• Tidak ada hasil yang ditemukan

Alternatif Strategi Pengajaran Guru Bagi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Alternatif Strategi Pengajaran Guru Bagi"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

Kombinasi Penggunaan Analogi, Ayat-Ayat Al-Quran Dan ICT Sebagai Strategi Pengajaran Guru Sains bagi Menerapkan Kemahiran Berfikir Murid

1KhairulHasni Abdul Kadir, 2Norazah Mohd Nordin, 3 Zanaton Iksan dan 4Norhapizah Mohd Burhan

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia

1Tel: +6012-3531605 e-mail: khairulhasni@siswa.ukm.edu.my, 2Tel: +6019-3328704

E-mail: drnmn@ukm.my, 3 Tel: +6019-6004627 e-mail: zanaton.iksan@ukm.edu.my, 4Tel: +6016-3335484 e-mail: nrizahuia_04@yahoo.com.my

Abstrak

Pendidikan dalam bidang sains di abad ke 21 menekankan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis bagi membantu mereka memahami konsep sains, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam kehidupan seharian. Menyedari kepentingan perkembangan kognitif ini, program peringkat antarabangsa iaitu TIMSS (Trends in Mathematics and Science Study) ditubuhkan bagi mentaksir penguasaan kemahiran kognitif pelajar dalam tempoh empat tahun sekali. Namun begitu, penguasaan kemahiran kognitif subjek sains bagi murid Malaysia menunjukkan penurunan yang ketara dalam pentaksiran antarabangsa, sekaligus menunjukkan tahap kemahiran berfikir murid berada di bawah pencapaian purata antarabangsa. malah, mereka juga kurang berupaya untuk mengaplikasi ilmu pengetahuan dan berfikir secara kritis di luar konteks akademik. Rentetan itu, kajian yang dijalankan oleh para penyelidik lepas mendapati beberapa faktor telah dikenalpasti menjadi penyumbang kepada permasalahan ini. Antara faktor-faktor tersebut ialah, guru-guru sains kurang memberi perhatian terhadap aktiviti-aktiviti ke arah penerapan kemahiran berfikir murid, malah teknik penyoalan pula lebih menjurus kepada soalan aras rendah seperti menguji pengetahuan murid. Selain daripada itu, kaedah konvensional yang berpusatkan guru masih diamalkan semasa proses pdp sains menyebabkan murid tidak berpeluang menyumbang dan menjana idea masing-masing. Justeru, kertas konsep ini akan membincangkan serta menjelaskan bagaimana kombinasi penggunaan analogi, ayat-ayat Al-Quran dan teknologi ICT sebagai satu strategi pengajaran bagi membantu guru menerapkan kemahiran berfikir murid dalam pembelajaran sains.

(2)

1.0 PENGENALAN

Pendekatan dan strategi yang digunakan guru dalam proses pdp (pdp) sains perlu diberi perhatian agar domain kognitif murid iaitu mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis dan mensintesis dapat ditingkatkan. Salah satu tujuan dari pendidikan sains adalah untuk menjadikan pelajar mempelajari konsep-konsep secara bermakna bagi mereka aplikasikan sebagai satu keperluan dalam kehidupan sehari-hari (BPK, 2011). Untuk mencapai tahap pemikiran yang tinggi, murid perlu menguasai kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif yang diaplikasikan oleh guru dalam aktiviti pdp (Maria & Kamisah 2010), di mana aktiviti yang diberikan haruslah dapat merangsang pemikiran murid. Di samping itu, kemahiran berfikir amat diperlukan bagi membentuk perkembangan kognitif murid dari aspek persepsi, penyelesaian masalah, kemahiran sosial dan pencapaian motivasi (Stapleton 2013). Maka, potensi individu akan dapat dikembangkan secara menyeluruh bagi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara, iaitu mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani (JERIS).

