• Tidak ada hasil yang ditemukan

K1 PPA PERCUBAAN SBP SPM 2017

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "K1 PPA PERCUBAAN SBP SPM 2017"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PENTAKSIRAN DIAGNOSTIK AKADEMIK

SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2017

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

PRINSIP PERAKAUNAN

Kertas 1

Ogos 2017

3756/1

1 ¼ jam

Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

___________________________________________________________________________

Kertas soalan ini mengandungi 16 halaman bercetak.

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK [Lihat Halaman Sebelah SULIT

Arahan:

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D.

4. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas

jawapan objektif yang disediakan.

5. Sekiranya anda hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian

hitamkan jawapan yang baru.

6. Anda dibenarkan menggunakan kalkulator saintifik.

(2)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT Jawab semua soalan.

1 Manakah punca modal syarikat awam berhad diperoleh?

A Simpanan pemilik sendiri

B Pinjaman daripada syarikat kewangan

C Pelaburan daripada pemegang saham

D Sumbangan daripada ahli lembaga pengarah

2 Perniagaan Mutiara Gemilang telah merekodkan sewa RM2 000 dalam penyata

kewangan perniagaan termasuk sewa yang belum dijelaskan sebanyak RM500.

Apakah konsep perakaunan yang dipatuhi?

A Materialiti

B Berterusan

C Kos sejarah

D Asas Akruan

3 Manakah yang berikut merupakan aset perniagaan?

A Komisen diterima terakru

B Kadar bayaran terakru

C Gadai janji

D Pemiutang

4 Butiran manakah merupakan liabiliti perniagaan?

I Tunai

II Ambilan

III Overdraf bank

IV Pinjaman

(3)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

5 Butiran manakah merupakan hasil bukan kendalian bagi sebuah perniagaan?

I Faedah simpanan tetap

II Jualan barang niaga

III Belian barang niaga

IV Sewa diterima

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

6 Maklumat berikut berkaitan dengan persamaan perakaunan.

Merujuk kepada urus niaga di atas, apakah kesannya kepada persamaan perakaunan?

Aset Liabiliti Ekuiti pemilik

A Bertambah Bertambah Tiada kesan

B Bertambah Bertambah Berkurang

C Berkurang Tiada kesan Bertambah

D Tiada kesan Bertambah Berkurang

Membeli barang niaga secara kredit daripada Pembekal Gigih Berhad

(4)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT 7 Puan Liza seorang pembekal alat tulis menghantar barangan yang dipesan oleh

pelanggannya bersama dengan nota serahan dan invois. Selepas beberapa hari kemudian beliau mendapati bahawa invois tersebut telah terkurang caj.

Dokumen manakah yang perlu dihantar oleh Puan Liza kepada pelanggannya untuk membetulkan invois tersebut?

8 Antara berikut yang manakah catatan yang boleh dimasukkan ke dalam Jurnal Am?

I Rekod pembubaran perniagaan

II Membawa masuk aset sebagai modal tambahan

III Rekod pulangan barang niaga kepada pemiutang

IV Rekod pulangan barang niaga daripada pelanggan

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

9 Akaun berikut diperoleh daripada Kedai Bunga Melati.

Akaun Perabot

Nyatakan jenis lejar bagi akaun-akaun tersebut.

(5)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

Akaun Perabot Perabot Reena

A Lejar Am Lejar Belian

B Lejar Am Lejar Am

C Lejar Belian Lejar Am

D Lejar Belian Lejar Belian

10 Petikan Buku Tunai berikut diperoleh daripada Kedai Nita.

Buku Tunai (Petikan) Kredit

Tarikh Butir Disk Tunai Bank

2017 RM RM RM

Jul 15 Perniagaan Mira 700

Apakah urus niaga di atas?

A Perniagaan Mira menjelaskan hutang kepada Kedai Nita

B Kedai Nita menjelaskan hutang kepada Perniagaan Mira

C Perniagaan Mira menjual barang niaga kepada Kedai Nita

D Kedai Nita membeli barang niaga daripada Perniagaan Mira

11 Maklumat berikut diambil daripada Buku Tunai Runcit Syarikat Indah Berhad bagi bulan Julai 2017.

RM

Jumlah penerimaan 250

Jumlah pembayaran 225

Baki akhir bulan 25

Berapakah jumlah wang yang dibayar balik mengikut Sistem Panjar?

