• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tanpa pengaruh China tidak akan wujud ne

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Tanpa pengaruh China tidak akan wujud ne"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN

Apabila membincangkan tentang kewujudan negara Jepun, kita tidak dapat elak daripada menyentuh berkaitan kemasukan pengaruh daripada negara China. Hal ini kerana, negara China memainkan peranan penting dalam membawa kemajuan dan menjadikan negara Jepun berkembang maju seperti hari ini. Oleh itu, tidak akan wujud negara Jepun pada hari ini sekiranya tiada pengaruh China masuk ke negara Jepun.

Menurut penulis, faktor geografi juga membolehkan pengaruh China mudah memasuki negara Jepun. Berdasarkan peta dunia, kita boleh melihat kedudukan China dan Korea merupakan negara jiran yang berdekatan dengan negara Jepun. Jaraknya yang dekat memudahkan Jepun mengambil unsur-unsur daripada China untuk dibawa masuk ke negara Jepun.

Kemasukan pengaruh daripada China ke Jepun didapati berlaku dengan melalui dua cara iaitu kemasukan pengaruh China ke Jepun melalui Korea dan kemasukan pengaruh China ke Jepun secara langsung. Kemasukan pengaruh China melalui Korea berlaku kerana Korea telah menerima pengaruh daripada China lebih awal berbanding Jepun1. Oleh itu, Korea telah membawa beberapa aspek pengaruh daripada China masuk ke negara Jepun. Manakala kemasukan pengaruh China secara langsung di sini pula membawa erti Jepun mengambil unsur daripada China dengan menghantar rombongan ke sana untuk mempelajari ilmu pengetahuan dan budaya negara China lalu dibawa masuk ke negara Jepun.

Penulis juga mendapati, kemasukan pengaruh China ke Jepun adalah seperti ombak pasang dan surut kerana ada zaman ketika Jepun mengambil sepenuhnya pengaruh daripada

(2)

China, ada juga zaman ketika Jepun tidak mengambil pengaruh China sepenuhnya tetapi membuat perubahan untuk disesuaikan dengan budaya tempatan dan ada zaman ketika Jepun langsung tidak menerima pengaruh daripada China. Oleh demikian, dalam membincangkan tajuk ini, penulis memberikan fokus daripada zaman Jomon sehinggalah ke zaman Haeian kerana zaman ini merupakan zaman Jepun telah menerima pengaruh daripada China secara langsung dan tidak langsung.

CARA KEMASUKAN PENGARUH CHINA KE NEGARA JEPUN

Seperti yang dikatakan sebelum ini, kemasukan pengaruh daripada China masuk ke negara Jepun adalah melalui dua cara iaitu kemasukan pengaruh China melalui Korea dan kemasukan pengaruh China secara langsung.

“Orang Jepun tidak menafikan Korea mempunyai budaya yang tinggi malah

dianggap sebagai penghubung kepada kemasukan budaya China yang begitu

besar faedahnya kepada Jepun seperti Buddhisme dan tulisan Cina”.2

Berdasarkan petikan tersebut, maka jelaslah terbukti Korea berperanan dalam membawa pengaruh China masuk ke negara Jepun. Tambahan pula, hubungan yang terjalin antara Jepun dan Korea telah wujud sejak 5000 tahun yang lalu yang dibuktikan melalui penemuan arkelogi bentuk seramik dan alat pertanian yang sama.

(3)

berhijrah ke Jepun dengan membawa masuk sekali budaya mereka. Tambahan pula, jarak antara Korea dan Jepun yang dekat memungkinkan hal ini berlaku.

Kemasukan pengaruh China ke Jepun secara langsung pula berlaku pada tahun 607 ketika pemerintahan Putera Shotoku. Baginda telah menghantar dua kali rombongan ke China. Menurut Scott Morton, rombongan pertama kurang berjaya di sebabkan Jepun enggan menerima ketuanan China.3 Rombongan kedua dikatakan lebih berjaya telah membawa pulang buku-buku dari China.4 Rombongan ke China seterusnya berlaku setelah tempoh 200 tahun selepas itu, terdapat 14 rombongan rasmi yang di anggotai pelbagai lapisan masyarakat seperti pegawai kerajaan, pelajar, rahib, setiausaha, petukang, artis dan orang biasa.5 Rombongan Jepun ke China yang terakhir ialah pada tahun 838 Masihi.

