• Tidak ada hasil yang ditemukan

ULAMAK DAN KONSEP FILEM SATU ANALISIS

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ULAMAK DAN KONSEP FILEM SATU ANALISIS"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

ULAMAK DAN KONSEP FILEM : SATU ANALISIS

Oleh,

Dr Abdullah Yusof ,

Prof. Madya Dr Rahimin Affandi Abd Rahim & Nur Adina Abdul Kadir

Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, APIUM, 50603 Kuala Lumpur

Pengenalan

Secara kasarnya, kajian ini merupakan dapatan awal daripada projek penyelidikan tajaan UM (RG005/09HNE) bertajuk: Pembangunan Filem Islam Di Malaysia. Berbanding dengan tajuk penyelidikan asal yang lebih luas sifatnya, artikel ini hanya akan cuba menganalisa tentang sikap ulamak Islam terhadap filem di Malaysia. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa filem memang memainkan peranan yang cukup besar di dalam pembentukan tamadun Melayu-Islam di Malaysia. Tamadun merupakan suatu fenomena pencapaian manusia yang bersifat cemerlang yang terhasil daripada banyak faktor. Ada yang bersifat asas (substance) dan ada pula yang bersifat sampingan.1 Genre filem ini boleh

dikategorikan sebagai faktor sampingan semata-mata, namun begitu jika diteliti secara mendalam ianya memang mampu dipergunakan untuk tujuan pembentukan dan pemantapan tamadun Melayu-Islam.

Dalam temubual yang dibuat dengan Deddy Mizwar, seorang pengiat filem terkenal di Indonesia- beliau secara terang-terangan menyatakan agak terkilan dengan sikap para ulamak Indonesia yang begitu memusuhi dan menjauhkan diri dengan pengiat media filem ini. Sedangkan tema yang hendak dibawa di dalam filem Kiamat Sudah Dekat, memang bernuasakan prinsip Islam. Apabila filem tersebut berada di pasaran, baru lah para ulamak turut sama menontonnya dan mengakui keberkesanan mesej dakwah Islam yang ditonjolkan. Atas dasar ini, kajian ini akan bakal dipersembahkan dalam beberapa bahagian yang utama; (i) teori yang berkaitan dengan fokus kajian; (ii) bagaimana sikap ulamak terhadap media filem dan akhirnya (iii) filem dan pemantapan idealism Islam di dalam tamadun Melayu-Islam moden.

Sebagai metodologi asas, kajian ini bakal menggunakan kaedah analisa kritikal (terangkum di dalamnya kaedah pensejarahan, perbandingan dan pengamatan semasa).2

Selain itu juga, kaedah Content Analysis turut digunakan daripada proses literature review terhadap karya primari dan sekondari, serta filem tertentu di dalam fokus yang dikaji. Dengan cara ini, penulis dapat mengenalpasti beberapa teori penting3 yang berkaitan dengan media

filem ini. Penemuan teori ini bakal memberikan gambaran yang bersifat holistik tentang fokus kajian, yang kemudiannya bakal dinilai kesahihannya melalui penganalisaan terhadap realiti filem Islam yang ada di Malaysia. Terpenting sekali, kesemua teori pilihan ini akan dikaitkan secara langsung dengan realiti tempatan Malaysia, termasuklah faktor perkembangan semasa yang mempengaruhi tafsiran seseorang individu yang terbabit.4 Bagi mengelakkan berlakunya

1 Hashim Musa (2001), Merekonstruksi Tamadun Melayu Islam: Ke Arah Pembinaan Sebuah Tamadun Dunia Alaf Baru, Kuala Lumpur, h. 27-40.

(2)

pendekatan oppurturnist (hanya tahu menimbulkan masalah), kajian ini sebaliknya bakal mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikian yang sepatutnya.(solutionist) 5

Teori Yang Berkaitan Dengan Fokus Kajian

Demi untuk memantapkan perbincangan, kita boleh mengemukakan beberapa teori penting yang berkaitan dengan isu tamadun dan media filem. Kesemua teori yang dikemukakan ini terhasil daripada proses literature review yang dilakukan terhadap sejumlah pandangan yang dicetuskan oleh sarjana Islam dan barat. Teori-teori pilihan ini akan dinilai kebenaran ataupun sebaliknya dalam perbincangan seterusnya. Antaranya;

Pertama, teori tentang jatuh dan bangun sesuatu tamadun manusia, dilihat dari segi usia sesuatu tamadun dan faktor-faktor yang menyumbang ke arah kecemerlangan dan kemunduran sesuatu tamadun. Mengikut teori ini, masyarakat umpama suatu organism yang bersifat hidup, mempunyai potensi untuk berubah dan berkembang maju seandainya perancangan pembangunan (fizikal dan spiritual) yang rapi dan tersusun dapat dilakukan.6

Hasil penelitian yang dijalankan terhadap serangkaian tamadun umat Islam silam, samada di Timur Tengah dan rantau Alam Melayu, mendapati bagaimana tamadun itu timbul berpunca daripada enam faktur yang utama;

1) Pengamalan budaya ilmu.

2) Pengamalan cara hidup Islam yang betul mengikut world-view Tauhid. 3) Program R&D yang cukup canggih.

4) Kewujudan pengetahuan S&T yang baik.

5) Pembangunan sector ekonomi yang bersepadu dan menekankan peluang pengagihan yang seimbang di antara rakyat.

6) Proses pembandaran yang mampan yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang sosial yang baik kepada rakyat.

Bagi Ibn Khaldun, di dalam proses perancangan pembangunan sesuatu masyarakat, perhatian utama perlu diberikan kepada usaha mengenal pasti pelbagai faktur negatif yang mungkin boleh menyebabkan kelemahan sesuatu masyarakat. Hal ini perlu diberikan perhatian memandangkan sesuatu tamadun/masyarakat secara hukum alami akan melalui tiga tahap yang utama; tahap kelahiran, kemajuan dan kemunduran.7 Antara faktor keruntuhan

sesuatu tamadun adalah sifat malas, mewah, menjauhi budaya ilmu dan penyakit jiwa hamba. Penyakit ini biasanya dimiliki oleh bangsa yang pernah dijajah, kebiasaannya akan menganggap kuasa penjajah sebagai suatu bangsa yang maju dan agung.

Kupasan tentang penyakit jiwa hamba ini diperkukuhkan lagi oleh Syed Husin al-Attas. Menurut beliau, penyakit ini (diistilahkan sebagai mentality watak tertawan) merujuk kepada sikap yang terlalu pro nilai-nilai barat dikalangan sesetengah kalangan masyarakat di Malaysia. Antara sikap utama golongan ini;8

1) sikap yang suka meniru secara tidak rasional terhadap semua nilai daripada barat.

2) Tidak mampu menimbulkan idea ataupun pendekatan baru bagi menanggani persoalan hidup, sebaliknya lebih suka meneruskan warisan tinggalan penjajah.

4 Hassan Ahmad, (2006) Memperkasa Bangsa Melalui Kekuatan Dalaman: Ke arah Kelahiran Melayu Glokal, Kuala Lumpur: Alaf 21 Sdn Bhd, h. 82-84.

5 Sila lihat contoh pendekatan oppurtunist dan solutionist ini dalam Rahimin Affandi Abd. Rahim (1999), “Krisis Remaja Dan Media Massa Di Malaysia: Suatu Tinjauan Dari Perspektif Islam”, Dalam Jurnal Usuluddin, bil. 10, h. 125-134.

