• Tidak ada hasil yang ditemukan

BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI JOHOR

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI JOHOR"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)

BANTUAN KERAJAAN DI NEGERI JOHOR

Kerajaan negeri Johor menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada “Bangsa Johor” dan penduduk tetap Johor. Kerajaan negeri Johor bertungkus lumus untuk memberikan perkhidmatan masyarakat negeri Johor. Pelbagai bantuan dapat disenaraikan mengikut kelas masing-masing, seperti :-

 Bantuan Pendidikan  Bantuan Zakat  Kad Sihat Johor

 Skim Takaful Warga Emas Negeri Johor (TWENJ)  Skim Perumahan

(2)

1.BANTUAN PENDIDIKAN

1. Program Dana Didik Harapan Johor

1. Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor dengan kerjasama PTPTN dan beberapa agensi berkaitan telah bekerjasama dalam melaksanakan Program Dana Didik Harapan Johor. Program ini telah dinyatakan dalam Ucapan Bajet Negeri Johor 2020. Program ini bertujuan untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan anak-anak di Negeri Johor bagi tujuan pendidikan. 2. Syarat-syarat kelayakan

a) Ibu DAN bapa adalah warganegara Malaysia, Keutamaan diberikan kepada ibu DAN bapa yang lahir di Negeri Johor

b) Bayi yang dilahirkan di Negeri Johor mulai 01hb Januari 2020

c) Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM 7,000 sebulan. Pendapatan merujuk kepada semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan, perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun, sewa dan lain-lain. Nota:Ibu DAN bapa merujuk kepada ibu DAN bapa yang dinyatakan dalam Sijil Kelahiran yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

3. Senarai Semak

Dokumen yang perlu dilampirkan adalah seperti berikut:

4. Tempoh permohonan adalah dalam masa tiga puluh (30) hari dari tarikh lahir bayi. Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke salah satu daripada 29 lokasi di Negeri Johor sebagaimana senarai di perenggan 7 (muka surat belakang).

(3)

5. Dalam masa tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan borang/dokumen yang lengkap diterima, PTPTN akan memberikan resit pembukaan akaun SSPN-i bernilai RM100.00 (Ringgit Malaysia Satu Ratus) kepada pemohon yang berjaya melalui pos.

6. Borang permohonan boleh didapati di semua wad-wad bersalin hospital utama kerajaan di Johor, Yayasan Pelajaran Johor, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Negeri Johor dan semua cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor mulai 1 Januari 2020.

7. Permohonan boleh dihantar ke :

7.1 Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor 7.2 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Batu Pahat 7.3 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Pontian 7.4 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Muar 7.5 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kota Tinggi 7.6 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Tangkak 7.7 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kulai 7.8 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Segamat 7.9 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kluang 7.10 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Mersing

7.11 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Simpang Rengam 7.12 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Rengit

7.13 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Yong Peng 7.14 Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kecil Labis 7.15 Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pasir Gudang 7.16 Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Bandar Penawar 7.17 Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pagoh

(4)

7.18 Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Johor 7.19 Jabatan Pendaftaran Negara RTC Kulai

7.20 Pejabat Yayasan Pelajaran Johor di Larkin, Johor Bahru

7.21 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor 7.22 Pejabat PTPTN Cawangan UTC Johor

7.23 Pejabat PTPTN Cawangan Pasir Gudang 7.24 Pejabat PTPTN Cawangan kluang 7.25 Pejabat PTPTN Cawangan Batu Pahat 7.26 Pejabat PTPTN Cawangan Muar

7.27 Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Kota Tinggi) 7.28 Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Mersing) 7.29 Pejabat PTPTN Mobile (Daerah Segamat)

8. Terdapat 3 Langkah permohonan bagi Dana Didik Harapan seperti berikut :-

CARA MEMOHON

Jika anda memenuhi semua kelayakan di atas, anda boleh melayari dan mendaftar di

(5)

2. Biasiswa Kenangan Dato’ Onn

Info : Biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah menengah di Negeri Johor. Di antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

 Pemohon dilahirkan di Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap tidak kurang lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor

 Mendapat sekurang-kurangnya 3A UPSR atau 60% bagi murid di Sekolah Menengah  Pendapatan ibu dan bapa @ Penjaga RM 3,000.00 dan ke bawah

 Tiada menerima penajaan dari mana-mana agensi

Permohonan Biasiswa Dato’ Onn Negeri Johor adalah secara on-line di laman

web ypj.gov.my dan menghantarkan slip permohonan ke Yayasan Pelajaran Johor dengan menyertakan salinan dokumen sokongan seperti berikut:

