• Tidak ada hasil yang ditemukan

Apakah makna Empat Buku dan Lima Kitab d

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Apakah makna Empat Buku dan Lima Kitab d"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Apakah makna “Empat Buku”dan “L

ima

Kitab” dalam Konfisianiame?

Apakah

jenis buku-

buku yang dirujukan sebagai “Tiga belas Kitab”dalam Konfusianisme?

Isa Ma Ziliang

Abstrak

Konfusianisme bukanlah satu agama tetapi ia lebih kepada pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan menjaga etika manusia. Konfusianisme telah diasaskan oleh Kong Zi. Beliau dilahirkan di negeri Lu ( 鲁), Shandong. Latar belakang konfusius membayangkan kehidupan orang bangsawan pada zaman peralihan Chunqiu. Beliau dilahirkan pada tahun 551 S.M. dan beliau berasal daripada keturunan golongan bangsawan. Pada umur 20 tahun, konfusius menjadi seorang guru dan beliau mengajar murid-muridnya cara untuk berkelakuan baik. Selain itu, beliau pernah berkhimat sebagai pegawai kerajaan. Selapas 13 tahun , Konfusius meletakkan jawatan , kemudian beliau mengembara dari sebuah wilayah ke wilayah lain di negeri China dan beliau juga menasihati pembesar-pembesar feudal tentang cara pentadbiran yang baik dan berkesan.

Ajaran utama dalm Konfusianisme ialah ingin menerapkan nilai-nilai murni ke dalam hati setiap orang dan menegaskan etika yang sepatutnya diamalkan oleh kelas pemerintah sewaktu melaksanakan pelbagai dasar Negara. Pemikiran Konfusianisme banyak memberi sumbangan dalam bidang politik pada zaman dahulu. Oleh itu, Konfusianisme amat menekankan pegangan nilai-nilai moral yang mesti ada pada diri seseorang bagi mereka yang menceburi diri dalam bidang politik. Hasilan “empat buku “(四书),”Lima Kitab” (五经) dan “Tiga Belas Kitap”(十三经)adalah untuk menanam nilai-nilai yang baik ke dalam hati semua manusia agar dunia sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai dan makmur.

Katakunci: Empat Buku (四书), Lima Kitab (五经), Tiga Belas Kitap (十三经)

1. Pengenalan

(2)

China yang dulu adalah berasaskan kitab-kitab Konfusianisme. Maka 13 kiyab ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap negara China.

2. Makna Empat Buku (四书)

“Empat buku”terdiri daripada 4 buah buku , iaitu Lun Yu (《论语》),Meng Zi (《孟子》), Zhong Yong(《中庸》)dan Da Xue(《大学》). Pada dinasti Song Selatan, ahli cendekiawan Zhu Xi( 朱 熹 )menggabungkan keempat-empat buah buku tersebut dan menggelar buku-buku tersebut sebagai “Shi Shu”.“Shi Shu” telah menjadi buku panduan asas bagi mereka yang mempelajari ajaran Konfusianisme. Keistimewaan “Shi Shu” ialah kandunganna lebih ringkas dan mudah difahami.

Lun Yu(《论语》)merupakan sebuah buku yang mencatatkan pertuturan dan tingkah laku antara pengasas Konfusianisme iaitu Kong Zi dengan anak murid beliau.Lun Yu dihasilkan oleh anak-anak murid Kong Zi yang mencacatkan perbincangan antara Kong Zi dengan anak-anak-anak-anak murid dalam hal-hal tertentu seperti falsafah, politik, ekonomi, pendidikan dan juga kesusasteraan.

Buku Meng Zi(孟子) juga merupakan sebuah buku yang mencacatkan pertuturan dan tingkah laku antara Mencius dan anak-anak muridnya. Buku ini membincangkan pemikiran dan pandangan Mengcius berkaitan dengan bidang politik. Taraf kedudukan Mencius telah dipertingkatkan pada Dinasti Song Selatan dan buku Meng Zi dijadikan sebagai salah satu subjek yang akan diuji dalam sisitem peperiksaan awam di dinasti Song Selatan.

