• Tidak ada hasil yang ditemukan

Analisa tajuk projek tahun akhir yang di

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Analisa tajuk projek tahun akhir yang di"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Analisa tajuk projek tahun akhir yang dihasilkan pelajar di bawah penyeliaan, 2008-20121

Dr Haryati Hasan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tanjung Malim Perak (haryatie@fsk.upsi.edu.my) 05-4505116 atau 012-4321941

Abstrak

Pembangunan dan kemajuan yang berlaku di sesebuah Negara banyak bergantung kepada perkembangan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Negara tersebut. Ini bermakna peranan IPT amatlah penting bukan sahaja melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang pekerjaan, tetapi juga untuk membentuk serta mengawal sahsiah seseorang insan supaya dapat mengembangkan ilmu dan daya kognitifnya bagi menghadapi cabaran hidup termasuk cabaran pekerjaan. Bagi semua IPT, pencapaian akademik pelajar merupakan salah satu tanggungjawab penting dalam pembangunan seseorang pelajar. Pencapaian akademik pelajar merupakan kayu-ukur pembangunan pelajar sesebuah universiti. Sebelum bergraduat pelajar dikehendaki menghasilkan projek tahun akhir. Di Jabatan Sejarah projek tahun akhir atau HSR3996 diambil oleh pelajar semasa di tahun akhir pengajian yakni pada semester 8. Kursus ini merupakan latihan untuk menghasilkan satu penulisan sejarah secara ilmiah. Penekanan diberikan kepada proses penulisan berdasarkan metodologi penulisan sejarah seperti pentakrifan, objektif, permasalahan kajian, mentafsir dan menganalisis data. Idea dipersembahkan dalam bentuk penulisan projek penyelidikan sepanjang 18,000-20,000 patah perkataan. Artikel ini tidak membincangkan kandungan kursus sebaliknya memfokuskan kepada pemilihan tajuk projek tahun akhir. Analisa menumpukan kepada projek tahun akhir yang dihasilkan oleh pelajar di bawah penyeliaan sepanjang tempoh lima tahun dari 2008 hingga 2012. Analisa ini penting sebagai menyediakan satu garis panduan agar pelajar tidak memilih tajuk yang sama atau mengulangi apa yang telah dihasilkan sebelumnya. Selain itu usaha kecil ini diharap dapat membantu jabatan sejarah untuk mengenalpasti ruang yang masih boleh dikaji oleh pelajar dan sekaligus mampu memperkembangkan pelbagai bidang penyelidikan dalam sejarah seperti sejarah politik, ekonomi atau sosial.

Analisa, Projek, Pelajar

▸ Baca selengkapnya: tajuk research yang sesuai untuk pelajar

(2)

Pengenalan

Penulisan ilmiah merupakan penulisan yang dijalankan secara saintifik. Ia mengkaji secara teratur dan teliti tentang sesuatu masalah atau persoalan. Ia berbeza daripada kaedah lain seperti penulisan novel yang berasaskan khayalan dan rekaan, dan generalisasi daripada pengalaman. Kaedah saintifik berasaskan idea bahawa kesimpulan hanya boleh diterima apabila disokong oleh bukti. Seseorang penulis akademik harus mengumpulkan data secara objektif, tidak berat sebelah dalam mengumpulkan data yang menyokong kebenaran hipotesis dan mengabaikan mana-mana yang tidak selari dengan kehendak peribadi penyelidik. Untuk membolehkan pengetahuan biasa menjadi pengetahuan ilmiah (sains), ia harus melalui jalan yang panjang. Proses tersebut yang disebut sebagai kaedah ilmiah dapat disusun seperti berikut;2

i- Pengumpulan data ii- Pengamatan data iii- Pemilihan data iv- Penggolongan data v- Penafsiran data vi- Kesimpulan Umum vii- Perumusan hipotesis

viii- Pengujian terhadap hipotesis melalui kajian dan percubaan empiris ix- Penilaian: menerima, menolak, menambah, ataupun mengubah hipotesis x- Perumusan teori ilmu pengetahuan

xi- Perumusan bukti atau hukum ilmu pengetahuan

Kaedah ilmiah ini telah diajar kepada pelajar di dalam kursus HSR3023 Penyelidikan dan Penulisan Sejarah dan mereka telah mengambilnya semasa di semester enam.3 Ini

bermakna apabila mereka menjalankan penyelidikan dan menghasilkan latihan ilmiah secara 2 Sivachandralingam Sundara Raja, Pemikiran dan Penulisan Ilmiah, Utusan Publications & distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2001, hlm. 1-2.

