• Tidak ada hasil yang ditemukan

PANDUAN KAD FLIP PERLIS BERZIKIR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PANDUAN KAD FLIP PERLIS BERZIKIR"

Copied!
24
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Kempen Perlis Berzikir

PANDUAN KAD FLIP

PERLIS BERZIKIR

Kad flip ini mengandungi ayat-ayat dan kalimah suci dari al-Quran dan hadis Nabi SAW. Ia perlu dipelihara daripada dilangkah, dipijak atau seumpama dengannya.

Hadis-hadis pilihan yang terdapat di dalam kad flip ini adalah hadis sabit daripada Nabi SAW.

Kad flip ini tidak boleh dibawa ke dalam tandas.

Bagi yang hanya mampu membaca rumi, sila semak bacaan anda bersama guru, atau imbas QR Code untuk semak &

(3)

3 “ Maha Suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kepada Tuhan kami, kami pasti akan kembali (di hari Kiamat). ” (Az-Zukhruf: 13-14)

“ Subhaanal lazii sakhkhara lanaa haazaa wa maa kunnaa lahu muqriniina, wa innaa ilaa rabbinaa lamunqalibuuna ”

*imbas QR Code untuk semak & dengar bacaan

(4)

Kempen Perlis Berzikir

4

ZIKIR MASUK RUMAH

“ Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Allah, kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan hanya kepada Allah Tuhan kami, kami bertawakkal ”. (Riwayat Abu Daud - Hasan)

“ Allaahumma innii as’aluka khayral mauliji, wa khayral makhraji, bismillaahi walajnaa, wa bismillaahi kharajnaa, wa ‘alAllahi rabbinaa tawakkalnaa. ”

(5)

5 “ Daripada Jabir bin ‘Abdillah RA berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang masuk ke rumahnya lalu berzikir mengingati Allah ketika memasukinya dan ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata kepada temannya: “Tiada tempat bermalam dan makan malam bagi kamu”. Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika memasuki rumahnya, syaitan berkata: “Kamu mendapat tempat bermalam”. Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan, syaitan berkata, “Kamu mendapat tempat bermalam dan makan malam. ” (Riwayat Muslim)

(6)

Kempen Perlis Berzikir

6

ZIKIR KELUAR RUMAH

“ Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan-Nya ”. (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi-Hasan)

(7)

7 “ Daripada Anas bin Malik RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang berkata ketika keluar dari rumah dengan membaca: (zikir di atas) maka akan dikatakan kepadanya pada ketika itu: “Kamu telah diberi hidayah, kecukupan dan perlindungan.” Lalu syaitan yang bersama dengannya itu segera menjauhkan dari dirinya, lalu syaitan lain akan berkata kepada syaitan yang menjauhkan dari dirinya itu, apa yang kamu boleh buat terhadap seorang yang telah diberi hidayah, kecukupan dan perlindungan?! ” (Riwayat Abu Daud- Hasan).

(8)

Kempen Perlis Berzikir

8

ZIKIR MASUK PASAR

“ Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala kepujian, Dia yang Menghidupkan dan Mematikan, dan Dia Maha Hidup dan tidak akan mati, di tangan-Nya segala kebaikan dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu. ”(Riwayat Al-Tirmizi- Hasan)

“ Laa ilaaha illallaahu wahdahu, laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu, yuhyii wayumiitu, wahuwa hayyun laa yamuutu, biyadihil khairu, wahuwa ‘alaa kulli syai’in qadiirun ”

(9)

9

“ Daripada Umar bin Al-Khatthab RA, Rasulullah

SAW bersabda: “Sesiapa yang memasuki pasar

kemudian membaca: (zikir di atas), maka Allah

akan menuliskan baginya sejuta kebaikan,

menghapuskan daripadanya sejuta kejahatan,

dan meninggikan untuknya sejuta darjat. ”

(10)

Kempen Perlis Berzikir

10

“ Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa-apa yang Dia cipta. ” (Riwayat Muslim)

“ A‘uuzu bikalimaatillaah hittaammaati min sharri maa khalaqa ” ZIKIR APABILA SINGGAH

