PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK
SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017
PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
PRINSIP PERAKAUNAN
Kertas 2
Ogos 2017
3756/2
2 ½ jam
Dua jam tiga puluh minit
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
___________________________________________________________________________
Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak.
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah SULIT
Arahan:
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.
2. Jawab semua soalan di Bahagian A dan dua soalan daripada Bahagian B.
3. Tulis jawapan anda pada alat perakaunan yang dibekalkan.
4. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian soalan ditunjukkan dalam
kurungan.
5. Tunjukkan kerja mengira. Ini membantu anda mendapatkan markah.
6. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik yang tidak diprogram.
7. Semua kertas jawapan anda hendaklah diserahkan pada akhir peperiksaan.
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT BAHAGIAN A
Jawab semua soalan. [60 markah]
1 (a) Nyatakan konsep dan prinsip asas perakaunan bagi situasi di bawah.
Situasi Konsep
Perniagaan Fattah sentiasa menggunakan kaedah garis lurus bagi mengira susut nilai aset bukan semasa.
Kedai Supersonic merekodkan aset bukan semasa pada harga kos walaupun harga pasaran telah berubah.
Faedah atas simpanan yang diterima direkodkan dalam Penyata Pendapatan dengan mengambil kira faedah yang masih belum diterima dalam tahun semasa.
[3 markah]
(b) Catatkan urus niaga berikut ke dalam Jurnal Am.
Pada 1 Julai 2017, pemilik membawa masuk perabot RM7 500 dan tunai di bank berjumlah RM12 500 ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan.
Tarikh Butir Folio Debit (RM)
Kredit (RM)
[3 markah]
(c) Maklumat berikut diperoleh daripada perniagaan Maulana Sendirian Berhad.
2016 RM
Jan. 3 Membeli alat tulis secara tunai 200 Mac 10 Membeli alat tulis secara kredit daripada Mon Mon
Stationery
550
Jun 30 Stok bekalan alat tulis yang belum digunakan 180
Berapakah belanja alat tulis bagi setengah tahun berakhir 30 Jun 2016?
[2 markah]
(d) Modal berbayar Syarikat Mewah Berhad terdiri daripada 2 000 000 unit 8% saham keutamaan RM2.00 sesaham.
Pada 30 Jun 2016, lembaga pengarah syarikat telah mengisytiharkan dividen interim 5% kepada pemegang saham keutamaan.
Hitungkan dividen interim dan dividen akhir saham keutamaan.
[2 markah]
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT 2 Maklumat berikut berkaitan dengan Perniagaan Mewangi yang dijalankan di Bandar
Enstek.
Ikatan perjanjian perkongsian telah menetapkan perkara berikut: (i) Faedah atas modal 5% setahun.
(ii) Faedah atas ambilan 4% setahun.
(iii) Gaji bulanan Kasturi adalah RM500 dan Baiduri adalah RM400. (iv) Faedah atas pinjaman pekongsi 8% setahun.
(v) Untung dan rugi dibahagikan antara Kasturi dan Baiduri mengikut nisbah 2:3.
Perniagaan Mewangi
Imbangan Duga pada 30 April 2017
Butir-butir Debit
(RM)
Penghutang dan Pemiutang 12 500 5 340
Peruntukan hutang ragu 420
Stok pada 30 April 2017 20 100
Pinjaman daripada Kasturi
(pinjaman dibuat pada 1 Mei 2016)
10 000
Untung bersih sebelum pelarasan 42 840
215 100 215 100
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT Maklumat tambahan:
Pelarasan yang perlu diambil kira:
1. Insurans terdahulu RM1 800.
2. Faedah overdraf terakru RM590.
3. Peruntukan hutang ragu diselaraskan kepada RM625.
4. Faedah atas pinjaman masih belum dijelaskan.
Anda dikehendaki:
(a) menghitung untung bersih selepas mengambil kira pelarasan. [5 markah]
(b) menyediakan Penyata Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 April 2017.
