• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konflik pengambilan tanah Orang Asli : kajian kes di Johor dan Selangor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Konflik pengambilan tanah Orang Asli : kajian kes di Johor dan Selangor"

Copied!
45
0
0

Teks penuh

(1)

SELANGOR

ZAINAL ZULHILMI ZAINAL ABIDIN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Teknologi

Fakulti Pengurusan Teknologi & Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(2)

ABSTRAK

Orang Asli merupakan golongan minoriti yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Sistem Torrens yang diamalkan oleh Malaysia melalui Kanun Tanah Negara 1965 hanya memberi kepentingan terhadap tanah yang didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Tanah, manakala tanah saka Orang Asli yang diwarisi dari generasi ke generasi tidak termasuk dalam sistem pendaftaran. Objektif kajian ini adalah (1) Mengenalpasti konflik yang berlaku akibat daripada pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat, (2) Menganalisis kesan pengambilan tanah terhadap masyarakat Orang Asli yang terlibat dan (3) Menjelaskan usaha penyelesaian konflik pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat. Bagi mencapai objektif kajian ini, kaedah kualitatif telah digunakan melalui kaedah temubual semi struktur. Temubual ini telah dijalankan ke atas lima belas responden utama daripada pihak berkepentingan iaitu enam orang Tok Batin dan Penolong Batin bagi setiap kampung yang terlibat, dua pegawai daripada pejabat tanah Negeri Johor dan Selangor, tiga pegawai daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli , seorang pegawai daripada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM), seorang wakil badan bukan kerajaan iaitu Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia , dan seorang ahli akademik. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat konflik di antara masyarakat Orang Asli, konflik di antara Orang Asli dan Pihak Berkuasa serta konflik di antara agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan. Kesan pengambilan tanah dapat dilihat melalui kesan terhadap sosiobudaya, persekitaran dan ekonomi masyarakat Orang Asli yang terlibat. Kaedah penyelesaian bagi pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat adalah melalui rundingan, bayaran pampasan, menggunakan saluran mahkamah, Dasar Pemberi Milikan Tanah Orang Asli oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Inkuiri Nasional oleh Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Malaysia.

(3)

ABSTRACT

In Peninsular Malaysia, Indigenous people are minority ethnic. Torrens system that has been practiced by Malaysia government through the National Land Code 1965 is only gives priority to the land registered at Land Registry, while the land of indigenous peoples that inherited from generation before is not included in the land registration system. The objectives of this study were (1) Identify the conflict of involved Aboriginal land acquisition, (2) analyze the impact of land acquisition to indigenous communities and (3) describe the efforts taken to settle the conflict of indigenous people land acquisition. Qualitative methods were used through semi-structured interviews to achieve the objectives of this study. The interviews were conducted on fifteen major respondents from stakeholders such as six Tok Batin (leader) and assistant of Tok Batin for each village, two officials from the land office of Johor and Selangor state, three officers from Department of Orang Asli, an officer from the Commission of Rights Foundation of Malaysia (SUHAKAM), a representative of non-governmental organizations, namely the Association of Orang Asli of Peninsular Malaysia, and an academician. The findings indicate that there is a conflict among the indigenous peoples, conflict between Aboriginal and Authorities as well as the conflict between state and federal government agencies. The impact of land acquisition can be seen through the change of indigenous socio-cultural, environmental and economic. The solution for indigenous land acquisition is through consultation, compensation, using the channel of court, Land Tenure Policy of the Orang Asli by the Department of Orang Asli and national inquiry by the Human Rights Commission of Malaysia.

(4)

KANDUNGAN TAJUK i PENGAKUAN ii PENGHARGAAN iii ABSTRAK iv ABSTRACT v KANDUNGAN vi SENARAI JADUAL xiii SENARAI RAJAH xv

SENARAI FOTO xvii

SENARAI SINGKATAN xviii

SENARAI LAMPIRAN xix BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 2

1.3 Permasalahan Kajian 3 1.4 Persoalan Kajian 4 1.5 Objektif Kajian 5 1.6 Skop Kajian 5 1.7 Kepentingan Kajian 6 1.8 Organisasi Tesis 7

(5)

2.2 Pengenalan kepada Orang Asli dan Tanah 9

2.3 Pengurusan Tanah dan Orang Asli 10

2.4 Undang-Undang Yang Berkaitan Pengurusan Tanah & Orang Asli Di Malaysia 13

2.4.1 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 14

2.4.2 Kanun Tanah Negara (KTN) 15

2.4.3 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960) 16

2.4.4 Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) 18

2.4.5 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta76) 18

2.4.6 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Hak Orang Asli (UNDRIP) 19 2.5 Defenisi Kajian 20 2.5.1 Orang Asli 21 2.5.2 Sistem Torrens 23 2.5.3 Kawasan Saka 24 2.6 Teori Berkaitan 26 2.6.1 Teori Konflik 26 2.7 Kerangka Teori 29

2.8 Isu dan Permasalahan 29

2.8.1 Kurang Hak Pemilikan Tanah bagi Orang Asli 29

(6)

2.8.3 Konflik tanah di antara Orang Asli dan Pihak Berkuasa Negeri. 35

2.9 Kesan Konflik Pengambilan Tanah Orang Asli 37

2.9.1 Perubahan Persekitaran Fizikal 37

2.9.2 Perubahan Sosioekonomi 38

2.9.3 Perubahan Sosiobudaya 39

2.10 Kaedah Penyelesaian Konflik Pengambilan Tanah Orang Asli 40

2.10.1 Dasar Pemberimilikan & Pembangunan Tanah Orang Asli (DPPTOA) 40

2.10.2 Inkuiri Nasional 43

2.10.3 Penganugerahan Geran Komunal 46

2.10.4 Penggubalan Semula Undang-Undang 47

2.11 Kesamarataan Hak Orang Asli di Semenanjung Malaysia 49

2.12 Kesimpulan 50

BAB 3 KAEDAH DAN KAWASAN KAJIAN 3.1 Pengenalan 51 3.2 Rekabentuk Kajian 51 3.3 Kaedah Kajian 53 3.3.1 Kajian Perpustakaan 54 3.3.2 Kaedah Temubual 55 3.3.3 Kajian Kes 56 3.4 Instrumen Kajian 56

3.4.1 Borang temubual semi struktur 56

3.4.2 Alat Bantu Kajian 57

(7)

3.8 Etika dalam Kajian 60

3.9 Kawasan kajian 60

3.9.1 Justifikasi Kawasan Kajian 64

3.10 Kesimpulan 65

BAB 4 KONFLIK PENGAMBILAN TANAH ORANG ASLI 4.1 Pengenalan 66

4.2 Analisis Data 66

4.2.1 Latar Belakang Responden Masyarakat Orang Asli 67

4.2.2 Analisis dan Dapatan Temubual masyarakat Orang Asli 68

4.2.2.1 Pemilikan Tanah Orang Asli 68

4.2.2.2 Pemahaman mengenai Undang-Undang 70

4.2.2.3 Penggubalan Semula Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 72

4.2.2.4 Pemahaman mengenai Hak Asasi di Malaysia 75

4.3 Latar Belakang Responden Pihak Berkepentingan 76

4.3.1 Analisis dan Dapatan Temubual Pihak Berkepentingan 78

4.3.1.1 Pemilikan Tanah Orang Asli 78

4.3.1.2 Pemahaman mengenai Undang-Undang 82

4.3.1.3 Penggubalan Semula Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 85

4.3.1.4 Pemahaman mengenai Hak Asasi di Malaysia 87

(8)

4.5 Kesimpulan 98

BAB 5 KESAN PENGAMBILAN TANAH TERHADAP MASYARAKAT ORANG ASLI 5.1 Pengenalan 99

5.2 Kesan Pengambilan Tanah Terhadap Orang AslI 99

5.2.1 Kesan Sosio Budaya 99

5.2.2 Kesan terhadap Persekitaran Orang Asli 1105 5.2.3 Kesan Ekonomi 110

5.3 Perbincangan 113

5.4 Kesimpulan 116

BAB 6 KAEDAH PENYELESAIAN KONFLIK PENGAMBILAN TANAH ORANG ASLI 6.1 Pengenalan 117

6.2 Hasil Kajian 117

6.2.1 Kajian Kes 1 : Desa Temuan 118

6.2.2 Kajian Kes 2: Kg Bukit Tampoi, Dengkil 121

6.2.3 Kajian Kes 3 : Kg Peta, Johor 123

6.4 Cadangan Penyelesaian Masalah Berkaitan Tanah saka di antara Penduduk Kg Peta danTaman Negara Johor 124

6.5 Cadangan Penyelesaian Masalah Pengambilan Tanah Orang Asli di Malaysia 125

6.5.1 Penggubalan Semula Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 1974 125

6.5.2 Penganugerahan Geran Komunal 127

(9)

7.1 Pengenalan 135

7.2 Objektif 1: Memahami Bentuk Konflik Pengambilan Tanah Orang Asli 135

7.3 Objektif 2: Kesan Pengambilan Tanah Terhadap Masyarakat Orang Asli Yang Terlibat. 138

7.4 Objektif 3: Mengkaji Kaedah Penyelesaian Pengambilan Tanah Orang Asli yang Terlibat. 139

7.5 Teori Konflik dan Pengambilan Tanah Orang Asli 141

7.6 Limitasi Kajian 141

7.7 Cadangan Kajian Lanjutan 142

7.7 Signifikan Kajian 142

7.8 Kesimpulan 144

RUJUKAN 145

(10)

