• Tidak ada hasil yang ditemukan

Penstrukturan Masyarakat dan Identiti In

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Penstrukturan Masyarakat dan Identiti In"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/317592807

Penstrukturan Masyarakat dan Identiti Interaksi Sosiobudaya Orang Laut (Kuala) Negeri Johor

Conference Paper · May 2017

CITATIONS 0

READS 383

14 authors, including:

Maryam Syafiqha Mohd Sayuti

University of Malaya

1PUBLICATION   0CITATIONS   

SEE PROFILE

Jamilah binti Omar

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

3PUBLICATIONS   0CITATIONS   

SEE PROFILE

(2)

Penstrukturan Masyarakat dan Identiti Interaksi Sosiobudaya Orang Laut (Kuala) Negeri Johor

Maryam Syafiqha Mohd. Sayuti1,

Awang Azman Awang Pawi (Prof Madya)2,

Jamilah binti Omar3

Jabatan Sosio Budaya Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti

Malaya1, 2

Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif Universiti Pendidikan

Sultan Idris3

maryamsayuti@gmail.com1

awangazman@gmail.com2

jamilah@fskik.upsi.edu.my3

Abstrak

Proses ketamadunan sama ada disedari atau sebaliknya berlangsung secara berterusan tanpa berhenti, bagaimanapun, oleh kerana ia adalah proses yang mendesak kita untuk membuat pemilihan sewajarnya dilakukan secara rasional dan sesuai dengan memilih nilai-nilai yang serasi dengan agama, budaya dan etika kita pada hari ini. Kajian ini akan melihat bagaimana proses ini berlaku dalam masyarakat Orang Laut (Kuala) Negeri Johor. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji penstrukturan masyarakat dan identiti interaksi sosiobudaya etnik orang asli di Rengit, Minyak Beku dan Kota Masai Johor. Secara khususnya, kajian akan melibatkan aspek-aspek kehidupan sosiobudaya Orang Kuala Rengit, Minyak Beku dan Kota Masai Johor, bahasa dan dialek, kegiatan ekonomi, adat, agama dan amalan-amalan yang masih diamalkan oleh generasi hari ini, perkara-perkara yang telah diubahsuai mengikut faktor-faktor di sekeliling kaum ini. Penganalisisan proses penyesuaian Orang Kuala Rengit, Minyak Beku dan Kota Masai Johor dilakukan dengan menjurus kepada proses interaksi dalam kelompok kumpulan tersebut, interaksi dengan masyarakat tempatan dan pola adaptasi yang berlaku dan turut dikaji bagaimana kesinambungan dan pengekalan budaya etnik Orang Kuala Rengit, Minyak Beku dan Kota Masai Johor dalam sistem sosial secara menyeluruh dan kesannya terhadap pembangunan

struktur masyarakat. Kajian ini menggunakan kaedah

(3)

Orang Kuala di Johor dan juga bahan-bahan lain seperti penulisan ilmiah yang terdahulu. Pembentangan kertas ini akan meliputi proses penstrukturan awal kajian dengan menjelaskan konsep awal yang dibentuk dan kajian perpustakaan yang dilakukan oleh penyelidik.

Kata Kunci : Orang Kuala, perstrukturan, identiti sosiobudaya

Abstracts

(4)

study explains the concept of initial research library is designed and carried out by researchers.

Key words: Orang Kuala, termination, socio-cultural identiti

Pengenalan

Masalah penstrukturan masyarakat telah mula diperlihat sejak dahulu lagi. Malah, dalam masyarakat Melayu sendiri mengalami permasalahan ini. Oleh yang demikian, faktor kepada berlakunya penstrukturan masyarakat adalah diatas beberapa sebab dan sebab utama kepada permasalahan ini adalah untuk membasmi kemiskinan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat itu. (Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Saniman, 2002).

Menurut Giddens (2011), kemunduran dan

keterbelakangan cara hidup sesebuah masyarakat itu berpunca daripada aspek dalaman masyaralat tersebut. Oleh yang demikian, punca sebenar daripada faktor luaran masyarakat tersebut bukannya bertitik kepada sistem cara hidup tradisional

berkenaan yang menghalang mereka untuk mencapai

pembangunan kehidupan yang mampan. Oleh yang demikian, dapat dikatakan kemunduran ini berlaku daripa perkembangan jaringan ekonomi antarabangsa selepas berlakunya penjajahan yang berlaku pada sesebuah masyarakat.

(5)

tentang siapa seseorang individu itu atau sesuatu kelompok out pada pandangan diri (self) dan pada pandangan orang luar atau lain (other) (Giddens, 2008; Castell, 2004). Oleh itu, mkana dan pengalaman tersebut akan terbina di dalam aspek-aspek identiti seperti nama, bahasa, agama, budaya dan sebagainya. Ia berfungsi secara berbeza di antara diri (self) dan orang lain (their), sekaligus memberi makna kepada kewujudan diri (self) dan orang lain (other) seperti yang dibahaskan oleh Caster (2004) :

We know of no people without names, no languages or cultures in which some manner of distinction between self and other, we

and they, are not made…self-knowledge – always a construction

no matter how much it feels like a discovery – is never separable from claims to be known in specific ways by others.

