• Tidak ada hasil yang ditemukan

Adakah Anda Menguasai atau Dikuasai Teknologi?

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Adakah Anda Menguasai atau Dikuasai Teknologi?"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Adakah Anda Menguasai atau Dikuasai Teknologi?

Penerbitan Agama Kristian

(2)

Untuk MALAYSIA:

Saksi-Saksi Yehuwa Peti Surat 08003, 46780 Kelana Jaya, Selangor, Malaysia

Untuk mendapatkan alamat di seluruh dunia, lihat www.jw.org/ms/hubungi.

Awake! (ISSN 0005-237X) July/August 2021 is published by Watchtower Bible and Tract Society of New York, Inc.; Harold L. Corkern, President;

Mark L. Questell, Secretary-Treasurer;

1000 Red Mills Road, Wallkill, NY 12589-3299.

˘ 2021 Watch Tower Bible and Tract Society of Pennsylvania.

!"#2

Jil. 102, No. 2 2021 MALAY Cetakan Setiap Terbitan: 68,097,000 Terdapat dalam 208 Bahasa

Bahan bacaan ini bukan untuk dijual. Bahan bacaan ini ialah sebahagian daripada kerja pendidikan Bible sedunia yang mendapat sokongan melalui derma sukarela. Untuk memberikan sumbangan, sila layari donate.jw.org.

Kecuali apabila dinyatakan, ayat Bible dipetik daripada Kitab Suci Terjemahan Dunia Baharu.

s

Inginkah anda dikunjungi

atau mempelajari Bible? Layari www.jw.org/ms, atau hubungi kami dengan menggunakan alamat di atas.

(3)

Adakah anda menguasai atau

dikuasai teknologi? Ramai orang kata mereka menguasai teknologi. Namun, teknologi dapat membawa masalah yang tidak disedari ramai.

BAGAIMANAKAH TEKNOLOGI MEMPENGARUHI ...



4 Persahabatan Anda?



7 Anak-Anak Anda?



10 Perkahwinan Anda?



13 Fikiran Anda?



(4)

Melalui SMS, e-mel, panggilan video, dan media sosial, dua orang yang hidup berjauhan dapat berkomunikasi dengan mudah. Maka mereka boleh dikatakan menggunakan teknologi dalam cara yang bermanfaat.

Namun, orang yang bergantung sepenuhnya pada teknologi untuk berinteraksi dengan sahabat mungkin . . .

ˇ kurang menunjukkan empati kepada sahabat mereka.

ˇ berasa lebih sunyi dan kecewa.

ˇ lebih mementingkan diri.

B AG A I M A N A K A H T E K N O L O G I M E M P E N G A R U H I

PE R SAHABATAN AN DA?

(5)

5

A PA YA N G P E R L U A N DA TA H U

EMPATI

Untuk menyelami perasaan se- seorang, kita perlu meluangkan masa untuk berfikir tentang orang itu. Namun, hal ini susah dilakukan semasa kita sibuk membaca dan membalas mesej, atau melihat post di media sosial.

Jika anda menerima terlalu ba- nyak mesej, anda mungkin berasa susah untuk membalas mesej daripada sahabat anda.

Tidak kira mesej yang anda teri- ma itu penting atau tidak, anda mungkin hanya ingin membalas semua mesej itu dengan segera, sehingga tidak sedar bahawa seorang sahabat memerlukan bantuan.

FI KI RKAN:

Bagaimanakah anda dapat menunjukkan empati se- masa menggunakan teknologi untuk menghubungi sahabat- sahabat anda?

—1 PETRUS 3:8.

SUNYI DAN KECEWA Menurut sebuah kajian, ramai orang berasa kecewa setelah menggunakan media sosial. Para penyelidik mendapati bahawa selepas orang menghabiskan masa untuk melihat gambar dan status terkini orang lain, mereka mungkin “berasa bahawa mere- ka mensia-siakan masa mereka.”

Tambahan lagi, setelah melihat foto-foto hebat yang dipaparkan orang lain, kita mungkin mula berfikir kehidupan mereka sa- ngat seronok dan kehidupan kita sangat membosankan.

FI KI RKAN:

Semasa menggunakan media sosial, bagaimanakah anda dapat mengelak daripada membandingkan diri dengan orang lain?

—GALATIA 6:4.