A RM25

B RM225

C RM250

D RM475

(6)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

12 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Indah Damai Enterprise.

RM

Baki penghutang 1 Januari 2016 3 000

Baki penghutang 31 Disember 2016 4 000

Penerimaan daripada penghutang 8 000

Pulangan jualan 320

Berapakah jumlah jualan kredit?

A RM6 680

B RM7 320

C RM8 680

D RM9 320

13 Manakah pernyataan yang menunjukkan kesilapan prinsip?

A Akaun Kadar Bayaran terlebih catat RM250

B Ambilan barang niaga RM300 terlupa untuk direkodkan dalam mana-mana buku.

C Belian barang niaga RM700 daripada Puan Nana tersalah rekod dalam Akaun Puan Nani

D Belanja membaiki kenderaan RM650 tersilap didebitkan dalam Akaun Kenderaan

14 Antara berikut pilih padanan yang betul.

Butir Pengelasan

I Sewa diterima terakru Aset

II Promosi terakru Liabiliti

III Faedah diterima terdahulu Aset

IV Insurans terdahulu Liabiliti

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

(7)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

15 Kesilapan berikut telah dikesan oleh Peniagaan Cemerlang.

Apakah catatan lejar untuk membetulkan kesilapan tersebut?

A Kedai Ameer

Sekeping cek RM1 000 yang diterima daripada Kedai Amar telah direkodkan dalam Akaun Kedai Ameer

(8)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT 16 Maklumat berikut diperoleh daripada buku Diana Butik pada 1 Januari 2016.

RM

Kenderaan 36 000

Susut nilai terkumpul kenderaan 18 000

Maklumat tambahan:

(a) Kenderaan disusut nilaikan 10% setahun atas kos

(b) Pemilik telah menjual kenderaan tersebut dengan harga RM20 000 pada 31 Disember 2016.

Berapakah untung atau rugi pelupusan kenderaan tersebut?

A Rugi pelupusan kenderaan RM1 600

B Untung pelupusan kenderaan RM2 000

C Untung pelupusan kenderaan RM5 600

D Rugi pelupusan kenderaan RM12 400

17 Farmasi Nasria telah membayar premium insurans berjumlah RM3 600 pada

1 Mei 2016 untuk tempoh setahun. Tahun kewangan perniagaan berakhir pada 31 Disember setiap tahun.

Berapakah insurans terdahulu pada 31 Disember 2016.

A RM300

B RM900

C RM1 200

D RM 2 400

18 Maklumat berikut berkaitan dengan penghutang Perniagaan Mesra bagi tahun

berakhir 30 Jun 2017.

Penghutang Tarikh Jualan Jumlah Jualan

RM

Siti 1 Januari 2017 850

Airin 1 Mei 2017 700

Mary 15 Jun 2017 470

Dasar perniagaan menetapkan tempoh kredit sebulan. Sehingga tarikh penutupan akaun, seorang penghutang Siti didapati muflis manakala Airin telah berjanji akan menjelaskan hutangnya pada bulan Julai 2017.

(9)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT Berapakah hutang lapuk yang direkodkan dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun

berakhir 30 Jun 2017.

A RM700

B RM850

C RM1 550

D RM2 020

19 Catatan manakah yang betul untuk merekodkan faedah pinjaman terakru sebanyak

RM450 dalam Kunci Kira-kira?

A Kunci Kira-kira (petikan)

RM

Aset Semasa:

Faedah pinjaman terakru 450

B Kunci Kira-kira (petikan)

RM

Aset Bukan Semasa:

Faedah pinjaman terakru 450

C Kunci Kira-kira (petikan)

RM

Liabiliti Semasa:

Faedah pinjaman terakru 450

D Kunci Kira-kira (petikan)

RM

Liabiliti Bukan Semasa:

Faedah pinjaman terakru 450

20 Apakah tujuan Penyata Penyesuaian Bank disediakan?

A Menentukan keupayaan bank mengawal aliran keluar masuk wang.

B Merekodkan semua wang masuk dan wang keluar perniagaan.

C Menyelaras baki Buku Tunai dengan baki Penyata Bank.

D Mengawal penerimaan dan pembayaran dengan cek.