Asal dan Konsep Orang Asli

Seperti semua kelompok bangsa, masyarakat Orang Asli dibahagi kepada tiga (3) buah rumpun bangsa yang terbentuk daripada 19 buah suku kaum. Masyarakat ini mempunyai identiti budaya yang sangat unik, kaya dengan pelbagai aspek dalam membincangkan setiap suku kaum masing-masing. Mereka merupakan masyarakat yang teguh dengan adat dan nilai yang diwarisi daripada generasi dahulu. (Juli Edo, 2000)

Orang Seletar, Duano dan Kanaq adalah 3 sub-suku Orang Laut yang boleh ditemui di Malaysia (lebih banyak lagi sub-suku Orang Laut atau Orang Selat boleh ditemukan di Kepulauan Riau, Indonesia). Ketiga-tiga sub-suku ini telah digabungkan bersama suku Jakun dan Temuan sebagai orang Melayu Proto, salah satu dari tiga kelompok Orang Asli (Orang Asal Semenanjung- Selain dari Melayu) yang diakui pemerintah Malaysia. Sepertimana Orang Laut, Jakun dan Temuan juga adalah sub-etnik Melayu Tua, tapi tinggal di darat. Mereka dikenali sebagai Orang Darat.

(6)

penempatan mereka, telah sedikit-demi-sedikit hilang. Tenggelam dalam kelompok bahasa lain yang lebih dominan di sekeliling. Biarpun aslinya hanya 20% kosa kata bahasa Seletar sama dengan bahasa Melayu, anak-anak seletar kini lebih selesa berbahasa Melayu.

Orang Duano pula berasal dari Pulau Bengkalis (Sumatera) sebelum menyebar ke banyak pulau lain di sekitar Selat Melaka, pesisir pantai barat negeri Johor dan pesisir pantai tumur selatan Sumatera. Di Johor, Orang Duano mendiami kuala-kuala sungai di Batu Pahat dan Pontian, bagaimanapun sebahagian dari mereka telah dipindahkan ke petempatan kekal di Kota Tinggi. Bahasa orang Duano beza dengan bahasa Melayu, bagaimanapun boleh dipastikan bahasa ini bakal pupus tidak lama lagi kerana genarasi muda lebih gemar bertutur dalam bahasa Melayu seperti yang diajarkan di sekolah-sekolah. Saya pernah lihat sendiri kehidupan orang Duano di Kampung Bumiputra Dalam di Rengit, Batu Pahat dan nampak jelas keasimilasian mereka dengan orang Melayu. Dari info yang saya dapat, generasi muda bukan sekadar tidak faham bahasa Duano, malah mereka juga malu dilabelkan 'Orang Asli'. Bagi maksud membezakan mereka dengan etnik Melayu, mereka lebih selesa menggelar diri mereka Orang Melayu Kuala. Di Malaysia, Orang Duano beragama Islam.

(7)

berkaitan dengan keterbatasan pergaulan suku ini dengan masyarakat luar. Anak-anak orang Kanaq masih enggan ke sekolah, walaupun diberi bermacam bantuan. Menurut seorang pengkaji, label 'Orang Asli' semakin memencilkan mereka dari terus bersaing dengan dunia luar. Namun ada satu hal yang baik, bahasa orang Kanaq tetap terlestarikan hingga ke hari ini. Kekal bertahan dan dituturkan segenap generasi biarpun perlahan-lahan kosakatanya tergantikan kosa kata bahasa Melayu melalui media massa.

Orang Asli merupakan salah sebuah suku kaum Orang Asli yang dikelompokkan di dalam suku Melayu Asli. Menurut Juli Edo (2000), pengelompokan tersebut dilakukan oleh pihak British ketika mentadbir Tanah Melayu sebagai salah satu usaha untuk mengatasi masalah kemiskinan agar dapat membangunkan orang asli. Walau bagaimanapun, istilah Orang asli sering digunakan dan digunakan secara meluas oleh Jabatan Kemajuan

Orang Asli (JAKOA), iaitu sebuah agensi yang

bertanggungjawab ke atas hal ehwal Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Menurut En Osman Bungsu (2017), panggilan kepada orang asli berubah mengikut tempat, di Johor orang asli lebih dikenali sebagai orang laut, orang kuala berdasarkan kepada kedudukan tempat tinggal mereka di persisir laut dan pantai negeri Johor. Dikatakan juga kedatangan kaum ini dikatakan asalnya dari Riau juga berasal dari daerah persisir pantai, ini berbeza dengan masyarakat Orang Asli di negeri lain seperti di Pahang, Kelantan, orang asli lebih banyak mendiami bahagian pendalaman daerah-daerah di negeri tersebut.

Orang Kuala merupakan satu gelaran yang diberikan kepada mereka di Johor. Pada asalnya, golongan ini dikenali sebagai Orang Laut iaitu satu kelompok daripada ‘suku asli’ yang ada di Riau. Orang Kuala atau dalam golongan suku asli mereka dikenali sebagai suku Duano merupakan salah satu daripada 18 suku orang Asli di Malaysia. Mereka tergolong dalam kumpulan Melayu Proto, iaitu salah satu kumpulan utama dalam kaum Orang Asli. Dalam pensejarahan Melayu juga turut menyatakan masyarakat Melayu Proto ini tinggal di wilayah selatan semenanjung Malaysia dan tidak dapat kiat ketepikan ini menjelaskan kelompok ini berada di kawasan Johor.

(8)

yang diberikan kepada mereka iaitu Orang Kuala adalah disebabkan faktor lokasi penempatan mereka yang berada di kuala sungai atau persisiran pantai.