3

(3)

umumnya mereka telah mempunyai ilmu dalam bidang penyelidikan. Namun, sejauhmana mana mereka memahami dan mempraktikkan ilmu yang dipelajari masih menimbulkan tandatanya. Ini kerana ramai pelajar pada hari ini, termasuk yang di pusat-pusat pengajian tinggi4 menghadapi

masalah yang sama, apabila mereka menjalankan penyelidikan. Masalah pertama ialah kegagalan mereka untuk menyediakan satu format penyelidikan yang konkrit, lengkap dan kemas. Masalah ini disebabkan oleh kekurangan pengalaman dan panduan. Masalah yang kedua ialah kebanyakan daripada mereka kurang meneliti prinsip-prinsip utama sesuatu penyelidikan. Ini termasuklah pemahaman tentang konsep pendekatan, kaedah dan persoalan-persoalan teknik yang lain.5

Sungguhpun terdapat pelbagai masalah, namun tidak dinafikan kebanyakan pelajar berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan latihan ilmiah yang baik. Mereka perlu difahami dalam kerangka kekangan waktu, batasan kewangan dan persekitaran yang kurang selesa dan peruntukan masa yang minima dalam penyeliaan kerana bebanan tugas pensyarah harus dijadikan kayu ukur dalam menilai hasilan pelajar ini.

Tulisan ini hanyalah merupakan usaha kecil dalam mengumpulkan maklumat mengenai tajuk-tajuk pelajar di bawah penyeliaan sebagai menyediakan satu panduan kepada pelajar akan datang agar tidak mengulangi tajuk-tajuk yang pernah dikaji. Tulisan ini juga cuba memberi cadangan mengenai tema-tema yang masih boleh diterokai selaras dengan perkembangan semasa khasnya pada menjelang pasca kemerdekaan dan arus globalisasi.

4 Semasa saya menjalankan penyelidikan di Arkib Negeri Cawangan Kelantan, pada Oktober 2012, beberapa orang pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia datang kepada saya untuk mendapatkan nasihat mengenai tajuk yang telah mereka pilih. Di masa yang lain ada yang belum mengetahui apa yang patut mereka buat dan masih meninjau apa maklumat yang mereka akan perolehi di Arkib. Januari lalu sekali lagi saya ke sana, kali ini saya bertemu dengan beberapa orang pelajar dari Universiti Malaya. Mereka nampaknya tidak segan untuk meminta nasihat dan panduan dalam menghasilkan tesis yang baik.

5

(4)

Analisis tema tesis yang dihasilkan antara 2008-2012

Sebanyak 82 buah latihan ilmiah telah diselia sepanjang tempoh antara 2008 hingga 2012. Pada sesi 2008/2009 sebanyak 11 buah tesis. Pada sesi 2009/2010 sebanyak 12 buah. Pada sesi 2010/2011 sebanyak 19 buah. Pada sesi 2011/2012 sebanyak 22 buah dan pada sesi 2012/2013 sebanyak 18 buah. Terdapat pelbagai tema yang dipilih oleh pelajar. Tema-tema ini ditentukan semasa mereka menyediakan proposal. Di peringkat ini perbincangan adalah antara pelajar dengan penyelaras kursus. Ini bermakna semasa pelajar diagihkan kepada penyelia masing-masing mereka telah mempunyai tajuk dan tema. Namun begitu ada juga segelintir pelajar yang masih belum mempunyai tajuk bila berjumpa dengan penyelia. Dalam keadaan yang lain pula ada dalam kalangan mereka yang berubah fikiran dan menukar tajuk lain walaupun proposalnya telah diluluskan dengan tajuk asal.

Perbincangan di sini mencerakinkan kepada tema-tema kecil yang dibahagikan kepada tema sejarah ekonomi, sejarah keluarga, sejarah tokoh, sejarah persatuan/pertubuhan/syarikat, sejarah sekolah dan lain-lain.

