CIRI-CIRI PENGETUA GURU BESAR (PGB) UNGGUL
Muzzafar bin Malek1 Jamalullail bin Abdul Wahab2
Universiti Kebangsaan Malaysia 1,2 E-mail: [email protected]
Abstract
A superior leader is a leader who is exemplified by all walks of life to get maximum results for something they want to achieve. Education is a very important thing because it is the beginning of a person in life either in a better direction or vice versa. In order to produce skilled students it is very necessary for a school regardless of whether the primary or secondary school is run or managed by a superior leader who can be an example to students to continue to be more successful which ultimately serves themselves, their families and the country. Therefore, it is very important for a leader, especially educators in primary and secondary schools to have superior characteristics as a Principal and Headmaster .These two positions are the highest positions in the education and make an example to teachers and students.Cluster schools and Smart schools are chosen by the government because they recorded a high percentage in the education and they are under administration of the Principal Headmaster who has superior characteristics. The characteristics of this excellent Principal Principal is very important because it is able to produce teachers and students excellent, distinguished and disciplined to produce and dignify the world of education in this new millennium. This concept paper will explain about the superior characteristics that the Principal must have in order to create a world of education in Malaysia by 2020 comparable to other developed countries.
Keywords: Principal, Headmaster, Cluster School, Superior
Abstrak
Pemimpin yang unggul adalah merupakan pemimpin yang dijadikan contoh oleh segenap lapisan masyarakat bagi mendapatkan hasil maksimum terhadap sesuatu yang ingin dikecapi. Pendidikan adalah merupakan perkara yang sangat penting kerana ianya adalah merupakan permulaan seseorang di dalam kehidupan samada kerah yang lebih baik ataupun sebaliknya. Bagi menghasil kan pelajar yang berketrampilan adalah amat perlu bagi sesebuah sekolah itu tidak kira samada sekolah rendah ataupun menengah di kendalikan ataupun dikelolakan oleh seorang pemimpin yang unggul yang boleh dijadikan contoh kepada pelajar-pelajar untuk terus lebih berjaya yang akhirnya berjasa kepada diri sendiri, keluarga dan Negara. Oleh yang demikian adalah amat penting bagi seseorang pemimpin terutamanya warga pendidik di sekolah-sekolah rendah dan menengah mempunyai ciri-ciri unggul sebagai seorang Pengetua dan Guru Besar kerana kedua jawatan ini adalah merupakan jawatan yang tertinggi di dalam bidang pendidikan dan merupakan contoh kepada guru-guru dan pelajar-pelajar. Sekolah Kluster dan juga sekolah Bestari adalah merupakan sekolah-sekolah yang dipilih oleh kerajaan kerana mencatatkan peratusan yang tinggi di dalam bidang pendidikan dan ianya dibawah didikan Pengetua Guru Besar yang mempunyai ciri-ciri yang unggul. Ciri-ciri Pengetua Guru Besar unggul ini adalah sangat penting kerana ianya mampu melahirkan guru serta pelajar yang cemerlang, terbilang serta berdisiplin di dalam melahirkan serta memartabat kan dunia pendidikan di alaf baru ini. Kertas konsep ini akan membicara kan mengenai ciri-ciri unggul yang perlu ada pada Pengetua Guru Besar bagi melahirkan dunia pendidikan yang terbilang di Malaysia menjelang 2020 setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Kata kunci: Pengetua, Guru Besar, Sekolah Kluster, Unggul Kertas konsep ini bertujuan untuk menjelaskan
tentang sekolah yang unggul adalah hasil daripada pemimpin yang luar biasa yang mana pemimpin yang luar biasa yang terdapat di
sekolah samada sekolah menengah ataupun sekolah rendah yang juga dikenali sebagai Guru Besar dan Pengetua. Tanpa pemimpin yang unggul sukar bagi sesebuah sekolah 197
▸ Baca selengkapnya: bagaimana ciri-ciri kehidupan seorang warga kerajaan surga
(2)
untuk dikenali sebagai sekolah yang unggul serta terbilang dari pelbagai sektor tidak kira pendidikan mahupun kurikulum. Pengetua dan Guru Besar adalah mereka yang memikul tanggung jawab yang hampir sama dan perbezaannya adalah dimana Pengetua adalah merupakan ketua pemimpin di Sekolah Menengah Kebangsaan manakala Guru Besar pula adalah merupakan pemimpin di Sekolah Rendah. Kedua-dua jawatan ini berhadapan dengan pelajar-pelajar sekolah dan juga guru sekolah Menengah dan Rendah.