Zhong Yong (Kitab Tengah Sempurna) (中庸)merupakan sebuah buku yang mencatat petikan yang dipetikan daripada Li Ji oleh Zhu Xi. Tujuannya adalah penanaman kemanusiaan. Salah satu cara persatuan dan pembelajaran (belajar, bertanya, musyawarah, dan Dusing penegasan), seorang lelaki standard, seperti "lima jalan" (raja, ayah dan anak, suami dan isteri, Kundi (saudara), rakan-rakan di putar) dan "Tiga Jenis "(kebijaksanaan, kebajikan, keberanian) dan seterusnya.Bererti mancari prestasi tertinggi adalah “ketulusan”.

(3)

diamalkan oleh seseorang. Jadi melalui buku ini masyarakat yang diambil oleh orang zaman dahulu dalam mendapatkan ilmu.

3. Makna Lima Kitab (五经)

Lima Kitab “ terdiri daripada lima buah kitab. Lima buah kitab tersebut ialah Shi Jing(《诗经》), Shang Shu(《尚书》), Li Ji(《礼》),Zhou Yi(《周易》), Chun Qiu (《春秋》). Sebenarnya, terdapat semua enam buah kitab sebelum Dinasti Han yang digelar sebagai “Liu Jing”(enam buah kitab) yang terdiri daripada Shi, Shu, Li ,Yue(《乐》),Yi dan Chun Qiu. Malangnya ,kitab Yue telah dimusnahkan dalam peperangan Dinasti Qin(秦火). Jadi tinggallah lima buah kitab telah diwarisi sampai hari ini. Keenam-enam buah kitab tersebut juga disebut sebagai “liu yi”

(六艺) yang merupakan buku rujukan atau buku teks yang digunakan oleh Konfusius untuk mengajar.

Shi(《诗经》)merupakan kitab yang berisi kumpulan puisi-puisi yang dibuat oleh rakyat daripada pelbagai nereri. Kong Zi memilih 305 buah puisi daripada 3000 buah puisi dan puisi yang dipilih tersebut digelar sebagai “Shi San Bai“(诗三百). Puisi tersebut dipadankan dengan muzik dan lagu.

Shang Shu (尚书),merupakan kitab yang mempunyai rujukan dokumentasi sejarah,tulisan-tulisan lama. Selain itu, etika moral yang berkaitan dengan peraturan kebijaksanaan dan dasar-dasar perhubungan dengan tuhan juga terdapat di dalam kitab ini. Kitab ini yang tertua ditulis pada abad ke230 S.M.dan yang terawal ialah pada abad 75S.M.Kitab ini dikenali sebagai Shu Jingkerana Kong Zi berpendapat bahawa Shang Shu merupakan orang yang paling bijak dalam bidang sejarah.

Chun Qiu(Kitab Musim Bunga), “ChunQiu” (春秋)merupakan karya yang dikarang semasa zaman ChunQiu(春秋时期). Dalam sejarah kesusasteraan China, ramai tokoh mempunyai pendapat yang berbeza terhadap pengarang ChunQiu, iaitu sama ada pengarangnya ialah Kongzi(孔子) atau tidak. Ia juga merupakan salah satu kitab aliran Konfusianisme.ChunQiu mencatatkan sejarah Negara Lu (鲁

(4)

Zi mengkritik kitab “ChunQiu”(春秋) dengan menggunakan perkataan yang tepat untuk meluahkan pandangan sendiri.Contohnya , dalam catatan tentang peperang juga mempunyai antara 征,伐,侵. Selain itu, dalam catatan membunuh orang juga mempunyai maksud yang tak sama antara 杀,弑。Isi kandungan yang berada dalam kitab “chun qiu” adalah mengutamakan negeri LU “鲁国”, mencatatkan

perkara penting dan aktiviti penduduk. Contohnya , peperangan, membikin kota . Pada masa yang sama kitab itu juga mencatatkan bencana alam yang berlaku pada tempoh masa itu. Contohnya , banjir, gempa bumi dan sbgnya.“ChunQiu”berdasarkan “Zhou Li” (周礼). Oleh itu, karya ini mengisahkan banyak pantang larang.

