• Tidak ada hasil yang ditemukan

ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ALAM SEKITAR DAN TEKNOLOGI docx"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 PENGENALAN

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.

1.1MAKSUD ALAM SEKITAR

Alam bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi. Sekitar bermaksud di tempat atau di sekeliling

Alam sekitar merupakan segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semula jadi di permukaan bumi, atau sebahagian daripadanya. Alam sekitar boleh dipanggil FLORA dan FAUNA. Alam sekitar meliputi beberapa komponen utama:

 Unit landskap yang berfungsi sebagai sistem semula jadi tanpa penglibatan manusia, termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan, batu-bata, dan sebagainya, serta fenomena semula jadi yang berlaku

 Sumber sejagat semula jadi serta fenomena fizikal yang tidak mempunyai batasan tertentu seperti udara, air, dan iklim, serta tenaga, sinaran, cas elektrik, dan kemagnetan, yang tidak wujud hasil daripada aktiviti manusia

Perkataan “alam sekitar” atau dalam bahasa Inggeris disebut “invironment” membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekirannya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

Terdapat satu lagi definsi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman “environmentalisme“. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)

(2)

1.2 Kepentingan Dalam Menjaga Alam Sekitar

Alam sekitar memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan harian kita semua. Kehidupan manusia dengan alam sekitar adalah saling bergantung. Satu suasana yang selesa dan menyamankan dapat dicapaikan sekiranya alam sekitar tidak dicemar. Selain daripada memberi keselesaan kepada manusia, ia juga akan menjejaskan aktiviti-aktiviti pembangunan negara sedikit sebanyak jikalau alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik atau sistematik. Jika berlakunya kemusnahan alam sekitar akan memberi kesan yang amat serius terhadap kehidupan manusia. Ini menunjukkan kepentingan manusia terhadap alam sekitar dengan jelas. Antara kepentingannya ialah kesihatan manusia dapat dijamin, memberi tarikan kepada pelancong asing, pembekalan udara yang segar, ekosistem yang stabil, habitat hidupan sama ada darat atau laut dapat terpelihara, dan mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

Keadaan alam sekitar yang bersih dapat menjamin kesihatan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana alam sekitar membekalkan udara kepada manusia. Kesihatan manusia akan terjejas jikalau hidup dalam persekitaran yang kurang bersih. Sebagai buktinya, pembuangan sampah-sarap ke dalam longkang, parit, sungai terutamanya di bandar raya telah memudahkan pembiakan bakteria. Sampah-sarap yang menyekat pengaliran air membekalkan tempat yang ideal untuk pembiakan jentik-jentik nyamuk khasnya nyamuk Aedes. Hal ini mengakibatkan berlakunya penyakit Deman Tinggi. Selain itu, persekitaran yang kurang bersih akan menyebabkan sakit perut jikalau tersalah minum atau makan yang tidak bersih. Yang kedua pula ialah memberi tarikan kepada pelancong asing untuk melawat ke negara kita. Negara kita iaitu Malaysia agak kenal dengan pelancongan eko. Pelancongan eko merupakan pelancongan yang berkaitan dengan alam semula jadi. Ia mewujudkan insentif yang jelas untuk melindungi alam sekitar kerana hasil keuntungan negara bergantung kepadanya. Walau bagaimanpun, pembangunan pelancongan yang berteraskan semula jadi juga mungkin bercanggah dengan sasaran pemuliharaan. Cabaran dasar adalah untuk mendapatkan imbangan yang betul iaitu pelancongan eko yang dilaksanakan dengan rapi dapat melindungi sumber alam semula jadi dan pada masa yang sama mendapat pulangan kewangan yang besar hasil daripada perlindungan tersebut. Sebagai contoh, kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang berkaitan dengan alam sekitar seperti Taman Negara yang terletak di Pahang, Terengganu dan Kelantan, hutan hujan tropika di Sabah, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu di Kota Kinabalu, Sabah dan lain-lain. Terdapat juga banyak pulau-pulau di Malaysia, contohnya Pulau Redang, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor dan sebagainya. Hal ini dapat meningkatkan kadar pelancong asing melancong ke Malaysia dan ekonomi negara kita juga akan naik juga.

(3)

sebagainya. Keadaan yang semakin serius ini mengakibatkan kualiti udara terjejas menjadi kurang berqualiti. Dalam keadaan , sistem pernafasan manusia tidak dapat berfungsi dengan baik dan mungkin menjangkiti penyakit seperti asma, sakit jantung dan sebagainya. Terdapat juga berlakunya jangkitan penyaki yang merebak melalui udara yang agak serius kebelakangan tahun ini yang boleh mengakibatkan kematian iaitu SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome) pada November 2002 dan H1N1 (Virus Influenza A) pada tahun 2006. Hal ini memang dapat dielakkan jikalau semua pihak memberi kerjasama dengan menjalakan pembangunan dengan sistematik. Alam sekitar dalam keadaan yang baik juga menjamin ekosistem yang stabil. Ekosistem yang terpelihara daripada kerakusan manusia akan membantu menjamin sumber air. Tanpa pemusnahan hutan, ia dapat berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Kehadiran hutan-hutan tadahan hujan akan menakung air hujan secara semula jadi dalam kuantiti yang besar. Ini juga dapat menjamin bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan domestik mahupun industri. Selain itu, hutan yang membantu manusia menakung air dalam empangan-empangan yang dilengkapi dengan teknologi canggih membolehkan kita menghasilkan kuasa elektiok hidro sebagai suatu tenaga yang bersifat mesra alam dan dapat mengurangkan pergantungan terhadap tenaga fosil seperti petrol dan arang batu yang mencemarkan alam sekitar.

