BAB 1
PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan
Latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap para pelajar sebelum layak dipertimbangkan untuk penganugerahan sijil atau diploma. Setiap pelajar perlu lulus latihan industri bagi melayakkan para pelajar untuk dianugerahkan diploma. Latihan industri adalah merupakan salah satu corak pembelajaran di mana para pelajar politeknik di semester empat dan semester enam akan menjalani latihan industri selama 20 minggu. Latihan industri ini adalah wajib untuk dijalani oleh pelajar politeknik semester enam untuk kursus Diploma Kejuruteraan Awam bagi Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak. Untuk menjalani latihan industri ini, pelajar-pelajar akan ditempatkan ke syarikat-syarikat yang terlibat dalam bidang-bidang kejuruteraan awam samada syarikat swasta mahupun kerajaan yang telah dipohon oleh pelajar-pelajar itu sendiri ataupun yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan politeknik. Dasar utama yang ada dalam program latihan industri ini adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar suapaya mereka dapat merasai sendiri bagaimana rasanya situasi alam pekerjaan yang sebenar.
Di samping itu, para pelajar juga akan mengetahui bagaimana keadaan di tempat kerja serta kerja-kerja yang akan dilakukan bagi mempraktikkan dan memahirkan lagi apa yang telah dipelajari selama tempoh berada di politeknik. Pengalaman ini adalah sangat penting bagi pelajar-pelajar apabila mereka sudah menamatkan pengajian di polieknik kelak.
Pendedahan yang selalu ditekankan sewaktu latihan industri ini ialah untuk meningkatkan lagi pengetahuan para pelajar di dalam bidang-bidang kemahiran dan juga teknikal yang berkaitan dengan bidang yang telah dipelajari sewaktu di politeknik.
Di samping itu, latihan industri juga dapat menanamkan semangat bekerjasama dan menjalinkan hubungan yang baik sesama pekerja ataupun majikan. Latihan industri juga dapat memberikan pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini. Secara keseluruhannya, latihan industri ini juga banyak membantu pihak politeknik dalam sistem pembelajaran. Hal ini kerana pihak politeknik sendiri tidak dapat menyediakan alatan yang lengkap bagi tujuan pembelajaran sepenuhnya memandangkan kos pembiayaan yang tinggi dan perubahan-perubahan teknologi sentiasa berkembang pesat dari masa ke semasa. Selain itu, para pelajar juga dapat melihat sendiri perkaitan di antara teori yang telah dipelajari di dalam kelas dengan praktikal yang dijalani sewaktu berada di makmal-makmal dan kelas. Ini juga dapat memberikan pendedahan kepada pelajar supaya menceburi bidang-bidang yang mencabar dan memerlukan ketabahan serta tanggungjawab yang tinggi bagi menjayakan sesebuah organisasi itu sendiri.
Dari sudut kerohanian, para pelajar yang menjalani latihan industri ini dapat melatih diri sebagai pekerja yang bertanggungjawab di dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan ataupun arahan. Sikap tersebut juga dapat membantu diri sendiri sebagai seorang pekerja yang berjaya dan berkaliber. Jika dipandang dari sudut lain, latihan industri ini merupakan satu objektif yang tepat bagi mencari penyelesaian bagi sesuatu perkara khususnya yang berkaitan dengan pekerjaan.
Justeru itu, latihan industri juga memberi peluang kepada para pelajar untuk menilai sendiri perbezaan antara teori dan latihan praktikal yang dijalankan sendiri oleh pelajar ketika berada di firma. Segala cabaran yang diterima semasa latihan industri akan mengukuhkan lagi keyakinan pelajar terhadap pekerjaan yang bakal dijawat selepas tamat tempoh pengajian disamping memberi rangsangan serta minat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian kelak.
2.1 Objektif Latihan Industri
Latihan Industri adalah salah satu latihan yang wajib dijalani oleh semua pelajar atau mahasiswa di sesuatu organisasi atau institut pengajian tinggi dalam tempoh tertentu supaya para pelajar dapat mempelajari ilmu baru dan mendapat banyak pengalaman bekerja. Dengan cara ini, para pelajar dapat mempraktikkan pembelajaran yang dipelajari di institusi serta mempertingkatkan lagi kemahiran dan mempelajari banyak perkara. Selain itu, ia juga dapat mendedahkan kepada para pelajar mengenai suasana pekerjaan yang sebenar di sesuatu organisasi atau firma. Secara amnya, objektif latihan industri adalah seperti berikut :
i. Memberi pendedahan kepada pelajar di alam pekerjaan.