** (Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya)

•Salinan Kad Pengenalan / MyKad Pemohon; •Salinan Sijil Kelahiran;

•Salinan Kad Pengenalan / MyKad Ibu dan bapa atau Penjaga; •Salinan Sijil Berhenti dan Akuan Persekolahan;

•Salinan Keputusan Peperiksaan terkini;

•Salinan Slip Gaji / Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa atau Penjaga;

•Dokumen lain yang berkaitan (cth: sijil mewakili Sekolah, Daerah, Negeri dan Negara) * Pihak YPJ akan bekerjasama dengan (PTPTN) melalui akaun tabung pendidikan SSPN-i

Kadar sumbangan adalah seperti berikut : i. Tingkatan 1 – Tingkatan 5 = RM 600 ii. Tingkatan 6 dan STAM – RM 1,000 Bermula : 1984

Penglibatan : Keluarga Berpendapatan Rendah

Penerima Manfaat : Pelajar-pelajar cemerlang sekolah menengah di Negeri Johor Dana Daripada : YPJ

CARA MEMOHON

Jika anda memenuhi semua kelayakan di atas, anda boleh melayari dan mendaftar di

(6)

3. Insentif Harapan Siswa (IHS)

Insentif bagi pelajar yang berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam kalangan keluarga B40 sebanyak RM1 ribu bagi ijazah sarjana muda dan RM500 bagi diploma. Ia melibatkan

peruntukkan sebanyak RM2 juta dengan manfaat disasarkan kepada seramai 2 ribu orang pelajar. SYARAT AM PERMOHONAN

1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor

2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)

3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi 4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;

5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas; 6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh

pengajian;

7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.

8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ

DOKUMEN WAJIB

1. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA

2. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar) 3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar

4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga

5. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)

6. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)

7. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon

melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

CARA MEMOHON

Jika anda memenuhi semua kelayakan di atas, anda boleh melayari dan mendaftar di

(7)

4. Pinjaman Pelajaran Dalam Negeri

SYARAT AM PERMOHONAN

1. Lahir dan menetap di Johor;

2. Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;

3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan; 4. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1)

tahun;

5. Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa); 6. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;

7. Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan);

8. PENTING : Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

JENIS IPT DITAJA Jenis IPTA

1. Semua IPTA Jenis IPTS

1. Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ) 2. Kolej Kemahiran Johor (KKJ)

3. Marsah

4. UNITAR International University 5. Universiti Kuala Lumpur

6. Universiti Multimedia (MMU) 7. Universiti SEGi

8. Universiti Selangor (UNISEL) 9. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) 10. Universiti / Kolej Sunway

11. Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing 12. Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) 13. Universiti Tenaga Nasional

(8)

14. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) 15. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

DOKUMEN WAJIB

1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar

2. Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga 3. Salinan Surat Tawaran IPT

4. Salinan Sijil SPM 5. Salinan Sijil Kelahiran 6. Sijil Berhenti Sekolah

7. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)

8. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon

melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

CARA MEMOHON

Jika anda memenuhi semua kelayakan di atas, anda boleh melayari dan mendaftar di

(9)

5. Pinjaman Pelajaran Luar Negara

Syarat permohonan

1. Warga Negeri Johor DAN menetap di Negeri Johor ; 2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;

3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;

4. Pemohon MESTILAH sedang mengikuti pengajian di tahun kedua (2) dan ke atas (tidak termasuk tahun persediaan/asasi)

5. Gaji ibu DAN bapa/penjaga/pemohon mestilah tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan DAN tanggungan lebih 3 orang;

Syarat khusus akademik

1. Keputusan peperiksaan (cumulative) terkini pemohon mestilah 80% dan ke atas;

Nama negara yang ditaja 1. Mesir

2. Jordan 3. Indonesia

Taraf pengajian yang ditaja

1. Ijazah Pertama (Bachelor Degree)

Jenis kursus yang ditaja 1. Perubatan

2. Pengajian Islam

DOKUMEN WAJIB

1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar

2. Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga 3. Salinan Surat Tawaran IPT

4. Salinan Sijil SPM 5. Salinan Sijil Kelahiran 6. Sijil Berhenti Sekolah

(10)

7. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)

8. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon

melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

CARA MEMOHON

Jika anda memenuhi semua kelayakan di atas, anda boleh melayari dan mendaftar di

(11)

