• Tidak ada hasil yang ditemukan

Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Notis Privasi Adient. Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut: Skop Notis Privasi ini. Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1

Notis Privasi Adient

Adient plc (didaftarkan di Ireland, 25-28 North Wall Quay, IFSC, Dublin, 1), dan syarikat gabungannya (secara kolektif Adient, kami atau kita) mengambil berat tentang privasi anda dan komited untuk melindungi maklumat peribadi anda selaras dengan amalan maklumat yang saksama dan undang-undang privasi data yang berkenaan.

Notis Privasi Adient ini merangkumi topik berikut:

• Skop Notis Privasi ini

• Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

• Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi

• Bagaimana kami melindungi maklumat peribadi yang kami proses bagi pihak pelanggan kami

• Bagaimana kami mengurus privasi di laman web kami

- Kuki, penggunaan data dan alat yang serupa

- Tapak yang dipautkan

- Kanak-kanak

• Langkah-langkah keselamatan untuk melindungi maklumat peribadi

• Berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga

• Pemindahan antarabangsa bagi maklumat peribadi

• Menyemak dan mengemas kini maklumat peribadi anda

• Keizinan dan pilihan untuk dikecualikan

• Penyimpanan data

• Cara untuk mengenal pasti entiti Adient yang bertanggungjawab

• Cara untuk menghubungi kami

• Pengubahsuaian kepada Notis Privasi kami

• Adendum tempatan untuk negara tertentu

Skop Notis Privasi ini

Notis Privasi ini menjelaskan cara kami mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi individu di lokasi yang berbeza di tempat kami beroperasi. Maklumat peribadi adalah semua maklumat yang berkaitan dengan individu yang dikenal pasti atau yang boleh dikenal pasti.

Kami mengumpul maklumat peribadi dalam pelbagai cara melalui aktiviti biasa perniagaan kami, dalam konteks dalam talian dan juga luar talian. Ini termasuk, contohnya, apabila anda membuat pesanan atau membeli produk atau perkhidmatan, memeterai perjanjian atau berkomunikasi dengan kami, atau melawat dan menggunakan laman web kami. Kami juga menerima maklumat peribadi daripada pelanggan kami untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak mereka.

Apakah maklumat peribadi yang kami boleh kumpul

(2)

2 • Maklumat Perhubungan yang membolehkan kami berkomunikasi dengan anda, seperti nama anda, jawatan, umur dan gelaran, nama pengguna, alamat surat-menyurat, nombor telefon atau alamat lain yang membolehkan kami menghantarkan kepada anda mesej, maklumat syarikat dan maklumat pendaftaran yang anda berikan di laman web kami.

• Maklumat Hubungan yang membantu kami berurus niaga dengan anda, seperti jenis produk dan perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda, pilihan perhubungan dan produk, bahasa, kepercayaan kredit, pilihan pemasaran dan data demografi.

• Maklumat Transaksi tentang cara anda berinteraksi dengan kami, termasuk pembelian, pertanyaan, maklumat akaun pelanggan, pesanan dan maklumat kontrak, butiran penghantaran, pengebilan dan data kewangan, butiran untuk cukai, transaksi dan sejarah surat-menyurat, dan maklumat tentang cara anda menggunakan dan berinteraksi dengan laman web kami.

• Maklumat Keselamatan dan Pematuhan yang membantu kami melindungi kepentingan kami, termasuk maklumat untuk semakan konflik, pencegahan penipuan dan pengesahan dalaman, dan juga maklumat yang diperlukan untuk keselamatan premis kami, seperti rakaman visual.

Bagaimana kami menggunakan maklumat peribadi

Kami menggunakan maklumat peribadi dalam konteks aktiviti biasa perniagaan kami, yang termasuk tujuan berikut:

• Memenuhi pesanan anda untuk produk atau perkhidmatan dan aktiviti berkaitan, seperti penghantaran produk dan perkhidmatan, khidmat pelanggan, akaun dan pengurusan pengebilan, sokongan dan latihan dan untuk menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pembelian anda.