Namun begitu, penguasaan kemahiran kognitif bagi elemen memahami, mengaplikasi dan menaakul pula masih di tahap yang rendah dan terhad (Insorn & Sanrach 2012). Ini dapat dilihat daripada keputusan TIMSS iaitu satu program peringkat antarabangsa TIMSS yang mentaksir penguasaan kemahiran kognitif pelajar di mana kebanyakan peserta antarabangsa menunjukkan tahap penguasaan kemahiran mengingati lebih tinggi berbanding aplikasi kemahiran saintifik (TIMSS 2011). Malah, skor pencapaian subjek Sains murid Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 menunjukkan penurunan yang ketara dan berada di bawah pencapaian purata antarabangsa (PPPM 2013-2035). Keadaan ini menyebabkan sebahagian besar murid Malaysia kurang berupaya mengaplikasikan pengetahuan dalam kehidupan seharian serta kurang menjana idea-idea asli mereka.

1998 2000 2002 2004 2006 2008 2010 2012

350 400 450 500 550

492 510

471

426

Skor subjek Sains Pelajar Malaysia - Gred 8

Skor

(3)

2.0 STRATEGI PENGAJARAN SAINS

Strategi dan pendekatan yang digunakan dalam P&P sains sangat dititikberatkan kerana murid perlu menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir untuk memahami konsep dipelajari agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan iaitu menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian. Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kurangnya kemahiran berfikir di kalangan murid, namun begitu, kertas konsep ini akan membincangkan dan menfokuskan kepada strategi pengajaran guru semasa melaksanakan pdp sains dalam kelas. Melalui kajian yang telah dijalankan oleh bahagian Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) terhadap pengajaran subjek sains di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, didapati penguasaan teknik penyoalan dan bentuk soalan yang digunakan oleh guru-guru masih kurang berkesan untuk menerapkan pemikiran kreatif dan kritis murid. Selain daripada itu, pengajaran guru pula lebih menekankan kepada penyampaian isi kandungan berbanding penerapan kemahiran berfikir murid yang menyebabkan murid tidak dapat membina pengetahuan (Mohd Ali 2003).

Ini dapat dilihat melalui kaedah pengajaran konvensional yang diamalkan oleh majoriti guru sains kurang berkesan dalam meningkatkan kebolehan berfikir murid (Zainol Budiman et al 2010) iaitu pengetahuan sedia ada murid tidak dikaitkan dengan konsep baru yang dipelajari menjadikan proses kognitif seperti membuat penaakulan (analogical reasoning) dan membuat kesimpulan tidak dapat dicapai (Marlina dan Shaharom 2010). Laporan kebangsaan juga mendapati, penggunaan sumber pendidikan khususnya teknologi seperti komputer, perisian dan LCD masih belum digunakan secara optimum oleh guru di mana peratus skor penggunaannya adalah di antara 44.70% hingga 62.14% (Jemaah Nazir KPM, 2011). Sehubungan itu, kombinasi penggunaan analogi, ayat-ayat Al-Quran dan teknologi ICT dicadangkan sebagai satu strategi alternatif dalam pdp sains murid bagi membantu guru-guru menerapkan kemahiran berfikir murid. Malah, pengintegrasian melebihi satu strategi dapat menggalakkan keterlibatan murid dari pelbagai gaya pembelajaran agar kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis murid dapat ditingkatkan.

3.0 ANALOGI DALAM SAINS

Analogi ialah satu hubungan perbandingan di antara dua benda, istilah atau konsep yang mempunyai ciri-ciri yang serupa atau sama (Gentner, 1983; Else et al 2008). Penggunaan analogi telah lama dijadikan sebagai alat bagi menerangkan konsep sains, malah para saintis juga menjadikan analogi sebagai asas untuk menjelaskan sesuatu konsep agar lebih mudah difahami (Harrison & Treagust, 1993; Diki, 2013; Erökten & Gökharman, 2013). Analogi dalam pendidikan sains merujuk kepada perbandingan di antara dua benda yang mempunyai ciri-ciri yang sama untuk menerangkan sesuatu konsep abstrak sains bagi meningkatkan keupayaan penaakulan dan kemahiran berfikir murid (Harrison & Treagust 1993; Nessel & Graham 2007).