6. Tabung Latihan Kemahiran Johor

Syarat Permohonan

1. Bermaustautin tetap dinegeri Johor tidak kurang dari 5 tahun (Keutamaan adalah pada pelajar yang lahir di negeri Johor)

2. Mengikuti kursus kemahiran di Institusi – Institusi dalam Negeri Johor sahaja

3. Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (cth : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off) / pembiayaan sendiri (pelajar Kolej kemahiran YPJ sahaja)

4. Jenis Pensijilan:

 Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)

 Dan lain-lain persijilan yang diiktiraf

5. Keutamaan kelayakan untuk mendapat bantuan adalah seperti berikut :

 Belia keciciran dan tamat tingkatan 3 / lepasan Sijil Pelajaran Malaysia

 Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan

 Pelajar yang sedang/pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multiskill) bukti di dalam industri mestilah disertakan bersama (cth : sokongan majikan)

6. Bidang latihan yang ditaja adalah bidang yang menjadi tumpuan penjanaan ekonomi negeri Johor dan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti berikut :

 Hospitaliti dan Pelancongan

 Minyak & Gas

 Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor

Kadar Bantuan

Contoh kiraan 1 :

Nama : Ahmad Bin Ali

Institusi Kemahiran : Kolej Kemahiran Johor

Penaja : PTPK / YPJ

1. Hutang keseluruhan pinjaman dengan PTPK : RM 15,000 2. Bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor : RM 2,000

3. Jumlah bayaran balik : Dari keseluruhan hutang pinjaman bersama pihak PTPK, sebanyak RM 2,000 akan ditolak bagi mengurangkan jumlah bayaran balik pelajar.

4. Nota : pengiraan sebenar jumlah keseluruhan bayaran balik hendaklah dirujuk kepada badan penaja masing-masing.

(12)

Contoh kiraan 2 :

Nama : Ahmad Bin Ali

Institusi Kemahiran : Kolej Kemahiran Johor

Penaja : Tiada Penaja – berhutang dengan Kolej

1. Tunggakan/ baki hutang dengan kolej : RM 15,000 2. Bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor : RM 2,000

3. Jumlah bayaran balik : Dari keseluruhan hutang pinjaman bersama pihak kolej, sebanyak RM 2,000 akan ditolak bagi mengurangkan jumlah bayaran balik/tunggakan pelajar.

4. Nota : pengiraan sebenar jumlah keseluruhan bayaran balik hendaklah dirujuk kepada pihak kolej.

CARA MEMOHON

Jika anda memenuhi semua kelayakan di atas, anda boleh melayari dan mendaftar di

(13)

7. Biasiswa Sukan Atlet Johor (BSAJ)

Syarat am permohonan

1. Lahir DAN menetap di Negeri Johor ;

2. Terbuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian Diploma & Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja;

3. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh memohon;

4. Telah mendapat surat tawaran kemasukan / sedang mengikuti pengajian

5. Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Malaysian Qualification Agency (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.

6. Keutamaan adalah kepada pelajar yang masih belum mempunyai tajaan (sekiranya pelajar telah mempunyai tajaan maka, pelajar hanya boleh menerima satu tajaan dalam satu masa yang sama)

7. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’

8. Bagi pelajar yang baru mendaftar di tahun pertama, perlu Pernah menyertai kejohanan/sukan sekurang-kurangnya di peringkat negeri (tempoh penyertaan tidak kurang dari tempoh 5 tahun semasa permohonan dibuat)

9. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :

 Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada semester terkini ;

 Masih bergiat aktif sebagai atlet di dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan

 Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;

Dokumen yang diperlukan (YANG TELAH DISAHKAN) 1. Salinan Slip permohonan

2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga 3. Salinan surat tawaran pengajian

4. Salinan pengesahan oleh Pegawai Sukan dari pusat sukan IPT 5. Salinan keputusan peperiksaan terkini (jika berkaitan)

6. Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian

7. Penting ! Salinan Sijil-sijil penyertaan bagi kejohanan yang disertai (5 Tahun terkini) Nota : Saringan pelajar adalah berdasarkan skor di dalam pencapaian kecemerlangan sukan yang diceburi. Justeru itu, pemohon dinasihatkan menyertakan seberapa banyak sijil sokongan bagi membuktikan kecermerlangan pencapaian sukan bagi tempoh 5 tahun terkini.

