• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pelaksanaan I-Think Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah Daerah Kuala Langat

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pelaksanaan I-Think Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah Daerah Kuala Langat"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Pelaksanaan I-Think Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah Daerah Kuala Langat

Nur Fatihathul Amin Abdul Aziz, Effandi Zakaria

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

_________________________________________________________________________________ Abtrak

Pembudayaan amalan berfikir dengan kreatif dan kritis serta penerapan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam PdP matematik sekolah rendah perlu dilaksanakan secara menyeluruh bagi meningkatkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid. i-Think merupakan alat bantu belajar yang dibina untuk meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid di Malaysia. Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana pelaksanaan i-Think dalam PdP matematik sekolah rendah daerah Kuala Langat sejak mula diperkenalkan pada tahun 2012 dengan mengenalpasti tahap pengetahuan dan kemahiran guru matematik terhadap konsep dan penggunaan peta i-Think, amalan PdP guru matematik dalam pelaksanaan i-Think, serta impak pelaksanaannya kepada pencapaian murid-murid dalam matematik. Sebanyak 68 sampel daripada 48 buah sekolah rendah di daerah Kuala Langat yang terdiri daripada guru yang mengajar mata pelajaran Matematik dipilih secara rawak mudah. Kajian menggunakan instrumen soal selidik dan data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan analisis diskriptif. Hasil analisis daripada dapatan soal selidik dari kalangan guru matematik sekolah rendah di daerah Kuala Langat menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru berada pada tahap yang tinggi tetapi kurang memberi impak yang tinggi kepada pencapaian murid dalam matematik.

Kata kunci: i-Think, KBAT, PdP matematik, pengetahuan dan kemahiran guru

______________________________________________________________________________ PENGENALAN

Penerapan sebanyak 30% soalan-soalan yang melibatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam semua kertas UPSR 2015 oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah menimbulkan isu hangat yang membawa kepada perdebatan di kalangan pendidik dan ibu bapa di peringkat sekolah dan di peringkat jabatan. Biarpun kohot pertama KSSR bakal menduduki UPSR pada tahun 2016, namun penerapan bentuk-bentuk soalan KBAT dalam UPSR sudah bermula sejak dari tahun 2014 lagi. Berita tergempar berkenaan kebocoran soalan UPSR pada tahun 2014 sehingga membawa kepada pengulangan semula bagi kertas mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris telah menyaksikan penurunan kepada pencapaian keseluruhan keputusan ujian tersebut. Namun kebocoran soalan bukanlah menjadi asbab utama kepada penurunan sebanyak 0.02 mata Gred Purata Nasional (GNP) pada tahun itu, sebaliknya disebabkan oleh soalan berbentuk KBAT yang mencabar tahap pemikiran calon. (Berita Wilayah, 2014) Justeru, pendidik bakal berhadapan dengan cabaran baru dalam dunia pendidikan iaitu dalam meningkatkan keupayaan KBAT dalam kalangan murid bermula pada peringkat sekolah rendah lagi.

i-Think amat penting dalam membantu mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid di Malaysia ke arah melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif. Secara teori, istilah i-Think membawa konotasi innovative THINKing (pemikiran inovatif), di mana melalui pelaksanaannya dalam PdP, murid-murid dapat dibekalkan dengan kemahiran berfikir yang mantap. Secara fizikal, i-Think merupakan suatu alat bantu belajar yang dibina untuk menggalakkan kemahiran berfikir dalam kalangan murid di semua peringkat melalui simulasi visual. Justeru, i-Think bertindak sebagai bahan sokongan untuk membantu murid mengorganisasikan buah fikiran mereka dalam pelbagai bentuk peta pemikiran, sebagaimana yang dijelaskan oleh (Sharifah Nor Puteh et al. 2012) bahawa berfikir merupakan satu proses mental atau aktiviti mental untuk mencari makna. Sehubungan itu, pendedahan kepada lapan peta pemikiran

(2)

i-THINK di dalam PdP dapat menjadi pencetus kepada proses berfikir murid-murid seterusnya menjadi tapak yang kukuh untuk mereka menyalurkan dan menyusun atur idea-idea mengikut keutamaan. Pendedahan peta pemikiran i-Think akan membantu murid untuk menvisualisasi dan menyusun atur idea-idea mereka dengan lebih sistematik. Ianya bertepatan dengan pendapat (Jamal Ahmed Badi,2008) yang mengatakan pengajaran kemahiran kreatif perlulah menekankan pemikiran visual (visual thinking). Secara tidak langsung, budaya berfikir ini akan menjadi suatu kebiasaan dalam kalangan murid, di samping membantu murid untuk memperoleh kemahiran berfikir aras tinggi dan menghargai setiap ilmu yang dikuasai mereka.

