• Tidak ada hasil yang ditemukan

UMNO Tidak Diperlukan Di Sarawak PBB Mas

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "UMNO Tidak Diperlukan Di Sarawak PBB Mas"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

UMNO TIDAK DIPERLUKAN DI SARAWAK, PBB MASIH RELEVAN Oleh: Khairul Anwar Bin Junus

Persoalan mengenai perlukah UMNO mengembangkan sayapnya di bumi kenyalang dianggap sebagai isu paling sensitif kepada penduduk Sarawak dari dulu (terutamanya pada awal hingga pertengahan tahun 90-an) sehinggalah sekarang. Persoalan ini dibangkitkan semula apabila Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Johor dalam ucapan perasmian Majlis Pra-Gawai 2015 di Johor pada 10 Mei 2015 berkata bahawa UMNO Johor bercadang untuk menubuhkan satu cawangan UMNO khusus untuk orang Sarawak dalam kawasan P159 Pasir Gudang. Dengan adanya perwakilan sedemikian, beliau berkata masyarakat Sarawak di negeri Johor akan lebih terpelihara dari segi kebajikan dan mereka juga ada tempat untuk bersuara malah tambah beliau, terdapat kira-kira 40,000 penduduk Sarawak di Johor dan mereka layak diberi keistimewaan itu kerana mereka sudah lama bermastautin di negeri berkenaan dan sentiasa memberi sokongan kepada kerajaan serta menyumbang kepada ekonomi.

(2)

Bantahan juga dinyatakan oleh Presiden Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP), Dato’ Seri Toing King Si dimana beliau berpendapat terdapat banyak aspek yang perlu diteliti dengan salah satu daripadanya ialah perbezaan budaya kaum yang kemungkinan akan menimbulkan kekeliruan dan perselisihan faham di kalangan rakyat Sarawak sendiri. Disamping itu, menurut beliau, wujud kebimbangan sekiranya golongan terlibat apabila pulang ke kampung halaman atau kawasan masing-masing kelak akan cenderung untuk mengembangkan sayap UMNO.

Sememangnya diakui banyak pihak sebelum ini menyuarakan agar UMNO dapat mengembangkan sayapnya di bumi Sarawak. Salah seorangnya adalah Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri yang merupakan bekas Presiden UMNO. Perkara ini disuarakan sewaktu Dr. Mahathir yang merupakan Presiden UMNO merasmikan Perhimpunan Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada tahun 1998. Beliau mengumumkan bahawa UMNO sememangnya berminat untuk mengembangkankan sayapnya ke bumi kenyalang dengan jaminan bahawa kedatangan UMNO ke Sarawak tidak akan memecahbelahkan perpaduan Bumiputera dan komponen Barisan di Sarawak. Namun beliau mengatakan bahawa segala keputusan terpulang kepada rakyat Sarawak, bukan terpulang kepada UMNO di Semenanjung.

(3)

Percubaan untuk melebarkan sayap UMNO juga dilihat pada Pilihan Raya Umum ke-13 apabila Affendi Jeman yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penaja UMNO Sarawak (JPUNS) bertanding sebagai calon bebas di P193 Santubong menentang Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar (BN), Zulrusdi Hol (PKR) dan Mura Kadir (STAR). Namun beliau kalah teruk dengan hanya mendapat 233 undi sahaja.

Apa yang pasti adalah kemenangan Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 jelas menunjukkan bahawa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) masih relevan di Sarawak. Barisan yang memenangi 25 daripada 31 kerusi parlimen dimana PBB menjadi tunggak utama dengan memenangi 14 kerusi menunjukkan bahawa parti tersebut masih mendapat sokongan padu daripada rakyat Sarawak terutamanya di kawasan kerusi Bumiputera luar bandar. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang ditubuhkan pada 30 April 1973 hasil daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) ini merupakan parti yang berlandaskan perjuangan untuk meningkatkan kehidupan dan membela nasib kaum Bumiputera dalam pelbagai bidang, termasuk politik, ekonomi, dan sosial. Oleh itu, UMNO yang merupakan parti tunggak utama Barisan di peringkat kebangsaan seharusnya tahu bahawa perjuangan PBB tidak boleh dipandang enteng kerana perjuangan mereka adalah untuk kaum bumiputera khasnya dan rakyat Sarawak amnya. Pelebaran sayap UMNO di bumi kenyalang dalam menguatkan lagi Barisan untuk memenangi kerusi pada pilihan raya yang akan datang sememangnya tidak diperlukan kerana PBB merupakan sebuah parti yang kuat di Sarawak.

Referensi

Dokumen terkait

Ekspor Negara Hongaria untuk produk iron/steel, dalam bahasa Indonesia besi/baja ini terbagi dalam beberapa kode, disesuaikan dengan kebutuhan pemakaiannya, yaitu non

[r]

[r]

Masyarakat Penerima Program Keluarga Harapan (PKH) Desa Nagasaribu III selaku informan yang telah banyak membantu memberikan informasi yang sangat dibutuhkan dalam penulisan

beberapa dokumen yang digunakan dalam tahap pengamatan (observasi) seperti lembar observasi dosen dan mahasiswa untuk memantau proses pembelajaran, angket

Penelitian ini bertujuan untuk Menganalisis hubungan antara lama kerja, Penggunaan Alat Pelindung Diri (APD), masa kerja, jenis pekerjaan dengan gangguan

Pada lahan pertanaman lada di Lampung, terlihat bahwa pada tanaman dengan persentase tanaman sakit tinggi memiliki populasi nematoda yang lebih rendah, tetapi