(4)

meningkatkan minat dan sikap pelajar terhadap pelajaran fizik bagi tajuk ‘Direct Current’, malah purata ujian pasca bagi sikap pelajar meningkat (min:lelaki=175.50; perempuan=174.38) berbanding dengan purata ujian pra sikap pelajar (min:lelaki=187.38; perempuan=184.14) (Çıbık & Yalçın, 2011). Pemahaman terhadap konsep sukar ini menunjukkan tahap kemahiran berfikir murid juga meningkat kerana murid perlu berfikir untuk memahami konsep tersebut terutamanya yang berbentuk abstrak. Rajah 2 menunjukkan satu contoh bagaimana penggunaan analogi dalam subjek sains bagi konsep sel haiwan

Rajah 2 : Contoh analogi sel haiwan

Huraian seterusnya adalah berkenaan bagaimana analogi atau perumpamaan dalam Al-Quran boleh digunakan bagi menerapkan kemahiran berfikir murid untuk memahami konsep-konsep dalam sains.

3.1 Analogi dalam Al-Quran

Al-Quran merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w, sejak 14 abad yang lalu sebagai panduan dan cara hidup seorang muslim. Kitab Al-Quran ini

Konsep atau prinsip yang diajar (Contoh: Struktur sel)

Ciri perwakilan dibandingkan dengan ciri sasaran

1. Pintu masuk/keluar 2. Pusat kawalan 3. Mesin pengeluaran

4. Penyerahan dan penyimpanan dalaman 5. Pembungkusan dan penghantara keluar 6. Penjana kuasa

Sasaran (target) (Sel haiwan) Perwakilan/analog (analog)

(Kilang)

1. Membran 2. Nukleus

3. Protein pembuat ribosom 4. Retikulum Endoplasma 5. Set Golgi

6. Mitokondria

(5)

banyak menggambarkan fenomena alam semesta sehingga merangsang akal untuk merenungi kehebatan ciptaan Allah serta menjadi panduan manusia menerokai keajaiban dalam bidang sains. Ayat-ayat dalam Al-Quran ini diolah dalam bentuk retorik, sistem yang berasaskan nada dan melodi yang menarik didengari bagi membimbing akal manusia untuk mengenali pencipta dan alam semesta (Yusuf al-Hajj Ahmad, 2010).

Penggunaan analogi boleh dilihat juga di dalam kitab Al-Quran, di mana Allah menggunakan banyak perumpamaan bagi menggambarkan sesuatu konsep atau fenomena yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Kebanyakan penggunaan perumpamaan yang terdapat dalam Al-Quran menyuruh manusia untuk berfikir tentang pelbagai kurnia Allah, perintah dan larangan, jalan mengenal Allah serta segala sesuatu yang berkaitan dengan Allah dan rasul-Nya (Syekh Abdul Aziz 2008). Malah, Allah berulang kali mengingatkan manusia untuk mengkaji kejadian alam atau fenomena sains bagi mengenali hakikat kejadian alam dan mengagungkan kebesaran Allah sebagai pencipta (Yazid 2011). Contoh perumpamaan dalam ayat Al-Quran boleh dilihat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 265 yang bermaksud;

“Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh air hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika

hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai).

Dalam ayat ini Allah memberi perumpamaan perbandingan antara orang yang berinfak (membelanjakan harta kerana Allah) dengan orang yang tidak mahu mengeluarkan hartanya kepada Allah melalui analogi air hujan. Seterusnya dengan akal yang dikurniakan Allah, kita dapat memahami ayat tersebut di mana Allah akan melipat gandakan pahala orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Dalam hal ini perumpamaan ini berkaitan dengan ilmu sains tabii yang perlu pemikiran dan kajian. Maka, manusia perlu mengkaji elemen sains yang terdapat dalam ayat tersebut seperti kebun yang berada di tanah tinggi, perbezaan hujan lebat dan hujan gerimis serta peranan air dalam kehidupan di atas muka bumi.

