Pembentukan Modal Insan melalui Pengajaran dan Pembelajaran Hibrid
Matematik
Mohd Afifi Bahurudin Setambah
Pendahuluan
Melahirkan dan membentuk modal insan merupakan Misi Nasional. Ianya terkandung di dalam Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara melangkaui 2020 (PSPTN). Modal ditakrif sebagai harta, aset atau sesuatu yang bernilai kepada individu, organisasi atau negara. Modal insan merujuk kepada manusia itu sendiri sebagai aset yang bernilai kepada diri,organisasi dan negara (Abiddin, 2014).
Transformasi dalam bidang pendidikan sering dilakukan. Perkara ini perlu diberi perhatian oleh golongan pendidik khususnya guru-guru. Ini perlu dilakukan agar modal insan yang di ajar bukan hanya mencapai objektif pembelajaran, malah dapat memupuk kemahiran abad ke-21. Keciciran ilmu dalam bidang mengikut peredaran masa ini akan merencatkan Misi Nasional bagi melahirkan modal insan yang bertaraf glokal. Membekalkan pendidikan yang berkualiti adalah strategi yang paling berkesan dalam membentuk modal insan. Pelbagai kemahiran perlu diterapkan melalui pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meletakkan satu teras utama dalam membentuk modal insan ini melalui strategi menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran (PSPTN,2007).
Kelebihan Pengajaran dan Pembelajaran Hibrid Matematik
Penggabungan pendekatan tradisonal di dalam bilik darjah dan pendekatan atas talian akan membuka lembaran baru kepada dunia pendidikan. Menurut Karimi, Badariah dan Ahmad (2013), gabungan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersemuka dan atas talian dinamakan pendekatan hibrid. Pada dasarnya, dilihat pelajar akan dapat memupuk penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara praktikal. Malah, pendekatan ini dapat memperbaiki kekurangan yang terdapat di dalam pengajaran tradisional dan atas talian (Syamimi, Razali & Yahya, 2010).
Syamimi, Razali dan Yahya,(2010) Kelebihan pendekatan ini dilihat berjaya mewujudkan interaksi di antara guru-pelajar, pelajar-pelajar sama ada bersemuka atau tidak bersemuka. Interaksi sosial, komunikasi dan kolaborasi melalui teknologi dapat dipertingkatkan. Berlaku pertukaran idea, pengetahuan dan soalan secara alam maya dapat diwujudkan.(Azizan, 2010). Maka, perbincangan di dalam kelas secara bersemuka dapat di sambung menerusi alam maya. Di samping itu, kemahiran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dapat ditingkatkan (Liyana, 2014)
Memotivasikan pelajar ke arah pembelajaran sepanjang hayat merupakan salah satu aspek diri yang diperlukan. Daya saing di peringkat glokal mendesak pelajar supaya lebih kompetitif. Hal ini juga dituntut oleh majikan, organisasi dan negara (PSPTN, 2007). Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan Brain15 agar pemupukan budaya pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dicapai. Pendekatan hibrid berjaya memotivasikan pelajar ke arah ini, sekaligus memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat (Liyana, 2014).
Di dalam mengimplementasikan pengajaran dan pembelajaran hibrid matematik, guru-guru perlu mengetahui lebih mendalam bagaimana ianya dilaksanakan. Pembelajaran hibrid memberi peluang kepada guru-guru melaksanakan interaksi asynchronous dan synchronous
(Syamimi et al, 2010). Perancangan bagi melaksanakan pendekatan ini perlu dilakukan. Guru-guru dikehendaki memikirkan tugasan yang bersesuai, sumber pembelajaran dan dorongan. Jika perkara-perkara ini tidak diberi perhatian, maka keberhasilan bagi mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki melalui pendekatan ini adalah kurang. Ini kerana sistem internet yang tidak stabil akan menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran (Liyana, 2014). Selain itu, guru-guru juga perlu bersedia menggunakan teknologi dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Penggunaan simbol-simbol matematik akan menyukarkan guru-guru melaksanakan pendekatan ini.
Gabungan unsur pendekatan tradisional dan atas talian membuka lembaran baru kepada dunia pendidikan. Usaha ini perlu agar pelajar yang ingin dilahirkan memenuhi Misi dan Aspirasi Negara.
Kesimpulan
insan yang berkualiti. Pendekatan hibrid dilihat memberi peluang kepada pelajar mengembangkan potensi yang terdapat dalam diri. Walau bagaimanapun, pendekatan ini perlu dilaksanakan dengan teliti agar hasil pembelajaran yang diingini tercapai.
Rujukan
Abiddin, N. Z. (2014). Senario Pembangunan Modal Insan dalam Pendidikan Tinggi di Malaysia, 4(1), 95–104.
Abraham, A. (2007). Student centred teaching of accounting to engineering students:
Comparing blended learning with traditional approaches. Proceedings of ASCILITE, pp 1-9
Azizan, F. (2010). Blended learning in higher education institution in Malaysia. Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010, 454–466. Retrieved from http://library.oum.edu.my/oumlib/sites/default/files/file_attachments/odl-resources/4334/blended-learning.pdf
Liyana, A. A. (2014). Motivating Adult Learners Using Blended Learning In Higher Education Institution. Journal of Arts, Science & Commerce, 5(July 2014), 35–42.
Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara. (2007). Kementerian Pendidikan Malaysia.
Siti Zabidah, M. (2006). Kesan Pendekatan Penyebatian Kemahiran Berfikir Kreatif Dalam Pengajaran Karangan Deskriptif dan Karangan Imaginatif dalam Kalangan Pelajar
Tingkatan IV. Tesis Ijazah Doktor Falsafah. USM