(14)

Tempoh tajaan & Kadar Biasiswa

CARA MEMOHON

Jika anda memenuhi semua kelayakan di atas, anda boleh melayari dan mendaftar di

(15)

8. BIASISWA SULTAN IBRAHIM

Syarat am permohonan

1. Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor

2. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor

3. Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja 4. Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;

5. Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT

6. Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih 7. Pengajian adalah sepenuh masa

8. Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama

9. Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat

Syarat khusus akademik Peringkat Ijazah Sarjana

 Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara

Peringkat Doktor Falsafah

 Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 75 – 4.00 atau setara

 Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT

Dokumen yang diperlukan (YANG TELAH DISAHKAN) 1. Salinan Slip permohonan

2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga 3. Salinan surat tawaran pengajian

4. Salinan Transkrip bagi taraf pengajian sebelum

5. Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi yang sedang mengikuti pengajian sahaja) 6. Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian

Penting ! Salinan Sijil-sijil penyertaan / penghargaan

Nota : Saringan pelajar adalah berdasarkan skor di dalam pencapaian akademik bagi taraf pengajian yang sedang diikuti. Justeru itu, pemohon dinasihatkan menyertakan seberapa banyak sijil sokongan bagi mebuktikan kecermerlangan akademik di dalam bidang masing-masing.

(16)

Tempoh Tajaan

 Ijazah Sarjana : 1 hingga 2 tahun

 Doktor Falsafah (PhD) : 3 hingga 4 tahun

Kadar Biasiswa Sultan Ibrahim (BSI)

CARA MEMOHON

Jika anda memenuhi semua kelayakan di atas, anda boleh melayari dan mendaftar di

(17)

2.BANTUAN ZAKAT

Skim-skim Bantuan Asnaf

 Skim Bantuan Hari Raya

 Skim Bantuan Sara Hidup Bulanan

 Skim Bantuan Perubatan

 Skim Bantuan Perumahan

 Skim Bantuan Berdikari

 Skim Bantuan Pendaftaran IPT

 Skim Dermasiswa Pelajar

 Skim Bantuan Pakaian Sekolah

 Skim Bantuan Basikal Pelajar

 Skim Bantuan Cermin Mata Pelajar

 Skim Pembiayaan Tambang Pengajian

 Skim Bantuan Menjelaskan Hutang

 Skim Bantuan dan Kebajikan Saudara Baru

 Skim Bantuan Segera (Kecemasan)

SYARAT-SYARAT AM PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT

1. Permohonan hendaklah menggunakan BORANG PERMOHONAN BANTUAN

ZAKAT(ASAL) MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR yang boleh didapati di Ibu Pejabat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Tingkat 5, Blok `B’, Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru atau Pejabat-pejabat Agama Daerah berhampiran.

2. Pemohon mestilah anak Negeri Johor sebagaimana ta’rif mengenainya yang telah menetap tidak kurang tiga(3) tahun berturut-turut di Negeri Johor dan membayar zakat (fitrah dan harta) di dalam Negeri Johor.

3. Pemohon mestilah tidak mendapat bantuan /sumbangan/pinjaman daripada mana-mana pihak lain.

4. Hanya mereka yang berhak mengikut Hukum Syara’ dan peraturan serta syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh MAIJ sahaja yang layak memohon dan mendapat bantuan MAIJ. 5. Pemohon adalah bertanggungjawab di hadapan Allah S.W.T atas sebarang pemalsuan

maklumat dan dokumen yang diberikan. —————————–

(18)

1. Sumber kewangan yang digunakan untuk membiayai mana-mana bantuan MAIJ adalah melalui sumber wang zakat yang dipungut daripada masyarakat Islam di dalam Negeri Johor. 2. Penggunaan atau pengagihan wang zakat adalah berdasarkan keutamaan dan kepentingan

bagi setiap asnaf atau golongan yang ditetapkan di dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T. dalam surah At-Taubah, ayat 60 bermaksud:

” Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, dan orang miskin dan amil-amil yang menguruskan dan muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demlkian adalah) satu ketetapan yang datangnya dari Allah, dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”

CARA MEMOHON

Jika anda memenuhi semua kelayakan di atas, anda boleh melayari dan mendaftar di

(19)

3. KAD SIHAT JOHOR

Kad Sihat Johor merupakan satu bantuan kesihatan berbentuk kad nilai yang diberikan kepada rakyat Johor golongan B40. Kad ini mempunyai nilai RM500 yang mana ianya boleh digunakan di mana-mana hospital swasta dan hospital kerajaan.