Kelima, alam sekitar merupakan habitat hidupan sama ada darat ataupun laut. Satu alam sekitar yang harmoni membolehkan kediaman hidupan darat dan laut terpelihara. Tetapi, pembangunan yang amat pesat mengakibatkan penerokaan hutan yang tanpa kawalan. Hal ini telah memusnahkan habitat semula jadi haiwan, menyebabkan haiwan-haiwan terpaksa mencari habitat yang baharu dan kadang kala terpaksa menceroboh ke kawasan penempatan manusia untuk mencari makanan. Oleh itu, pihak yang berkenaan haruslah memguatkuasakan undang-undang untuk mendenda pihak yang menerbang pokok-pokok dengan tiada kawalan demi menjamin kediaman haiwan-haiwan.

Yang terakhir, alam sekitar yang diuruskan dengan sistematik dapat mengelakkan kepupusan flora dan fauna. Masalah pembalakan haram yang kian serius mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Demi mendapatkan keuntungan mereka sanggup menjalankan pembalakan haram di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpanan dan taman negara. Pemburuan haram juga merupakan salah satu punca kepupusan flora dan fauna. Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia menyebabkan kemusnahan habitat dan sepsis haiwan. Contohnya, Harimau Malaya merupakan satu spesis haiwan yang kian terancam dan tinggal sejumlah yang sedikit sahaja kerana permintaannya yang tinggi terutamanya dalam bidang perubatan Cina. Pihak yang berkuasa haruslah melaksanakan langkah-langkah dengan cekap dan efektif untuk menjaga flora dan fauna yang hampir pupus.

1.3 MAKSUD TEKNOLOGI

(4)

"pembelajaran, kajian". Istilah ini boleh digunapakai samada secara umum atau dalam bidang tertentu: contohnya technologi pembinaan, teknologi perubatan, dan teknologi maklumat.

Istilah teknologi selalunya berkait rapat dengan rekaan dan gadget menggunakan prinsip sains dan proses terkini. Namun, rekaan lama seperti tayar masih menunjukkan teknologi.

Maksud yang kedua digunakan dalam bidang ekonomi, yang mana teknologi dilihat sebagai tahap pengetahuan semasa dalam menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang dikehendaki. Oleh itu, teknologi akan berubah apabila pengetahuan teknikal kita berubah.

Takrifan teknologi yang diguna pakai di sekolah-sekolah dan institusi-insitusi pengajian tinggi di Malaysia ialah aplikasi pengetahuan sains yang boleh memanfaatkan serta menyelesaikan masalah manusia yang dihadapi dalam kehidupan seharian. -Amirul Naim bin Hashim & Muhammad Shafiq bin Md Ithnan 1.4 KEPENTINGAN TEKNOLOGI KEPADA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR

Memudahkan kerja seharian

Teknologi telah berjaya memudahkan pelbagai kerja seharian kita. Mesin basuh kain, mesin basuh pinggan dan peti ais telah meringankan kerja dirumah dan hampir setiap rumah di Malaysia kini telah memiliki sekurang-kurangnya mesin basuh kain dan peti ais. Para surirumah tidak perlu lagi membasuh kain dengan menggunakan tangan. Teknologi bukan sahaja telah membantu kerja-kerja di rumah menjadi semakin mudah malah di pejabat juga. Penggunaan mesin fotostat misalnya telah memudahkan kerja untuk membuat salinan sesuatu dokumen. Disamping itu penggunaan aplikasi seperti Microsoft word telah memudahkaan pekerja di pejabat untuk membuat laporan, menaip surat dan sebagainya. Ianya jauh berbeza dengan penggunaan mesin taip yang terpaksa menaip balik seluruh dokumen jika terdapat sebarang kesilapan.

Menjimatkan masa

(5)

Kemudahan komunikasi

Kecanggihan teknologi masa kini telah memberi banyak kemudahan komunikasi kepada seluruh masyakarat di dunia. Ianya amat mudah, hanya perlu menggunkan telefon, laman media social, Skype, Yahoo Messenger, email dan sebagainya. Penyaluran maklumat dapat disalurkan dengan pantas ke seluruh dunia. Jika dahulu, suratkhabar, telefon dan televisyen merupakan anatara media massa yang paling penting dalam menyalurkan maklumat. Kini dengan perkembangan teknologi dalam komunikasi telah mempelbagaikan saluran untuk menyampaikan maklumat dan ianya juga lebih pantas. Kemudahan komunikasi ini banyak membantu kita untuk berhubung dengan masyarakat di seluruh pelusuk dunia di samping memudahkan kaum keluarga untuk berhubung sesama mereka.

