• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK 4 LANGKAH LANGKAH KHUSUS DALAM PEN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAJUK 4 LANGKAH LANGKAH KHUSUS DALAM PEN"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

▸ Baca selengkapnya: langkah langkah penentuan solusi

(2)

TAJUK 4

LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI

PEMULIHAN

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan. Terdapat enam langkah utama dalam pengelolaan sesi pemulihan di dalam kelas biasa. Langkah pertama adalah mengenal pasti murid; langkah yang kedua adalah menganalisis masalah, langkah yang ketiga adalah membuat perancangan, langkah yang keempat adalah melaksanakan pengajaran, langkah yang kelima adalah membuat penilaian dan akhir sekali langkah membuat tindakan susulan. Melalui langkah-langkah yang khusus ini, objektif, bahan bantu mengajar, dan aktiviti khusus yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh murid hendaklah disediakan oleh guru untuk melaksanakan pemulihan terhadap murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran pada sesuatu kemahiran bahasa yang diajarkan di dalam kelas biasa.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Mengenal pasti masalah murid

ii.

Menganalisis masalah pembelajaran dan membuat perancangan pengajaran iii. Melaksanakan pengajaran pemulihan di dalam bilik darjah, menilai dan membuat

tindakan susulan.

4.1 Mengenal Pasti Masalah Murid

(3)

mata pelajaran selepas proses pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain di dalam kelasnya.

Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah mengetahui teknik dan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan bagi membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran kemahiran bahasa atau tahap pencapaian di bawah tahap pencapaian murid normal. Melalui teknik, aktiviti, langkah-langkah yang khusus ini, serta penggunaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh murid, guru dapat melaksanakan aktiviti pemulihan terhadap murid-murid tersebut.

Faktor-faktor yang berikut dipercayai sebagai punca risiko tinggi untuk melahirkan anak yang bermasalah dalam pembelajaran (Syed Abu Bakar Syed Akil, 1997).

 Hubungan kekeluargaan suami isteri yang tidak rapat

 Mewarisi baka yang tidak dominan atau gen resesif

 Jangka masa kandungan yang pendek atau melebihi tempoh

 Kesan setengah-setengah penyakit

 Kesan sinar-X yang berlebihan

 Kesan dadah atau ubatan

 Kekerapan ibu yang mengandung

 Kecederaan yang berlaku semasa mengandung

(4)

4.2 Ciri-ciri Murid Lemah

Murid pemulihan menunjukkan ciri-ciri yang berikut:

Ciri-Ciri Murid Lemah

Setiap murid yang yang lemah akan menunjukkan tanda-tanda yang nyata yang dapat dikesan oleh seseorang guru. Sebagai contoh, murid yang mempunyai kecacatan fizikal, iaitu cacat pendengaran biasanya mundur dalam aspek sebutan dan pertuturan, lemah dalam perkembangan bahasa amnya, serta amat lemah dalam aspek tatabahasa, ejaan, perbendaharaan kata dan dalam pengetahuan am (Kirk, 1972 dipetik daripada Aziz Abd Talib, 2000).

4.3 Jenis-jenis Kecacatan Fizikal

Jenis-jenis kecacatan fizikal yang lazim adalah seperti yang berikut: i. Kecacatan pertuturan seperti sengau, pelat, dan bisu.

ii. Kecacatan penglihatan seperti tidak boleh melihat jauh, rabun atau buta.

iii. Kecacatan pengamatan seperti melihat huruf terbalik, iaitu masalah pembalikan huruf.

iv. Kecacatan pendengaran seperti kurang dengar atau pekak.

v. Kecacatan tangan yang boleh menimbulkan masalah untuk menulis.

Antara tanda-tanda khusus yang berpunca daripada aspek fizikal adalah sperti di

Aspek mental Aspek fizikal Aspek sosial Aspek emosi

(5)

Latihan:

Anda dikehendaki membuat pembacaan tambahan tentang tanda-tanda masalah pembelajaran mengikut aspek di atas. Analisis tanda-tanda aspek mental, sosial dan emosi. Berdasarkan pengalaman di dalam bilik darjah anda, kenal pasti tanda-tanda masalah pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid-murid anda. Apakah kesan terhadap pembelajaran mata pelajaran bahasa Malaysia?.