[7 markah]
(c) menyediakan Akaun Semasa pekongsi (beruangan). [4 markah]
(d) menyediakan Kunci Kira-kira pada 30 April 2017. [9 markah]
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT 3 Maklumat berikut diambil daripada buku perakaunan Perniagaan Perabot Warda bagi
tahun kewangan berakhir 31 Mei 2017.
Jurnal Am pada 1 Jun 2016.
Jurnal Am
Tarikh Butir Fol. Debit Kredit
2016 RM RM
Jun 1 Kenderaan (kos) 170 000
Lengkapan (kos) 45 800
Stok perabot 38 100
Stok alat-alat kecil 870
Tunai di bank 112 100
Penghutang 18 900
Peruntukan hutang ragu 1 530
Susut nilai terkumpul kenderaan 61 200
Susut nilai terkumpul lengkapan 9 160
Pemiutang 23 600
Pinjaman (0% faedah) 30 000
Modal ?
(Merekod catatan permulaan) 385 770 385 770
Ringkasan penerimaan dan pembayaran.
Penerimaan RM Pembayaran RM
Jualan perabot 223 000 Belian perabot 107 540
Faedah atas simpanan 1 121 Kadar bayaran 11 000
Penghutang 29 400 Gaji 13 700
Sewa 7 400 Sewa kedai 14 400
Insurans 3 600
Alat-alat kecil 750
Pemiutang 72 190
Angkutan keluar 1 370
Pinjaman (0% faedah) 8 400
260 921 232 950
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
Lain-lain maklumat:
i. Baki aset dan liabiliti pada 31 Mei 2017 seperti berikut:
RM Kenderaan (kos) 170 000 Lengkapan (kos) 45 800 Stok perabot (harga kos) 28 530 Stok perabot (harga pasaran) 31 290 Stok alat-alat kecil 680 Tunai di bank ? Penghutang 24 720 Pinjaman (0% faedah) 21 600
ii. Seorang pekerja telah menerima pendahuluan gaji sebanyak RM500.
iii. Bil-bil yang sepatutnya dijelaskan kepada pihak pembayar berkenaan adalah seperti berikut:
RM Elektrik (TNB) 6 300 Unifi (Telekom) 2 400 Air (Syabas) 1 200 Telefon (Telekom) 1 800 Jumlah 11 700
iv. Insurans dibayar untuk setahun dan berakhir pada 31 Ogos 2017.
v. Sewa tahunan sebahagian kedai kepada Nuzul Enterprise ialah RM7 200.
vi. Angkutan masuk sebanyak RM520 termasuk dalam angkutan keluar.
vii. Polisi susut nilai seperti berikut.
Aset bukan semasa Kadar susut nilai Kaedah
Kenderaan 20% Baki berkurangan Lengkapan 10% Garis lurus
viii. Peruntukan hutang ragu diwujudkan dengan kadar 5% atas penghutang bersih.
ix. Puan Warda telah mengambil perabot bernilai RM2 310 untuk rumah kediamannya belum direkod dalam mana-mana buku.
Anda dikehendaki:
(a) mengira jumlah jualan. [1 markah]
(b) mengira jumlah belian. [1 markah]
(c) menyediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mei 2017.
[15 markah]
(d) menyediakan Kunci Kira-kira pada 31 Mei 2017. [6 markah]
(e) menyediakan Akaun Peruntukan Hutang Ragu. [2 markah]
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT BAHAGIAN B
Pilih dua soalan sahaja. [40 markah]
4 Pada 1 Januari 2017, Puan Maream iaitu pemilik Perniagaan SQ Elektrik membuka perniagaan menjual barangan elektrik di Bandar Seri Senawang. Perniagaan ini telah merancang menyediakan anggaran belanjawan tunai untuk tiga bulan berakhir pada 31 Mac 2017.