(6)

Rajah 3 : Hubungan analogi dalam Al-Quran dan penggunaannya dalam ilmu sains Teori Fourier menggunakan air terjun sebagai analogi bagi menerangkan pengaliran haba iaitu dari suhu tinggi ke suhu rendah dengan pengaliran air terjun dari tempat tinggi yang mengalir ke tempat rendah (Duit & Wilbers 2006). Kesinambungan daripada analogi yang dipelopor oleh Fourier ini, saintis Ohm pula menggunakannya bagi membangunkan teori pengaliran elektrik. Ini telah menunjukkan bahawa hanya dengan menggunakan analogi air ciptaan Allah, manusia mampu untuk berfikir dengan lebih jauh sehingga terciptanya formula-formula sains yang boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah dalam kehidupan sebenar. Benarlah firman Allah dalam Surah As-Shaad, ayat 29 yang bermaksud:

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang

mempunyai fikiran”.

Justeru, analogi berasaskan Al-Quran yang diterapkan dalam proses p&p sains dapat menerapkan nilai-nilai murni seperti mensyukuri nikmat Allah dan menghargai alam sekitar dengan mendalami sumber wahyu dalam konsep sains yang boleh diterokai. Menyedari kepentingan analogi dalam pembelajaran sains, maka strategi pedagogi perlu dipertingkatkan dalam usaha mengukuhkan pemahaman konsep sains pelajar. Guru juga perlu berusaha mendalami Al-Quran serta mengkaji perumpamaan atau analogi yang boleh menghubungkan proses sains dan kejadian alam sekitar dengan penciptaNya bagi membentuk akhlak .

5.0 TEKNOLOGI ICT

Penggunaan teknologi ICT seperti komputer dan internet semakin meluas diaplikasikan dalam pendidikan, selari dengan arus perkembangan global dunia teknologi. Justeru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mensasarkan pembangunan ICT dalam bidang pendidikan melalui Gelombang 1 (2013- 2015) dalam Pelan Tindakan Memanfaatkan ICT iaitu dengan mempertingkatkan asas ICT. Pelan Strategik bagi Sekolah Bestari dan Dasar ICT adalah antara yang telah dilaksanakan di mana ia bermatlamatkan untuk memanfaatkan potensi ICT khususnya dalam bidang pendidikan bagi membantu murid meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi. Penggunaan ICT dalam pendidikan sains pula berupaya mewujudkan persekitaran pembelajaran yang membolehkan pengetahuan dan kepakaran dapat dipindahkan dan dikongsi bersama. Menurut Manjula (2012), penggunaan ICT dalam pendidikan dapat menyediakan ruang murid untuk berfikir dan berkomunikasi secara kreatif dan secara tidak langsung membantu mereka menjalani kehidupan serta berjaya dengan kerjaya di dalam dunia pesat teknologi.

(7)

kasar. Melalui penggunaan elemen multimedia yang menarik beserta teks, grafik, visual, audio dan video beserta analogi bergambar ini akan membantu murid memahami fenomena sains semasa proses pdp berlangsung.

Pengajaran dan pembelajaran berasaskan web atau e-learning adalah satu perkembangan baru dalam dunia pendidikan, kesan daripada pembangunan pesat dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Norazah et al 2012). Ia merupakan satu pendekatan inovatif dalam pendidikan di mana pelbagai sumber bahan yang dikehendaki boleh diperolehi dengan pantas dan merentasi sempadan. Sehubungan itu, kementerian telah melancarkan program FrogVLE bermula tahun 2012, iaitu satu sistem pembelajaran yang mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Pembelajaran berasaskan web juga dapat mewujudkan persekitaran konstruktivisme yang berpusatkan murid serta interaktif, di mana murid dapat mengakses sendiri maklumat yang dikehendaki dan menjelajah menggunakan pautan ke laman web lain. Tujuan utama penggunaannya adalah untuk membantu mempelbagaikan kaedah pedagogi guru-guru serta meningkatkan kemahiran guru dan murid terhadap penggunaan teknologi ICT.