SENARAI JADUAL

2.1 Gambaran Mengenai Hak Milik Orang Asli

Mengikut Undang-Undang Negara 11

2.2 Orang Asli dan Sub-golongannya 21

2.3 Hasil Dapatan Inkuiri Nasional 45

4.1 Kod Bagi Responden Temubual Masyarakat Orang Asli 67

4.2 Pandangan Orang Asli Mengenai Pemilikan Tanah 69

4.3 Pandangan Undang-Undang oleh Masyarakat Orang Asli 71

4.4 Kod Responden Pihak Berkepentingan 71

4.5 Pemahaman Pemilikan Tanah Orang Asli Oleh Pihak

Berkepentingan 79

4.6 Pemahaman Undang-Undang Oleh Pihak Berkepentingan 83 4.7 Tema Utama Yang Perlu Digubal Di Dalam Akta Orang Asli 1954 85

4.8 Jumlah Keluasan Tanah Orang Asli Pada Tahun 2008 90

4.9 Jumlah Keluasan Tanah Orang Asli Pada Tahun 2012 91

5.1 Fungsi dan Nilai Tanah 114

(11)

SENARAI RAJAH

2.1 Kitaran Konflik 28

2.2 Tahap Kitaran Konflik 28

2.3 Kerangka Teori Kajian Mengikut Teori Konflik 30

3.1 Carta Alir Penyelidikan 52

3.2 Peta kawasan Kg Bukit TampoI 61

3.3 Peta kawasan Desa Temuan 62

3.4 Peta Kawasan Desa Riang 63

3.5 Peta Kawasan Kg Peta 64

4.1 Analisa Tema Pemilikan Tanah Orang Asli Menurut

Pandangan Orang Asli 68

4.2 Analisa Tema Pemahaman Undang-Undang Menurut

Pandangan Orang Asli 71

4.3 Analisa Tema Pemahaman Hak Asasi Di Malaysia Menurut

Pandangan Orang Asli 75

4.4 Analisa Tema Pemilikan Tanah Orang Asli Menurut

(12)

4.5 Analisa Tema Pemahaman Undang-Undang Menurut

Pandangan Pihak Berkepentingan 82

4.6 Analisa Tema Pemahaman Hak Asasi di Malaysia Menurut

Pandangan Pihak Berkepentingan 87

4.7 Kitaran Konflik 89

5.1 Analisa Tema Kesan Sosio Budaya 100

5.2 Analisa Tema Kesan Persekitaran Orang Asli 105

5.3 Analisa Tema Kesan Ekonomi Orang Asli 110

6.1 Pandangan Orang Asli Mengenai Geran Komunal 128

(13)

SENARAI FOTO

5.1 Aktiviti spiritual di kawasan keramat,

Kg Peta 101

5.2 Upacara pembersihan diri di kawasan

Pantai Burung 102

5.3 Contoh ubatan herba yang diamalkan Orang Asli. 103

5.4 Rumah kediaman jenis banglo di Desa Temuan 106

5.5 Rumah apartment Desa Temuan 106

5.6 Lebuhraya berhadapan Kg Bukit Tampoi 107

5.7 Bentuk perumahan moden di Kg Bukit Tampoi 108

5.8 Bentuk rumah tradisional di Kg Peta 109

5.9 Bentuk rumah batu di Kg Peta 109

5.10 Sumber Pendapatan di Desa Riang 111

(14)

SENARAI SINGKATAN

APT Akta Pengambilan Tanah

CRC Konvesyen Mengenai Hak Kanak-Kanak

ILO OrganisasI Buruh Antarabangsa

IMABT Izin berasaskan Maklumat Awal, Bebas dan Telus

JAKOA Jabatan Kemajuan Orang Asli

JHEOA Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

KTN Kanun Tanah Negara

PBB Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

PBN Pihak Berkuasa Negeri

POASM Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia

ST Sistem Torrens

SUHAKAM Suruhanjaya Hak Asasi Manusia

UNDRIP Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asli

(15)

SENARAI LAMPIRAN

A1 Borang Temubual Bagi

Responden Orang Asli 151

A2 Borang Temubual Bagi

Responden Pihak Berkepentingan 156

B2 Surat Kebenaran Jabatan Kemajuan Orang Asli

Untuk Menjalakan Penyelidikan 161

B3 Surat Kebenaran Jabatan Kemajuan Orang Asli Untuk

Menjalakan Penyelidikan di Kg Peta 162

B4 Surat Kebenaran Jabatan Kemajuan Orang Asli Untuk Menjalakan Penyelidikan di Desa Temuan dan

Kg Bukit Tampoi 164

(16)

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat Malaysia. Masyarakat Orang Asli mempunyai hak dan keistimewaan tersendiri seperti yang terkandung di dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Orang Asli telah dikategorikan kepada 3 suku kaum utama iaitu Melayu-Asli, Negrito dan Senoi di mana setiap suku ini dipecahkan kepada 6 suku kaum (JAKOA, 2012). Istilah Orang Asli sering digunakan bagi menggambarkan kumpulan etnik yang mempunyai ciri-ciri unik dari segi sejarah, identiti, budaya, bahasa dan agama yang tersendiri. Terdapat pelbagai definisi bagi menggambarkan keunikan dan kepentingan kaum ini di seluruh dunia oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia (SUHAKAM, 2013).

Orang Asli mempunyai hubungan yang rapat dengan tanah dan sumber semulajadi yang terdapat di sekitar kawasan mereka. Tanah dan sumber semulajadi ini bukan sahaja merupakan sumber rezeki tetapi membentuk budaya, pengetahuan tradisi dan seterusnya menjadi identiti yang unik bagi masyarakat Orang Asli di Malaysia. Pengiktirafan hak milik masyarakat Orang Asli terhadap tanah adalah penting bagi memberi peluang kepada pembangunan dan kesinambungan budaya serta pengetahuan tradisi masyarakat Orang Asli (SUHAKAM, 2013).

Tanah adalah sumber utama bagi semua hidupan yang terletak di muka bumi. Ia menyediakan tempat perlindungan, makanan dan sumber air kepada semua makhluk hidup. Peningkatan jumlah penduduk dunia telah menyebabkan tanah menjadi sumber yang terhad dan menjadi semakin berharga. Tanah juga boleh

(17)

1.2 Latar Belakang Kajian

Sejak tahun 1950, perbincangan mengenai hak asasi dan pembangunan masyarakat Orang Asli telah giat dijalankan pada peringkat antarabangsa. Ini adalah kerana pentadbiran dan pengurusan berkaitan masyarakat Orang Asli adalah berbeza mengikut setiap negara. Konvesyen 107 Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) Mengenai Orang Asli telah menggalakkan setiap pemerintah negara untuk melibatkan Orang Asli di dalam projek pembangunan negara dan telah menyediakan panduan mengenai perlindungan Orang Asli (SUHAKAM, 2013)

Konvesyen 169 Organisasi Buruh Antarabangsa bukan sahaja mengiktiraf hak Orang Asli terhadap tanah tempat tinggal mereka, malah konvesyen ini turut mengiktiraf hak Orang Asli untuk menguruskan kawasan persekitaran mereka, hak untuk menggunakan sumber semulajadi yang terdapat di kawasan mereka, mengiktiraf kedudukan undang-undang adat dan mengiktiraf perwakilan daripada masyarakat Orang Asli di dalam sebarang urusan yang berkaitan masyarakat Orang Asli (SUHAKAM, 2013).

Namun, pada tahun 1970, Orang Asli dilihat mencabar semula dasar ini dan membuat tuntutan bahawa kehidupan mereka tidak terletak di tangan pemerintah tetapi adalah berdasarkan kepada pilihan mereka. Mereka menuntut hak mereka untuk mendapatkan kebebasan politik, sosial, budaya dan juga ekonomi. Kini, Orang Asli telah mendapat sokongan daripada organisasi bukan kerajaan (NGO) dan komuniti antarabangsa yang telah mengiktiraf Orang Asli sebagai pemilik yang sah bagi tanah, kawasan dan sumber yang berada di persekitaran mereka sehingga diwujudkan panduan di peringkat antarabangsa bagi melindungi kepentingan dan memberi pengiktirafan kepada Orang Asli (Colchester, et al., 2001).

Pengambilan tanah Orang Asli di Malaysia sering berlaku akibat daripada pembangunan yang dijalankan di kawasan mereka melalui aktiviti pembalakan dan perladangan, kuari, perlombongan dan juga pembinaan kawasan perumahan (SUHAKAM, 2013). Selain itu, pengambilan tanah di kawasan Orang Asli juga

(18)

berlaku untuk kegunaan umum seperti yang termaktub di dalam Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan tujuan untuk pembinaan lebuhraya, kawasan tadahan air, pewartaan sebagai kawasan rizab hutan, kawasan taman Negara dan kawasan taman Negeri menjadi punca kepada berlakunya konflik di antara Orang Asli dan juga Pihak Berkuasa Negeri (SUHAKAM, 2013).