Maklumat berikut diperoleh daripada perniagaannya:
(i) Puan Maream memulakan perniagaannya dengan modal :
RM Tunai di tangan 5 000 Tunai di bank 17 000 Kenderaan 40 000
(ii) Angggaran jualan bulan Januari ialah RM10 000. Jualan pada bulan Februari dijangka meningkat sebanyak 10% daripada bulan sebelumnya dan akan meningkat lagi sebanyak 20% pada bulan Mac. 60% daripada jualan bulanan merupakan jualan tunai dan bakinya diberi tempoh sebulan kredit.
(iii) Anggaran belian bagi tiga bulan adalah seperti berikut:
Januari RM8 000
Februari Meningkat 5% daripada bulan sebelumnya Mac Berkurangan 2% daripada bulan sebelumnya
Nisbah untuk belian tunai dan kredit untuk setiap bulan ialah 3:2. Tempoh kredit ialah sebulan.
(iv) Pada bulan Februari, Puan Maream bercadang untuk membuat pinjaman bank sebanyak RM30 000. Pinjaman perlu dijelaskan dalam tempoh masa 5 tahun. Faedah atas pinjaman dikenakan sebanyak 4% setahun. Ansuran balik pinjaman bermula pada bulan hadapannya.
(v) Puan Maream mempunyai 2 orang pekerja yang dibayar gaji sebanyak RM1 000 seorang. Pada bulan Mac, beliau bercadang untuk menambah seorang lagi pekerja dengan kadar gaji yang sama.
(vi) Kenderaan yang dibawa masuk pada 1 Januari 2017 disusutnilaikan 10% setahun atas kos.
(vii) Sebahagian ruang kedai akan disewakan untuk kiosk minuman bermula pada bulan Februari dengan kadar sewa RM400 sebulan dan diterima untuk 2 bulan sekali .
(viii) Peruntukan hutang ragu diselaraskan 3% atas penghutang bersih.
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT (ix) Urus niaga tunai yang sebenar untuk bulan Februari adalah seperti berikut:
Buku Tunai
2017 RM 2017 RM
Feb. 28 Jualan 7 500 Feb. 28 Belian 5 000 Penghutang 3 500
Sewa 1 000
(x) Jumlah sebenar modal, penerimaan dan pembayaran yang lain adalah sama dengan jumlah yang dianggarkan.
Anda dikehendaki:
(a) menyediakan Penyata Belanjawan Tunai bagi tiga bulan berakhir 31 Mac 2017. (tunjukkan lebihan atau kurangan)
[16 markah]
(b) menghitung varian dengan membandingkan belanjawan dengan prestasi sebenar untuk bulan Februari.
[4 markah]
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT 5 Encik Sani adalah pemilik kepada Perniagaan Alatan Sukan Sani yang beroperasi di
Nilai, Negeri Sembilan.
Urus niaga perniagaan sepanjang bulan Julai 2017 ditunjukkan oleh dokumen-dokumen berikut.
MEMO
SS012/17Perniagaan Alatan Sukan Sani No. 95 Jalan Selasih 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06-8501 743
Tarikh: 1 Julai 2017 Kepada:
Kerani akaun.
Kedudukan aset dan liabiliti perniagaan pada 1 Julai 2017.