Tanda-tanda lemah penglihatan Tanda-tanda lemah pendengaran

 Selalu mengerutkan muka

 Memegang buku secara terlalu dekat dengan mata

 Menyengetkan kepala

 Menonjolkan kepala ke hadapan

 Menggerakkan kepala secara berlebihan ketika membaca

 Menegangkan kelopak mata atau

membuka mata sebesar-besarnya semasa melakukan tugasan

 Mengecilkan mata untuk melihat atau membaca yang berada agak jauh.  Tidak selesa di tempat duduk  Kerap bertanya guru

 Bahagian tepi mata merah  Mata berair

 Mata bengkak

 Sentiasa menggosok mata  Tahi mata yang berlebihan

 Bacaan mendatar  Sebutan yang salah  Ejaan yang lemah

 Menghalakan telinga ke arah guru  Kerap meminta guru mengulang

sesuatu.

 Selalu menekap telinga  Mengadu sakit kepala

 Tidak dapat menumpukan perhatian  Sukar memahami arahan

 Lambat bertindak terhadap bunyi  Bersuara degan nada yang tidak

semula jadi.

 Tidak dapat menganalisis percakapan orang lain

 Lambat bertindak terhadap bunyi

4.4 Strategi Mengesan Masalah

Guru mata pelajaran Bahasa hendaklah mengesan masalah pembelajaran murid seawal yang mungkin, iaitu pada semester pertama persekolahan. Terdapat beberapa strategi yang dapat digunakan oleh guru bagi mengesan murid-murid yang bermasalah di dalam kelas.

(6)

Setiap murid yang lemah akan menunjukkan tanda-tanda yang nyata yang dapat dikesan oleh seseorang guru. Setelah guru mengecam murid yang menunjukkan tanda murid yang lemah, guru hendaklah mengenal pasti strategi mengesan masalah. Guru hendaklah membina atau memilih alat yang sesuai untuk mengesan masalah pembelajaran murid. Contoh cara mengesan murid yang bermasalah melalui pemerhatian adalah seperti yang di bawah,

4.4.1 Mengesan masalah melalui pemerhatian

Pengesanan masalah melalui pemerhatian membantu guru memperoleh pelbagai maklumat tentang seseorang murid. Panduan membina alat mengesan masalah melalui pemerhatian adalah dengan,

i. Tentukan objektif pemerhatian

ii. Tentukan item-item utama pemerhatian iii. Sediakan senarai semak

iv. Tentukan masa (belajar, bermain, kokurikulum)

Senarai semak pemerhatian membaca dan memahami cerita Nama murid :

Darjah : Tahun : Pemerhatian Pentafsiran

rekod prestasi Pentafsiran rekod profil Ujian kertas dan pensil ibu bapa/guru darjahTemu bual dengan

(7)

Sekolah :

Umur : Jantina : Tandakan [ / ] Ya atau [ X ] Tidak

Bil Aspek Ya Tidak

1 Menghubung kait maklumat dengan pengetahuan sedia ada 2 Meramal isi cerita

3 Menyedari ketepatan ramalan 4 Menggunakan klu konteks

5 Membauat gambaran awal sebelum membaca 6 Membuat inferens

7 Mengatasi masalah kegagalam memaham 8 Menjawab soalan bertumpu

9 Menjawab soalan bercapah

Skor

7 - 9 Baik 4 – 6 Sederhana 1 - 3 Lemah

Aspek kelemahan

1. ---2.

---4.4.2 Menganalisis masalah dan membuat perancangan

Langkah menganalisis masalah adalah langkah bagi mengesan masalah dengan tepat. Langkah ini dilaksanakan selepas guru mentadbir alat bagi mengesan masalah pembelajaran. Setelah menganalisis masalah, guru juga perlu menganalisis punca masalah.

