• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEKELILING PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN KELANG NO. 3/2021

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEKELILING PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN KELANG NO. 3/2021"

Copied!
43
0
0

Teks penuh

(1)

Ruj. Tuan:

Ruj. Kami: LPK:PB/600-4/1 Jld. 3 (7) Tarikh : 13 Januari 2021

EDARAN KEPADA:

I. SEMUA PENGGUNA PELABUHAN II. SEMUA PEMAIN LOGISTIK

Tuan / Puan,

PEKELILING PENGURUS BESAR LEMBAGA PELABUHAN KELANG NO. 3/2021 PENGOPERASIAN PELABUHAN DI PELABUHAN KLANG SEPANJANG TEMPOH PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) YANG BERMULA PADA 13 JANUARI 2021 HINGGA 26 JANUARI 2021

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada pengumuman YAB Perdana Menteri pada 11 Januari 2021 berkenaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan mula dilaksanakan pada 13 Januari 2021 hingga 26 Januari 2021 dan Kenyataan Media Kementerian Pengangkutan Malaysia bertarikh 13 Januari 2021 berkaitan Makluman Berkenaan Kebenaran Untuk Beroperasi Bagi Syarikat-Syarikat Sektor Logistik Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mulai 13 Januari 2021.

2. Dimaklumkan bahawa pelabuhan dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu (essential services) dan Operator Pelabuhan (Northport & Westports) serta Port Klang Free

Zone yang beroperasi di Pelabuhan Klang akan beroperasi seperti biasa (24 jam pada setiap hari) dan akan memperuntukkan segala keperluan perkhidmatan bagi

pelabuhan dan logistik bagi menampung keperluan negara dalam tempoh kritikal ini. LEMBAGA PELABUHAN KELANG

(Port Klang Authority) Beg Berkunci 202, Jalan Pelabuhan Utara, 42005 Pelabuhan Klang,

SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA

Tel: 603-3168 8211 Fax: 603-3168 8211 603-3168 8228 603-3168 8229 603-3167 0211 Web: http://www.pka.gov.my E-mail: onestopagency@pka.gov.my

MS ISO 9001 : 2015 REG NO: AR3579 (JABATAN ZON BEBAS & DAGANGAN BERBAHAYA)

(2)

3. Bagi memastikan operasi pelabuhan yang dikendalikan oleh pihak Northport dan Westports berjalan dengan lancar dan berkesan, semua kontena dan kargo yang dipunggah dari kapal perlu dikeluarkan dari kawasan pelabuhan pada kadar segera. Pihak Pengimport dan Pengeksport yang telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) dalam sektor-sektor yang dibenarkan (rujuk Lampiran 1) perlu beroperasi untuk menerima kontena dan kargo dari pelabuhan. Sebarang persoalan berkaitan sektor-sektor yang dibenarkan boleh juga dirujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh pihak MITI (rujuk Lampiran 2).

4. Bagi syarikat-syarikat logistik (seperti freight forwarders, operator gudang) yang berdaftar dengan persatuan masing-masing, surat kebenaran daripada MOT boleh diperolehi daripada persatuan masing-masing. Surat kebenaran daripada MOT dan bukti keahlian persatuan perlu disertakan sekiranya diminta oleh pihak berkuasa. Bagi syarikat-syarikat logistik yang tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan, surat kelulusan

daripada MOT boleh dipohon menerusi pautan https://application.mot.gov.my/ (rujuk Lampiran 3).

5. Syarikat-syarikat logistik yang menjalankan aktiviti-aktiviti logistik seperti perkhidmatan freight forwarder (Ejen Fret) dan agen kastam (Ejen Penghantaran), operasi lori haulier, operasi rel barangan, operasi shipping line dan NVOCC, operasi kargo udara, aktiviti penstoran (pergudangan, off-dock, on-dock dan sebagainya), operasi inland

container depot dan operasi ancillary services juga dibenarkan untuk beroperasi bagi

menguruskan aktiviti dan pengedaran import / eksport kontena dan kargo. Sebarang persoalan berkaitan operasi logistik boleh dirujuk kepada Soalan Lazim (FAQ) yang dikeluarkan oleh pihak MOT (rujuk Lampiran 4).

6. Di samping itu, pihak Kastam dan Agensi-Agensi Kerajaan yang lain akan terus beroperasi seperti biasa bagi membantu para pemain industri untuk mempercepatkan proses pengeluaran kontena / kargo.

7. Sepanjang tempoh ini, Ibu Pejabat LPK, pejabat Operator Pelabuhan (Northport & Westports), pejabat Port Klang Free Zone serta pejabat Vessel Traffic Management System (VTMS) tidak akan dibuka kepada orang awam atau lawatan rasmi. Sebagai tambahan, LPK juga telah mewujudkan talian bantuan bagi menjawab pertanyaan berhubung operasi di pelabuhan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) (Lampiran 5), Prosedur Operasi Standard (Lampiran 6) serta pekeliling-pekeliling daripada pihak Northport (Lampiran 7) dan pihak Westports (Lampiran 8) untuk dipatuhi oleh semua pengguna pelabuhan dan pemain industri logistik di Pelabuhan Klang.

(3)

8. LPK menyeru kepada semua pengguna pelabuhan untuk mengambil semua langkah yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan warga kerja di dalam tempoh sukar ini dan mematuhi semua SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, LPK dan Operator Pelabuhan seperti Prosedur Operasi Standard di Pelabuhan Klang.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah,

(KAPT. K. SUBRAMANIAM) Pengurus Besar

Lembaga Pelabuhan Kelang

(4)

1

MENTERI KANAN

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSRI

SEKTOR-SEKTOR EKONOMI DALAM PERKHIDMATAN PERLU

YANG DIBENARKAN BEROPERASI SEPANJANG PERINTAH

KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DI PULAU PINANG, SELANGOR,

WILAYAH PERSEKUTUAN (KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA,

LABUAN), MELAKA, JOHOR DAN SABAH

1. Pandemik COVID-19 yang menular sejak tahun 2019 telah memberi kesan kesihatan dan kelangsungan hidup bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Berikutan penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19, banyak negara-negara di seluruh dunia telah mengetatkan kawalan pergerakan mengikut perkembangan dan situasi semasa di negara masing-masing.