• Menguruskan kewajipan kontrak kami dan hubungan anda yang berterusan dengan kami, termasuk berinteraksi dengan anda, memaklumkan anda tentang produk atau perkhidmatan kami, dan juga tawaran dan promosi istimewa.

• Memastikan keselamatan laman web, rangkaian dan sistem kami, dan premis, serta melindungi kami daripada penipuan.

• Menguruskan keperluan harian perniagaan kami, seperti pemprosesan bayaran dan pengurusan akaun kewangan, pembangunan produk, pengurusan kontrak, pentadbiran laman web, penunaian, tadbir urus korporat, audit, pelaporan dan pematuhan undang-undang.

Bagaimana kami melindungi maklumat peribadi yang kami proses bagi pihak pelanggan kami

Dalam sesetengah keadaan, kami memproses maklumat peribadi bagi pihak pelanggan kami sebagai satu perkhidmatan (dalam kapasiti pemproses data). Kami mengumpul dan memproses maklumat peribadi ini hanya seperti yang diarahkan oleh pelanggan kami dan tidak akan menggunakan atau mendedahkannya untuk tujuan kami sendiri.

(3)

3 Kami mengekalkan kawalan keselamatan maklumat untuk melindungi maklumat anda dan akan hanya mendedahkan atau memindahkan maklumat peribadi seperti yang diarahkan oleh pelanggan atau untuk menyediakan perkhidmatan yang diminta. Melainkan diarahkan sebaliknya oleh pelanggan, kami mengendalikan maklumat peribadi yang kami proses bagi pihak pelanggan kami selaras dengan komitmen kami berkenaan pendedahan dan pemindahan seperti yang dinyatakan di dalam notis ini.

Bagaimana kami mengurus privasi di laman web kami Kuki, penggunaan data dan alat yang serupa

Apabila anda melawat laman web kami, kami mengumpul maklumat tertentu secara automatik, menggunakan teknologi seperti kuki, tag piksel, alat analisis pelayar, log pelayan dan bikon web. Dalam kebanyakan kes, maklumat yang kami kumpul menggunakan kuki dan alat lain digunakan dalam cara yang tidak boleh dikenal pasti, tanpa sebarang rujukan kepada maklumat peribadi.

Kuki ialah fail teks kecil yang laman web pindahkan ke komputer anda atau pemacu keras peranti lain melalui pelayar web anda apabila anda melawat laman web. Kami boleh menggunakan “kuki” untuk menjadikan daftar masuk dan penggunaan laman web lebih cekap dan untuk menyesuaikan keutamaan penyemakan imbas anda dan memperbaiki fungsi laman web kami. Kuki boleh digunakan untuk pengurusan prestasi, mengumpul maklumat tentang bagaimana laman web kami digunakan untuk tujuan analisis. Ia juga boleh digunakan untuk pengurusan fungsi, membolehkan kami menjadikan lawatan pengguna lebih cekap, contohnya dengan mengingati pilihan bahasa, kata laluan dan butiran log masuk.

Terdapat dua jenis kuki: kuki sesi, yang dipadamkan daripada peranti anda selepas anda meninggalkan laman web; kuki berterusan, yang terus berada di peranti anda untuk tempoh yang lebih lama atau sehingga anda memadamkannya secara manual.

Kami boleh menggunakan Kuki Flash (juga dikenali sebagai Objek Disimpan Setempat) dan teknologi yang serupa untuk memperibadikan dan mempertingkatkan pengalaman dalam talian anda. Pemain Adobe Flash ialah aplikasi yang membolehkan perkembangan pantas kandungan dinamik, seperti klip video dan animasi. Kami menggunakan kuki Flash untuk tujuan keselamatan dan untuk membantu mengingati tetapan dan keutamaan, iaitu serupa dengan kuki pelayar, tetapi ini diuruskan melalui antara muka yang berbeza daripada yang disediakan oleh pelayar web anda. Untuk mengurus kuki Flash, sila lihat laman web Adobe di

http://kb2.adobe.com/cps/526/52697ee8.html atau layari www.adobe.com. Kami boleh

menggunakan kuki Flash atau teknologi yang serupa untuk tujuan yang menyasarkan tingkah laku atau untuk menyediakan pengiklanan berasaskan minat.