6 Rahimin Affandi Abd. Rahim (2008), Perubahan Sosial Dan Impaknya Terhadap Pembentukan Modal Insan Menurut Ibn Khaldun, dalam Jurnal Hadhari, Institut Islam Hadhari UKM, v. 1,

(3)

3) Mendapat pendidikan langsung daripada institusi pendidikan barat dan sering taasub dengan teori dan bahan bacaan daripada barat.

4) tidak mengamalkan sikap kritikal dan tidak membantah apa-apa yang disajikan kepada mereka daripada sumber barat.

5) Tidak menyedari kelemahan sikap tertawan mereka.

Sebagai lanjutan kepada sikap tertawan ini yang rata-ratanya dihidapi oleh pelbagai kalangan masyarakat, timbul beberapa persoalan sistem nilai yang masih gagal ditonjolkan secara tuntas di dalam masyarakat, yang terdiri dari;9

1) Masalah kurangnya sifat bersungguh-sungguh (sense of urgency) dalam melakukan sesuatu perkara.

2) Kurangnya ditonjolkan kepentingan sifat malu (sense of shame) di dalam masyarakat. Apa yang sepatutnya dirasakan malu tidak ditonjolkan, sebaliknya ianya cuba ditengelamkan. 3) Kurangnya masalah kebertanggungjawaban (sense of accountability).

4) Meluasnya gejala keruntuhan moral dan rasuah di dalam masyarakat.

Kedua, teori kepentingan menguasai ilmu pengetahuan yang lebih holistic bagi menghadapi dunia global yang serba mencabar. Keperluaan dan penerusan hidup manusia bergantung sepenuhnya kepada tiga media atau keperluan10;

1) Pekerjaan untuk kelangsungan hidup – memerlukan antara lainnya kepada penciptaan pelbagai ilmu sains sosial dan sains tulen, khususnya pengetahuan S&T yang bakal menghasilkan alat teknikal bagi memudahkan kelangsungan hidup manusia.

2) Kominikasi untuk tujuan perhubungan sesama manusia – memerlukan kepada penciptaan dan penyusunan ilmu bahasa, perfileman, kaedah hermuenitik (pentafsiran sesuatu karya) dan kaedah kritikan

3) Agama ataupun Sistem etika– bagi mengatur agar perjalanan media pekerjaan dan kominikasi dapat berjalan dengan baik, seimbang dan memberikan manfaat kepada semua umat manusia. Sebagai contohnya, setiap proffesion pekerjaan dalam pelbagai jenis perlu berpegang kepada etika proffesion yang khusus, yang lebih berteraskan kepada kerangka ideology ataupun agama sebagai piawaian dan system nilai di dalam menjalankan aktiviti.11

Pendek kata, kesemua media ini yang membabitkan kehidupan manusia amat memerlukan ilmu pengetahuan yang saling melengkapi di antara satu sama lain, bagi tujuan memberi panduan asas, menyusun dan mempermudahkan lagi kehidupan manusia.

Ketiga, teori yang menegaskan penguasaan media massa (termasuk genre filem) amat penting memandangkan ianya bakal mempengaruhi public opinion masyarakat. Filem sebagai genre sastera dan media adalah paling berkesan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Genre filem ini dikategorikan sebagai genre sastera berasaskan kepada beberapa cirri yang utama; 1) Ianya dihasilkan oleh akal budi manusia yang diilhamkan daripada pengalaman hidup

seharian.

2) Ianya merupakan luahan rasa ataupun manifestasi keindahan yang dimiliki oleh elemen dalaman seseorang karyawan.12

3) Ianya mengandungi tema dan mesej khusus yang diharapkan akan difahami ataupun diambil iktibar oleh khalayak penonton.13

9 Ibid, h. 8-10.

10 Mohd Amin Abdullah (2006), Islamic Studies Di Perguruan Tinggi: Pendekatan Integrative-Interkonektif,

Yogyakarta: Pustaka Pelajar, h. 389-395.

11 Ahmad Shukri Mohd. Naim (2003), Konsep, Teori, Dimensi Dan Isu Pembangunan, Skudai: Penerbit UTM, h. 240-245.

(4)

4) Ianya mementingkan nilai keindahan ataupun estestika samada dalam segi bentuk dan makna.14

5) Ianya boleh dikatakan sebagai neraca ataupun sumber utama bagi melihat trend dan perkembangan mentaliti sesuatu masyarakat di dalam menanggani sesuatu isu yang timbul di dalam masyarakat.

6) Berbanding dengan genre sastera biasa, genre filem ini ternyata lebih berkesan berasaskan kepada dua faktur yang utama; (i) genre filem ini boleh dinikmati secara langsung melalui pengelihatan (pandang, dengar dan fikir) dan tidak harus dibaca semata-mata. Hal ini timbul dengan berkembangnya teknologi digital yang lebih efisen berbanding dengan bentuk teknologi analog.15 (ii) realiti fenomena globalisasi yang memungkinkan proses

penyebaran maklumat ataupun filem dalam apa-apa tema sekalipun boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja. Dengan datangnya era globalisasi, bentuk perhubungan masyarakat dunia telah berubah dengan wujudnya reruang siber/reruang maya (virtual realiti) yang tidak pernah berlaku sebelumnya dalam sejarah manusia.

Keempat, teori yang menegaskan Islam bersifat wasatiyyah (pertengahan) dan mesra budaya.16 Ianya merujuk kepada paradigma yang menentang keras tindakan yang melampaui

batas agama dan kemanusiaan sejagat. Islam dalam banyak penegasan al-Quran mengakui keabsahan sesuatu tamadun dan kebudayaan masyarakat dengan sikap yang selektif. Islam pada prinsipnya tidak membawa ideologi ras dan etnik seperti agama Yahudi yang menganggap mereka sebagai bangsa pilihan tuhan.17 Sebaliknya Islam adalah untuk manusia

seluruhnya tanpa menghadkan keanggotaannya kepada bangsa Arab semata-mata.18

Bersesuaian dengan sifat yang mengakui variasi ras dan budaya sebagai tanda kekuasaan dan kreativiti Allah,19 antara lainnya Islam mengakui kehebatan dan sumbangan tamadun bukan

Arab ke atas kehidupan manusia sejagat. Tanpa mengira bangsa dan tempat, sesuatu tamadun itu harus diterima secara positif dan selektif dengan memanafaatkan apa yang baik dengan tapisan yang teliti agar ianya bersesuaian dengan prinsip-prinsip Tauhid.20 Kedatangan Islam

telah dilihat sebagai tidak menghapuskan banyak bentuk budaya Arab tempatan, tetapi ia telah menerima dan mengekalkan banyak budaya mubah ini ataupun ianya telah melahirkan (sentesis) budaya baru21 hasil penerapan rapi dengan nilai-nilai Islam.22

Sikap selektif yang disertakan dengan tapisan yang rapi telah dianggap sebagai punca utama yang menjadikan masyarakat yang menerima Islam telah dikesan mempunyai pencapaian keilmuan dan tamadun yang cukup tinggi. Pencapaian yang cemerlang ini juga dapat dikesan dalam masyarakat Melayu yang ditegaskan sebagai : “ within the space of

13 Shafie Abu Bakar (1995), “Takmilah: Teori Sastera Islam”, dalam Nadwah Ketakwaan Melalui Kreativiti, Kuala Lumpur: DBP, h. 51-54.

14 Lihat sebagai contohnya kupasan yang diberikan oleh Nor Azlin Hamidon (2000), “Sikap Islam terhadap isu seni figuratif”, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 12, h. 149-170.

