• Tidak ada hasil yang ditemukan

Notis Privasi. 1. Notis Privasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Notis Privasi. 1. Notis Privasi"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Notis Privasi

1. Notis Privasi

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan untuk mengawal selia pemprosesan data dalam transaksi komersial. Akta ini, yang

merangkumi semua syarikat-syarikat dan firma-firma yang ditubuhkan di Malaysia, mewajibkan kami

memaklumkan anda berkenaan hak-hak anda berkaitan data peribadi anda yang sedang diproses atau yang akan dikumpulkan dan yang akan diproses oleh pihak kami serta maksud- maksud bagi pemprosesan data tersebut. Akta ini juga mewajibkan kami mendapatkan persetujuan anda terhadap pemprosesan data peribadi anda.

AbdelCuci sangat mengambil berat berkaitan privasi pelanggan kami. Kami hanya mengambil, merekod,

memegang, menyimpan dan menggunakan Data Peribadi seperti yang termaktub di bawah:

Perlindungan data adalah berkaitan isu amanah dan kami mengambil penting privasi anda.

Oleh itu, AbdelCuci hanya akan menggunakan Data Peribadi anda dalam kaedah yang

digariskan di dalam Notis Privasi ini. Kami hanya akan mendapat Data Peribadi ini

sekiranya perlu untuk kami berbuat demikian bagi melengkapkan urusan kami dengan

anda.

Penyimpanan Data Peribadi ini adalah selama mana yang diperlukan dari segi undang-undang atau selagi berkait dengan tujuan pemerolehan Data Peribadi tersebut.

(2)

Anda bebas melayari laman web kami,

www.abdelcuci.com, dan juga laman sosial kami,

tanpa perlu memberikan sebarang Data Peribadi anda. Anda kekal sebagai “anonymous” dan kami tidak boleh mengesan anda melainkan anda mendaftar sebagai ahli di laman web kami.

Selain itu, kami hanya mempunyai akses kepada laman sosial anda apabila anda memulakan “engagement” seperti “Share/ Like/ Comment”.

Akses ini adalah terhad seperti yang anda telah

konfigurasikan di dalam akaun laman sosial tersebut. Justeru itu, anda dimaklumkan bahawa data peribadi dan maklumat selainnya (secara keseluruhan, “Data Peribadi”) yang diberikan semasa proses tempahan, semasa proses cucian atau semasa berhubung dengan kami, boleh

digunakan dan diproses oleh AbdelCuci – dimilik oleh

ABDEL Sdn Bhd (1366391 - H).

Sebarang cadangan atau aduan, sila ajukan ke bahagian khidmat pelanggan kami atau

terus emel ke [email protected] 2. Pengumpulan Data Peribadi

a) AbdelCuci sama sekali tidak akan menjual, berkongsi atau memperdagangkan Data

Peribadi pelanggan yang kami peroleh secara atas talian (Laman Web, Laman Sosial,

SMS/Whatsapp).

b) Data Peribadi yang kami peroleh dengan cara ini hanya akan dikongsikan dengan

kumpulan syarikat kami dan juga pihak ketiga untuk tujuan yang dibenarkan di bawah

(3)

c) Apabila anda bersetuju untuk menggunakan dan melanggan perkhidmatan kami, Data Peribadi yang kami perlukan adalah:

– Nama

– Alamat tempat cucian – Nombor telefon

– Alamat Emel

– Tarikh Lahir (pilihan) – Jantina (pilihan)

d) Data Peribadi yang kami peroleh ini akan diguna pakai atau dikongsi di dalam kumpulan syarikat atau pihak ketiga bagi sebahagian atau kesemua tujuan di bawah:

– Untuk memberikan perkhidmatan yang telah ditempah oleh pihak pelanggan, sama

ada oleh kumpulan syarikat kami atau syarikat lain yang dirasakan layak menggantikan perkhidmatan kami (sekiranya berlaku kecemasan atau pihak kami tidak dapat memenuhi permintaan pelanggan);

– Untuk memaklumkan atau mengemas kini status tempahan atau untuk tujuan

sokongan pelanggan;