Sistem pendidikan Malaysia pada hari ini amat memerlukan penambahbaikan dan salah satu cara adalah dengan mewujudkan ciri-ciri unggul yang perlu ada Pengetua Guru Besar (PGB) agar ianya dicontohi oleh guru-guru dan pelajar-pelajar dan akhirnya akan mewujudkan sekolah yang unggul kesan daripada kewujudan dan pelaksanaan pemimpin yang unggul. Ini terbukti berdasarkan artikel yang disiarkan pada 14 Jun 2016 yang menunjukkan bahawa Institut Aminuddin Baki telah melahirkan pemimpin sekolah yang unggul hasil daripada keputusan pencapaian prestasi akademik yang tertinggi berbanding sekolah-sekolah yang lain (Janatul Firdaus, 2016). Selain itu juga, Timbalan Pengarah Khidmat Profesional IAB, Hashim Mohd Zin berkata bahawa pemimpin sekolah yang juga dikenali sebagai Pengetua Guru Besar bukan sahaja memastikan pencapaian prestasi akademik malah sahsiah murid juga perlu dikawal bagi melahirkan ciri-ciri unggul pada sekolah dan sekaligus kepada PGB itu sendiri. Pengetua Guru Besar (PGB) unggul ini dapat dicapai hasil daripada keseluruhan warga kerja dan komuniti sekolah terbabit yang bekerjasama di dalam mencapai matlamat di dalam pendidikan.
Kepimpinan pendidikan yang berkesan adalah hasil daripada ciri-ciri unggul yang wujud pada pemimpin sekolah iaitu Pengetua Guru Besar (PGB). Jawatan ini memainkan peranan yang sangat penting di dalam dunia pendidikan dan oleh yang demikian adalah amat perlu bagi mereka untuk memiliki serta
mengamalkan ciri-ciri unggul di dalam kepimpinan mereka. Masluhjamil (2014) di dalam artikelnya menerangkan terdapat sepuluh ciri pemimpin yang baik antaranya adalah jujur dan dapat dipercayai, mampu bertanggung jawab, mampu menentukan skala prioritis, mampu mendelegasikan tugas, cepat menangani dan mengatasi masalah, memiliki sikap positif, kemampuan berkomunikasi efektif, keberanian sosial dan percaya diri, mampu mengembang kan setiap pemikiran anggota dan mampu mengendali kan keadaan yang diluar kawalan seperti pergaduhan di sekolah dan sebagainya.
Manakala Eddy Fransiskhi menulis di dalam artikelnya pada tahun 2015 yang juga menyatakan bahawa sesebuah Negara amat memerlukan pemimpin yang unggul kerana pemimpin adalah merupakan orang yang mempunyai kemampuan untuk memimpin dirinya sendiri dan juga orang lain. Oleh yang demikian adalah amat perlu bagi pemimpin sekolah yang juga dikenali sebagai Pengetua Guru Besar (PGB) menyemai ciri-ciri unggul di dalam dirinya bagi menghasil kan pelajar yang berjaya di dalam bidang akademik dan kurikulum dan akhirnya berjaya kepada diri sendiri, keluarga dan Negara. Namun Eddy di dalam artikelnya menyatakan terdapat tujuh karakter utama pemimpin ataupun Pengetua Guru Besar (PGB) yang unggul iaitu kecerdasan dari segi mental dan fizikal, mempunyai inisiatif di dalam menyelesaikanmasalah, bertanggung jawab, dipercayai, jujur, rela berkorban dan pemimpin yang dicintai serta mencintai kelompoknya.
Selain itu juga, Eddy Fransiskhi (2015) juga ada menyatakan bahawa ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) yang tidak unggul antaranya adalah seperti sikap suka memerintah, tidak suka berbincang, tidak memberikan kepercayaan, tidak memberikan pujian, konflik, tidak terbuka, tidak bertanggung jawab, tidak mempunyai matlamat, gagal di dalam memimpin dirinya sendiri dan banyak lagi. Sikap-sikap ini adalah perlu dielakkan bagi mengelakkan pelbagai 199
perkara negatif kepada mutu sistem pendidikan Malaysia.
Kepimpinan adalah merujuk kepada kemampuan mengambil peranan untuk mempengaruhi orang lain ke arah yang lebih baik (Prof Madya Burhanuddin Jalal, 2016).
Oleh yang demikian adalah amat perlu bagi seorang pemimpin mempunyai ciri-ciri unggul samada dalaman ataupun luaran agar ciri-ciri tersebut mampu mempengaruhi orang lain serta bersedia untuk ditegur dan dikritik oleh orang lain agar menjadi lebih baik. Kritikan yang membina adalah digalakkan bagi melahirkan ciri-ciri PGB yang unggul dan terbilang sejajar dengan matlamat sistem Pendidikan Malaysia pada tahun 2020 ini.