ASAS UTAMA DARIPADA CHINA YANG MEMBAWA KEPADA PEMBENTUKAN NEGARA JEPUN

Permulaan pembentukan negara Jepun dapat dikaitkan dengan pengenalan tanaman padi. Pada akhir zaman Jomon dan awal zaman Yayoi dikatakan telah wujud penanaman padi di Fukuoka dan Saga. Pengkaji berpendapat bahawa padi telah dibawa masuk dari China melalui semenanjung Korea.6 Dikatakan terdapat dua jenis tanaman padi yang dibawa masuk ke negara Jepun. Pengenalan tanaman padi ini telah membawa perubahan baik kepada masyarakat Jepun pada zaman Jomon. Masyarakat Jepun telah berubah daripada masyarakat yang berpindah randah kepada bentuk kehidupan yang lebih menetap serta masyarakat yang berstratifikasi.7 Kehidupan

(4)

menetap ini kemudiannya menjadi asas kepada pembentukan budaya masyarakat Jepun. Tambahan lagi, penggunaan alatan logam untuk tujuan pertanian dan pengenalan sistem pengairan yang dibawa masuk daripada China telah membawa peningkatan pengeluaran hasil tanaman padi. Justeru itu, berlakulah perubahan sosial masyarakat Jepun. Terdapat golongan masyarakat yang berada di atas dan di bawah. Golongan atasan merupakan golongan pemerintah ketika itu yang terdiri daripada keluarga (uji) yang berjaya menguasai keluarga lain melalui kekuatan tentera dan agama. Gabungan beberapa uji ini membawa kepada pembentukan negari kecil yang diperintah oleh seorang raja yang mempunyai taraf lebih tinggi daripada pemimpin lain.8 Perkembangan masyarakat ketika itu seterusnya membawa kepada penubuhan sebuah negara Jepun yang dikenali sebagai Yamato pada awal abad ketiga malah pembahagian masyarakat Yamato menjadi semakin ketara seperti kelas bangsawan, petani dan pekerja mahir.9 Oleh demikian, kita dapat simpulkan bahawa asas utama pembentukan Jepun bermula daripada tanaman padi yang dibawa masuk daripada negara China.

Asas penting yang lain dalam pembentukan negara Jepun juga ialah hubungan diplomatik serta pengiktirafan yang terjalin antara Jepun dan China. Pada abad pertama Masihi, ketua uji

yang bertukar taraf kepada ketua negeri telah pun menjalinkan hubungan diplomatik serta perdagangan dengan China.10 Secara tidak langsung, kemasukan barangan dan teknologi daripada China sebenarnya telah mengukuhkan kedudukan para pembesar tempatan. Kejayaan ketua negeri menjalin hubungan diplomatik dengan China membolehkan negeri kecil ini diiktiraf sebagai sebuah negara dan dapat meningkatkan martabat dan kuasanya sebagai sesebuah negara. Pengiktirafan China dalam kerangka sistem ufti ini merupakan satu perkara yang penting bagi negeri-negeri kecil di Jepun. Rekod-rekod China ada menyebut sebuah negeri Yamatai yang

(5)

diketuai oleh seorang raja perempuan yang bernama Himiko/Pimiko telah menghantar ufti pada tahun 239.11 Himiko berjaya mengukuhkan kuasanya dengan adanya pengiktirafan daripada China terhadap negeri-negeri yang berhampiran. Kemudian Yamatai bertukar nama kepada Yamato dan kini dikenali sebagai Jepun. Pengiktirafan daripada kuasa besar China menjamin keselamatan sesebuah negara daripada kuasa lain dan menunjukkan China mengiktiraf Jepun (Yamato) sebagai sebuah negara. Maka jelaslah, pengiktirafan dan hubungan diplomatik ini adalah langka pertama pembentukan sebuah negara Jepun.

Selain itu, sistem tulisan China yang diambil dan digunakan di Jepun juga adalah asas kepada pembentukan negara Jepun yang ideal. Hal ini kerana, Jepun tidak mempunyai huruf sendiri, mereka menggunakan huruf-huruf China untuk menulis bahasa mereka. Sistem tulisan China dibawa masuk melaui Korea iaitu Paekche.12 Melalui sistem tulisan inilah, hal-hal pentadbiran serta pengukuhan kawalan politik berjaya dilakukan dengan lebih berkesan di Jepun. Sistem cukai juga dapat dilaksanakan lebih berkesan dengan adanya rekod yang menggunakan sistem tulisan ini. Sistem tulisan China ini juga turut membuka pintu bagi ilmu pengetahuan yang mendalam di Jepun tentang kepercayaan Kong Hu Cu pada zaman pemerintahan Shotoku. Tulisan seperti Hokke Gisho, Yuimagya Gisho dan Shomangyo Gisho merupakan contoh tulisan yang diguna pakai dan tulisan tertua yang masih terdapat sehingga ke zaman kini. Masyarakat Jepun tidaklah terus mengguna pakai sistem tulisan China ini, malahan telah berlaku perubahan pada zaman Heian (785-1185) terhadap sistem tulisan iaitu pengenalan sistem tulisan Jepun kana

oleh Kibi-no Mabi. Terdapat beberapa bentuk kana iaitu Hiragana dan Katakana. Sistem tulisan

kana ini telah memberi nadi kepada perkembangan puisi (waka), prosa dan juga pertumbuhan kegiatan kesusasteraan dalam bahasa Jepun sepeti sejarah, karangan dan lain-lain. Dalam erti