4.4.2.1 Masalah membaca mekanis

i. Membatang suku kata sebelum menyebut seluruh perkataan. ii. Bacaan tersekat-sekat – tidak lancar

iii. Teragak-agak – berhenti sejenak kerana tidak pasti.

iv. Membaca terlalu cepat dan gopoh tanpa menghirau tanda bacaan v. Membaca terlalu lambat/merangkak-rangkak.

vi. Hilang tempat, melangkau perkataan atau baris ayat vii. Membaca dalam cahaya kurang terang

(8)

ix. Mengelip-ngelip mata, mengerut dahi, menggeleng kepala

x.

Suara yang terlalu perlahan/blurring

xi. Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan bahan bacaan xii. Mengelak daripada membaca

xiii. Tidak mengikut tanda bacaan xiv. Tidak mengikut unit makna

xv. Tidak mengguna sebutan baku xvi. Bacaan tersekat-sekat

xvii. Mengeja sebelum menyebut xviii. Tekanan tidak tepat - sung-ai

xix.

Meninggalkan, mengganti, menokok tambah, mengulang, pembalikan, tidak kenal huruf, membuang, mengganti, sebutan mengikut pengaruh dialek

xx.

Tidak boleh membaca secara mekanis

4.4.2.2 Masalah membaca dan memahami

Masalah membaca dan memahami boleh berlaku pada empat peringkat iaitu:

i. Peringkat perkataan ii. Peringkat ayat iii. Peringkat perenggan iv. Peringkat teks

(9)

apabila gagal memahami hubungan antara bahagian-bahagian dalam teks, tidak memahami motif atau tujuan penulis, serta tidak memahami bahagian-bahagian teks dan makna keseluruhan teks.

4.4.2.3 Masalah Menulis mekanis

i. Tulisan ‘cakar ayam’ – tidak dapat dibaca

ii. Tidak tekal – campur dengan tulisan berangkai, huruf kecil huruf besar, saiz, sendeng/tegak

iii.

Tidak tekal - atas garisan antara garisan, ruang antara perkataan dan antara ayat.

iv. Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal huruf, silap huruf) v. Kesilapan tatabahasa/sintaksis

vi. Tulisan terlalu rapat

vii. Bercakap kepada diri sendiri sambil menulis viii. Menulis terlalu lambat

ix. Alat tulis dipegang terlalu rapat dengan kertas x. Ibu jari ditindih dengan jari telunjuk dan jari hantu xi. Cara duduk yang tidak betul

xii. Lambat dan bersusah payah menyalin

xiii. Perbezaan yang besar antara kebolehan menulis dengan bertutur

4.4.2.4 Punca masalah (mekanis dan pelahiran)

i. Kecacatan fungsi otak

ii. Masalah fizikal – penglihatan dan pendengaran iii. Masalah pengamatan penglihatan dan pendengaran iv. Masalah keselarasan motor : mata, telinga dan tangan

v. Pengajaran yang tidak berkesan vi. Masalah kesihatan dan emosi vii. Daya intelek

(10)

Pemerhatian Punca Cadangan Tindakan  Membaca terlalu lambat/

merangkak-rangkak.

 Hilang tempat, melangkau perkataan atau baris ayat

 Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan bahan bacaan

 Mengelak daripada membaca  Tidak mengikut tanda bacaan  Tidak mengikut unit makna  Tidak mengguna sebutan baku  Bacaan tersekat-sekat

 Mengeja sebelum menyebut  Menunjuk perkataan dengan jari

 Penglihatan

Contoh analisis masalah menulis, punca masalah,

dan cadangan tindakan pemulihan

Masalah Cadangan Tindakan Pemulihan

Tulisan ‘cakar ayam’ - tidak dapat dibaca

 Tidak tekal – campur dengan tulisan berangkai, huruf kecil huruf besar, saiz, sendeng/tegak

Tidak tekal - atas garisan antara garisan, ruang antara perkataan dan antara ayat.

 Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal huruf, silap huruf)

 Membuat aktiviti pratulisan

 Latihan memegang pensel / pen yang betul dan berada dalam posisi tubuh yang betul semasa menulis

 Latihan menulis dalam buku latihan yang mempunyai dua garisan

Menulis di udara, latihan menulis di atas pasir dengan jari, permainan teka huruf

4.5 Melaksanakan Pengajaran, Menilai, dan Membuat Tindakan Susulan

(11)

4.6 Merancang pengajaran

Pengajaran yang dirancang haruslah berdasarkan masalah yang hendak diatasi oleh guru selepas selesai proses penilaian. Aktiviti yang dirancang juga haruslah memenuhi keperluan kanak-kanak yang ingin diberikan pemulihan. Tahap kesukaran aktiviti juga perlulah pada aras yang mudah.

4.7 Merancang objektif

Objektif pelajaran hendaklah dibina mengikut prinsip-prinsip seperti yang berikut, i. Daripada yang mudah kepada yang kompleks

ii. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui iii. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak

iv. Daripada yang dekat kepada yang jauh

v. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

4.7.1 Bahagian-bahagian objektif

Objektif pembelajaran perlu mengandungi tiga bahagian utama iaitu,

i.

Hasil / outcomes

ii.

Syarat / conditions

iii.

Kriteria / criteria

Penyataan objektif tidak jelas jika tidak tidak ada ketiga-tiga bahagian di atas.

PERLAKUAN : menghuraikan perkara yang dijangkakan murid boleh BUAT iaitu sesuatu tingkah lakuatau penghasilan sesuatu produk yang dapat diperhati.

HASIL PERLAKUAN KATA KERJA

Spesifik boleh diukur

Contoh perlakuan

i. Membatangkan suku kata kvkk dan kvkvk ii. Menyebut pasangan minimal

(12)

SYARAT : penyataan yang menghuraikan syarat/keadaan yang diperlukan untuk membolehkan perlakuan murid.

SYARAT

Contoh syarat

i. Tanpa merujuk kepada teks ……… ii. Berdasarkan teks yang dibaca………...

iii.

Dalam tempoh masa 10 minit...

KRITERIA : memberitahu sebaik mana murid perlu laksanakan sesuatu tugasan supaya dapat dianggap mencapai objektif. Kriteria boleh dikaitkan dengan had sebenar dan menghuraikan had tertentu kepada perlakuan tersebut.

KRITERIA

Contoh kriteria

Menyalin 10 ayat dengan kemas dalam tempoh masa 10 minit

 Peralatan  Bahan  Masa  Latar

 Perkara yang disediakan

 Membolehkan perlakuan

 Menilai pencapaian murid

 Peratus pencapaian

Bilangan yang dicapai

Bilangan kesilapan yang

dibenarkan

Tempoh masa yang ditentukan

(13)
(14)

TAJUK 5

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN

PEMULIHAN KEMAHIRAN LISAN,MEMBACA DAN MENULIS

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan cara menyediakan rancangan pengajaran pendidikan pemulihan berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran di bilik darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan untuk tindakan guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan. Perancangan strategi, aktiviti dan langkah pengajaran perlu disesuaikan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid mengikut bidang-bidang kemahiran bahasa.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Mengenal pasti masalah pembelajaran murid pemulihan

ii. Merancang objektif dan langkah pengajaran dan pembelajaran pemulihan iii. Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan

5.1

Mengenal Pasti Masalah Pembelajaran Murid Pemulihan

(15)

Secara khusus, murid-murid pemulihan boleh dikenali berdasarkan pelbagai kelemahan yang boleh dilihat melalui perlakuan pada aspek tertentu dalam kemahiran bahasa. Antara simptom kelemahan dan kesulitan murid pemulihan yang boleh dilihat adalah seperti yang berikut:

a. Kemahiran mendengar dan bertutur

o Kosa kata yang terhad

o Menggunakan dialek dalam pertuturan

o Menggunakan bahasa pasar dalam lisan

o Tidak dapat membina ayat mudah

o Tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan lancar

o Menyebut nama huruf mengikut loghat bahasa ibunda

o Gagal mematuhi arahan

o Tidak boleh menghuraikan gambar yang ditunjukkan

o sukar bertutur dan menyebut perkataan

o tidak lancar dan kurang fasih dalam sebutan

o sukar menerima dan memahami arahan secara lisan dan tidak dapat bertindak balas