1- Sejarah Ekonomi

(5)

JADUAL 1: Tema Ekonomi

Tajuk Tesis Skop tahun Sesi

1- Sosioekonomi Petani Melayu di Tumpat, Kelantan

1930an-1950an

2010/2011 2- Sejarah Perkembangan Sosio-ekonomi

Masyarakat Masai, Johor Bahru 1949-1981 2010/2011 3- Pembangunan Ekonomi dan Sosial di

Daerah Kulim Kedah 1960-1970 2010/2011 4- Perkembangan Sosioekonomi

Masyarakat Siam di Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan

(1990-2010) 2011/2012

5- Sosioekonomi Masyarakat Melayu di

Kampung Sabak, Kelantan (1957-2010) 2011/2012 6- Pintu Kawalan Ekonomi di Sempadan

Rantau Panjang-Sungai Golok 2000-2008 2011/2012 7- Kegiatan Ekonomi Penduduk Kg. Ulu

Legong, Baling (1980-2010) 2012/2013 8- Penanaman Tembakau di Kelantan 1985-2005 2009/2010 9- Sejarah Perkembangan Tanaman Koko

di Kota Samarahan Sarawak

1987-2000 2010/2011 10- Perkebunan Kecil Getah di Muar, Johor 1950-1970an 2010/2011 11- Perkembangan Tanaman Getah di Pasir

Mas, Kelantan 1945-1991 2011/2012

12- Perkembangan Perlombongan di Sungai Lembing oleh Pahang Consolidated Company Limited (PCCL)

1906-1966 2010/2011

13- Kesan Perlombongan Emas Terhadap

Persekitaran (1940-1960) 2010/2011

(6)

Berdasarkan Jadual 1 pelajar memilih tema sosioekonomi (no.1-5). Tiga daripada latihan ilmiah tersebut memperkatakan mengenai sosioekonomi di Kelantan dan masing-masing satu di Johor dan Kedah. Selain itu dua buah latihan ilmiah memfokuskan kepada kegiatan ekonomi di Sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok dan di Kg. Ulu Legong, Baling. Kegiatan ekonomi yang sering diberi tumpuan ialah pertanian saradiri seperti padi dan tanaman eksport seperti getah (no.10 dan 11). Tanaman tembakau (no.8) dan tanaman koko (no.9) turut diperkatakan. Selain kegiatan pertanian terdapat juga dalam kalangan pelajar yang memilih untuk menghasilkan tesis mengenai perlombongan. Ini termasuklah perlombongan emas di Sungai Lembing, Pahang dan kesan daripada perlombongan serta perlombongan bijih timah di Kulim, Kedah. Mengenai kegiatan perikanan pula terdapat dua buah latihan ilmiah mengenainya yang membincangkan kegiatan perikanan di Sabak Bernam Selangor dan di Tumpat, Kelantan.

Sungguh pun terdapat pelbagai tajuk dihasilkan di bawah tema ekonomi tapi ini tidak bermakna ruang untuk mengkajinya sudah terbatas. Banyak lagi tajuk yang boleh diterokai di bawah tema ini. Di sini diperturunkan cadangan tajuk-tajuk yang masih boleh dikaji6

1- Menjual buah-buahan dan sayuran 2- Menjual bahan-bahan ternakan 3- Berkedai runcit

4- Meraih beras

5- Meraih ikan, udang dan segala tangkapan laut

(7)

6- Menjual tikar, bantal, tilam dan hamparan 7- Menjual kuih muih

8- Menjual ikan kering, jenis-jenis keropok 9- Menjual alat-alat keperluan dapur 10- Menjual kain dari rumah ke rumah

11- Menjual barang-barang kemas secara ansuran

12- Membuat berbagai-bagai jenis rempah dan mengedarkannya 13- Menenun kain dan mengambil upah membatik

14- Menjadi tukang jahit 15- Menjual alat-alat solek 16- Menjadi agen ansuran nyawa 17- Menjadi bidan dan tukang urut

18- Menjadi tukang pelamin dan mak andam 19- Menjadi pembantu di kedai-kedai

20- Membuat perusahaan batik dan kain songket 21- Menjadi pengurus gudang

22- Membuat tonik, makjun dan menjadi pengedarnya 23- Membuat budu, sos-sos lain dan mengedarkannya

24- Bekerja di kilang-kilang seperti kilang-kilang mancis, berlian dan batik 25- Bekerja sebagai tukang masak di restoran

2- Sejarah Keluarga

Selain tema ekonomi, turut mendapat perhatian pelajar mengkajinya ialah tema keluarga. Sebanyak 15 buah latihan ilmiah dihasilkan. Kecenderungan menghasilkan latihan ilmiah mengenai tema tersebut dapat dilihat dengan jelas pada sesi 2008/2009. Sila lihat Jadual 2.