(11)

11

“ Daripada Khaulah binti Hakim RA, Nabi

SAW bersabda: “Sesiapa yang singgah

di suatu tempat, kemudian membaca:

(zikir di atas), tidak ada sesuatu yang

akan memudaratkannya sehinggalah dia

meninggalkan tempat tersebut. ”

(12)

Kempen Perlis Berzikir

12

ZIKIR DIJAUHKAN DARI KEMUDARATAN (DIBACA PAGI & PETANG)

“ Dengan nama Allah yang dengan Nama-Nya tidak akan memberi mudarat sesuatu pun di bumi dan tidak juga di langit, Dan Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ” (Riwayat Abu Daud & Al-Tirmizi-Sahih)

“ Bismillahillazi laa yadhurru ma‘asmihi syai’un fil ardhi wa laa fissama’i wahuwassami‘ul ‘alimu ”

(13)

13

Daripada Uthman bin ‘Affan RA berkata, Rasulullah

SAW bersabda: “ Tidak ada seorang hamba pun

ketika di setiap pagi harinya dan setiap petangnya

selalu membaca: (zikir di atas) sebanyak tiga

kali, maka tidak ada sesuatu apa pun yang akan

membahayakan dirinya.

(14)

Kempen Perlis Berzikir

14

“ Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita akan kembali, ya Allah berikan aku pahala pada musibahku ini dan berilah aku ganti yang lebih baik darinya. ”(Riwayat Muslim)

“ Innaalillaahi wa innaa ilaihi raaji'uuna, Allaahumma’jurnii fii musiibatii wa akhlif lii khairan minhaa ”

Daripada Ummu Salamah RA berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada seorang muslim pun yang ditimpa musibah, lalu ia mengucapkan:

ZIKIR KETIKA DITIMPA MUSIBAH

(15)

15

Daripada Ummu Salamah RA berkata,

“ ketika Abu Salamah RA meninggal dunia, aku

mengucapkan: (zikir di atas), sebagaimana

yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW.

Maka Allah memberiku pengganti yang lebih

baik dari Abu Salamah iaitu Rasulullah SAW. ”

(16)

Kempen Perlis Berzikir

16

ZIKIR PENGHULU ISTIGHFAR (SAYYIDUL ISTIGHFAR)

“ Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Engkau yang menciptakan aku, dan aku adalah hamba-Mu, dan aku sentiasa berusaha setia pada perjanjianku dengan-Mu sedayaku, aku berlindung kepada-Mu dari keburukan perbuatanku, aku mengakui nikmat-Mu kepadaku, dan aku mengakui dosaku kepada-nikmat-Mu, maka ampunilah aku. Sesungguhnya, tiada yang dapat mengampuni dosa melainkan Engkau. ” (Riwayat Al-Bukhari)

“ Allaahumma anta rabbii laa ilaaha illaa anta, khalaqtanii, wa ana 'abduka, wa ana 'alaa 'ahdika, wa wa‘dika mastata‘tu, a‘uuzubika min syarri maa sana’tu, abu’ulaka bini‘matika 'alayya, wa abu’ulaka bizanbii, faghfirlii, fa innahu laa yaghfiruz zunuuba illaa anta ”

(17)

17 “ Sesiapa yang mengucapkannya (Sayyidul Istighfar) di pagi hari serta membenarkan dan meyakini dengan isi kandungannya, jika dia meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya di waktu petang serta membenarkan dan meyakini dengan isi kandungannya, lalu dia meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. ” (Riwayat Al-Bukhari)

(18)

Kempen Perlis Berzikir

18

ZIKIR MASUK MASJID

" Ya Allah, bukakanlah untukku pintu-pintu rahmat-Mu ” (Riwayat Muslim).