Rajah 1: Lapan Peta Pemikiran i-Think

Pelaksanaan i-THINK dalam PdP matematik juga bertujuan untuk menggalakkan murid berfikir pada aras tinggi bagi membantu murid memahami sesuatu konsep matematik dengan baik. (McGregor 2007) menekankan kemahiran berfikir dalam pengajaran kerana ia adalah teras kepada sesuatu pembelajaran. Semasa menyelesaikan sesuatu masalah matematik, murid perlu memahami konsep (Moyer: 2001, Sophian & Crosby: 2008), menguasai kemahiran dan boleh mengaplikasi dalam kehidupan seharian (Grimm 2008). Peta pemikiran i-THINK berperanan untuk membantu murid memahami konsep melalui cetusan-cetusan pemikiran mereka sendiri dengan menggambarkannya ke dalam peta-peta pemikiran yang tersedia. Ianya selari dengan pendapat (Effandi Zakaria & Abd Razak Habib 2006) bahawa apabila pelajar terlibat secara langsung dengan proses pembelajaran, maka pembelajaran itu lebih memberi makna kepada mereka. Hasil kajian yang telah dilakukan oleh Looi (2012) mendapati penggunaan peta minda membolehkan murid mengelaskan sesuatu konsep dengan baik.

Tidak banyak kajian berkenaan konsep i-Think telah dijalankan semenjak program ini diperkenalkan pada tahun 2012. Walaubagaimanapun, beberapa kajian yang dapat dikenalpasti adalah dipelopori oleh guru-guru pelatih dari institut perguruan seluruh Malaysia dalam bentuk kajian tindakan. Antaranya adalah hasil kajian yang telah dilakukan oleh Looi (2012) dan Geetha (2010) yang mendapati penggunaan peta minda membolehkan murid mengelaskan sesuatu konsep dengan baik sewaktu pembelajaran dijalankan. Lee & Gan (2012) dalam penulisan refleksinya mencatatkan bahawa peta pemikiran dapat membantu murid dalam mengorganisasikan pemikiran mereka, memudahkan pemahaman serta membantu pelajar membentangkan idea-idea bernas dan baru.

Terdapat juga kajian-kajian sumbangan daripada para pengkaji tempatan dan antabangsa yang boleh diambil kira terutamanya dalam bidang gaya berfikir dan penggunaan peta minda khususnya.

(3)

meningkatkan pencapaian murid dan bagi menarik minat murid untuk mengikuti PdP. Penyataan ini selari dengan Sousa (2007) yang berpendapat bahawa objektif pembelajaran dapat dicapai dengan optimum jika guru mengguna pendekatan konkrit, piktorial dan abstrak dalam memperkenal konsep baru dalam matematik. Dari sudut pembentukan sikap murid pula, kajian Muhamad Sidek Said & Ahamad Rahim (2012) dan Muhamad Sidek Said (2013) menunjukkan amalan pengajaran guru melalui peta pemikiran ini telah merubah tingkahlaku murid kepada lebih positif dan tekun walaupun dipraktikkan dalam masa yang singkat. Novak dan Gowin (1984) berpendapat bahawa pembelajaran bermakna dan berkesan dapat dilakukan melalui strategi kognitif pembelajaran dan pengajaran melalui pengaplikasian peta konsep, di mana mereka menggunakan peta minda seperti hirarki, rantaian dan sarang labah-labah.