Mereka banyak ditempatkan di kawasan negeri Johor seperti Pontian, Rengit, Minyak Beku. Ini kerana lokasi petempatan mereka adalah di sungai dan persisiran pantai berhampiran dengan sungai. Pada satu masa dahulu, taburan kelompok ini adalah merata tempat di pantai-pantai kedua-dua belah Selat Melaka, termasuk Kepulauan Melayu.

Dalam konteks negara kita, walaupun mereka digelar sebagai Orang Laut tetapi kerajaan Malaysia mengkategorikan mereka sebagai Orang Asli. Ini termaktub di dalam Akta 134 iaitu memberi keistimewaan kepada suku masyarakat Orang Asli bertujuan dari aspek pentadbiran dan memudahkan ururan pembangunan masyarakat ini.

Orang Asli suku kaum Orang Kuala tidak suka mereka dipanggil sebagai Orang Kuala. Pada pandangan mereka, lazimnya istilah itu digunakan oleh masyarakat luar untuk mengejek mereka. Justeru, mereka lebih selesa dipanggil sebagai Orang Laut, atau Orang Asli ataupun Melayu Asli dan ada juga gemar dikenali sebagai Orang Duanu. Namun sebetulnya, Orang Asli suku kaum Orang Kuala merupakan sub kaum kepada Melayu Proto / Asli. Mereka dikenali sebagai Orang Kuala disebabkan penempatan awal mereka sebelum ini berada di kawasan kuala-kuala sungai yang hidup sebagai nelayan. Orang Asli suku kaum Orang Kuala juga kerap menggelari diri mereka sebagai Orang Laut, manakala Orang Asli yang berada di darat sebagai Orang Asli darat atau Orang Sakai.

Orang Kuala sememangnya dikenali sebagai Orang Laut. Namun, dalam kumpulan besar Orang Asli, selain Orang Kuala, Orang Laut turut merujuk kepada Orang Seletar dan Mah Meri (atau nama lainnya Ma’ Betisek atau Besese). Kesemua Orang Kuala adalah beragama Islam, apa yang menariknya, berbeza dari Orang Asli lain, Orang Kuala bukanlah baru memeluk Islam, sebaliknya mereka beragama Islam sejak nenek moyang mereka lagi. Malah ada sesetengah dari mereka menganggap diri mereka sebagai Bangsa Melayu dengan alasan bahawa mereka bukannya mualaf, tetapi Muslim asal sebagaimana bangsa Melayu. Dikaitkan juga oleh beberapa golongan tua bahawa mereka mempunyai ikatan dengan kaum Asli yang terdapat di Riau Indonesia. Namun, jika berasaskan pandangan Chou (2003) dan Andaya (2008). Suku kaum Asli di Riau itu tidak dikhususkan pula sebagai Orang Kuala, tetapi digelar sebagai Orang Laut atau Suku Sampan.

(9)

Peranan golongan suku kaum Melayu yang kecil seperti Bajau dan Orang Laut sebenarnya besar dalam sejarah. Hasil penulisan Mohd. Affendy Abdul Hamid dalam Berita Harian bertarikh 13 Okrober 2010 beliau menjelaskan, selepas meneliti kisah Orang Bajau, suku kaum perantau dan pedagang laut di antara perairan Filipina, Malaysia dan Indonesia. Orang Laut memang disebut dalam Sejarah Melayu. Suku kaum ini berbakti kepada sultan atau raja Melayu dengan melindungi jalan laut.

Pada 1819, menurut catatan British, Singapura digambarkan sebagai sebuah kampung nelayan. Ertinya, Singapura sebelum 1819 tidak begitu penting. Padahal ini bukan hakikatnya.

Kajian arkeologi (penggalian) oleh sejarawan Universiti Nasional Singapura, Dr John Miksic, telah mendedahkan peranan Singapura yang penting sepanjang abad ke-14. Ini bermakna, dasar kewujudan Singapura sebagai pelabuhan perdagangan telah lama ada sejak zaman bahari. Bahkan, Thomas Stamford Raffles menyedari hal ini ketika berkunjung ke Singapura pada 1819 untuk membangunkannya semula sebagai pelabuhan entrepot. Dr Leonard Andaya, dalam buku yang berjudul Leaves of the Same Tree: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka (University of Hawaii Press, 2008). Dalam bab ke 6, Dr Andaya menyelongkar peranan Orang Laut yang amat penting dalam pembentukan kerajaan-kerajaan Melayu (diejanya Malayu dan bukan Malays).Orang Laut dianggap penting sehingga diberi darjat kehormatan oleh raja-raja Melayu. Mereka mengawal jalan laut dan sekaligus memastikan keamanan yang penting bagi perdagangan antarabangsa. Orang Laut dijelaskan sebagai sangat arif laut – dari segi musim, ombak, makanan laut seperti ikan sehinggalah mutiara yang diperlukan untuk pasaran China. Namun, sumbangan terbesar mereka yang diakui raja Melayu ialah memelihara laluan laut termasuk ‘memujuk’ kapal dagang agar singgah di pelabuhan. Namun demikian, bakti Orang Laut berkurangan selepas perubahan besar dalam perkembangan ekonomi Melayu daripada bergantung pada laut kepada pertanian dan perlombongan mulai akhir abad ke-19 Masihi. Hakikatnya, kurang kajian mengenai Orang Laut dari segi sejarah, kebudayaan dan pemikiran mereka. Kehadiran mereka mengawali kerajaan pesisir di Selat Melaka termasuk Kesultanan Melaka. Memandangkan cara hidup