(20)

CARA MEMOHON

Jika anda memenuhi semua kelayakan di atas, anda boleh melayari dan mendaftar di

(21)

4. SKIM TAKAFUL WARGA EMAS NEGERI JOHOR(TWENJ)

Satu daripada insentif kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat.Skim ini menawarkan manfaat berjumlah RM1,000 sebagai khairat kematian bagi orang Islam, selain jumlah yang sama turut diberikan kepada waris bukan Islam bagi menampung kos perbelanjaan

pengebumian.

CARA MENDAFTAR SKIM TAKAFUL WARGA EMAS

Pendaftaran Skim TWENJ boleh dibuat menerusi semua Pusat Khidmat Wakil Rakyat di negeri ini. Syarat Am Permohonan:

1. Borang ini diberikan secara PERCUMA.

2. Tiada Yuran Pendaftaran dikenakan untuk mendaftar sebagai Ahli Skim Takaful Warga Emas (STWE)

3. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN

3.1 Lahir dan sedang menetap di Negeri Johor; ATAU

3.2 Bermastautin di Negeri Johor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun (bagi yang bukan kelahiran Johor) ATAU

3.3 Kategori B40 Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM 3,860.00 (Keluarga) ATAU 3.4 Pemohon yang berdaftar dengan program eKasih di pejabat daerah yang berkenaan

4. Kerajaan Negeri akan menyumbang sejumlah RM1000 kepada waris Warga Emas yang meninggal dunia dan telah berdaftar.

RM1000 akan diberikan selepas menerima laporan kematian serta dokumen lengkap diserahkan dan pengesahan telah dibuat.

5. Pendaftaran adalah mengikut alamat tempat tinggal seperti tercatat dalam MyKad Pemohon. Mereka yang menetap di Negeri Johor tetapi beralamat tempat tinggal di luar Negeri Johor mesti membuat pertukaran alamat tempat tinggal di Jabatan Pendaftaran Negara bagi mengelakkan sebarang masalah.

6. Pemohon yang lahir di Negeri Johor tetapi menetap di luar Negeri Johor tidak layak untuk didaftarkan sebagai Ahli dan tidak layak menerima.

7. Waris hendaklah WARGANEGARA Malaysia dan merupakan ahli keluarga kepada pemohon. 8. Pendaftaran Ahli hanya boleh dibuat hanya sekali sahaja di mana-mana Pusat Pendaftaran

berdekatan berdasarkan alamat tempat tinggal. Borang Pendaftaran yang pertama diterima akan dikira sebagai telah disepakati/dipersetujui oleh semua ahli keluarga dan sekiranya permohonan tersebut memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, ia akan terus didaftarkan.

9. Pendaftaran keahlian selepas kematian mestilah tidak melebihi daripada satu (1) tahun dari tarikh berlakunya kematian seperti yang tercatat dalam Sijil Kematian berkaitan. Bayaran pertama

(RM1000) akan dibuat paling awal selepas 14 hari dari tarikh nama peserta berjaya didaftarkan ke dalam sistem e-Mesra.

(22)

10. Setiap borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan MyKad Pemohon, Mykad waris pemohon dan Kad OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika OKU). Setiap salinan dokumen

hendaklah dicop/disahkan untuk kegunaan Skim Takaful Warga Emas sahaja oleh Pusat Pendaftaran (Pusat Khidmat Masyarakat, Pejabat Daerah/Tanah, Pihak Berkuasa Tempatan dan Insist Amilat Sdn. Bhd.) bagi mengelakkan penyalahgunaan.

11. Bagi OKU yang lahir di Negeri Johor, tiada had umur ditetapkan. Bagi OKU kelahiran di luar Negeri Johor mestilah menetap di Negeri Johor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun.

12. Pusat Pendaftaran hendaklah menyimpan 1 salinan borang untuk rekod, 1 salinan diserahkan kepada pemohon dan salinan asal diserahkan kepada IASB bersama dokumen berkaitan yang telah disahkan.

13. Semasa membuat tuntutan, waris hendaklah membawa MyKad Simati/Cabutan Kad Pengenalan Simati, Sijil Kematian Asal serta salinannya, Permit Mengubur dan MyKad waris.

(23)

5. SKIM PERUMAHAN

a) SKIM PERUMAHAN PRIHATIN JOHOR

Skim ini menyasarkan golongan terbawah dari kumpulan B40, berpendapatan isi rumah RM2,500 dan kebawah akan ditawarkan Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) Jenis A yang berharga RM42,000 melalui kaedah Sewa-Beli.