Sejak diperkenalkan dalam sitem pendidikan pada tahun 2012 dan berkembang ke seluruh sekolah rendah dan menengah hingga ke hari ini, program i-Think seolah-olah dipandang sepi oleh para pendidik. Biarpun hasrat utama pelaksanaannya adalah untuk menyokong dan membantu guru dan murid dalam memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pelbagai kursus dan program telah dijalankan di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru berkenaan konsep dan prinsip yang mendasari i-Think, serta mendedahkan guru kepada penggunaan lapan peta pemikiran i-Think yang bersesuaian dengan konteks mata pelajaran masing-masing. Tidak kurang juga dengan kursus penataran di peringkat sekolah berkaitan program i-Think bagi memastikan semua guru mendapat pendedahan yang cukup dan kefahaman yang mendalam sebelum i-Think dibawa ke PdP masing-masing. Contohnya, PPD Kuala Langat turut mengadakan Program Bimbingan Nukleus i-Think, yang mana program ini memberi bimbingan i-Think kepada sekolah-sekolah di sekitar Kuala Langat melalui Sekolah Mentor Negeri Selangor yang merupakan antara sekolah rintis i-Think pada tahun 2012. Terdapat juga latihan penggunaan peta pemikiran i-Think atas talian yang dilancarkan pada tahun 2015 yang mewajibkan para guru melayari dan membuat latihan secara atas talian bagi meningkatkan kompetensi guru dalam penggunaan peta pemikiran tersebut. Melalui pendedahan yang diberi, guru-guru dan murid-murid diharap dapat mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama. (KPM, 2013) Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana pelaksanaan i-Think dalam PdP matematik sekolah rendah daerah Kuala Langat.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian tinjauan ini melibatkan kaedah kuantitatif bagi mengenalpasti tahap pengetahuan guru berkenaan i-Think, tahap kemahiran guru dalam menggunakan lapan peta pemikiran i-Think, amalan PdP matematik yang berdasarkan prinsip dan konsep i-Think dan impak pelaksanaan i-Think kepada pencapaian murid dalam matematik. Kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat dalam bentuk pendapat, sikap dan persepsi sesuatu populasi daripada respons individu yang dijadikan sampel. (Creswell, 2008) Kajian ini secara umumya adalah untuk melihat sejauh mana pelaksanaan i-Think dalam PdP matematik sekolah rendah di daerah Kuala Langat sejak mula diperkenalkan pada tahun 2012. Bagi mendapatkan data daripada sampel kajian, pengkaji menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada penyelidikan oleh Bahagian Pembangunan Guru (BPG) di Malaysia bagi mengkaji ‘Impak Pelaksanaan Latihan Guru Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Mata Pelajaran Matematik.’

Instrumen soal selidik ini terbahagi kepada enam bahagian; bahagian A - maklumat demografi responden, bahagian B - pengetahuan berkaitan i-Think mengandungi 12 item, bahagian C - kemahiran penggunaan peta i-Think dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) Matematik mengandungi lapan item, bahagian D – kekerapan amalan PdP berdasarkan prinsip i-Think mengandungi 10 item, bahagian E - impak pelaksanaan i-Think terhadap pencapaian murid mengandungi 15 item dan bahagian F - soalan terbuka yang menggalakkan responden memberi pendapat berkenaan pelaksanaan i-Think dan cadangan penambahbaikan untuk memastikan keberkesanan program i-Think. Instrumen ini telah diubahsuai mengikut kesesuaian kajian agar dapat mencapai objektif utama kajian. Penggunaan istilah KBAT dalam instrumen yang diadaptasi telah diganti dengan istilah i-Think.

(4)

Populasi kajian terdiri daripada guru-guru di 48 buah sekolah rendah di daerah Kuala Langat yang mengajar mata pelajaran Matematik. Pemilihan ini adalah disebabkan oleh pencapaian keseluruhan UPSR daerah Kuala Langat dalam mata pelajaran Matematik sangat tidak memberangsangkan. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan untuk memilih sampel kajian. Senarai nama guru yang mengajar matematik di sekolah-sekolah rendah dalam daerah diminta daripada pihak pentadbir sekolah dan cabutan undi telah dijalankan bagi memilih seorang sahaja guru matematik bagi mewakili populasi guru matematik dalam daerah ini. Bagi sekolah yang mempunyai jumlah murid lebih dari 1000 orang, dua orang guru dipilih secara cabutan undi. Justeru, tidak semua subjek dalam populasi dipilih sebagai responden. Pada akhirnya, jumlah sampel adalah seramai 68 orang.