mereka yang ‘menyendiri’ dan hanya sekali-sekala menemui

masyarakat terbanyak, kita perlu mengupas tanggapan mereka mengenai, misalnya membangunan bahasa Melayu dan budaya di Malaysia dan Singapura; kesan keseluruhan struktur masyarakat Orang Laut sejak perpisahan Singapura dari Malaysia; peranan orang Cina dalam sejarah Asia Tenggara – bagaimanakah Orang Laut menanggapi masyarakat Cina?;

bagaimanakah Orang Laut menyesuaikan diri dengan

(10)

perspektif Orang Laut tentang proses-proses ini? Dalam makalah dari The Straits Times, 25 Disember 1949, mengenai Orang Laut Singapura di selatan Johor, dinyatakan Ketua Orang Laut bergelar ‘batin’ atau ‘tok batin’. Ketika itu, terdapat dua suku Orang Laut di Singapura, iaitu Orang Kalang dan Orang Selat. Orang Kalang datang dari Riau dan menetap di Pulau Kalang, tetapi mereka harus berpindah ketika lapangan terbang dibina pada masa itu. Banyak Orang Kalang menetap di Pasir Panjang. Dan kumpulan Orang Kalang dibahagi dua, iaitu Orang Kopek dan Orang Senggera.

Orang Selat dikatakan menjadi pengikut Temenggong Abdul Rahman dan tinggal di perahu-perahu mereka di muara sungai Singapura. Mereka mengakui diri mereka sebagai suku yang memandu bot Raffles mendarat di tebing Sungai Singapura. Gambaran tentang kegiatan ekonomi Orang Kalang memang menarik. Mereka menjual daun nipah muda untuk membuat kertas rokok. Mereka mengumpulkan nipah tersebut di Kepulauan Riau dengan berperahu layar kecil yang disebut ‘perahu pucuk’.

M. Effendy A. Hamid seterusnya menyatakan, walaupun Orang Laut dikatakan tidak terpelajar atau dikatakan menjauhi kemajuan, hal ini sama sekali tidak benar. Ada yang dapat menyesuaikan diri dengan perubahan, gigih dan sangat memelihara maruah dan berbangga dengan asal mereka sebagai ‘Orang Asli Singapura’ seperti mantan menteri kabinet, Haji Othman Wok. Panggilan Orang Asli juga kurang sesuai dengan struktur masyarakat mereka. Ini menyebabkan mereka tidak senang hati dikategorikan sebagai Orang Asli. Menurut mereka, terdapat beberapa faktor mereka enggan dikategorikan sebagai Orang Asli. Pertama, mereka beragama Islam sebaliknya Orang Asli tidak Orang Asli turut dikenali sebagai Orang Asli Darat dan kebanyakan daripada mereka mengamalkan agama Kristian. Malah, mereka menuntut sebagai Orang Islam di mana sepatutnya sebangsa dengan orang Melayu tempatan. Kedua, sehubungan dengan faktor agama Islam mereka semestinya dilarang untuk memakan babi dan membela anjing sebaliknya berlaku pada masyarakat Orang Asli mereka boleh makan babi dan dibenarkan untuk membela anjing.

Wajar kita mengkaji hal ini sebelum kisah Orang Laut tidak lagi diketahui dan suku kaum ini pupus dek masa.

Metodologi kajian

(11)

kepada tiga lokasi utama iaitu Rengit, Minyak Beku dan Kota Masai di Johor. Pemilihan lokasi ini kerana keunikan yang diperlihat berbeza dan unik dengan masyarakat Orang Asli lain. Antara keunikan yang diperlihat adalah struktur keluarga dan konsep sosiobudaya mereka dalam mengubah ekonomi, pendidikan dan kehidupan mereka melalui penyertaan dalam kegiatan ekonomi masyarakat Johor. Orang Kuala Rengit dan Minyak Beku telah menyertai aktiviti perniagaan pengimportan barangan terpakai manakala Orang Kuala di Kota Masai lazimnya mereka menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan laut iaitu menjual hasil laut di sebelah pagi dan petang kepada masyarakat tempatan. Secara tidak langsung, mereka telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada ahli keluarga mereka bahkan juga kepada masyarakat tempatan.

Teknik pengumpulan data kajian ini adalah dengan kaedah temubual yang mendalam dengan menggunakan teknik temubual tidak berstruktur. Ini adalah untuk memudahkan penyelidik untuk mengenali kelompok masyarakat ini dan menggalakkan kemesraan bersama mereka bagi memudahkan mereka untuk berkongsi maklumat. Temubual ini telah dilaksanakan ke atas Tok Batin Orang Kuala di setiap tempat, beberapa ahli keluarga, persatuan penduduk dan beberapa peniaga yang terlibat dalam kegiatan ekonomi mereka.

Perbincangan

Perkembangan Aspek Kehidupan Sosiobudaya

Perbincangan dilakukan dengan berfokus kepada 3 buah kampung yang dikaji. Peta ini memperlihatkan lokasi taburan Orang Kuala sangat berkait rapat dengan laut dan secara tidak langsung kehidupan mereka tidak dapat dipisahkan dengan laut

(12)

dan hasil laut. Pada masa lalu, masyarakat Orang Laut tinggal di dalam sejenis rumah perahu yang dipanggil ‘sampan panjang’. Walau bagaimanapun, mereka sering berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain bagi melestarikan kehidupan mereka yang bersifat kendiri. Pada awal pensejarahan Orang Kuala mereka ditempatkan di merata tempat dalam bentuk pola penempatan yang kecil berdasarkan suku atau kumpulan ahli keluarga mereka. Walau bagaimanapun, setelah Malaysia mencapai kemerdekaan mereka telah mula ditempatkan di kawasan perkampungan yang teratur dan tersusun yang disedikan oleh pihak kerajaan dibawah tanggungjawab dan dikendalikan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (Pelras, 2002).