Proses transformasi yang melanda kawasan perkampungan Orang Asli seringkali dijadikan isu perdebatan dalam usaha ke arah mencapai kesejahteraan masyarakat ini. Hal ini kerana proses tersebut mampu memberi impak positif dan juga negatif kepada Orang Asli termasuklah dari aspek sosio ekonomi mereka. Aspek sosio ekonomi tersebut termasuklah berkenaan aspek guna tenaga, demografi, pekerjaan, dan organisasi formal (A. Aziz, 2001). Pembangunan yang dijalankan untuk menghasilkan impak yang positif kadangkala menghasilkan impak negatif atas sebab perancangan yang lemah dan ketidaksediaan komuniti untuk menerima proses pembangunan tersebut (A.Aziz, 2001).

1.3 Permasalahan Kajian

Pembangunan tanah yang dijalankan oleh pihak kerajaan di kawasan tanah Orang Asli telah menimbulkan konflik di antara pihak yang terlibat dan masyarakat Orang Asli (SUHAKAM, 2013). Keadaan ini telah menyebabkan Orang Asli telah kehilangan tempat tinggal dan kawasan pencarian sumber hutan bagi menyara kehidupan mereka. Sistem Torrens yang diamalkan oleh Malaysia melalui Kanun Tanah Negara 1965 hanya memberi kepentingan terhadap tanah yang didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Tanah, manakala tanah adat Orang Asli yang diwarisi dari generasi ke generasi tidak termasuk dalam sistem pendaftaran mengikut undang-undang tanah Malaysia (Hamid& Harun& Ali, 2011).

Kerajaan Negeri berkuasa untuk mengambil semula sebarang tanah termasuk tanah yang didiami oleh Orang Asli melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 dengan tujuan untuk pembangunan untuk kesejahteraan umum seperti pembinaan sekolah, jalan raya dan sebagainya. Orang Asli hanya dianggap sebagai penyewa terhadap tanah dan tiada hak milik secara individu diberikan kepada mereka berdasarkan Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) (Hamid, et al., 2011). Mahkamah Tinggi Johor dalam

(19)

Cotula & Mayers, (2009) telah menyatakan di dalam kajiannya bahawa negara Cameroon, Guyana, Indonesia, Malaysia dan Republic Kongo telah menetapkan bahawa semua tanah yang tidak di daftarkan di bawah sistem pendaftaran tanah telah menjadi tanah kepunyaan negeri tersebut. Ini telah menyebabkan sebilangan besar tanah Orang Asli yang tidak berdaftar atau di uruskan secara institusi adat tidak diiktiraf hakmilik Orang Asli sebaliknya ia merupakan tanah milik kerajaan di bawah sistem undang-undang tanah negara. Di dalam kajian ini juga, negara Brazil dan Cameroon telah menunjukkan peningkatan untuk mempergiatkan pendaftaran hakmilik tanah secara individu atau kelompok dan mengiktiraf hakmilik tanah adat Orang Asli di negara mereka.

Konflik pengambilan tanah sering kali menjadi penyumbang kepada masalah kekurangan makanan, peluang kehidupan yang terhad, dan kemiskinan (FAO, 2005). Pengiktirafan hakmilik terhadap tanah perlu dipertimbangkan dalam menjalankan pembangunan terutamanya bagi kawasan luar bandar. Perkara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk daripada pihak kerajaan dalam menangani masalah pemilikan tanah yang hendak dibangunkan (FAO, 2005). Kes Mabo di Australia telah menjadi rujukan bagi Orang Asli di seluruh dunia dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan hakmilik terhadap tanah yang diusahakan dan kawasan adat mereka. Selain itu, konflik pengambilan tanah juga berlaku di benua Afrika yang melibatkan di antara penduduk Orang Asli dan pihak pemerintah (FAO, 2005).

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan bagi menjawab kepada persoalan kajian yang berikut:

1) Apakah bentuk konflik yang berlaku akibat daripada pengambilan tanah masyarakat Orang Asli yang terlibat?

(20)

2) Apakah kesan yang berlaku akibat daripada pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat ?

3) Bagaimanakah kaedah penyelesaian konflik di antara pihak berkuasa negeri dan masyarakat Orang Asli yang terlibat akibat daripada pengambilan tanah?

1.5 Objektif Kajian

Matlamat kajian ini dijalankan bagi mengetahui isu dan permasalahan mengenai pemilikan dan pengambilan tanah Orang Asli yang berlaku di Negeri Johor dan Selangor. Oleh itu, objektif kajian yang terdapat di dalam kajian ini adalah untuk:

1) Mengenalpasti konflik yang berlaku akibat daripada pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat.

2) Menganalisis kesan pengambilan tanah terhadap masyarakat Orang Asli yang terlibat.

3) Menjelaskan usaha penyelesaian konflik pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat.

1.6 Skop Kajian

Kajian ini telah dijalankan di tiga buah perkampungan Orang Asli iaitu perkampungan Kg Orang Asli Peta yang terletak di negeri Johor dan dua buah kampung yang terletak di negeri Selangor iaitu Desa Temuan dan Kg Orang Asli Bukit Tampoi. Perkampungan Orang Asli ini telah dipilih kerana kawasan tersebut telah terlibat dengan proses pengambilan tanah di kawasan tersebut dengan tujuan pembangunan untuk kepentingan awam seperti yang dinyatakan di dalam Akta

(21)

Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), dan ahli akademik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Kaedah temubual telah dilakukan sepanjang kajian dilakukan bagi mengenalpasti konflik yang berlaku akibat pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat, menganalisis kesan pengambilan tanah terhadap masyarakat Orang Asli yang terlibat serta menjelaskan usaha penyelesaian konflik pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian terhadap isu pengambilan tanah terutamanya mengenai tanah adat atau “saka” dapat memberikan satu dapatan yang penting dalam memahami aspek sosial dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Sumbangan kajian ini dapat menambah kepada bidang pengetahuan mengenai Orang Asli, perundangan yang berkaitan dengan tanah dan Orang Asli serta memberi pemahaman sebenar mengenai kedudukan Orang Asli dan tanah saka dari segi undang-undang. Kajian ini memaparkan keadaan sebenar berkaitan dengan pengambilan tanah Orang Asli bagi masyarakat Orang Asli yang terdapat di negeri Johor dan Selangor. Kajian ini memaparkan bentuk konflik yang berlaku, kesan pengambilan tanah terhadap masyarakat Orang Asli yang terlibat serta kaedah penyelesaian bagi pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat. Kesamarataan hak Orang Asli di Malaysia diharap dapat dilaksanakan apabila kesemua lapisan masyarakat Malaysia memahami dan menghormati hak Orang Asli sebagaimana hak-hak yang dinikmati bersama bagi warganegara Malaysia yang lain.

(22)

1.8 Organisasi Tesis

Kajian ini disusun mengikut aturan serta turutan bab–bab bagi memudahkan serta melancarkan kajian kes ini.

Bab 1

Bab 1 adalah bab pengenalan. Di dalam bab ini, permasalahan kajian, persoalan kajian, objektif kajian, skop kajian dan kepentingan kajian telah dinyatakan. Segala komponen di atas dijadikan sebagai satu garis panduan agar bidang kajian penulisan ini menetapi skop serta kehendak Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Bab 2

Bab 2 membincangkan mengenai hasil kajian perpustakaan yang telah dilakukan. Maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk ini diperoleh melalui buku, jurnal, kertas seminar, tesis, surat khabar, internet dan sebagainya. Maklumat yang telah diperoleh melalui kajian perpustakaan ini diolah semula bagi memudahkan pemahaman mengenai isu pengambilan tanah dengan lebih mendalam. Kajian perpustakaan ditulis berdasarkan kepada kerangka teori kajian sebagai panduan agar penulisan sentiasa terarah dan tidak tersasar daripada objektif dan matlamat asal kajian ini. Huraian kerangka teori adalah melibatkan kepada isu yang timbul serta masalah yang dihidapi oleh Orang Asli dalam menuntut hak pemilikan dan pampasan terhadap tanah. Bab ini juga membincangkan kesan-kesan terhadap masyarakat Orang Asli akibat daripada pengambilan tanah. Selain itu, langkah penyelesaian bagi pengambilan tanah dan matlamat kajian turut dibincangkan dalam bab ini.

Bab 3

Bab 3 menghuraikan mengenai mengenai kaedah kajian yang digunakan bagi mendapatkan maklumat semasa penyelidik berada di lapangan. Kaedah temubual, pemerhatian dan analisis dokumen telah digunakan semasa menjalankan kajian ini. Pensampelan kajian juga ditentukan bagi membolehkan data yang diperoleh mewakili populasi yang dikaji.

(23)

Bab 5

Bab 5 membincangkan mengenai hasil kajian objektif kedua iaitu kesan yang berlaku akibat pengambilan tanah Orang Asli yang terlibat. Data yang telah diperoleh melalui temubual dan pemerhatian dibentangkan di dalam bab ini.

Bab 6

Bab 6 menerangkan mengenai hasil kajian objektif ketiga iaitu kaedah yang telah dilakukan bagi mengatasi konflik pengambilan tanah di kawasan Orang Asli. Kaedah penyelesaian yang telah dilakukan dibentangkan dan dibincangkan di dalam bab ini. Bab 7

Bab 7 merupakan bahagian cadangan dan juga langkah penyelesaian yang bersesuaian dikemukakan oleh pengkaji sebagai usaha dalam menyelesaiakan konflik pengambilan tanah Orang Asli terutama kawasan saka yang berlaku di dalam Malaysia. Cadangan kajian lanjutan juga disyorkan berdasarkan kepada hasil penemuan kajian yang telah dijalankan.