(10)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

21 Buku Tunai menunjukkan overdraf bank berjumlah RM1 000 pada 31 Julai 2017

manakala penyata bank menunjukkan baki yang berbeza.

Perkara-perkara berikut telah dikenalpasti:

i. Penyata Bank yang diterima menunjukkan bayaran cek kepada Syarikat Jaya Berhad RM576 manakala direkod sebagai RM567 dalam Buku Tunai.

ii. Akaun Bank telah dikreditkan dengan dividen berjumlah RM300.

Berapakah baki Buku Tunai dikemaskini?

A RM691 (Debit)

B RM709 (Kredit)

C RM1 291 (Debit)

D RM1 309 (Kredit)

22 Manakah yang berikut bukan punca aliran keluar wang dalam Belanjawan Tunai?

A Pemiutang

B Belian stok

C Hutang lapuk

D Ansuran pinjaman

23 Apakah yang menyumbang kepada gaji kasar dalam slip gaji pekerja?

A Elaun perjalanan

B Caruman KWSP

C Premium insurans

D Pinjaman perumahan

24 Maklumat berikut menunjukkan data gaji Cik Inara seorang pegawai pemasaran.

RM

Gaji pokok 3 800

Komisen jualan 500

Potongan Cukai Berjadual 50

PERKESO 20

KWSP pekerja 418

Caruman KWSP majikan adalah 12% daripada gaji pokok.

(11)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT Hitungkan gaji bersih Cik Inara.

A RM2 356

B RM2 812

C RM3 356

D RM3 812

25 Hitung jumlah ekuiti pemilik bagi Perkongsian Ian Medina.

Akaun Modal Ian - RM20 000 (Kredit)

Medina - RM40 000 (Kredit)

Akaun Semasa Ian - RM1 000 (Debit)

Medina - RM4 000 (Kredit)

A RM65 000 dan Kann RM40 000 dan tiada ikatan perkongsian dilakukan.

Petikan Akaun Pengasingan Untung Rugi adalah seperti di bawah.

Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2016

(12)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

27 Perkongsian Ayu dan Mas telah dibubarkan dengan akaun modal seperti berikut.

Akaun Modal

Urus niaga manakah merujuk kepada catatan di atas?

A Ayu telah menjelaskan cek kepada pemiutang sebanyak RM1 300

B Ayu telah memperolehi untung realisasi berjumlah RM1 300

C Ayu telah menerima diskaun sebanyak RM1 300

D Ayu mengambil alih aset pada nilai RM1 300

28 Maklumat berikut diambil daripada Perkongsian Sejoli semasa proses pembubaran.

Kunci Kira-kira pada 31 Mei 2017

Penghutang

RM

5 500 Pemiutang

RM 3 700

i. Penghutang telah direalis sebanyak RM5 000 dan selebihnya dianggap

sebagai hutang lapuk

ii. Pemiutang telah dibayar sepenuhnya sebanyak RM3 500.

iii. Belanja realisasi dijelaskan dengan cek RM300.

Apakah rekod yang tepat dalam akaun Realisasi?

A Akaun Realisasi

RM RM

Diskaun diterima 200 Belanja realisasi 300

Hutang lapuk 500

B Akaun Realisasi

RM RM

Belanja Realisasi 300 Diskaun diterima 200

Hutang lapuk 500

C Akaun Realisasi

RM RM

Bank 5 000 Belanja Realisasi 300

Diskaun diterima 200

D Akaun Realisasi

RM RM

Belanja Realisasi 300 Bank 5 000

Diskaun diterima 200

(13)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

29 Apakah jumlah modal maksimum yang boleh diterbitkan dan dinyatakan dalam

tatawujud sesebuah syarikat berhad?

A Modal diterbitkan

B Modal dibenarkan

C Modal berbayar

D Modal tertunda

30 Syarikat Jutaria Berhad mempunyai modal berdaftar yang terdiri daripada 2 000 000 unit saham biasa berharga RM1.00 seunit dan 500 000 5% saham keutamaan berharga RM2.00 seunit.

50% saham biasa dan semua saham keutamaan telah dijual dan dibayar penuh.

Hitungkan jumlah modal diterbitkan.

A RM3 000 000

1 Januari 2016 (RM)

31 Disember 2016 (RM)

Yuran terakru 200 ?