15 Mohd. Jamil Sulaiman (1999), “Peluang Ummah Dalam Pembangunan Multimedia”, dalam Multimedia Dan Islam, Kuala Lumpur, h. 145-156.

16 Rahimin Affandi Abd Rahim (2003),“Al-Quran dan peranan Ulamak Melayu dalam Pemodenan Rantau Alam Melayu”, dalam Mohd Radzi Othman (ed. oleh) Warisan al-Quran dan peradaban manusia siri 1, Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, h. 1-31.

17 Ghazali Darusalam (1998), Dakwah Islam Dan Ideologi Barat, Kuala Lumpur, 1998, h. 30-39. 18Quran 49:13.

19 Quran 25:2; 36:36; 44:38-39; 50:38; 2:29 dan 28:80.

20 S. Waqar Ahmad Husaini (1980), Islamic Environmental system Engineering, London, h. 4-5.

21 Dalam soal ini, Mona M. Abul Fadl menyatakan: Historically the Islamic paradigm of knowledge has proven congenial to the different modes of knowing. The legacy of the Birunis, Ibn Haythams, al-Ghazali, Ibn Rushd, Razi is a monument to this capacity to integrate and accommodate the diverse modes or traditions within what is more of a synthetic rather than a syncretist whole. Lihat Mona M. Abul Fadl (1995), Toward Global Cultural Renewal : Modernity And The Episteme Of Transcendece, Herndon, h. 13-14.

(5)

decades, the Arabs had outgrown the phase of tribal parochialism to become the uncontested masters of an empire and the heralds of an open and expanding world community. This examples was not confined only to the history of the Arabs, for it was repeated in the case of Berbers, Turks, Mongols, Persians, Indians, Malays and the kongdoms in West and East Africa.23

Dengan pemahaman yang bersifat mesra budaya ini mubaligh awal telah mengakui dan terlibat secara langsung di dalam memperkukuhkan budaya tempatan dengan nilai-nilai Islam dengan cukup berkesan.24 Para mubaligh yang awal dengan kesedaran tentang pendekatan

pertama dan kedua ini telah menerapkan nilai-nilai Islam ke dalam pembentukan asas masyarakat Melayu.25 Kesan pengaruh Islam kepada budaya Melayu dapat dikesan dari

beberapa aspek, psikologi26 dan amalan harian (adat) Melayu.

Manakala di peringkat amalan harian pula, Islam telah dipandang oleh orang Melayu sebagai al-din (way of life) yang bukan terhad bagi tujuan ibadat semata-mata27, bahkan

sebagai suatu cara hidup yang lengkap yang wajib dipatuhi.28 Berikutnya sebahagian besar

daripada amalan budaya Islam timur tengah seperti sambutan Maulid Nabi, Maal Hijrah, sambutan bulan Ramadan, hari raya, Haji, Umrah dan banyak lagi telah diterima dan dianggap sebagai sebahagian dari perayaan keagamaan utama orang Melayu yang biasanya disambut dengan menekankan falsafah yang terkandung di sebaliknya.29 Pendekatan dan

penghayatan budaya Islam ini telah diakui sendiri oleh mubaligh Kristian sebagai akibat langsung daripada usaha pengembangan ilmu-ilmu agama yang dijalankan oleh ulamak Melayu terhadap masyarakat Melayu.30

Bukan setakat itu sahaja, penerapan ini telah turut memperkukuhkan lagi budaya Melayu dalam bentuk artifak dan keseniaan.31 Bertitik tolak kepada kesedaran bahawa sifat cintakan

seni adalah fitrah anugerah Allah kepada manusia,32 mubaligh awal ini telah menyediakan

medium, saluran dan wadah untuk keseniaan masyarakat itu terus berkembang dengan diterapkan secara halus dengan nilai-nilai Islam.

Bagaimana Sikap Penganut Islam Terhadap Media Filem

23 Mona M. Abul Fadl (1995), op.cit, h. 8-9.

24 Mana Sikana (1996), Falsafah Dan Seni Kreatif Melayu, Kuala Lumpur, h. 31-32.

25 C.A.O Van Nieuwenhuijze (1969), “Legacy of Islam in Indonesia”, dalam The Muslim World, v. L1X, h. 210. 26 Maklumat lanjut tentang Psikologi Melayu boleh didapati dalam Abdul Halim Othman (1993), Psikologi Melayu, Kuala Lumpur.

27 Muhammad Kamal Hassan (1996), “Islamic Intellectual Patterns In The Malay-Indonesian Archipelago: A Historical Survey”, Dalam Toward Actualizing Islamic Ethical And Educational Principles In Malaysian Society, Petaling Jaya, h. 1-20.

28 Mohd. Taib Osman (1980), “Islamisation of the Malays: A transformation of culture”, dalam Tamadun Islam Di Malaysia, Kuala Lumpur, h. 1-4.

29 Mohd. Taib Osman (1989), Malay Folk Beliefs: An Integration Of Disparate Elements, Kuala Lumpur, h. 48-50.

30 Md. Sidin Ahmad Ishak, The Malays, h. 33-34.

31 Maklumat lanjut tentang pengaruh Islam dalam seni persembahan Melayu boleh didapati dalam Ahmad Kamal Abdullah (1988), Unsur-Unsur Islam Dalam Puisi Melayu Moden, Kuala Lumpur, h. 47-48; Shafie Abu Bakar (1987), “Ruba’i: Pengaruhnya di dalam kesusasteraan Melayu”, dalam Cendekia Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur, h. 95; Mohd. Anis Md. Nor (1990), The Zapin Melayu Dance Of Johor: From Village To A National Performance Tradition, tesis PhD untuk University of Michigan, h. 30-38.

(6)

Mengikut pengamatan semasa, terdapat tiga bentuk paradigma yang diamalkan oleh ulamak Islam di Malaysia terhadap isu pemodenan secara amnya dan konsep filem khususnya. Hal ini timbul disebabkan perbezaan world-view pegangan yang diterimapakai oleh kelompok tersebut. Pertama, kelompok sekularis/ Liberalis. Golongan ini terlalu mengagumi dan bertaqlid secara melampau dengan paradigma barat moden. Bagi mereka, semua perkara daripada barat dianggap sebagai baik, termasuklah dalam amalan beragama. Tanpa segan silu, mereka sanggup menghina metodologi ulamak silam. Kononnya, kemunduran umat Islam dari segi fizikal dan intelektual berpunca daripada kesilapan metodologi Islam yang dibangunkan oleh sarjana Islam silam. Bagi tujuan penambahbaikian kemunduran umat Islam, pendekatan reform barat (menolak semua elemen tradisi) perlu dipakai sepenuhnya.33 Berasaskan paradigma ini, kita boleh menjangka sudah semestinya

golongan sekularis ini akan mengagumi semua bentuk filem barat tanpa sanggup menilainya secara kritikal, iaitu samada ianya bertentangan dengan prinsip Islam dan adat ketimuran.

Kedua, kelompok tradisionalis/fundamentalis melampau (paradigma yang mementingkan dimensi telah lalu dan sekarang).34 Mereka berpegang kepada pendekatan eksklusif (tertutup)

yang tidak mahu menerima pandangan yang berasal daripada luar, lebih-lebih lagi dalam soal keagamaan. Bagi mereka, hanya pandangan kumpulan mereka sahaja yang paling betul dan menafikan hal ini kepada golongan lain, lebih-lebih lagi yang mempunyai kaitan dengan dunia Barat. Secara langsung, mereka mengamalkan backward looking di dalam mengemukakan jawapan terhadap permasalahan umat Islam - segala elemen tradisi yang diputuskan oleh ulamak silam yang wajib dipertahankan dan mempersalahkan kesemua elemen pemodenan. Dalam trend semasa, golongan ini mendokong prinsip kekerasan untuk sampai kepada maksud dan matlamat akhir perjuangan mereka. Dalam soal ini, pendekatan mereka secara terang-terangan bersamaan dengan golongan Khawarij di dalam sejarah umat Islam yang sanggup mengkafir dan menghalalkan darah sesiapa yang menentang perjuangan mereka. Atas dasar ini, Golongan ini memang menentang keras media filem kerana ianya berasal daripada barat – dikatakan penuh dengan elemen kemungkaran.