1.9 Kesimpulan

Bab 1 adalah merujuk kepada pengenalan bagi latar belakang kajian ini, permasalahan kajian ditentukan. Skop kajian ini juga diterangkan di mana kajian ini dijalankan di dua buah negeri iaitu Johor dan Selangor. Selain itu, kepentingan kajian serta organisasi tesis ini juga diterangkan di dalam Bab 1 bagi menerangkan mengapa kajian ini dilakukan dan bagaimana persembahan kajian ini akan dibuat oleh penyelidik. Seterusnya, di dalam bab 2 akan membincangkan mengenai sorotan karya yang berkaitan dengan isu pengambilan tanah Orang Asli yang telah berlaku.

(24)

9

BAB II

KAJIAN PERPUSTAKAAN

2.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan mengenai kajian perpustakaan yang berkaitan dengan pemilikan tanah Orang Asli dan pengurusan tanah Orang Asli di peringkat antarabangsa. Undang-undang yang berkaitan dengan Orang Asli dan pengurusan tanah di Malaysia juga dijelaskan di dalam bab ini.

2.2 Pengenalan kepada Orang Asli dan Tanah

Pada tahun 1994, The World Conservation Union (IUCN) telah mengiktiraf hak Orang Asli untuk memiliki dan menguruskan kawasan yang dilindungi. Pada bulan Mei 1996, World Wide Fund for Nature (International) telah mengiktiraf Draf Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asli (UNDRIP) dimana ia mengiktiraf hak Orang Asli terhadap tanah, pemilikan dan kawalan ke atas sumber dan wilayah tradisi Orang Asli. Konvensyen Kepelbagaian Biologi juga telah menerapkan supaya Orang Asli diberi pengiktirafan terhadap tanah dan kawasan tradisi, pengiktirafan untuk menggunakan sumber di dalam kawasan hutan simpan, menyokong Konvensyen 169 ILO, Agenda 21 dan Draf Deklarasi Pertubuhan Bangsa -Bangsa Bersatu mengenai Orang Asli dan menggalakkan penyertaan Orang

(25)

antarabangsa. Diskriminasi terhadap wanita, Orang Asli dan etnik minoriti merupakan golongan yang menjadi perhatian apabila membincangkan mengenai pengurusan tanah dan hak terhadap tanah. Perhatian yang lebih diberikan kepada Orang Asli kerana status istimewa iaitu sebagai penduduk asal dan penggunaan tanah yang telah dibangunkan daripada generasi ke generasi (SUHAKAM, 2013). Di Negara Australia, kes mahkamah mengenai tuntutan tanah Orang Asli telah meningkat untuk mempertahankan hak Orang Asli. Kes Mabo di Australia telah membuktikan bahawa Orang Asli yang tinggal di Torres Strait mempunyai hak terhadap tanah dan harus diiktiraf secara sah di sisi undang-undang. Kes ini telah menjadi pemangkin terhadap pengiktirafan hak terhadap tanah Orang Asli di peringkat antarabangsa. Deklarasi Rio terhadap Persekitaran dan Pembangunan telah menerima pakai prinsip 22 yang menyatakan bahawa Orang Asli dan penduduk setempat mempunyai peranan yang penting dalam pengurusan pembangunan dan persekitaran melalui pengetahuan dan amalan tradisi mereka (SUHAKAM, 2013).

2.3 Pengurusan Tanah dan Orang Asli

Pengurusan tanah dan Orang Asli merupakan dua elemen utama dalam menjamin hakmilik tanah Orang Asli. Di negara Cameroon, Indonesia, Malaysia dan Papua New Guinea pengurusan tanah oleh secara adat masih di amalkan oleh Orang Asli atau indigenous people yang terdapat di negara di atas (Cotula &Mayers,2009). Pengurusan tanah secara adat ini tidak diiktiraf oleh undang-undang tanah yang berkuatkuasa di setiap negara tersebut. Perkara ini dapat dilihat di dalam Jadual 2.1 di mana ia menerangkan mengenai pengiktirafan hakmilik tanah Orang Asli di negara di atas.

(26)

Jadual 2.1 : Gambaran Mengenai Hak Milik Orang Asli Mengikut Undang-Undang Negara. Sumber : Cotula &Mayers, (2009).

Negara Geran Pemilikan Tanah Pengiktirafan Hak Orang Asli

Hak Orang Asli Terbela

Brazil Sederhana Sederhana Sederhana

Cameroon Rendah Rendah Rendah

Republik Demokrat Kongo

Rendah Rendah Rendah

Guyana Rendah Sederhana Rendah

Indonesia Rendah Rendah Rendah

Malaysia Sederhana Sederhana Rendah

Papua New Guinea Sederhana Tinggi Sederhana

Brazil

Pemilikan tanah secara individu dibenarkan di Brazil dan dijamin oleh Artikel 5 dan 170 Perlembagaan Brazil. Orang Asli di Brazil berada di bawah jagaan kerajaan. Orang Asli di Brazil telah mendiami 11.5% daripada keluasan Brazil dan kebanyakkan Orang Asli tinggal di Amazon. Artikel 231 Perlembagaan telah mengiktiraf hakmilik tanah masyarakat Indian di Brazil. Sebanyak 611 tanah Orang Asli di mana 398 telah Berjaya didaftarkan dan 90 permohonan sedang diuruskan dengan keluasan sebanyak 105 juta hektar. Pada September 2007, kerajaan Brazil telah memperkenalkan Agenda Sosial Masyarakat Orang Asli di mana tujuan utamanya adalah untuk mengiktiraf hak Orang Asli, tanah dan pembangunan masyarakat Orang Asli (Cotula &Mayers,2009).

(27)

pengurusan tanah secara adat dan tidak diiktiraf oleh Ordinan Pengurusan Tanah 1974. Akta Perhutanan 1994 telah memberi keizinan terhadap Orang Asli untuk mengusahakan tanaman dan mengambil hasil hutan dengan tujuan untuk kegunaan harian sahaja. Perebutan tanah di antara kaum Bagyeli, Baka dan Baka sering berlaku di Cameroon. Cameroon juga telah menandatangani perjanjian ILO 169 berhubung dengan hak Orang Asli di negara mereka.

Republik Demokrat Kongo

Berdasarkan kepada undang-undang Bakajika 1967 dan Undang-undang Tanah 1973, kerajaan negeri merupakan pemilik bagi semua tanah sama ada berdaftar atau tidak. Pendaftaran hakmilik secara individu dibenarkan dengan kos pendaftaran sebanyak USD 400 dan menjadikan tidak semua Orang Asli mampu mendaftarkan tanah mereka. Terdapat institusi adat Orang Asli yang berkaitan dengan hak milik tanah, tetapi ia tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri dan tanah Orang Asli sering menjadi hakmilik kerajaan negeri (Cotula &Mayers,2009).

Guyana

Kerajaan Guyana memiliki 90 peratus daripada keluasan tanah di negara tersebut. Seksyen 18 di bawah Perlembagaan 1980 telah menyatakan bahwa tanah untuk kegunaan umum hendaklah didaftarkan hakmilik. Pendaftaran hakmilik boleh dilakukan melalui Akta Pendaftaran Tanah selama tiga puluh tahun. Sebanyak 2 juta hektar iaitu 14 peratus daripada keluasan Guyana telah diberi hak milik terhadap komuniti Amerindian di Guyana. Walau bagaimanapun, jika pihak kerajaan negeri hendak mengambil semula tanah bagi tujuan pembangunan awam, maka mereka terpaksa akur dengan hasrat kerajaan (Cotula &Mayers,2009).

(28)

Indonesia

Tanah yang tidak didaftarkan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri mengikut artikel 33 Perlembagaan Indonesia dan kebanyakkan tanah di Indonesia tidak didaftarkan secara sah di sisi undang-undang tetapi hanya diuruskan melalui amalan institusi adat. Di bawah Undang-Undang Pertanian, hak tanah adat adalah dilindungi secara sah di sisi undang-undang. Keadaan ini telah menyebabkan konflik di antara pembangunan negara dan perundangan. Tanah adat tidak di ambil untuk tujuan umum, tetapi lebih kepada aktiviti bisnen yang diusahakan oleh syarikat swasta. Terdapat 312 masyarakat Orang Asli yang telah dikenal sebagai masyarakat hukum adat. Masyarakat Hukum Adat tidak dapat menghalang pengambilan semula tanah di kawasan mereka dan mendapatkan pampasan yang tinggi (Cotula &Mayers,2009).

Malaysia

Pendaftaran tanah di Malaysia terbahagi kepada empat undang tanah iaitu Kanun Tanah Negara (Melaka dan Pulau Pinang) 1963, Kanun Tanah Negara 1965, Kod Tanah Sarawak 1958 dan Ordinan tanah Sabah. Terdapat peruntukan bagi Rezab Tanah Melayu kecuali bagi negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak. Bagi Semenanjung Malaysia, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) merupakan undang-undang yang mengiktiraf hak dan keistimewaan masyarakat Orang Asli di Malaysia.