Tujuan utama kertas konsep ini adalah untuk membincang kan tentang ciri-ciri unggul adalah amat perlu dan perlu diserap di dalam Pengetua Guru Besar (PGB) bagi melahirkan Pengetua Guru Besar (PGB) yang unggul dan akhirnya mempertingkatkan mutu pendidikan di Malaysia agar ianya setanding dengan negara-negara maju yang lain antaranya seperti United Kingdom, Japan, Korea dan banyak lagi. Ciri-ciri PGB unggul ini perlu diberikan penekanan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ke atas Pengetua dan Guru besar melalui kursus dan sebagainya agar ciri-ciri unggul yang ada pada PGB ini diserapkan pula kepada pelajar-pelajar dan murud-murid yang lain semoga pelaksanaan PGB unggul ini dapat di laksanakan di dalam tempoh yang sangat singkat. Selain itu juga, ciri-ciri unggul ini perlu lahir dari dalaman dan luaran seseorang kerana sebagai seorang pemimpin adalah amat perlu untuk kita mempunyai ciri-ciri yang baik serta dicontohi supaya pekerja yang bekerja dengan kita akan berasa mudah dan senang yang mana akhirnya akan meningkat kan produktiviti Sekolah dan Negara pada keseluruhannya.
KONSEP CIRI-CIRI PGB UNGGUL Guru Besar adalah merupakan ketua eksekutif dan pada masa yang sama bertindak sebagai pemimpin yang utama di dalam
sesebuah organisasi di Sekolah Rendah manakala Pengetua pula adalah merupakan ketua eksekutif dan pada masa yang sama bertindak sebagai pemimpin yang utama di dalam sesebuah organisasi di Sekolah Menengah. Ciri-ciri unggul ini perlu ada di dalam dan luaran diri seorang pemimpin agar mereka yang berada dan berurusan dengan Pengetua Guru Besar (PGB) unggul ini berasa selesa dan ingin mencontohinya. PGB ini adalah merupakan lantikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengetuai sesebuah sekolah rendah dan dipertanggungjawabkan untuk mengurus, mentadbir dan memimpin sekolah. Konsep ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) unggul ini tidak dapat dilakukan melalui penilaian tetapi ianya dapat diukur melalui pemerhatian dan penyelidikan dengan rakan-rakan mereka yang dipilih menjadi Pengetua Guru Besar (PGB) unggul.
Berdasarkan kepada artikel yang ditulis oleh Prof Madya Dr. Shahril (2016) menyatakan bahawa ciri-ciri kepimpinan Pengetua Guru Besar (PGB)ini adalah amat perlu bagi melahirkan Sekolah Bestari dan sekolah contoh. Kewujudan Sekolah Bestari ini adalah hasil daripada pemimpin yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang unggul.
Sikap yang perlu ada pada seorang pemimpin Pengetua Guru Besar (PGB) yang unggul adalah antaranya seperti berwibawa, berwawasan dan berfikiran jauh ke hadapan.
Seorang pemimpin yang unggul mestilah mempunyai nilai jati diri yang tinggi kerana setiap tingkah-laku, pertuturan serta perbuatannya akan dicontohi oleh guru-guru serta pelajar-pelajar yang lain. Sebagai contoh sekiranya kita melihat PGB mempunyai sikap disiplin diri yang tinggi yang mana sentiasa hadir ke kelas tepat pada masanya sudah tentu kita akan sentiasa hadir ke kelas tepat pada masanya dan masalah lewat hadir ke kelas secara tidak langsung akan dapat diatasi.
Konsep ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) unggul ini adalah merupakan personaliti diri seseorang yang mana seorang 200
pemimpin perlu mempunyai personaliti yang baik kerana ianya akan dicontohi oleh guru-guru serta murid-murid yang lain.
Konsep pemimpin yang unggul yang perlu ada pada Pengetua Guru Besar (PGB) adalah tiga ciri utama yang kebanyakan artikel lain juga menyatakannya iaitu wawasan yang jelas, nilai baik dan daya kekuatan. Ketiga-tiga konsep ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) unggul ini juga merupakan tiga ciri utama di dalam kepimpinan Rasulullah SAW.
Wawasan Yang Jelas
Konsep yang pertama yang perlu ada PGB unggul adalah memiliki wawasan yang jelas.
Ini adalah kerana pemimpin yang memiliki kemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu memperjelas atau memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada yang nyata (Prof Madya Dr. Shahril, 2016). Selain itu juga, wawasan juga adalah merupakan matlamat dan objektif yang perlu dicapai dan matlamat tersebut mestilah diketahui oleh pemimpin dan sekumpulan yang berkaitan agar objektif ataupun matlamat tercapai. Sebagai contoh Sekolah Kluster menyasarkan 350 orang pelajar yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2019 mendapat pangkat 1 di dalam peperiksaan tersebut dan maka objektif ini perlu disampaikan oleh PGB kepada guru-guru dan pelajar-pelajar agar masing-masing mengetahui matlamat yang ingin dicapai dan memainkan peranan masing-masing bagi mencapai matlamat tersebut.
Kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada pemimpin yang berkaliber di dalam menyampai kan matlamat serta wawasan Sekolah dengan jelas kepada seluruh organisasi agar sama-sama berganding bahu mencapainya. Pemimpin yang bijak adalah merupakan pemimpin yang mempunyai strategi di dalam memastikan matlamat organisasi dapat disampaikan dengan jelas.
Nilai Baik
Nilai baik adalah perlu bagi seorang pemimpin yang unggul. Pengetua Guru Besar (PGB) bukan sahaja merupakan seorang
pendidik malah mempunyai peranan profesional di mana warga pendidik perlu untuk menyampai kan ilmu pengetahuan, mendidik untuk membentuk sikap, nilai, akhlak dan peribadi pelajar serta guru melalui pembentukan sahsiah yang baik (Hanif Ihsan, 2016). Antara nilai baik yang perlu ada pada seorang pemimpin terutamanya Pengetua Guru Besar (PGB) antaranya adalah seperti sikap tolong menolong, bekerjasama, memotivasi orang lain ke arah yang lebih baik, berbaik sangka, amanah dan jujur, Ikhlas, bersih, dedikasi, sederhana, adil dan banyak lagi dan kesemuanya adalah bertujuan bagi mewujudkan dunia pendidikan ke arah yang lebih berkualiti.
Nilai didefinisikan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Selain itu juga nilai ini disebut sebagai ilmu kebijaksanaan, keadilan dan iktidal yang juga merupakan nilai-nilai murni yang perlu ada bagi seorang pemimpin.
Kepimpinan yang terbaik adalah memerlukan nilai-nilai personal yang baik dan rata-rata berdasarkan kepada pemerhatian dan kaji selidik bersetuju bahawa pemimpin yang mempunyai nilai baik akan melahirkan organisasi yang cemerlang dan antara nilai-nilai baik yang perlu ada pada pemimpin yang akan dicontohi oleh organisasi adalah antaranya seperti jujur di dalam perkataan, jujur di dalam perbuatan, menerima keadaan diri, menguasai diri, penyesuaian diri dengan lingkungan, perlakuan terhadap diri sendiri, sikap terhadap pekerjaan, keinginan maju, memperlihat kan kemampuan, mengemas harapan, mahir berkomunikasi, simbol diri yang baik, evaluasi diri, patuh tapi selaras dan tidak mudah menyerah harus ada dalam diri kepada sekolah.
Data Kekuatan
Kekuatan adalah merupakan salah satu konsep utama yang perlu ada pada ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) yang unggul.
Kekuatan dari segi fizikal dan mental adalah 201
perlu dan penting sebagai memenuhi ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) unggul. Seorang pemimpin yang berwibawa adalah perlu baginya untuk mengingati apa sahaja yang diamanahkan kepada individu yang bertugas di bawahnya. Sebagai contoh pengetua mengamanahkan guru Matematik agar membuat kelas tambahan setiap Selasa dan Khamis supaya keadaan ini dapat diselesikan dengan jayanya. Oleh yang demikian adalah amat perlu bagi Pengetua Guru Besar (PGB)memastikan kelas tambahan diberikan oleh guru tersebut setiap dua kali seminggu agar tahap pencapaian pendidikan pelajar mencapai sasaran yang terbaik dan sekaligus mencatatkan keputusan yang tertinggi bagi pencapaian sekolah berbanding sekolah-sekolah yang lain di daerah tersebut (Prof Madya Dr. Shahril, 2016).
Di dalam kajian ini, pengkaji membentuk kerangka konsep kajian yang dijadikan sebagai rujukan yang diadaptasi daripada kerangka konsep ciri personaliti dan sifat kepimpinan sebagai seorang pemimpin (Prof Madya Dr. Shahril, 2016). Tanpa nilai-nilai ini, seseorang pemimpin akan menjadi 'korup dan tidak boleh dipercayai.
Rajah 1.1 ini menunjukkan antara komponen yang dikaji oleh pendidik yang terdiri daripada tiga ciri utama pemimpin Pengetua Guru Besar (PGB) yang unggul iaitu wawasan yang jelas, nilai baik dan data kekuatan.