– Untuk menyampaikan maklumat perkhidmatan dan tempahan;

– Untuk memproses tempahan dan menyediakan perkhidmatan yang telah ditempah;

– Untuk membolehkan kami mengurus tadbir akaun yang berdaftar dengan kami;

– Maklumat peribadi yang tidak wajib seperti tarikh lahir dan jantina akan digunakan

bagi tujuan kajian tentang demografi pelanggan kami dan untuk kami memberikan

(4)

cadangan atau maklumat dalam bentuk emel promosi yang kami rasakan berguna

kepada anda. Justeru, meningkatkan pengalaman anda apabila anda melawat

laman web dan laman sosial kami. Dengan memberikan maklumat peribadi yang

tidak wajib ini, anda dianggap sebagai telah mempersetujui untuk menjadi

sebahagian daripada kajian kami dan menerima cadangan atau maklumat seperti di

atas.

e) Semasa kami memberikan perkhidmatan kepada pelanggan, sebahagian atau kesemua

perkara berikut akan dilakukan:

– Mengambil gambar barangan yang dicuci;

– Mengambil gambar persekitaran tempat cucian; – Mengambil gambar bersama pemilik barangan (pilihan).

f) Informasi ini diambil bagi tujuan:

– Pemasaran dan diguna pakai di dalam laman web dan laman sosial kami;

– Pemantauan kualiti kerja operator cucian kami; – Bahan bukti hasil cucian oleh operator cucian kami;

– Pembelajaran dan peningkatan kualiti kerja.

3. Mengakses dan mengemaskini data peribadi anda Anda boleh mengemas kini maklumat peribadi anda pada bila-bila masa dengan

mengakses akaun anda di laman web kami di www.abdelcuci.com

(5)

4. Keselamatan data peribadi anda

AbdelCuci memastikan bahawa semua maklumat yang diperolehi akan disimpan dengan

selamat dan berhati-hati. Kami melindungi maklumat peribadi anda dengan cara:

– Mengehadkan akses kepada Data Peribadi hanya melalui kata laluan;

– Menyelenggara produk teknologi unutk mengelakkan akses yang tidak

dibenarkan;

– Menghapuskan Data Peribadi anda secara selamat apabila sudah tidak

diperlukan lagi bagi tujuan pengekalan rekod kami 5. Pendedahan maklumat peribadi

Kami tidak akan berkongsi Data Peribadi anda dengan organisasi lain selain daripada kumpulan syarikat kami dan pihak ketiga secara langsung untuk perkara yang berkaitan dengan perlaksanaan perkhidmatan yang telah ditempah pelanggan dan bagi tujuan yang

telah anda beri kebenaran.

Dalam keadaan yang dikecualikan, AbdelCuci mungkin dikehendaki untuk mendedahkan Data Peribadi, seperti apabila terdapat alasan yang memerlukan pendedahan berkenaan untuk mengelakkan ancaman terhadap nyawa atau kesihatan, atau dikehendaki oleh undang-undang Malaysia. AbdelCuci sentiasa komited dalam mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 khususnya polisi serta garis panduan dan perintah yang sejajar

dengannya. Jika anda mendapati bahawa privasi anda telah dilanggar oleh AbdelCuci, sila hubungi Wakil Khidmat Pelanggan dan kami akan menyelesaikan perkara ini.

(6)

6. Pemerolehan data komputer yang tidak semestinya maklumat peribadi

a) Semasa anda melayari laman web dan laman sosial AbdelCuci, pelayan (server) akan merekod maklumat yang dihantar oleh pelayar web (browser) secara automatik. Data ini mungkin termasuk:

– Alamat IP komputer anda – Jenis pelayar web (browser)

– Laman Web yang telah anda kunjungi sebelum laman web kami;

– Halaman yang anda kunjungi dalam laman web AbdelCuci;

– Tempoh masa yang anda gunakan selama mengunjungi halaman tersebut, perkara

dan maklumat yang anda cari di laman web kami, masa dan tarikh akses, dan

statistik yang lain

b) Maklumat ini dikumpul untuk dianalisis dan dinilai bagi membantu kami meningkatkan mutu

laman web dan laman sosial serta perkhidmatan dan produk yang kami tawarkan. Data ini

tidak akan digunakan bersama mana-mana maklumat peribadi yang lain.