JADUAL 2: Tema Keluarga

Tajuk Tesis Skop tahun Sesi

1- Salasilah Keluarga Awang Mumin 1880an-1990an 2008/2009 2- Salasilah Keluarga Shabudin bin

Ibrahim 1920an-1990an 2008/2009

3- Sejarah Keluarga Kayin@Kain bin Kasandoriat

1930an-1980an 2008/2009 4- Sejarah Keluarga Rubani bin Kasni 1940an-1990an 2008/2009 5- Susur Galur Keluarga Mohd Khalis bin

(8)

6- Susur Galur Keluarga Suhaya Mohd Arif Dari 1927 sehingga 2007

2008/2009 7- Memorabilia Keluarga Norlina Rahmat (1920an-Kini) 2008/2009 8- Perjalanan Kehidupan Keluarga Suhana

binti Noh 1930an-1990an 2008/2009

9- Melayu Banjar: Satu Kajian Sejarah

Keluarga Johari bin Ahmad 1910an-199 2008/2009 10- Enam Generasi Keluarga Khairiyah Md

Noor 2008/2009

11- Meniti Sejarah Keluarga Nadhilah binti Zakaria

1870-2007 2009/2010 12- Lima Generasi Keluarga Norul Farha

binti Mohd Nor

2009/2010 13- 108 Tahun Keluarga Tok Wan Taraq 2009/2010 14- Lipatan Sejarah Keluarga Enam

Generasi Akib Bugis

Jadual 2 menunjukkan pada sesi 2008/2009 terdapat sebanyak 10 buah latihan ilmiah dihasilkan dan pelajar telah memilih mengkaji tema keluarga (no. 1-10). Kecenderungan pelajar menghasilkan tema ini kerana galakan daripada penyelaras latihan ilmiah pada waktu itu, iaitu Prof. Madya Dr Badriyah Hj. Salleh. Menurut beliau,

(9)

hasil daripada sumbangnan dari bawah atau garapan dan tulisan orang kecil. Kerana tanpa mereka siapalah orang atasan itu… 7

Pada sesi berikutnya semakin kurang tema kelurga diperbincangkan. Ini dapat diperhatikan pada sesi 2009/2010 hanya tiga buah, pada 2010/2011 dan 2011/2012 masing-masing sebuah latihan ilmiah dihasilkan mengenai tema ini. Pada pandangan saya, tema ini perlu dihidupkan kembali dalam konteks memartabatkan sejarah tempatan. Pada sisi lain meminimakan pelajar untuk menciplak tulisan terdahulu kerana sumber yang digunapakai sebahagian besarnya berkisar pada sumber pertama milik ahli keluarga terdekat atau orang yang berkaitan.

3- Sejarah Persatuan/Pertubuhan/Syarikat

Selain tema kegiatan ekonomi dan keluarga, terdapat sebanyak 14 buah latihan ilmiah mengenai sejarah persatuan, pertubuhan atau syarikat. Pelajar cenderung mengkaji tajuk-tajuk seperti sejarah Felda, Felcra, KESEDAR, Pertubuhan Peladang dan Hutan. Ada juga yang memilih tajuk seperti Jabatan Penjara, Kesihatan dan Majlis Perbandaran. Rumah Seri Kenangan dan Rumah Warga Tua turut dikaji. Selain itu pertubuhan berbentuk politik iaitu UMNO dan syarikat persendirian turut diperkatakan. Persatuan sukan mula mendapat tempat dengan terhasilnya sebuah latihan ilmiah mengenai FAM. Sila lihat Jadual 3.

JADUAL 3: Persatuan/Pertubuhan/Syarikat

Tajuk Tesis Skop tahun Sesi

(10)

1- UMNO bahagian Pasir Mas Kelantan 1950-1978 2009/20 10 2- Syarikat Nordin Batik Kelantan 1972-2003 2010/20

11 3- Pembangunan Felda Trolak Timur,

di Perak 1976-2007 2010/2011

4- Sejarah Felcra Weng Berhad

9- Sejarah Majlis Perbandaran

Seberang Perai, Pulau Pinang (1800-1976) 2011/2012 10- Perkembangan Pusat Jagaan Harian

Warga emas Tanjung Malim

(2002-2011)

2011/20 12 11- Pejabat Hutan Daerah Hulu Perak 1970-1983 2012/20

13 12- Perkhidmatan Kesihatan di

Kemaman 1970-1980 2012/2013

13- Sejarah dan Perkembangan Penjara Simpang Renggam

(11)

setempat kerana sumbangan terhadap bidang kebajikan dan pendidikan di tempat mereka tinggal atau berkhidmat. Secara lebih terperinci sila lihat Jadual 4.

