• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN .

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN ."

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN 1.0 PENGENALAN

Pengelolaan dan pentadbiran pendidikan jasmani dengan sukan adalah bidang yang berlainan sama sekali. Pengelolaan pendidikan jasmani mengutamakan unsur

pendidikan. Aktiviti pendidikan jasmani merupakan subjek akademik disekolah-sekolah dan mempunyai kurikulum yang terancang dan teratur.

Aktiviti sukan pula tertumpu kepada segala aspek dari mengelola,

menyertai pertandingan dan permainan serta mengelola dan melatih pasukan untuk pertandingan yang lebih formal.

1.1 KONSEP DAN DEFINISI PENGURUSAN

Menurut kamus dewan pengurusan didefinisikan sebagai pengarahan dan pengawalan, pengelolaan, penyelenggaraan. Dengan kata lain pengurusan sukan, pendidikan jasmani boleh di definisikan sebagai sebarang gabungan kemahiran-kemahiran berkaitan dengan pentadbiran, perancangan, pengelolaan, pengarahan, pengawalan, pengurusan bajet, kepemimpinan dan penilaian dalam konteks perkhidmatan berkaitan dengan sukan dan pendidikan jasmani.

Di antara fungsi pentadbiran dan pengelolaan pendidikan jasmani dan sukan ialah (a) Merancang

Untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah pentadbiran dan pengelolaan

pendidikan jasmani dan sukan. Terdapat tiga elemen utama yang perlu diberi perhatian

iaitu:-(a) Persediaan profesional (b) Sikap profesional

(c) Perkembangan profesional

Jika ketiga-tiga elemen ini dapat dikuasai oleh individu, persatuan dan badan

(2)

kegemilangan.

1.1.1 Pengurusan Pendidikan Jasmani

Pendidikan jasmani merupakan satu proses yang bermatlamat untuk

mempertingkatkan kemampuan kecergasan dan nilai seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Pendidikan jasmani (PJ) juga merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial, dan emosi. Melalui Pendidikan jasmani (PJ) pelajar akan diberi ruang untuknya mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Secara ringkasnya Pendidikan jasmani (PJ) adalah merupakan satu bentuk pembelajaran yang holistik dan

berupaya membangunkan pelajar dari pelbagai aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar (Colfer, 1986)

Oleh yang demikian pendidikan jasmani boleh didefinisikan sebagai mata pelajaran yang menumpukan penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran insani melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial, pembentukan nilai dan emosi. Pendidikan jasmani juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemupukan dan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

Pengelolaan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani adalah bagaimana kita mentadbir dan menguruskan mata pelajaran pendidikan jasmani supaya mata pelajaran ini dapat dilaksanakan atau di ajar dengan berkesan serta mencapai objektif yang di harapkan.

(a) Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia

Pendidikan jasmani merupakan mata pelajaran teras di sekolah-sekolah di Malaysia. Mata pelajaran pendidikan jasmani diajar selama 11 tahun dalam sistem persekolahan di Malaysia. Kurikulumpendidikan jasmani merangkumi aspek-aspek kemahiran sukan, rekreasi, pendidikan sukan serta kesihatan.

Kurikulum Pendidikan Jasmani di Malaysia digubal untuk memenuhi

keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Kurikulum ini

dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan, Kemahiran dan Kesukanan.

(3)

pelajar perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran

dan pengalaman pendidikan jasmani ke arah membentuk masyarakat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi pelajar ke tahap optimum.

(b) Objektif Kurikulum Pendidikan Jasmani Objektif utama kurikulum pendidikan jasmani ialah:

(i) Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor

(ii) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri

(iii) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian

(iv) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal

(v) Membentuk sahsiah dan disiplin diri dan (vi) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

(Sukatan Pelajaran, Pendidikan Jasmani, 1999)

Aktiviti pendidikan jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.

Oleh yang demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama pendidikan jasmani iaitu:

“Pendidikan jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan”

(Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

(4)

Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara yang berhasrat

untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, intelek dan sosial maka melalui pendidikan jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan Guru PJK (1988).