2.4 Undang-Undang Yang Berkaitan Pengurusan Tanah& Orang Asli Di Malaysia

Terdapat beberapa undang-undang yang berkaitan dengan pengurusan tanah dan Orang Asli di Malaysia. Di antaranya adalah Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Kanun Tanah Negara 1965, Akta Pengambilan Tanah 1960, Akta Perhutanan 1984, Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972, Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan

(29)

2.4.1 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134)

Sejak daripada zaman pentadbiran British, kerajaan telah menubuhkan sebuah jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli pada tahun 1950. Tujuan utama penubuhan jabatan ini adalah untuk melindungi Orang Asli daripada dipengaruhi komunis bagi menentang kerajaan ketika itu. Untuk mengukuhkan pentadbiran terhadap masyarakat Orang Asli, kerajaan British telah menubuhkan satu Akta yang dikenali sebagai Akta 134, Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 1954 yang telah diperkenalkan pada 25 Februari 1954. Akta ini telah menjadi garis panduan dalam menentukan dasar kerajaan untuk mentadbir masyarakat Orang Asli. Sebanyak 19 seksyen telah termaktub di dalam aktaini yang meliputi definisi Orang Asli dari segi undang-undang, pentadbiran Orang Asli, perlantikan Pesuruhjaya dan timbalannya bagi menguruskan pentadbiran Orang Asli, kawasan Orang Asli, perlantikan ketua, pendidikan, dan larangan mengambil Orang Asli sebagai anak angkat (Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), 2013).

Menurut Seksyen 3, Akta 134 Orang Asli ialah:

(a) mana-mana orang yang bapanya adalah seorang dari kumpulan rumpun bangsa Orang Asli, yang bercakap bahasa Orang Asli dan lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seseorang keturunan melalui lelaki orang itu (b) mana-mana orang dari mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa masih

kanak-kanak oleh Orang Asli dan yang telah dididik sebagai seorang Orang Asli, lazim bercakap dalam bahasa Orang Asli, lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan adalah seorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli atau (c) Anak dari apa-apa persatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki

dari suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam bahasa Orang Asli, lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi seorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli.

Ringkasnya, mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah masuk sesuatu agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi ia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap dalam bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi seorang Orang Asli semata-mata oleh sebab ia mengamalkan agama itu.

(30)

Seksyen 6 menyentuh mengenai pewartaan sesuatu kawasan sebagai Kawasan Orang Asli (Jabatan Kemajuan Orang Asli, 2013).

Seterusnya, Seksyen 7 pewartaan sesuatu kawasan sebagai Rizab Orang Asli, Seksyen 8 menerangkan mengenai hak-hak menduduki, Seksyen 9 transaksi mengenai tanah oleh Orang Asli, Seksyen 10 masyarakat Orang Asli tidak berkewajipan meninggalkan kawasan-kawasan yang diisytiharkan Rizab Melayu dan lain-lain, Seksyen 11 pampasan apabila tanah Kerajaan yang di atasnya ada pokok buah-buahan atau pokok getah milik Orang Asli, Seksyen 12 kaedah bayaran pampasan dan Seksyen 13 pengambilan paksa tanah untuk kawasan atau rizab Orang Asli. Daripada 19 seksyen yang termaktub, 10 daripadanya yang bermula daripada seksyen 6 sehingga 15 menyentuh isu-isu yang berkaitan dengan pengurusan tanah dan Orang Asli. Orang Asli hanya diberi hak untuk menduduki sesuatu kawasan dan mengusahakan untuk tujuan menyara diri. Hak untuk memiliki tanah secara individu tidak terdapat dan Orang Asli tidak boleh menjalankan sebarang urusan kecuali melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) yang kini dikenali sebagai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

2.4.2 Kanun Tanah Negara (KTN)

Kanun Tanah Negara mula digubal sebelum merdeka dan diasaskan kepada undang-undang terdahulu yang sedia ada iaitu Land Code 1926 serta telah dikemaskini dan ditambah beberapa bahagian baru. Semenjak kanun ini dikuat kuasa pada 1 Januari 1966, ia telah dipinda sebanyak 30 kali bermula dari 1968 sehingga tahun 2008. Pindaan yang dilakukan adalah bertujuan untuk memastikan sistem pentadbiran tanah di Semenanjung Malaysia dapat memenuhi keperluan dasar dan pembangunan sosioekonomi semasa manakala asas bentuk dan isinya masih kekal seperti asal. Kini, perundangan tanah di Malaysia terbahagi kepada empat perundangan yang utama iaitu Kanun Tanah Negara (Pulau Pinang dan Melaka) 1963 yang berkuat kuasa di negeri Pulau Pinang dan Melaka, Kanun Tanah Negara 1965 yang berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia, Kanun Tanah Sarawak 1958 yang berkuat kuasa di negeri Sarawak dan Ordinan Tanah Sabah yang berkuat kuasa di negeri Sabah (Buang,2003).

(31)

bagaimanapun, Perkara 91 (5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan Seksyen 9 Kanun Tanah Negara memperuntukkan penubuhan Majlis Tanah Negara sebagai forum untuk penyeragaman dasar-dasar untuk memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Semenanjung Malaysia. Seksyen 40, 41 Kanun Tanah Negara menjelaskan bahawa semua hal-hal berkaitan tanah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Seksyen 42 & 44 Kanun Tanah Negara adalah berkaitan dengan kuasa pelupusan tanah. Seksyen 43 Pemberimilikan tanah kepada individu, kerajaan, perbadanan. Seksyen 45 Kuasa Pelupusan pengeluaran galian, bahan batuan dan hasil dari hutan. Seksyen 61 Pampasan kepada tuan tanah. Seksyen 62 (1) Kuasa merizabkan sesuatu kawasan/tanah Kerajaan sebagai Rizab Awam. Seksyen 64 Kuasa Pembatalan Rizab. Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri boleh membatalkan keseluruhan atau sebahagian mana-mana tanah yang diwartakan untuk maksud awam. Seksyen 66 Kuasa Pengeluaran lesen-lesen pendudukan sementara. Seksyen 76 Kuasa Pemberimilikan Tanah kepada individu dan Kerajaan Persekutuan. Seksyen 340 Kanun Tanah Negara (KTN) menerangkan mengenai tiada penafian hakmilik dan kepentingan tanah yang didaftar atas nama pemilik atau syarikat. Seksyen 396 Kanun Tanah Negara (KTN) menyentuh mengenai pengukuran tanah (Buang, 2003).

2.4.3 Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT 1960)

Akta Pengambilan Tanah adalah merupakan satu set undang-undang yang digubal khas untuk mengambil balik tanah dengan syarat iaitu dipatuhi segala peruntukan yang sedia ada dan pembayaran pampasan yang mencukupi. Akta Pengambilan Tanah 1960 (APT), Akta 34 telah mula berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia semenjak 13 Oktober 1960. Akta ini telah melalui beberapa proses pindaan sejak mula ia berkuatkuasa. Pada tahun 1992, Akta ini telah disemak semula dan ia dikenali sebagai Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960. Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 telah digubal oleh Parlimen, akan tetapi kuasa-kuasa eksekutif di

(32)

dalamnya masih lagi dipegang oleh pihak Negeri (Institut Tanah dan Ukur Negara, 2013).

Tujuan utama Akta Pengambilan Tanah ini ialah untuk memproses pengambilan balik tanah dan membayar pampasan yang mencukupi. Akta ini adalah selaras dengan kehendak artikel 13(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang menyatakan “tiada undang-undang yang boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau mengguna harta benda dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi”. Akta Pengambilan Tanah 1960 memberi kuasa kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk mengambil tanah milik yang diperlukan:

a) untuk sesuatu maksud awam.

b) oleh mana-mana orang atau badan bagi apa-apa maksud yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negeri adalah berfaedah untuk pembangunan ekonomi Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya atau kepada orang ramai amnya atau mana-mana kelas orang ramai; atau

c) untuk tujuan perlombongan atau kediaman, pertanian, perdagangan, industri atau tujuan rekreasi ataupun kombinasi daripada tujuan-tujuan tersebut (Institut Tanah dan Ukur Negara, 2013)

Proses pengambilan dapat dibahagikan kepada tiga keadaan iaitu Pra pengambilan, Pengambilan dan Pasca Pengambilan. Tiap-tiap keadaan ini adalah saling berkaitan dan perlu difahami dengan sepenuhnya bagi mendapatkan gambaran yang jelas tentang tatacara pengambilan balik tanah dibuat dan perlu dipatuhi sepenuhnya sebelum melangkah ke keadaaan yang seterusnya. Di dalam peringkat pra-pengambilan, terdapat beberapa aktiviti/gerak kerja yang penting iaitu permohonan, pemeriksaan dan pengwartaan tanah yang hendak diambil balik. Permohonan boleh terus dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri dan Pejabat Tanah dimana tanah yang hendak diambil balik terletak. Di dalam keadaan-keadaan tertentu dimana sesuatu tanah itu perlu diperiksa atau disiasat terlebih dahulu sebelum dipastikan kesesuaiannya bagi sesuatu projek dan juga untuk mengelakkan perlakuan tidak jujur oleh pihak yang berkepentingan untuk menuntut bayaran pampasan yang berlebihan. Dibawah seksyen 37 mana-mana orang yang berkepentingan keatas tanah boleh membuat bantahan terhadap ukuran tanah, jumlah pampasan, siapa yang layak menerima bayaran pampasan (Institut Tanah dan Ukur Negara, 2013).