Teknologi perubatan membantu/mengawal penyakit

Perkembangan teknologi perubatan telah banyak membantu menyelamatkan manusia. Penggunaan incubators telah banyak membantu bayi yang lahir tidak cukup bulan untuk terus hidup. Begitu juga dengan penggunaan kimoterapi, ianya telah banyak membantu sesetngah pesakit kanser dalam mengubati penyakit mereka. Walaupun tidak semua pesakit kanser boleh pulih dengan sesi kimoterapi tetapi ianya memberi sedikit harapan kepada pesakit untuk terus hidup. Perkembangan teknologi pengimejan juga telah membantu dalam mengenalpasti pelbagai jenis penyakit dengan lebih cepat dan mudah. Ianya sekaligus membantu untuk kenalpasti rawatan yang diperlukan. Teknologi ini telah banyak membantu pengawal perubatan.

Meningkatkan pengeluaran

Teknologi telah banyak membantu para peniaga dalam meningkatkan pengeluaran. Penggunaan pelbagai jenis mesin dan perlatan telah berjaya meningkatkaan pengeluaran dan mengurangkan penggunaan tenaga buru, contohnya penggunaan mesin dalam penyediaan makan, pembuatan kereta dan sebagainya. Penggunaan mesin dan peralatan ini mampu mengurangkan kebarangkalian dalan kerosakan sesuatu produk yang dihasilkan.

1.5 CONTOH TEKNOLOGI DAN KEGUNAANYA

Teknologi dalam bidang pengangkutan. Manusia sekarang tidak perlu lagi mengambil masa berhari-hari berjalan kaki untuk sampai ke satu-satu tempat. Dengan menaiki kapal terbang, mereka yang berada di Malaysia boleh sampai ke Jepun dengan hanya beberapa jam sahaja.

Penggunaan pestisid dan baja nitrogen dalam bidang pertanian. Para petani menggunakan pestisid bagi mengelakkan hasil tani mereka musnah dimakan oleh serangga. Penggunaan baja nitrogen telah membantu peningkatan hasil tani disebabkan kadar imunisasi tumbuhan kepada jangkitan disamping membekalkan nutrien tambahan kepada tumbuhan tersebut

(6)

Teknologi maklumat yang berkembang pesat sehingga ke hari ini

Bioteknologi memacu negara ke arah pembangunan. Bidang kejuruteraan makanan menerusi teknologi terkini mampu menghasilkan makanan ubahsuaian genetik (Genetically Modified Food) yang mempunyai ciri- ciri terbaik seperti tahan lama, sedap dan bermutu, mudah, murah serta meningkatkan pengeluaran tanaman contohnya beras perang, tomato dan cili  Teknologi hijau mempunyai peranan strategik yang lebih jauh daripada

setakat mencapai autonomi tenaga dan menangani perubahan cuaca. Teknologi hijau turut membantu pembangunan masyarakat berilmu yang mendorong ke arah mempraktikkan tenaga lestari dan cara hidup lebih baik. Kita boleh hidup lebih lestari jika kita menjadi seorang yang lebih celik alam sekitar, belajar daripada alam semula jadi, hidup dengan lebih sederhana dan menjadi rakyat yang aktif dalam membangunkan alam sekitar. Teknologi hijau adalah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Ia adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan

1.6 KESAN NEGATIF TEKNOLOGI TERHADAP KEHIDUPAN DAN ALAM SEKITAR

Jenayah

Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya kenayah siber, ianya seperti kecurian maklumaat, penipuan,penyebaran virus, penggodam, pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Jenayah siber amat berleluasa sekarang ini dan ianya sukar untuk dibendung. Kecanggihan teknologi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Di samping itu, teknologi juga telah memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah contohnya dengan penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam kereta dan juga alat untuk membuka pintu kereta. Alat-alat ini banyak digunakan oleh penjenayah.

Kurang pergaulan

(7)

kemahiran bersosial dan tidak mempunyai keyakinan diri ketika bergaul dengan masyarakat sekeliling. Perkembangan teknologi juga boleh melonggarkan perhubungan dalam sesebuah keluarga. Ianya terjadi apabila masing-masing sibuk dnegan telefon atau gadjet masing-masing tanpa berkomunikasi antara satu sama lain. Sekiranya kita lihat masyarakat di luar sana, terdapat ramai keluarga yang dating menjamu selera, duduk dalam satu meja tetapi masing-masing sibuk dengan alat komunikasi masing-masing. Inilah yang berlaku pada masa kini.