(c) Organisasi

Pendidikan jasmani merupakan disiplin pendidikan oleh itu di sekolah

pendidikan jasmani mempunyai ketua panitia dan di bawah kuasa guru penolong kanan akademik

Pengetua/Guru Besar >Penolong Kanan (Akademik ) > Ketua Panitia ----> Setiausaha --->Ahli-ahli (Guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani)

(d) Bidang Kuasa Ketua Panitia Pendidikan Jasmani (i) Menjadi ahli jawatankuasa mesyuarat kurikulum sekolah

(ii) Mempengerusi mesyuarat panitia pendidikan jasmani

(iii) Memastikan rancangan tahunan pendidikan jasmani tersedia untuk digunakan (iv) Mengagih dan menyimpan sukatan pelajaran pendidikan jasmani

(v) Menyediakan perancangan tahunan panitia

(vi) Memantau pengajaran pendidikan jasmani

(vii) Memeriksa buku latihan pelajar

(viii) Merancang pembelian alatan untuk panitia

(ix) Menyediakan anggaran perbelanjaan panitia

(5)

(e) Perancangan Belanjawan

Perancangan belanjawan ialah pelan dan sistem perbelanjaan yang

sistematik. Ketua panitia pendidikan jasmani perlu menyediakan perancangan belanjawan tahunan. Ketua panitia perlu menyenaraikan atau menyusun item mengikut kepentingan. Perancangan belanjawan bergantung kepada peruntukan kewangan pendidikan jasmani.

Bil Murid ---> Peruntukan

Kurang daripada 100 Orang RM 300.00

101-250 Orang RM 300.00(minimum) Rm2.80/seorang (selepas 100 0rang)

251-500 Orang RM 720.00(minimum) Rm2.60/seorang (selepas 250 0rang)

501-750 Orang RM 1370.00(minimum) Rm2.40/seorang (selepas 500 0rang)

751-1000 Orang RM 1970.00(minimum) Rm1.80/seorang (selepas 100 0rang)

1001 Orang atau lebih RM 2420.00(minimum) Rm1.00/seorang (selepas 100 0rang)

(f) Pengurusan Stor Pendidikan Jasmani

Stor pendidikan jasmani merupakan bilik yang digunakan untuk menyimpan barang-barang pendidikan jasmani. Stor yang di susun kemas dan teratur

akan menyenangkan guru pendidikan jasmani untuk menyimpan dan

(6)

jasmani. Oleh itu Penyelenggaraan sebuah stor pendidikan jasmani memerlukan kerjasama dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru dan murid-murid.

Ciri-ciri stor pengurusan stor pendidikan jasmani

(i) Biasanya ketua panitia bertanggungjawab untuk menyelia stor pendidikan jasmani.

(ii) Guru penyelia stor bertanggungjawab perlulah menyediakan buku stok bagi alatan stor dengan

kemas kini.

(iii) Guru penyelia stor bertanggungjawab menerima dan membeli peralatan baru (iv) Buku catatan barang keluar masuk perlu di sediakan bagi

merekodkan pergerakan alatan.

(v) Guru penyelia stor bertanggungjawab membuat pemeriksaan stok sekurang-kurangnya sekali setahun.

(vi) Peraturan stor sukan perlulah di rangka dan dilaksanakan.

Keperluan Bilik Stor Pendidikan Jasmani

(i) Ruang

Ruang untuk menyimpan peralatan yang ada mestilah boleh

menampung keperluan alatan di samping tidak merosakkan alatan. Saiz yang sesuai untuk stor pendidikan jasmani ialah lebih kurang 300 kaki persegi. Saiz

stor pendidikan jasmani bergantung kepada tiga perkara jenis dan jumlah alatan

yang disimpan jenis sekolah dan saiz sekolah.

(7)

Bagi mengoptimumkan ruang penyimpanan rak perlulah dibina di stor pendidikan jasmani. Rak yang di bina perlulah bersesuaian dengan saiz barang yang hendak di susun. Barang yang disusun hendaklah dalam kedudukan teratur dan senang di capai. Ini bertujuan untuk menyenangkan proses

menyimpan dan mengambil barang.