“ Allahummaftah lii abwaaba rahmatika ”

ZIKIR KELUAR MASJID

“ Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kelebihan-Mu ” (Riwayat Muslim)

(19)

19 “ Wahai yang Maha Hidup dan Maha Berdiri sendiri! Dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusanku seluruhnya, dan jangan Engkau serahkan aku kepada diriku walaupun sekelip mata. (Riwayat An-Nasa’i dalam Al-Sunan Al-Kubra & Al-Hakim - Hasan). ”

“ Yaa hayyu yaa Qayyumu, birahmatika astaghiisu, aslihli sya’ni kullahu, wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata 'ainin ”

*imbas QR Code untuk semak & dengar bacaan

(20)

Kempen Perlis Berzikir

20

“ Ya Allah, jadikanlah hujan ini bermanfaat. ”(Riwayat Al-Bukhari)

“ Allaahumma soyyiban naafi'an ”

ZIKIR KETIKA HUJAN

“ Kita telah dilimpahkan hujan dengan kelebihan dan rahmat daripada Allah. ” (Riwayat Muslim)

“ Muthirnaa bifadhlillaahi warahmatihi ”

(21)

21 “ Ya Allah, aku memohon daripada-Mu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada padanya serta kebaikan yang dibawa bersamanya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan angin ini dan keburukan yang ada dalamnya serta keburukan yang dibawa bersamanya. ”

(Riwayat Muslim)

“ Allaahumma innii as’aluka khairahaa, wa khaira maa fiihaa, wa khaira

maa ursilat bihi, wa a‘uuzu bika min sharrihaa, wa sharri maa fiihaa, wa sharri maa ursilat bihi ”

*imbas QR Code untuk semak & dengar bacaan

(22)

Kempen Perlis Berzikir

22

ZIKIR MOHON DIPERMUDAHKAN URUSAN

“ Ya Allah, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan ia mudah. Dan Engkaulah yang menjadikan kesukaran, jika Engkau kehendakinya menjadi mudah, maka ia menjadi mudah. ” (Riwayat Ibnu Hibban- Sahih)

“ Allaahumma laa sahla illaa ma ja'altahu sahlan, wa anta taj'alul hazna izaa syi’ta sahlan ”

(23)

23 “ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu dari kebimbangan dan kesedihan, dan Aku berlindung dengan-Mu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung dengan-Mu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung dengan-Mu dari bebanan hutang dan kekuasaan manusia. ” (Riwayat Abu Daud - Hasan)

“ Allaahumma inni a'uuzubika minalhammi walhazani, wa a'uuzubika minal ‘ajzi walkasali, waa a'uuzubika minal jubni walbukhli, wa a’uuzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaali ”

*imbas QR Code untuk semak & dengar bacaan

(24)

Referensi

Dokumen terkait

Melakukan analisis dan merancang sistem yang akan digunakan untuk analisis pengaruh nilai Keyword Effectiveness Index (KEI) dan Keyword Opportunity Index (KOI) dalam

Pembelajaran dengan penerapan pembelajaran metode penemuan terbimbing di SMP Laboratorium UM Kota Malang dikatakan dapat meningkatkan hasil belajar siswa jika

Sehubungan dengan perancangan visual branding kawasan agrowisata Condet, pesan yang ingin disampaikan menggunakan pendekatan persuasif bahwa Condet merupakan salah

3 Setelah membaca cerita bebek selalu hidup rukun melalui tayangan media pembelajaran power point, siswa dapat menerima kewajiban sebagai tetangga sebagai wujud rasa syukur

Regresi Linear merupakan Metode Regresi dimana persamaan yang dihasilkan berupa persamaan linear. Berdasarkan pada persamaan yang dihasilkan, dapat dihitung prediksi

Adhitya Mandiri Pratama berkomitmen untuk terus mendukung segala kebutuhan solusi jar- ingan data di Indonesia melalui team support yang sangat handal dan produk jaminan terbaik

Salah satu varietas unggul kencur dengan ukuran rimpang besar adalah varietas unggul asal Bogor (Galesia-1) yang mempunyai ciri sangat spesifik dan berbeda dengan klon

Saya merasa puas karena barang yang dijual di Butik Zoya Semarang sesuai dengan keinginan Konsumen... Correlation is significant at the 0.01