Kesahan Dan Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Menurut Murphy dan Davidshofer (2005), kesahan kandungan adalah kemampuan sesuatu ujian atau instrumen menguji pengetahuan, kemahiran dan tingkah laku sampel yang mengambil ujian. Justeru, dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan pengujian kesahan kandungan,yang dilakukan melalui penelitian pakar, iaitu 5 pemegang PhD dalam jurusan pendidikan matematik yang merangkumi empat prosedur utama yang biasa diguna dalam menentukan kesahan sesuatu ujian, iaitu; aspek kesahan kandungan, muka, konstruk dan hubungan-kriteria. Kesahan konstruk membuktikan kekuatan hubungan sesuatu konsep dalam konstruk yang diuji. Kesahan konstruk yang tinggi menunjukkan wujudnya kekuatan sesuatu konsep dalam gagasan yang diuji (Siti Rahayah 2003).

Soal selidik yang telah diisi oleh responden dikumpul semula oleh pengkaji untuk tujuan penganalisisan data. Pada peringkat awal, soal selidik yang dikumpul semula disemak terlebih dahulu bagi memastikan ianya telah diisi dengan lengkap serta menepati kehendak arahan. Soal selidik yang didapati tidak diisi dengan lengkap serta tidak menepati kehendak arahan akan diabaikan. Sebanyak 8 set soal selidik didapati tidak diisi dengan lengkap. Oleh itu, hanya data dari 55 set soal selidik sahaja yang akan dianalisis dengan menggunakan program Computer Package for Social Sciences (SPSS) versi22. Data-data kuantitatif yang didapati daripada 55 set soal selidik yang telah lengkap diisi oleh responden dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif, iaitu skor min, kekerapan dan peratusan.

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Jadual 1 menunjukkan profil bagi 55 orang responden kajian secara terperinci berdasarkan lima faktor demografi iaitu jantina, kelayakan dan pengkhususan akademik, pengalaman mengajar mata pelajaran matematik dan pendedahan berkaitan i-Think. Profil responden ini memainkan peranan penting untuk meningkatkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan kajian, di mana semua reponden yang terlibat mempunyai homogeniti yang sama bagi mencapai objektif kajian.

Jadual 1 Demografi Responden

Faktor Demografi N Faktor Frekuensi Peratus (%)

Jantina 55 Lelaki Perempuan 16 39 29.1 70.9 Kelayakan akademik 55 Sijil Diploma Ijazah Sarjana 2 12 40 1 3.6 21.8 72.7 1.8

(5)

Pengkhususan akademik 55 Matematik Lain-lain 36 19 65.5 34.5 Pengalaman mengajar matematik 55 ≤5 Tahun 6 – 10 Tahun 11 – 15 Tahun ≥16 Tahun 21 14 12 8 38.2 25.5 21.8 14.5 Pendedahan berkaitan i-Think 55 Ya Tidak 53 2 96.4 3.6 Tahap Pengetahuan Guru Berkaitan i-Think

Jadual 2 menunjukkan tahap pengetahuan guru berkaitan i-Think berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Nilai min tahap pengetahuan guru dibahagikan kepada 5; 1.00 – 1.80 (sangat rendah), 1.81 – 2.61 (rendah), 2.62 – 3.42 (sederhana), 3.43 – 4.23 (tinggi) dan 4.24 – 5.00 (sangat tinggi).

Jadual 2 Kekerapan (peratus%) dan min tahap pengetahuan guru berkaitan i-Think Bil Aspek Sangat lemah Lemah Sederhana Baik Sangat