o lemah dalam memberi maklumat secara lisan daripada bahan yang ditunjukkan

b. Kemahiran membaca

Antara contoh masalah dalam kemahiran membaca:

o Keliru dengan nama, bentuk dan bunyi huruf

o Keliru pada huruf yang hampir sama: b – d; m – w

o Keliru pada bentuk huruf-huruf besar dan kecil yang berubah; a - A; b – B

o Keliru dengan orientasi, kedudukan dan saiz huruf

o Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup

o Keliru menyebut perkataan yang akan seakan-akan sama

o Meninggalkan suku kata dalam perkataan

o Tidak dapat membatangkan perkataan lebih daripada dua suku kata

o Membaca secara berlagu dan intonasi yang membosankan

(16)

o Mengeja sebelum membaca menyebabkan bacaan terhenti-henti

o Keliru apabila membatang perkataan yang mengandungi vocal berganding

o Tidak dapat membunyikan perkataan yang mengandungi konsonan berganding

o Membaca secara menghafal

o Tidak memahami bahan yang dibaca

o Mengulang-ulang dan merangkak-rangkak ketika membaca

o Sukar membuat hubung kait

o Tidak dapat membuat urutan

o Kesukaran mencari maklumat daripada bahan yang dibaca

o Tidak dapat menjawab soalan kefahaman dengan ayat yang lengkap

c. Kemahiran menulis

Antara contoh masalah dalam kemahiran menulis

o Tulisan yang buruk dan tidak boleh dibaca

o Bentuk dan condong huruf yang tidak menentu

o Saiz huruf yang tidak seragam

o Menulis terbalik –bermula dari kanan dan bergerak ke kiri. Contoh: s ditulis ƨ

o Tulisan tidak selari dengan garisan

o Salah urutan dan arah ketika menulis

o Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk

o Jarak antara huruf atau antara perkataan yang tidak menentu

o Tidak boleh melakukan latihan koordinat mata dengan tangan menyebabkan murid menyalin dengan lambat dan perkataan yang disalin salah ejaan

o Masalah menggunakan huruf besar dan huruf kecil di tempat yang tidak sesuai

o Tidak dapat membina ayat mudah

o Kosa kata yang terhad

(17)

o Lemah dalam penggunaan tanda baca

o Lupa format penulisan

o Lemah dalam penyampaian idea

5.2 Merancang Objektif, Langkah-Langkah Pengajaran, dan Pembelajaran Pemulihan

a. Perancangan objektif

Objektif pembelajaran pemulihan hendaklah dibuat secara lebih khusus. Objektif pembelajaran haruslah realistik dan sejajar dengan kebolehan serta minat murid-murid. Guru perlu membantu murid mengatasi masalah pembelajaran sesuatu kemahiran tertentu dengan khusus. Selain itu guru juga perlu mengubah sikap negative dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran. Sikap yakin diri juga perlu dibina pada murid yang mengikuti pemulihan.

Objektif yang khusus akan membolehkan murid-murid menguasai kemahiran melalui aktiviti alternative. Murid akan mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan mereka dan seterusnya peluang pembelajaran yang sama dengan murid-murid lain. Dengan itu, mereka dapat meneruskan pembelajaran dalam sistem persekolahan.

Objektif pembelajaran haruslah dibentuk mengikut prinsip-prinsip yang berikut: i. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui

ii. Daripada yang mudah kepada yang kompleks iii. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak iv. Daripada yang dekat kepada yang jauh

v. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

Objektif yang baik harus memenuhi kriteria yang berikut:

i. Menggunakan kata kerja tindakan khusus yang menerangkan objektif guru.

ii. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang boleh dilihat.

(18)

b. Langkah-langkah menjalankan Sesi Pemulihan i. Kenal pasti dan buat analisis:

ii. Murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian

iii. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian saringan dan Diagnostik

iv. Punca masalah daripada aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu pembelajaran

v. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.

vi. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. vii. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.

viii. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.

ix.

Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid

berkenaan ke dalam kumpulan murid biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang baharu sekiranya murid berkenaan belum pulih.