MEMENTINGKAN DIRI Seorang cikgu menulis bahawa sebilangan muridnya bersikap mementingkan diri dan hanya menginginkan kawan yang da- pat memberikan manfaat kepada mereka.  Sikap sebegini mungkin membuat seseorang memandang kawan-kawannya sebagai alat yang boleh diguna- kan bila perlu dan diketepikan semasa tidak diperlukan.

FI KI RKAN:

Adakah post anda menunjukkan bahawa anda mempunyai sikap suka bersaing atau mementingkan diri?

—GALATIA 5:26.

 Menurut laporan dalam buku Reclaiming Conversation.

(6)

6

C U B A L A H

MENILAI PENGGUNAAN TEKNOLOGI ANDA

Jika anda menguasai dan bukannya dikuasai teknologi, anda dapat sering menghubungi kawan-kawan anda dan bahkan menjadi lebih rapat dengan mereka.

PR I NS I P BI B LE :

“Kasih . . . tidak mementing- kan diri sendiri.”

—1 KORINTUS 13:4, 5.



Tandakan cadangan yang ingin anda gunakan, atau tuliskan idea anda sendiri.



Lebih kerap berbual secara bersemuka (dan bukannya asyik menghantar mesej atau e-mel sahaja)



Simpan fon anda (atau guna mod senyap) semasa bercakap dengan orang lain



Kurangkan masa yang digunakan untuk melayari media sosial



Menjadi pendengar yang lebih prihatin



Menghubungi seorang kawan yang menghadapi kesusahan

 ...

 ...

 ...

TA N YA L A H D I R I . . .

ˇ Adakah saya benar-benar rapat dengan orang yang penting bagi saya dan orang yang ambil berat tentang saya?

ˇ Semasa berbual dengan kawan saya secara bersemuka, seberapa kerapkah perbualan itu diganggu kerana panggilan, mesej, atau notifikasi telefon?

ˇ Adakah gambar dan komen saya di media sosial membuat orang fikir bahawa saya mementingkan diri?

ˇ Apakah perasaan saya selepas menghabiskan masa untuk melayari media sosial?

ˇ Apakah perubahan yang perlu saya buat supaya teknologi tidak menghalang saya daripada mendapat sahabat yang sejati?

PR I NS I P BI B LE :

“Jagalah kepentingan orang lain, dan bukan hanya kepentingan diri kamu sendiri.”

—FILIPI 2 :4.

“Kita perlu masa dan usaha untuk jalin persahabatan, jadi memang mustahil untuk jadi kawan rapat dengan banyak orang. Namun, yang penting bukanlah bilangan kawan kita, tetapi jenis kawan kita. Sahabat sejati akan mengutamakan kepentingan satu sama lain.”

EMILY

(7)

Orang dewasa mungkin memerlukan banyak masa untuk membia- sakan diri dengan teknologi baharu, tetapi kanak-kanak sekarang membesar bersama teknologi dan sangat pandai menggunakannya.

Namun, sesetengah pihak mendapati anak muda yang menggunakan banyak masa dalam talian lebih mudah . . .

ˇ mempunyai masalah ketagihan peranti elektronik.

ˇ terlibat dalam perbuatan buli siber.

ˇ terdedah kepada pornografi, sama ada sengaja atau tidak.

B AG A I M A N A K A H T E K N O L O G I M E M P E N G A R U H I

ANAK- ANAK AN DA?

(8)

8

A PA YA N G P E R L U A N DA TA H U

KETAGIHAN

Sesetengah aktiviti di Internet, contohnya online game, direka untuk membuat orang cepat ketagih. Buku Reclaiming Con- versation menyatakan, “Aplikasi dalam fon direka supaya kita asyik memandang fon.” Semakin banyak masa kita guna aplikasi yang mengandungi iklan, sema- kin banyak keuntungan yang diperoleh syarikat iklan.

FI KI RKAN:

Adakah anak-anak anda berasa susah untuk berpi- sah dengan gajet mereka? Ba- gaimanakah anda dapat bantu mereka menggunakan masa dengan lebih baik?

—EFESUS 5:15, 16.

BULI SIBER

Semasa menggunakan Internet, sesetengah orang menjadi lebih agresif, biadap, dan tidak ber- timbang rasa. Orang sebegini mungkin menjadi pembuli siber.