Mengancam nyawa manusia

Teknologi nuclear boleh mengancam nyawa manusia. Tidak dinafikan teknologi nuclear banyak memberi kebaikan kepada manusia, disamping kebaikan , ianya juga boleh memberi keburukan kepada manusia. Tragedy di Chernobly yang berlaku pada tahun 1986 di Ukraine merupaka antara tregedi nuclear yang paling teruk berlaku. Tragdei ini telah banyak mengorbankan banyak nyawa manusia dan kesan radiasi telah menular ke 3 negara iaitu Belarus, Ukraine dan Russia. Kesan radiasi ini juga telah memberi impak yang buruk kepada manusia dimana manusia boleh mendapat penyakit kanser dan penyakit-penyakit lain dalam jangka masa panjang.

Menjejaskan kesihatan

(8)

2.0 PERNYATA MASALAH

2.1 KENAL PASTI TEMPAT YANG BERMASALAH DARI SEGI ALAM SEKITAR 2.1.0 LOKASI

Kawasan Kampung Air Putih, Pekan Nanas, Johor dikenal pasti salah satu kawasan yang mempunyai masalah dari segi alam sekitar. Terdapat satu kawasan tapak pelupusan sampah secara tidak langsung telah memberi kesan kepada penduduk setempat.

(9)

(sumber: facebook Dun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong)

2.2 MASALAH ALAM SEKITAR AKIBAT TEKNOLOGI

Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik

Mengetahui sumber dan jenis sampah juga komposisi sampah merupakan suatu bahagian yang penting dalam merancang dan melaksanakaan program pengurusan sampah sarap. Secara umum sampah masyarakat terkait dengan guna tanah suatu kawasan. Tchobanoglous mengklasifikasikan sumber sampah adalah berasal dari perumahan, komersial, pejabat, pembinaan, hospital, industri dan pertanian (Tchobanoglous 1993).

Sampah sarap ini berbeza dari segi bentuk asal dan kandungan fizikalnya. Sampah sarap yang terdapat dapat dikelaskan seperti berikut:

a. Sampah Domestik

Klasifikasi domestik boleh dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu organik, inorganik dan sampah sarap yang bersaiz besar. Contoh sampah jenis organik ialah plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan. Contah sampah inorganik ialah kaca, tin logam, tin alumunium, dan contoh sarap yang bersaiz besar ialah barangan elektrik, sampah tanaman dan perabot. b. Sampah Klinikal

Sampah jenis ini merupakan sampah yang terhasil daripada tisu manusia ataupun binatang, sisa ubat-ubatan, kain sisa pembalut luka, kapas, darah dan semua peralatan tajam yang tidak terpakai

c. Sampah Industri

(10)

d.Sampah Komersial

Sampah jenis ini biasanya berasal dari buangan daripada kedai, restoran, hotel, pasar dan lain-lain aktiviti perniagaan. Biasanya komposisi sampah sarap komersial sama dengan klasifikasi domestik iaitu plastik, kertas, tekstil dan bekas makanan dapur restoran, kertas-kertas dari pejabat. Sampah dari jenis ini didapati sebagai penghasil sampah terbesar kerana ianya mencakupi kawasan yang luas.

e. Sampah Pembinaan dan Perobohan

Sampah ini berpunca daripada bahan-bahan buangan yang terhasil daripada tapak pembinaan, pengubahsuaian dan tapak perobohan suatu bangunan. f. Sampah Tumbuh-tumbuhan

Tumbuh-tumbuhan: sampah jenis ini berpunca daripada pembersihan atau pemotongan tumbuh-tumbuhan.

Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik boleh menyebabkan jangkitan penyakit seperti penyakit kulit akibat daripada sentuhan secara fiizikal dengan sisa atau sampah. Jangkitan mata dan pernafasan pula terjadi apabila terdedah kepada debu dan udara dari tapak pelupusan. Wabak penyakit datang daripada persekitaran yang kotor seperti tapak pelupusan sampah yang menjadi tempat pembiakan vektor pembawa panyakit seperti lalat, nyamuk, tikus dan sebagainya. Kitaran pembiakan lalat dalam cuaca panas adalah lebih kurang 7 hari dan lalat merupakan vektor pembiakan penyakit yang efektif. Nyamuk yang membiak di kawasan takungan air di tapak pelupusan berupaya menyebarkan penyakit malaria dan demam denggi manakalatikus pula menyebarkan penyakit berbahaya seperti penyakit kencing tikus.

Semasa proses penguraian berlaku, beberapa jenis gas terhasil seperti sulfur dioksida, dioxin, sulfur, karbon oksida, amonia dan lain-lain. Jika gas-gas ini masuk ke dalam tubuh manusia, ia akan bertindakbalas dan menghasilkan toksin yang membahayakan kesihatan seterusnya menyebabkan penyakit kronik seperti hepatotoxicity (kerosakan hati), nephrotoxicity (kerosakan ginjal), pulmonary toxicity (kerosakan peparu), neurotoxicity (gangguan sistem saraf), immunotoxicity (kegagalan sistem imun) dan sebagainya.