Pemohon tidak perlu membuat pinjaman perumahan daripada pihak bank, sebaliknya hanya perlu membayar ansuran bulanan kepada agensi yang akan dilantik oleh pihak kerajaan bagi mengendalikan skim ini sehingga harga rumah tersebut dijelaskan.

Antara syarat-syarat permohonan bagi skim ini adalah warganegara Malaysia, berumur 21 tahun ke atas dan menetap melebihi 10 tahun di Johor, merupakan hartanah pertama, tidak bankrap, bujang atau berkahwin serta wajib mengikuti program pendidikan kewangan yang dikendalikan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

b)SKIM PERUMAH BELIA JOHOR

Menerusi skim tersebut – mereka yang berkelayakan akan ditawar menyewa satu unit rumah transit, dan pada masa sama ditawar untuk membeli Rumah Mampu Biaya Johor (RMBJ) – dalam usaha membantu pasangan muda memiliki kediaman sendiri selepas berkahwin.

“Kita akan membuat suatu kajian, dan pada umumnya (perkara yang dibangkitkan responden) dalam kajian yang diperolehi dari Kementerian Belia adalah berkenaan (kadar) sewaan yang berpatutan kepada golongan belia, bukannya saiz rumah.

“Jadi kemungkinannya kita akan membina semula rumah pangsa berstrata (yang dilengkapi) dua bilik, khusus untuk golongan belia yang baharu mendirikan rumah tangga sebagai rumah transit dengan kadar sewa yang rendah sebelum mereka membeli kediaman sendiri.

“Kerajaan juga akan menetapkan tempoh sewaan, mungkin selama 5 tahun maksimum bagi

membantu golongan ini mengumpul wang bagi unit RMBJ yang ditawarkan kepada mereka dibawah kuota belia,” katanya kepada Johorkini ketika ditemui baru-baru ini.

c) RUMAH MESRA RAKYAT JOHOR

SUBSIDI PEMBINAAN RUMAH MESRA RAKYAT JOHOR DI ATAS TANAH SENDIRI Kerajaan Negeri akan meneruskan inisiatif pemberian subsidi pembinaan rumah atas tanah sendiri. Kerajaan Negeri akan memberi subsidi pembinaan rumah ini berdasarkan skala berikut:

1)Subsidi RM10,000 kepada rumah berharga RM64,000

2)Subsidi RM12,500 kepada rumah berharga RM72,500

3) Subsidi RM15,000 kepada rumah berharga RM85,000.

(24)

Untuk makluman Tuan/Puan borang yang telah lengkap di isi beserta dokumen yang diperlukan boleh dihantar secara serahan tangan atau melalui perkhidmatan Pos ke pejabat kami yang beralamat : G-07&08, BLOK 4, DANGA BAY,

JALAN SKUDAI, 80200 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM.

Nota: Harap maklum bahawa permohonan untuk RMRJ boleh dibuat secara terus kepada KPRJ tanpa dikenakan sebarang bayaran atau melalui pihak ketiga.

d) PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DAN RUMAH SEWA KERAJAAN (RSK) Kerajaan negeri mencadangkan PEMBERIAN DISKAUN PENGURANGAN sebanyak 20% bagi tunggakan melibatkan rumah sewa Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) di seluruh Negeri Johor. Inisiatif ini diambil bagi meringankan beban hutang yang tertunggak dalam kalangan para penyewa berdasarkan 23 kriteria yang ditetapkan. Hanya mereka yang layak sahaja akan mendapat pemberian diskaun ini.

e) BAUCAR RM1 RIBU KEPADA PEMBELI RMMJ

Kerajaan sedar dan peka terdapat kos yang terpaksa ditanggung oleh pembeli Rumah Mampu Milik Johor. Secara purata setiap pembeli yang membeli rumah kos rendah terpaksa mengeluarkan kos sebanyak RM 2 ribu bagi pembayaran kos-kos seperti fi Perjanjian Jual Beli, Duti Setem, deposit air dan elektrik serta lain-lain.

Oleh yang demikian Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk memberikan baucar RM 1 ribu kepada pembeli bagi membantu mereka meringankan beban di dalam pembelian rumah. Baucar ini akan diberi semasa pembeli mengambil kunci rumah yang sedia diduduki bermula 1 Januari 2015. Baucar tersebut boleh dituntut daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (Bahagian Perumahan).

