• Tidak ada hasil yang ditemukan

NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 November

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG. TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK a. Pengakhiran cerita 2001 November"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

NOVEL TERMINAL TIGA & SETEGUH KARANG

1. Analisis aspek yang telah keluar dalam peperiksaan.

TAHUN BULAN ASPEK/TAJUK

2001 November a. Pengakhiran cerita b. Persoalan 2002 Jun a. Sinopsisi b. Nilai murni November a. Tema b. Latar masyarakat 2003 Jun

a. Klimaks & kesudahan cerita b. Latar tempat

November

a. Persoalan

b. Perwatakan watak utama

2004 Jun

a. Cabaran watak utama b. Pengajaran

November

a. Nilai kasih sayang

b. Watak utama selesaikan konflik

2005 Jun

a. Perwatakan watak sampingan b. 3 peristiwa yang diteladani November

a. Peristiwa paling menarik b. Perbandingan latar tempat

2006

Jun

a. Peristiwa yang menunjukkan pertentangan watak

b. Perbandingan nilai masyarakat November a. Pengajaran b. Perbandingan persoalan 2007 Jun a. Nilai setiakawan b. Perbandingan tema November a. Persoalan maruah

b. Perbandingan watak utama selesaikan konflik 2008 Jun a. Tajuk novel b. Perbandingan pengajaran November a. Permulaan novel

b. Perbandingan latar masyarakat

2009 Jun

a. 2 peristiwa yang meninggalkan kesan terhadap perasaan b. 1 latar masa bagi setiap novel November

(2)

2. Aspek tumpuan untuk tahun 2009 i. nilai

ii. persoalan v. latar tempat

vi. kepincangan masyarakat

vii. peristiwa yang mendorong anda membaca novel hingga tamat viii. penyelesaian cerita

ix. teknik Plot

3. Panduan menjawab soalan novel

i. Jawapan hendaklah dalam ayat yang lengkap.

ii. Sebaik-baiknya satu isi ditulis dalam satu perenggan.

iii. Bagi soalan 4(a) wajaran markan ialah 4 markah untuk isi dan 3 markah untuk bahasa.

iv. Bagi soalan 4(b) wajaran markah ialah 6 markah untuk isi dan 2 markah untuk bahasa.

(3)

Soalan 4: Novel [ 15 markah ]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut (i) Terminal tiga karya Othman Puteh.

(ii) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah.

a) Huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel yang anda kaji. [7 markah]

b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu latar masyarakat yang terdapat dalam setiap novel itu.

[8 markah] a) Dua nilai tanggungjawab

Terminal Tiga

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga. Antara nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel ini ialah tanggungjawab anak terhadap keluarga. Rimpa merupakan anak yang bertanggungjawab. Contohnya Rimpa sanggup pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya yang diberitakan berada di sana.

Selain itu, tanggungjawab terhadap pelajaran juga terdapat dalam novel Terminal Tiga. Rimpa merupakan seorang yang bertanggungjawab terhadap pelajaran. Contohnya Rimpa sanggup menghadapi pelbagai cabaran semata-mata untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan. Walaupun hidup miskin dan serba kekurangan namun hal itu tidak menjadi penghalang kepada Rimpa untuk meneruskan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan.

Seteguh Karang

Novel yang saya kaji ialah novel Seteguh Karang. Antara nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel ini ialah tanggungjawab terhadap keluarga. Awanis seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya Awanis amat mengambil berat dan menyayangi adik angkatnya iaitu Anita. Dia sanggup membantu Anita mencari keluarga kandungnya.

Selain itu terdapat juga nilai tanggungjawab terhadap pelajaran dalam novel ini. Awanis seorang yang bertanggungjawab terhadap pelajarannya. Contohnya Awanis sanggup mengambil semula peperiksaan SPM walaupun gagal kali pertama dan seterusnya berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM.

(4)

b) Perbandingan satu latar masyarakat.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang. Persamaan latar masyarakat dalam kedua-dua novel ini ialah masyarakat yang mementingkan pelajaran. Rimpa dan Awanis amat mementingkan pelajarannya. Dalam Novel Terminal Tiga, Rimpa meneruskan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan walaupun berdepan dengan kemiskinan. Dalam novel Seteguh Karang pula, Awanis mengambil semula SPM setelah gagal kali pertama dan berjaya meneruskan pelajarannya di UiTM.