2. Kerajaan sentiasa bertanggungjawab dalam menangani penularan wabak COVID-19. Kerajaan akan meneruskan pendekatan proaktif dan responsif dengan memperhalusi semua nasihat pakar-pakar kesihatan awam untuk melaksanakan tindakan yang tegas dan efektif bagi memutuskan rantaian jangkitan penularan virus COVID-19. Pada masa yang sama, Kerajaan akan terus berusaha untuk memastikan kelangsungan aktiviti ekonomi dicapai bagi menjamin kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

3. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab ke atas pembangunan dan perkembangan aktiviti industri, perdagangan dan pelaburan negara sentiasa terbuka menerima pandangan yang dikemukakan oleh persatuan-persatuan industri dan dewan-dewan perniagaan. Pandangan industri adalah penting untuk membantu Kerajaan mencapai keseimbangan di antara perlindungan kesihatan dan keperluan menjana serta merangsangkan semula sektor ekonomi negara. Hasil daripada libat urus dan kerjasama dengan persatuan industri, dewan perniagaan dan lain-lain pihak berkepentingan, MITI telah merangka Prosedur Operasi Standard (SOP) yang komprehensif, relevan dan praktikal. SOP ini akan

(5)

2

membantu kelangsungan operasi serta pelan kesinambungan syarikat

(business continuity plan) dan industri khususnya dalam tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

4. Keputusan Kerajaan membenarkan lima (5) sektor ekonomi perlu (essential economic sectors) termasuk pengilangan dan pembuatan untuk beroperasi adalah bagi menjamin proses pemulihan semula ekonomi negara, kemampanan perniagaan, mengelak kadar kehilangan pekerjaan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia dan memastikan rakyat terus mendapat akses keperluan asas dan kritikal sepanjang tempoh PKP. Enam (6) buah negeri yang dikenakan PKP merupakan pemacu aktiviti ekonomi utama negara dan penyumbang yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara iaitu 66.3 peratus daripada jumlah keseluruhan KDNK. Negeri Selangor menyumbang kepada KDNK negara sebanyak 24.2 peratus, Wilayah Persekutuan (16.9 peratus), Johor (9.4 peratus ), Pulau Pinang (6.7 peratus ), Sabah (6.0 peratus ), dan Melaka (3.1 peratus).

5. Tindakan yang bertanggungjawab ini akan dapat memberi impak positif khususnya dalam usaha Kerajaan memastikan pertumbuhan ekonomi negara, pelaburan tempatan dan asing serta kelangsungan Perusahaan Kecil dan Sederhana. Di antara pertimbangan penting yang turut diambil kira oleh Kerajaan adalah keperluan untuk menjamin kestabilan aktiviti eksport negara memandangkan Malaysia merupakan salah satu negara utama dalam eko-sistem rantaian bekalan global. Sektor-sektor ekonomi dalam perkhidmatan perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP adalah seperti yang diperincikan di Lampiran 1. Lampiran ini merangkumi sektor pengilangan dan pembuatan di bawah kawal selia MITI serta sektor-sektor pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi di bawah bidang kuasa Kementerian dan Agensi lain. SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan yang di bawah tanggungjawab MITI boleh dimuat turun dari laman sesawang MITI di www.miti.gov.my.

(6)

3

6. Syarikat-syarikat yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu

COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) melalui pautan https://notification.miti.gov.my tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP. Syarikat-syarikat yang berkenaan hanya perlu memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang boleh dimuat turun mulai hari ini, 12 Januari 2021 bermula jam 3.00 petang.

7. Syarikat-syarikat sektor pengilangan dan pembuatan dalam perkhidmatan perlu yang belum berdaftar dengan CIMS boleh berbuat demikian di pautan https://notification.miti.gov.my mulai pukul 3.00 petang, 12 Januari 2021. Surat notifikasi pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat selepas pendaftaran.

8. Pendaftaran ini hanya terpakai untuk syarikat-syarikat dalam sektor pengilangan dan pembuatan di bawah seliaan MITI. Majikan bertanggungjawab untuk memuat turun surat notifikasi pengesahan pendaftaran untuk membolehkan pergerakan pekerja dalam tempoh PKP. Pekerja syarikat yang dibenarkan untuk berada di tempat kerja pada satu-satu masa adalah wajib membawa sesalinan surat notifikasi pengesahan pendaftaran yang dibekalkan oleh majikan bersama pas pekerja/surat pengesahan majikan. Ini bertujuan mempermudahkan pergerakan kenderaan komersial dan juga pergerakan pekerja antara kediaman dan tempat kerja. Pihak MITI telah memaklumkan kepada pihak PDRM berhubung perkara ini bagi memudahkan pergerakan di operasi sekatan jalan raya (SJR).

9. Selaras dengan objektif untuk mengekang penularan pandemik COVID-19, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan pengurusan dibenarkan berada di pejabat. Manakala jumlah pekerja kumpulan sokongan dan pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dalam production line akan ditentukan oleh majikan masing-masing dengan mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.

(7)

4

10. Bagi kerja-kerja yang tidak memerlukan kehadiran secara fizikal, arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) akan berkuatkuasa. Kerajaan menyeru pihak industri dan swasta mempertingkatkan pelaksanaan BDR sebagai norma baharu selari dengan kecanggihan teknologi terkini dan aplikasi atas talian.

11. Kerajaan dan pihak swasta perlu berganding bahu untuk membendung dan memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 daripada menjadi lebih kritikal demi melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat dan mempercepatkan proses pemulihan ekonomi.

12. MITI ingin menegaskan kewajipan dan kebertanggungjawaban pihak industri untuk mematuhi arahan PKP dan SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan. MITI dengan kerjasama Pihak Berkuasa Negeri akan menjalankan penguatkuasaan secara berkala di sepanjang tempoh PKP ke atas syarikat-syarikat untuk memastikan pematuhan SOP dan akan mengambil tindakan mengkompaun kesalahan selaras dengan Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342). Majikan yang didapati melanggar dan tidak mematuhi SOP akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.

13. MITI juga telah menyediakan senarai soalan-soalan lazim (FAQ) untuk membantu pihak industri dalam mendapatkan maklumat terperinci dan tepat mengenai SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan bagi membolehkan sektor-sektor pengilangan dan pembuatan untuk beroperasi dalam tempoh PKP.

14. Sebagai barisan hadapan ekonomi negara, MITI akan terus memastikan persekitaran dalam negara yang kondusif dan mesra-perniagaan bagi merancakkan aktiviti-aktiviti ekonomi beroperasi dengan lancar dan terus berkembang.

DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI 12 JANUARI 2021

(8)

5

LAMPIRAN I

CADANGAN SENARAI PERKHIDMATAN PERLU (Sehingga 10 Januari 2021)

A. Pengilangan dan Pembuatan

1. Aeroangkasa termasuk MRO;

2. Pengilangan dan Perkhidmatan Lepas Jualan Automotif; 3. Makanan, minuman dan rantaiannya;

4. Pembungkusan dan percetakan;

5. Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG - sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya;

6. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;

7. Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran;

8. Komponen untuk alat perubatan; 9. Elektrikal dan elektronik;

10. Minyak dan gas (Oil and Gas); 11. Petrokimia dan produk petrokimia; 12. Produk kimia;

13. Mesin dan peralatan;

14. Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan); 15. Besi dan keluli;

(9)

6

16. Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE); 17. Sektor perabot; dan

18. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

B. Pembinaan

19. Pembinaan:

i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;

ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan

penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

C. Perkhidmatan

20. Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:

i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan

ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

21. Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:

i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen); ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;

iii. Pembersihan awam; dan

iv. Pembersihan premis dan sanitasi.

22. Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT dan perkhidmatan perniagaan global (GBS);

23. E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat;

(10)

7

24. Hotel dan penginapan;

25. Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar:

i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji pemprosesan haiwan/ rumah sembelihan/ ternakan/ kilang makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan ternakan adalah pada waktu malam);

ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import); dan

iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan. 26. Utiliti (air dan tenaga);

27. Perkhidmatan profesional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan);

28. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services); 29. Keselamatan dan Pertahanan;

30. Pengangkutan melalui darat, air dan udara;

31. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.

D. Perdagangan Pengedaran

32. Penggudangan dan Logistik;

33. Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman; dan

(11)

8 E. Perladangan dan Komoditi

35. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan 36. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.

F. Lain - Lain

37. Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.

(12)

1

SOALAN LAZIM (FAQ)

BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI BAHAGIAN 1: SOALAN UMUM MENGENAI OPERASI AKTIVITI EKONOMI

1. Bolehkah syarikat saya beroperasi sepanjang tempoh PKP?

Ya, sekiranya syarikat anda dikategorikan di bawah Senarai Perkhidmatan Perlu (Lampiran 1) dan bagi sektor pengilangan dan pembuatan, syarikat telah berdaftar dengan MITI melalui sistem COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) menggunakan pautan https://notification.miti.gov.my.

2. Perlukah saya memohon kebenaran untuk beroperasi daripada MITI melalui sistem pangkalan data CIMS sepanjang tempoh PKP?

Syarikat sektor pengilangan dan pembuatan dan rantaiannya yang telah berdaftar dengan pangkalan data MITI iaitu CIMS tidak perlu membuat pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP. Surat pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat mulai 12 Januari 2021, jam 3.00 petang.

Bagi syarikat-syarikat sektor pengilangan dan pembuatan dan rantaian dalam perkhidmatan perlu yang belum berdaftar dengan CIMS boleh berbuat demikian mulai 12 Januari 2021, jam 3.00 petang. Surat pengesahan pendaftaran boleh dimuat turun oleh syarikat selepas pendaftaran.

3. Bolehkah syarikat saya beroperasi 24 jam?

Sila rujuk SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui laman web www.mkn.gov.my.

Aktiviti ekonomi dan industri yang disenaraikan sebagai sektor ekonomi perlu oleh MKN iaitu pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, serta perladangan dan komoditi boleh beroperasi mengikut SOP khusus yang ditetapkan oleh Kementerian/ Agensi berkaitan.

SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan yang dibawah tanggungjawab MITI, boleh dimuat turun dari laman sesawang MITI di www.miti.gov.my

(13)

2

4. Bolehkah saya menghantar barangan ke lokasi-lokasi di kawasan PKP menggunakan kenderaan perdagangan?

Kenderaan perdagangan yang membawa barangan dan perkhidmatan dibenarkan keluar masuk menggunakan pas pekerja atau surat kebenaran majikan.

5. Bolehkah saya menghantar barangan komersil/ perniagaan ke luar daerah atau negeri?

Boleh, dengan syarat surat pengesahan majikan ATAU pas pekerja dibawa bersama. 6. Adakah saya dibenarkan untuk rentas daerah/negeri untuk tujuan

kerja/perniagaan?

Ya, dibenarkan. Pekerja hanya perlu membawa pas pekerja atau surat kebenaran majikan.

7. Bolehkah semua pekerja saya datang bekerja?

Bagi Kumpulan Pengurusan, hanya 30 peratus (30%) pekerja dibenarkan berada di pejabat manakala kehadiran pekerja bagi kategori lain terhad kepada mereka yang perlu hadir secara fizikal ke tempat kerja. (Definisi bagi Kumpulan Pengurusan boleh dirujuk di Bahagian 2, Soalan No. 2)

Manakala, bagi kerja-kerja yang tidak memerlukan kehadiran secara fizikal, arahan Bekerja Dari Rumah (BDR) akan berkuatkuasa.

8. Apakah SOP syarikat sepanjang PKP?

Sila ke laman sesawang Majlis Keselamatan Negara www.mkn.gov.my untuk merujuk kepada SOP terkini.

SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan yang dibawah tanggungjawab MITI, boleh dimuat turun dari laman sesawang MITI di www.miti.gov.my

9. Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya syarikat tidak mematuhi SOP PKP? Anda boleh melaporkan ketidakpatuhan syarikat di balai polis berhampiran.

10. Bolehkah syarikat memohon pengesahan Perakuan Tempasal (Certificate of Origin - COO) sepanjang tempoh penguatkuasaan PKP?

(14)

3

11. Adakah permohonan keluar dan masuk dari Malaysia melalui Jawatankuasa One Stop Centre (OSC) masih diteruskan seperti biasa?

Ya. Permohonan keluar dan masuk dari Malaysia melalui Jawatankuasa OSC masih diteruskan dalam tempoh PKP ini.

BAHAGIAN 2: ARAHAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR) 1. Apakah yang dimaksudkan dengan amalan BDR?

Amalan BDR merujuk kepada pelaksanaan tugasan pejabat di rumah masing-masing mengikut tatacara/garis panduan yang ditetapkan oleh majikan mengikut keperluan syarikat masing-masing.

2. Adakah amalan BDR wajib bagi semua pekerja industri?

Pihak majikan wajib melaksanakan amalan BDR bagi kakitangan kumpulan pengurusan yang merangkumi antaranya tugasan melibatkan perakaunan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan, ICT dan yang berkaitan.