Sesetengah orang menyalahgu- nakan media sosial kerana ingin mendapatkan perhatian atau menjadi popular. Ada pula yang berasa diri mereka dibuli kerana mendapat tahu mereka tidak dijemput ke suatu parti.

FI KI RKAN:

Adakah anak-anak anda bersikap sopan semasa dalam talian? (Efesus 4:31) Apakah reaksi mereka jika orang lain berseronok tanpa mengajak mereka?

PORNOGRAFI

Bahan lucah sangat mudah dipe- roleh di Internet. Ibu bapa harus ingat bahawa walaupun penapis (filter) dapat membantu, perisian sebegini tidak 100% berkesan.

Sexting merupakan amalan menghantar atau menerima gam- bar lucah diri sendiri atau orang lain, biasanya melalui telefon pintar. Di sesetengah negara, sexting dianggap sebagai jena- yah. Bergantung pada undang- undang atau usia orang yang terlibat, orang yang melakukan sexting boleh didakwa menyebar- kan pornografi kanak-kanak.

FI KI RKAN:

Bagaimanakah anda

dapat membantu anak anda me-

lawan godaan untuk melihat atau

menghantar bahan lucah melalui

Internet?

—EFESUS 5:3, 4.

(9)

C U B A L A H

MELATIH ANAK ANDA

Biarpun kanak-kanak mahir menggunakan alat elektronik, mereka memerlukan bimbi- ngan ibu bapa. Buku Indistractable

menyatakan bahawa memberi kanak-kanak telefon pintar atau alat elektronik sebelum mereka tahu cara yang betul untuk menggu- nakannya, ialah “tindakan yang tidak bertanggungjawab, yang dapat disamakan dengan membiarkan mereka terjun ke dalam kolam sebelum mereka tahu berenang.”

PR I NS I P BI B LE :

“Ajarilah anak haluan yang harus ditempuhnya; maka sampai tua pun dia tidak akan menyimpang daripada haluan itu.”

—AMSAL 22 :6.



Tandakan cadangan yang ingin anda gunakan, atau tuliskan idea anda sendiri.



Bincang dengan anak saya tentang bersikap sopan semasa menggunakan Internet



Bantu anak saya menangani perasaan kecewa semasa tidak dijemput ke aktiviti orang lain



Cuba sedaya upaya untuk menyekat laman yang tidak senonoh



Periksa fon anak saya dari masa ke masa



Tetapkan had bagi masa skrin anak anda



Melarang anak saya membawa peranti elektronik ke dalam bilik tidur



Melarang ahli keluarga menggunakan peranti elektronik semasa makan bersama-sama

 ...

 ...

 ...

U N T U K R E N U N G A N I B U B A PA

ˇ Adakah kita menggunakan alat elektronik sebagai “pengasuh” supaya si manja tidak membuat bising?

ˇ Adakah si manja kita memerlukan alat elek- tronik dengan kemudahan Internet? Jika ya, mengapa?

ˇ Adakah kita mampu memberi anak kita alat elektronik dengan kemudahan Internet?

ˇ Bagaimanakah anak kita telah menunjukkan bahawa dia mampu mengawal diri?

ˇ Bagaimanakah anak kita telah menunjukkan bahawa dia tahu bertanggungjawab atas perbuatannya sendiri?

ˇ Apakah peraturan-peraturan yang akan kita tetapkan?

ˇ Bagaimanakah kita dapat bantu anak kita me- ngimbangi masa skrin dengan aktiviti lain?

PR I NS I P BI B LE :

“Orang matang . . . sering meng- gunakan daya penilaian mereka, daya penilaian mereka sudah terlatih untuk membezakan apa yang betul daripada apa yang salah.”

—IBRANI 5:14.

“Mengapakah anak anda ingin dapat fon?

Bagaimanakah mereka guna fon anda? Me- reka lihat laman apa? Mereka main game apa? Berapa lama mereka guna fon? Ujilah kematangan dan kawalan diri anak anda sebelum memberi mereka alat elektronik.”

LAURETA DENGAN

SUAMINYA DAVID

(10)

Jika digunakan dengan baik, teknologi dapat merapatkan hubungan antara suami dengan isteri. Sebagai contoh, mereka boleh menggu- nakan teknologi untuk menghubungi satu sama lain sepanjang hari.