Perbezaan latar masyarakatnya pula ialah dalam novel Terminal Tiga terdapat gambaran masyarakat pedalaman Sabah. Dalam novel ini masyarakat pedalaman Sabah digambarkan masih dibelenggu dengan kemiskinan dan mengamalkan cara hidup tradisi. Contohnya keluarga Rimpa hidup miskin dan mengamalkan cara hidup sara diri dengan bekerja sebagai petani. Dalam novel Seteguh Karang pula latar masyaraktnya ialah masyarakat bandar. Dalam novel ini digambarkan masyarakat bandar yang hidup moden dan berada. Contohnya keluarga Awanis yang tinggal di bandaraya Ipoh merupakan keluarga berada kerana ayahnya memiliki syarikat pembinaan.

a) Huraikan dua latar masa yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

[7 markah]

c) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan satu nilai kerjasama yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

[8 markah] a) Dua latar masa:

Terminal Tiga

Antara latar masa yang terdapat dalam novel Terminal tiga ialah bulan Julai tahun 1994. Antara peristiwanya, Rimpa datang ke Kuala Lumpur buat pertama kalinya untuk melanjutkan pelajarannya di Akademi Seni Kebangsaan pada bulan Julai tahun 1994.

Selain itu, terdapat juga latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa pada waktu malam, penerbangan Rimpa dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur. Rimpa memilih penerbangan waktu malam kerana harga tambang yang murah berbanding waktu siang.

Seteguh Karang

Antara latar masa yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah waktu petang. Peristiwa yang berlaku menggunakan latar waktu petang, ialah peristiwa ketika Anita mengejutkan Awanis yang sedang tidur kerana keletihan sekembalinya dari UiTM Arau Perlis. Awanis bertanya kepada Anita pukul berapa sejurus dia dikejutkan dari tidur oleh Anita. Anita memberitahu Awanis pukul enam petang.

Selain itu terdapat juga penggunaan latar masa waktu malam. Antara peristiwa yang menggunakan latar masa waktu malam adalah peristiwa Awanis bertolak dari Ipoh ke Kuala Terengganu menaiki bas Delima Ekspres.

(5)

b) Perbandingan satu nilai kerjasama.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang.

Satu nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah bekerjasama menjayakan bengkel penulisan. Contohnya bang Maily dan Rimpa bekerjasama menjayakan persembahan pada malam penutupan bengkel penulisan yang diadakan di Kundasang.

Satu nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah bekerjasama mencari keluarga kandung Anita. Contohnya Awanis membantu Anita mencari keluarga kandungnya.

a) Jelaskan dua mesej yang terdapat dalam novel yang anda kaji.

[7 markah] b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan persoalan kasih sayang yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

a) Dua mesej.

Terminal Tiga

Antara mesej yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah kita hendaklah saling kasih mengasihi antara satu sama lain. Contohnya Rimpa mengasihi keluarganya dan sanggup pergi ke Nabawan mencari ayahnya yang telah 10 tahun meninggalkan mereka. Selain itu kita juga seharusnya tabah dalam mengharungi dugaan hidup. Contohnya Rimpa sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup dan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu.

Seteguh Karang

Antara mesej yang terdapat dalam novel Seteguh Karang, kita seharusnya memiliki keberanian dalam perkara yang mendatangkan kebaikan kepada kita. Contohnya Awanis berani menghadapi cabaran yang diberikan oleh Encik Johari menunggang motosikal buruk yang rosak breknya dan menjatuhkan setandan buah kelapa sawit semasa menjalani praktikal di Hulu Paka Terengganu.

Kita juga mestilah mempuyai kegigihan untuk mencapai cita-cita. Contohnya Awanis gigih menuntut ilmu sehingga ke menara gading meskipun pernah gagal pertama kali mengambil SPM

b) Perbandingan persoalan kasih sayang.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang.

Antara persoalan kasih sayang yang terdapat dalam Novel Terminal Tiga ialah kasih sayang seorang anak terhadap ayahnya. Rimpa menyayangi ayahnya meskipun ayahnya telah 10 tahun meninggalkan mereka. Contohnya Rimpa sanggup pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya yang diberitakan berada di sana.