Selaras dengan objektif untuk mengekang penularan pandemik COVID-19, hanya 30 peratus (30%) pekerja dalam Kumpulan Pengurusan dibenarkan berada di pejabat. Manakala, jumlah pekerja kumpulan sokongan dan pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dalam production line akan ditentukan oleh majikan masing-masing dengan mengambil kira pematuhan ketat SOP yang ditetapkan.

Contohnya, sekiranya terdapat 10 orang atau kurang di dalam kumpulan pengurusan dan penyeliaan, hanya tiga (3) orang sahaja yang dibenarkan untuk datang ke pejabat pada satu-satu masa.

Bagi pekerja sektor-sektor lain yang tidak disenaraikan di dalam Senarai Perkhidmatan Perlu, arahan BDR akan berkuatkuasa.

3. Apakah tindakan yang majikan perlu ambil sekiranya pekerja tidak mahu datang bekerja dan mahu BDR?

Majikan boleh mengambil tindakan mengikut budi bicara dan tatacara syarikat berdasarkan dasar Kerajaan dan Akta yang berkaitan. Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara ini, sila rujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja.

4. Adakah pekerja yang perlu ke pejabat perlu menjalani ujian saringan COVID-19? Sila rujuk SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui laman web www.mkn.gov.my.

(15)

4

5. Syarikat saya sudah berdaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System (CIMS), perlukah saya mendaftar sekali lagi?

Tidak perlu. Pendaftaran di CIMS hanya perlu dilakukan sekali sahaja tetapi syarikat perlu memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini yang boleh dicapai melalui sistem CIMS dengan menggunakan log masuk dan kata laluan yang sama.

6. Syarikat saya sudah berdaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) dan telah diberikan surat kebenaran beroperasi pada tahun 2020. Perlukah saya mendaftar sekali lagi?

Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan terdahulu adalah terbatal.

Walau bagaimanapun, syarikat tidak perlu mendaftar sekali lagi, tetapi hanya perlu memuat turun surat pengesahan pendaftaran terkini yang boleh dicapai melalui sistem CIMS dengan menggunakan log masuk dan kata laluan yang sama.

7. Bolehkah syarikat saya beroperasi 24 jam?

Sila rujuk SOP Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui laman web www.mkn.gov.my.

8. Apakah Senarai Perkhidmatan Perlu yang dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP?

Syarikat boleh merujuk kepada Senarai Perkhidmatan Perlu di Lampiran 1.

9. Perlukah saya mengemaskini senarai pekerja yang pernah diisytiharkan sebelum ini di dalam CIMS?

Tidak perlu.

10. Apakah dokumen yang perlu dibawa oleh pekerja sebagai pengesahan kebenaran bertugas daripada majikan kepada pihak berkuasa?

Pekerja syarikat adalah wajib membawa bersama sesalinan surat pengesahan pendaftaran dan pas pekerja/surat pengesahan majikan bagi tujuan pergerakan antara kediaman dan tempat kerja.

11. Apakah had penumpang maksimum yang dibenarkan bagi kenderaan persendirian?

i. Untuk mendapatkan barangan keperluan asas had penumpang adalah terhad kepada dua (2) orang sahaja, iaitu seorang pemandu dan seorang penumpang; dan

ii. Bagi mendapatkan rawatan di hospital atau klinik, had penumpang maksimum adalah tiga (3) orang, iaitu seorang pemandu dan dua (2) penumpang.

(16)

5

12. Apakah SOP syarikat sepanjang PKP?

Sila rujuk laman web Majlis Keselamatan Negara www.mkn.gov.my untuk membaca senarai-senarai SOP PKP yang ditetapkan Kerajaan bagi sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi.

SOP bagi sektor pengilangan dan pembuatan yang dibawah tanggungjawab MITI, boleh dimuat turun dari laman sesawang MITI di www.miti.gov.my

13. Apakah yang boleh saya lakukan sekiranya syarikat tidak mematuhi SOP PKP? Anda boleh melaporkan ketidakpatuhan syarikat kepada balai polis berdekatan.

BAHAGIAN 3: PENDAFTARAN DI COVID-19 INTELLIGENT MANAGEMENT SYSTEM (CIMS) 1. Bagaimana saya boleh membuat pendaftaran di CIMS?

Anda boleh ke pautan https://notification.miti.gov.my membuat pendaftaran dan ikut arahan dari laman ke laman. Jangan letak ‘www’ di URL pendaftaran ini.

2. Saya menghadapi masalah teknikal dalam mengakses CIMS. Apakah yang harus saya lakukan?

Sekiranya anda tidak boleh mengemaskini maklumat anda di CIMS, mohon emel kepada kumpulan teknikal CIMS di cims@marii.my.

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI) 12 JANUARI 2021

(17)

6

LAMPIRAN I SENARAI PERKHIDMATAN PERLU

A. Pengilangan dan Pembuatan 1. Aeroangkasa termasuk MRO;

2. Pengilangan dan Perkhidmatan Lepas Jualan Automotif; 3. Makanan, minuman dan rantaiannya;

4. Pembungkusan dan percetakan;

5. Produk barangan rumah, barang penjagaan diri (FMCG - sabun, pembersih diri dan lain-lain) dan bahan pencuci termasuk rantaiannya;

6. Penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet;

7. Peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan peralatan keselamatan kebakaran; 8. Komponen untuk alat perubatan;

9. Elektrikal dan elektronik; 10. Minyak dan gas (Oil and Gas); 11. Petrokimia dan produk petrokimia; 12. Produk kimia;

13. Mesin dan peralatan;

14. Seramik (seramik sebagai acuan bagi pembuatan sarung tangan); 15. Besi dan keluli;

16. Tekstil (yang melibatkan pengeluaran PPE); 17. Sektor perabot; dan

18. Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir.

(18)

7 19. Pembinaan:

i. Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kritikal;

ii. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur awam yang utama; dan

iii. Kerja-kerja pembinaan bangunan yang menyediakan penginapan pekerja yang lengkap di tapak bina atau pekerja yang ditempatkan di Kuarters Pekerja Berpusat (CLQ).

C. Perkhidmatan

20. Perkhidmatan Kewangan dan rantaiannya:

i. Institusi Kewangan (Perbankan, Insurans, Takaful dan entiti-entiti lain yang dilesen, diilulus atau didaftar oleh Bank Negara Malaysia); dan

ii. Entiti-entiti pasaran modal yang dilesen, didaftar atau dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

21. Perkhidmatan perbandaran dan kerajaan tempatan:

i. Pajak gadai/kredit komuniti (syarikat peminjam wang berlesen); ii. Pengurusan sisa pepejal/ pembetungan;

iii. Pembersihan awam; dan

iv. Pembersihan premis dan sanitasi.