(33)

Kerajaan Negeri. Seksyen 14 akta ini menyatakan bahawa segala hasil hutan adalah harta Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri. Seksyen 15 adalah berkaitan larangan mengambil hasil hutan dari hutan simpanan kekal atau tanah kerajaan melainkan jika diberikan dilesen. Seksyen 32 menyentuh mengenai pendudukan, atau penjalanan aktiviti di atas, hutan simpan kekal adalah dilarang melainkan jika dia adalah pemegang permit pengguna. Manakala seksyen 33 melihatkan kuasa Kerajaan Negeri untuk membenarkan pendudukan, atau penjalanan aktiviti dalam, hutan simpanan kekal. Seksyen 62 adalah berkaitan kuasa untuk meremitkan, meringankan atau melepaskan. Manakala Seksyen 62 (2) (b) ini memberi kebenaran kepada Orang Asli untuk mengambil, mengguna hasil hutan dengan tujuan untuk kegunaan sendiri (Jabatan Peguam Negara, 2013).

2.4.5 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 (Akta76)

Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 lebih menekankan kepada larangan-larangan dan kebenaran yang diberi setelah mendapatkan permit di kawasan rizab dan tempat perlindungan hidupan liar. Seksyen 48 larangan memasuki kawasan rizab hidupan liar atau tempat perlindungan hidupan liar kecuali telah mendapat permit bertulis. Dibawah Seksyen 49 tiada seorang pun boleh, menembak, membunuh atau mengambil mana-mana binatang atau burung (liar atau tidak), mengambil, menggangu, merosak atau membinasa sarang atau telur mana-mana binatang atau burung (liar atau tidak), mengganggu atau mengeluarkan apa-apa kayu atau tumbuh-tumbuhan, dalam suatu tempat perlindungan hidupan liar. Seksyen 50 menyatakan mengenai kebenaran untuk memasuki, menembak, membunuh atau mengambil atau seekor binatang liar atau burung liar yang diperlindungi setelah mendapat permit. Seksyen 52 akta ini memberi kebenaran khusus untuk Orang Asli bagi tujuan kegunaan sendiri dan keluarga seperti yang di senaraikan di dalamJadual Dua dan

(34)

Jadual Empat iaitu rusa, pelanduk, burung-burung buruan dan monyet (Jabatan Peguam Negara, 2013)

2.4.6 Deklarasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Hak Orang Asli (UNDRIP)

Kumpulan Kerja Berkenaan Draf Deklarasi (WGDD) telah ditubuhkan pada 1995 di bawah naungan Suruhanjaya Kecil Hak Asasi Manusia. Orang Asli di seluruh dunia telah bekerjasama selama 11 tahun dalam menjayakan agenda WGDD. Tuntutan hak terhadap tanah, wilayah dan sumber semulajadi di persekitaran Orang Asli telah diberi perhatian di dalam Draf Deklarasi mengenai Orang Asli kerana perkara seperti tuntutan hak terhadap tanah, wilayah dan sumber sering menjadi konflik di Aantara pihak pemerintah dan Orang Asli di seluruh dunia (SUHAKAM, 2013). Pada bulan Jun 2006, Majlis Hak Asasi PBB telah menerima draf Deklarasi dan pada bulan September 2007, Deklarasi ini telah diterima oleh Perhimpunan Agung PBB. Hak Orang Asli yang dinyatakan di dalam Deklarasi ini adalah sejajar dengan kehendak Deklarasi Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UDHR), Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak Politik (ICCPR), Konvensyen mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan (ICESCR), Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD), Konvensyen 107 dan 169 Pertubuhan Antarabangsa Orang Asli (SUHAKAM, 2013).

Deklarasi Hak Orang Asli PBB (UNDRIP) ini terdiri daripada 46 Artikel yang meliputi hak individu dan kumpulan Orang Asli, hak untuk tidak diskriminasi, hak terhadap tanah, serta saranan kepada kerajaan untuk memperoleh Izin berasaskan Makluman Awal, Bebas dan Telus (IMBAT) daripada Orang Asli sebelum mengambil tanah dan kawasan mereka. Pada bahagian permulaan deklarasi ini terdapat sedikit latarbelakang bagi keperluan dan tujuan deklarasi ini juga menekankan mengenai keperluan untuk menghormati dan hak dan tradisi Orang Asli,ekonomi, politik, sosial dan budaya terutama mengenai hak terhadap tanah, wilayah dan sumber semulajadi yang terdapat di kawasan Orang Asli (SUHAKAM, 2010).

(35)

tersendiri. Artikel 7 (1) pula menyatakan hak untuk Orang Asli meneruskan kehidupan dan Artikel 10 melarang sebarang bentuk pemindahan secara paksa kepada Orang Asli daripada kawasan mereka sebelum mendapatkan IMABT daripada Orang Asli dan pampasan yang adil dan saksama bagi Orang Asli yang terlibat dalam proses pemindahan sekiranya kawasan mereka diambil. Artikel 11 Deklarasi melindungi hak untuk mengamalkan dan dan meneruskan amalan tradisi serta adat resam Orang Asli termasuk kawasan perkuburan dan kawasan pemujaan bagi Orang Asli (SUHAKAM, 2010).

Seterusnya, Artikel 18 menjamin hak Orang Asli untuk membuat keputusan mengenai perkara yang mempengaruhu hak mereka dan Artikel 19 menghendaki kerajaan supaya berunding dengan Orang Asli mengenai sebarang penggubalan undang-undang yang memberi kesan terhadap kepentingan Orang Asli. Artikel 20 (1) memberi jaminan serta usaha untuk memajukan terhadap ekonomi, politik dan sosial Orang Asli. Artikel 21 melindungi kepentingan Orang Asli untuk meningkatkan keadaan ekonomi dan sosial serta Artikel 25 memberi hak kepada Orang Asli untuk mengekalkan dan mengukuhkan hubungan spiritual terhadap tanah yang dimiliki, didiami dan digunakan secara tradisional. Artikel 26 (1) menjamin hak asasi Orang Asli terhadap tanah dan sumber tradisi yang dimiliki, didiami atau digunakan (SUHAKAM, 2010.

2.5 Defenisi Kajian

Terdapat tiga definisi yang utama di dalam kajian ini iaitu definisi kajian bagi maksud Orang Asli, Sistem Torren dan juga kawasan Saka.

(36)

2.5.1 Orang Asli

Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat Malaysia. Mereka juga mempunyai hak-hak keistimewaan tersendiri di dalam negara ini seperti yang terkandung di dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Secara ringkasnya, Orang Asli dapat dikategorikan kepada 3 suku kaum utama iaitu Melayu-Asli, Negrito dan Senoi di mana setiap suku ini dipecahkan kepada 6 suku kaum dan ini menjadikan Orang Asli terdiri daripada 18 suku kaum dan dapat diterjemah melalui jadual 2.1 di bawah :

Jadual 2.2 : Orang Asli dan Sub-golongannya Sumber : Jabatan Kemajuan Orang Asli, (2012)

Golongan Senoi Negrito Melayu Asli

Sub-Golongan Temiar Kintak Temuan

Che Wong Kesiu Semelai

Jah Hut Jahai Jakun

Semaq Beri Batik Kanaq

Mahmeri Mendrik Seletar

Semai Lanoh Orang Kuala

Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan Malaysia Persekutuan mendefinisi Orang Asli sebagai Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Berdasarkan Seksyen 3 (2) Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) seseorang itu ditakrifkan sebagai Orang Asli jika:

i. Bapanya adalah seorang dari rumpun bangsa Orang Asli, yang bercakap dalam bahasa Orang Asli dan lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli dan termasuklah seseorang keturunan melalui lelaki orang itu;

ii. Mana-mana Orang dari apa-apa kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa masih kanak-kanak oleh Orang Asli yang telah dididik sebagai seOrang Asli, lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat kepercayaan Orang Asli dan adalah seseorang itu dari sesuatu masyarakat Orang Asli; atau iii. Anak dari apa-apa persatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki dari suatu kaum lain, dengan seorang lelaki dari suatu kaum lain, dengan syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam bahasa Orang Asli, lazim mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi seseorang dari masyarakat Orang Asli (Jabatan Kemajuan Orang Asli, 2013)

(37)

definisi yang menggunakan definisi teknikal sebagai panduan bagi kerja-kerja berkaitan dengan Orang Asli seperti yang dinyatakan oleh Laporan Cobo,Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia. Laporan Cobo menyatakan bahawa Orang Asli adalah sebuah masyarakat atau penduduk yang mempunyai kesinambungan dengan sejarah dengan penduduk lain sebelum berlakunya penjajahan dan kolonisasi yang telah membangunkan wilayah mereka, dan masyarakat ini menganggap mereka berbeza dengan masyarakat yang lain yang terdapat di kawasan mereka (SUHAKAM, 2013).