(6)

Dalam novel Seteguh Karang antara persoalan kasih sayang ialah kasih sayang seorang kakak terhadap adik angkatnya. Awanis sangat menyayangi adik angkatnya iaitu Anita yang dibela oleh kedua ibu bapanya sejak kecil lagi. Contohnya Awanis sanggup membantu Anita mencari ibu bapa kandungnya.

a) Novel yang menarik ialah novel yang banyak mengandungi unsur suspens atau kejutan. Berdasarkan novel yang anda kaji, kemukakan dua peristiwa yang mengandungi unsur tersebut.

[7 markah] b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan nilai kebijaksanaan yang dimiliki oleh watak utama.

[8 markah] a) Dua peristiwa yang mengandungi unsur suspens.

Terminal Tiga

Antara unsur suspens yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah peristiwa pesawat tidak dapat mendarat kerana keadaan berjerebu ketika Rimpa pulang ke Kuala Lumpur dari Kota Kinabalu. Rimpa dan penumpang-penumpang lain berasa cemas kerana bimbang akan kemungkinan peristiwa buruk yang bakal terjadi. Pesawat yang dinaiki Rimpa terbabas lalu melanggar pagar.

Selain itu, peristiwa Ruzaini melarikan diri mengikut pendakwah merupakan satu unsur suspens kepada pembaca. Hal ini demikian kerana Ruzaini merupakan seorang yang berpendirian teguh dan dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia menghormati ibu bapanya dan tidak akan bertindak meninggalkan keluarga.

Seteguh Karang.

Antara unsur suspens yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah peristiwa Awanis menerima panggilan telefon daripada Anita. Pada ketika itu, Anita berada dalam kemarahan dan penuh emosi dan menuduh Awanis sebagai penipu. Peristiwa ini menimbulkan unsur suspens kerana pembaca tertanya-tanya mengapakah Anita begitu emosi dan apakah reaksi dan tindakan Awanis.

Selain itu, peristiwa Kak Maysarah mengambil pil tidur berlebihan setelah bertengkar dengan Awanis juga merupakan unsur suspens. Kak Maysarah dimasukkan ke hospital akibat tindakannya dan berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan peristiwa ini menimbulkan unsur suspens kepada pembaca.

b) Nilai kebijaksanaan watak utama.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang

Antara nilai kebijaksanaan watak utama yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah kebijaksanaan Rimpa dalam pelajaran. Contohnya meskipun berasal dari pedalaman namun atas kebijaksanaannya dalam bidang penulisan Rimpa berjaya melanjutkan pelajarannya ke Akademi Seni Kebangsaan.

(7)

Selain itu kebijaksanaan Rimpa berdepan dengan cabaran kemiskinan ketika menuntut di Akademi Seni Kebangsaan. Rimpa bijak berjimat cermat dan menghantar hasil penulisannya ke akhbar-akhbar dan majalah untuk menampung perbelanjaannya.

Antara nilai kebijaksanaan watak utama dalam novel Seteguh Karang ialah kebijaksanaan Awanis dalam menghadapi kegagalan. Walaupun gagal pertama kali dalam peperiksaan SPM namun hal itu tidak mematahkan semangatnya untuk mengambil semula SPM. Awanis berjaya mendapat keputusan yang baik dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke UiTM.

Selain itu terdapat juga kebijaksanaan Awanis berdepan dengan Encik Johari yang memandang rendah keupayaan wanita. Awanis cuba membuktikan segala pandangan Encik Johari itu tidak benar. Oleh itu, Awanis sanggup menghadapi segala cabaran yang diberikan oleh Encik Johari termasuklah menjatuhkan setandan buah kelapa sawit.

a) Sesebuah karya novel banyak mengandungi nilai murni. Dengan memberikan contoh berdasarkan novel yang anda pelajari, nyatakan apakan tujuan nilai- nilai murni diterapkan dalam karya.

[ 7 markah ] b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

[ 8 markah ] a) Tujuan nilai-nilai murni diterapkan dalam karya.

Terminal Tiga

Antara tujuan nilai-nilai murni diterapkan dalam karya adalah untuk dijadikan sebagai teladan atau ikhtibar kepada pembaca berdasarkan sesuatu peristiwa atau kejadian. Dalam novel Terminal Tiga, nilai ketabahan yang ditunjukkan Rimpa yang sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup dan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu perlu dijadikan contoh oleh pembaca.