Li Ji(《礼》)merupakan kitab aturan iamengandung di dalamnya ialah himpunan tulisan mengenai nilai agama dan moral. Selain itu, kitab inijuga merupakan himpunan tulisan oleh Kong Zi sendiri beserta dengan anak muridnya dan tokoh Lu pada Dinasti Han.

Zhou Yi(《周易》)merupakan kitab ramalan yang terkandung di dalamnya ialah ajaran-ajaran mengenai kejadian alam semesta dan semua peristiwa yang berlaku. Sesiapa yang menghayati kitab ini akan mampu menyebarkan kuasa Tian dalam semua aspek.

Oleh sebab Konfusius pernah menggunakan kitab-kitab tersebut sebagai alat pengajar, maka ahli-ahli Konfusius pada zaman dulu melihatnya sebagai kitab-kitab penting yang dapat menyumbang kepada bidang pendidikan. Pada zaman Dinasti Han, pihak kerajaan lebih meniktiberatkan kitab Yi,Shi , Shu ,Li dan Chun Qiu. Maka semasa maharaja Han Wu Di , beliau telah mewujudkan jawatan Xue Guan (学官) dengan menubuhkan “kedoktoran dalam Lima Kitab” (五经博士) yang diiktiraf oleh kerajaan.

4. Makna Tiga Belas Kitab 十三经

Semasa dinasti Han, kitab Konfusianisme telah bertambah dari lima kitab kepada tujuh kitab (七经) iaitu lima buah kitab yang tersebut iaitu Shi(《诗经》), Shu(《尚书》), Li(《礼》),Yi

(《周易》), Chun Qiu (《春秋》)bergabung dengan kitab Xiao(《孝经》) dan Lun Yu

(5)

Pada awal dinasti Tang pula, terdapat sebanyak sembilan buah kitab (九经)yang diiktiraf olah kerajaan. Pemilihan pegawai kerajaan adalah menerusi pembacaan kitab-kitab tersebut.

Sembilan buah kitab ini termasuklah Yi, Shu, Shi, Zhou Li(《周礼》), Yi Li(《仪礼》),Li Ji

(《礼记》), Zuo Zhuan(《左传》) ,Gong Yang Zhuan(《公羊专》) dan Gu Liang Zhuan

(《谷梁传》). Haruslah diberi perhatian bahawa kitab Li telah dipecahkan kepada tiga kitab iaitu Li Ji , Yi Li, dan Zhou Li, manakala kitab Chun Qiu pula juga dipecahkan kepada tiga kitab yang berbeza iaitu Zuo Zhuan, Gong Yang Zhuan dan Gu Liang Zhuan.

Apabila dinasti Tang diperintah oleh maharaja Tang Wen Zong(唐文宗), kitab yang disanjung tinggi oleh Konfusianisme telah ditambah dengan Lun Yu ,Xiao Jing dan Er Ya menjadi dua belas kitab (十二经). Dua belas kitab tersebut ialah Yi, Shi, Shu, Li Ji, Yi Li ,Zhou Li, Zuo Zhuan, Gong Yang Zhuan, Gu Liang Zhuan , Lun Yu, Xiao Jing dan Er Ya(《尔雅》)。

Pada zaman dinasti Song Selatan , Zhu Xi menggabungkan Da Xue , Zhong Yong ,Lun Yu, dan Meng Zi menjadi “Si Shu” yang diakui oleh pihak kerajaan pada zaman itu. Lataran Meng Zi menjadi kitab Konfusianisme yang sah. Ini menjadikan dua belah kitab padaab tersebut asalnya telah pun menjadi tiga belas kitab setelah menambah masuk kitab Meng Zi.