Namun, akibat penyalahgunaan teknologi, sesetengah pasangan . . . ˇ jarang meluangkan masa berkualiti bersama-sama.

ˇ bekerja di rumah semasa tidak perlu.

ˇ menimbulkan curiga dan bahkan berlaku curang.

B AG A I M A N A K A H T E K N O L O G I M E M P E N G A R U H I

PE R K AHWI NAN AN DA?

10

(11)

A PA YA N G P E R L U A N DA TA H U

WAKTU BERSAMA-SAMA Seorang suami yang bernama Michael berkata, “Kadang- kadang, bila saya bersama isteri, saya rasa seolah-olah saya se- orang diri, sebab dia asyik tengok fon saja. Isteri saya kata,

‘Sekarang baru saya ada masa untuk tengok fon.’ ” Seorang suami yang bernama Jonathan berkata bahawa situasi sebegini boleh membuat “suami isteri terasa jauh padahal mereka berada di tempat yang sama.”

FI KI RKAN:

Berapa kerapkah panggilan telefon, mesej, atau notifikasi, mengganggu masa berkualiti anda bersama pasa- ngan anda?

—EFESUS 5:33.

KERJA

Disebabkan jenis pekerjaan me- reka, sesetengah orang perlu selalu menjawab panggilan tele- fon atau membalas e-mel. Tetapi ada pula yang membawa kerja pejabat mereka pulang ke rumah walaupun mereka tidak perlu berbuat demikian. Lee, seorang suami, mengaku, “Saya sudah khaskan masa untuk bersama isteri saya, tetapi masa itu pun saya terfikir untuk balas mesej atau panggilan yang berkaitan dengan kerja.” Joy, seorang isteri berkata, “Saya bekerja dari ru- mah dan boleh bekerja pada bila-bila masa. Jadi saya perlu berusaha untuk seimbangkan kerja dengan keluarga.”

FI KI RKAN:

Adakah anda membe- rikan perhatian yang sepenuhnya semasa pasangan anda berca- kap kepada anda?

—LUKAS 8:18.

KESETIAAN

Menurut satu tinjauan, banyak pergaduhan dalam perkahwinan berlaku kerana aktiviti seorang suami atau isteri di media sosial menimbulkan rasa curiga pasa- ngannya. Sepuluh peratus orang yang menyertai tinjauan ini me- ngaku bahawa mereka pernah memaparkan sesuatu di Internet yang mereka sembunyikan dari- pada pasangan mereka.

Itulah sebabnya media sosial boleh merosakkan perkahwinan dan bahkan menjadi tanah subur kepada perzinaan. Ramai pe- guam perceraian kata media sosial ialah penyumbang besar kehancuran perkahwinan.

FI KI RKAN:

Jika anda berkomuni- kasi dengan seseorang yang ber- lawanan jantina, adakah anda menyembunyikan perbualan itu daripada pasangan anda?

—AMSAL 4:23.

(12)

C U B A L A H

TETAPKAN KEUTAMAAN

Orang yang tidak makan, tidak dapat jaga badan yang sihat. Begitu juga, orang yang tidak meluangkan masa bersama pasa- ngannya akan menghadapi masalah dalam perkahwinannya.—Efesus 5:28, 29.

PR I NS I P BI B LE :

“Mengenal pasti perkara- perkara yang lebih penting.”

—FILIPI 1 :10.



Bincangkan dengan pasangan anda cadangan yang ingin anda gunakan, atau tuliskan idea anda sendiri untuk mencegah teknologi daripada merosakkan perkahwinan anda.



Makan bersama-sama

sekurang-kurangnya sekali sehari



Tetapkan masa untuk tidak menggunakan alat elektronik



Jadualkan masa dating atau waktu khas bagi anda berdua



Matikan peranti elektronik dan simpannya jauh dari tempat tidur



Peruntukkan 15 minit setiap hari untuk bercakap tanpa alat elektronik di sisi kita



Matikan sambungan Internet setiap hari pada masa yang ditetapkan

 ...

 ...

 ...

U N T U K R E N U N G A N S U A M I I S T E R I

Fikirkan soalan-soalan berikut secara berasingan, kemudian bincangkan jawapan anda dengan satu sama lain.

ˇ Bagaimanakah anda dapat menggunakan tek- nologi untuk mengukuhkan perkahwinan anda?