Log pelayar kami turut mengumpul maklumat tentang cara pengguna menggunakan laman web (data penggunaan). Data ini boleh termasuk nama domain pengguna, bahasa, jenis pelayar dan sistem pengendalian, pembekal perkhidmatan Internet, alamat protokol Internet (IP), laman atau rujukan yang menghalakan pengguna ke laman web, laman web

(4)

4 yang anda lawati sebelum anda datang ke laman web kami dan laman web yang anda lawati selepas anda meninggalkan laman kami, dan jumlah masa yang dihabiskan di laman web. Kami boleh memantau dan menggunakan data penggunaan untuk mengukur prestasi dan aktiviti laman web, memperbaiki reka bentuk dan fungsi laman web atau untuk tujuan keselamatan.

Kami juga boleh menggunakan tag piksel dan bikon web di laman web kami. Ini merupakan imej grafik kecil yang diletakkan di halaman web atau dalam e-mel kami yang membolehkan kami menentukan sama ada anda telah melakukan tindakan tertentu. Apabila anda mengakses halaman ini atau membuka atau mengklik e-mel, tag piksel dan bikon web menjana notis bagi tindakan itu. Alat ini membolehkan kami mengukur respons terhadap komunikasi kami dan menambah baik halaman web dan promosi kami.

Anda boleh menukar tetapan pelayar anda untuk menyekat atau memaklumkan anda apabila anda menerima kuki, memadam kuki atau melayari laman web kami menggunakan tetapan penggunaan tanpa nama pelayar anda. Sila rujuk arahan pelayar anda atau skrin bantuan untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara untuk melaraskan atau mengubah suai tetapan pelayar anda. Jika anda tidak bersetuju dengan penggunaan kuki oleh kami atau teknologi serupa yang menyimpan maklumat di peranti anda, anda perlu menukar tetapan pelayar anda dengan sewajarnya. Anda perlu faham bahawa beberapa ciri laman web kami mungkin tidak berfungsi dengan betul jika anda tidak menerima kuki atau teknologi ini.

Sekiranya dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, anda akan diminta mengizinkan kuki tertentu dan teknologi yang serupa sebelum kami menggunakan atau memasangnya pada komputer anda atau peranti lain.

Perkongsian Data dan Permintaan Jangan Jejaki Pelayar (Browser Do Not Track Requests)

Disebabkan kami tidak (dan tidak membenarkan orang lain) menjejaki pelawat laman web kami, kami tidak memproses isyarat Jangan Jejaki pelayar web. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang isyarat penjejakan pelayar dan Jangan Jejaki, sila layari http://www.allaboutdnt.org/

Tapak yang dipautkan

Kami boleh menyediakan pautan ke laman web pihak ketiga (“tapak yang dipautkan”) daripada laman web kami. Tapak yang dipautkan tidak semestinya disemak, dikawal atau diteliti oleh kami. Setiap tapak yang dipautkan mempunyai terma penggunaan dan notis privasinya sendiri, dan pengguna mesti membiasakan diri dan mematuhi semua terma sedemikian apabila menggunakan tapak yang dipautkan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar dan amalan mana-mana tapak yang dipautkan, atau mana-mana pautan tambahan yang terkandung di dalamnya. Pautan ini tidak menandakan pengendorsan kami bagi mana-mana tapak yang dipautkan atau mana-mana syarikat atau perkhidmatan

(5)

5 dan kami menggalakkan pengguna membaca terma dan notis tapak yang dipautkan ini sebelum menggunakannya.

Kanak-kanak

Laman web kami tidak ditujukan kepada kanak-kanak dan kami tidak menggunakan laman web kami untuk secara sengaja meminta maklumat peribadi daripada atau memasarkan kepada kanak-kanak. Jika kami mengetahui seorang kanak-kanak telah memberikan maklumat peribadi melalui salah satu laman web kami, kami akan mengeluarkan maklumat itu daripada sistem kami.