JADUAL 4: Tokoh

Tajuk Tesis Skop tahun Sesi

1- Haji Mat Nawawi bin Jusoh 1944-1999 2008/2009 2- Belasungkawa Zakaria bin Yusoff 1945-2003 2008/2009 3- Pemikiran Hassan Adli dalam Politik

dan Hasil Karya 1950an-1980an 2010/2011 4- Datuk Haji Jalani bin Jaffar 1982-1990 2010/2011

5- Ariffin bin Said 1960-1997 2011/2012

6- Razali bin Mamat 1969-2003 2011/20

12 7- Che Min bin Che Ahmad 1947-2010 2011/20

12 8- Tuan Haji Suhaimi Dzajuli:

Pengasas Persatuan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Damai Kuang

10- Haji Zakaria bin Haji Sulaiman 1954-2010 2012/20 13 11- Matlob: Sasterawan dan

Pejuang Jawi Johor 1989-2010 2009/2010

(12)

Masih terdapat banyak ruang kosong yang boleh diperkatakan mengenai tokoh. Selain dalam bidang politik, pelajar perlu digalakkan untuk mengkaji tokoh ekonomi dan pemimpin dalam pertubuhan sosial, kelab serta NGO selaras dengan perkembangan Negara khasnya menjelang pasca kemerdekaan.

5- Sejarah Sekolah

Ada dalam kalangan pelajar menjadikan sekolah sebagai tema kajian latihan ilmiah mereka. Terdapat sebanyak tujuh buah latihan ilmiah mengenai tema ini. Dua buah latihan ilmiah adalah mengenai sekolah Tamil di Jalan Khalidi Muar dan Kulim Kedah. Dua latihan ilmiah lagi mengenai Sekolah Menengah Kebangsaan di Taman Kluang Barat, Johor dan Rantau Panjang Kelantan. Masing-masing sebuah latihan ilmiah mengenai sekolah Cina, sekolah Mubaligh dan sekolah Tahfiz. Sila lihat Jadual 5.

JADUAL 5: Sekolah

Tajuk Tesis Skop Tahun Sesi

1- Sejarah Sekolah Yuk Cheng 1930an-1980an 2009/2010 2- Sejarah Perkembangan Sekolah Mubaligh

Kristian di Kuching, Sarawak

1841-1946 2010/2011 3- Sejarah Penubuhan dan Perkembangan

Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Jalan Khalidi Muar

1910-2008 2010/2011

4- Sejarah Penubuhan dan Pencapaian Sekolah

Menengah Kebangsaan Taman Kluang Barat 1994-2006 2010/2011 5- Sejarah Sekolah Tamil Methodist Kulim,

Kedah (1948-1974) 2011/2012

6- Perkembangan Sekolah Tahfiz di Pasir Mas 1990-2010 2012/2013 7- Pelajar Melayu Selatan Thai di SMKRP 1970-1990 2012/2013

(13)

Selain tema-tema yang telah disebutkan terdapat latihan ilmiah yang memperkatakan mengenai isu masyarakat dan kepercayaan (Sila lihat Jadual 6), isu-isu terpilih hasil daripada analisa penggunaan sumber akhbar dan majalah (Lihat Jadual 7) dan pengangkutan (Jadual 8).

JADUAL 6:Masyarakat/Kepercayaan

Tajuk Tesis Skop Tahun Sesi

1- Sejarah Kedatangan Masyarakat Cina ke Kampung Jelatok

2009/2010 2- Masyarakat Siam di Kampung Terbok, Tumpat,

Kelantan

1900-2000 2010/2011 3- Sistem Kepercayaan Masyarakat Murut di Sabah 1915-2005 2010/2011 4- Komuniti Chetti di Gajah Berang, Melaka 1957-2010 2011/2011

JADUAL 7: Surat khabar/Majalah

Tajuk Tesis Skop Tahun Sesi

1- Masalah Sosial dalam Utusan Malaysia 1967-1972 2012/2013

2- Isu Sukan dalam Utusan Malaysia 1967-1969 2012/2013

3- Isu-Isu Terpilih dalam Majalah Guru 1920-an hingga 1960-an

2012/2013

JADUAL 8: Pengangkutan

Tajuk Tesis Skop Tahun Sesi

1- Kepentingan Sistem Pengangkutan Keretapi

Tanjong Malim 1900-1980 2011/2012

2- Perkembangan Sistem Pengangkutan di Pasir

Mas 1957-1990 2011/2012

3- Pengangkutan Darat di Kuala Lumpur 1860 hingga

(14)

Selain itu, terdapat pelbagai isu turut diperkatakan antaranya ialah mengenai isu perceraian (no. 5 dan 7), perubatan tradisional dan penyakit (no. 4 dan 8), kajian teks pensejarahan Melayu (no.2), Laporan Jawatankuasa Kabinet (no.1), undang-undang Buang Negeri (no.3), seni bina (no. 6) dan peranan wanita (no.9). Untuk maklumat terperinci mengenai tajuk-tajuk yang berkaitan sila lihat Jadual 9.