5.3 Langkah-langkah Pelaksanaan Sesi Pemulihan

Langkah-langkah pelaksanaan sesi pemulihan boleh digambarkan melalui rajah yang berikut:

5.3 Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan

Setelah dikenal pasti murid yang perlu diberikan pemulihan, guru perlu merancang aktiviti pemulihan yang sesuai dengan masalah. Guru perlu menentukan objektif dan

Kenal pasti murid 2. Analisis

Masalah 3. Membuat perancangan

5. Membuat penilaian 4. Melaksanakan

pengajaran

(19)

kemahiran khusus yang hendak dipulihkan, membina dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai, merangsang pelbagai pancaindera (multisensory) dan berbentuk konkrit. Guru memilih teknik pengajaran yang mengambil kira gaya belajar, menggunakan latih tubi, dan berunsurkan permainan. Strategi pelaksanaan pemulihan boleh dijalankan dalam bentuk kumpulan atau secara individu.

1. Strategi Kumpulan

Strategi kumpulan digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid-murid bermasalah. Murid-murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru

2. Strategi individu

Strategi ini digunakan apabila murid menghadapi masalah pembelajaran yang berlainan dan khusus. Guru boleh membetulkan kesalahan murid secara individu sementara murid-murid lain menjalankan aktiviti pengukuhan. Guru juga boleh menggalakkan murid cerdas mengajar atau membimbing murid-murid bermasalah secara individu (rakan sebaya).

5.4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan

Kaedah dan pengurusan aktiviti pemulihan boleh dijalankan dengan menggunakan pelbagai cara. Aktiviti boleh dijalankan secara langkah-langkah kecil, berfokus pada sesuatu kemahiran bahasa atau mengikut sesuatu konsep yang berkaitan dengan masalah pembelajaran murid berkenaan. Setiap aktiviti pemulihan yang dijalankan perlulah menepati objektif kemahiran bahasa yang menjadi masalah dan tidak dapat dikuasai oleh murid yang berkenaan. Aktiviti pemulihan perlulah dijalankan mengikut keperluan dan bidang kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, bacaan dan kefahaman termasuk bacaan mekanis, kemahiran menulis termasuk tulisan mekanis.

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran pemulihan. Antara pendekatan dan kaedah yang sesuai dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut:

(20)

iii. Kaedah pandang sebut iv. Kaedah prabacaan

v. Kaedah suku kata

vi. Kaedah seluruh perkataan vii. Kaedah pratulisan

viii. Kaedah mekanis ix. Pendekatan cerakinan

x. Pendekatan binaan xi. Multisensori

Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai, menarik dan pelbagai rangsangan perlu disediakan untuk membantu menjayakan penguasaan kemahiran yang ditetapkan. Sebagai contohnya, guru hendak menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan membaca perkataan dua suku kata. Guru boleh menggunakan kaedah binaan iaitu menggunakan bahan bantu belajar kad suku kata dan meminta murid membina perkataan daripada suku kata. Murid diminta mengeja dan membaca perkataan yang dibina. Guru boleh menggunakan teknik permainan untuk meningkatkan motivasi dan keseronokan dalam pembelajaran. Contoh aktiviti lain bagi membina kemahiran membaca perkataan adalah suai padan suku kata dan membentuk perkataan. Murid membaca kuat perkataan yang dihasilkan daripada suai padan suku kata.

Antara aktiviti pemulihan untuk membina pelbagai kemahiran bahasa adalah seperti yang berikut:

i. Menekap huruf ii. Menulis di pasir

iii. Menyalin huruf atau perkataan iv. Mencari gambar tersembunyi

v. Menulis urutan huruf atau perkataan

vi. Penggunaan warna untuk membuat diskriminasi huruf vii. Mencari perkataan tersembunyi

viii. Mencari jalan keluar

(21)

xi. Latihan mengeja-imlak

xii. Kaedah Gabungan Bunyi Kata xiii. Buku Besar (Bigbook)