(iii) Lokasi

Lokasi yang sesuai bagi stor pendidikan jasmani ialah di bangunan yang berhampiran dengan padang. Ini bertujuan bagi mengelakkan masa terbuang dalam proses menyimpan dan mengambi barang. Kita juga perlu memastikan lokasi stor sukan tidak terpencil sehingga memudahkan pencuri memecah masuk stor pendidikan jasmani.

(iv) Tingkap

Tingkap stor sukan sekiranya besar akan menyebabkan cahaya matahari masuk. Keadaan yang panas akan menyebabkan alat yang dibuat dari kain yang di tenun, alat-alat kulit dan alat-alat yang tahan panas akan rosak.

(v) Siling

Siling biasa bagi bangunan antara 8 hingga 12 kaki, ketinggian siling bergantung kepada alatan yang hendak kita simpan. Sekiranya kita hendak menyimpan galah panjang, tinggi stor perlulah mempunyai ketinggian yang sesuai.

(vi) Peredaran Udara

Peredaran udara perlu bagi memastikan barang yang tahan lama dan mengelak bau yang tidak menyenangkan dalam stor pendidikan jasmani.

Tingkat kecil atau ruang udara perlu di sediakan di bilik stor pendidikan jasmani bagi membenarkan pengaliran udara.

(8)

Berbagai langkah keselamatan perlu di ambil bagi menjamin keselamatan alatan dan pengguna. Antara yang harus kita fikir dan pastikan ialah:

�� Bangunan yang ditempatkan stor sukan kukuh untuk mengelak di cerobohi.

�� Susun alat berdasarkan keselamatan contohnya alat yang berat perlulah di susun di bahagian bawah rak

simpanan.

�� Alatan yang tajam perlulah di susun secara menegak dengan bahagian

yang tajam menghala ke bawah.

�� Memastikan alatan yang di buat dari logam seperti lembing dan lain-lain

dalam keadaan kering sebelum di simpan bagi mengelak karat.

�� Memastikan tiada alat yang bersepah di lantai bagi menggelakkan kita terpijak yang boleh

menyebabkan kecederaan kepada kita.

�� Memastikan stor pendidikan jasmani tidak sesak ketika mengambil dan memulangkan alatan.

Gunakan sistem membenarkan pelajar tertentu sahaja yang mengambil barang dan pelajar yang lain

tunggu di luar.

�� Memastikan alatan yang di buat dari kayu seperti kayu hoki dan lain-lain dalam keadaan kering sebelum

di simpan bagi mengelak reput.

�� Peraturan mengambil barang dan memulangkan barang perlulah di perkenalkan dan di kuat kuasa.

�� Memastikan stor sentiasa kemas dan teratur

(9)

(viii) Pintu

Saiz pintu stor sukan bergantung jenis barang yang hendak disimpan.

Contohnya jika kita ingin menyimpan alat yang lebar dan tinggi seperti tilam lompat tinggi, pintu stor pendidikan jasmani perlulah lebar dan tinggi. Pintu yang tidak sesuai mungkin menyebabkan kerosakan kepada alat-alat dan juga boleh mencederakan murid. Pintu perlu di lengkapi dengan alatan keselamatan

dan dibina dengan kukuh supaya barang pendidikan jasmani boleh di kawal dan mengelak stor dari di cerobohi dengan mudah.

(g) Penjagaan Peralatan

Penyalahgunaan alatan pendidikan jasmani adalah penyebab utama

alatan pendidikan jasmani mudah rosak. Memandang keadaan di sekolah sekarang kurang guru pendidikan jasmani, kebanyakan guru-guru yang mengajar pendidikan jasmani bukan lulusan pendidikan jasmani.

Sebagai ketua panitia kita perlu memberi penerangan tentang penyalah

gunaan alatan oleh pelajar yang akan menyebabkan barang-barang pendidikan jasmani rosak. Antara penyalahgunaan tersebut ialah:

(i) Duduk di atas bola

(ii) Menyepak bola yang bukan bola sepak seperti bola tampar, bola jaring dan lain-lain

(iii) Mengetuk-getuk alatan seperti kayu hoki, baton dan lain-lain

(iv) Mengheret barang-barang yang di buat dari kanvas atau kain atau material yang lembut

contohnya tilam lompat tinggi dan lain-lain.