Langkah-langkah keselamatan untuk melindungi maklumat peribadi

Kami menggunakan langkah-langkah teknikal, fizikal dan organisasi yang direka dengan sewajarnya untuk melindungi maklumat peribadi daripada pemusnahan secara tidak sengaja atau yang menyalahi undang-undang, kehilangan, pindaan, pendedahan atau akses yang tidak dibenarkan, terutamanya jika maklumat peribadi dipindahkan melalui rangkaian dan daripada semua bentuk pemprosesan lain yang menyalahi undang-undang. Akses kepada maklumat peribadi adalah terhad kepada penerima yang dibenarkan berdasarkan keperluan untuk tahu. Kami mengekalkan program keselamatan maklumat menyeluruh yang sepadan dengan risiko berkaitan pemprosesan tersebut. Program ini disesuaikan secara berterusan untuk mengurangkan risiko operasi dan untuk memastikan perlindungan maklumat peribadi dipertimbangkan dalam amalan yang diterima industri. Kami juga akan mempertingkatkan langkah-langkah keselamatan apabila memproses apa-apa maklumat peribadi yang sensitif.

Berkongsi maklumat peribadi dengan pihak ketiga

Kami boleh menggunakan pihak ketiga untuk menyediakan atau melaksanakan perkhidmatan dan fungsi bagi pihak kami. Kami boleh menyediakan maklumat peribadi berkenaan dengan individu kepada pihak ketiga ini, mengikut keperluan, untuk melaksanakan perkhidmatan dan fungsi ini. Sebarang akses kepada maklumat peribadi itu akan dihadkan kepada tujuan maklumat tersebut diberikan.

Kami juga boleh menyediakan maklumat peribadi berkenaan dengan individu kepada orang ramai atau pihak berkuasa kehakiman, kakitangan dan agensi penguatkuasaan undang-undang seperti yang dikehendaki oleh undang-undang, termasuk agensi dan mahkamah di Amerika Syarikat dan negara lain yang kami beroperasi. Jika dibenarkan oleh undang-undang, kami juga boleh mendedahkan maklumat sedemikian kepada pihak ketiga (termasuk penasihat undang-undang) apabila perlu untuk penetapan, pelaksanaan atau pembelaan tuntutan undang-undang atau sebaliknya menguatkuasakan hak kami, melindungi harta benda kami atau hak, harta benda atau keselamatan orang lain, atau sebagaimana yang diperlukan untuk menyokong fungsi audit luaran, pematuhan dan tadbir urus korporat.

Maklumat peribadi mungkin dipindahkan kepada pihak yang memperoleh semua atau sebahagian daripada ekuiti atau aset Adient atau operasi perniagaannya sekiranya berlaku penjualan,

(6)

6 penggabungan, pembubaran atau penjualan atau pemindahan banyak aset Adient atau mana-mana operasi perniagaannya. Kami juga boleh memindahkan dan berkongsi maklumat sedemikian dengan anggota gabungan kami dalam kumpulan, dengan mematuhi undang-undang yang berkenaan.

Pemindahan antarabangsa bagi maklumat peribadi

Pihak ketiga, subsidiari dan anggota gabungan yang maklumat peribadi anda boleh didedahkan kepada mereka mungkin berada di seluruh dunia; oleh itu, maklumat mungkin dihantar ke negara yang mempunyai piawai perlindungan privasi yang berbeza daripada negara tempat tinggal anda. Dalam kes sedemikian, kami mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan maklumat peribadi anda menerima tahap perlindungan yang secukupnya.

Menyemak dan mengemas kini maklumat peribadi anda

Anda boleh memohon untuk mengakses, membetulkan atau mengemas kini maklumat peribadi anda dengan menghubungi Pejabat Privasi kami melalui pautan berikut: Borang perhubungan Adient.