Semasa menjalani latihan industri, pelajar akan diberi pendedahan dengan perkara yang baru bagi pelajar iaitu dengan suasana sebenar di tempat kerja yang sama sekali berlainan jika dibandingkan dengan politeknik sebagai tempat mendalami ilmu pengetahuan. Banyak kemahiran baru yang diperolehi dapat menambahkan kemahiran pelajar semasa menjalani latihan industri.
ii. Membentuk disiplin pelajar melalui peraturan keselamatan.
Keselamatan dalam industri merupakan perkara yang paling penting dan dititikberatkan kepada semua pekerja. Mematuhi keselamatan tidak harus dipandang ringan serta mudah kerana kebanyakan peralatan yang digunakan di sektor industri adalah berbahaya dan boleh mendatangkan kecederaan yang teruk kepada seseorang malahan juga boleh menghilangkan nyawa pekerja tersebut. Dengan mematuhi peraturan keselamatan semasa menjalani latihan industri ini, para pelajar juga dapat meyakinkan diri dalam menghadapi cabaran yang akan ditempuhi semasa alam pekerjaan serta mengawal diri dalam pelbagai situasi mencabar sewaktu melakukan kerja.
Antara objektif latihan industri yang lain adalah seperti berikut;
a) Mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar alam pekerjaan.
b) Membolehkan pelajar mengaitkan teori-teori yang telah dipelajari dengan aspek- aspek praktikal atau sebaliknya.
c) Menanam semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik sesama pekerja industri.
d) Menanam sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan diri.
e) Mengamalkan peraturan-peraturan keselamatan di dalam industri.
f) Sebagai salah satu input untuk penambahbaikan kurikulum dalam sistem latihan Industri.
g) Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang dipelajari di Politeknik untuk dipraktikkan semasa latihan industri.
h) Membina personaliti individu secara berpasukan, amanah, berkeyakinan dan bertanggungjawab.
Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa latihan industri ini adalah amat penting kepada para pelajar kerana ia memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk dan mewujudkan pelajar-pelajar lulusan dari politeknik yang berpengetahuan luas, berdisiplin tinggi, mahir dalam segala bidang serta mempunyai akhlak yang mulia dan keyakinan diri yang tinggi. Dengan yang demikian, ia akan dapat menjamin serta meningkatkan lagi mutu pendidikan yang diterapkan dikalangan pelajar politeknik di seluruh Malaysia ini dan menjamin tenaga kerja yang mahir, berkualiti dan terbaik bagi pembangunan ekonomi negara kita.
1.3 Objektif laporan latihan industri
Objektif laporan latihan industri ini adalah bertujuan supaya menjadi satu bukti menunjukkan pelajar telah menjalani latihan industri mengikut prosedur, kesesuaian dengan bidang yang dipelajari oleh pelajar di kampus dan komitmen pelajar terhadap latihan industri. Laporan yang baik dan lengkap dapat dijadikan panduan semasa melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar serta boleh digunakan dalam temuduga kerjaya. Laporan ini akan mendokumentasikan aktiviti kerja pelajar-pelajar sepanjang tempoh latihan yang dijalankan. Pensyarah dan juga penyelia syarikat dapat menilai prestasi pelajar semasa mengikuti latihan ini melalui buku laporan harian dan juga laporan rasmi.
Selain itu, laporan latihan industri bertujuan melatih pelajar menguasai kemahiran dalam menghasilkan satu bentuk laporan yang berkaitan dengan kerja-kerja praktikal yang dilakukan oleh pelajar dalam menepati format laporan seperti yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Laporan ini juga dijadikan sebagai satu kaedah penilaian ke atas pelajar sepanjang latihan industri dijalankan. Antara objektif lain penyediaan laporan industri ialah :
ii. Boleh dijadikan sumber rujukan di masa akan datang.
iii. Merupakan salah satu syarat wajib untuk lulus latihan industri.
iv. Untuk melatih pelajar dalam menghasilkan sebuah laporan yang lengkap berlandaskan format yang sebenar kerja berkenaan dengan latihan yang dijalankan.
1.4 Kepentingan Latihan Industri Kepada Pelajar
Secara amnya, terdapat pelbagai kepentingan yang dapat dipelajari oleh semua pelajar sepanjang menjalani latihan industri yang dianjurkan oleh Politeknik selama tempoh tertentu. Hal ini bergantung kepada kesungguhan pelajar itu sendiri untuk memanfaatkan peluang yang telah sedia ada ini. Para pelajar juga turut dapat mendalami dengan lebih mendalam tentang teori yang telah dipelajari semasa proses pembelajaran dan seterusnya mempraktikkan segala teori yang ada dengan segala situasi samada secara langsung ataupun tidak langsung semasa mengendalikan sesuatu proses atau mengendalikan sesuatu kerja di firma yang memerlukan kemahiran yang tertentu untuk melaksanakannya. Dengan pengalaman dan tunjuk ajar daripada pekerja yang mahir dan berpengalaman, dapatlah memudahkan pelajar itu untuk menceburi diri dalam bidang pekerjaan yang akan ditempuhi kelak.