JADUAL 9: Lain-Lain Tema

Tajuk Tesis Skop Tahun Sesi

1- Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 dan Akta

Pendidikan 1996. 2009/2010

2- Teks Kisah Pelayaran Abdullah dan masyarakat

Melayu Kelantan 2009/2010

3- Undang-Undang Buang Negeri 1940-1948 2010/2011 4- Perubatan Tradisional Abu Dakam bin Ahmad

(1970-an-1990-an) 2010/2011

5- Perceraian dalam Kalangan Masyarakat Melayu di Bachok, Kelantan

(2005-2010) 2011/2012 6- Seni bina rumah panjang masyarakat Iban di

Sarawak

1963-2010 2011/2012 7- Perceraian dalam Kalangan Masyarakat Islam di

Pasir Putih, Kelantan (1980-2000) 2012/2013 8- Malaria di Ulu Kelantan 1955-1980. 2012/2013 9- Peranan dan Sumbangan Wanita dalam bidang

Pendidikan dan Dakwah di Daerah Pendang

(1930-1970) 2012/2013

Kesimpulan

(15)

1- Pekerjaan/gunatenaga wanita dan sumbangan kepada isi rumah 2- Wanita bekerja dan kesan terhadap rumahtangga

3- Penglibatan wanita luarbandar dalam industri 4- Penghijrahan luar Bandar

5- Peniaga-peniaga kecil wanita

6- Peranan wanita dalam pembangunan luar Bandar 7- Usahawan wanita

8- Moral, akhlak dan sosial wanita Islam 9- Kedudukan dan peranan wanita Islam 10- Kekeluargaan

11- Politik dan Kepimpinan

12- Hal-hal wanita dan perlindungan undang-undang keluarga Islam 13- Lain-lain

a. Wanita dan Akhlak b. Wanita dan Demografi c. Wanita dan Genetik d. Wanita dan Islam

e. Wanita dan Kedudukan/Peranan f. Wanita dan Keluarga

g. Wanita dan Kepenggunaan h. Wanita dan Kesusasteraan i. Wanita dan Komunikasi j. Wanita dan Pekerjaan k. Wanita dan Pembangunan l. Wanita dan Perniagaan m. Wanita dan Perubatan

n. Wanita dan Politik/Kepimpinan o. Wanita dan Psikologi

p. Wanita dan Sosial q. Wanita dan Sukan

r. Wanita dan Undang-Undang

(16)
(17)

Referensi

Dokumen terkait

Desain layout pertama adalah desain layout atau susunan airbag s yang digunakan untuk proses launching kapal Tanker yang menerapkan jarak 7,2 meter ,dan desain

beraturan total dari graf

Studi ini bertujuan untuk mengetahui unjuk kerja sistem pengangkutan penumatik elemen SAS dengan parameter yang ditinjau adalah target waktu pengangkutan sebesar 100,

Nilai kelarutan Cr di rumen sampai pascarumen pada ternak rminansia merupakan suatu nilai karakter yang harus diketahui karena dapat digunakan sebagai indikator

Suka terhadap Pekerjaan Perusahaan harus dapat menghadapi kenyataan bahwa karyawan tiap hari datang untuk bekerjasama sebagai manusia seutuhnya dalam hal melakukan pekerjaan yang

Penelitian ini dilakukan untuk menganalisis kandungan vitamin E dalam minyak biji kelor secara Kromatografi Cair Kinerja Tinggi (KCKT).Hasil analisis menunjukkan bahwa variasi

Pada tahun 1966, tepatnya setelah meletusnya G.30 S.PKI pada tahun 1965, diadakan Sidang Umum MPRS yang menetapkan status pendidikan agama di sekolah-sekolah berubah

Proses ini menunjukkan bahwa Universitas Pesantren Tinggi Darul Ulum (Unipdu) Jombang membina, mewujudkan, dakwah dan mencetak insan, tidak hanya sekedar bicara tetapi juga