• Tidak ada hasil yang ditemukan

MAJLIS BAHASA MELAYU SINGAPURA (Malay Language Council, Singapore) Tel: Fax:

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MAJLIS BAHASA MELAYU SINGAPURA (Malay Language Council, Singapore) Tel: Fax:"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

SIDANG AKBAR UNTUK BULAN BAHASA 2010 RISALAH UNTUK MEDIA

11 JUN 2010 , 3.00PTG

LEMBAGA PERPUSTAKAAN NEGARA, VICTORIA STREET

Tempoh

26 Jun – 25 Julai 2010 Slogan

Bahasa Kita. Gunakanlah

Slogan ini mengajak para pengguna bahasa Melayu meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian kita. Usaha sebegini akan mengukuhkan penguasaan dan meningkatkan keyakinan kita berbahasa Melayu

Bahasa Kita

Bahasa Melayu ialah bahasa Kebangsaan dan satu daripada bahasa rasmi negara kita. Setiap generasi menjadi penerus bahasa kita ini dengan melestarikan penggunaan dalam kalangan masyarakat kita. Bahasa kita ini menjadi tali penyambung warisan dan masa depan masyarakat Melayu.

Gunakanlah

Bahasa perlu digunakan. Dengan menggunakan bahasa Melayu setiap kali kita mempunyai peluang, dalam pelbagai konteks formal dan tidak formal, kita berupaya mengukuhkan kefasihan kita berbahasa.

Matlamat Bulan Bahasa 2010 Bulan Bahasa bertujuan untuk:

 menggalakkan masyarakat Melayu meningkatkan kebolehan berbahasa Melayu, menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan berasa bangga setiap kali bertutur dalam bahasa Melayu; dan

 menyatukan dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan bercorak kebahasaan di MAJLIS BAHASA MELAYU SINGAPURA

(Malay Language Council, Singapore) Email: MalayLanguageCouncil@nlb.gov.sg

(2)

Konsep Bulan Bahasa 2010

Bulan Bahasa 2010 dirancang untuk menyemarakkan penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakat kerana kefasihan berbahasa Melayu hanya dapat dipertingkatkan dengan kerapnya mereka menggunakan bahasa tersebut.

Aktiviti-aktiviti Bulan Bahasa yang pelbagai mencerminkan peluang yang ada untuk kita menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan. Banyak kegiatan yang dianjurkan oleh pertubuhan, Institusi pendidikan dan balai-balai rakyat dan kelab-kelab masyarakat yang diharap akan dapat disertai masyarakat pengguna bahasa Melayu di Singapura.

Duta Bahasa Melayu

Bagi menggalakkan masyarakat menggunakan bahasa Melayu dengan lebih kerap lagi, Jawatankuasa Bulan Bahasa telah melantik Duta Bahasa yang diwakili oleh lapan (8) orang personaliti terkenal dan karyawan, serta 180 orang pelajar sekolah rendah, menengah, maktab rendah dan institusi pengajian tinggi.

Antara peranan Duta Bahasa ialah:

• menyemarakkan minat masyarakat dan golongan pelajar terhadap Bahasa Melayu

• menyampaikan mesej-mesej di dalam Bahasa Melayu

Mengetuai senarai Duta Bahasa Bulan Bahasa 2010 ialah personaliti dan karyawan yang berikut:

1. Encik Taufik Batisah (penghibur) 2. Cik Rahayu Mahzam (Peguam) 3. Encik Suhaimi Salleh (Konsultan)

4. Puan Asmah Laili (pesara dan konsultan masakan) 5. Cik Zaza Majid (Pengacara Radio)

6. Encik Dyn Norahim (Pengacara Radio )

7. Encik Hisham Hashim (Wartawan Berita Harian) 8. Encik Riz Sunawan (Pengacara Televisyen)

Duta Bahasa Pelajar

Bagi Duta Bahasa dalam kalangan pelajar, mereka akan menyemarakkan minat serta keterampilan berbahasa dalam kalangan remaja khususnya golongan pelajar. Dengan menjadi Duta Bahasa, para pelajar ini akan berpeluang terlibat dalam kegiatan bahasa di Singapura. dan berkongsi pengalaman sebagai Duta Bahasa. Dengan pengalaman ini Duta Bahasa juga berpeluang mempertingkatkan ketrampilan bahasa seperti keyakinan diri, keterampilan berkomunikasi dan bekerja dalam kumpulan.