Penganalisaan struktur masyarakat dan Identiti Interaksi Sosiobudaya masyarakat ini boleh dilihat menerusi tiga aspek utama iaitu perkembangan bahasa dan dialek, kegiatan ekonomi, adat, agama dan amalan, perubahan kedudukan petempatan dan pola interaksi. Secara keseluruhan, perkembangan dan pembangunan sesebuah kawasan memberi pengaruh kepada perubahan struktur masyarakat dan seterusnya memberi kesan kepada pengekalan identiti sosiobudaya masyarakat. Jika dilihat menerusi garis masa, perubahan aspek sosiobudaya mereka tekah banyak berbeza dibandingkan dengan struktur asal masyarakat ini

Perkembangan Bahasa dan Dialek

Secara amnya, bahasa adalah sistem lambang bunyi yang digunakan oleh anggota suatu masyarakat untuk bekerjasama, berinteraksi, dan mengidentifikasikan diri. Adapun fungsi bahasa dapat dibezakan menjadi dua iaitu fungsi bahasa secara umum dan fungsi bahasa secara khusus. Fungsi bahasa secara umum adalah merupakan sebagai alat komunikasi, sebagai alat ekspresi dan sebagai alat untuk mengadaptasi dan mengintegrasi sosial. Manakala fungsi bahasa secara khusus adalah bertujuan untuk amalan sesuatu budaya serta yang paling penting adalah untuk mempelajari ilmu pengetahuan yang lain.

Dialek pula dapat dikaitkan dengan variasi dari sekelompok penutur yang berada pada suatu tempat, wilayah, atau sesuatu kawasan. Dengan kata lain, dialek merupakan satu keragaman cara pengucapan atau gaya penggunaan bahasa. Perbezaan dialek berlaku disebabkan oleh sosial dan perbezaan daerah.

(13)

Bahasa Melayu yang sama dengan masyarakat Melayu tempatan di Johor. Mereka lebih selesa menggunakan bahasa Melayu berbanding dengan dialek bahasa yang mereka amalkan sejak dahulu. Mereka cuma menggunakan bahasa dan dialek mereka apabila bertutur sesama mereka bagi memudahkan fahaman dan arahan yang ingin dicapai.

i. Orang Kuala Rengit

Kumpulan masyarakat ini hidup di pinggir Sungai Rengit, di kuala Sungai Batu Pahat. Kawasan kampung mereka dibentuk secara berjajar mengikut arah aliran sungai. Ketua Kampung dilantik berdasarkan kuasa pihak berkuasa tempatan dengan

merujuk kepada ‘orang tua mereka’.

Kebanyakan masyarakat orang Asli Rengit berhubung dengan masyarakat Melayu dan Cina di sekitar Bandar Batu Pahat. Perhubungan dengan masyarakat setempat berlangsung kerana interksi dalam aspek pendidikan, di mana mereka menghantar anak ke sekolah sekitar kawasan tersebut. Peniaga kaum Cina yang banyak di sekitar kawasan Rengit memberi

impak kepada perkembangan bahasa masyarakat ini.

Penggunaan Bahasa Melayu dan dialek Bahasa Cina dalam pengucapan seharian mengubah struktur bahasa mereka dan semakin kurang digunakan.

Perubahan ini juga disebabkan perkahwinan campur antara masyarakat orang Asli dengan penduduk Melayu di kawasan tersebut. Generasi muda yang banyak terdedah kepada budaya luar dan media sosial memberi pengaruh kepada pengekalan bahasa masyarakat ini. Penggunaan telefon, rangkaian stesen televisyen, dan internet membawa banyak impak kepada generasi muda khususnya.

ii. Orang Kuala Minyak Beku

(14)

iii. Orang Kuala Masai

Dalam pemerhatian yang dibuat, Orang Kuala Masai masih kuat menggunakan bahasa dan dialek mereka dalam kegiatan seharian. Manakala Orang Kuala di Rengit dan Minyak Beku telah lama menggunakan bahasa Melayu tempatan kerana kedudukan tempat tinggal kebanyakan mereka berhampiran, ia juga wujud dan hubungan lebih mudah untuk berinteraksi dengan masyarakat tempatan.