Sebagai contohnya, pendekatan melampau pegangan mereka bersamaan dengan apa yang diamalkan oleh golongan Taliban di Aghanistan. Dalam hal ini, golongan Taliban telah menetapkan;35

1) Sebarang bentuk pengambaran kamera dan perakam video terhadap manusia dan binatang tidak dibenarkan. Ianya juga tidak dibenarkan walaupun untuk merakam sesuatu majlis perkahwinan.

2) Setiap keluarga diharamkan mendengar music dan menonton filem.

3) Semua arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan Taliban ini tidak boleh dikritik ataupun tidak boleh dipersoalkan, dan sekiranya ada seseorang yang cuba melanggar dekri Syariah ini, mereka akan dihukum di khalayak ramai.

Ketiga, kelompok reformis ((paradigma yang mementingkan dimensi silam, sekarang dan akan datang - prinsip Al-Aslahah wa Muasarah). Golongan ini mengambil sikap pertengahan di dalam segenap perkara, antaranya;

1) Penekanan kepada proses mewujud dan menajamkan daya intelektualism umat Islam di dalam memahami ajaran Islam itu sendiri. Bagi golongan ini, ketinggian tamaddun umat Islam silam bukannya patut dibanggakan secara nastolgia semata-mata, bahkan perlu

33 Rahimin Affandi Abd Rahim (2006) “Islam Dan Dan Isu Penterjemahan Dalam Era Globalisasi”, dalam Hamedi Mohd Adnan (ed. oleh), Penerbitan Malaysia-Indonesia: Mengukuhkan Jaringan Penerbitan Serantau, Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 151-164

(7)

dipetik kesimpulan dan intipati induktif dalam bentuk pengajaran terbaik daripada peristiwa ini untuk dilaksanakan oleh ummat Islam.36 Mengikut sesetengah sarjana Islam

moden, pembangunan tamaddun agung merangkumi Barat dan Islam, adalah berpunca dari amalan budaya ilmu.37 Hal ini dirujuk kepada penggunaan set idea dan kreativiti

masyarakat untuk mengkaji sesuatu ilmu dan menterjemahkannya di dalam bentuk program bertindak demi membangunkan pembangunan yang bersifat bersepadu kepada umat manusia.38

2) Demi untuk menghadapi persaingan dengan kuasa Barat, umat Islam tidak seharusnya menggunakan pendekatan kekerasan,39 sebaliknya perlu lebih proaktif mempelajari sebab

utama ketinggian tamaddun Barat, iaitu ketinggian budaya ilmu mereka,40 yang perlu

diterapkan ke dalam masyarakat melalui institusi pendidikan.41 Dalam soal ini, secara

jelasnya mereka menganjurkan bentuk perjuangan yang bersifat evolusi dan bukannya secara revolusi.42

Berasaskan kepada paradigma ini, golongan ini mengamalkan pendekatan selektif, kritikal dan positif terhadap perkembangan teknologi maklumat moden. Hal ini termasuklah dalam soal menangani isu media filem moden. Tanpa menafikan sumbangan positif yang diberi oleh perkembangan ICT ini, mereka mengamalkan sikap yang berhati-hati dalam soal ini,43

memandangkan perkembangan teknologi maklumat telah menyebarkan fahaman sekularisme bentuk baru dengan meluas di dalam masyarakat.44 Fahaman ini seperti mana halnya dengan

fahaman sekularisme klasik merupakan fahaman yang anti agama dan berasaskan budaya hawa nafsu (sensate culture).45

Bagi menangani pengiat filem (pelakon, penerbit, pengarah dan semua krew), kita mempunyai tiga pilihan yang utama; pertama, mengaplikasikan paradigma tradisionalis/fundamentalis melampau - bersikap anti dan menjauhi golongan yang terlibat dalam industri perfileman, kerana kononnya golongan ini terlibat dalam aktiviti yang menjurus kepada kemaksiatan. Kedua, mendokong sepenuhnya pengiat filem dengan modal material dan idea untuk terus menyebarkan world-view fahaman sekularisme barat yang menyesatkan. Ketiga, mengaplikasikan paradigma reformis – berusaha mendekati golongan pengiat filem secara berhemah, yang kemudiannya secara beransur-ansur diterapkan dengan nilai-nilai Islam.

Mengikut hemat penulis, paradigma reformis yang berteraskan prinsip pertengahan patut diaplikasikan. Hal ini lebih bersesuaian dengan teori ketiga dan keempat ; sifat ajaran Islam sendiri yang bersifat mesra budaya dan sirah para mubaligh Islam yang awal di Alam Melayu.

36 Mohamad Kamil Abdul Majid (2001), “Pertembungan Tamaddun Islam dengan Kolonialisme Barat”, dalam

Tamaddun Islam Dan Tamaddun Asia, Kuala Lumpur: DBP, h. 150-151.

37 Lihat sebagai contohnya kupasan yang diberikan oleh Wan Mohd Nor Wan Daud (1990), “Budaya ilmu sebagai asas pembangunan tamaddun”, dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil. 1, h. 51-67.

38 Louay M. Safi (1998), Truth And Reform: Exploring The Patterns And Dynamics Of Historical Change, Kuala Lumpur: Open press publication, h. 114-115.

39 Ibid, h. 112.

40 Sebab utama ketinggian tamaddun kebendaan Barat seperti dinilai oleh reformis moden boleh dilihat dalam Majid Irsan Kailani (1996), Mendidik Peribadi Muslim, Kuala Lumpur: Berita Publishing, h. 64-66.

41 Dr. Majid Irsan Kailani (2000), Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Jerusalem Ke Pangkuan Islam, Abdullah Abbas (terj.), Kuala Lumpur: Thinker libraries, h. 369-371.

42 Syed Ahmad Hussein (2002), “Muslim politics and discourse on democracy”, dalam Democracy In Malaysia; Discourse And Practices, Richmond, Surrey: Curzon press, h. 75-80.

43 Zainuddin bin Jaafar (1998), “al-Quran dan Globalisasi”, dalam Monograf Minda KISDAR, Shah Alam: KISDAR, h. 1-8.

44 Zakaria Stapa (1997), “Negara Malaysia Yang Maju Dan Berakhlak Mulia: Realiti Dan Kemungkinan”, dalam Jurnal IKIM, V. 5, NO. 1, h. 123-145.