Selain itu, nilai-nilai murni juga adalah untuk menunjukkan budaya atau cara hidup sesebuah masyarakat. Dalam novel Terminal Tiga nilai prihatin yang ditunjukkan oleh Ruzaini terhadap keluarga Rimpa sepanjang Rimpa berada di Akademi Seni Kebangsaan menggambarkan budaya dan cara hidup masyarakat pedalaman Sabah yang masih kukuh nilai kejiranan mereka.

Di samping itu juga, nilai-nilai murni dalam karya adalah untuk memperlihatkan sifat-sifat terpuji watak-watak terutama watak utamanya. Dalam novel Terminal Tiga, hal ini dapat dilihat melalui kegighan Rimpa menuntut ilmu meskipun berdepan dengan masalah keluarga dan kewangan.

Seteguh Karang

Antara tujuan nilai-nilai murni diterapkan dalam karya adalah untuk dijadikan sebagai teladan atau ikhtibar kepada pembaca berdasarkan sesuatu peristiwa atau kejadian. Dalam novel Seteguh Karang nilai ketabahan yang ditunjukkan Awanis yang sentiasa tabah menghadapi dugaan hidup seperti kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan jalan raya perlu dijadikan contoh oleh pembaca.

(8)

Selain itu, nilai-nilai murni juga adalah untuk menunjukkan budaya atau cara hidup sesebuah masyarakat. Dalam novel Terminal Tiga nilai tolong-menolong yang ditunjukkan oleh Kak Nor terhadap Awanis dengan menumpangkan Awanis di rumahnya sepanjang Awanis menjalani praktikal di Hulu Terengganu menggambarkan budaya dan cara hidup masyarakat kampung yang masih kukuh nilai tolong-menolong mereka.

Di samping itu juga, nilai-nilai murni dalam karya adalah untuk memperlihatkan sifat-sifat terpuji watak-watak terutama watak utamanya. Dalam novel Seteguh Karang, hal ini dapat dilihat melalui kegigihan Awanis menuntut ilmu. Meskipun gagal pertama kali mengambil SPM, namun Awanis terus gigih mengambil semula SPM dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM.

b) Perbandingan nilai kemanusiaan.

Novel yang saya kaji ialah novel Terminal Tiga dan Seteguh Karang.

Antara nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah nilai tanggungjawab. Rimpa seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. Contohnya Rimpa sanggup pulang ke Sabah dan pergi ke Nabawan untuk mencari ayahnya yang dikhabarkan berada di sana.

Selain itu, nilai Ketabahan turut terdapat dalam novel ini. Rimpa merupakan seorang yang tabah. Contohnya Rimpa sentiasa tabah menghadapi segala cabaran seperti kemiskinan hidup dan tidak melemahkan semangatnya untuk terus menimba ilmu.

Dalam novel Seteguh Karang, antara nilai kemanusiaan yang dipaparkan ialah nilai baik hati. Pak Oni iaitu bapa saudara Awanis seorang yang baik hati. Contohnya Pak Oni selalu melawat Awanis dan membantu Awanis adik beradik menyediakan makanan setelah ibu bapa mereka meninggal dunia.

Selain itu, nilai kemanusiaan yang terdapat dalam novel Seteguh Karang ialah kasih sayang. Awanis menyayangi keluarganya. Contohnya Awanis sayangkan Anita walaupun Anita hanya merupakan adik angkatnya.

a) Jelaskan dua kesan yang dialami oleh pembaca selepas selesai membaca novel yang dipelajari.

[ 7 markah ] b) Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan satu kepincangan masyarakat

yang terdapat dalam setiap novel itu.

[ 8 markah ] a) Dua kesan yang dialami oleh pembaca:

Teminal Tiga

Antara kesan yang dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel Terminal Tiga ialah gembira. Hal ini demikian kerana ayah Rimpa telah kembali ke pangkuan keluarga setelah 10 tahun menghilang. Selain itu Rimpa akhirnya berjaya mendapat pinjaman sebanyak RM 3000 daripada Kementerian Kebudayaan Negeri Sabah.