(3)

Program untuk Duta Bahasa

Antara program yang dapat dilakukan oleh Duta Bahasa ialah liputan aktiviti bahasa dalam bahasa Melayu dan menaikmuatkan dalam lelaman jaringan sosial dan menjemput rakan dan kenalan meninjau hasil kerja mereka. Hal ini akan memberikan peluang kepada Duta Bahasa, rakan-rakan dan kenalan mereka secara aktif menggunakan bahasa Melayu di luar lingkungan sekolah mereka. Hal ini menjadikan bahasa Melayu relevan dalam kehidupan para pelajar.

Selain itu, Duta bahasa akan diberikan peluang untuk melibatkan diri dalam perbincangan dengan para pemimpin dan tokoh masyarakat serta program-program lain yang akan memperkaya pengetahuan mereka dalam bahasa,sastera dan budaya Melayu.

Lelaman www.mbms.sg

Jawatankuasa Bulan Bahasa 2010 Pengerusi - Encik Hawazi Daipi Naib Pengerusi - Puan Zakiah Halim Setiausaha - Encik Tajudin Jaffar

Penolong Setiausaha - Encik Juffri Supaat Bendahari - Encik Masran Sabran

Anggota

1. Puan Isadhora Mohamed (Mediacorp Radio) 2. Encik Abdul Malek Ahmad (KGMS & TPJC) 3. Cik Haryani Ismail (Berita Harian)

4. Encik Yahya Hamid (MAEC Fuchun) 5. Encik Mohd Azmil (PBMUKS, NUS) 6. Cik Hasyimah Harith (Perbayu, NIE) 7. Encik Muhammad Rafi Abu Bakar (MOE) 8. Encik Muhammad Nabil ( Politeknik Republik) Majlis Pelancaran

Tarikh/Waktu: Sabtu, 26 Jun 2010, 12.00 tengah hari

Tempat: The POD, Perpustakaan Negara ( Victoria Street)

Tetamu Terhormat : Encik Teo Chee Hean, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan

Tetamu : Sekitar 200 orang termasuk Anggota Parlimen, pemimpin masyarakat & pelajar

(4)

Kegiatan Peraduan

1. Blogging – Perbayu, NIE & KGMS 2. Bahas 4PM (Peringkat Akhir) - 4PM

3. Peraduan Bahasa Aksi 3-2-1(Sekolah Rendah) Bicara Karya Sekolah Menengah) dan Wacana Visual (Maktab Rendah) – Kementerian Pendidikan (MOE)

4. Peraduan Menulis Esei – Perpustakaan Negara (Woodlands, Pusat & Tampines) 5. Sayembara Puisi – MAEC Telok Blangah

6. Peraduan Syair – MAEC Geylang Serai

7. Peraduan Bertutur Dwibahasa – MAEC Nee Soon South

8. Peraduan Bercerita & Deklamasi Sajak – MAEC Changi Simei & MAEC Kim Seng 9. Peraduan Petah Bercakap – MAEC Clementi

Seminar/Ceramah/Bengkel

1. Sembang Seni: Pakaian Tari Melayu – Sri Warisan

2. Bengkel Penulisan Cerpen - Perpustakaan Negara (Bedok) 3. Bengkel Pengajaran Bahasa Melayu - KGMS

4. Bengkel Skrip TV – MAEC Dover 5. Bengkel Peribahasa – KGMS

6. Bahasa dalam Lagu bersama Cikgu Yusnor Ef - Perpustakaan Negara (Woodlands) 7. Ceramah Penulisan Novel & Blog dengan Ustaz Hasrizal Abd Jamil – MAEC Joo

Chiat

8. Bengkel Remaja – Masjid Kampong Siglap

9. Bengkel Melagukan Puisi bersama Mohd Khair Yasin – Perpustakaan Negara (Tampines)

10. Bengkel Mengilhamkan Senikata bersama Mohd Khair Yasin – Perpustakaan Negara ( Tampines

11. Bengkel Bangsawan – Perkumpulan Seni

12. Simposium Bahasa & Kesusasteraan – Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang Persembahan/Pementasan

1. Bercerita untuk Kanak-kanak ( Perpustakaan Negara - 12 Sesi) 2. Simfoni Seni – MAEC Jurong RCs (Gabungan 5 MAEC)

3. Pesta Bahasa – MAEC Bukit Batok

4. Pentas Kanak-kanak ‘ Peti Emas’ – MAEC Joo Chiat 5. Bahasaku Pusakaku – MAEC Frontier

6. Drama Teater 2000 & Paduan Sura Harmoni Orkid – Tampines West 7. Pesta Pantun – MAEC Eunos

8. Malam Bahasa & Budaya – MAEC Ayer Rajah 9. Rentak Puisi – MAEC Dover

10. Pesta Berbalas Pantun – MAEC Clementi

(5)