(8)

Para mubaligh yang awal ini telah mengamalkan sikap yang selektif, proaktif dan responsif di dalam aktiviti seni dan budaya Melayu – sehingga kemudiannya telah berjaya melahirkan tamadun Melayu-Islam yang cukup tinggi. Seandainya kita menerimapakai paradigma tradisionalis dan sekularis, secara langsung kita akan terjebak dengan fenomena watak tertawan (teori pertama) dan menafikan sumbangan bermakna yang boleh dimainkan oleh media filem dalam kehidupan manusia moden.(teori kedua)

Filem Dan Pemantapan Idealism Islam Di Dalam Tamadun Melayu-Islam Moden

Bersesuaian dengan kesemua teori yang dikemukakan sebelumnya, kita boleh menegaskan bahawa media filem dapat membekalkan sistem nilai ataupun idealism Islam sejati bagi program memantapkan lagi pembangunan tamadun Melayu-Islam moden. Hal ini boleh dirujuk kepada beberapa perkara;

Pertama, media filem boleh digunakan bagi memenuhi tiga sifat dan keperluan yang dimiliki oleh seseorang manusia. Sarjana menegaskan manusia itu sebagai Homo Sapien

(perlukan kominikasi untuk hidup), Homo Festivus (memiliki fitrah sukakan seni) dan Homo Religious (fitrah percaya kepada kewujudan tuhan).46 Bagi sifat Homo Sapien, manusia

memerlukan sistem kominikasi (verbal dan non verbal) untuk menyampaikan sesuatu kehendak dan maksud.47 Seperti mana halnya kedatangan Islam ke Alam Melayu telah

menjana penciptaan sistem tulisan jawi untuk tujuan penyebaran ilmu Islam, seseorang pengarah boleh mempergunakan media filem untuk menyampaikan mesej Islam kepada penonton secara berkesan. Lebih menarik lagi, mesej Islam ini boleh disampai secara langsung (tersurat melalui dailog) ataupun secara tidak langsung (tersirat). Dalam konteks kaedah berfikir yang sihat, penyampaian mesej secara tersirat ini amat baik sekali memandangkan ianya boleh menjana pemikiran kritikal seseorang penonton, walaupun selepas beliau selesai menonton filem terbabit.

Untuk fitrah Homo Festivo pula, semua manusia boleh dianggap sebagai seniman. Hal ini ditegaskan oleh ahli falsafah Islam, sebagai anugerah Allah yang Maha Pengasih kepada manusia sejak azali lagi bersesuaian dengan salah satu daripada sifat Allah, Jamal. Dalam pemahaman ini, semua manusia (penonton) pasti akan sukakan seni untuk tujuan hiburan, meningkatkan ilmu- pengalaman dan menenangkan jiwa. Begitu juga, seseorang seniman (pengarah filem) itu perlu diberikan peluang untuk meluahkan hasil seni yang ada tertanam di dalam dirinya. Seandainya peluang ini tidak diberikan, hidupnya akan menjadi tertekan.48 Kita

boleh melihat precedent ini yang diamalkan oleh Mubaligh Islam Alam Melayu. Mereka telah mempergunakan sepenuhnya fitrah seni (Homo Festivo) ini dengan terlibat mencipta dan melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti kesenian Islam. Hal ini telah dilakukan oleh Sunan Kalijaga salah seorang daripada Wali Songo yang menyebarkan ajaran Islam di Indonesia secara berkesan menggunakan medium wayang kulit yang diterapkan dengan nilai dan falsafah Islam.49 Hal ini dilakukan kerana mengikut pengamatan Sunan kalijaga, masyarakat

46 Muhammad Kamal Hasan (2001) dalam Intellectual Discourse At The End Of The Second Millennium: Concerns Of A Muslim-Malay CEO, Kuala Lumpur: UIAM, h. 1.

47 Kupasan yang cukup menarik dalam soal ini boleh didapati dalam Hassan Ahmad (2003), Metafora Melayu: Bagaimana Pemikir Melayu Mencipta Makna Dan Membentuk Epistemologinya, Sungai Ramal Dalam: Akademi Kajian Ketamadunan, h. 32-42

48 Roskang Jailani (2003), “Hubungan pendidikan seni dengan konsep Tauhid”, dalam Mohd. Radzi Othman (ed. oleh), Warisan Al-Quran : Aspek Sosiobudaya, Pulau Pinang: Penerbit USM, h. 228-244

(9)

di Alam Melayu memang bersifat homo festival yang meminati semua bentuk seni, khususnya seni persembahan bagi tujuan hiburan dan pengajaran.50

Merujuk kepada keperluan Homo Religio, genre filem secara berkesan boleh digunakan. Pengarah boleh menyusun plot cerita yang menunjukkan bagaimana seseorang manusia itu memerlukan pertolongan kuasa tuhan apabila dilanda sesuatu masalah. Elemen ketenangan jiwa akan diperolihi seandainya hal ini mampu dicapai oleh setiap manusia. Atas dasar inilah tema keagamaan dalam genre filem akan sentiasa relevan untuk setiap zaman dan masyarakat penonton. Hal ini termasuklah kepada masyarakat penonton barat yang terkenal dengan sifat anti tuhan (sekularisme). Sebagai contohnya, di dalam filem Titanic, Gladiator, Ghost dan Dragon Fly, secara tidak langsung pengarah telah menonjolkan mesej homo religio ini. Hal ini boleh dilihat apabila watak utama (watak Maxcimus, Sam dan Jack Dawson) di dalam kedua-dua filem ini yang semasa hidupnya telah ditindas, digambarkan memperolihi bantuan tuhan dan ketenangan selepas kedua-duanya mati- kerana mereka berada di alam Ghaib (syurga). Secara jelas, pengarah cuba menyampaikan mesej bahawa hidup di dunia ini penuh dengan ketidakadilan, jadi sesuai dengan fitrah homo religio, keadilan sejati hanya akan diperolihi selepas kita mati nanti dengan bertemu dengan tuhan yang bakal membalas segala kebaikan semasa hidup di duinia.

Kedua, genre filem boleh dijadikan sebagai medium utama untuk pemupukan idealisme Islam yang cukup berkesan. Melalui bakat yang dimiliki oleh seseorang pengarah, mesej idealism Islam ini boleh diterapkan dalam bentuk penceritaan yang menarik minat penonton. Boleh dikatakan kesemua plot filem akan menjadi lebih menarik seandainya idealism Islam yang memang bersifat evergreen ini dapat diterapkan. Antara idealism Islam yang dimaksudkan;

1) Islam sebagai agama yang menekankan konsep Tauhid. Melalui konsep ini, sebarang perbuatan syirik kepada Allah tidak dibenarkan sama sekali, kerana ianya mengakibatkan kezaliman yang amat besar, yang tidak akan diampunkan oleh Allah. Matlamat utama daripada ajaran anti-syirik ini adalah bagi menjuruskan pengabdian insan hanya kepada Allah, yang bakal melahirkan manusia yang berjiwa bebas, merdeka dan tidak tunduk kepada manusia dan lainnya yang mengantikan posisi tuhan. Melalui prinsip ini, terdapat perbezaan yang jelas di antara tuhan dengan makhluk. Tuhan adalah tuhan dan ianya berbeza daripada makhluk di mana makhluk dalam apa bentuk sekalipun bukannya jelmaan daripada tuhan yang harus ditakuti. Alam dan makhluk adalah ciptaan Allah yang maha berkuasa secara mutlak, di mana kedua-duanya hanya tunduk dan mentaati Allah semata-mata. Hasilnya, ia bakal membuahkan paradigma yang menolak ketaatan yang mutlak tanpa kritis kepada mana-mana kuasa ataupun manusia. Neraca tertinggi untuk sesuatu kebenaran bukan terletak kepada individu, parti dan puak (pendekatan non-partisan), tetapi perlu dinilai mengikut garis panduan wahyu Allah. Hal ini bakal menghilangkan benih awal untuk sesuatu pendekatan fanatik di dalam betindak.