Akhirnya , terbentuklah tiga belas buah kitab yang dimiliki Konfusianisme.

Oleh sebab tiga belas buah kitab tersebut dihasilkan pada zaman yang kuno , apabila ia diwarisi ke zaman yang seterusnya ,kitab tersebut didapati semakin sukar untuk memahaminya, maka terdapat beberapa cendekiawan cuba membuat penjelasan terhadap kitab-kitab tersebut. Penjelasan yang sedemikian disebut “zhu”(注)atau “zhuan”(传). Akan tetapi , dengan perubahan zaman , karya-karya “zhu” dan “zhuan” yang menjelaskan tiga belas kitab tersebut semakin hari semakin sukar untuk difahami, maka wujudlah karya-karya yang membuat penjelasan terhadap “zhu” dan “zhuan” , karya -karya sebegini ialah “zheng yi”(正义),”jian”(笺),atau “shu”(疏).

(6)

13 Kitab Cenkiawan yang membuat penjelasan terhadap 13 kitab

Cendekiawan yang membuat penjelasan terhadap zhu dan zhuan

Zheng Xuan Jian, Kong Ying Da zheng yi

(郑玄笺、孔颖达正义)

Ilmu penggetahuan tiga belas kitab merangkumi bidang yang luas . Zhou yi merupakan buku menilik yang penuh misteri dan mengandungi falsafah yang sukar difahami. Nama “Zhou Yi” mempunyai banyak kenyataan, ada sesetengah orang mengatakan “ zhou” adalah bermaksud Dinasti Zhou, ada sesetenggah orang mengatakan bahawa “Yi “ adalah berasal daripada cicak (蜥蜴). Hal ini kerana cicak akan berubah-ubah mengikut warna sekitarnya ,jadi dikatakan “berubah”(易), “YI” adalah bermaksud berubah. Selain itu.

(7)

Shi Jing merupakan kitab puisi dari dinasti Zhou Barat awal sampai pertengahan zaman Musim Bungan dan Luruh(春 秋). Ia dibahagikan kepada bahagian “feng “(风), “ya”(雅) dan “song”

(颂).”Feng” ialah lagu puisi byang dihasilkan oleh rakyat tempatan .”Ya” ialah lagu puisi ciptaaan golongan bangsawan. “Song” pula adalah lagu puisi penyembahan tuhan yang hanya digunakan oleh gonlongan bangsawan.

Zhou li ialah sebuah kitab yang mengumpulkan maklumat berhubung dengan sistem pelaksanaan pegawai kerabat diraja Zhou Wang (周王). Di samping itu, Yi Li merekodkan adat istiadat Zaman Zhou. Li Ji juga mencatatkan perihal tatasusila.

Zuo Zhuan mencatatkan peristiwa penting sejarah lama Zaman dahulu. Pemikiran Zuo Zhuan lebih melekati pemikiran Konfusianisme yang banyak menyentuhkan hal-hal politik dan kecenderungan membincangkan tentang akhlak. Ia menekankan status masyarakat ,peraturan dan undang-undang, aturan kedudukan warga tua dan muda serta memaparkan kepentingan pemikiran yang mengutamakan rakyat jelata.

Gong Yang Zhuan merupakan sebuah karya yang penting dan juga selalu digunakan sebagai panduan dalam persoalan politik. Menurut sarjana yang mengaji tentang penulis Gong Yang Zhuan adalah diajar oleh Konfusius dengan secara lisan. Menurut Si Ma Qian(司马迁), Konfusius menetapkan undang-undang melalui kritikan dan pujian dalam Chunqiu. Namun, beliau tidak dapat mencatat kata-kata yang menghina pemerintah dalam buku ,jadi beliau hanya menyampaikan secara tidak langsung dan mewariskan kepada anak murid dengan cara lisan.Selain itu, karya ini juga merupakan maklumat yang penting dalam usaha mengkaji pemikiran Konfusianisme pada zaman Qin dan Han . Antara konsep-konsep yang berada di dalam buku ini adalah konsep-konsep penyatuan( Da Yi Tong Shuo大一统说),konsep Tiga Zama(san shi shuo三世说),konsep Tiga Pemerintah(tong san tong shuo 通三统说)dan Konsep Perubahan Pemerintahan Chunqiu(chunqiu gai zhi shuo春秋改制说), konsep Kritik dan Pujian (yu bao bian shuo 寓褒贬说)dan akhirnya konsep Raja Yang Tidak Berkuasa(su wang shui 素王说).