Perbincangan

1. E-Forum: Bahas Bahasa – MAEC Fuchun 2. Forum Bahasa – MAEC Fuchun & KGMS

3. Sepetang Bersama Tetamu Undangan – MAEC Kaki Bukit

4. Forum Penuntut Institusi Pengajian Tinggi – PBMUKS & Perbayu, NIE 5. Sembang Penulis – MAEC Dover

Penganjur Pertubuhan 1. Perkumpulan Seni 2. KGMS 3. 4PM 4. Sri Warisan 5. Perpustakaan Negara 6. PERKAMUS

7. Masjid Kampung Siglap MAEC Balai rakyat/masyarakat 1. MAEC Dover

2. MAEC Bukit Batok East CC 3. MAEC Telok Blangah 4. MAEC Changi Simei CC 5. MAEC Fuchun CC 6. MAEC Bukit Timah 7. MAEC Clementi CC 8. MAEC Eunos CC 9. MAEC Joo Chiat CC 10. MAEC Kaki Bukit CC 11. MAEC Kim Seng 12. MAEC Ayer Rajah 13. MAEC Nee Soon South 14. MAEC Tampines West CC 15. MAEC Telok Blangah CC

16. MAEC Jurong Rcs ( Gabungan 5 MAEC) 17. MAEC Frontier

18. MAEC Geylang Serai Institusi/Sekolah

1. Persatuan Bahasa Melayu Univesiti Kebangsaan Singapura (PBMUKS) 2. Persatuan Bahasa Melayu (Perbayu), NIE/ NTU

(6)

Latar belakang Bulan Bahasa

Bulan Bahasa mula diperkenalkan di Singapura pada tahun 1962 yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Budaya Kebangsaan; sebuah badan yang ditubuhkan oleh pemerintah untuk mengembangkan penggunaan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Selepas penutupan Dewan Bahasa dan Budaya Kebangsaan pada tahun 1969, aktiviti Bulan Bahasa lenyap begitu sahaja.

Selepas beberapa tahun Bulan Bahasa dianjurkan oleh Majlis Pusat, sebelum menyepi kembali, pada tahun 1988, aktiviti Bulan Bahasa dihidupkan semula oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (Ketika itu Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura) dan badan-badan setempat sehingga sekarang. Bulan Bahasa diselangselikan dengan Anugerah Persuratan untuk memberi pengiktirafan kepada para penulis-penulis muda dan berpengalaman.

Disediakan oleh

Jawatankuasa Bulan Bahasa 2010 11 Jun 2010

Referensi

Dokumen terkait

Film ini memiliki unsur satir di dalamnya bahwa, dimana didalam setiap budaya selalu diajarkan untuk bersosialisasi dari satu orang terhadap orang lainnya, namun didalam

Koefesien Regresi menggambarkan persamaan regresi untuk mengetahui angka konstan dan uji hipotesis signifikansi koefesien regresi. Angka konstan dari Unstandardized

Dari pemilihan aktris yang profesional hingga framing yang dilakukan sang sutradara dalam film ini telah menjadikan dan menyebarluaskan paham bahwa Aung San Suu Kyi adalah sosok

Bahwa jelas terlihat proses penanganan medis selanjutnya pasca 16 Februari 2005 di mana pihak Para Tergugat telah lalai menyampaikan rekam medik PA tanggal 16

Realisasi transfer IPTEK berupa sosialisasi, pelatihan, dan pendampingan kepada ibu-ibu dalam kelompok wanita tani diharapkan mitra dapat melakukan praktek

Oleh karena itu untuk menyamakan satuan dari masing – masing jenis kendaraan digunakan suatu satuan yang biasa dipakai dalam perencanaan lalu lintas yang disebut satuan

Kliring merupakan jasa penyelesaian utang piutang antar bank dengan cara saling menyerahkan warkat-warkat yang akan dikliringkan dilembaga kliring (Penagihan warkat seperti cek atau

[r]