Kerangka kajian atau kerangka konsep merupakan satu koleksi konsep, konstruk atau pembolehubahutama yang difikirkan mempunyai hubungan antara satu sama lain yang telah diselidik oleh pengkaji yang mana kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) unggul bagi seorang ketua pemimpin di sekolah samada sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Manakala pada pandangan pengkaji kerangka kajian merupakan rangka asas kepada sesuatu kajian. Tanpa rangka asas kajian yang dijalankan seperti tidak mempunyai arah tuju dan matlamat ianya meliputi semua perkara dan faktor yang
terlibat dalam kajian. Pembinaan kerangka kajian ini adalah dengan mengambil kira pemboleh ubah utama dan proses yang terlibat dengan kajian
Rajah 1: Kerangka Kajian Konsep Ciri-ciri PGB Unggul
Dalam kerangka kajian ini, terdapat tiga bahagian utama iaitu masukan proses dan keluaran. Pengetua Guru Besar (PGB) merupakan bahagian masukan yang mana ciri-ciri personaliti dan sifat kepimpinan yang mereka utamakan menjadi komponen kajian.Seterusnya bahagian kedua pula adalah proses yang mana di dalam bahagian ini, pemboleh ubah utama yang dikenal pasti telah dinyatakan dengan lebih jelas di dalam rajah 1.
Tiga komponen utama yang dikenal pasti ialah ciri-ciri personaliti dan sifat kepimpinan.
Komponen ciri-ciri personaliti Pengetua Guru Besar (PGB) unggul difokuskan kepada tiga iaitu wawasan yang jelas, nilai baik dan daya kekuatan. Manakala komponen teori ciri-ciri PGB unggul ini pula dibahagikan kepada dua iaitu pemerhatian dan temubual. Berdasarkan kepada kajianliteratur, teori yang dinyatakan merupakan pemboleh ubah utama yang dapat mewakili ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) unggul.
Manakala bahagian ketiga pula adalah keluaran yang mana amalan guru yang berkesan dapat diadaptasi kan kepada guru lain agar perubahan yang berlaku dapat memberikan kesan kepada pelajarnya. Guru Unggul adalah guru yang memenuhi spesifikasi tertentu antaranya ialah bersikap
202
profesional, menampilkan watak terpuji, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul dan melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa. Secara keseluruhannya, proses kajian ini adalah ingin mengenal pasti ciri-ciri personaliti dan sifat kepimpinan guru dari perspektif pelajar.
TEORI CIRI-CIRI PGB UNGGUL
Terdapat beberapa teori yang digunakan di dalam kajian ini bagi mengetahui dengan lebih mendalam mengenai ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) unggul yang mana akhirnya akan memberikan kebaikan kepada organisasi dunia pendidikan termasuk guru-guru dan pelajar-pelajar. Antara teori yang digunakan di dalam kajian ini adalah antaranya pemerhatian dan temubual yang mana kedua-dua teori ini merupakan pendekatan kualitatif. Kedua-dua kaedah ini adalah berdasarkan kepada objektif kajian yang mana mengenal pasti ciri-ciri PGB unggul yang perlu ada pada seorang pemimpin bagi melahirkan pelajar-pelajar serta guru-guru yang berwibawa, berdisiplin dan banyak lagi seperti mana yang tercatat di dalam konsep ciri-ciri PGB Unggul.Pemerhatian telah dilakukan ke atas beberapa buah sekolah dengan melihat kewibawaan seorang Pengetua Guru Besar di dalam mengendali kan guru-guru serta pelajar-pelajarnya bagi memastikan sekolah tersebut setanding dengan sekolah-sekolah yang dibanggakan yang lain.
Sesungguhnya, sekolah yang terbilang lahir daripada pemimpin Pengetua Guru Besar (PGB) yang mempunyai ciri-ciri yang unggul.
Pemerhatian
Kaedah pemerhatian terdapat di dalam pendekatan kualitatif dan kaedah pemerhatian ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pemerhatian bukan peserta yang mana memerlukan pemerhatian penuh dan pemerhatian peserta yang memerlukan peserta sebagai pemerhatian. Kaedah pemerhatian ini adalah merupakan salah satu kaedah yang digunakan di dalam proses penyelidikan yang
bertujuan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan dengan menggunakan pemerhatian antaranya adalah seperti soal selidik dan temuduga. Penyelidik dapat mengetahui tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti melalui pemerhatian.
Tugas Pengetua Guru Besar (PGB) di dalam teori pemerhatian ini adalah bertindak
sebagai pemerhati terhadap
perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. Tiada jawapan yang khusus bagi kaedah pemerhatian ini dan kebiasaannya kaedah pemerhatian ini akan memberikan jawapan di atas apa yang diperolehi oleh penyelidik kertas apa yang dikaji. Sebagai contoh kajian ini adalah menumpukan kepada ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) yang unggul dan oleh yang demikian penyelidik akan memfokuskan kepada ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) yang unggul yang ada pada salah seorang Pengetua Guru Besar (PGB) di salah sebuah sekolah di Selangor. Pemerhatian tersebut akan menjerumus kepada ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) unggul antaranya seperti ciri-ciri personaliti, sifat kepimpinan dan sebagainya.