xiv. Aktiviti Latih tubi a. Pemintal lidah b. Pasangan minimal c. Bersambut

d. Rajah tukar ganti e. Padanan

xv. Teka silang kata xvi. Jigsaw

xvii. Permainan menyampaikan pesanan-uji ingatan dan pendengaran xviii. Permainan Kim- menguji ingatan dan pendengaran

xix. Membuat diskriminasi bunyi xx. Karangan berpandu

xxi. Bercerita berdasarkan gambar

xxii. Menyusun ayat atau perenggan atau gambar mengikut urutan xxiii. Membaca kuat atau membacakan kepada (reading to)

xxiv. Berkongsi membaca (Shared reading) xxv. Membuat perkaitan

5.5 Pengelolaan Pengajaran Pemulihan di Kelas Biasa

Pengajaran pemulihan dalam kelas hendaklah dijalankan secara bersistematik agar murid memperoleh faedah yang maksimum. Pengelolaan pengajaran pemulihan melibatkan empat langkah:

(22)

Penentuan objektif

Sebelum pengajaran pemulihan, objektif pengajaran hendaklah ditentukan. Aras objektif seharusnya sejajar dengan masalah pembelajaran murid.

Contoh perancangan satu pengajaran dan pembelajaran pemulihan:

Masalah: murid tidak boleh melakukan arahan yang didengar

Objektif: pada akhir pelajaran, murid-murid dapat melakukan sesuatu mengikut arahan yang diberikan.

Perancangan :

i. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran secara individu atau kumpulan atau rakan sebaya.

ii. Menentukan bahan bantu belajar yang hendak digunakan mengikut aras kesukaran, jenis,kegunaan dan daya penarik.

iii. Menentukan aktiviti-aktiviti yang memberikan peluang kepada murid melibatkan diri dengan aktif dalam pelajaran

iv. Menentukan jenis penilaian yang akan digunakan untuk menilai pencapaian murid

Pengajaran

i. Pengajaran normal dijalankan seperti biasa kepada semua murid dalam bilik darjah. Pengajaran pemulihan dijalankan selepas sesuatu langkah pengajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

ii. Guru akan mengajar seorang atau beberapa orang murid yang lambat yang menghadapi masalah yang sama.

iii. Murid yang cerdas juga boleh diminta untuk membantu murid yang menjalani aktiviti pemulihan.

(23)

Penilaian

i. Penilaian dijalankan bagi memastikan objektif dicapai atau tidak. ii. Guru membuat pemerhatian terhadap perlakuan murid.

iii. Selepas penilaian, murid–murid yang telah menguasai kemahiran tersebut akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan normal.

iv. Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran tersebut akan dirujuk kepada guru pemulihan.

Contoh aktiviti pemulihan mengikut masalah kemahiran bertutur, membaca dan menulis.

i. Latih tubi pasangan minimal:

Murid didapati tidak dapat menyebut atau membaca perkataan dengan betul. Murid tidak dapat membezakan bunyi yang paling minimum dalam perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh. Contoh perkataan : dari – lari; ladang – lalang; lada – lala; dada – lada

ii. Latih tubi pemintal lidah:

Murid didapati tidak boleh menyebut bunyi yang menggunakan huruf ‘p’ dengan betul. Contoh : Murid menyebut pemintal lidah seperti: pandang pandan tepi pagar depan padang. Contoh : Murid bermasalah menyebut /ny/. Murid menyebut pemintal lidah seperti : nyonya nyanyuk nyanyi nyamuk.

iii. Latih tubi gantian:

Murid tidak dapat menulis ayat dengan lengkap dan betul. Sebagai contoh: Pokok itu tinggi.