Terdapat pembakaran yang menyebabkab jerebu

(11)

terutamanya kepada mereka yang alahan. Lazimnya, apabila berlaku jerebu atau wujud masalah debu dan habuk yang keterlaluan di sesuatu kawasan , jumlah penduduknya yang diserang penyakit pernafasan akan bertambah ,malah bagi kes yang serius, terdapat pesakit asma yang meninggal dunia.

Bau busuk

Bau buruk akan terhasil apabila sampah sarap yang tidak diselenggarakan dengan baik dibiarkan sahaja. Kehadiran lalat, ulat dan bahan – bahan lain menyebabkan sampah ini akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan

2.3 PUNCA BERLAKUNYA MASALAH

Pertambahan jumlah penduduk

Jumlah penduduk yang semakin bertambah menyumbang kepada penghasilan sisa pepejal. Mengikut laporan Rancangan Malaysia Kesembilan, jumlah sisa pepejal yang dijana di Semenanjung Malaysia meningkat daripada 16,200 tan metrik sehari pada tahun 2001 kepada 19,100 tan metrik sehari pada 2005. Jumlah ini dianggarkan akan meningkat kepada 30,000 tan sehari pada tahun 2020. Secara puratanya, pada masa ini seorang warga Malaysia menjanakan sebanyak 0.8 kilogram sisa pepejal sehari. Jika dikira dengan jumlah penduduk Malaysia kini, sememangnya faktor pertambahan penduduk menjadi salah satu punca terbesar dalam penjanaan sisa pepejal negara.Pertambahan jumlah penduduk di sesuatu tempat juga menyumbang pertambahan pembuangan sampah sarap.

Sosio ekonomi dan gaya hidup penduduk Malaysia

Kini, kebanyakan penduduk di negara ini memiliki pendapatan di tahap sederhana tinggi dan memiliki taraf hidup yang semakin meningkat terutamanya yang tinggal di kawasan bandar. Boleh dikatakan setiap keluarga mempunyai rumah kediaman sendiri berikutan dengan lambakan rumah mampu milik yang dibina oleh para pemaju perumahan. Apabila banyak rumah dibina dan berpenghuni, maka penghasilan sisa pepejal domestik juga semakin bertambah.

Secara puratanya komposisi sisa pepejal isi rumah di Malaysia ialah 45% bagi sisa makanan, 24% bagi plastik, 7% kertas, 6% logam, 3% kaca dan 15% lain-lain sisa pepejal isi rumah. Komposisi sisa buangan pepejal dijana daripada aktiviti harian daripada kediaman, perniagaan, institusi dan tempat rekreasi yang dirancang serta tidak dirancang seperti rumahrumah setinggan dan premis lain yang diusahakan secara haram.

(12)

kaum wanita yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya sendiri semakin meningkat yang menyebabkan mereka sukar meluangkan masa menguruskan sisa pepejal isi rumah.

Pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik

Seperti yang diketahui umum, kebanyakan sisa pepejal memberi kesan yang negatif kepada alam sekitar. Pencemaran daripada sisa pepejal terjadi akibat pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik. Hal ini termasuklah kaedah pengurusan sisa pepejal yang tidak mapan juga menjadi ancaman kepada alam sekitar.

Contohnya, kaedah pengurusan bahan buangan menggunakan kaedah “open dumping”. Kaedah ini adalah kaedah konvensional yang dilakukan secara meluas di Malaysia dan masih dipraktikkan. Kaedah “open dumping’ ini ialah kaedah di mana semua sisa pepejal yang telah dikutip daripada rumah dan bangunan akan dilepaskan atau dibuang di suatu kawasan pelupusan sampah secara terbuka. Kaedah ini adalah tidak teratur dan terdedah kepada pencemaran bau serta membawa kepada pembiakan serangga dan makhluk perosak seperti tikus yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Pihak Berkuasa Tempatan masih belum mahir dalam mengurus dan merancang perkhidmatan bandar terutamanya cara pungutan sisa buangan, bilangan pengangkutan ditambah pula dengan kos tenaga bururh yang tinggi.

Sikap masyarakat yang tidak prihatin

Disebalik semua punca pertambahan sisa pepejal yang telah dibincangkan, punca yang paling kritikal ialah sikap masyarakat sendiri yang tidak prihatin terhadap alam sekitar. Sikap masyarakat yang tidak ambil peduli terhadap alam sekitar menyebabkan mereka membuang sampah sewenang-wenangnya tanpa berfikir tentang kesannya terhadap alam sekitar. Segala kempen alam sekitar yang dianjurkan oleh pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan tidak diendahkan. Sikap ini seharusnya dihakis dalam diri setiap manusia kerana sikap tidak prihatin inilah yang menyebabkan alam sekitar terancam. Sikap malas masyarakat untuk mengitar semula menjadi penyumbang utama pertambahan sisa pepejal isi rumah.