Selain itu, kaedah pemerhatian ini sering digunakan di dalam penyeliaan kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih. Oleh disebabkan ini, maka teori pemerhatian ini amat sesuai digunakan di dalam mengkaji ciri-ciri unggul yang perlu ada bagi seorang pemimpin yang dikenali sebagai Pengetua Guru Besar (PGB) yang mana bertindak sebagai pemimpin di Sekolah Menengah mahupun Rendah. Terdapat beberapa kaedah yang perlu dilakukan di dalam teori pemerhatian ini yang mana penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti sebelum membuat pemerhatian dan setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu dan dilakukan secara sistematik, mempunyai fokus dan mestilah 203
dicatatkan secara rapat dan betul. Selain itu catatan yang dibuat mestilah tepat, sah serta boleh dipercayai.
Temubual
Temubual adalah merupakan teori kedua yang digunakan di dalam kajian ini. Kaedah temubual ini adalah merupakan perbualan di antara dua pihak dan menemubual sebaiknya adalah daripada orang yang mahir di dalam bidang berkenaan. Kaedah temubual ini adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat melalui jawapan (lisan) hasil temubual. Temubual digunakan di dalam kajian ini bagi mendapatkan maklumat tambahan mengenai ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) yang unggul kerana temubual dianggap sebagai cara yang terbaik untuk mengumpul maklumat.
Proses temubual lebih jelas dengan maksud dan soalan dan setiap pertanyaan dapat ditanya dan jawapan dapat diberikan di dalam masa yang sangat singkat dan ini adalah merupakan salah satu teori yang sangat efisien kerana ianya dapat mengelakkan salah tafsir dan salah anggap.
Di dalam kajian ini, kaedah temubual telah dijalankan terhadap dua orang PGB yang juga berkhidmat di salah sebuah sekolah Menengah dan Rendah di Negeri Selangor. Temubual tersebut akan dianalisis bagi mencapai objektif kajian iaitu mengenal pasti ciri-ciri PGB unggul yang akhirnya memberikan keputusan yang cemerlang dari pelbagai bidang bagi kemajuan Sekolah, Guru serta pelajar. Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan temubual separa berstruktur bersifat fleksibel dan keadaan ini membolehkan responden menghuraikan apa yang difikirkannya kepada penyelidik. Teknik temubual di dalam kajian ini melibatkan temubual di antara penyelidik dengan Pengetua Guru Besar.
Rajah 2: Kerangka teori bagi Mengenalpasti Ciri-ciri PGB Unggul
Rajah 2 menunjukkan teori ciri-ciri PGB unggul yang digunakan di dalam kajian ini yang melibatkan dua kaedah iaitu pemerhatian dan temubual. Temubual adalah memfokuskan kepada ciri-ciri PGB unggul yang utama iaitu wawasan yang jelas, nilai baik dan data kekuatan. Demografi peserta juga dikenal pasti semasa temubual di jalankan dan ini bagi tujuan rekod dan memastikan bahawa jawapan yang diberikan oleh pemimpin adalah berwibawa serta boleh dicontohi oleh peserta-peserta yang lain di kalangan warga pendidik pada masa akan datang. Namun tujuan dan objektif temubual ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri PGB yang unggul yang perlu ada pada pemimpin PGB bagi memastikan tahap pendidikan di Malaysia pada hari ini sangat bermutu setanding oleh negara-negara maju yang lain.
Ini adalah kerana hasil pendidikan yang terbaik adalah kesan daripada ketua pemimpin ataupun PGB di Sekolah dan diikuti oleh ibu bapa, guru-guru dan pelajar.
KAJIAN LITERATUR MENGENAI CIRI-CIRI PGB UNGGUL
Ciri-ciri Pengetua Guru Besar (PGB) unggul adalah amat perlu di dalam dunia 204
pendidikan kerana ianya akan melahirkan sebuah sekolah yang disegani hasil daripada keputusan peperiksaan serta kurikulum seperti kejayaan di dalam bidang sukan contohnya yang membanggakan sehingga perlu dicontohi oleh guru-guru serta pelajar-pelajar yang lain.
Prof Madya Dr Shahril di dalam artikelnya pada tahun 2017 juga yang bertajuk ciri-ciri kepimpinan pengetua atau guru besar berkesan yang dapat menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke21 ini bersetuju dengan kenyataan di mana kecemerlangan atau kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh kepimpinan PGB yang berkesan. Ini bermakna pengetua dan guru besar adalah merupakan insan utama yang menentukan arah tuju sesebuah sekolah samada berada di barisan hadapan setanding dengan yang lain ataupun sebaliknya.