Kegiatan ekonomi

Jika pada tahun 70-an, kegiatan ekonomi utama mereka adalah nelayan, dan menjadi peraih hasil tangkapan mereka. Namun dengan perkembangan bandar Rengit, perubahan aktiviti ekonomi berubah. Mereka mula mengubah aktiviti ekonomi, Kerajaan Johor juga mengalakkan untuk menjalankan perniagaan bundle barang-barang keperluan rumah seperti perabot, barang elektrik, barang keperluan dapur, pakaian dan mainan kanak-kanak. Pada asalnya, mereka memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di kawasan penempatan mereka dan hanya menjalankan perniagaan di hadapan rumah mereka. Orang Laut mempunyai jati diri sebagai kumpulan masyarakat yang

menyanjungi, memuja dan rapat dengan laut, ianya

perlambangan kepada ‘siapa dan asal usul’ laut menjadi sumber rezeki dan sumber ekonomi kepada mereka. Laut sekitar Selat Melaka mempunyai sumber yang kaya dan menjadi sebahagian daripada kawasan perkembangan sistem masyarakat. Walau bagaimanapun, setelah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah mengambil tugas sebagai pengendali masyarakat ini, mereka telah diberi keistimewaan oleh kerajaan Negeri Johor untuk membantu merangsang pembangunan masyarakat orang Asli dengan menggalakkan kegiatan ekonomi di sesuatu kawasan.

i. Orang Kuala Rengit

Orang Kuala Rengit menunjukkan peningkatan dalam kegiatan ekonomi mereka seiring dengan perkembangan pola masyarakat tersebut. Berbanding dengan pada tahun 1980-an, kini masyarakat tersebut telah maju sebagai peniaga dan ada yang masih kekal menjadi pelaut. Permintaan ikan dari pasaran tempatan menjadikan kegiatan ekonomi turun temurun ini masih menjadi keutamaan kepada mereka.

Malah, ada di antara mereka yang bergiat aktif dalam bengkel barangan terpakai di Kampung Bumiputra Dalam, Rengit Batu Pahat (dalam Gambar 2). Mereka telah lama berjinak dalam

kegiatan ekonomi sekaligus membantu meningkatkan

(15)

menjalankan perniagaan seperti menjual perabot yang diimport dari Singapura dalam keadaan yang masih baik dan boleh digunakan. (dalam Gambar 3).

Gambar 2 dan 3: Pintu masuk perkampungan Orang Kuala Rengit dan Jualan Perabot Terpakai yang dijalankan oleh Orang Kuala Rengit

ii. Orang Kuala Minyak Beku

Tinjauan ke kawasan Minyak Beku menunjukkan petempatan mereka sedikit berubah dari mendiami kawasan tepi kuala sungai Batu Pahat telah beralih ke kawasan kampung. Pembukaan kawasan kuari dan syarikat pembinaan kapal serta pelabuhan kecil di Minyak Beku mengubah struktur petempatan mereka. Namun kebanyakan yang masih menjadi pelaut, sudah bekerja dengan kaum Cina dan ada juga yang masih menjadi peraih atau penjual ikan di pasar. Beberapa meja di pasar masih menunjukkan kegigihan orang Kuala menjual bersama-sama dengan penjual Cina dan Melayu. Apa yang menarik, jika si ibu berjual, maka anak-anak akan ikut serta dan mereka tidak akan hadir ke sekolah. Sebahagian juga terlibat dengan perniagaan di Pasar Orang Kuala di Jalan Pasar (terletak di belakang pasar awam) (dalam Gambar 4). Jalan Pasar ini yang telah

menempatkan jualan bundle mereka setiap hari pada jam 8 pagi

(16)

Gambar 4: Jalan Pasar dan Gambar 5 : Jualan bundle

Mereka tidak lagi banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti ekonomi di Batu Pahat. Ini kerana mereka lebih menerima pekerjaan sebagai kakitangan kerajaan sebagai pekerjaan tetap mereka. Mereka lebih selesa dikelompokkan bersama dengan masyarakat Melayu tempatan.

iii. Orang Kuala Kota Masai

Perkampungan Kuala Kota Masai terletak di bahagian hujung tambak Johor di Pasir Gudang, berhampiran dengan Pusat Pengumpulan Ikan Jabatan Perikanan Johor, Persimpangan berbentuk Y memisahkan Antara kampung Melayu dan kampung Orang Seletar, berbeza dengan Kuala Minyak Beku yang duduk dalam masyarakat Melayu. Fokus utama masyarakat ini adalah menjadi pelaut. Dalam perkampungan tersebut, Tok Batin Nah bin Bechik yang berusia 76 tahun merupakan tok batin kedua selepas bapanya. Kedudukan kampung yang terletak di pinggir Selat Tebrau. Kegiatan ekonomi kelompok ini merupakan penjualan hasil tangkapan ikan yang mereka jalankan.

Menurut William anak salah seorang dari Orang Selatar

Setiap pagi kami akan ke laut untuk menangkap ikan. Kebanyakannya kami akan dapat ikan yang besar-besar seperti ikan merah, ikan siakap, ikan pari dan banyak lagi. Setelah pulang, kami akan agihkan ikan tersebut kepada peniaga makanan dan selebihnya kami akan membuat jualan di pasar-pasar besar dan di pasar-pasar Orang Kuala Kampung Masai.

(17)

Kenyataan ini dibuktikan dengan penjualan ikan yang dijalankan oleh mereka sendiri di beberapa kawasan seperti di kampung mereka sendiri dan beberapa pasar yang berdekatan (dalam Gambar 6).

Gambar 6: William (kiri-berbaju merah) bersama dengan keluarga menjalankan perniagaan hasil laut mereka setiap jam 5 petang di jalan masuk perkampungan mereka di Kota Masai sehingga semua ikan habis dijual.