2) Islam sebagai agama yang menekankan pendekatan Societal ( mementingkan kehidupan bermasyarakat) .Semua nilai terkutuk dan sifat terpuji yang dikehendaki oleh mana-mana system masyarakat sekalipun, seperti buruknya sifat mementingkan diri dan baiknya sifat kebersamaan, tolak ansur dan sebagainya; turut menjadi agenda utama ajaran Islam. 3) Islam sebagai agama yang mementingkan budaya ilmu yang bersepadu. Antaranya

menuntut seseorang itu bertindak mengikut perkiraan ilmu yang benar dan bukannya mengikut dorongan ilmu yang salah serta hawa nafsu; perlu menjauhi sifat bebalism yang timbul akibat dari penyakit kekeliruan ilmu ini, yang digambarkan oleh Wan Mohd Nor Wan Daud dengan, jahil dan bebal tidak merujuk semata-mata kepada ketiadaan

(10)

maklumat dari fakta yang betul, tetapi lebih penting lagi merujuk kepada sifat rohaniah yang rendah dan degil walaupun mempunyai maklumat yang betul dan cukup.51

4) Islam sebagai agama yang menekankan pendekatan Rationalistik. Antaranya, Islam menentang keras amalan budaya Taqlid iaitu amalan yang menerima pendapat orang lain tanpa usul periksa secara teliti. Amalan ini perlu ditolak sama sekali membabitkan aspek akidah dan syariah. Bukan setakat itu sahaja sikap bertaqlid kepada semua perkara yang didatangkan daripada barat perlu ditolak sepenuhnya, kerana kesan daripada amalan ini akan merosakkan daya keupayaan akal manusia yang pada dasarnya bersifat mulia.

5) Islam sebagai agama yang menekankan pendekatan World Affirmative (alam sebagai tempat yang berguna). Kehidupan dunia ini perlu dilangsungkan dalam bentuk yang seimbang di antara kehidupan akhirat. Apa yang lebih penting lagi, kehidupan dunia ini perlu dijadikan medan utama untuk mendapatkan sebanyak mungkin bekal untuk kegunaan hari akhirat. Dalam soal ini, secara halus kita dapat menyingkap bahawa di antara kedua-dua alam ini, perkiraan alam akhirat perlu diutamakan memandangkan ianya lebih bersifat kekal abadi.

Ketiga, genre filem dapat digunakan untuk memperbetulkan nisbah negatif yang dipaparkan oleh pihak barat melalui medium filem dan media massa. Maknanya, kita boleh menggunakan senjata musuh bagi membalas serangan mereka ke atas kita sendiri. sebagai kaedah utama untuk menghapuskan tohmahan buruk yang diberikan oleh media barat terhadap ajaran Islam dan penganutnya. Dewasa ini, kelihatannya pandangan negatif yang dibawa oleh sarjana Barat telah lebih mendominasi dan diterimapakai oleh pihak berkuasa Barat, di dalam merangka dasar luar mereka terhadap dunia umat Islam.52 Rata-ratanya

kalangan orientalis Barat ini memberikan kupasan yang agak stereotaip terhadap Islam dan gerakan Islam moden di seluruh dunia;

1) Menonjolkan gerakan Islam moden sebagai golongan penganas yang hauskan darah masyarakat bukan Islam. Hal ini berlaku disebabkan antara lainnya kerana faktor agama Islam itu sendiri yang mengalakkan penganutnya bertindak ganas terhadap golongan bukan Islam.53

2) Menonjolkan gerakan Islam sebagai penentang terhadap segala elemen yang datang dari dunia Barat, seperti idea pemodenan, Hak asasi manusia, sistem demokrasi dan sebagainya.54

3) Menonjolkan gerakan Islam sebagai ancaman utama kepada dominasi order baru dunia moden yang ditaja oleh Amerika Syarikat. Pandangan ini bersesuaian dengan teori clash of civilization yang diutarakan oleh Sameul Hutington, yang menganggap faktor budaya dan agama, khususnya agama Islam yang menjadi musuh utama masyarakat Barat, yang harus diperangi secara habis-habisan.55

Atas dasar ini, mengikut kupasan sarjana Islam moden, terdapat tiga kelompok pengguna ICT (termasuk Filem) dalam masyarakat awam barat semasa selepas era post 11 september;56

51 Wan Mohd Nor Wan Daud (1990), “Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamaddun”, dalam Jurnal Pendidikan Islam, v. 3, bil. 1, h. 51-52.

52 Maklumat lanjut boleh didapati dalam Fawaz A. Gerges (1999), America And Political Islam; Clash Of Cultures Or Clash Of Interest, Cambridge: Cambridge university press, h. 21-28.

(11)

1) Kelompok yang semakin membenci Islam kerana terpengaruh membabi buta dengan paparan negative yang disogokkan oleh media massa barat.57

2) Kelompok yang separuh faham dengan reality kenapa umat Islam sanggup bertindak melakukan keganasan terhadap kepentingan kuasa barat. Ianya disebabkan dasar kuasa barat sendiri yang memang menindas penganut Islam di seluruh dunia. Kelompok ini timbul apabila mereka merujuk sendiri kepada sumber Quran dan Sunnah bagi mengetahui maklumat sebenar tentang ajaran Islam. Memang terbukti mereka hairan kerana sebahagian besar ajaran Islam di dalam kedua sumber asasi Islam ini penuh dengan butiran ajaran yang mementingkan pendekatan mesra dengan penganut agama lain dan penuh dengan sifat Rahmah.58

3) Kelompok yang semakin faham dan simpati dengan penganut Islam , termasuklah sehingga memeluk agama Islam sendiri. Ianya timbul kerana mereka terdedah dengan pelbagai laman web milik penganut Islam di internet yang berusaha menangkis segala tohmahan buruk yang diutarakan oleh media massa barat.59

Daripada perkembangan ini, kita boleh menyaksikan keberkesanan medium ICT baru seperti laman web dan filem di dalam menjalankan usaha memperbetulkan nisbah buruk ini dan usaha dakwah sekaligus.

Keempat, genre filem dapat membantu kita memahami dan meniru pelbagai elemen positif yang memang dimiliki oleh masyarakat barat, sehingga mereka mampu membina dan mempertahankan kelangsungan tamadun mereka hingga pada masa sekarang. Dalam soal ini, pendekatan yang bertapis dan selektif perlu digunakan. Memandangkan sifat pemikiran barat yang rata-ratanya bersifat anti Islam60 telah menyebabkan sesetengah pihak mengambil sikap

negatif dan pasif (tidak mempedulikan) dengan menentang keras dan menafikan unsur-unsur kebaikan yang kedapatan di dalam hasil pemikiran tersebut. Malahan terdapat setengah pihak yang menyatakan bahawa sesiapa yang belajar daripada golongan orientalis akan dianggap sebagai musuh ummah Islam, pengikut syaitan dan penyambung lidah orientalis, yang wajib ditentang keras oleh seluruh umat Islam.61 Bahkan mengikut pendapat Wan Mohd. Nor Wan

Daud, terdapat sejumlah besar dari sarjana Islam sendiri yang telah dijangkiti penyakit westophobia, sikap takut dan benci yang tidak rasional terhadap barat. Pada dasarnya, penyakit ini adalah serpihan daripada penyakit akal, xenophobia yang menyebabkan penghidapnya sentiasa takut kepada unsur-unsur luar.62

Secara mudahnya, kita patut belajar secara selektif dengan segala perkembangan filem moden – khususnya dari segi teknologi baru63 dan mesej yang hendak disampaikan kepada

khalayak penonton. Antara mesej yang boleh dipelajari;

1) Unsur kemanusiaan sejagat yang menentang keras semua bentuk elemen penindasan dan pencabulan hak asasi manusia yang biasanya bakal menimbulkan kemudaratan kepada semua lapisan masyarakat.64

57 Peter Heath (1996), “Some American perceptions of developing Muslim countries”, Aidit Haji Ghazali (ed. oleh), Development, Islamic, Malaysian And American Perspectives, Kuala Lumpur: INMIND, , h. 5-29. 58 Mohd Azizuddin Mohd. Sani (2002), Hak Asasi Manusia Menurut Pandangan Islam Dan Barat, Kuala Lumpur: Penerbitan PTS, h. 52-58.