22. Infrastuktur telekomunikasi dan digital termasuk perkhidmatan ICT dan perkhidmatan perniagaan global (GBS);

23. E-Dagang dan rantaiannya termasuk perkhidmatan e-marketplace, pembayaran digital dan pusat internet e-dagang setempat;

24. Hotel dan penginapan;

25. Sektor pertanian, perikanan dan penternakan termasuk perkhidmatan veterinar: i. Pengurusan ladang/ sarang burung walit/ kuda/ loji pemprosesan haiwan/

rumah sembelihan/ ternakan/ kilang makanan haiwan ternakan/pembekal spt vaksin/pengurusan ternakan/kedai haiwan kesayangan (operasi pemindahan ternakan adalah pada waktu malam);

ii. Kawalan penyakit dan dikawalselia pengeluaran ternakan hidup, input ternakan dan produk berkaitan industri ternakan (termasuk eksport dan import); dan iii. Pengurusan kesihatan, diagnosa penyakit dan rawatan haiwan.

26. Utiliti (air dan tenaga);

27. Perkhidmatan professional (termasuk akauntan/ peguam/ auditor/ jurutera/ arkitek), saintifik (termasuk R&D) dan teknikal (termasuk penyenggaraan);

(19)

8

28. Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (Security Services); 29. Keselamatan dan Pertahanan;

30. Pengangkutan melalui darat, air dan udara;

31. Perkhidmatan dan pengusahaan pelabuhan, limbungan dan lapangan terbang, termasuk pemunggahan dan pemindahan kargo, pemaliman, penyimpanan atau pemukalan komoditi.

D. Perdagangan Pengedaran 32. Penggudangan dan Logistik;

33. Perkhidmatan/ Penjualan/ Penghantaran Makanan dan Minuman; dan 34. Peruncitan/ Pengedaran/ Pemborongan.

E. Perladangan dan Komoditi

35. Pertanian, perikanan dan penternakan serta rantaiannya; dan 36. Perladangan dan komoditi serta rantaiannya.

F. Lain - Lain

37. Apa-apa perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri Kesihatan selepas berunding dengan pihak berkuasa yang mengawal selia perkhidmatan, kerja, industri dan perniagaan itu.

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI (MITI) 12 JANUARI 2021

(20)

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

MAKLUMAN BERKENAAN KEBENARAN UNTUK BEROPERASI

BAGI SYARIKAT-SYARIKAT SEKTOR LOGISTIK SEPANJANG

TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) MULAI

13 JANUARI 2021

Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) ingin merujuk kepada Perutusan Khas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia pada 11 Januari 2021 mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri iaitu Johor, Melaka, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Selangor, Pulau Pinang dan Sabah mulai 13 hingga 26 Januari 2021.

Dalam hal ini, MOT amat peka dan memandang serius segala isu atau permasalahan melibatkan orang ramai terutama bagi memastikan kelangsungan aktiviti perdagangan dan sektor logistik yang berhubungkait dengan pengoperasian pengangkutan dapat terus beroperasi dengan lancar dan selamat. Justeru itu, bagi memastikan kelancaran pergerakan, pemilik kenderaan perdagangan tidak disyaratkan untuk mendapatkan surat kelulusan daripada MOT dan memadai hanya dengan mendapat surat pengesahan daripada majikan masing-masing.

Sebagai makluman, tiada sekatan untuk kenderaan perdagangan beroperasi sepanjang tempoh PKP ini. Bagi tujuan ini, laluan khas akan disediakan di setiap Sekatan Jalan Raya (SJR) dan pemandu kenderaan perdagangan hanya perlu mengemukakan surat pengesahan majikan untuk beroperasi jika diminta oleh pihak berkuasa.

Bagi syarikat-syarikat sektor logistik yang lain (contohnya seperti freight forwarders, operator gudang) yang berdaftar dengan persatuan masing-masing, surat kebenaran daripada MOT boleh diperolehi dari persatuan masing-masing. Surat Kebenaran daripada MOT dan bukti keahlian persatuan perlu disertakan sekiranya diminta oleh pihak berkuasa. Manakala bagi syarikat yang tidak berdaftar dengan mana-mana persatuan, surat kelulusan daripada MOT boleh dipohon menerusi pautan https://application.mot.gov.my/.

Pihak Kementerian ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan seperti tidak keluar dari rumah, melainkan sekiranya benar-benar perlu sahaja. Bagi pengguna pengangkutan awam, dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi SOP dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), mengamalkan penjarakan fizikal serta sentiasa menjaga kebersihan diri sebagai langkah pencegahan dalam berdepan penularan pandemik COVID-19.

(21)

Sebarang aduan / pertanyaan, sila e-mel ke aduan@mot.gov.my, atau WhatsApp ke 019-2907723 atau menghubungi Hotline MOT : 1800-88-7723 (8 pagi – 6 petang). Atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara, Majlis Keselamatan Negara, di talian 03-88882010.

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA 13 JANUARI 2021

-TAMAT- Tentang MOT:

Kementerian Pengangkutan Malaysia bertekad untuk menjadi peneraju transformasi sistem pengangkutan yang bersepadu, efisien dan selamat dengan memperkasakan sistem pengangkutan berteraskan teknologi sebagai pemangkin pembangunan negara.

Pertanyaan Media

Kementerian Pengangkutan Malaysia Unit Komunikasi Korporat

Tel +603 8892 1006 (Setiausaha Akhbar) +603 8892 1027 (Unit Komunikasi Korporat) Faks +603 8892 0208

E-mel sua@mot.gov.my

(22)

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

SOALAN LAZIM (FAQ)

MENGENAI OPERASI LOGISTIK DAN PARCEL HAILING

(P-HAILING) SEMASA TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

(PKP)/BERSYARAT(PKPB)/PEMULIHAN (PKPP)

LOGISTIK

1.

Adakah aktiviti logistik dibenarkan semasa tempoh Perintah

Kawalan Pergerakan Pergerakan (PKP)/ Bersyarat (PKPB) /

Pemulihan (PKPP)?

Sektor pengangkutan dan logistik telah dibenarkan beroperasi

sebagai Perkhidmatan Perlu (Essential Services) merujuk kepada

Jadual Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit

Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan

Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021 (P.U(A) 8) bertarikh 12

Januari 2021. Kelulusan untuk terus beroperasi tertakluk kepada

penyampaian perkhidmatan perlu yang telah disenaraikan dan

sedang berkuatkuasa.