Pengintegrasian teknologi ICT yang diaplikasikan dalam kajian ini menggunakan kaedah flipped-classroom iaitu satu bentuk pembelajaran yang disesuaikan di mana murid mempelajari dahulu topik tertentu di atas talian (on-line) samada di rumah atau di mana jua ada akses internet. Kemudian, guru dan murid akan berbincang bersama dan menjalankan aktiviti, tugasan atau penyelesaian masalah (www.wikipedia.org/wiki/Flipped_classroom). Terdapat beberapa kelebihan penggunaan flipped-classroom dari aspek penjimatan masa murid, penggunaan lebih berfungsi semasa pengajaran dalam kelas, dan mempunyai lebih masa untuk menerangkan topik sukar dan memberi kesan positif kepada murid (Wei Zheng et al, 2014). Namun, guru perlu bijak menggunakan teknologi ini mereka terlalu bergantung kepada pelajar dalam membuat persediaan sebelum kelas bermula dan mengambil kira kepada pelbagai latar belakang murid. Selain itu, dalam menyelusuri pengintegrasian teknologi ICT dalam pendidikan haruslah berpaksikan etika tawhidik yang merujuk kepada pinsip nas iaitu wahyu sebagai induk, di mana pemantauan manusia tidak diperlukan tetapi terus merujuk kepada Allah sebagai pemantau (Mohd Nor Mamat, 2008). Etika ini adalah berasaskan kepada pandangan etika universal yang dijadikan kod etika terhadap sahsiah guru dan murid dalam aplikasi e-learning. Maka, gagasan prinsip etika yang bertunjangkan keimanan, haruslah dilestarikan bersama matlamat kurikulum sains bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya maju dan dinamik ke arah bagi membudayakan sains dan teknologi secara semulajadi.

6.0 KOMBINASI ANALOGI, AYAT AL-QURAN DAN TEKNOLOGI ICT DALAM BAHAN PENGAJARAN

(8)

dikehendaki. Strategi pengajaran yang dibangunkan pula haruslah berasaskan teori-teori pendidikan dan model pembelajaran bagi meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran murid.

Kertas kajian ini membincangkan bagaimana model 5E, anaolgi dan ayat Al-Quran digabungkan untuk membentuk satu bahan pengajaran dengan mengintegrasikan teknologi ICT sebagai strategi pengajaran guru bagi menerapkan kemahiran berfikir murid. Penggunaan model 5E sebagai model pengajaran dilihat sesuai dalam konteks pengajaran sains kerana kerana ia mengutamakan kaedah inkuiri yang memerlukan kemahiran berfikir murid. Setiap fasa 5E (penglibatan, penerokaan, penjelasan, penghuraian dan penilaian) mempunyai aktiviti yang dilaksanakan oleh guru adalah berdasarkan objektif pembelajaran dan aras kognitif bagi meningkatkan pemahaman murid terhadap konsep sains dipelajari (McHenry & Borger 2013).

Manakala elemen focus, tindakan dan refleksi dalam model anaolgi FAR ( focus-action-reflection) diterapkan dalam model 5E bagi membantu murid membuat hubungkait konsep baru dipelajari dengan pengalaman sedia ada mereka untuk membina konsep baru yang difahami. Kombinasi kedua-dua model ini didapati amat sesuai kerana teori konstruktivisme menekankan bahawa murid dapat memperolehi pengetahuan baru secara aktif apabila mereka mampu menghubungkan konsep tersebut berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka (Fatma & Muammer 2008). Rajah 3 menunjukkan elemen model analogi (fokus, tindakan dan refleksi) diterapkan dalam model konstruktivisme 5E.

