• Tidak ada hasil yang ditemukan

SYARAT YANG MEMPERMUDAHKAN PENGGUNAAN KO (2)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SYARAT YANG MEMPERMUDAHKAN PENGGUNAAN KO (2)"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

BAB I

PENGENALAN

Komputer memainkan peranan yang besar dalam kehidupan manusia. Secara sedar atau tidak, kewujudan komputer menjadi suatu kemestian bagi mana-mana organisasi sama ada besar ataupun kecil. Peranan yang dimainkan oleh komputer sememangnya tidak dinafikan ekoran daripada kemampuannya melaksanakan pelbagai tugasan yang tidak mampu dilakukan oleh manusia secara manual dengan tepat dan cepat. Bidang pendidikan juga tidak ketinggalan menyusur arus perubahan ini dengan mengaplikasikan komputer dalam pelbagai aspek termasuklah pengajaran dan pembelajaran.

(2)

2 untuk menjayakan agenda negara adalah daripada sektor pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Dalam menyahut hasrat murni ini, Kementerian Pelajaran Malaysia berhadapan dengan tanggungjawab untuk menyediakan program pembangunan pendidikan yang bukan sahaja mampu melahirkan warga negara yang berilmu pengetahuan, berkemahiran serta celik komputer, malah dalam masa yang sama mempunyai nilai akhlak yang mulia, selaras dengan hasrat murni Falsafah Pendidikan Nasional (FPN).

Latar Belakang Kajian

Sejajar dengan hasrat negara untuk melahirkan masyarakat yang berilmu pengetahuan, berkemahiran serta celik komputer, pelbagai siri usaha telah dilaksanakan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan komputer dalam pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjalankan beberapa projek pendidikan yang berasaskan TMK dan perbekalan komputer sebagai aktiviti utama dalam penyediaan infrastruktur TMK di sekolah-sekolah.

(3)

3 Rintis Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik dilaksanakan di 15 buah sekolah rendah luar bandar di Selangor. Dalam menjayakan projek ini, sebanyak 21 unit komputer diagihkan pada sekolah terbabit manakala perisian kursus pendidikan disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK).

Usaha diteruskan pada tahun 1996 dengan penyediaan infrastruktur TMK diperluaskan ke 209 buah sekolah menengah dan 20 sekolah rendah. Sebanyak 20 unit komputer dengan satu pelayan (server) untuk Persekitaran Rangkaian Setempat (Local Area Network – LAN) tanpa Internet dipasang di setiap sekolah terlibat. Angka sekolah yang menerima kemudahan ini bertambah kepada 222 buah sekolah rendah dan 110 buah sekolah menengah menjelang tahun 1999 hingga 2000.

(4)

4 Sekolah telah dan akan terus dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehingga menjangkau 8,000 buah sekolah. Dalam Fasa Pertama projek ini, dilaporkan sebanyak 2,400 buah makmal komputer telah didirikan di sekolah rendah dan menengah. Menjelang penghujung RMK8, semua sekolah dijangka mempunyai kemudahan makmal komputer (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Penerapan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran juga menjadi semakin bertambah meluas apabila sekolah bestari diperkenalkan di sekolah-sekolah terpilih di Malaysia menjelang tahun 1999 di mana penggunaan komputer dan teknologi maklumat digabungkan dalam sistem pendidikan negara. Antara fokus utama yang ditekankan melalui pelaksanaan sekolah bestari ialah penggunaan teknologi komputer dan perisian multimedia interaktif untuk membantu guru untuk bertindak sebagai fasilitator dan pengurus pembelajaran, serta penggunaan TMK sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999). Perubahan yang diperkenalkan di sekolah bestari ini sekaligus memberi kesan kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menuntut guru menimba kemahiran untuk menggunakan komputer dengan berkesan (Mohamed Sani Ibrahim, Jamalulail Abdul Wahab, Mohd Izham Mohd Hamzah & Warnoh Katiman, 1999).

(5)

5 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Ini bermakna guru perlu lebih celik komputer, mampu menggunakan kemahiran dalam TMK untuk menghasilkan bahan dan menyediakan persekitaran untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Justeru itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia turut memasukkan program latihan kepada guru-guru sebagai sebahagian daripada agenda utama ke arah menghasilkan masyarakat yang celik komputer dan TMK.