Aktiviti-aktiviti logistik yang dibenarkan adalah merangkumi

perkara-perkara berikut:

i. Perkhidmatan freight forwarder dan agen kastam

ii. Operasi lori hauliers

iii. Operasi rel barangan (freight train)

iv. Operasi shipping line dan Non Vessel Operating Common

Carrier (NVOCC)

v. Operasi kargo udara (air freight)

vi. Aktiviti penstoran (pergudangan, off dock dan sebagainya)

vii. Operasi Inland Container Depot

viii. Operasi ancillary services kepada pengangkutan melalui

darat, air atau udara (towing, bengkel, supply tayar etc)

(23)

FAQ MENGENAI PELAKSANAAN SOP BAGI AKTIVITI YANG DIBENARKAN DALAM TEMPOH PKPB KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

2

2.

Adakah syarikat logistik dan pengangkutan masih perlu

memohon surat kelulusan beroperasi daripada MITI untuk

beroperasi?

Tidak. Syarikat logistik dan pengangkutan tidak perlu membuat

pendaftaran semula untuk beroperasi dalam tempoh PKP.

Pemilik

kenderaan

perdagangan

tidak

disyaratkan

untuk

mendapatkan surat kelulusan daripada MOT dan memadai hanya

dengan mendapat surat pengesahan daripada majikan

masing-masing.

Sebagai makluman, tiada sekatan untuk kenderaan perdagangan

beroperasi sepanjang tempoh PKP ini. Bagi tujuan ini, laluan khas

akan disediakan di setiap Sekatan Jalan Raya (SJR) dan pemandu

kenderaan perdagangan hanya perlu mengemukakan surat

pengesahan majikan untuk beroperasi jika diminta oleh pihak

berkuasa.

Bagi syarikat-syarikat sektor logistik yang lain (contohnya seperti

freight forwarders, operator gudang) yang berdaftar dengan

persatuan masing-masing, surat kebenaran daripada MOT boleh

diperolehi dari persatuan masing-masing. Surat Kebenaran daripada

MOT dan bukti keahlian persatuan perlu disertakan sekiranya diminta

oleh pihak berkuasa. Manakala bagi syarikat yang tidak berdaftar

dengan mana-mana persatuan, surat kelulusan daripada MOT boleh

dipohon menerusi pautan

https://application.mot.gov.my/

.

3.

Adakah syarikat logistik boleh menghantar barangan ke lokasi

yang tidak mendapat kebenaran beroperasi?

Sebelum melaksanakan penghantaran, pihak syarikat perlu

memastikan pemilik kargo dibenarkan beroperasi (mempunyai surat

kebenaran beroperasi daripada agensi berkaitan, contohnya MITI )

untuk menerima kargo yang akan dihantar.

Dalam situasi kilang pembekal tidak dibenarkan beroperasi tetapi

bahan mentah dari kilang pembekal tersebut boleh didapati di

gudang, syarikat pengangkutan dibenarkan untuk membawa bahan

tersebut ke kilang pembuatan untuk dikilangkan.

(24)

FAQ MENGENAI PELAKSANAAN SOP BAGI AKTIVITI YANG DIBENARKAN DALAM TEMPOH PKPB KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

3

4.

Adakah MOT akan mengeluarkan pemakluman berkenaan

dengan jenis muatan barang yang dibenarkan kepada

pengusaha lori dan logistik sepanjang tempoh Perintah Kawalan

Pergerakan ini?

Semua

jenis

barangan

oleh

dibawa

semasa

tempoh

PKP/PKPB/PKPP ini. Justeru tiada sebarang pemakluman akan

dikeluarkan.

5.

Apakah status pengoperasian e-fulfillment hubs/warehousing

operations dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini?

Kerajaan

tiada

halangan

bagi

pengoperasian

e-fulfillment

hubs/warehousing

operations.

Ini

kerana,

e-fulfillment

hubs/warehousing operations tidak tertakluk di bawah Perintah

Sekatan Pergerakan seperti yang digariskan dalam Warta Kerajaan

Persekutuan Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan

Jangkitan) 2021 (PU(A) 8, 9 atau 10). Pihak industri diminta mengikut

saranan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membendung

penularan COVID-19.

Operasi pusat pengedaran (DC) yang melibatkan bekalan barangan

keperluan (essential daily needs) dan makanan merangkumi

e-commerce warehouse dan supporting warehouse services adalah

dibenarkan untuk terus beroperasi, tertakluk kepada peraturan dan

SOP PKP/PKPB/PKPP yang sedang berkuatkuasa.

6.

Apakah syarat- syarat yang perlu dipatuhi oleh syarikat

penyedia logistik untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan

Pergerakan ini?

Sebelum melaksanakan penghantaran, pihak syarikat perlu

memastikan gudang/kilang/syarikat pemilik kargo dibenarkan

beroperasi untuk menerima kargo yang akan dihantar. Pihak syarikat

juga perlu mematuhi tatacara bekerja di pejabat dan lapangan

sebagaimana SOP yang dikeluarkan oleh MKN.

(25)

FAQ MENGENAI PELAKSANAAN SOP BAGI AKTIVITI YANG DIBENARKAN DALAM TEMPOH PKPB KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

4

Penjarakan sosial perlu dijadikan sebagai norma dalam urusan

seharian termasuk dalam urusan penghantaran barangan. Urusan

pemunggahan yang kini turut dibantu oleh pekerja pengangkutan

(pemandu & kelindan), terutama di kedai-kedai runcit, pusat

membeli-belah dan kedai serbaneka, perlu dijalankan sepenuhnya

oleh pemilik kargo dengan tenaga kerja minimum.

7.

Adakah pengoperasian forwarding agent dan shipping agent di

pelabuhan beroperasi dalam tempoh ini?

Operasi pelabuhan akan berjalan seperti biasa. Semua aktiviti

pemunggahan dan pergerakan barang bagi kapal kargo dibenarkan

berjalan seperti biasa dan tidak terhad kepada essential items. Oleh

itu, pengoperasian forwarding agent dan shipping agent juga akan

berjalan seperti biasa di pelabuhan-pelabuhan Malaysia. Tertakluk

kepada pematuhan arahan pengoperasian serta arahan semasa

MKN.

8.

Adakah pergerakan kargo rentas sempadan melalui jalan darat

di pintu masuk utama Malaysia (import, eksport dan

transhipment) dibenarkan dalam tempoh ini?