(24)
(25)

TAJUK 6

PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR AKTIVITI PEMULIHAN

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan cara menyediakan bahan bantu mengajarn aktiviti pemulihan

berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran di bilik darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan untuk tindakan guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan dan menyediakan bahan bantu mengajar yang sesuai. Perancangan teknik, pelaksanaan aktiviti dan penyediaan bahan bantu mengajar perlu disesuaikan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid mengikut bidang-bidang kemahiran bahasa yang diajarkan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat menyediakan Bahan Bantu Mengajar aktiviti Pemulihan: i. Kemahiran lisan

ii. Kemahiran Membaca iii. Kemahiran Menulis

6.1 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar untuk Aktiviti Pemulihan Kemahiran Lisan

Contoh aktiviti dan bahan:

 mendengar bunyi dan menyatakan nama

 melihat rangsangan dan memberi respons yang sesuai

 mendengar arahan dan memberi respons yang betul

 mendengar bunyi dan mengajuk bunyi

 permainan bahasa

 bersoal jawab berdasarkan bahan rangsangan

 menyanyi dan membuat pergerakan kreatif

 latih tubi sebutan atau pengucapan

Contoh bahan bantu mengajar:

komputer Gambar bersiri Nyanyian /lirik lagu Seni kraf

Permainan bahasa Boneka Iklan Permainan rekreasi

Kad ucapan Bahan Maujud Carta karton

(26)

6.2 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan Kemahiran Membaca

Contoh aktiviti dan bahan pemulihan membaca:

 Membentuk perkataan dan mengeja

 Mengeja perkataan yang disebutkan

 Mengeja perkataan yang ditunjukkan

 Membaca arahan mudah

 Membaca carta alir mudah

 Membaca pantun dua kerat

 Membaca baris dalam lirik lagu

 Membaca dialog kartun atau komik

 Membaca cerita mudah

 Membaca petikan pendek dan menjawab soalan mudah

Contoh bahan bantu mengajar:

6.3 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan Kemahiran Menulis

Contoh aktiviti dan bahan pemulihan menulis:

 Menulis huruf atau suku kata bagi membentuk perkataaan

 Menulis perkataan yang disebut

 Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang betul

 Melengkapkan ayat berdasarkan perkataan yang disediakan

 Menulis cerita berdasarkan gambar bersiri

 Menulis ayat berdasarkan kad perkataan

 Menulis ayat berdasarkan gambar

 Menyambung dialog mudah

 Menulis dialog yang sesuai pada gambar

 Menulis kad ucapan

 Menulis pesanan mudah

 Menulis ayat huraian mengikut ayat topik

 Menulis perenggan mengikut peta minda

Contoh bahan bantu mengajar

:

Kad Abjad Kad Domino Buku Besar Label objek

Kad Suku Kata Carta Suku Kata Buku Cerita Permainan bahasa

Kad Perkataan Kad Lipat Suku Kata Jadual Carta

Kad Frasa Kad Cantum Suku

Kata Peta

Cogan kata

Kad Ayat Kad Tingkap Gambar Rajah Kartun

Kad Gambar Kad Padanan Lirik lagu Surat khabar

(27)

kad suku kata Komik carta alir Kad arahan

Kad perkataan Katalog Peta lokasi Buku cerita

Kad ayat Gambar bersiri Jadual perjalanan Dialog mudah

Rajah tukar ganti Gambar tunggal Diari harian Silang kata

Permainan bahasa Akhbar Peta minda Lirik lagu/nyanyian

Aktiviti

Referensi

Dokumen terkait

Zionism didn’t just want to negate the diaspora; it wanted to create a new idea of Jewish life: hence, a determinate negation.. But with every such negation, something of the old

Program Youth Discovery untuk Peningkatan Psychological Well-Being Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia | repository.upi.edu |

[r]

Fronted high negations under interrogative scope may undergo conversion into affirmative answer bias particles when the interrogative operator is affected by the Asking

untuk struktur modal berhubungan dengan igyarat yang diberikan kepada investor melalui keputusan suatu perusahaan untuk menggunakan utang atau saham dalam memperoleh modal

However, their frequencies are still higher than those of any outer circle varieties besides Singaporean English, allowing a general proposition that neg-raising – or at the

dihadapi organisasi dalam melakukan bisnis, berkaitan dengan perilaku yang konsisten, dan seharusnya mampu menciptakan keunggulan kompetitif perusahaan.. • Strategi sangat

The present study centres around the negative-existential cycle proposed by Croft (1991) and its application on three Chinese varieties – Mandarin, Hong Kong Cantonese,