59 Antara homepage Islam yang cukup terkenal menggunakan pendekatan ini adalah kampung net-Singapore Muslim Community page, Japan Islamic network dan About al-Islam and Muslims. Lihat “Islam dalam Internet”, dalam Majalah PC, Sumber Komputer Generasi Baru, Jilid 5, v. 1, 1996, h. 29.

60 Asaf Husain (1984), “The Ideology of Orientalism”, dalam Orientalism, Islam and Islamist, Vermont, h. 5-22. 61 Abdul Rahman Abdullah (1997), Pemikiran Islam Di Malaysia: Sejarah Dan Aliran, Jakarta, h. 102.

62 Kata pengantar Wan Mohd Nor Wan Daud (1999), dalam Syed Muhammad Dawilah al-Edrus, Epistemologi Islam: Teori Ilmu Dalam Al-Quran, Kuala Lumpur, h. xv.

63 Seperti mana teknologi baru yang diterapkan dalam filem Finding Nemo, Shrek 1 Dan 2, Madagascar, The Cardan sebagainya.

(12)

2) Unsur kepentingan menjaga keseimbangan system ekologi alam sekitar- bakal memudaratkan kehidupan generasi manusia akan datang.65

3) Elemen konspirasi, sifat munafik dan taktik kotor yang diamalkan oleh kuasa politik dan ketenteraan barat terhadap dunia Islam- sering dijadikan sebagai scapegoat untuk setiap kemusnahan yang berlaku dalam dunia moden.66

4) Pendedahan tentang fakta ketinggian tamadun umat Islam silam yang dilihat telah memberi kesan kepada proses pembangunan tamadun barat moden.67

5) Elemen pasca kolonialisme- masyarakat barat sudah menyedari kelemahan fahaman sekularisme yang menolak agama dalam kehidupan dan memilih untuk kembali mendekati agama68 demi untuk memberikan ketenangan dalam hidup.69

6) Protes terhadap unsure negative yang terhasil akibat penggunaan S&T moden yang tidak beretika- seperti isu pengklonan manusia,70 penggunaan senjata Bio-Teknologi71 dan

sebagainya.

7) Kepentingan mentaati ibubapa dan penjagaan keluarga.72

Kelima, jalinan yang erat dalam bentuk saling mempelajari antara satu sama lain perlu diwujudkan di antara pengiat filem dan ulamak Islam. Memanglah diakui sesuatu tamadun itu muncul dan mampu bertahan lama kerana faktor agama. Agama memberi garis panduan tentang apa yang boleh dan tidak dilakukan dilakukan untuk kehidupan seharian.Ajaran agama ini perlu disampaikan melalui pelbagai medium. Secara tradisinya, medium ini berupa ceramah, forum dan kitab agama. Dengan perkembangan S&T moden, medium filem boleh digunakan bagi tujuan pendidikan Islam secara langsung dan tidak langsung.

Dalam konteks ini, ulamak perlu mendekati pengiat filem bukan untuk mendapatkan publisiti murahan, tetapi bertujuan untuk mendidik mereka ataupun memberikan imput berguna agar filem yang bakal dihasilkan itu lebih bernuasakan nilai-nilai Islam.Untuk itu, ulamak perlu menjauhkan pengamalan sifat yang lebih suka menghukum (legal formalistik).73

Atas dasar muhibbah (sanggup memberi dan menerima),74 pengiat filem juga perlu

menerimapakai sebarang formula yang diutarakan oleh kalangan ulamak. Dengan cara ini, pengiat filem akan dapat mengetahui bahawa usaha mereka boleh menjadi suatu ibadah yang bakal memperolihi ganjaran yang besar di sisi Allah.

Bagi kalangan ulamak, terdapat beberapa pendekatan dan kerangka penilaian terhadap konsep seni filem yang berhemah yang perlu dilakukan. Pendekatan terbaik yang mungkin perlu diterapkan dalam konteks ini adalah berbentuk pertengahan (tidak terlalu ekstrim dan terlalu mudah) yang boleh mengelakkan Islam daripada tohmahan kesat yang menyatakan Islam itu anti pemodenan, anti seni dan ketinggalan zaman. Pada dasarnya, dicadangkan tiga pendekatan utama;

65 Filem On Deadly Ground.

66 Filem Spy Game, True Lies, The Long Kiss Good night, Blackhawk down, Syriana

67 Filem Robin Hood The Prince Of Thief, Kingdom Of Heaven

68Kuntowijoyo, (2003) " Epistemologi dan paradigma ilmu-ilmu Humaniora dalam perspektif pemikiran Islam ", dalam Akh. Minhaji(ed. oleh) Menyatukan Kembali Ilmu-Ilmu Agama Dan Umum: Upaya Mempertemukan Epistemologi Islam Dan Umum, Yogyakarta: Sunan kalijaga press, 2003, h 66-67.

69 Filem Gladiator, Ghost, Brave heart

70 Filem The Island dan the Fifth Day

71 Filem The Outbreak

72 Filem ForestGump, The Patriot

73 Maklumat lanjut tentang keburukan pendekatan ini boleh dilihat dalam Rahimin Affandi Abd Rahim (2006), “Ulamak dan paradigma menanggani kebudayaan Melayu”, dalam Othman Yatim (ed. oleh), Wacana Budaya, Kuala Lumpur: APMUM, h. 55-80.

74 Ulasan yang cukup bernas tentang konsep muhibbah ini boleh dilihat dalam Hassan Ahmad (2006)

(13)

1) Pendekatan ala filosofis-sejarah; di mana seseorang fuqaha patut mengambilkira persoalan asal usul pensejarahan sesuatu aspek adat dan seni Melayu itu diciptakan. Di samping itu juga, fuqaha perlu mengetahui persoalan filosofis yang terkandung di dalam adat dan seni Melayu itu yang rata-ratanya dikesan telah diasaskan oleh para mubaligh Islam yang awal. Maksudnya, banyak daripada hasil adat dan seni Melayu ini yang sesuai untuk diamalkan bagi kelangsungan umat Islam di zaman moden. Contoh yang paling jelas boleh dilihat daripada timbulnya fenomena Nasyid Kontemporari sebagai medium utama yang bersifat islamik untuk menghiburkan masyarakat.

2) Pendekatan yang bersifat lebih konstruktif terhadap konsep seni, yang perlu disertakan dengan pengkajian yang teliti. Atas dasar ini, setiap hasil seni tidak sepatutnya dimusuhi, tetapi sebaliknya perlu dihargai kerana ianya secara tidak langsung dapat dijadikan ukuran tentang nisbah penghayatan ajaran Islam yang berlangsung di dalam kehidupan masyarakat. Setiap hasil kreativiti seni para seniman Islam merupakan luahan seni yang memang terdapat di dalam diri setiap manusia, berpunca daripada pengalaman perenungan terhadap keindahan ciptaan Allah dan jalinan spiritual berasaskan akal budi dan rasa cinta dengan Allah.75 Ianya perlu dikaji, diteliti dan dipetik elemen pengajaran bagi manafaat

umat Islam.