Semua kru udara, anak-anak kapal serta pekerja lori yang memandu

kenderaan berat untuk tujuan membawa barangan komersil adalah

dibenarkan keluar dan masuk ke negara-negara bersempadan darat

seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Brunei, tertakluk kepada

arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Imigresen

Malaysia (JIM) dan PDRM.

Semua kru udara, anak-anak kapal serta pekerja lori dikehendaki

menjalani saringan kesihatan dan mematuhi peraturan kawalan

sempadan yang berkaitan sebagaimana peraturan semasa yang

dipersetujui di antara Kerajaan Malaysia dengan negara

–negara

berkenan.

Syarikat diminta memastikan pekerja yang terlibat mempunyai

pasport yang masih sah dan helaian dalam buku pasport mencukupi

untuk urusan imigresen. Sekiranya pasport tamat, syarikat boleh

menghubungi Pengarah Imigresen Negeri yang terlibat bagi

(26)

FAQ MENGENAI PELAKSANAAN SOP BAGI AKTIVITI YANG DIBENARKAN DALAM TEMPOH PKPB KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

5

memohon pembaharuan tempoh sah/pengeluaran buku pasport

baharu dalam tempoh PKP.

Walaubagaimanapun, arahan ini tertakluk kepada arahan semasa

MKN.

9.

Adakah terdapat larangan pergerakan kenderaan barangan di

jalan raya?

Tiada sebarangan larangan pergerakan kenderaan barangan di

jalanraya. Walau bagaimanapun sekiranya boleh, pemilik kargo

digalakkan menggunakan mod pengangkutan kargo melalui rel

semaksima mungkin bagi mengurangkan risiko kontak COVID-19 di

kalangan pekerja lori. Antara segmen yang digalakkan ialah

pemindahan antara terminal yang mempunyai perkhidmatan rel

sedia ada iaitu di antara WestPort dan Northport di Pelabuhan Klang,

dan Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang di

Johor Bharu.

Parcel-Hailing (p-Hailing)

10.

Adakah khidmat penghantaran barangan masih dibenarkan

semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini?

Perkhidmatan penghantaran barangan masih dibenarkan untuk

beroperasi berdasarkan kepada Jadual Peraturan 3,

Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di

Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021

(P.U(A) 8) bertarikh 12 Januari 2021.

Penunggang adalah diwajibkan untuk mempunyai lesen memandu

penuh (CDL) yang sah dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

Penunggang juga bebas daripada senarai hitam JPJ / PDRM.

Semua entiti atau individu dinasihatkan untuk mempunyai

perlindungan insurans kepada penunggang;

Semua penunggang hendaklah mematuhi semua

peraturan-peraturan jalan raya seperti memakai topi keledar dan sebagainya.

Kotak yang akan dibawa bagi mengisi barangan hendaklah

mematuhi saiz yang telah ditetapkan di bawah kaedah pembinaan

dan penggunaan JPJ.

(27)

FAQ MENGENAI PELAKSANAAN SOP BAGI AKTIVITI YANG DIBENARKAN DALAM TEMPOH PKPB KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

6

Atas dasar keselamatan, tidak dibenarkan menggunakan lebuhraya

inter-zone (localization), diwajibkan menggunakan laluan motosikal

di mana digazetkan, dan pemakaian tanda baju yang jelas/selamat.

11.

Bolehkah saya menggunakan kenderaan persendirian untuk

membuat penghantaran barangan sepanjang tempoh PKP ini?

Sebagaimana dinyatakan dalam Akta Pengangkutan Awam Darat

2010 (Akta 715) dan Akta LPKP 1987(Akta 334), semua

perkhidmatan kenderaan barangan perlu mempunyai lesen

pengendali dan kenderaan yang digunakan didaftarkan sebagai

kenderaan barangan sebelum dibenarkan beroperasi. Oleh yang

demikian, kenderaan persendirian tidak dibenarkan utk digunakan

sebagai kenderaan barangan sama ada bagi perniagaan sendiri

atau untuk pihak ketiga (bagi mendapatkan sewa/upah) sekiranya

tidak dilesenkan atau didaftarkan terlebih dahulu.

12.

Adakah kenderaan yang menghantar barangan dibenarkan

beroperasi setiap masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan

) ini?

Walaupun operasi e-dagang dibenarkan beroperasi 24 jam, namun

waktu penghantaran adalah di antara jam 6.00 pagi hingga 12.00

malam sahaja, tertakluk kepada arahan semasa dari MKN.

Waktu operasi dan jenis barangan yang boleh dibawa tertakluk

kepada zon yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara

dan tertakluk kepada peraturan-peraturan semasa yang telah

ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

13.

Apakah MOT ada menetapkan apa-apa syarat berkaitan

saringan kesihatan sebelum syarikat/individu penghantar

barangan dibenarkan beroperasi semasa PKP ini?

Sebelum beroperasi, syarikat/individu yang terlibat dalam industri

p-hailing ini hendaklah mengamalkan penjarakan sosial, kesihatan

(28)

FAQ MENGENAI PELAKSANAAN SOP BAGI AKTIVITI YANG DIBENARKAN DALAM TEMPOH PKPB KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA

7

penunggang dinasihatkan untuk memakai face mask dan

menggunakan hand sanitizer dan membasuh tangan secara kerap.

Penunggang

diminta

untuk

menjalankan

proses

sanitasi

pembasmian kuman bagi kotak penghantaran setiap hari mengikut

garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

Malaysia. Semua penunggang hendaklah menjalani saringan

kesihatan serta mematuhi prosedur pencegahan COVID-19 yang

telah ditetapkan oleh KKM yang dikeluarkan dari semasa ke

semasa.

Sekiranya terdapat pekerja yang dijangkiti COVID-19, pihak syarikat

perlu membantu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam melaksanakan contact

tracing pekerja yang telah dijangkiti COVID-19 dan pengurusan

contact.

Kesemua penunggang p-hailing diwajibkan memuat turun dan

mendaftar di aplikasi mySejahtera dan perlu menunjukan bukti

pendaftaran kepada pihak penguatkuasa.

(29)
(30)

PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) DI PELABUHAN KLANG SEMASA PKP

§

Saringan / imbasan suhu badan perlu dilakukan

ke atas semua staf

Memastikan penjarakan sosial satu (1) meter di antara

satu sama lain.