Orang Asli cenderung untuk menjadi masyarakat bukan dominan dan bertekad untuk memulihara, membangun dan mewariskan wilayah adat dan identiti etnik mereka sebagai asas kesinambungan kewujudan mereka sebagai satu kaum asli yang mempunyai corak budaya, institusi sosial dan sistem perundangan mereka yang tersendiri. Pada tahap individu, seseorang Orang Asli adalah anggota kepada sekumpulan Orang Asli melalui pengenalan diri sebagai Orang Asli dan diterima oleh kumpulan itu sebagai salah seorang anggota mereka secara penerimaan secara berkumpulan. Keadaan ini mengekalkan hak istimewa hak-hak masyarakat ini untuk menerima sebarang individu sebagai anggota masyarakat mereka tanpa campur tangan daripada luar (SUHAKAM, 2013).

Di dalam Arahan Operasional 4.20 Bank Dunia, kriteria Orang Asli hendaklah dimasukkan perkara seperti berikut :

a) Mempunyai hubungan yang erat dengan tanah nenek moyang dan sumber semulajadi di kawasan mereka.

b) Identiti mereka dan orang lain sangat berbeza dan mempunyai budaya yang berbeza.

c) Sering menggunakan bahasa yang berlainan dengan bahasa kebangsaan. d) Kewujudan institusi adat,sosial dan politik.

e) Asas pengeluaran adalah hanya untuk menyara hidup dan

f) Sering menjadi kumpulan sosial yang tertinggal dalam pembangunan (SUHAKAM, 2013)

(38)

Bank Pembangunan Asia menetapkan sifat-sifat asas Orang Asli adalah berasal daripada satu kumpulan yang sedia ada wujud di dalam negara atau sesuatu kawasan , pengenalan diri oleh orang lain sebagai satu masyarakat yang berbeza budaya, dan menunjukkan kesungguhan untuk menjaga kesinambungan identiti budaya melalui bahasa, tradisi dan institusi sosial, budaya, ekonomi dan politik yang berbeza dengan masyarakat umum, mengamalkan sistem ekonomi yang lebih menumpukan kepada pengeluaran tradisional dan hubungan yang unik dengan kehidupan tradisi dan kawasan nenek moyang serta sumber asli di kawasan mereka (SUHAKAM, 2013).

2.5.2 Sistem Torrens

Sistem Torrens (ST) bagi pendaftaran hakmilik tanah telah diperkenalkan pada 1857 oleh Robert Richard Torrens di Australia Selatan. Sistem ini telah dilaksanakan di New South Wales pada 1 Januari 1863 di bawah Real Property Act. Sistem ini telah diperkenalkan di Semenanjung Malaysia pada abad ke 9 oleh Sir Maxwell. Sistem Torrens ini telah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat di mana ia mula dilaksanakan melalui General Land Regulation, dikuti oleh Registration of Titles Regulations dan melalui Pengenalan kepada Kanun Tanah 1926 (Buang, 2003).

Terdapat dua prinsip utama yang termaktub di dalam Sistem Torrens iaitu pendaftaran hak milik dan hak yang tidak boleh disangkal. Prinsip pertama Sistem Torrens ialah pendaftaran hak milik yang membuktikan fakta secara material berkenaan hak milik seseorang ke atas tanahnya. Fakta material itu merangkumi nama pemilik, butir-butir mengenai tanah yang telah diberi milik, luas kawasan dan lokasinya, pelan ukur, dan had sempadannya (Buang, S, 2003). Pendaftaran hak milik atau lebih dikenali sebagai geran tanah ini menunjukkan segala maklumat yang penting mengenai tanah yang mungkin dikehendaki oleh seorang bakal pembeli atau yang perlu diketahui oleh seorang bakal pemegang gadaian. Prinsip kedua Sistem Torrens ialah hak milik yang tidak boleh disangkal. Dalam setiap transaksi antara pemilik berdaftar dengan bakal pembeli, bakal pembeli hanya dikehendaki memberi perhatian kepada pendaftaran hak milik sahaja. Pembeli hanya perlu bergantung

(39)

Tanah Negara 1965 yang mengekalkan prinsip undang-undang yang terkandung dalam Kanun Tanah 1926 yang terdahulu. Pendudukan secara haram ini bermaksud sebarang penggunaan ke atas tanah adalah dilarang dengan mengambil perhatian ke atas status tanah tersebut iaitu sama ada tanah Kerajaan atau tanah milik perseorangan. Tiada hak yang boleh melupuskan hak ke atas tanah individu melainkan hendaklah dipohon melalui proses pemindahan hak milik tanah dan telah kelulusan daripada Pihak Berkuasa Negeri. Sebarang hakmilik terhadap tanah boleh menjadi milik hak milik semula Pihak Berkuasa Negeri dalam beberapa keadaan tertentu. Misalnya, tanah-tanah yang dipegang dalam bentuk pajakan yang telah habis tempohnya akan menjadi milikan negeri melainkan pajakan tersebut diperbaharui atau disambung lagi. Tanah pemilikan individu juga boleh dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri apabila berlaku pelanggaran syarat oleh pemiliknya umpamanya kegagalan mengerjakannya, kegagalan membayar cukai, pelanggaran syarat-syarat nyata atau syarat lain yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara atau pelanggaran sekatan-sekatan tertentu yang dikenakan pada tanah berkenaan. Selain itu, tanah milik individu boleh bertukar milik kepada Pihak Berkuasa Negeri jika pemilik tanah tersebut meninggal dunia tanpa meninggalkan waris atau pemilik tanah tersebut menyerahkan semula tanah secara sukarela kepada Pihak Berkuasa Negeri. (Buang, 2003).

2.5.3 Kawasan Saka

Orang Asli mempunyai satu amalan pentadbiran dan guna tanah tanah yang unik iaitu melalui kawasan rayau dan kawasan tanah saka mereka. Amalan pentadbiran tanah ini meliputi penggunaan dan tadbir ruang sama ada di darat, di tasik atau di laut. Setiap kawasan ini ditadbir menggunakan sistem adat mengikut komuniti Orang Asli yang terdapat di kawasan tersebut. Pentadbiran dan pengurusan setiap wilayah adat yang diamalkan oleh setiap kumpulan Orang Asli adalah jelas dan sistematik.

(40)

RUJUKAN

A. Aziz, R. (2000). Perancangan Pembangunan Sosioekonomi : Dasar, Strategi dan Pelaksanaan. Dlm. Negara, Pasaran & Pemodenan Malaysia.

disunting oleh Abdul Rahman Embong. Bangi : UKM

A. Aziz, R. (2001). Pengantar Sosiologi Pembangunan : Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Bakar, A. (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

A. Bakar, Md. S. (1995).Metodologi Penyelidikan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alias, A., Kamaruzzaman, S. N. & Daud, Md. N. (2010). Traditional Land Acquistion and Compensation :The Perception of the Affected Aboriginal People in Malaysia. International Journal of the Physical Science Vol.5. pp.1696 – 1705, 18 September 2010.

Alias, A. & Daud, Md N. (2011). Saka : Adequate Compensation for Orang Asli Native Land. Penerbit Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Amir, J. (2005). Teknik Wawancara. Kuala Lumpur.PTS Professional Publishing. Anaya, S. J., & Williams Jr, R. A. (2001). Protection of Indigenous Peoples' Rights

over Lands and Natural Resources under the Inter-American Human Rights System, The. Harv. Hum. Rts. J., 14, 33.

Andersen, K. E. (2011). Communal Tenure And The Governance Of Common Property Resources In Asia, (April).

Asian Indigenous & Tribal Peoples Network. (2008). The Department Of Orang Asli Affairs, Malaysia : An Agency for Assimilation. New Delhi: India.

Bergstrom, J. C. (2005). Postproductivism and changing rural land use values and preferences, disunting oleh Stephan J. Goetz, James S. Shortle dan John C. Bergstrom. New York. Routledge Taylor &Francis Group.

(41)

Creswell, J.W. (2007). Qualitative Inquiry & Research Design Second Edition. United States of America. Sage Publication.

Colchester, M. & MacKay, F & Griffiths, T. & Nelson, J. (2001). A Survey of Indigenous Land Tenure. United Kingdom :Food and Agriculture Organization of the United Nations.

Cotula, L. & Mayers, J. (2009). Tenure in REDD Start-point or afterthought? United Kingdom : International Institute for Environment and Development (IIED). Dale, P. & Mc Laughlin, J. (2003). Land Administration, United Kingdom

. Oxford University Press.

Duncan, C. R. (Ed.). (2008). Civilizing the margins: Southeast Asian government policies for the development of minorities. NUS Press.

Food And Agriculture Organization Of The United Nations. (2005). Access to rural land and land administration after violent conflicts. Rome,

Ganason, A. (1965). Land Administration System In Malaysia : A Proposal for

Rebranding the Functions of the Federal Lands Commissioner and the Department of Director General of Lands and Mines,1965, 1–7.

Goode, W. J., & Hatt, P. K. (1952). Methods in social research. McGraw-Hill Book Company. Singapura

H. Burton, E. M. & V. Stein, J.& Gartzke, E. (2008). International Organizations Count. Journal of Conflict Resolution, 52(2), 175–188. doi:10.1177/0022002707313687

Hamid, N. A. & Harun, N. & Ismail, N. (2011). Pengambilan Tanah bagi Pembangunan Ekonomi : Isu dan Penyelesaian. Jurnal Undang-Undang & Masyarakat. 135-148.

Hamzah, A., & Bulan, R. (2003). An introduction to the Malaysian legal system. Fajar Bakti.