baik Min 1 Prinsip i-Think 1 (1.8) 3 (5.5) 26 (47.3) 21 (38.2) 4 (7.3) 3.44 2 Isu-isu i-Think 1 (1.8) 3 (5.5) 27 (49.1) 21 (38.2) 3 (5.5) 3.40 3 Konsep i-Think 1 (1.8) 1 (1.8) 22 (40.0) 26 (47.3) 5 (9.1) 3.60 4 Kepentingan i-Think 1 (1.8) 1 (1.8) 21 (38.2) 24 (43.6) 8 (14.5) 3.67 5 Aras kognitif dalam i-Think 1 (1.8) 2 (3.6) 23 (41.8) 23 (41.8) 6 (10.9) 3.56 6 Ciri-ciri umum i-Think 1 (1.8) 2 (3.6) 20 (36.4) 27 (49.1) 5 (9.1) 3.60 7 Jenis-jenis peta i-Think - 2 (3.6) 18 (32.7) 18 (32.7) 17 (30.9) 3.91 8 i-Think salah satu aspirasi dalam PPPM 1 (1.8) 2 (3.6) 19 (34.5) 26 (47.3) 7 (12.7) 3.65 9 Ciri-ciri item TIMSS 6 (10.9) 4 (7.3) 26 (47.3) 17 (30.9) 2 (3.6) 3.09 10 Ciri-ciri item PISA 6 (10.9) 6 (10.9) 23 (41.8) 18 (32.7) 2 (3.6) 3.07 11 Pendekatan Model dan Heuristik 4 (7.3) 7 (12.7) 24 (43.6) 19 (34.5) 1 (1.8) 3.11 12 Penyelesaian Masalah Berstruktur 1 (1.8) 5 (9.1) 23 (41.8) 25 (45.5) 1 (1.8) 3.36

Secara keseluruhan, guru-guru matematik daerah Kuala Langat didapati mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi terhadap prinsip dan konsep i-Think, kepentingan i-Think, aras kognitif dalam i-Think, ciri-ciri umum dan jenis peta-peta i-Think, serta mereka menyedari bahawa i-Think

(6)

adalah salah satutoolyang menyokong kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), yang merupakan salah satu aspirasi dalam PPPM. Ini mungkin disebabkan oleh pendedahan dan penataran di peringkat sekolah kepada hampir 96% orang guru berkaitan i-Think. Namun, pengetahuan guru-guru didapati masih berada di tahap sederhana terhadap bentuk-bentuk soalan dalam PISA dan TIMMS mungkin disebabkan oleh pelaksanaan PISA dan TIMMS di Malaysia yang tidak menyeluruh dan hanya melibatkan sekolah-sekolah tertentu sahaja. Justeru, guru-guru tidak begitu terdedah dengan bentuk-bentuk soalan dalam ujian tersebut.

Kemahiran Guru Menggunakan Peta Pemikiran I-Think

Jadual 3 memperincikan tahap kemahiran guru menggunakan peta pemikiran i-Think. Nilai min tahap kemahiran guru dibahagikan kepada 5; 1.00 – 1.80 (sangat rendah), 1.81 – 2.61 (rendah), 2.62 – 3.42 (sederhana), 3.43 – 4.23 (tinggi) dan 4.24 – 5.00 (sangat tinggi).

Jadual 3 Kekerapan (peratus %) dan min tahap kemahiran guru menggunakan peta pemikiran i-Think Bil Aspek Tidak mahir Kurang mahir Sederhana

mahir Mahir Sangatmahir Min 1 Peta Bulatan 1 (1.8) 2 (3.6) 18 (32.7) 21 (38.2) 12 (23.6) 3.78 2 Peta Buih 1 (1.8) 1 (1.8) 18 (32.7) 22 (40.0) 13 (23.6) 3.81 3 Peta Buih Berganda 1 (1.8) 2 (3.6) 22 (40.0) 21 (38.2) 9 (16.4) 3.64 4 Peta pokok - 2 (3.6) 21 (38.2) 21 (38.2) 11 (20.0) 3.75 5 Peta dakap 1 (1.8) 5 (9.1) 20 (36.4) 23 (41.8) 6 (10.9) 3.51 6 Peta alir - 3 (5.5) 19 (34.5) 26 (47.3) 7 (12.7) 3.67 7 Peta pelbagai alir - 5 (9.1) 23 (41.8) 23 (41.8) 4 (7.3) 3.67 8 Peta titi 4 (7.3) 5 (9.1) 19 (34.5) 21 (38.2) 6 (10.9) 3.36 Secara keseluruhan nilai min menunjukkan tahap kemahiran guru berada pada tahap yang tinggi bagi tujuh peta pemikiran yang pertama dan berada pada tahap sederhana bagi kemahiran menggunakan peta titi. Hanya seorang guru yang menilai kemahiran mereka di tahap tidak mahir dalam peta bulatan, buih, buih berganda dan dakap. Sementara empat orang guru sahaja yang tidak mahir dalam peta titi. Ini mungkin disebabkan oleh fungsi peta titi yang begitu terhad untuk mata pelajaran matematik. Peta titi biasanya diguna untuk membuat analogi, di mana ianya membantu menyenaraikan beberapa pasangan butiran yang berkaitan antara satu sama lain supaya dapat memahami perkara-perkara di dunia yang mempunyai hubungan yang serupa.