(25)

Soalan Lazim

Soalan Lazim Zakat

S- Soalan J- Jawapan

S- Adakah seseorang perlu mengeluarkan zakat wang simpanannya di bank sekiranya bank tersebut telah mengeluarkan zakat atas perniagaannya?

J- Sekiranya bank mengeluarkan zakat ke atas perniagaanya maka penyimpan perlu mengeluarkan zakat simpanannya sendiri. Ini kerana bank tidak mengeluarkan zakat simpanan pendepositnya tetapi perniagaannya sahaja. Sekiranya bank memaklumkan pengeluaran zakat adalah atas deposit

penyimpan maka pendiposit tidak perlu lagi mengeluarkan zakatnya.

S- Adakah wang simpanan di kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) wajib dikeluarkan zakat oleh pemiliknya?

J- Wang yang terdapat di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja tidak wajib zakat ke atasnya sehinggalah dikeluarkan oleh pemiliknya dan disimpan selama setahun (genap haul dan cukup nisab). Sekiranya dalam tempoh haul telah habis digunakan maka tidak wajib zakat.

S- Adakah hutang itu mengugurkan kewajiban berzakat atau mengurangkan wang simpanan daripada nisab?

J- Hutang ada 2 jenis iaitu hutang sekarang (perlu dijelaskan kerana dituntut) dan hutang yang tertangguh.

Hutang sekarang

Hutang jenis ini boleh mengurangkan jumlah nisab dan menggugurkan kewajiban berzakat.

Contohnya Ahmad mempunyai wang simpanan sebanyak RM5,000.00 dan pernah berhutang daripada Ali sebanyak RM2,500.00. Ahmad tidak wajib mengeluarkan zakat simpanannya kerana setelah ditolak hutangnya baki simpananya ialah RM2,500.00 tidak mencukupi kadar nisab (diandaikan kadar nisab RM3,000.00)

Hutang bertangguh

Hutang bertangguh tidak menggugurkan kewajiban berzakat dalam tempoh waktunya (setelah cukup nisab dan haul). Contohnya Mohamad mempunyai simpanan sebanyak RM10,000.00 dan dalam masa yang sama ada membuat pinjaman perumahan daripada bank sebanyak RM50,000.00 dengan bayaran balik RM 400.00 sebulan

Hutang ini tidak mengurangkan jumlah simpanan yang ada. hutang tersebut dikira hutang akan datang dan tidak kira sebagai tangunggan semasa. Penolakan hanya boleh di buat atas bayaran bulanan bagi bulan terakhir dalam tempoh haul.

(26)

S- Adakah seorang pemiutang perlu mengeluarkan zakat atas wangnya yang dipinjam oleh orang lain? J- Wang yang dipinjam dan berada di tangan orang lain wajib dizakatkan sekiranya telah sempurna syaratnya. Jika zakatnya tidak dikeluarkan pada tahun tersebut maka wajib di qada’ pada tahun hadapan.

S- Adakah pemegang / pemilik saham dalam sesebuah syarikat perlu mengeluarkan zakat sahamnya secara persendirian?

J- Pemegang atau pemilik saham dalam sesebuah syarikat tidak perlu mengeluarkan zakat sahamnya sekiranya syarikat tersebut telah mengeluarkan zakat perniagaan bagi pihak pemegang sahamnya. Sekiranya syarikat tidak mengeluarkan zakat perniagaanya maka individu yang memiliki saham syarikat tersebut wajib membayar zakat saham secara persendirian.

S- Bagaimanakah caranya bagi sesebuah syarikat yang mempunyai pemegang saham yang terdiri dari pelbagai agama untuk mengeluarkan zakat perniagaanya?

J- Pihak syarikat perlu mengasingkan saham-saham yang dimiliki oleh orang Islam dan bukan Islam dan hanya saham yang dimiliki oleh pemilik Islam sahaja yang dikeluarkan zakat (setelah cukup syaratnya).

S- Adakah barang kemas (emas) yang bercampur dengan logam lain wajib dikeluarkan zakatnya? Bagaimana?

J- Barang kemas yang bercampur (emas dan logam lain) wajib dikeluarkan zakatnya jika sempurna syaratnya. Pemilik ketika membeli hendaklah bertanya kepada penjual nisbah emas yang terdapat dalam barang kemas tersebut bagi menentukan kadarnya.

S- Adakah barangan kemas yang dimiliki oleh anak kecil diwajibkan zakat sedangkan ia dihadiahkan oleh ibunya? Sekiranya wajib adakah ianya dizakatkan secara berasingan daripada barang kemas ibunya?