“Ikan tak macam dulu, dulu banyak sekarang dah berkurangan,

pembangunan di tambak menjadikan bekalan sumber laut berkurang..macam saya sebagai Tok Batin dapat elaun manakala yang lain masih menjadi nelayan”

P2,KKM,2 Pihak kerajaan turut menyediakan tapak untuk membolehkan mereka menjual hasil tangkapan mereka. Kawasan letakan jualan di pinggir kampung mereka. Hasil pemerhatian, harga ikan yang dijual lebih murah daripada di pasar. Antara hasil tangkapan yang sering mereka dapat adalah kerapu, merah, siakap laut, ikan mata besar, jenahak, kerang, ketam dan bawal. Permintaan terhadap hasil tangkapan mereka juga ada yang telah ditempah oleh restoran-restoran sekitar Johor Bahru. Ada sebahagian daripada mereka telah mampu memiliki kenderaan sendiri seperti bapa William menjadi pembekal kepada beberapa restoren makanan laut. Permintaan di kalangan pembeli juga masih menggalakkan yang menjadikan mereka masih menjalankan penangkapan ikan di laut dan menjualnya dengan harga yang berbaloi.

b. Adat, agama dan amalan

(18)

bekerja sebagai nelayan. Selain daripada dicirikan sebagai satu kelompok yang ke arah kelautan, asas jati diri mereka adalah penganut agama Islam. Mereka turut dikenali sebagai Orang Lanun atau Orang Selat kerana sebelum mereka menumpukan kesetiaan terhadap Kerajaan Srivijaya, mereka pada asalnya adalah sekumpulan pelaut (ada sesetengah penulis menamakan mereka lanun) yang menjaga kawasan sekitar perairan Selat Melaka. Mereka mengawal kawasan sempadan laun, menghalau lanun, memimpin kapal dagang ke pelabuhan yang hendak dituju, menjaga aktiviti perniagaan dan menjadi utusan kerajaan-kerajaans ekitar Selat Melaka. Disebabkan kedudukan Orang Laut yang mengetahui selok-belok laut di sekitar Selat Melaka yang dinyatakan di dalam Sejarah Melayu menjadi antara jalan laut tersibuk, mereka memainkan peranan penting dalam

pemerintahan Kerajaan Srivijaya, Kesultanan Melaka

dan kemudiannya berubah kepada Kesultanan Johor-Riau. Tugas mereka sebagai hulubalang atau polis di laut membawa kepada hubungan rapat di antara Orang Laut dengan ketiga-tiga buah institusi diraja tersebut yang telah pun terjalin sejak di awal zaman kerajaan Srivijaya lagi. Orang Laut juga dikenali sebagai golongan yang sangat setia kepada keluarga diraja Srivijaya. Malah selepas kejatuhan Srivijaya pada tahun 1025, Orang Laut masih meneruskan kesetiaan mereka terhadap Parameswara iaitu putera raja Srivijaya (Palembang) yang terakhir. Perubahan dalam sistem kesultanan Johor-Riau pada tahun 1699 turut berubah apabila Sultan Mahmud Syah ke 11 mangkat dijulang merupakan sultan yang masih bujang, kemudiannya takhta kerajaan digantikan oleh Bendahara yang mengangkat dirinya sebagai Sultan Abdul Jalil ke IV yang menyebabkan Orang Laut tidak mengiktiraf pemerintah baru Kesultanan Johor-Riau. Akhirnya menjelang abad ke 18, peranan orang Laut sebagai penjaga keamanan Selat Melaka secara perlahan-lahan digantikan oleh Orang Bugis.

i. Orang Kuala Rengit

Adat, agama dan amalan mereka telah banyak berubah khususnya disebabkan perubahan anutan agama. Sebahagian masyarakat Orang kuala Rengit juga memang beragama Islam, di dalam kampung di Kuala Rengit telah didirikan sebuah surau sejak tahun 1990-an. Adat Melayu menjadi adat mereka dengan mereka meraikan kesemua perayaan berasaskan kepada masyarakat Melayu.

ii. Orang Kuala Minyak Beku

(19)

terdapat pengasingan petempatan, di Minyak Beku hampir 70% sudah duduk di dalam kampung Melayu. Perkahwinan campur Antara masyarakat Melayu dan orang Kuala bukan lagi asing. Sudah ada yang memakai pakaian Islamik dengan bertudung, menutup aurat dan mengamalkan budaya hidaup yang lebih Melayu.

iii. Orang Kuala Kota Masai

Masyarakat ini berbeza dengan dua petempatan sebelum ini, kedudukan mereka yang agak terasing dan jauh dari pembangunan. Dilihat dari aspek adat, mereka masih terikat dengan struktur keluarga dan ‘tok batin’ yang menjadi ketua. Tok Batin Nah bin Bechik telah menetapkan siapa pengganti beliau. Dalam masyarakat ini, Tok Batin Orang Kuala Kota Masai mempunyai semibilan (9) orang anak dan dua (2) daripada mereka telah berkahwin dengan orang Cina dan anak mereka menggunakan nama Cina dalam kad pengenalan mereka. Semasa kehadiran penyelidik, mereka sedang rancak membincangkan acara ‘sewang moden’ yang dipanggil malam joget yang akan di adakan di Setulang, perkampungan Orang Kuala Selatar, di Johor. Walaupun sebahagian keluarga ini beragama Islam tetapi ciri-ciri keislaman sangat sedikit dan dapat dilihat penekanan kepada Islam hanya pada kad pengenalan. Malah ada juga antara mereka yang telah menganut agama lain hasil daripada perkahwinan campur di antara orang Cina tempatan.