(9)

Selain itu kesan sedih turut dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel Terminal Tiga. Contohnya peristiwa ketika Rimpa meninggalkan keluarganya dan kampung halamannya untuk berhijrah ke Kota Kinabalu dan seterusnya melanjutkan pelajarannya dalam keadaan yang dihimpit masalah kewangan kerana kemiskinan amat menyedihkan pembaca.

Seteguh Karang

Antara kesan yang dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel Seteguh Karang ialah gembira. Hal ini demikian kerana Awanis, Anita dan Kak Maysarah akhirnya berbaik dan bersatu kembali setelah berdepan dengan pelbagai konflik keluarga.

Selain itu kesan sedih turut dialami oleh pembaca setelah selesai membaca novel Terminal Tiga. Contohnya peristiwa ketika Awanis terpaksa mendaftar seorang diri di UiTM perlis Arau tanpa ditemani ahli keluarga setelah kematian ayah dan ibunya dalam kemalangan jalanraya.

b) Perbandingan kepincangan masyarakat.

Antara kepincangan masyarakat yang terdapat dalam novel Terminal Tiga ialah masyarakat yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga. Ayah rimpa merupakan seorang yang tidak bertanggung jawab terhadap keluarganya. Contohnya, ayah Rimpa yang sepatutnya menjadi ketua keluarga sanggup meninggalkan keluarganya selama 10 tahun tanpa diketahui di mana dia berada.

Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang mudah terpengaruh dengan golongan pendakwah sehingga mengenepikan keluarga. Ruzaini seorang yang mudah terpengaruh walaupun dia pernah mengatakan kepada Rimpa bahawa dia tidak akan bertindak meninggalkan keluarganya. Contohya dia sanggup meninggalkan keluarganya kerana lari mengikuti golongan pendakwah.

Dalam novel Seteguh Karang, terdapat persoalan kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang suka mengumpat dan menjaga tepi kain orang. Kak Maznah dan Kak Sofea suka menceritakan keburukan orang lain. Contohnya Kak Sofea dan Kak Maznah selalu mengumpat di pejabat termasuklah hal Awanis yang keluar dengan Wan Asri.

Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang masih mengamalkan kepercayaan karut dalam novel ini. Kepercayaan karut ini masih tebal kepada Encik Lee dan isterinya. Contohnya Encik Lee dan isterinya tergamak tidak mahu mengaku Anita sebagai anak kandungnya kerana percaya bahawa anak perempuan pembawa sial dalam keluarga.

Disediakan oleh: Cikgu Musri Kadir SMK Balung Tawau

Referensi

Dokumen terkait

Apabila Saham Baru yang ditawarkan dalam PUT IV ini tidak seluruhnya diambil atau dibeli oleh pemegang saham atau pemegang bukti HMETD, maka sisanya akan dialokasikan kepada pemegang

Aset Tetap adalah Barang Milik Daerah berupa aset berwujud yang memiliki dan atau dikuasai Pemerintah Daerah yang mempunyai masa manfaat lebih dari satu tahun,

Pemberian punishment bagi pegawai di kantor Kelurahan Marga Mulya Bekasi Timur adalah sesuatu yang tidak diharapkan, hal tersebut sebagai bentuk penghukuman atau

Transpower Marine, Tbk tersebut di atas memberi gambaran bahwa pelayanan pengiriman muatan batubara belum berjalan dengan baik akan berpengaruh pada distribusi

Sedangkan karakteristik kimia yaitu kemasaman tanah, Kapasitas Tukar Kation (KTK) dan rasio C/N yang relatif tinggi dan jumlah basa-basa tukar (Na + , K + , Ca 2+ , Mg 2+ )

Walau Kami akan berusaha sebaik mungkin untuk melindungi Data Informasi Anda, Anda mengakui bahwa Kami tidak dapat menjamin keutuhan dan keakuratan Data Informasi apa

Judul tesis : HUBUNGAN KARAKTERISTIK PENELITI PETERNAKAN BADAN PENELITIAN DAN PENGEMBANGAN PERTANl AN DENGAN FREKUENSI DAN INTENSITAS MEMBACA. "JURNAL PENELITIAN

Berdasarkan penjelasan pada latar belakang yang telah di uraikan di atas maka tujuan dan manfaat dari dilakukannya pengembangan produk ini adalah: (1) mendapatkan produk