J- Anak kecil yang mempunyai barang kemas wajib dikeluarkan zakatnya oleh walinya jika cukup syaratnya. Zakat barang kemasnya dikeluarkan secara berasingan dengan barang kemas milik ibunya (nisab dan kadar keluar) kerana milik orang yang berasingan.

(27)

Bantuan Pendidikan

1.Bagaimana cara untuk memohon pinjaman Yayasan Pelajaran Johor?

Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPT, boleh membuat

permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan)

dengan langkah berikut:-

LANGKAH 1: Isi permohonan secara online di www.ypj.gov.my/

LANGKAH 2: Mencetak slip permohonan

LANGKAH 3: Hantar slip permohonan & dokumen sokongan yang diperlukan

LANGKAH 4: Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam

tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan)

LANGKAH 5: Permohon yang berjaya akan menerima surat tawaran dan satu (1) set

dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon

LANGKAH 6: Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel

diterima

2.Apakah syarat-syarat permohonan pinjaman Yayasan Pelajaran Johor?

a) Lahir dan menetap di Johor

b) Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan

pendidikan

c) Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi

Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan

dikemukakan.

d) Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1)

tahun;

e) Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa)

f) Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’

g) Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar

semasa & kelulusan)

h) PENTING : keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah

pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling

minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima

walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan

(28)

3.Apakah dokumen-dokumen yang perlu dilampirkan bersama borang permohonan?

a) Slip permohonan

b) Salinan kad pengenalan pemohon & ibubapa/penjaga

c) Salinan sijil kelahiran

d) Salinan surat tawaran ke IPT

e) Salinan sijil SPM & sijil berhenti Sekolah

f) Slip gaji/ pengesahan pendapatan ibu DAN bapa / penjaga.

g) Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri

rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon

melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan

h) Salinan sijil kematian/penceraian (jika berkaitan)

4.Adakah YPJ akan membiayai pelajar yang akan menuntut di university luar negara?

YPJ hanya menaja pelajar-pelajar yang dapat melanjutkan pelajaran ke Indonesia, Mesir dan

Jordan dalam jurusan Perubatan dan Pengajian Islam sahaja dan Permohonan tersebut adalah

kelulusan YAB Menteri Besar Johor sahaja

5.Bagaimanakah wang pinjaman pendidikan dikeluarkan kepada pelajar?

Wang pinjaman pendidikan dibayar melalui beberapa cara sepertimana di bawah:-

1.bayar terus melalui Bendahari di institusi-institusi;

2.bayar melalui akaun bank pelajar masing-masing (Institusi-institusi tertentu) ;

Pembayaran pertama hanya akan dibayar selepas Surat Perjanjian pinjaman yang lengkap

dikembalikan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh dikeluarkan manakala baki pinjaman

dibayar dua kali setahun.

SOALAN LAZIM LAIN-LAIN DI:

http://portal.ypj.gov.my/soalan-lazim/

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga berdasarkan uraian di atas tentang prestasi belajar dan pengertian matematika maka yang dimaksud prestasi belajar matematika adalah hasil yang telah dicapai

Informan kunci berguna untuk memperoleh informasi yang lebih mendalam yang tidak diketahui oleh orang lain maupun untuk memperoleh perspektif yang tepat mengenai

Seperti yang telah diketahui, kegiatan-kegiatan dasar yang perlu dilakukan dalam membuat suatu neural network adalah menghitung weight/bobot untuk menghasilkan output

Laporan Kinerja Instansi Pemerintah (LKIP) merupakan salah satu upaya yang dilakukan pemerintah untuk mendorong tata kelola pemerintahan yang baik, dimana instansi

Skripsi Angkatan 68 Teknik Asritektur FTPD Universitas Mercu Buana NASRUDIN 41208010027 35 Staf Akademik Datang Parkir R.. Luar Gedung Pulang Jalur Pejalan Taman

Hal ini dilakukan dengan (1) penguatan strategi besar islamisasi diri, internalisasi nilai-nilai organisasi, dan integrasi ilmu pengetahuan dan Islam; (2) pengembangan

Selanjutnya hasil uji dengan chi square pada tingkat kemaknaan 95% diperoleh taraf signifikansi atau nilai p sebesar 0.883 yakni lebih besar dibandingkan α 0.05,

Berdasarkan perkembangan invetasi, pengeluaran pemerintah, net ekspor, pendapatan disposibel, konsumsi periode sebelumnya dan suku bunga dapat dilihat bagaimana