Perubahan kedudukan Petempatan dan Pola interaksi

i. Orang Kuala Rengit

(20)

ii. Orang Kuala Minyak Beku

Masyarakat di pinggir Bandar Batu Pahat ini menerima kesan daripada pembangunan pesat bandar tersebut. Interaksi dengan masyarakat Melayu, Cina, Jawi Peranakan (Arab) dan India begitu jelas kerana kedudukan petempatan dan juga kegiatan ekonomi, penglibatan mereka di pasar awam Batu Pahat sebagai sebahagian peniaga menunjukkan pola interaksi yang lebih rencam dengan masyarakat lain.

iii. Orang Kuala Kota Masai

Kelompok masyarakat Kuala Seletar ini tidak bercampur dengan masyarakat luar, tetapi mereka berurus niaga dengan pembeli sama dan semasa penjualan ikan, pembelian keperluan rumah, dapur melibatkan mereka berinteraksi dengan orang luar. Saudara-mara mereka duduk di perkampungan lain kerana menurut Tok Batin Nah bin Bechik, setiap kampung hanya boleh ada seorang ketua, justeru setiap kampung biasanya didiami oleh satu keluarga induk.

Kesimpulan

(21)

memberi banyak peluang perniagaan menunjukkan potensi mereka dalam bidang ekonomi semakin berkembang mereka telah dibenarkan untuk berniaga di sebuah kawasan yang dikhaskan kepada mereka khusunya di Batu Pahat. Kawasan tersebut terletak di pasar Batu Pahat dan perniagaan mereka masih dijalankan sehingga hari ini. Jelas disini, potensi mereka dalam bidang ekonomi amat luas dan baik. Kesinambungan dan kelestarian budaya Orang Kuala seperti kita lihat dalam masyarakat di negara lain seperti orang Asli Australia, Kaum Red Indian di Amerika menerima kesan yang sangat kuat dari pembangunan dan teknologi dunia moden.

Rujukan

Andaya, L. A., (2008). Leaves Of The Same Tree-Trade And Ethnicity In The Straits If Malaka. Nonolulu: University Of Hawaii Press.

Castell, M., (2004). The power of identiti. Edisi ke-2. Blackwell Publishing: United Kingdom.

Chou, C. 2003 Indonesian Sea Nomads Money, Magic And Fear Of The Orang Suku Laut. British: Taylor & Francis Group.

Giddens, A., (2008). Sociology. Polity Press: Cambridge.

Giddens, Anthony. (2011). Teori Strukturasi : Dasar-dasar Pembentukan Struktur Sosial Masyarakat. Indonesia : Pustaka Pelajar.

Google Maps (2017). Peta Jalan Pasar telah dicapai pada 14 April

2017 di laman web

https://www.google.com/maps/place/Jalan+Pasar,+83000+Batu +Pahat,+Johor,+Malaysia/data=!4m2!3m1!1s0x31d056c6a2e06 537:0x228c075936af601f?sa=X&ved=0ahUKEwiQkpzRiKPT AhWDwI8KHcHsB9wQ8gEIITAA dan telah diselenggara pada 2017.

Juli Edo (2000). Dari darat ke laut; Singkapan ringkas etnosejarah Orang Asli di Johor. Dalam Seminar sejarah dan budaya Johor, anjuran Kerajaan Negeri Johor, 3-6 Mei 2000.

Just Faaland, Jack Parkinson & Rais Saniman (2005). Dasar Ekonomi Baru : Pertubuhan Negara dan Pencapaian Ekonomi Orang Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

Pelras, Christian., (2002). A few jottings on some aquatic populations of the Nusantara Archipelago. Telah dicapai pada 14

April 2017 di laman web

(22)

Mahani Musa, (2011). The Sosioeconomic History of The Orang Kanaq of Johor. Kajian Malaysia, Vol. 29, No. 1, 2011, 47–74. Penerbitan Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang

Zainun, Nazarudin (2015) Antropologi Dan Sejarah Dalam

Kearifan Tempatan. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Gambar

Gambar 1: Petempatan Orang Laut/Kuala di sekitar negeri
Gambar 4: Jalan Pasar dan Gambar 5 : Jualan bundle
Gambar 6).

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk membuat manajemen user yang cepat dan efisien untuk penggunaan aplikasi e-learning yang digunakan SMK Telekomunikasi

Data yang digunakan dalam pembuatan kurva berasal dari data retensi likopen selama penyimpanan pada suhu ruang, sedangkan pembuatan kurva dimaksudkan untuk menentukan

Hasil pengujian isolat berdasarkan spektrum menunjukkan penyerapan pita pada panjang gelombang maksimum untuk alkaloid sehingga dapat digambarkan bahwa daun, batang

Nilai volumetric efficiency menurun dengan meningkatnya persentase EGR dan nilai volumetric efficiency ketika menggunakan campuran bahan bakar diesel- low purity methanol

Kata  yang berkonotasi tidak pantas terjadi karena pengguna bahasa  tidak  menyesuaikan  bahasanya  dengan  temp at  dan  situasi  pemakaian  bahasa sehingga 

Berdasarkan hasil analisis data, perencanaan dan realisasi anggaran dalam pengelolaan keuangan sekolah di SMA Muhammadiyah se Surakarta telah dilaksanakan

Dalam hal ini akan dibuat system catu daya emergency genset ( 200 KVA) yang dapat menghidupkan atau mematikan (ON-OFF) engine genset secara otomatis (tanpa peranan

Sedangkan Menurut Whitten dan Bentley (2007, p371), UML adalah satu kumpulan konvensi pemodelan yang digunakan untuk menentukan atau menggambarkan sebuah sistem