Rajah 3: Penerapan model analogi FAR dalam model konstruktivisme 5E

(9)

menerapkan kemahiran berfikir kritis ialah mencirikan, membanding membeza dan menganalisis, manakala kemahiran berfikir kreatif ialah menghubung kait, menjana idea dan menganalogikan. Selain itu, penyoalan juga dilakukan semasa proses pdp berlangsung bagi mencungkil pengetahuan murid. Aktiviti memberi soalan-soalan terbuka yang mengikut aras taksonomi Bloom dapat meningkatkan kemahiran berfikir kritis murid (Hafizah et al 2012). Penggunaan ayat-ayat Al-Quran yang

berkaitan dengan konsep yang akan dipelajari murid

Cth konsep:Arus elektrik Analogi : Pengaliran air Ayat Al-Quran tentang air:

Surah An-Nur (43), Jatsiyah (5), Al-Waqiaah (68-70)

Kemahiran berfikir kritis dan kreatif diterapkan melalui aktiviti penyoalan aras rendah & aras sederhana

Kemahiran berfikir kritis diterapkan dengan membuat perbandingan antara anaolgi dengan konsep sains

penyoalan.

Guru menggunakan elemen multimedia seperti gambar, animasi, video yang berkaitan dengan konsep dipelajari

Kemahiran berfikir kritis & kreatif diterapkan melalui aktiviti penyoalan aras sederhana

Pelajar diberi tugasan individu/berkumpulan bagi menghuraikan konsep dipelajari melalui pembentangan (penerapan kemahiran berfikir kritis aras tinggi)

 Pelajar dapat membuat kesimpulan atas apa yang telah dipelajari – objektif tercapai

 Pelajar mampu membina analogi sendiri – kemahiran berfikir kreatif aras tinggi diterapkan

(10)

Rajah 4: Reka bentuk bahan pengajaran dalam Rancangan Pengajaran Harian guru 7.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kertas konsep ini bertujuan untuk menerangkan bagaimana kombinasi analogi, penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan teknologi ICT boleh diintegrasikan dalam bahan pengajaran sains sebagai satu strategi pengajaran guru untuk menerapkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif murid. Maka, melalui kombinasi ini, pendidikan sepadu yang mengintegrasikan ilmu wahyu ayat-ayat Al-Quran dengan sains tabii dapat dikembangkan untuk menghasilkan murid yang seimbang dari aspek pembangunan keduniaan dan kerohanian berasaskan prinsip ilmu, iman dan amal (Tajul Ariffin & Nor’Aini (2002). Menurut Tajul Ariffin Nordin (1990), pendidikan sains bukan sekadar melahirkan ahli sains yang mempunyai kemahiran inkuiri serta memahami nilai-nilai sains, tetapi matlamat yang paling utama ialah menghasilkan insan yang dapat memikul amanah Allah di atas muka bumi ini secara bijaksana dan penuh ketakwaan. Ini pasti dapat melahirkan sebuah masyarakat yang berakhlak, kekal utuh dan progresif serta mempunyai ketamadunan yang dibanggakan.

Bagi merealisasikan tujuan tersebut, guru sebagai pemudahcara perlu berusaha mendalami Al-Quran dengan meneroka dan memahami perumpamaan (analogi) yang terdapat di dalam Al-Quran bagi menghubungkannya dengan proses-proses sains dan kejadian alam sekitar. Melalui perumpamaan yang dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran, secara tidak langsung memandu manusia memikirkan kejadian ciptaan Allah, memahami perintah dan laranganNya serta mengenal Allah sebagai Pencipta dengan lebih dekat lagi (Syeikh Abdul Aziz 2008). Tuntutan mendalami Al-Quran ini boleh dilihat dalam surah A-Shod ayat 29 yang bermaksud:

“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), - Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami

dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar”

(11)

Rujukan

Akhmal Annas Hasmori, Hussin Sarju, Ismail Sabri Norihan, Rohana Hamzah & Muhammad Sukri Saud. Pendidikan, Kurikulum Dan Masyarakat : Satu Integrasi. 2011. Journal of Edupress 1(9):350-356.