Latihan terbabit bukan sahaja melibatkan guru-guru yang sedang dalam perkhidmatan, malahan turut melibatkan bakal guru dalam latihan pra-perkhidmatan. Sepanjang tahun 1990-an, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan program Latihan Pra-Perkhidmatan dalam TMK kepada guru-guru pelatih di maktab perguruan bagi kursus Diploma Perguruan di Malaysia (KDPM). Latihan ini mengandungi latihan dalam kemahiran pengurusan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran, pengajaran pembelajaran berbantukan komputer serta multimedia dalam pendidikan.

(6)

6 Bagi para guru yang sedang berkhidmat, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga menyediakan program Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dalam bidang TMK, seperti Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun dalam Teknologi Maklumat, Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu dalam Pendidikan Komputer dalam Pendidikan, Kursus Kejurulatihan Komputer, Latihan Guru Sekolah Bestari dan Kursus Asas Literasi Komputer. Dilaporkan juga, setakat tahun 2000, sekitar 60,000 orang guru telah mengikuti program latihan yang dinyatakan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).

Sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan mutu pendidikan kebangsaan dalam era TMK, Projek Bimbingan Profesion Perguruan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPPPT) turut dijalankan di mana Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah dilantik sebagai urusetia projek yang mula dilaksanakan pada Ogos 2004 dengan latihan rintis dilaksanakan di empat buah sekolah di negeri Selangor. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada guru tentang ”bila perlu”, ”bila tidak

perlu” dan ”bagaimana” untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam

(7)

7 Siri latihan yang dijalankan ini adalah bermatlamat untuk meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah di Malaysia. Usaha ini juga diharapkan dapat memangkin pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang lebih efisyen dan berkesan dengan adanya penerapan penggunaan komputer dalam aktiviti tersebut. Sekaligus, akan melahirkan modal insan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan malah berkemampuan dalam menguasai bidang teknologi yang begitu relevan dengan tuntutan dan perkembangan semasa.

Penyataan Masalah

(8)

8 keupayaan mereka mengendalikan kursus Teknologi Maklumat kepada guru-guru terlatih dan bakal-bakal guru (Mohd Najib Tun Razak, 1997).

Walau bagaimanapun, menurut laporan Kementerian Pendidikan Malaysia (1999), guru-guru sekolah tidak memanfaatkan sepenuhnya kemudahan teknologi komputer sebaliknya hanya menggunakannya untuk tujuan sampingan seperti bahan audio-visual, kelas Literasi Komputer atau pemulihan dan pengayaan sahaja. Guru-guru juga didapati tidak menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Menurut laporan Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) pula, antara tahun 1999 hingga 2000, hanya 30% daripada guru yang telah diberi latihan dalam TMK mengintegrasikan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

(9)

9 Wan Zah Wan Ali, Aida Suraya Md. Yunus & Rohani Ahmad Tarmizi, 2005).

Memandangkan tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran guru sekolah masih rendah atau sederhana; walaupun sumber dan latihan yang banyak telah diberikan, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauh mana kewujudan lapan kondisi yang dikemukakan oleh Ely (1999) dalam persekitaran sekolah. Tahap kewujudan kondisi tersebut dapat memberi gambaran sebenar tentang kekuatan atau kelemahan dalam pelaksanaan inovasi komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini kerana, sekiranya didapati tahap kewujudan kondisi Ely adalah tinggi, ia seharusnya dapat menggalakkan lagi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dan jika sekiranya kewujudan kondisi tertentu berapa pada tahap yang rendah, ini menunjukkan adanya kelemahan yang perlu diperbaiki jika penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran hendak dipertingkatkan.

Objektif Umum Kajian

(10)

10 Objektif Khusus Kajian

Objektif khusus kajian ini adalah sepertimana berikut:

1. Mengenal pasti kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah;

2. Mengenal pasti tahap kewujudan kondisi Ely yang membantu penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah menengah; 3. Mengenal pasti sama ada terdapat kondisi lain selain daripada

kondisi Ely yang telah membantu guru-guru menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran;

4. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dalam tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan bidang pengajaran, jenis sekolah, lokasi sekolah, kehadiran ke Kursus Pra-Perkhidmatan dan kehadiran ke Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran;

(11)

11 6. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dalam kewujudan

kondisi Ely yang membantu guru-guru sekolah menengah menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan bidang pengajaran dan jenis sekolah;

7. Mengkaji hubungan antara kewujudan kondisi Ely dengan pengalaman mengajar dan kekerapan penggunaan komputer; 8. Mengkaji hubungan antara kesemua kondisi Ely.

Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dibina untuk mencapai objektif 1 kajian adalah: Apakah kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah?

Persoalan kajian yang dibina untuk mencapai objektif 2 kajian adalah: Sejauh manakah tahap kewujudan kondisi Ely yang membantu penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah?