Amalan Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Berdasarkan Prinsip I-Think

Jadual 4 menunjukkan kekerapan amalan PdP matematik guru berdasarkan prinsip i-Think mengikut bilangan dan peratus guru, serta min bagi kekerapan amalan guru setiap minggu. Nilai min adalah 1.00 – 1.60 (sangat rendah), 1.61 – 2.21 (rendah), 2.22 – 2.82 (sederhana), 2.83 – 3.43 (tinggi) dan 3.44 – 4.00 (sangat tinggi).

(7)

Jadual 4 Kekerapan (peratus %) dan min amalan PdP berdasarkan i-Think

Bil Aspek Tidak

pernah Kadang-kadang (Sekali seminggu) Kerap (2-3 kali seminggu) Selalu (≥3 kali seminggu) Min

1 Beri peluang murid beri

pandangan - 20 (36.4) 25 (45.5) 10 (18.2) 2.82 2 Bimbing murid

selesaikan perselisihan pendapat

- 15 (27.3) 32 (58.2) 8 (14.5) 2.87 3 Dengar pendapat murid - 14 (25.5) 33 (60.0) 8 (14.5) 2.89 4 Galak murid menaakul - 16 (29.1) 31 (56.4) 8 (14.5) 2.85 5 Laksana wacana

matematik 1 (1.8) 26 (47.3) 24 (43.6) 4 (7.3) 2.56 6 Guna peta i-Think 1 (1.8) 35 (63.6) 14 (25.5) 5 (9.1) 2.42 7 Guna pendekatan penyelesaian masalah berstruktur 1 (1.8) 20 (36.4) 31 (56.4) 3 (5.5) 2.65 8 Guna pendekatan heuristik lain 6 (10.9) 27 (49.1) 19 (34.5) 3 (5.5) 2.35 9 Guna teknik penerangan - 11 (20.0) 33 (60.0) 11 (20.0) 3.00 10 Guna soalan bukan

rutin 2 (3.6) 18 (32.7) 33 (60.0) 2 (3.6) 2.64 Berdasarkan jadual 4, jumlah peratus tertinggi, 80% bagi sepuluh amalan PdP matematik berdasarkan prinsip i-Think berada pada ukuran kerap. Ini bermakna guru-guru telah menerapkan prinsip i-Think dalam PdP sebanyak dua hingga tiga kali seminggu. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa murid-murid telah diberi pendedahan berkenaan prinsip i-Think setiap kali berinteraksi dengan guru sekurang-kurang dua kali seminggu. Jika dibandingkan dengan jumlah minimum interaksi guru dan murid, tiga kali seminggu, pendedahan sebanyak dua kali seminggu adalah amat baik. Penggunaan peta i-Think dan pendekatan heuristik yang lain pula dilaksanakan oleh guru secara kadang-kadang iaitu sekali seminggu. Sekurang-kurangnya, guru mampu mengadaptasi penggunaan peta i-Think dalam PdP mereka. Secara keseluruhan min menunjukkan hampir 50% daripada amalan yang tersenarai diamalkan dan dilaksanakan oleh guru dalam PdP. Ini menggambarkan terdapat usaha-usaha dari kalangan guru untuk menerapkan prinsip-prinsip yang mendasari program i-Think dalam PdP mereka setiap minggu.

Amalan pengajaran dan pembelajaran matematik berdasarkan prinsip i-Think dilihat melalui kekerapan guru menjalankannya secara mingguan. Amalan PdP guru tidak hanya dinilai berdasarkan adaptasi i-Think semasa pelaksanaan PdP semata-mata, tetapi turut dinilai dari segi pelaksanaan dan penerapan prinsip-prinsip di sebalik i-Think itu sendiri. Contohnya, membuka peluang kepada murid untuk memberi pandangan, membimbing murid menyelesaikan perselisihan pendapat, mendengar pendapat murid dengan teliti, menggalakkan murid menaakul bagi memperkembang minda dan idea mereka, melaksana wacana matematik, serta mempelbagai teknik PdP menggunakan pendekatan penyelesaian masalah berstruktur, pendekatan heuristik lain, teknik penerangan dan soalan bukan rutin. Jumlah waktu yang diperuntukkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) untuk mata pelajaran Matematik hanyalah enam waktu sahaja. Ini bermakna, jumlah minimum interaksi guru dan murid adalah tiga kali seminggu sahaja.