2.4 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH Kaedah Penimbusan

Pembuangan sampah dengan kaedah penimbusan khususnya, begitu popular di negara- negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat kerana ianya adalah lebih murah berbanding dengan pembakaran tanpa pencemaran.

(13)

Salah satu contoh kawasan pembuangan sampah secara timbusan yang menggunakan pelapik tanah ialah di Cardiff, United Kingdom. Di tapak ini, pelapik asli yang terdiri dari tanah alluvium berketebalan 6.95 meter hingga 9.30 meter telah bertindak secara semulajadi dan berjaya menahan unsur kimia pencemar daripada meresap masuk ke dalam air bawah tanah di kawasan sekitarnya. Secara teorinya,semakin tebal bahan pelapik, maka semakin baik fungsinya sebagai penahan semulajadi bahan pencemar. Tetapi perlu diingat, bahawa tidak semua jenis tanah berupaya untuk menjerap dan menahan unsur-unsur pencemar tersebut

Namun begitu, kaedah ini juga boleh mendatangkan bahaya pencemaran kepada alam sekitar terutamanya pencemaran udara, air permukaan, air bawah tanah dan sebagainya. Dari segi teknikal,terdapat dua punca masalah utama berkaitan dengan penimbusan sampah sarap iaitu

 masalah leachate (cecair yang terbentuk hasil perahan sampah sarap oleh penyusupan airhujan) dan

 masalah gas metana yang terbentuk hasil tindakbalas biologi antara organisma-organisma hidup dalam tanah dengan sampah sarap jenis yang boleh diurai secara biologi oleh organisma (biodegradable waste).

 Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, air bawah tanah merupakan warisan yang perlu dijaga kemurniannya untuk menjamin kesihatan setiap makhluk penghuni muka bumi ini. Bagi mengurangkan kesan pencemaran akibat penyerapan cecair sampah ke dalam air bawah tanah, pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan tapak penimbusan sampah sarap yang lebih bersifat mesra alam.

Penggunaan kaedah baru dalam pelupusan sisa pepejal

Dengan kemajuan pengetahuan sains kini, ahli geosains boleh membantu menyediakan tapak pembuangan sampah yang dapat meminimumkan kesan pencemaran terahadap air bawah tanah. Tapak penimbusan sampah moden dibuat dengan menyediakan system pelapik (barrier system) yang bertujuan untuk memisahkan bahan-bahan pencemar dalam sampah sarap daripada tanah di tapak penimbusan sampah tersebut.

Pelapik boleh dibina dari pelbagai jenis bahan, antaranya ialah tanah (natural clay), bentonit (Namontmorillonite atau Ca-montmorillonite), dan bahan geosintetik. Pelapik tanah adalah merupakan jenis yang termurah dan paling popular jika mendapati terdapat bahan tanah yang mempunyai ketertelapan yang sesuai di kawasan tapak pembuangan sampah atau kawasan berhampiran. Ianya boleh digunakan sendirian membentuk satu lapisan pelapik (single liner system) atau boleh bergabung dengan bahan-bahan lain membentuk sistempelapik komposit, dwi lapis atau berganda (composite, double, or multiple liner system).

(14)

tanah. Manakala itu, bahan geotextiles juga boleh digunakan bersama dengan bentonite membentuk pelapik liat geosintetik

Pelapik Tanah

Pelapik tanah di bawah tapak pelupusan sampah mempunyai kebaikan yang tersendiri berbanding dengan bahan pelapik lain. Tanah terbentuk akibat dari proses luluhawa atauuraian fizikal dan kimia ke atas sesuatu jasad batuan. Oleh itu, tanah boleh diperolehi dengan mudah dan murah di kawasan tapak itu sendiri. Dalam hal ini, tanah boleh dipadatkan untuk mendapatkan nilai ketertelapan (permeability) rendah yang disyaratkan oleh Jabatan Alam Sekitar (kurang dari 1x10-9 m/saat). Pelapik tanah juga mempunyai keupayaan untuk bertindak secara fizikal dengan cara menyekat pengaliran keluar bahan pencemar dan juga secara kimia dengan menjerap unsur-unsur kimia dalam cecair sampah.

Dari segi geologinya, tidak semua tanah mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan bahan pelapik tapak penimbusan sampah. Ini adalah kerana tanah mempunyai variasi tersendiri dari segi komponen pepejal seperti mineral lempung, bahan organik, bahan amophous, bahan berkapur, pH dan sebagainya.

Tapak Pelupusan Sampah Bukit Nanas

Contoh terbaik tapak pelupusan jenis penimbusan di Malaysia ialah tapak pelupusan sisa berjadual (scheduled waste) yang beroperasi di Pusat Pengurusan Sisa Bukit Nanas (Waste Management Centre Bukit Nanas), Negeri Sembilan. Keluasan tapak pusatpengurusan sisa ini adalah sekitar 80 ekar.