ˇ Pada pendapat anda, sejauh mana alat elektro- nik mengganggu masa anda bersama-sama?

ˇ Ada apa-apa perubahan yang anda rasa diperlukan?

ˇ Adakah anda berasa susah untuk memisahkan waktu kerja daripada waktu keluarga? Adakah pasangan anda setuju dengan jawapan anda?

ˇ Bagaimanakah anda dapat bertimbang rasa terhadap pasangan anda semasa mengharap- kan masa dan perhatian daripadanya?

PR I NS I P BI B LE :

“Hendaklah setiap orang sentiasa berusaha melakukan apa yang berfaedah bagi orang lain, dan bukan hanya melakukan apa yang berfaedah bagi diri sendiri.”

—1 KORINTUS 10:24.

“Saya bekerja dari rumah, jadi saya cuba berhenti bekerja pada masa yang ditetap- kan. Saya juga matikan notifikasi e-mel pada jam tertentu, supaya saya masih boleh guna fon untuk lihat masa dan tidak diganggu oleh urusan kerja.”

JASON DENGAN

ISTERINYA ALEXANDRA

(13)

13

Manusia sentiasa perlu belajar, sama ada untuk sekolah, kerja, atau hal lain. Teknologi dapat memudahkan proses belajar.

Dengan teknologi, kita dapat mengakses bermacam-macam maklumat tanpa meninggalkan rumah atau bahkan kerusi kita.

Namun, orang yang menghabiskan terlalu banyak masa untuk menggunakan teknologi mendapati bahawa mereka . . .

ˇ susah menumpukan perhatian semasa membaca.

ˇ susah bertumpu kepada satu tugas pada satu masa.

ˇ cepat berasa bosan ketika seorang diri.

B AG A I M A N A K A H T E K N O L O G I M E M P E N G A R U H I

F I KI R AN AN DA?

(14)

14

A PA YA N G P E R L U A N DA TA H U

MEMBACA

Orang yang menghabiskan ba- nyak masa untuk guna alat elektronik sering kali tidak cukup sabar untuk membaca seluruh artikel atau buku. Jadi mereka hanya membacanya sepintas lalu.

Membaca secara sepintas lalu berguna apabila anda perlu mencari jawapan dalam masa singkat. Namun, cara itu tidak membantu semasa anda perlu mendalami suatu topik.

FI KI RKAN:

Sejauh manakah anda dapat baca teks yang panjang dengan teliti? Mengapakah hal ini dapat meningkatkan kebole- han belajar anda?

—AMSAL 18:15.

FOKUS

Sesetengah orang menganggap bahawa teknologi akan mem- bantu mereka melakukan dua hal pada masa yang sama, mi- salnya menghantar mesej kepada kawan sambil belajar.

Namun, oleh sebab tumpuan mereka sudah berbelah bahagi, mereka tidak dapat melakukan kedua-dua tugas dengan baik.

Kita memang perlu disiplin diri untuk berfokus, tetapi usaha un- tuk berbuat demikian memang berbaloi. Seorang remaja yang bernama Grace berkata, “Kesila- pan dan stres kita akan berku- rang. Saya sudah belajar bahawa adalah lebih baik untuk bertum- pu kepada satu hal pada satu masa, dan bukannya membiar- kan fokus saya tersimpang.”

FI KI RKAN:

Adakah teknologi me- ngurangkan kebolehan anda un- tuk memahami dan mengingati apa yang anda pelajari?

—AMSAL 17:24.

WAKTU BERSENDIRIAN Sesetengah orang tidak dapat tahan jika mereka bersendirian.

Jadi, mereka menggunakan tek- nologi untuk menghilangkan rasa sunyi. Seorang wanita yang bernama Olivia berkata, “Kalau saya duduk diam selama 15 mi- nit tanpa melihat fon, tablet, atau TV, saya akan rasa bosan.”

Namun, waktu bersendirian se- benarnya kesempatan yang baik untuk membuat perenungan dan belajar. Hal ini penting, baik un- tuk orang muda mahupun orang dewasa.

FI KI RKAN:

Dapatkah anda meng-

gunakan waktu bersendirian

untuk membuat sesuatu yang

bermanfaat?

—1 TIMOTIUS 4:15.