(12)

12 Hipotesis Kajian

Hipotesis penyelidikan yang dibina untuk mencapai objektif 4 kajian adalah seperti berikut:

Ha1 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan bidang pengajaran.

Ha2 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan jenis sekolah.

Ha3 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan lokasi sekolah.

(13)

13 Ha5 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekerapan

penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan kehadiran ke Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan.

Hipotesis penyelidikan yang dibina untuk mencapai objektif 5 kajian adalah seperti berikut:

Ha6 Terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dengan kekerapan menghadiri Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Ha7 Terdapat hubungan yang signifikan antara kekerapan penggunaan komputer dengan pengalaman mengajar.

Hipotesis penyelidikan yang dibina untuk mencapai objektif 6 kajian adalah seperti berikut:

(14)

14 Ha9 Terdapat perbezaan yang signifikan dalam kewujudan kondisi

Ely yang membantu penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah menengah berdasarkan jenis sekolah.

Hipotesis penyelidikan yang dibina untuk mencapai objektif 7 kajian adalah seperti berikut:

Ha10 Terdapat hubungan yang signifikan antara kewujudan kondisi Ely dengan pengalaman mengajar.

Ha11 Terdapat hubungan yang signifikan antara kewujudan kondisi Ely dengan kekerapan penggunaan komputer.

Hipotesis penyelidikan yang dibina untuk mencapai objektif 8 kajian adalah seperti berikut:

Ha12 Terdapat hubungan yang signifikan antara semua kondisi Ely.

Skop Dan Batasan Kajian

(15)

15 guru terhadap komputer, motivasi, kemahiran dalam penggunaan komputer, atau pedagogi sebagai pembolehubah. Hanya lapan aspek atau pembolehubah dimasukkan dalam kajian ini iaitu sebagai mana yang dikemukakan oleh Ely (1990a). Kondisi-kondisi tersebut adalah : (a) ”Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa”, (b) ”Adanya Ilmu

Pengetahuan Dan Kemahiran”, (c) ”Sumber Yang Diperlukan Boleh Didapati”, (d) ”Masa Yang Diperlukan Ada”, (e) ”Adanya Ganjaran Dan Insentif Untuk Peserta”, (f) ”Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan”, (g) ”Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat” dan (h) ”Wujudnya Kepemimpinan”.

Kajian juga mengenalpasti kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru di samping perbezaan tahap penggunaan komputer berdasarkan bidang pengajaran, jenis sekolah, lokasi sekolah serta kehadiran ke Kursus Pra-Perkhidmatan dan Kursus Dalam Perkhidmatan berkaitan. Hubungan antara beberapa pembolehubah tersebut turut dikaji seperti hubungan antara tahap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dengan kewujudan kondisi Ely.

(16)

16 bilangannya yang begitu kecil serta wujud perbezaan dari sudut corak pengajaran terutama di Sekolah-sekolah Khas. Kajian ini juga tidak memuatkan sekolah-sekolah menengah swasta ataupun mana-mana sekolah rendah.

Sampel kajian terdiri daripada guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja. Sehubungan itu, segala keputusan, dapatan dan rumusan yang diperolehi daripada kajian ini adalah berdasarkan populasi yang dipilih serta hanya boleh digeneralisasikan kepada jenis-jenis sekolah berkenaan sahaja. Ianya juga terbatas kepada kondisi yang membantu penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran sahaja dan tidak melibatkan inovasi lain dalam pendidikan.

Kepentingan Kajian

(17)

17 pembelajaran dalam kalangan guru serta kondisi yang wujud dalam persekitaran sekolah.

Dapatan kajian ini akan memberi sumbangan kepada bidang ilmu berkaitan kondisi Ely serta aspek penggunaan inovasi teknologi dalam pendidikan. Selain itu, dapatan kajian ini turut memberikan penambahan dari segi literatur berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru khususnya di sekolah-sekolah menengah.

Hasil kajian akan memberi manfaat kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di mana maklumat semasa tentang kekerapan penggunaan komputer dalam kalangan guru sekolah dapat membantu pihak kementerian untuk menilai impak kursus dan latihan yang diberikan terhadap aspek penggunaan komputer dalam kalangan guru. Di samping itu juga, dapatan ini dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengenalpasti aplikasi atau aspek penggunaan yang kurang digunakan serta dapat menawarkan kemahiran terbabit dalam kursus yang akan datang.