Sistem pelapik tapak penimbusan tersebut terdiri daripada tanah atau lumpur terpadat (compacted clay) berketebalan 1 meter yang digunakan bersama bahan-bahan lain seperti 2mm High Density Poly-Ethylene geomembrane. Menurut ulasan ketua projek tersebut, Ir. Hj. Shaharudin Ishak, pelapik tanah tersebut diperolehi daripada kawasan sekitar tapak berkenaan dan tanah mempunyai nilai ketertelapan asal sebanyak 1x10-6 m/saat. Selepas pemadatan, ketertelapan yang diperolehi adalah sangat rendah 1x10-8 m/saat dan nilai tersebut adalah memenuhi pra-syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar Mewartakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672)

(15)

seluruh negara. Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) diwujudkan untuk membuat dasar, peraturan-peraturan, garis panduan, merangka pelan strategik, mengeluarkan lesen dan seumpamanya.

Penilaian Impak Alam Sekitar / Environmental Impact Assessment (EIA) Mekanisma ini telah diperkenalkan di US pada tahun 1970 dan telah dipraktikkan oleh hampir seluruh dunia yang memfokuskan impak-impak utama terhadap alam sekitar. Di Malaysia, seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 1985 menekankan keperluan undang-undang untuk EIA bagi aktiviti-aktiviti yang telah ditentukan.

Jabatan Alam Sekitar Malaysia mendefinisikan EIA sebagai suatu penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan menyampaikan maklumat tentang impak setiap projek yang akan dijalankan terhadap alam sekitar.

Ia juga menjelaskan langkah-langkah yang diperlukan bagi meminimumkan kesan terhadap alam sekitar setelah sesuatu projek itu diluluskan. EIA juga membolehkan setiap masalah yang bakal timbul di masa hadapan akibat daripada projek yang akan dijalankan dapat dipralihat dan dielakkan. Menurut Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Tersenarai) (Penilaian Impak Alam Sekitar 1987), rawatan dan pelupusan sisa merupakan salah satu daripada 19 kategori major yang mensyaratkan EIA dilakukan sebelum menjalankan aktiviti.

2.5 TEKNOLOGI ALTERNATIFPembinaan Insinerator.

Pembinaan insinerator ini dijangka dapat mengurangkan jumlah sisa pepejal dari dibuang ke tapak pelupusan sampah sehingga 80 hingga 90 peratus. Insinerator ialah teknologi rawatan sisa yang melibatkan proses pembakaran bahan organik. Insinerator dan lain-lain rawatan sisa yang menggunakan suhu yang tinggi dikenali dengan rawatan termal.

Kelebihan penggunaan insinerator ialah dapat memusnahkan bakteria patogen secara keseluruhan, tiada masalah bau dan gangguan, menghasilkan tenaga elektrik, tiada masalah air lelehan sisa pepejal dan tidak menggunakan ruang yang luas

Effective Microorganisms (EM)

Tapak pelupusan yang tidak diurus secara sanitari akan membawa kepada masalah bau busuk kepada penduduk sekitar disamping masalah hama dan lalat membiak, mengganggu penduduk sekitar disamping membawa punca penyakit. Lechate yang terhasil daripada timbunan sampah akan mengalir kekawasan sekitar yang akhirnya mencemar sumber air.

(16)

Teknologi EM digunakan bagi mengatasi masalah ditapak pelupusan sampah dengan cara larutan EM disebur kepada timbunan sampah akan dapat mengatasi masalah bau busuk dan pembiakkan hama dan lalat.

Setelah 30 minit larutan EM disembur kepada sampah, bau busuk akan hilang. Dalam masa 12 jam, bau busuk akan kembali lagi dan ulangan penyemburan dibuat semula untuk menghilangkan semula bau busuk. Proses ini berterusan hinggalah sampah bertukar menjadi kompos.

(17)

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Udara dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam keadaan cuaca yang baik.

Melalui persekitaran yang segar dan nyaman juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Aktiviti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan tahap kesihatan kita.

Langkah yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah sisa pepejal ialah dengan mengadakan Program Kitar Semula Kebangsaan yang telah dilancarkan pada 2 Disember 2000. Pelbagai pihak berganding bahu dalam menghidupkan program ini antaranya ialah Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan sebagainya serta diri kita sendiri.

Melalui kempen kitar semula ini, penerapan nilai 3R dilakukan kepada seluruh masyarakat iaitu recycle (kitar semula), reduce (pengurangan) dan reuse (guna semula). Penerapan amalan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan penjanaan sisa pepejal negara. Konsep pengurangan ialah dimana masyarakat diseru agar bijak dalam memilih bahan yang digunakan supaya penghasilan sisa pepejal dapat dikurangkan. Contohnya, pengguna digalakkan membawa bakul ke pasar semasa membeli barangan keperluan daripada menggunakan beg plastik yang tidak boleh dikitar semula.

Konsep guna semula ialah yang mana masyarakat digalakkan menggunakan semula bahan yang boleh digunakan lagi. Sesetengah masyarakat lebih suka membuang barang-barang yang sudah lama dipakai walaupun barang tersebut masih boleh digunakan bagi tujuan lain contohnya seperti pakaian lama boleh dijadikan kain buruk dan tin kopi atau susu boleh digunakan semula sebagai tempat menyimpan barang atau isian semula.