(10)

Sukan juga bermaksud aktiviti yang dipertandingkan mengikut peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh satu badan persekutuan sukan antarabangsa.

Ringkasnya sukan merupakan bentuk permainan yang di kelolakan dengan teratur dan mempunyai unsur pertandingan. Sukan perlu mempunyai unsur pertandingan, tanpa pertandingan aktiviti fizikal itu lebih dikenali sebagai permainan atau

rekreasi. Sukan melibatkan perancangan, kemahiran motor dan strategi.

Dari aspek psikologi sukan juga boleh disamakan dengan sesuatu aktiviti

yang menyeronokkan dan dewasa ini merupakan sebahagian kerjaya profesional yang melibatkan keupayaan fizikal dan mental yang tinggi. Dengan kata lain sukan merupakan suatu aktiviti yang boleh memberi keseronokan, kemewahan dan kebanggaan kepada setiap individu yang menceburkan diri ke dalamnya. Selain daripada meraih keuntungan dari aktiviti sukan.

Dari aspek afektif sukan yang beretika akan memberi ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi dan bergembira. Bersukan dapat mengerat perhubungan sosial, membanteras kegiatan-kegiatan kurang sihat dan membina masyarakat yang cergas. Memandangkan kepentingan sukan kepada masyarakat dan negara, di Malaysia sukan sentiasa berkembang selaras dengan pembangunan negara dan sentiasa di pandang serius oleh pemimpin masyarakat.

Di Malaysia sukan biasanya ditadbir oleh badan–badan amatur dan

profesional. Kementerian yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbirkan persatuan sukan ialah Kementerian Belia Dan Sukan. Sementara Majlis Sukan Negara adalah badan yang bertanggungjawab menyelaras badan-badan sukan di bawah naungannya. Dasar Sukan Negara yang di perkenalkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 20 Januari 1988, membuktikan pengiktirafan kerajaan terhadap kemajuan sukan negara. Dasar

sukan digubal dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas.

(a) Dasar Sukan Negara

(11)

rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi pengajian tinggi, badan-badan sukarela

dan orang perseorangan yang mempunyai kepakaran dan kepentingan dalam bidang sukan.

(b) Rasional Dasar Sukan Negara

Rasional Dasar Sukan Negara ialah ke arah menjadikan sukan sebagai alat untuk menerapkan nilai moral dan membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani. Manfaat Dasar Sukan Negara boleh dilihat dari aspek sumbangan sukan kepada individu, masyarakat dan negara.

(c) Peringkat Individu

(i) Membentuk sahsiah, memberi kesedaran dalam diri individu dan membangkitkan semangat

pertandingan yang sihat.

(ii) Meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal diri.

(iii) Dapat menggunakan masa senggang dengan aktiviti yang bermanfaat

(iv) Dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan tekanan hidup.

(v) Interaksi sosial yang baik.

(vi) Mengasah kemahiran-kemahiran asas.

(d) Peringkat Masyarakat

(i) Merangsang pembinaan masyarakat yang mempunyai kualiti kesihatan fizikal dan moral yang baik

bersesuaian dengan aspirasi nasional.

(ii) Mewujudkan suasana yang kondusif untuk memupuk perhubungan komuniti yang lebih baik dalam

pelbagai kumpulan etnik dalam negara.

(12)

negara.

(iv) Mengurangkan kadar jenayah dengan merangsang masyarakat memanfaatkan masa lapang dengan

aktiviti berguna.

(e) Peringkat Antarabangsa

(i) Mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi.

(ii) Meningkatkan maruah bangsa dan negara di persada sukan antarabangsa.

(iii) Memupuk persahabatan.

(iv) Menjadikan sukan sebagai satu industri yang mempunyai nilai-nilai komersial yang tinggi.