(18)

18 kementerian atau pihak sekolah untuk membangunkan persekitaran yang lebih efektif agar dapat memangkin tahap penggunaan inovasi teknologi dalam kalangan guru. Ely (1990a, 1999) menyatakan bahawa pengetahuan tentang kondisi mana yang membantu dan yang menghalang perubahan akan membantu usaha untuk menghasilkan persekitaran di mana perubahan akan berlaku.

(19)

19 Definisi Operasional

Kondisi Yang Membantu Penggunaan Inovasi

Ely (1990b) menyatakan kejayaan sesuatu perubahan, bukan sahaja bergantung kepada ciri-ciri yang ada pada sesuatu inovasi, tetapi menurut turut dipengaruhi oleh persekitaran dalam penggunaan inovasi berkenaan. Ely (1990b,1999) telah mengenalpasti lapan kondisi yang boleh membantu kejayaan sesuatu inovasi sebagaimana berikut:

Ketidakpuasan Dengan Keadaan Semasa

Ely (1990) mendefinisikan ketidakpuasan sebagai ”perasaan atau

emosi yang menginginkan perubahan” yang disebabkan oleh faktor

dalaman seperti perasaan kecewa dan tidak berpuas hati dengan metod pengajaran sedia ada dan luaran pelajar kurang berminat, pencapaian pelajar yang rendah atau method pengajaran yang tidak efektif. Dalam konteks kajian ini, ketidakpuasan hati merujuk kepada perasaan guru untuk mengubah cara pengajaran mereka kepada penggunaan komputer kerana disebabkan faktor-faktor dalaman atau luaran tersebut.

Adanya Ilmu Pengetahuan Dan Kemahiran

(20)

20 memahami peranan dan kemampuan teknologi tersebut serta tahu bagaimana metod yang sesuai untuk mengintegrasikannya ke dalam kurikulum. Teknologi yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah komputer.

Wujudnya Sumber Yang Diperlukan

Sumber ditakrifkan sebagai peralatan atau bahan yang berkaitan yang boleh diperolehi untuk membantu para pelajar mencapai objektif pembelajaran (Ely, 1990b) atau sebagai bahan-bahan serta peralatan yang diperlukan untuk menjayakan sesuatu inovasi. Dalam konteks kajian ini sumber merujuk kepada komputer, makmal komputer, perisian dan akses kepada Internet yang boleh didapati di sekolah.

Masa Yang Diperlukan Ada

(21)

21 Wujudnya Ganjaran Dan Insentif Bagi Para Peserta

Dalam kajian ini, ia bermaksud ganjaran atau insentif yang diperolehi oleh guru sebagai galakan untuk mereka menggunakan komputer dalam pengajarannya. Ganjaran pula terdiri dari aspek intrinsik seperti pengalaman baru atau perasaan dihargai manakala ekstrinsik pula dalam bentuk material seperti elaun khas, kenaikan gaji dan penambahan peruntukan.

Penglibatan Adalah Diharap Dan Digalakkan

Keadaan ini merujuk kepada proses membuat keputusan secara bersama dan melibatkan komunikasi atau perbincangan dalam kalangan semua pihak. Dalam konteks kajian ini, ia merujuk kepada penglibatan para guru dalam proses mengenalpasti masalah, menimbang penyelesaian alternatif dan membuat keputusan berkaitan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran, sebagaimana yang dinyatakan oleh Ely (1990b).

Komitmen Daripada Mereka Yang Terlibat

(22)

22 Wujudnya Kepemimpinan

Kepemimpinan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah dari sudut pengetua yang mampu memberi galakan kepada guru untuk menggunakan komputer, bersikap terbuka untuk menerima idea baru, sentiasa memastikan latihan yang bersesuaian diberikan kepada guru, sentiasa mengambil tahu masalah yang dihadapi guru dalam penggunaan komputer serta sedia berbincang tentang masalah tersebut.

Penggunaan Komputer

Penggunaan merujuk kepada perbuatan menggunakan sesuatu proses atau sumber untuk pembelajaran (Seels & Richey, 1994). Dalam konteks kajian ini, penggunaan komputer merujuk kepada sejauh manakah guru-guru menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Newby, Stepich, Lehman dan Russell (2000), penggunaan komputer boleh dilihat dari tiga sudut iaitu komputer sebagai alat bantu, guru serta pelajar. Klasifikasi penggunaan komputer dalam kajian ini adalah berdasarkan klasifikasi Newby et. al (2000).