(6)

kata lain, wujudnya sistem tulisan kana telah membawa kepada pertumbuhan budaya lain masyarakat Jepun. Sehingga kini, percampuran kana dengan tulisan China masih dapat dilihat dalam sistem tulisan Jepun moden. Oleh itu, maka jelaslah bahawa kemasukan sistem tulisan China telah menjadi asas kepada pembentukan negara Jepun yang ideal. Adanya peminjaman sistem tulisan ini telah membantu Jepun dalam hal kelancaran pentadbiran yang membolehkan Jepun maju seperti hari ini.

Kesemua aspek yang telah dibincangkan di atas iaitu pengenalan tanaman padi, hubungan diplomatik dan pengiktirafan daripada China serta peminjaman sistem tulisan China adalah asas kepada pembentukan negara Jepun. Maka semakin jelaslah bahawa tanpa kemasukan pengaruh daripada China, negara Jepun tidak akan wujud seperti hari ini.

ASPEK-ASPEK LAIN YANG DIAMBIL DARIPADA CHINA YANG MEMBAWA KEPADA KEWUJUDAN BUDAYA JEPUN

(7)

kepada pandang dunia orang Jepun termasuk sifat rajin dan tekun.13 Kegiatan menanam padi merupakan sebuah pekerjaan yang memerlukan kesabaran dan kesungguhan seseorang sehingga tiba musim menuai padi. Sepanjang proses itu, kerja-kerja merumput yang dilakukan dengan cara mencabut satu demi satu dan tidak boleh putus akan dilakukan untuk memastikan tanaman padi tidak mendapat saingan daripada tumbuhan lain. Oleh itu, akar padi akan menjadi lebih aktif dan membantunya melakukan penyerapan nutrient secara efisen supaya tanaman padi menjadi lebih subur. Kerja-kerja seperti ini memerlukan kesungguhan yang tinggi yang lama kelamaan menimbulkan sifat rajin. Nilai-nilai yang diperolehi daripada tanaman padi ini telah menjadi ikutan dan contoh untuk generasi muda. Maka jelaslah, kemajuan Jepun pada hari ini adalah didorong oleh budaya sikap masyarakat yang rajin dan memiliki kesungguhan dalam melakukan sebarang pekerjaan. Oleh itu, penulis beranggapan tanaman padi ini adalah pencetus kepada kebudayaan Jepun di atas yang patut dicontohi oleh negara lain.

(8)

sebuah keistimewaan kepada masyarakat Jepun. Ketiga-tiga agama tersebut mempunyai peranan tersendiri dalam masyarakat Jepun iaitu Buddhisme untuk kerohanian, Shinto untuk metafizikal dan Konfucianisme pula adalah untuk rasional. Ketiga-tiga agama ini menjadi pelengkap kepada keharmonian kehidupan mereka. Buktinya, setiap rumah biasanya terdapat tempat penyembahan Shinto dan Buddha. Selain itu, upacara-upacara lain yang dilakukan oleh masyarakat Jepun juga berlainan dengan masyarakat negara lain. Hal ini kerana, masyarakat Jepun dalam upacara perkahwinan menggunakan ritual Shinto tetapi apabila ada kematian pula mereka menggunakan ritual Buddha. Maka jelaslah, kemasukan Buddhisme dan Konfucianisme ke Jepun membawa pengenalan budaya baru terhadap kehidupan masyarakat Jepun.

Kebudayaan Jepun yang lain yang diambil daripada China dapat dilihat juga dalam bidang keseniaan. Dalam aspek ini, penulis akan menyentuh berkenaan dengan kesenian dalam seni bina sahaja. Kemasukan Buddhisme sebenarnya membawa masuk sekali unsur-unsur kesenian dan pertukangan China ke Jepun. Hal ini membolehkan pembinaan kuil-kuil Buddha dilakukan. Rumah-rumah berhala yang dibina merupakan seni bina yang mempunyai mutu yang tinggi serta menyimpan patung-patung dewa Buddha yang diperbuat daripada gangsa dan kayu. Pada zaman Nara, kuil-kuil yang dibina ini turut dihiasi dengan keindahan seni pahat gaya Buddhisme. Terdapat beberapa bangunan kuil yang dibina seperti Taima-Dera, Yukushi Ji dan

Toshodai pada tahun 738 Masihi. Pada tahun yang sama juga, terdapat sebuah bangunan yang dikenali sebagai Todaiji untuk menyimpan sebuah patung Buddha Vairocana yang berketinggian lebih daripada 15 meter. Kuil-kuil ini masih terdapat di Jepun dan dikenali sebagai Kokubunji.