RM
Perabot 10 400
Alatan pejabat 4 560
Stok 11 700
Penghutang: Ria Aktif Trading 2 300
Bank 35 800
Tunai 480
Pemiutang: Pembekal Alatan Sukan Miwarna 1 400
SANI
Pengurus Dokumen 1
ASAL
RESIT RASMI
No. Resit:M0103Pembekal Alatan Sukan Miwarna
No. 32 Bangunan Perkasa 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06-8501 663
Tarikh: 3 Julai 2017
Diterima daripada : Perniagaan Alatan Sukan Sani Ringgit Malaysia : Satu ribu dua ratus enam puluh sahaja
Untuk bayaran : Keseluruhan invois (diskaun tunai 10%)
RM1 260.00
Tunai / No. Cek: MBB123547
Miwarna
Pengurus
Dokumen 2
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
SALINAN
INVOIS
SS1091Perniagaan Alatan Sukan Sani No. 95 Jalan Selasih 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06-8501 743
Tarikh: 5 Julai 2017 Kepada:
Kelab Sukan Permata Lot 70 Jalan Bunga Raya
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
BIL. BUTIR KUANTITI HARGA
(Ringgit Malaysia: Satu ribu enam ratus dua puluh sahaja) Syarat : 10% 7 hari, 5% 14 hari, 1% 30 hari
Serahan : Angkutan dibayar K. & K. di K
Kedai Perabot Sayang No. 67 Jalan Sri Kandi 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06-8503 543
Tarikh: 7 Julai 2017 Kepada:
Perniagaan Alatan Sukan Sani No. 95 Jalan Selasih
71800 Nilai, Negeri Sembilan
BIL. BUTIR KUANTITI HARGA
(Ringgit Malaysia: Satu ribu lapan puluh sahaja)
SANI
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
ASAL
INVOIS
SM1875Pembekal Alatan Sukan Miwarna No. 32 Bangunan Perkasa 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06-8501 663
Tarikh: 10 Julai 2017 Kepada:
Perniagaan Alatan Sukan Sani No. 95 Jalan Selasih
71800 Nilai, Negeri Sembilan
BIL. BUTIR KUANTITI HARGA
(Ringgit Malaysia: Tiga ribu enam ratus enam puluh tiga sahaja)
Syarat : 5% 7 hari, 2% 14 hari Serahan : Angkutan dibayar K. & K. di K
Perniagaan Alatan Sukan Sani
No. 95 Jalan Selasih 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06-8501 743
Tarikh: 11 Julai 2017
Diterima daripada : Kelab Sukan Permata Ringgit Malaysia : Satu ribu empat ratus lima puluh lapan sahaja Untuk bayaran : Keseluruhan invois no. SS1091
RM1 458.00
Tunai / No. Cek: AM675901
SANI
Pengurus
Dokumen 6
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
SALINAN
INVOIS
SS1092Perniagaan Alatan Sukan Sani No. 95 Jalan Selasih 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06-8501 743
Tarikh: 13 Julai 2017 Kepada:
Kelab Rekreasi Perdana
No. 37 Persiaran Raja Muda Musa 42100 Klang, Selangor
BIL. BUTIR KUANTITI HARGA
(Ringgit Malaysia: Dua ribu satu ratus lapan puluh tujuh sahaja) Syarat : 10% 7 hari, 5% 14 hari, 1% 30 hari
Serahan : Angkutan dibayar K. & K. di K
Pembekal Alatan Sukan Miwarna No. 32 Bangunan Perkasa 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06-8501 663
Tarikh: 14 Julai 2017 Kepada:
Perniagaan Alatan Sukan Sani No. 95 Jalan Selasih
71800 Nilai, Negeri Sembilan
BIL. BUTIR KUANTITI HARGA
(Ringgit Malaysia: Lima puluh empat sahaja)
Miwarna
Pengurus Dokumen 8
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
SALINAN
BIL TUNAI
TS1054Perniagaan Alatan Sukan Sani No. 95 Jalan Selasih 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06-8501 743
Tarikh: 17 Julai 2017 Kepada:
Puan Marina
BIL. BUTIR KUANTITI HARGA
SEUNIT (RM)
JUMLAH (RM)
1 Pengukur tinggi dan berat 1 800.00 800.00 2 Hula hoop rotan 5 20.00 100.00 3 Pundi kacang 20 5.00 100.00
JUMLAH 1 000.00
Tunai / No. Cek:
SANI
Pengurus Dokumen 9
MEMO
SS013/17Perniagaan Alatan Sukan Sani No. 95 Jalan Selasih 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06-8501 743
Tarikh: 19 Julai 2017 Kepada:
Kerani akaun.