Kawasan beratur perlu ditanda bagi mengekalkan

penjarakan sosial (kaunter / mesin angkat (lif) /

eskalator)

§

Penggunaan pelitup muka oleh semua kakitangan semasa berada di

dalam premis.

§

Menggunakan cecair pembasmi kuman di semua pintu

masuk

premis

(termasuk

lobi

utama,

kaunter

perkhidmatan, kawasan dermaga)

§

Mengamalkan kebersihan diri

LAMPIRAN 6

(31)

§

Mesyuarat / perjumpaan secara fizikal adalah tidak dibenarkan.

§

Semua mesyuarat / seminar di buat secara atas talian (Google Duo,

Zoom Webinar, Skype)

§

Penyediaan tong sampah khas untuk membuang

topeng muka dan sarung tangan yang telah digunakan

§

Pelupusan / pembuangan berjadual bagi tong sampah

khas ini perlu diaturkan

§

Pihak terminal perlu menyimpan rekod semua staf, pemain

industri dan vendor yang memasuki dan berurusan di premis

§

Kawasan rehat terminal / kawasan awam termasuk kawasan rehat

stevedor / ruang solat / dan tandas perlu disanitasi secara kerap

RANGKAIAN LOGISTIK

(32)

§

Penganjuran sebarang aktiviti / acara adalah tidak

dibenarkan di Pusat Sukan dan Rekreasi

§

Memastikan penjarakan sosial satu (1) meter di

antara satu sama lain

§

Kawasan beratur perlu ditanda bagi mengekalkan

penjarakan sosial (kaunter / mesin angkat (lif) /

eskalator)

§

Waktu operasi kaunter dihadkan dan menggalakkan transaksi atas

talian bagi mengurangkan sentuhan fizikal

RANGKAIAN LOGISTIK

(33)

§

Permohonan baharu / permohonan pembaharuan pas

pelabuhan perlu dihantar secara atas talian

§

Pihak Pengurusan

perlu

menyediakan jadual

bertugas

dan

menetukan staf yang perlu bekerja di tempat kerja

§

Kenderaan yang membawa kakitangan daripada bangunan pejabat ke

yad kontena perlu disanitasi secara kerap serta dilengkapi dengan cecair

pembasmi kuman

§

Semua kapal adalah dibenarkan untuk berlabuh dan

beroperasi di Pelabuhan Klang kecuali kapal persiaran

TERMINAL PELABUHAN

(34)

§

Kawasan beratur untuk merakam waktu bekerja

perlu bagi mengekalkan penjarakan sosial di

kalangan staf

§

Alat perakam waktu bekerja perlu disanitasi secara

kerap

§

Kafe dan kedai yang beroperasi perlu ditanda bagi mengekalkan

penjarakan sosial di kalangan staf dan pelanggan

§

Kafe dan kedai perlu kerap disanitasi

§

Kerja-kerja pembinaan / pengubahsuaian / baik pulih yang perlu

diutamakan oleh pihak pelabuhan hendaklah dilaksanakan

§

Pihak terminal perlu memastikan kontraktor / vendor perlu

memastikan normal baharu

TERMINAL PELABUHAN

(35)

§

Kapal persiaran boleh berlabuh di Boustead Cruise Centre untuk

aktiviti bunkering / pembekalan bahan makanan dan sign off

krew kapal warganegara Malaysia

§

Ruang menunggu di kawasan ketibaan dan kawasan pelepasan

perlu ditandakan bagi mengekalkan jarak sosial di antara

penumpang serta pekerja

§

Kapal yang berlabuh perlu memaklumkan kepada

Pejabat Kesihatan Pelabuhan Klang 12 jam sebelum

ketibaan

§

Keadaan kesihatan dan keselamatan anak kapal perlu

dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan Pelabuhan

TERMINAL PENUMPANG DAN JETI KARGO

(36)

§

Kelulusan dari OGA dijalankan secara atas talian dan

ejen perlu mengemukakan dokumen sokongan untuk

diluluskan atas talian

§

Pemeriksaan yang dijalankan perlu mematuhi

normal baharu

§

Meminimumkan kakitangan semasa pemeriksaan

(37)

§

Waktu Operasi Depoh adalah seperti berikut:

Isnin - Sabtu: 8.00am - 4.00am (hari berikutnya)

Ahad & Cuti Umum: 8.00am - 4.00pm

§

Pengendali depoh digalakkan untuk menggunakan pembayaran secara atas talian (Depot Gate Charge)

§

Pemandu haulier tidak dibenarkan untuk turun dari

prime mover ketika berada di dalam kawasan depoh

§

Reach stacker / forklift operators (termasuk

kakitangan pejabat) untuk memakai PPE termasuk

pelitup muka dan sarung tangan semasa bekerja

DEPOH KONTENA KOSONG

(38)

§

Waktu Operasi Gudang adalah seperti berikut:

Isnin - Jumaat: 8am - 5pm

Sabtu: 8am - 1pm

Ahad & Cuti Umum: Atas permintaan

§

Forklift operators menggunakan PPE termasuk pelitup

muka semasa bekerja

§

Kakitangan Kaunter perlu menggunakan pelitup muka

semasa bekerja

GUDANG

(39)
(40)
(41)
(42)
(43)

Referensi

Dokumen terkait

• Pergerakan bantuan bencana/kemanusiaan oleh NGO perlu mendapatkan kebenaran dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah di kawasan

berkala untuk menjawab tantangan perkembangan zaman serta kemajuan IPTEKS. 7) Menyelenggarakan berbagai forum ilmiah baik nasional maupun internasional, serta mendorong dosen

Jika user ingin menambah data transaksi pengiriman, user harus mengisi setiap field yang ada lalu memilih tombol simpan. Ketika user memilih tombol simpan, maka

Nurcholis Madjid, Islam Kemodernan dan Keindonesiaan, Mizan, Bandung, 1987, h.49.. di malam hari. Mereka diperkenalkan dengan alam sedikit demi sedikit oleh KH. Beliau

Dari hasil pengujian tersebut, maka dapat dianalisais beberapa hal sebagai berikut. Short message tersebut akhirnya akan muncul pada command windows MATLAB 7.4. Hal ini membuktikan

Manfaat Sistem Dinamik 15 Fokus Isu Strategis Memfokuskan pekerjaan pada isu strategis yang menjadi penggerak utama Komprehensif Menangkap fenomena secara

Satu masalah dengan model markowitz jika digunakan secara praktikal adalah untuk mengidentifikasi satu kedudukan portofolio yang efisien, yaitu seseorang itu perlu