(9)

kesusasteraan. Karya awal Jepun yang menggunakan tulisan China atau kanji boleh didapati dalam karya Kojiki dan Nihon Shoki. Kedua-dua karya ini sangat penting kepada masyarakat Jepun hari ini untuk mengetahui sejarah awal Jepun. Dalam karya ini, kita boleh simpulkan bahawa penggunaan tulisan kanji sangat penting dalam budaya kesusasteraan Jepun. Terdapat karya-karya kesusasteraan lain yang terkenal pada zaman Haeian yang berbentuk nikki, monogatari dan Kokinshu. Di sini, penulis menekankan karya Kokinshu yang mengandungi 1100 puisi yang dikarang oleh golongan aristokrat bawahan, wanita dan rahib. Karya ini ditulis dengan menggunakan tulisan kana dan kanji.14 Meskipun pada zaman ini sudah masuk pengaruh Buddhisme tetapi dalam karya ini tidak menunjukkan ada penerimaan unsur pengaruh Buddhisme. Maka dapatlah disimpulkan bahawa kebudayaan Jepun dalam bidang kesusasteraan tidak akan wujud sekiranya Jepun tidak memiliki sistem tulisan. Sistem tulisan ini pula diambil daripada China dan menjadi pencetus kepada sistem tulisan Jepun yang lain, barulah masyarakat Jepun dapat mengembangkan karya kesusasteraan yang lain.

KESIMPULAN

(10)

demikian, penulis hanya menyentuh zaman awal Jepun kerana pada zaman tersebutlah bermulanya pengaruh China masuk ke Jepun.

Penulis turut melihat pembentukan negara dan budaya Jepun adalah unik kerana walaupun Jepun boleh dianggap sebagai tiada apa-apa tetapi kerana adanya pengaruh masuk daripada negara China, Jepun telah menjadi sebuah negara yang dipandang oleh dunia pada hari ini. Hal ini kerana, masyarakat Jepun bijak semasa proses membawa pengaruh daripada China masuk ke Jepun iaitu dengan cara menghantar rombongan menetap di China selama beberapa tahun. Tujuan rombongan tersebut adalah untuk mempelajari budaya China lalu dibawa masuk ke Jepun. Oleh itu, ramai orang Jepun dan Cina menyebut hubungan “erat” dalam tempoh 2000 tahun pertama amat berfaedah kepada Jepun sehingga negara Matahari Terbit ini sebetulnya mempunyai “hutang budaya” kepada China.15

Referensi

Dokumen terkait

 Menginstruksikan kepada Menteri untuk melaksanakan pengarusutamaan gender guna terselenggaranya perencanaan, penyusunan, pelaksanaan, pemantauan, dan evaluasi

Uji minimum inhibitory concentration (MIC) ini dilakukan dengan metode Macrodilution (NCLLS 2005) dengan beberapa modifikasi. Uji MIC ini dilakukan pada dua macam hasil

Sejalan dengan hasil validasi pada hasil observasi aktivitas memperoleh nilai frekuensi aktivitas sebesar 86,25%, hal ini sejalan dengan respons 100% siswa

Pada metode dakwah transformatif, diharapkan para juru dakwah atau da’i tidak lagi mengguakan pendekatan monolog, melainkan dialog (langsung dengan jamaah). Sehingga, ketika

Pada tahap perancangan story board ini terdapat 7 menu yang akan dibuatkan story boardnya yaitu menu opening, main menu, menu pengenalan hardware komputer,

Pengembangan Kegiatan Pembelajaran dengan Pendekatan Kontruktivisme untuk Meningkatkan Literasi Kuantitatif Siswa SMP pada Materi Pencemaran Lingkungan Development of

Pada penelitian di lingkungan SLA Axiowave dapat dilihat bahwa pada TCP Cubic, Reno, Vegas, dan Westwood+ tidak terdapat paket loss yang menimbulkan penurunan cwnd

Skripsi ini disusun sebagai syarat yang harus dipenuhi untuk mendapatkan gelar Sarjana Ekonomi pada Fakultas Bisnis Jurusan Akuntansi Universitas Katolik Widya