Rekod ambilan lima relung hola hoop rotan bernilai RM60.00 untuk kegunaan anak.
SANI
Pengurus
Dokumen 10
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT
SALINAN
NOTA KREDIT
NKS043Perniagaan Alatan Sukan Sani No. 95 Jalan Selasih 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06-8501 743
Tarikh: 21 Julai 2017 Kepada:
Kelab Rekreasi Perdana
No. 37 Persiaran Raja Muda Musa 42100 Klang, Selangor
BIL. BUTIR KUANTITI HARGA
(Ringgit Malaysia: Dua ratus enam puluh satu sahaja)
SANI
Pengurus Dokumen 11
BAUCAR BAYARAN
BB092/17Perniagaan Alatan Sukan Sani No. 95 Jalan Selasih 71800 Nilai, Negeri Sembilan
06-8501 743
Tarikh: 26 Julai 2017 Kepada: Aiman bin Zaki
Bil Keterangan Jumlah
(RM)
Tandatangan penerima
1 Gaji bulan Julai 2017 1 200.00 AIMAN
Jumlah 1 200.00
(RINGGIT MALAYSIA: Satu ribu dua ratus sahaja)
RM1 200.00
Tunai / No. cek:
SANI
Pengurus
Dokumen 12
Anda dikehendaki merekodkan dokumen sumber di atas ke dalam:
(a) Jurnal Am [6 markah]
(b) Jurnal Khas [9 markah]
(c) Buku Tunai [5 markah]
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT 6 (a) Encik Ejaz Fakhri merupakan Pengarah Urusan bagi Syarikat Suri Hati Sdn Bhd.
Beliau mendapati baki tunai di bank mengalami kemerosotan sedangkan
peratusan keuntungan yang diperoleh pada tahun 2016 hampir sama berbanding tahun 2017.
Berikut maklumat yang diambil daripada Penyata Kewangan perniagaan beliau.
31 Julai 2017 31 Julai 2016
RM ‘000 RM ‘000
Jualan bersih 4 750 4 540 Kos jualan 2 470 2 340 Untung kasar 2 280 2 200 Jumlah perbelanjaan 1 750 1 694 Untung bersih 530 506
Kenderaan 580 570
Bangunan 654 644
Stok akhir 876 532
Penghutang 1 185 754
Bank - 315
Pemiutang 501 1 032
Overdraf bank 621 -
Modal awal 1 644 1 277
Anda dikehendaki;
i. mengira nisbah bagi tahun 2016 dan 2017, dan jawapan kepada dua titik perpuluhan.
[8 markah] 1. Tokokan
2. Pulangan atas modal
3. Nisbah semasa
4. Nisbah ujian asid
ii. mengira kadar pusing ganti stok bagi tahun 2017.
[2 markah]
iii. Berdasarkan jawapan (ii), cadangkan cara untuk meningkatkan keuntungan perniagaan.
[2 markah]
3756/2© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT 6 (b) Petikan berikut diambil daripada Perniagaan HSC bagi tahun kewangan berakhir
pada 30 April.
Butiran 30 April 2016 30 April 2017
RM RM
Kadar bayaran terakru 274 - Kadar bayaran terdahulu 130 180 Sewa diterima terakru 500 -
Sepanjang tahun kewangan, perniagaan telah membuat pembayaran bagi kadar bayaran berjumlah RM4 400 manakala sewa yang telah diterima ialah RM7 000.
Semua urus niaga yang melibatkan pembayaran dan penerimaan wang menggunakan cek.
Anda dikehendaki menyediakan;
i. Akaun Kadar bayaran [3 markah]
ii. Akaun Sewa diterima [1 markah]
iii. Petikan Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 April 2017.
[2 markah]
iv. Petikan Kunci Kira-kira pada 30 April 2017. [1 markah]