(23)

23 Aktiviti latihan yang disediakan bersama dengan maklumbalas daripada komputer merupakan ciri interaktiviti yang utama dalam penggunaan jenis ini. Penggunaan komputer sebagai ‘pelajar’ pula melibatkan aktiviti di mana guru menggunakan komputer untuk tujuan membina bahan perisian atau laman web dan sebagainya. Dalam kajian ini, kekerapan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran diukur berdasarkan kekerapan penggunaannya dalam setahun (sepanjang tahun 2006).

Pengajaran dan Pembelajaran

Dalam konteks kajian ini, pengajaran dan pembelajaran merangkumi aktiviti sebelum, semasa dan selepas pengajaran di bilik darjah. Aktiviti sebelum melibatkan perancangan, penyediaan bahan, penyediaan bahan penilaian dan sumpamanya. Aktiviti semasa pengajaran merangkumi penggunaan komputer untuk menyampaikan bahan pengajaran, membantu menerangkan konsep yang abstrak, sebagai bahan simulasi dan sebagainya. Manakala aktiviti selepas pengajaran melibatkan penilaian seperti penggunaan perisian latihtubi yang bertujuan untuk meningkatkan pemahaman dan pembelajaran pelajar atau pengiraan markah ujian pelajar. Lokasi pengajaran dan pembelajaran tidak terbatas kepada bilik darjah semata-mata tetapi turut melibatkan persekitaran lain seperti makmal, bilik media, perpustakaan dan lain-lain.

Kursus Pra-Perkhidmatan

(24)

24 mengandungi latihan dalam kemahiran pengurusan teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran, pengajaran pembelajaran berbantukan komputer serta multimedia dalam pendidikan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Definisi tersebut digunakan dalam kajian ini.

Kursus Dalam Perkhidmatan

Kursus Dalam Perkhidmatan merupakan latihan yang diberikan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat seperti Kursus Sijil Perguruan Khas Satu Tahun dalam Teknologi Maklumat, Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu dalam Pendidikan Komputer dalam Pendidikan, serta Kursus Asas Literasi Komputer. Kandungan kursus ini termasuklah pengintegrasian perisian aplikasi dalam pengajaran dan pembelajaran dan penghasilan bahan bantu mengajar menggunakan komputer (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001). Definisi tersebut digunakan dalam kajian ini.

Jenis Sekolah

Kajian ini memberi tumpuan kepada empat jenis sekolah menengah yang terdapat di negara ini. Sekolah yang berkaitan ialah Sekolah Menengah Harian, Sekolah Menengah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Agama dan Sekolah Menengah Teknik.

Bidang Pengajaran

(25)

25 berkaitan. Bidang yang dimaksudkan ialah Bidang Kemanusiaan, Bahasa, Sains dan Teknikal.

Pengalaman Mengajar

Pengalaman mengajar merujuk kepada bilangan tahun guru-guru mengajar di sekolah selepas latihan pra pkhidmatan daripada institusi perguruan seperti maktab, atau universiti dalam ataupun luar negara. Pengalaman mengajar merangkumi tempoh setelah mula berkhidmat sebagai guru hinggalah ke saat maklumat soal selidik ini diperolehi.

Lokasi Sekolah

(26)

26 Kesimpulan

Referensi

Dokumen terkait

Ibu rumah tangga tersebut mengatakan bahwa sangat sulit untuk membuat perencanaan keuangan keluarga karena penghasil tidak tetap sehingga pengeluaran berdasarkan

Perancangan proses yang dimaksud adalah bagaimana sistem akan bekerja, proses-proses apa yang akan digunakan mulai dari masuknya data input yang kemudian diproses

Maka dalam penelitian ini dijelaskan bagaimana membuat animasi dengan menggunakan prinsip animasi, yaitu salah satunya adalah metode pose to pose, serta mengimplementasikan

Mengetahui ilmu bahasa dan rahasianya, sebab dengan pengetahuan ilmu bahasa yang baik akan membantu memahami ayat-ayat yang tidak bisa dipahami kecuali dengan

Dari hasil penelitian yang dapat disimpulkan bahwa terapi penambahan kompres hangat setelah terapi TENS dan exercise dan terapi TENS dan exercise terhadap

Dalam melakukan tindakan keperawatan selama 3 hari penulis tidak mengalami hambatan ataupun kesulitan.Penulis melakukan implementasi yang sesuai dengan intervensi

1. Analisis Yuridis yaitu menganalisis berdasarkan hukum yang berlaku di Indonesia. Dalam penelitian ini menggunakan Undang-undang No. 1 tahun 1974 tentang

Work stress, age, and years of services with work fatigue among nurses at mental hospital of Grhasia Yogyakarta.. Angelina Candra Dewi , Agus Surono 1 ​ 1 ​ , Adi Heru