Objektif Dasar Sukan Negara

Antara objektif dasar sukan negara ialah:

(a) Membentuk masyarakat yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu melalui penyertaan yang meluas dan

peluang yang lebih baik dalam sukan di semua peringkat masyarakat. (b) Menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi

memenuhi keperluan asasi sosial,

psikologi dan fisiologi individu melalui sukan.

(c) Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan kebajikan sosial

individu dan kenikmatan masa senggang di kalangan orang awam.

(13)

dan antarabangsa dengan harapan muhibah dan imej negara dapat dipertingkatkan.

Strategi dan Pelaksanaan Dasar

Objektif-objektif dasar ini dapat dicapai dengan memberi penekanan pada aspek-aspek yang berikut :

(a) Perancangan

Pertubuhan-pertubuhan sukan perlulah merancang program-program

jangka panjang dan mempunyai struktur yang baik untuk pembangunan ahli sukan, jurulatih, pentadbir dan pegawai sukan. Dalam merancang program-program jangka panjang untuk sukan prestasi tinggi, perkara-perkara yang berikut perlu

dipertimbangkan:

- Jenis sukan yang lebih maju dari aspek kemudahan dan penyertaan sedia ada.

- Jenis sukan yang sesuai dengan bentuk fizikal masyarakat Malaysia.

(b) Organisasi

Hasil daripada kerjasama antara pelbagai badan sukan dengan kerajaan dilihat akan membuahkan satu program yang bersepadu ke arah kemajuan sukan di negara ini. Satu jawatankuasa ditubuhkan bertujuan mengarahkan hubungan yang lebih rapat di kalangan organisasi-organisasi sukan, swasta dengan kerajaan. Majlis

Sukan Negara (MSN) bertugas menyediakan jentera ini bagi sukan berprestasi tinggi.

Kementerian Belia dan Sukan perlu mewujudkan mekanisme ini

untuk menyelaraskan program Sukan Untuk Semua (Sukan Massa). Mekanisme ini perlu menggalakkan Sukan Untuk Semua (Sukan Massa) dan aktiviti-aktiviti rekreasi yang berlandaskan konsep MALAYSIA CERGAS di kalangan rakyat Malaysia.

MALAYSIA CERGAS merupakan satu program yang berdasarkan kepada

(14)

peningkatan produktiviti dan mengukuhkan perhubungan sosial dan perhubungan antara kumpulan etnik.

Kementerian Pendidikan Malaysia pula memainkan peranan

dengan memperuntukkan masa yang cukup untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan kokurikulum di sekolah. Selain itu, Bahagian Pendidikan

Guru dipertanggungjawabkan melatih guru-guru yang berkebolehan mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah. Di institusi pengajian tinggi,aktiviti-aktiviti sukan juga digalakkan di kalangan siswa. Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) berperanan menggalak dan

menyelaraskan semua aktiviti sukan di dalam pelbagai perkhidmatan awam. Majlis Olimpik Malaysia

(MOM) merupakan badan induk kepada semua persatuan sukan

kebangsaan. Tanggungjawab utama ialah menggalakkan sukan di kalangan rakyat untuk pergerakan Olimpik. MOM bekerja rapat dengan MSN dalam hal pemilihan dan latihan atlet untuk pertandingan peringkat antarabangsa.

(c) Personel

Badan-badan sukan di semua peringkat hendaklah melantik personel bertauliah dan berpengalaman bagi merancang, melaksana dan menilai program sukan. Keperluan mempunyai jurulatih telah merangsang Majlis Sukan Negara mewujudkan skim persijilan kejurulatihan sukan kebangsaan.

(d) Kewangan

Yayasan sukan kebangsaan membiayai kegiatan-kegiatan sukan berprestasi tinggi dan sukan massa. Sumber kewangan yayasan sukan diperolehi daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, sektor korporat dan individu. Dalam usaha menggalakkan sumbangan kewangan dan material dari sektor swasta dan individu, kerajaan telah membuat keputusan segala sumbangan dikecualikan dari cukai.

Persatuan-persatuan juga perlu mempertingkatkan usaha dan strategi

pemasaran aktiviti mereka untuk mendapat sumbangan bagi membiayai kegiatan persatuan.