Keizinan dan pilihan untuk dikecualikan

Dengan memberi maklumat peribadi kepada kami, anda memahami dan bersetuju dengan pengumpulan, pemprosesan, pemindahan antarabangsa dan penggunaan maklumat sedemikian seperti yang dinyatakan di dalam Notis Privasi ini. Jika dikehendaki oleh undang-undang yang berkenaan, kami akan meminta keizinan jelas daripada anda.

Anda sentiasa boleh membuat bantahan terhadap penggunaan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung atau menarik balik sebarang keizinan yang diberikan sebelum ini untuk tujuan tertentu, secara percuma dengan mengklik pada pautan laman web yang berkaitan, mengikuti arahan yang terkandung dalam e-mel atau dengan menghubungi Pejabat Privasi kami melalui pautan berikut: Borang perhubungan Adient.

Penyimpanan data

Kami akan menyimpan maklumat peribadi anda selagi perlu untuk mencapai tujuan ia dikumpulkan, biasanya selama tempoh mana-mana hubungan kontrak dan selama mana-mana tempoh selepas itu sebagaimana dikehendaki oleh undang-undang atau yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

Cara untuk mengenal pasti entiti Adient yang bertanggungjawab

Untuk mengenal pasti entiti Adient yang bertanggungjawab terhadap pemprosesan maklumat peribadi anda, anda boleh bertanya kepada orang hubungan perniagaan anda di Adient , merujuk senarai lokasi kami di laman web umum Adient atau menghubungi Pejabat Privasi kami.

(7)

7 Cara untuk menghubungi kami

Jika anda ingin berkomunikasi dengan kami berhubung dengan isu privasi atau mempunyai pertanyaan, komen atau aduan, sila hubungi Pejabat Privasi kami, dengan mengklik pautan berikut:

Borang perhubungan Adient.

Pengubahsuaian kepada Notis Privasi kami

Kami berhak untuk menukar, mengubah suai dan mengemas kini Notis Privasi ini pada bila-bila masa.

Sila semak dari semasa ke semasa untuk memastikan anda telah menyemak notis yang terbaru. Jika perubahan tersebut akan memberi kesan dengan ketara terhadap cara kami menggunakan atau mendedahkan maklumat peribadi yang dikumpul sebelum ini, kami akan memaklumkan anda tentang perubahan tersebut dengan menghantar notis ke alamat e-mel utama yang berkaitan dengan akaun anda.

Adendum tempatan untuk negara tertentu

Kami telah melanjutkan Notis Privasi ini dengan maklumat khusus untuk negara tertentu jika dikehendaki oleh undang-undang tempatan yang boleh dikenakan. Anda boleh mencari notis pelengkap ini melalui pautan adendum tempatan di halaman utama Privasi.

Referensi

Dokumen terkait

bahwa berdasarkan pertimbangan sebagaimana dimaksud dalam huruf a, perlu menetapkan Keputusan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan tentang Penerima Tunjangan Profesi Bagi

Preparasi ini dilakukan dengan merendam sekam padi dalam air panas selama 2 jam untuk menghilangkan pengotor dan bahan organik larut air yang terdapat dalam sekam, serta untuk

Hasil Penelitian menunjukkan bahwa tidak berbeda nyata antara galur diuji pada parameter umur tanaman berbunga, umur panen, bobot 1000 butir dan hasil gabah kering panen..

[r]

Perbedaannya adalah karena yang didefinisikan hanya 2 variabel, itu artinya variabel Luas tidak perlu didefinisikan didalam kamus, dan pada bagian algoritma tidak perlu

Penyusunan spesifikasi tes mencakup kegiatan berikut ini: (1) menentukan tujuan tes, menyusun kisi-kisi tes (3) menentukan panjang tes. Mekanisme dan Tes dan Evaluasi

Tabel 3.2menunjukkan data hasil observasi sebelum penelitian dan sesudah penelitian.Kesimpulan data tersebut adalah mulai tindakan kelas siklus I sampai akhir

Sasaran yang dituju adalah Seluruh Pengguna Sosial media Instagram, facebook beserta warga yang berdomisili di RT 004 RW 002 Kelurahan Tanjung Qencono,