Yuran terdahulu 400 300

Buku Tunai (petikan)

Yuran 3 000

Berapakah yuran terakru akhir kelab tersebut?

A RM300

B RM200

C RM100

D RM60

(14)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

32 Apakah akaun yang merekodkan ringkasan bagi wang masuk dan wang keluar bagi

kelab dan persatuan?

A Buku Tunai

B Buku Tunai Runcit

C Akaun Untung Rugi

D Akaun Penerimaan dan Pembayaran

33 Apakah butiran yang direkod dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan sebuah kelab hoki?

A Jualan perabot

B Belian alatan sukan

C Yuran pertandingan

D Belanja ubah suai bangunan pejabat

34 Cik Emallyn tidak menyimpan buku akaun dengan lengkap. Maklumat berikut

diperoleh pada 31 Disember 2016.

2016 RM

Jan 1 Promosi terakru 200

Dis 31 Jumlah bayaran promosi 750

Promosi terdahulu 30

Berapakah jumlah promosi yang direkodkan dalam Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2016?

A RM520

B RM580

C RM920

D RM980

(15)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT

35 Maklumat yang berikut diberikan oleh seorang peniaga.

Modal pada 1 Julai 2016 RM70 000

Untung bersih pada 30 Jun 2017 RM24 000

Ambilan stok berjumlah RM120 setiap bulan

Berapakah modal pada 30 Jun 2017 bagi peniaga di atas?

A RM93 880

B RM92 560

C RM47 440

D RM46 120

36 Kos ini bertambah dan berkurang mengikut perubahan dalam unit pengeluaran.

Apakah kos ini?

A Kos tetap

B Kos overhed

C Kos berubah

D Kos pengeluaran

37 Antara berikut, yang manakah direkod dalam Akaun Pengeluaran?

I Bayaran royalti

II Susut nilai mesin

(16)

3756/1© 2017 Hak Cipta BPSBPSK SULIT 38 Apakah istilah yang digunakan bagi lebihan harga jualan daripada kos berubah?

A Titik pulang modal

B Kos volum untung

C Margin caruman

D Untung bersih

39 Maklumat di bawah dipetik daripada sebuah firma.

Stok awal RM15 000

Belian RM25 000

Stok akhir RM10 000

Tokokan 30%

Hitung untung kasar firma di atas.

A RM30 000

B RM15 000

C RM9 000

D RM6 000

40 Maklumat berikut dipetik daripada 4 buah firma pada 30 April 2017.

Jenis Nisbah Firma A Firma B Firma C Firma D

Nisbah semasa 2 : 1 5 : 1 1 : 1 0.5 : 1

Kadar pusing ganti stok 6 kali 8 kali 2 kali 1 kali

Firma manakah yang dapat membayar hutang jangka pendek dengan cekap?

A Firma A

B Firma B

C Firma C

D Firma D

KERTAS SOALAN TAMAT

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur terhadap kehadirat Allah SWT yang telah memberikan rahmat serta hidayah-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan Skripsi dengan judul “ PENGARUH

[r]

Pada awal tahun 1900, angka kematian 1 tahun setelah trauma pada pasien dengan lesi komplit mencapai 100 %. Perbaikan yang terjadi dikaitkan dengan pemakaian antibiotik

Morfologi telur cacing A scaris yang diidentifikasi dari sampel feses babi dalam penelitian ini dapat dilihat pada (Gambar 1a.).. yang diidentifikasi sebagai

Salah satu unit organisasi eselon II yang mendukung pelaksanaan tugas Sekretarisat Utama adalah Biro Hukum, Organisasi dan Humas, utamanya dalam hal mendukung pelaksanaan fungsi BSN

a. Guru membagi siswa menjadi beberapa kelompok. Guru menjelaskan tujuan pembagian kelompok. Guru memberikan tugas untuk dikerjakan pada setiap kelompok. Guru membimbing

Untuk kondisi eksisting kegiatan penataan lingkungan permukiman menggambarkan tentang Rencana Tata Bangunan dan Lingkungan (RTBL), Rencana Induk Sistem Proteksi

Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai: Sektor utama ekonomi kerajaan Abasiyyah Pertanian Y Perdagangan.. Jabatan pengairan dan saliran pada zaman Abasiyyah