3) Pendekatan yang tidak terlalu anti melulu kepada adat dan seni Melayu. Islam amat mementingkan elemen ekspresi keindahan yang berteraskan kepada konsep Tauhid. Namun begitu, sebelum ianya boleh dianggap sebagai sesuatu yang bermanafaat dan mempunyai nilai estetika keindahan yang bermutu, tapisan terhadap metode dan isi kdanungannya perlu dilakukan.

4) Pendekatan ala futuristik patut ditekankan, demi untuk mengelakkan bencana yang lebih berat terkena kepada umat Islam.76 Sebagai contohnya, kita boleh mendapati bagaimana

sebarang usaha yang mengharamkan ataupun membatas kegiatan kesenian hanya akan menimbulkan masalah ummah yang lebih kronik lagi, masyarakat akan tidak mempedulikan ajaran agama dan meninggalkan kesenian Melayu yang dianggap ketinggalan zaman dan bertentangan dengan Islam. Sebagai gantinya, mereka akan secara mudahnya mengamalkan amalan kesenian ala barat yang kononnya lebih bersifat sejagat dan lebih bersesuaian dengan kehendak nafsu serakah manusia semata-mata.77

Secara mudahnya, manafaat yang bakal terhasil daripada jalinan antara ulamak dengan pengiat filem dapat diperjelaskan dengan paparan berikut;

1) penerbit dan Pengarah filem perlu memperbetulkan niat mereka dalam penghasilan sesuatu filem, dan bukannya bermatlamatkan untuk mendapat keuntungan semata-mata. Mereka perlu mematuhi semua syarat seni Islam seperti tidak membenarkan sebarang amalan yang diharamkan oleh Syariat.

2) Bakat yang dimiliki oleh seseorang pengarah perlu diterapkan dengan ilmu yang bersifat

Haqq Yakin. Mengikut epistemology Islam, gabungan antara bakat, ilmu dan pengalaman akan melahirkan unsur kebijaksaan (Hikmah) yang cukup tinggi. Hal ini bakal memperkasakan lagi mutu kepengarahan yang dimiliki oleh seseorang pengarah.

3) Pemilihan tema atau mesej yang lebih kreatif bertepatan dengan prinsip Islam. Apa yang jelasnya, ianya pasti memperluaskan variasi tema dan mesej yang lebih baik. Pemilihan tema yang bersifat popular (pendekatan realism tentang apa yang berlaku di dalam masyarakat semasa) memang dibolehkan. Namun begitu, ianya perlu diolah secara kreatif agar dapat memberikan pengajaran dan pendidikan yang sepatutnya. Dalam soal ini, kita

75 A. Khudori Soleh (2004), Wacana Baru Filsafat Islam, Yogyakarta: Pustaka Pelajar, h. 320-327.

76 Yusuf Qardawi (1992), Wawasan Islam Antara Keaslian Dan Kemodenan, Ahmad Nuryadi Asmawi (terj.), Kuala Lumpur, h. 135-143.

(14)

boleh merujuk kepada beberapa mesej yang terkandung di dalam filem Kiamat Sudah Dekat. Walaupun diakui, filem ini tidak menggunakan latar belakang yang menarik seperti filem barat dan Hindustan, tetapi ia berjaya menarik minat penonton kerana mesej yang dibawanya. Sesetengah daripada mesej ini sebelumnya tidak disedari oleh ulamak sendiri; a) Ulamak atau orang yang berpengetahuan agama bukanlah maksum. Mereka juga

seperti manusia biasa yang pasti melakukan kesalahan. Tetapi dek kerana bantuan ilmu, pengalaman dan nafsu lawamah (maqam nafsu kedua yang bersifat suka melakukan muhasabah pada kelemahan diri) kelemahan yang dimilikinya dapat diatasi apabila dinasihatkan oleh orang lain, termasuklah individu yang jahil dan tidak kuat pegangan agamanya.

b) Sasaran dakwah perlu disampaikan pada semua orang, walaupun kepada orang yang jahil dan hidup bergelumang dengan dosa (Rocker)

c) Semangat ingin belajar agama yang tinggi memang biasanya dimiliki oleh individu yang buta agama. Ia tidak malu dan sanggup menempuh pelbagai halangan untuk tujuan mendapatkan ilmu agama, walaupun terpaksa belajar dengan seorang budak kecil.

d) Cinta yang sejati pada seseorang perempuan (makhluk) perlu dilakukan dengan bersyarat iaitu tanpa melanggar prinsip syariat Allah. Jika hal ini dilakukan, kedua pasangan ini akan mendapat dua hasil sekaligus- cintanya berbalas dan dapat mendekatikan dirinya kepada Allah.

e) Puncak tertinggi amalan ibadat dalam dua bentuk hubungan (hubungan dengan Allah dan sesame makhluk) hanya akan diperolihi dengan tercapainya sifat hati yang ikhlas. Tetapi sebelum hal ini boleh dicapai, ianya perlu dipandu dengan ilmu yang benar. Apa yang jelasnya, sifat ikhlas ini bakal mendorong seseorang itu sanggup berkorban dengan melepaskan kehendak hati dan nafsunya sendiri demi ingin mendapat keredaan Allah. Kesemua cirri-ciri ini akan terkena kepada semua individu, termasuklah kepada ulamak itu sendiri.

f) Tema cinta yang berteraskan prinsip Islam ini mampu menjana pemikiran yang sihat di kalangan penonton secara langsung. Ianya membabitkan elemen kognitif ( kebolehan memahami, menganalisis dan membuat penilaian), psikomotor (kebolehan melakukan sesuatu, seperti amalan sembahyang) dan afektif (sikap mulia yang terbentuk daripada usaha pemahaman ilmu agama)

Kesimpulan

(15)

Referensi

Dokumen terkait

Berdasar pada penelitian, karyawan Bank Jateng tidak dalam keadaan stress (tingkat stress kerja rendah dan kinerja baik) karyawan outsourcing Bank jateng ditempatkan pada bagian CSR,

Dari variasi penambahan unsur paduan 1%, 2% dan 3% Nikel pada besi tuang nodular 50 dapat disimpulkan bahwa semakin besar unsur Nikel yang ditambahkan pada besi

Kemudian dilakukan analisis kualitatif dengan KLT untuk mengetahui ada / tidaknya senyawa alkaloid (piperin) di dalam ekstrak etanol 96% buah lada hitam yang

Hasil analisis regresi berganda secara parsial dan simultan variabel manajemen layanan perpustakaan serta ke 3 dimensi X1, X2 dan X3 berpengaruh terhadap loyalitas mahasiswa dan

Wonten ing ukara kapanggihaken pisuhan ingkang awujud frasa inggih menika tembung ‘rai coro’. Tembung ‘rai coro’ menika kalebet frasa nomina amargi inti frasa

yang berkaitan dalam rangka mempersiapkan kelahiran dan kesiapan menjadi orangtua. Membuat atau membeli pakaian bayi, mengatur ruangan. Banyak hal yang diberikan

Analisis gugus fungsi, distribusi, dan ukuran partikel tinta stempel dari ekstrak gambir (Uncaria gambir Roxb) dengan senyawa pengomplek NaOH dan.. Al 2 (SO 4

Dalam pembelajaran Pendidikan Agama Islam, salah satu hal yang perlu diperhatikan oleh guru dalam mengajarkan suatu pokok bahasan adalah pemilihan pendekatan pembelajaran yang