(15)

Pegawai-pegawai sukan dan ahli-ahli sukan yang mewakili negara

dan mengharumkan nama negara perlu diberi pengiktirafan dan insentif . Insentif boleh diberi dalam berbagai berbentuk contohnya peluang memasuki IPTA, biasiswa, penganugerahan, cuti, elaun sara hidup, perlindungan insurans, perbelanjaan untuk latihan dan yuran pendidikan.

(f) Kemudahan

Kementerian Belia dan Sukan bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan bagi sukan massa, sukan berprestasi tinggi dan sukan untuk

golongan istimewa. Persatuan sukan bertanggungjawab menyelaras perancangan dan agihan kemudahan sukan. Di peringkat negeri, kerajaan negeri menyediakan kemudahan sukan untuk negeri masing-masing. Sektor-sektor korporat dan badan sukarela juga di galakan memainkan peranan dengan aktif bagi melengkapi usaha kerajaan dalam pembinaan kemudahan-kemudahan sukan.

(g) Am

Kerajaan Malaysia sentiasa berusaha bersungguh-sungguh ke arah

membentuk budaya sukan kepada rakyat Malaysia. Di antara usaha yang dirintis oleh kerajaan ialah mengurangkan cukai-cukai dan eksais ke atas peralatan sukan supaya lebih ramai orang mampu membeli alatan sukan pada harga yang murah. Galakkan ini secara tidak langsung merangsang lebih ramai penduduk negara ini melibatkan diri

dalam sukan. Pengusaha-pengusaha tempatan juga perlu diberi galakan untuk menghasilkan peralatan-peralatan sukan yang berkualiti dan diterima di peringkat antarabangsa.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah membina beberapa buah sekolah

khas sebagai pusat kecemerlangan untuk menggalakkan pembangunan beberapa jenis sukan tertentu seperti Sekolah Sukan Bukit Jalil dan Sekolah Sukan Bandar Penawar serta pusat tunas cemerlang di setiap negeri. Institut Sukan Negara memainkan peranan dalam penyelidikan dan pembangunan sukan di negara ini.

(16)

Dasar Sukan Negara yang telah digubal dan di perkenalkan pada 20 Januari

1988 merupakan satu dasar sukan untuk semua bentuk rakyat Malaysia. Dasar ini merangkumi dua komponen iaitu:

Referensi

Dokumen terkait

Fitrah berarti potensi dasar manusia, dalam struktur jasmani dan rohani, Allah memberikan seperangkat kemampuan dasar yang memiliki kecenderungan berkembang,

Sedangkan menurut beberapa ahli pengertian pendidikan Islam, ialah:. Menurut Ahmad D.Marimba, pendidikan Islam, yaitu bimbingan jasmani dan rohani berdasarkan hukum-hukum

Dalam hal ini fokus dalam PAUD adalah sebuah pembinaan baik jasmani maupun rohani, oleh karena itu hal yang penting di dalam pembinaan sejak dini ialah mampu mewujudkan

Manusia Indonesia belum menjadikan Pancasila sebagai nilai-nilai bersama, yang membentuk kepribadian luhur, yang menjadi dasar moral dalam bersikap, bertutur kata,

Dapat ditarik kesimpulan bahwa Pendidikan Agama Islam adalah usaha menumbuhkembangkan anak didik baik jasmani maupun rohani atas dasar ajaran Islam agar menjadi

Pengertian pendidikan keluarga adalah Segala usaha yang dilakukan oleh orang tua (suami dan istri) bagi anaknya untuk membimbing potensi jasmani dan rohani anak menuju ke

Pendapat ini disokong oleh Zulkafli 1997 di mana, antara alasan ibu bapa untuk tidak bergiat dalam aktiviti sukan ialah aktiviti Pendidikan Jasmani hanya membuang masa anak-anak,

Dengan adanya sosialisasi ini diharapkan dapat memberikan pengetahuan dasar kepada pelaku UMKM untuk lebih mengenal dan menerapkan akuntansi dasar sehingga menghasilkan laporan keuangan