Guru yang berkualiti adalah kesan daripada pelaksanaan ciri-ciri unggul di dalam personaliti PGB. Terdapat empat aspek yang perlu diketahui dan di laksanakan oleh para pendidik bagi menghasil kan warga pendidik yang berkesan dan mempunyai ciri-ciri PGB unggul iaitu aspek pengetahuan isi kandungan secara pedagogi iaitu guru mempunyai pengetahuan isi kandungan subjek, pengetahuan pedagogi subjek, pengetahuan ciri setiap muridnya dan pengetahuan tentang pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu juga kerjasama serta mempunyai matlamat yang sama juga merupakan salah satu usaha yang perlu ada pada organisasi persekolahan yang akhirnya menghasil kan sekolah yang terbilang dan cemerlang kesan daripada mempunyai pemimpin yang mengamalkan ciri-ciri PGB unggul.
Noor Zaliani dan Azlin Norhaini (2017) juga bersetuju bahawa kejayaan dan keberkesanan sekolah pada hari ini adalah bergantung sepenuhnya kepada keupayaan dan kemahiran pemimpin di dalam melaksana kan amalan pengurusan dengan cekap dan berkesan dan kenyataan ini telah diakui oleh kedua penulis ini di dalam artikelnya pada tahun 2017 yang bertajuk kompeten si guru
besar dan efikasi kenduri guru sekolah rendah di daerah Padang Terap Kedah. Artikel ini juga menyatakan bahawa ketua pemimpin sekolah iaitu PGB perlu menunjukkan sikap dan nilai yang baik kerana setiap tingkah-laku ketua pemimpin akan diikuti oleh para guru dan pelajar dan ini akhirnya akan mencermin kan sesebuah sekolah tersebut. Sekiranya ketua pemimpin menunjukkan nilai personaliti yang baik dan maka gambaran mengenai sekolah tersebut di mata orang luar adalah baik dan begitulah sebaliknya.
Sekolah merupakan satu organisasi sosial dan perlu diuruskan dengan baik oleh ketua pemimpin ataupun PGB yang mempunyai ciri-ciri personaliti diri yang unggul antaranya seperti mempunyai wawasan yang tinggi, berfikiran jauh, bekerjasama dan banyak lagi bagi melahirkan modal insan yang baik dan berkesan serta dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Azlin & Roselan, 2015). Sehubungan itu, organisasi pendidikan merupakan faktor penting dalam pembentukan generasi muda yang akan datang dan ianya adalah bertujuan untuk memberikan sesuatu yang bernilai kepada keluarga dan Negara.
Dalam konteks sekolah pula, kepimpinan sekolah iaitu pengetua mahupun guru besar merupakan individu yang bertanggung jawab untuk mentadbir dan menerajui sekolah sebagai sebuah organisasi yang berkesan bagi memenuhi jangkaan masyarakat dan negara.
Sistem pendidikan tidak akan berjaya tanpa dedikasi dan iltizam guru serta pemimpin sekolah.
Secara keseluruhannya ramai yang bersetuju bahawa kejayaan sesebuah sekolah pada hari ini adalah kesan daripada corak kepimpinan yang perlu ada pada diri setiap ketua pimpinan yang unggul yang mana ketua pimpinan bagi organisasi sekolah adalah PGB.
Antara ciri-ciri PGB yang unggul antaranya adalah seperti mempunyai wawasan yang tinggi, berfikiran terbuka dan banyak lagi.
PGB perlu menunjukkan sikap dan nilai diri yang baik kepada organisasinya seperti guru-guru dan pelajar-pelajar bagi melahirkan 205
pelajar yang cemerlang daripada pelbagai aspek iaitu akademik dan tingkah laku dan akhirnya menaikkan martabat sekolah setanding dengan sekolah-sekolah yang mencatatkan akademik dan kurikulum yang baik.
KESIMPULAN
Secara kesimpulannya ciri-ciri PGBunggul adalah amat penting bagi memastikan sistem pendidikan pada hari ini setanding dengan negara-negara maju yang lain kesan daripada mempunyai pemimpin yang berkaliber, mempunyai wawasan yang jelas dan data kekuatan. Kajian ini menyatakan bahawa terdapat tiga ciri utama yang perlu ada pada PGB unggul yang perlu dicontohi oleh guru-guru serta murid-murid mereka antaranya adalah wawasan yang jelas, nilai baik dan data kekuatan. Ciri-ciri PGB unggul adalah amat penting bagi sistem pendidikan pada masa kini yang menerapkan agar organisasi sekolah berada di dalam keadaan yang sangat harmoni serta mendapat pengiktirafan sebagai sekolah unggul kerana seseungguhnya sekolah unggul hanya akan dilahirkan oleh pemimpin yang unggul.
Terdapat pelbagai ciri yang ada untuk menjadi PGB unggul dan terdapat tiga ciri utama yang digunakan di dalam kajian ini iaitu wawasan yang jelas, nilai baik dan kata kekuatan. Ketiga-tiga ini perlu ada bagi seorang pemimpin yang ingin menjadi seorang pemimpin yang unggul. Adalah amat sukar bagi seseorang PGBmendapat anugerah sebagai seorang pemimpin yang unggul namun imannya memerlukan personaliti yang baik agar ianya dicontohi oleh organisasi yang lain seperti guru-guru dan pelajar-pelajar.