Latihan industri juga adalah penting kepada para pelajar untuk mengikutinya kerana ia akan memberi pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang tidak dapat diperolehi semasa di Politeknik. Selain itu, ianya juga merupakan syarat wajib yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia untuk layak mendapat penganugerahan diploma.
Latihan industri juga memberi sedikit sebanyak pengalaman selama satu semester. Para pelajar akan dapat mempelajari erti kehidupan serta tanggungjawab dalam pekerjaan dalam bidang masing-masing.
1.5 Falsafah Latihan Industri
Konsep mengadakan latihan industri telah diasaskan kepada tiga perkara yang secara langsung merangkumi falsafah pendidikan politeknik. Kesimpulan falsafah ini ialah :
i. Setiap pelajar mempunyai keupayaan semulajadi untuk belajar.
ii. Pendidikan dan latihan industri boleh memainkan peranan yang penting dalam mengubah status sosio ekonomi.
iii. Sesuatu kejayaan hanya akan dapat dicapai ke tahap yang paling optimum melalui penimbaan pengalaman yang secukupnya.
1.6 Matlamat Latihan Industri
Berdasarkan falsafah di atas, matlamat latihan industri telah diwujudkan untuk :
i. Mengeluarkan lulusan yang serba boleh dari segi mental, fizikal dan kerohanian dalam teknologi,mekanikal dan pengurusan yang selaras dengan matlamat wawasan 2020.
ii. Membentuk dan memupuk sifat yang amanah, dedikasi, toleransi dan kesetiaan di kalangan pelajar melalui penamaan nilai-nilai kepimpinan dan disiplin supaya mereka dapat menjadi pemimpin yang cekap, berdisiplin dan produktif sambil menyedari hakikat perlunya mengimbangkan pembangunan dengan meninggikan taraf hidup masyarakat.
iii. Menanam sikap keberanian dan keyakinan untuk menjadi lulusan yang boleh berdikari.
1.7 Strategi Latihan Industri
Matlamat-matlamat di atas akan dilaksanakan melalui strategi-strategi berikut :
i. Mendedahkan para pelajar kepada pengalaman bekerja melalui latihan industri untuk membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan alam pekerjaan yang sebenar dengan lebih cepat.
ii. Menggalakkan para pelajar untuk menimba sebanyak pengalaman melalui lawatan ke tapak binaan dan menyertai mesyuarat tentang projek yang dijalankan oleh organisasi latihan.
BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI
2.1 Pengenalan organisasi
LMP Geotechnic Sdn. Bhd. merupakan syarikat kontraktor yang mempunyai kepakaran yang khusus terutamanya dalam bidang kejuruteraan geoteknik, struktur dan asas cerucuk. Syarikat ini telah ditubuhkan pada bulan Mei tahun 2011. Syarikat ini juga diketuai oleh kumpulan-kumpulan yang mempunyai kepakaran sepenuhnya dalam bidang geoteknik, struktur dan asas.
Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Syarikat ini juga sedang menjalankan
‘Projek Membina dan Menyiapkan Kerja-kerja Penyambungan LRT Laluan Ampang’(LRT Ampang Line Extension Project) dari Sri Petaling ke Putra Heights.
Projek ini merupakan sebuah projek di bawah Syarikat Prasarana Negara Berhad.
2.2 Carta Organisasi
A
PROJECT DIRECTOR KK YEOH
ASST. PROJECT DIRECTOR KATHERINE CHOO
STORE MANAGER
LAW KAM FOO TECHNICAL
MANAGER LEE TECK HOW
CONSTRUCTION MANAGER ROBERT CHONG
&
KK CHEN
PROJECT MANAGER
EDMOND LOW ADMIN
MANAGER CATHERINE ANAK GOH
2.3 Misi syarikat
i. Untuk menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan geoteknik yang inovatif serta efektif dari segi kos.
ii. Sentiasa bersedia untuk menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang dalam bidang geoteknikal dan specialised structures.
iii. Untuk menubuhkan hubungan jangka panjang yang lebih progresif dengan semua stakeholders.
SITE SAFETY SUPERVISOR MUHAMMAD ARSYAD SUPERINTENDENT
OFFICER RAMAMURTHI PLANNING &
TRACKING ENGINEER NUR HAFIZAH
BAKAR
QA/QC ENGINEER RUSLINA AZIZ
ACCOUNT EXECUTIVE
SHIMA
PROJECT ENGINEER WAN MOHD NAZERI
PROJECT ENGINEER MUZLIAMIRUL
RAMELI
SENIOR SITE SUPERVISOR RAHIM MURI