(7)

7. Hal berkaitan pemasaran

a) Sehubungan dengan pemasaran langsung, anda boleh meminta AbdelCuci secara notis

bertulis (seperti yang diperuntukkan di dalam

perenggan seterusnya) agar tidak memproses Data Peribadi anda bagi mana-mana maksud-maksud berikut:

(i) Pengiklanan atau pemasaran menerusi telefon/emel/surat bagi produk atau

perkhidmatan AbdelCuci atau kumpulan syarikat kami.

(ii) Mengirim kepada anda menerusi

telefon/emel/surat bahan pengiklanan atau pemasaran

AbdelCuci atau kumpulan syarikat kami. (iii) Menghantar sistem pesanan ringkas

(SMS)/Whatsapp/menggunakan media sosial yang kami miliki sebarang bahan pengiklanan atau

pemasaran AbdelCuci atau kumpulan syarikat kami atau

(iv) Berkomunikasi dengan anda menerusi apa cara sekali pun sebarang bahan

pengiklanan atau pemasaran AbdelCuci atau kumpulan syarikat kami.

b) Anda boleh pada bila-bila masa selepas ini mengemukakan pertanyaan, aduan dan

meminta akses kepada, dan pembetulan terhadap, Data Peribadi atau menghadkan

pemprosesan Data Peribadi anda dengan

menghantar permintaan berkenaan kepada kami menerusi pos berdaftar atau emel:

(8)

8. Pindaan pada polisi kerahsiaan

AbdelCuci berhak mengubahsuai dan meminda Notis Privasi pada bila-bila masa.

Sebarang pindaan pada polisi ini akan diterbitkan di laman web kami. Anda patut memeriksa Polisi ini setiap kali

anda mengakses laman web AbdelCuci agar anda

dimaklumkan sepenuhnya oleh versi terbaru yang dipakai. 9. Aduan mengenai pelanggaran kerahsiaan

Jika terdapat sebarang isu dari anda terhadap cara kami mengendalikan pertanyaan atau aduan anda, sila hubungi Wakil Khidmat Pelanggan kami di 03- 3850 2335 atau emelkan kepada kami di [email protected]

Referensi

Dokumen terkait

Sebarang data peribadi yang berkaitan dengan pemenang atau mana-mana peserta lain tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga tanpa persetujuan peserta terlebih terdahulu.. Tiada

Studio Belanja Mandiri tidak akan mengungkapkan, menjual atau menyewakan kepada pihak ketiga tanpa se-izin Anda; selain filiasi kami dan pihak lain yang terkait langsung

Syarikat kami atau pengarah, pemegang saham syarikat kami, pekerja, atau ejen kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau pihak ketiga untuk sebarang kerosakan langsung, tidak

Berkenaan dengan hak anda untuk mengakses dan/ atau membetulkan Data Peribadi anda, kami berhak untuk menolak permintaan anda untuk mengakses dan/ atau membuat sebarang

Mentor perlu sentiasa berkongsi cerita dengan mentee masing-masing yang mana cerita yang dimaksudkan di sini ialah perkara yang berkaitan dengan organisasi, berkongsi mengenai

Setakat mana anda telah memberikan (atau akan memberi) data peribadi mengenai ahli keluarga anda, pasangan anda, tanggungan lain anda (jika anda seorang individu), pengarah,

Memandangkan sifat global aktiviti-aktiviti Syarikat, pihak Syarikat boleh (tertakluk kepada undang- undang tempatan dan bagi tujuan yang dinyatakan dalam Notis ini) memindahkan

memproses Data Peribadi Peserta. Semua pihak ketiga tersebut diwajibkan secara kontrak, untuk tidak menggunakan Data Peribadi Peserta dengan cara lain daripada yang dinyatakan