Temubual dan Pemerhatian adalah merupakan dua teori yang digunakan untuk mengetahui ciri-ciri unggul yang perlu ada pada seorang pemimpin di Sekolah yang dikenali sebagai PGB. Penyelidik telah menjalankan pemerhatian terhadap sekolah di Selangor dan mendapati bahawa kebanyakan sekolah yang dipilih sebagai sekolah Kluster
ataupun Sekolah Bestari adalah terdiri daripada PGB yang mempunyai ciri-ciri unggul dan salah satu ciri-ciri unggul yang ada pada PGB adalah bekerjasama dan berwawasan yang tinggi agar melahirkan pelajar yang berjaya kepada keluarga dan Negara. Manakala temubual pula adalah merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat daripada PGB yang dipilih secara bersemuka serta pelbagai soalan dan jawapan telah diajukan di antara penyelidik dan PGB yang dipilih.
Natijahnya, sekolah yang terbaik adalah lahir daripada seorang PGB yang unggul yang mempunyai ciri-ciri personaliti yang terbaik yang mana ianya akhirnya dicontohi oleh organisasi mereka yang juga merupakan guru-guru dan pelajar-pelajar yang juga akan memberikan kebaikan dan kelebihan kepada keseluruhan organisasi. Kelebihan mempunyai ciri-ciri PGB unggul adalah dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dalam bidang akademik dan kurikulum dan akhirnya sekolah tersebut dapat diaugerahkan sebagai Sekolah Kluster ataupun Sekolah Bestari kerana berjaya mencatatkan ramai pelajarnya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam apa jua peperiksaan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang juga merupakan peperiksaan yang besar di era persekolahan sekolah menengah.
RUJUKAN
Azlin Norhaini Mansor & Roselan Baki (2015). Amalan Pengurusan Pengetua, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kula Lumpur.
Eddt Fransiskhi (2015). Ciri-ciri Karakter Pemimpin yang Ideal dan Yang Tidak Ideal. [Online]. [Diperolehi pada 1 Disember 2019]. Boleh didapati di https://www.linkedin.com/pulse/ciri-ci ri-karakter-pemimpin-yang-ideal-dan-t idak-eddy-fransiskhi
Hanif Ihsan (2016). Ciri-ciri Personaliti dan Sifat Kepimpinan Guru Dari Perspektif Pelajar(Bab 1). [Online].
206
[Diperolehi pada 1 Disember 2019].
Boleh didapati di
https://www.academia.edu/7487322/C iri-ciri_Personaliti_dan_sifat_kepimpi nan_guru_dari_perspektif_pelajar_Ba b_1_
Institut Aminuddin Baki Mampu Melahirkan Pemimpin Sekolah Unggul [Online].
[Diperolehi pada 1Disember 2019].
Boleh didapati di
https://www.gpsbestari.com/artikel/ren cana/institut-aminuddin-baki-mampu-l ahir-pemimpin-sekolah-unggul-1.5322 27
Masluhjamil. (2014). 10 Ciri Pemimpin Yang Baik. [Online]. [Diperolehi pada 1 Disember 2019]. Boleh didapati di http://masluhjamil.com/10-ciri-pemim pin-yang-baik-673.html
Nilai-nilai penting yang perlu ada pada seornag pemimpin. [Online].
[Diperolehi pada 1 Disember 2019].
Boleh didapati di
https://www.slideshare.net/zaidiismail 14/nilai-murni-pemimpin
Noor Zaliani Binti Khozan dan Azlin Norhaini Binti Mansor (2017). Kompetensi Guru Besar dan Efikasi Kendiri Guru Sekolah Rendah di Daerah Padang Terap Kedah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.
Prof Madya Burhanuddin Jalal (2016). 3 ciri utama perlu ada pada pemimpin. [Online]. [Diperolehi pada 1 Disember 2019]. Boleh didapati di https://www.bharian.com.my/node/21 7290
Prof Madya Dr. Shahril (2016). Ciri-Ciri Kepimpinan Pengetua Guru Besar.
[Online]. [Diperolehi pada 1 Disember 2019]. Boleh didapati di https://www.scribd.com/document/317 971072/Ciri-Ciri-Kepimpinan-Pengetu a-Guru-Besar
Prof. Madya Dr. Shahril (2017). Ciri-ciri Kepimpinan Pengetua/ Guru Besar Berkesan yang Dapat Menghadapi Cabaran dan Harapan Pada Abad ke 21 ini. Universiti Sains Malaysia.
Zamri Arifin & Al Muslim Mustafa. (2014).
Kualiti guru Bahasa Arab Dalam Konteks Malaysia: Menangani Persoalan Asas.Kertas Kerja Prosiding Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia.
207