Aubusson, P. 2006. "Can analogy help in Science education research?." Metaphor and Analogy in Science Education. Springer Netherlands. 165-175.

Branch, R. M. 2009. Instructional Design:The ADDIE Approach. Springer.

Chang, H. Y., Quintana, C., Krajcik J.S. 2010. The Impact Of Designing And

Evaluating Molecular Animations On How Well Middle School Students Understand The Particulate Nature Of Matter. Science Education 94:73–94.

Çıbık, A. S. dan Yalçın, N. 2011. The Effect Of Teaching The Direct Current Concept With Analogy Technique To The Attitudes Of Science Education Students Toward Physics. Procedia Social And Behavioral Sciences 15: 2647–2651.

Dick, W., & Carey,. 1990. The Systematic Design of Instruction. New York. Harper Collins.

Diki, D. 2013. Creativity for Learning Biology in Higher Education. A Journal of

Transdisciplinary Writing & Research from Claremont Graduate University 3(1):1-12.

Duit R. dan Wilbers J. 2006. “Post-festum and Heuristic Analogies”. Metaphor and Analogy

in Science Education. Springer Netherlands. 37-49.

Else, M. J., Clement, J., Rea-ramirez, M. A. 2008. Chapter 12 Using Analogies in Science Teaching and Curriculum Design : Some Guidelines 12 . Model Based Learning and Instruction in Science, 215–231. Springer.

Erokten, S. dan Gokharman, H. K. 2013. The Effect of Analogy Method on the Student Achievement in the Unit “The Structure and Properties of Matter”.

World Applied Science Journal 23(6):744-750.

(12)

Harrison, A. G. and Treagust, D. F. 1993. Teaching With Analogies: A Case Study in Grade-10 Optics. Journal of Research in Science Teaching 30(10):1291-1307.

Gentner, D. 1983. Structur Mapping: A Theoretical Framework for Analogy.

Cognitive Science 7(2):155-170.

Glynn, S. M. dan Takahashi, T. 1998. Learning from Analogy-Enhanced Science Text. Journal of Research in Science Teaching 35(10): 1129-1149.

Insorn, P dan Sanrach, C. 2012. Design and Development of Adaptive Coaching

System to Enhance the Logical Thinking Model in Problem-Based Learning European. Journal of Social Sciences 28(4):444-451.

Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti. t.th. Laporan Kebangsaan Mata Pelajaran Sains dan Matematik Tahun 2011. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lee, T.T. dan Kamisah Osman. 2012. Interactive Multimedia Module in the Learning of Electrochemistry: Effects on Students’ Understanding and Motivation. Procedia - Social and Behavioral Sciences 46:1323-1327.

Manjula K A. 2012. ICT for Innovative Education. International Journal of Computer Science & Engineering Technology (IJCSET) 3(12):586-587. Maria Abdullah & Kamisah Osman. 2010. 21st Century Inventive Thinking Skills

Among Primary Students in Malaysia and Brunei. Procedia Social and Behavioral Sciences 9:1646-1651.

Marlina Ali dan Shaharom Noordin. 2010. Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, 52(5):45–55

McHencry, N. dan Borger, L. 2013. How Can Teacher-Directed Professional

Development Lead to The Identification, Utilization, Reflection on, And Revision of 5e Learning Progressions? Electronic Journal of Science Education 17(1):1-24. Mohd. Ali Ibrahim dan Shaharom Noordin. 2003. Perbandingan Pencapaian Para

Pelajar dalam Pentaksiran Kerja Amali dengan Peperiksaan Bertulis. Buletin

Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor. Dlm. Marlina Ali dan Shaharom Noordin. 2010. Hubungan Antara Kemahiran Berfikir Kritis Dengan Pencapaian Akademik Dalam Kalangan Pelajar Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Jurnal Teknologi, 52(5):45–55

Mohd Nor Mamat. 2008. Dimensi Dunia ICT Islam. Menyelusuri Perspektif Etika dan Sosial.

Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Universiti Teknologi Mara. Shah Alam. Nessel D. D. dan Graham J. M. 2007. Thinking Strategies For Student Achievement:

(13)

Norazah Mohd Nordin. t.th. Reka Bentuk Instruksi. Dlm. Mohamed Amin Embi (pnyt.).

Panduan Amalan Pengajaran & Pembelajaran Berkesan. Pusat Pembangunan Akademik. UKM.

Norazah Mohd Nordin, Norainon Mohd Isa, Effandi Zakaria dan Mohamed Amin

Embi. 2012. Development and Evaluation ofWebquest for the Science Subject. The International Journal of Learning 18(5):221-236.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2035 (Pendidikan Prasekolah Hingga Lepas Menengah). 2013. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Stapleton, M. 2013. Steps to a “Properly Embodied” Cognitive Science. Cognitive Systems Research 22-23:1-11

Syeikh Abdul Aziz Nashir Al-Jalil. 2008. Tidakkah Kalian Berpikir?. Cakrawala Publishing.

Jakarta.

Sheikh Abdullah Basmeih. Mushaf Tajwid Beserta Terjemahan ke Dalam Bahasa Malaysia. 2006. Darul Fikir. Kuala Lumpur.

Tajul Ariffin Noordin (1993). Perspektif Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tajul Ariffin Noordin & Nor’Aini Dan. 2002. Pendidikan dan Pembangunan Manusia : Pendekatan Bersepadu. Selangor: As-Syabab Media.

TIMSS 2011 Assessment. 2013. International Association for the Evaluation of

Educational Achievement (IEA). Publisher: TIMSS & PIRLS International Study Center, Lynch School of Education, Boston College, Chestnut Hill, MA and International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA), IEA Secretariat, Amsterdam, the Netherlands.

Trey, L. & Khan, S. 2008. How Science Students Can Learn About Unobservable

Phenomena Using Computer-Based Analogies. Computers & Education 51:2:519-529.

Türk, Fatma dan Çalik, Muammer. 2008. Using Different Conceptual Change Methods Embedded Within 5E Model: A Sample Teaching of Endothermic – Exothermic Reactions. Asia-Pacific Forum on Science Learning and Teaching 9(1):1-10. Wei Zheng, Becker, T. and Xuedong Ding. 2014. The Effects of "Flipped Classroom"

Concept on the Effectiveness of Teaching. Proceedings of The 2014 ASEE North Midwest Section Conference, October 16‐17, 2014, Iowa City, IA.

Yazid Abdul Manap. 2011. Menerokai Kegemilangan Saintis Islami. Karya Bestari. Selangor.

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Menimbang, bahwa menurut Majelis Hakim tuntutan agar Putusan ini dapat dijalankan terlebih dulu meskipun ada upaya hukum verzet, banding maupun upaya hukum lainnya atau

Po njenem mnenju so najbolj sugestivna vprašanja z oznakami, na primer: »Ali ni res, da se je dotikal tvojih prsi?« Faller, 2007 Strokovnjaki svetujejo, da se je treba

Rata-rata lama perawatan pasien diabetes mellitus dengan hiperglikemia berdasarkan jenis kelamin dan penggunaan insulin aspartam kerja cepat dan insulin reguler kerja pendek

” Penerapan variation stimulus dengan teknik pembelajaran reading quiz untuk meningkatkan kenyamanan belajar siswa pada mata pelajaran Sejarah Kebudayaan Islam Kelas VIII

Oleh karena itu, tulisan ini adalah salah satu upaya untuk mengkaji lebih khusus dan mandiri mengenai perempuan buruk rupa di dalam sastra yang ditulis oleh perempuan

proses mental yang sangat penting dalam pengembangan intelektual. Proses pengumpulan data bukan hanya memerlukan motivasi yang kuat dalam belajar, tetapi juga ketekunan

[r]

Dengan membandingkan data yang dimiliki perusahaan dalam aspek total impor barang, total ekspor barang dan total supplier dengan nilai angka harapan yang diberikan