(15)

C U B A L A H

PERIKSA CARA ANDA MENGGUNAKAN TEKNOLOGI Bagaimanakah anda dapat menggunakan teknologi untuk meningkatkan kemahiran berfikir? Bagaimanakah teknologi dapat menghalang anda daripada berfokus dan belajar?

PR I NS I P BI B LE :

“Janganlah lepaskan hikmat dan daya pemikiran.”

—AMSAL 3:21, NOTA KAKI.



TA N YA L A H D I R I . . .

ˇ Adakah saya susah untuk berfokus semasa mem- baca banyak teks di skrin? Jika ya, apakah yang biasanya mengganggu tumpuan saya?

ˇ Bagaimanakah saya dapat mengurangkan atau menghilangkan gangguan sebegini?

Tip: Cuba baca satu perenggan sahaja pada mu- lanya, dan tambahkan jumlah teks yang dibaca secara beransur-ansur. Bacalah dengan suara yang perlahan untuk bantu anda berfokus.

ˇ Apakah yang dapat saya buat supaya ada masa yang cukup untuk berfikir tentang apa yang telah saya baca?

Tip: Gunakan 10 minit pada akhir sesi pembela- jaran untuk mengulang kaji apa yang telah anda pelajari.

ˇ Bilakah saya biasanya cuba melakukan beberapa perkara pada masa yang sama?

ˇ Apakah yang boleh saya buat supaya dapat ber- fokus kepada satu perkara pada satu masa?

Tip: Semasa sesi belajar, simpan benda-benda yang dapat mengganggu tumpuan anda.

PR I NS I P BI B LE :

“Hendaklah kamu memperoleh kebijak- sanaan dan pengertian.”

—AMSAL 4: 5.

M A K L U M AT L A N J U T D I J W. O R G

Topik manakah yang ingin anda terokai?

Cara mengukuhkan perkahwinan Lihat rencana “Bersikap Seimbang semasa Menggunakan Teknologi.”

Mengajar anak nilai murni Lihat rencana “Mengajar Anak Menggunakan Telefon Pintar dengan Bijak.”

Menangani kerisauan tentang masa depan

Baca majalah “Apakah Masa Depan Kita?”

Bible dapat bantu anda sekeluarga untuk menikmati kehidupan yang bahagia sekarang dan menantikan masa depan yang cerah.

JUGA TERDAPAT DI JW.ORG:

Lihat brosur Nikmati Hidup

Selama-Lamanya!

(16)

g21.2-ML 210719

s Muat turun majalah ini atau terbitan lepas secara percuma

Bible terdapat dalam ratusan bahasa di laman web kami

Layari laman web jw.org

˙

, atau imbas kod

o n p



Teknologi dapat membawa masalah yang tidak

disedari ramai.

B AG A I M A N A K A H T E K N O L O G I M E M P E N G A R U H I . . .



Persahabatan Anda?



Anak-Anak Anda?



Perkahwinan Anda?



Fikiran Anda?



DA L A M T E R B I TA N I N I

Referensi

Dokumen terkait

Maka dengan penelitian tindak tutur ilokusi Najwa Shihab dan Presiden Joko Widodo dalam Acara Mata Najwa Edisi Jokowi Diuji Pandemi ini bisa ditentukan tindak tutur ilokusi apa

Dampak yang ditimbulkan oleh airtanah asin di daerah dengan nilai DHL tinggi sebagian besar memiliki kerusakan berat, meliputi warna kekuningan pada pakaian,

dakwah yang dilakukan para da’i sendiri beragam, dari c eramah yang sebagaimana sudah dilakukan para pendahulunya dan ada juga yang mulai menyesuaikan dengan kondisi

Dalam ilmu hukum perbuatan tersebut dikenal sebagai actio pauliana.Pengertian dari actio pauliana ini sendiri adalah hak yang diberikan oleh undang-undang kepada seorang

Assessment for learning adalah proses penilaian yang terus menerus dalam mengumpulkan dan menginterpretasikan bukti tentang hasil belajar siswa dengan maksud untuk menentukan

T-test results obtained figure of 0.578 with a significance of p = 0.005 (p <0.010), which means there was a significant difference between before and after treatment, or in

Pengkajian ini dilakukan untuk memeriksa apakah kulit pasien kering pecah- pecah, terluka dan kemerahan (Brunner & suddart,2015). Pada kasus Tn. W.B saat dilakukan