rambutan, jagung dan sebagainya. Namun begitu, jika terdapat lebihan hasil

tanaman, mereka akan menjualnya kepada peraih yang datang ke kampung tersebut. Menurut

salah seorang responden, peraih yang datang ke kampung mereka kebanyakannya dari bangsa

Cina. Baginya, kedatangan peraih juga sebenarnya memudahkan urusan penjualan lebihan hasil

tanaman ke pekan berhampiran. Tambahan pula, kesukaran untuk mendapatkan sumber makanan

telah memaksa penduduk kampung mencari alternatif lain dengan bercucuk tanam bagi

mendapatkan sumber pendapatan tambahan.

Hasil dari tanaman buah-buahan biasanya mengalami lebihan dan berpotensi untuk dijual

kepada peraih. Namun begitu, penjualan tersebut bukanlah dalam prospek yang besar dan ianya

(12)

mereka terpaksa menjual dengan begitu murah akibat daripada lebihan yang terlalu banyak.

Malah, ada masanya pelawat yang berkunjung ke Taman Negara Endau-Rompin juga disajikan

dengan buah-buahan tersebut secara percuma.

6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Masyarakat Orang Asli di Kampung Peta masih mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri.

Namun begitu, berdasarkan kajian yang telah dibuat, mereka kini telah terserap dalam ekonomi

moden. Hal ini berkemungkinan disebabkan oleh pengwujudan Taman Negara Endau-Rompin

yang banyak membuka peluang ekonomi kepada mereka. Namun begitu, peluang ekonomi yang

ditawarkan tidak mampu mengubah lanskap ekonomi mereka. Kedudukan Kampung Peta yang

dekat dengan hutan dan jauh di pedalaman memastikan penduduknya terpaksa mengeksploitasi

persekitaran mereka demi kelangsungan hidup.

Keunikan budaya Orang Asli Jakun wajar dikomersialkan terutamanya melalui

pelancongan budaya yang boleh dianjurkan oleh Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ)

dengan kerjasama JAKOA. Usaha tersebut seterusnya mampu menjadikan Kampung Peta

sebagai Kampung Budaya. Sebagai contoh, masyarakat Orang Asli suku kaum Mah Meri di

Pulau Carey, Selangor. Mereka terkenal dengan kebudayaan tradisonal mereka yang unik

terutamanya ukiran kayu dan tarian topeng Joh Oh. Pengiktirafan oleh badan dunia seperti

Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah

merancakkan lagi pengkomersialan suku kaum tersebut di samping terbinanya sebuah kompleks

budaya yang serba lengkap yang pastinya dapat memberi kemudahan kepada para pelancong

yang hadir dari dalam dan luar negara. Kedatangan pelancong tersebut sekaligus dapat

meningkatkan sosioekonomi mereka di samping dapat mengekalkan kebudayaan warisan nenek

moyang mereka.

Hubungan erat antara Orang Asli dengan hutan kini bukanlah satu budaya tradisi, tetapi

suatu keperluan dalam menjadikannya sumber makanan dan pendapatan bagi mereka. Oleh hal

yang demikian, pembukaan kawasan penempatan baru yang dinamik, efisien dan komprehensif

(13)

sosial sesebuah masyarakat atau kelompok sasaran berkenaan. Aktiviti perekonomian yang

merangkumi pengumpulan sumber hutan perlu dilaksanakan dengan lestari agar tidak

menjejaskan kekayaan alam semula jadi selain untuk memenuhi keperluan dan kehendak

generasi akan datang.

RUJUKAN

Ali@Zainalabidin Syed Mohamed. 2006. Impak Perwartaan Taman Negara Endau Rompin Dan Penswastaan Rancangan Pengumpulan Semula Terhadap Masyarakat Jakun Di Bekok, Johor. Projek Penyelidikan. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Awang Kudi (2013) Informant. Kampung Peta.

Berita Harian. 11 Julai 2008.

Berita Harian. 4 April 2010.

Er Ah Choy, Zalina & Joy Jacqueline Pereira. 2010. Sosioekonomi Masyarakat Orang Asli : Kajian Kes Di Hutan Simpan Bukit Lagong, Selangor Malaysia. Jurnal Melayu (5)2012: 295-314.

Hassan Mat Nor (2000). Pembangunan dan Peminggiran : Kes Orang Asli. Dlm. Negara Pasaran dan Pemodenan Malaysia, disunting oleh Abdul Rahman Embong. Bangi : Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Hanapi Dollah (2008) Komuniti Orang Jakun : Peminggiran dan Pembangunan. Dlm.

Masyarakat & Kepelbagaian Sosial di Malaysia, disunting oleh Sarjit S. Gill & Lee Yok Fee. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Jabatan Kemajuan Orang Asli (2013). Program Pembangunan Penempatan Tersusun. Atas talian : http://www.jakoa.gov.my/web/guest/program-pembangunan-penempatan-tersusun (9 Mac 2013)

Jabatan Kemajuan Orang Asli, Mersing (2011). Profil Kampung Orang Asli Peta.

Melville Saayman, Andrea Saayman & Madelien Ferreira (2009). The Socio-Economic Impact of the Karoo National Park. African Protected Area Conservation and Science (KOEDOE) (51) 2009 : 1-10

(14)

Mohd Nur Syufaat Jamiran & Seow Ta Wee (2013). Kelestarian Transformasi Pembangunan Sosioekonomi Orang Asli. Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar Kali Ke-4, 5-6 Mac 2013, Dewan Persidangan E-Learning UPSI, Tanjong Malim.

Mustaffa Omar (2008). Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Masyarakat Orang Asli : Pencapaian dan Cabaran. Dlm. Orang Asli Isu, Transformasi dan Cabaran, disunting

oleh Ma’Rof Redzuan & Sajit S. Gill. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Puan Suhaila (2013) Key Informant. Jabatan Kemajuan Orang Asli, Mersing.

Sangka Chuka (2013) Key Informant. Kampung Peta

Referensi

Dokumen terkait

Semakin tinggi konsentrasi ragi tape dalam fermentasi pengolahan tape sukun akan meningkatkan kadar air, kadar asam (pH lebih rendah), dan tekstur (tektur tape sangat

Setelah fermentasi 2 – 3 hari, karbohidrat tersebut menjadi cairan semi padat atau kental yang merupakan campuran dari gula, alkohol, aldehid dan asam, dimana akan memberikan

Jenis kelamin masyarakat di Curug Bidadari yang ikut serta dalam partisipasi yaitu perempuan lebih dominan dibandingkan laki-laki, karena perempuan lebih memiliki waktu yang

Tiga ciri-ciri pembelajaran kolaboratif yang ditekankan dalam persekitaran pembelajaran ini adalah yang telah dicadangkan oleh Kirschner (2001) iaitu: pelajar

Dengan membangunkan sistem ini, saya dapat menim b a pengalarnan untuk membangunkan suatu per i sian multimedia yang

Berdasarkan tabel 10 hasil pengujian koefisien determinasi diperoleh nilai R- square sebesar 0,620 hasil yang diperoleh tersebut mengisyaratkan bahwa variabel

Materi juga tetap dipersiapkan untuk membantu mahasiswa yang sedang menempuh mata kuliah ‘quantitative analysis for management’ atau disebut juga dengan ‘operation research’

Disarankan kepada pembaca yang tertarik pada teori graph untuk melakukan penelitian mengenai pelabelan total sisi ajaib pada jenis-jenis graph lainnya, misalnya graph C n , dengan