Ho W. J. (2010). Conflict Management and Resolution. New York. Routledge Taylor & Francis Group.

(42)

Idris, A., Kosman, I., Selamat, M. & Mohd Noor, Y. (2007). Teks Rujukan Kenegeraaan Malaysia Pengajian Am. Local Publication

Institut Tanah dan Ukur Negara, (2013). Alamat di atas talian, http://www.instun.gov.my [Dicapai pada 5 Mei 2013].

Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2012). Alamat di atas talian www.jakoa.gov.my. [Dicapai pada Disember 2012].

Jabatan Kemajuan Orang Asli. (2013). Dasar Pemberimilikan dan Pembangunan Tanah Orang Asli (DPPTOA).

Jabatan Kemajuan dan Hal Ehwal Orang Asli Kanada. (2013). Alamat atas talian, http://www.jakoa.gov.my [Dicapai pada 5 Oktober 2013].

Jabatan Peguam Negara. (2013). Alamat di atas talian , http://www.agc.gov.my [Dicapai pada 15 Ogos 2013].

Jabatan Tanah dan Ukur Sabah. (2013). Alamat di atas talian, http://www.jtu.sabah.gov.my. [Dicapai pada 2 September 2013].

Jayasuriya, K. (Ed.). (2006). Law, capitalism and power in Asia: the rule of law and legal institutions. Routledge.

K. Lazar, M. (nd). Land Concession, Land Tenure and Livelihood Change : Plantation Development in Attapeu Province, Southern Laos. Laos : National University of Laos.

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. http://www.nre.gov.my

[ Dicapai pada 2 Mac 2013]

Kerajaan Malaysia, (2005). Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) 1974, Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia, (2005). Akta Pengambilan Tanah 1960, Kuala Lumpur.

Kerajaan Malaysia, (2005). Akta Perhutanan 1984, Kuala Lumpur.

Kerajaan Malaysia, (2005). Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972. Kuala Lumpur. Kerajaan Malaysia, (2005). Kanun Tanah Negara 1960, Kuala Lumpur.

Kerajaan Malaysia, (2005). Perlembagaan Persekutuan Malaysia Persekutuan, Kuala Lumpur.

Konting, Md. M. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Langton, M. & Palmer, L.(2003). Modern Agreement Making and Indigenous People in Australia: Issues and Trends' 8(1) Australian Indigenous Law Reporter 1-31;

(43)

M. Nor, H. & Idris. S & Aziz, S. & Aziz, A. G. (2001). Manusia, Alam Sekitar dan Pembangunan : Bicara Pengalaman Komuniti Orang Asli. Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

M. Nor, H., Md Nor, A. R., Rostam, K., Mohamed, A. @ E. & Sakawi, Z. (2009) Mengapa kami jadi begini? konflik masyarakat orang Seletar dan pembangunan Iskandar, Johor Bahru, Malaysia (conflicts in the Iskandar development region: the case of Johor Bahru’s Orang Seletar, Malaysia).

Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 5 (2). pp. 16-26. ISSN 2180-2491

Masri, S. (2005). Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors.

Mee, S & Ibrahim, Y. (2009). Komuniti Pembangunan & Transformasi. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Miswan, H., Hakim, A., Hamid, A., Iman, M. & Madya, P. (2009). Seminar Pembangunan Harta Tanah Kebangsaan Menurut Perspektif Islam, Dewan Besar Institut, 1–22.

Mok, S. S. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Perancangan dan Pelaksanaan Penyelidikan Tindakan.

Nicholas, C. (2000). The Orang Asli and the contest for resources: indigenous politics, development and identity in Peninsular Malaysia. Copenhagen: International Work Group for Indigenous Affairs.

Patton, M. Q. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods. Sage Publication, London.

Redzuan, M. (2008). Kepimpinan dan Pembangunan Orang Asli. Dlm. Orang Asli Isu, Transformasi dan Cabaran, disunting oleh Ma’Rof Redzuan & Sajit

S. Gill. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Tasi, S. (2002). Sagong Bin Tasi dan Ors V Kerajaan Negeri Selangor and Ors. 2 MLJ 591, Jurnal Undang-Undang Malaysia. Kuala Lumpur.

Schwartzman, S. & Zimmerman, B. (2005). Conservation Alliances with Indigenous People of the Amazon.

(44)

Smith, A. (1997). Indigenous Research Ethics: Policy, Protocol and Practice. Australian Journal of Indigenous Education, 25(1): 23-29

Suruhanjaya Hak Asasi Kemanusiaan Malaysia. (2009). Suhakam Report On The Murum Hydroelectric Project And Its Impact Towards The Economic, Social And Cultural Rights Of The Affected Indigenous People In Sarawak. Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. (2010). Deklarasi Pertubuhan Bnagsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak Orang Asal. Kuala Lumpur.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia. (2013). Laporan Inkuiri Nasional Mengenai Hak Tanah Orang Asli. Kuala Lumpur.

Sobrevila, C. (2008). The Role Of Indigenus People in Biodiversitf Conservation. The World Bank.

Toh, S. M., & Grace, K. T. (2007). Case study : Sabah forest ownership Food and

Agriculture Organization of the United.

Wall, J. A & Callister, R. R. (1995). Conflits and Its Management. Journal of Management, Issues 3, Volume 21. p 515-588.

Xiao, H. C., Ke, Z. & Xiang, L. (2012). Improving Employee’s Job Satisfaction and Innovation Performance Using Conflict Management. International Journal of Conflict Management. Volume 23, Issues 2, P 151-172.

Yahaya, A., Hashim, S., Ramli, J., Boon, Y. & Hamdan, A. R. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan : Teori, Analisi & Interpretasi Data. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing.

Yusof, R. (1996). Asas Sains Sosial : Dari Perspektif Sosiologi. Kuala Lumpur Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakaria, Z. (2006).Pengambilan Tanah Secara Paksa di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960: Gangguan kepada Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan Malaysia Persekutuan?. Jurnal Syariah. Edisi ke-14, Isu 2, m/s 73-86.

Zaki, P. H., Hamzah, M. Z., Ismail, M. H., Wahidin, K., & Hamid, H. A. (2010).Malay customary tenure and conflict on implementation of colonial land law in Peninsular Malaysia2(2), 33–45.

(45)

Penulis telah dilahirkan pada 5 Oktober 1990 dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Sains Sosial (Antropologi dan Sosiologi) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bermula sebagai Pembantu Penyelidik di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada November 2012 dan melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana pada penghujung Februari 2013 dalam bidang Sains Pengurusan Teknologi. Penulis telah menjadi salah seorang pembentang dalam persidangan Geografi Dan Alam Sekitar Dalam Pembangunan Dan Transformasi Negara di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada Februari 2013. Pada Julai 2013 pula, penulis telah menghadiri Persidangan Penyelidikan Dan Inovasi Kali Kedua 2013 yang telah diadakan di Politeknik Seberang Perai, Pulau Pinang sebagai salah seorang pembentang. Pada November 2013, penulis telah menghadiri Simposium Kebudayaan Indonesia-Malaysia (SKIM) Kali Ke-13 yang telah diadakan di Universitas Padjajaran juga sebagai pembentang. Pada Disember 2014, penulis juga telah menjadi pembentang dalam sebuah persidangan yang telah dianjurkan oleh pihak Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) UTHM. Akhir, pada September 2014 penulis sekali lagi menjadi salah seorang pembentang dalam The International Conference on Business Management and Information Technology (ICBMIT) yang telah diadakan di Kuala Lumpur. Hasil dari pembentangan ini, kertas kerja pemulis telah diterbitkan di dalam jurnal International Journal of Conceptions on Management and Social Sciences.

Referensi

Dokumen terkait

(2) Mengetahui konsentrasi senyawa turunan kalkon hasil sintesis dari miristisin buah pala yang mempunyai aktivitas antibakteri, dan (3) Mengetahui diameter zona

149 Helmawati, Pendidikan Keluarga Teori Dan Praktis, Bandung: PT.. tangga, maka suaminya biasanya naik becak dengan anak-anak sementara ia belanja, komunikasi juga saya

Berdasarkan hasil pembahasan peran sikap profesionalisme auditor internal dalam mengungkapkan temuan audit, maka dapat disimpulkan bahwa audit internal adalah suatu

Materi juga tetap dipersiapkan untuk membantu mahasiswa yang sedang menempuh mata kuliah ‘quantitative analysis for management’ atau disebut juga dengan ‘operation research’

Pembangunan manusia merupakan paradigma pembangunan yang menempatkan manusia (penduduk) sebagai fokus dan sasaran akhir dari seluruh kegiatan pembangunan, yaitu

Bapak dan Ibu Staff pengajar dan karyawan/karyawati Program Studi Diploma 4 Keselamatan dan Kesehatan Kerja Fakultas Kedokteran Universitas Sebelas Maret Surakarta, Mba Eros, Mba

Oleh karena itu maka dengan ini kami memohon bantuan untuk kebutuhan tersebut diatas kepada para dermawan dan donatur sebagai satu langkah upaya kami dalam memberikan

Dalam pengajaran menulis, terutama untuk menulis ilmiah (academic writing) , ada beberapa komponen yang harus dikuasai misalnya pemilihan kata atau diksi, penggunaan