(8)

pemerintah dan menstabilkan keadaan negara untuk kepentingan jangkan masa panjang negara. Antara konsep dalam Gu Liang Zhuan adalah menyarankan tentang adab dan tatasusila di samping menegaskan tentang kedudukan,menyarankan peraturan keluarga (宗法),menyerankan polisi yang meringankan beban petani, mengagungkan perikemanusiaan dan tidak menggalakkan ketenteraan.dan sebagainya.

Di samping itu , Lun Yu ialah buku catatan kelakuan dan kata-kata Kong Zi yang dihasilkan oleh anak murid beliau. Xiao Jing ialah kitab yang menerangkan ketaatan anak kepada ibu bapa dan kewajipan dan tanggungjawab yang patut dipikul oleh seseorang anak. Manakala , Meng Zi merekodkan pertuturan ,pemikiran Meng Zi. Er ya pula merupakan sebuah buku yang paling awal dalam membantu menerangkan makna dan erti bagi sesuatu perkataan. Ia juga boleh dikatakan sebagai sebuah kamus kuno bagi negara China.

5. Kesimpulan

Kelas pemerintah zaman dahulu sering menjadikan “Tiga Belas Kitab”sebagai panduan memerintah negara dan model rujukan untuk ta memahami pemikiran Konfusius serta membantu dalam pembentukkan akhlak baik seseorang insan. Nilai- nilai yang terdapat di dalam buku-buku tersebut mempunyai niai kajian dan nilai pembelajaran bagi generasi muda.

Sumber Rujukan

Sumber buku:

Yang, C.M (2000), Ru Jia wen hua mian mian guan. Jinan: Ji ru shu she.

Sumber internet:

1) http://baike.baidu.com/view/9874.htm 2) http://baike.baidu.com/view/40289.htm 3) http://baike.baidu.com/view/51031.htm 4) http://baike.baidu.com/view/671.htm

5) http://www.guoxue.com/wenxian/wxjing/wxjing.htm

Referensi

Dokumen terkait

0.002), tidak menggunakan plafon rumah (p-value 0.001), kebiasaan melakukan pekerjaan pada malam hari (p- value 0.002), tidak menggunakan kelambu (p-value 0.001) dan tidak

Teknik analisa traffic sendiri dapat dilakukan dengan mengamati aktifitas dalam jaringan melalui wireshark yang mempunyai kemampuan melakukan pencatatan terhadap

Tak dapat dipungkiri bahwa perkembangan ilmu pengetahuan dan sains dalam berbagai disiplin ilmu pada masa dinasti Umayyah Andalusia menjadi salah satu pemantik kemajuan peradaban

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Berdasarkan hasil tindakan yang diberikan dan data yang diperoleh dari lembar kerja siswa pada siklus I dan II dapat di tarik kesimpulan yaitu terjadi

Luas penguasaan lahan oleh rumah tangga petani penghasil beras organik yang tergolong tahan pangan, tidak mencukupi untuk memenuhi kebutuhan hidup manusia seutuhnya, mulai

Penelitian ini menggunakan rancangan eksperimental murni dengan rancangan pre dan post test group design, dengan kelompok kontrol negatif, kelompok kontrol positif

penelitian ini terdapat 2 variabel 7s Mc Kinsey yang sama yang berkontribusi menyebabkan kinerja pada kuadran I yaitu variabel sistem/regulasi pemeliharaan dan perawatan