(18)

Kita tidak dapat menafikan, bahawa kehadiran teknologi baru dalam kehidupan harian manusia setiap hari telah membawa manfaat, tetapi penggunaan teknologi yang berleluasa turut memberikan banyak kesan buruk kepada manusia. Teknologi boleh digunapakai dalam kehidupan kita, namun ia patut dihadkan jika merosakkan alam sekitar dengan teruk. Manusia juga harus memikirkan alternatif lain bagi mengelakkan kemusnahan alam sekitar berlaku secara berterusan dan kesannya akan ditanggung oleh generasi masa hadapan

4.0 RUJUKAN

(19)

http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/johor/tutup-tapak-pelupusan-sampah-1.435962

2. Utusan online.( 26 Jun 2008) 13 tapak pelupusan sampah penuh 3 tahun lagi. Retrieved 5 September 2016, from

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2008&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_06.htm 3. Sosial (Alam Sekitar)( 25 Ogos 2010 )System Perlupusan Sampah Yang

Sistematik, Retrieved 6 September 2016, From http://sosialalamsekitar.blogspot.nl/

4. Wan Zuhairi Wan Yaacob.(__________) Penyediaan Tapak Pembuangan Sisa(Peranan Ahli Geosains Dalam Menangani Masalah Pencemaran Alam Sekitar) Retrieved 6 September 2016. From

http://www.ukm.my/geologi/geopena/mag%20bumi_landfill.pdf

5. _________(6 Disember 2016) Environmental Law- Masalah Lambakan Sisa Pepejal. , Retrieved 6 September 2016, From

http://theredtrompah.blogspot.nl/2012/12/environmental-law-masalah-lambakan-sisa.html

6. __________( 5 September 2013) Masalah Pembakaran Terbuka Di Kawasan Berhampiran Taman Impian Putra Bangi, Selangor, Retrieved 6 September 2016 http://suhaimiomar.blogspot.nl/2013/09/masalah-pembakaran-terbuka-di-kawasan.html

7. Fadli Ismail (5 Julai 2014). (Konsep Pencemaran Alam Sekitar Retrieved 6 September 2016 http://stpm-study.blogspot.nl/2014/07/konsep-pencemaran-alam-sekitar.html

8. Syed Azwan Syed Ali( 17 November 2010) ISU ALAM SEKITAR : Tapak pelupusan sampah perangkap maut .Retrieved 6 September 2016 http://abihulwa.blogspot.nl/2010/11/isu-alam-sekitar-tapak-pelupusan-sampah.html

9. Abu Alif. (13 Ogos , 2010) Effective Microorganisms (EM) & Kegunaan Retrieved 5 September 2016, from

http://emterengganu.blogspot.nl/2010/08/effective-microorganisms-em.html 10.Harizamrry (23 Julai 2008) Effective Microorganisme Retrieved 5 September

2016, from https://harizamrry.com/2008/07/23/effective-microorganisme/ 11.Alam sekitar (15 ogos 2010) difini alam sekitar. Retrieved 5 September 2016,

from http://bmpengurusanuum2010.blogspot.nl/

12.Wikipedia, 2016a “alam sekitar” Retrieved 5 September 2016, from https://ms.wikipedia.org/wiki/Alam_sekitar

13.Wikipedia2015 “teknologi Retrieved 5 September 2016, from” https://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi

14.Dr Iskandar Hasan Tan Abdullah (13 MAC 2015) Teknologi hijau tingkat kualiti hidup, pacu ekonomi negara Retrieved 5 September 2016, from :

Referensi

Dokumen terkait

Sumber Daya Alam adalah semua kekayaan bumi, baik biotik maupun abiotik yang dapat dimanfaatkan untuk memenuhi kebutuhan manusia dan kesejahteraan manusia, misalnya: tumbuhan,

dan badan air yang lain akan berada dalam bentuk gas atau, sehingga tidak akan.. terdapat kehidupan di muka bumi ini, karena sekitar 60% - 90% bagian

Minyak bumi dan gas alam adalah sumber daya alam yang bernilai ekonomis dan memberikan konstitusi yang penting dalam kehidupan manusia.Gas alam sering disebut sebagai Gas Bumi atau

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui peningkatan hasil belajar siswa dan cinta lingkungan sekitar yang masih kurang sesuai dengan harapan, pada materi Sumber

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, pihaknya telah menghubungi Kementerian Pertahanan bagi tujuan itu dalam usaha menyelesaikan

KEMENTERIAN TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM TEMPATAN Bil Berita Media Capaian Berita Penuh 1.. Kebakaran tapak pelupusan sampah kritikal

Sisa pepejal tidak boleh dikitar semula akan diharamkan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata, langkah tersebut diambil bagi

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata pada masa ini, subsidi bil elektrik turut dinikmati semua golongan meskipun mereka bukan dalam