(8)

Impak Pelaksanaan i-Think Terhadap Pencapaian Murid

Jadual 5 menggambarkan dapatan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min impak pelaksanaan i-Think terhadap pencapaian murid dalam matematik berdasarkan penilaian responden. Nilai min menunjukkan tahap impak, di mana min 1.00 – 1.80 (sangat rendah), 1.81 – 2.61 (rendah), 2.62 – 3.42 (sederhana), 3.43 – 4.23 (tinggi) dan 4.24 – 5.00 (sangat tinggi).

Jadual 5 Kekerapan (peratus %) dan min impak pelaksanaan i-Think terhadap pencapaian murid

Bil Aspek Sangat

lemah Lemah Sederhana Baik Sangatbaik Min

1 Lebih faham soalan - 1

(1.8) (32.7)18 35 (63.6) (1.8)1 3.65 2 Integrasikan maklumat - 2

(3.6) (36.4)20 32 (58.2) (1.8)1 3.58 3 Banding beza 2 elemen - 4

(7.3) (49.1)27 (41.8)23 (1.8)1 3.38 4 Kenalpasti pilihan dalam

selesaikan masalah - (1.8)1 (49.1)27 (47.3)26 (1.8)1 3.49 5 Banding beza pilihan dalam

selesaikan masalah - (7.3)4 (41.8)23 (49.1)27 (1.8)1 3.45

6 Buat keputusan tepat - 3

(5.5) (50.9)28 24 (43.6) - 3.38 7 Kenalpasti kesilapan dalam

pengiraan - (3.6)2 (38.2)21 32 (58.2) - 3.55

8 Betulkan kesilapan dalam

pengiraan - (3.6)2 (34.5)19 34 (61.8) - 3.58

9 Buat refleksi - 5 (9.1) 24

(43.6) (47.3)26 - 3.38 10 Kenalpasti kesan masalah - 4

(7.3) (43.6)24 (49.1)27 - 3.42 11 Lakukan tugas secara kritis - 5 (9.1) 25

(45.5) 25 (45.5) - 3.36 12 Lakukan tugas secara kreatif - 4

(7.3) (45.5)25 25 (45.5) (1.8)1 3.42 13 Lakukan tugas secara

inovatif - (7.3)4 (49.1)27 (41.8)23 (1.8)1 3.38 14 Buat andaian/ ramalan - 5 (9.1) 23

(41.8) 25 (45.5) (3.6)2 3.44 15 Selesaikan masalah dengan

komunikasi matematik berkesan

- 2

(3.6) (47.3)26 (47.3)26 (1.8)1 3.47 Nilai min dalam Jadual 5 menunjukkan pelaksanaan i-Think memberi impak yang tinggi kepada kefahaman murid terhadap kehendak soalan dan meningkatkan kemahiran mengintegrasikan pelbagai maklumat sebelum membuat sesuatu keputusan. Selain itu, pelaksanaan i-Think juga memberi impak yang tinggi dalam membantu murid mengenalpasti dan membanding beza pelbagai pilihan yang ada dalam menyelesaikan masalah serta mengenalpasti dan memperbetul kesilapan dalam langkah pengiraan yang mereka lakukan. Keupayaan membuat andaian atau ramalan berdasarkan situasi dan menyelesaikan masalah dengan komunikasi matematik yang berkesan juga dilihat sebagai impak yang tinggi terhadap pelaksanaan i-Think dalam PdP. Impak yang lain berada pada tahap sederhana, iaitu min di antara 3.36 hingga 3.42. Walau bagaimanapun, nilai min tersebut adalah lebih hampir kepada tahap tinggi, di mana pelaksanaan i-Think dalam PdP dilihat masih memberi impak yang positif

(9)

dilihat masih memberi impak yang positif terhadap pencapaian murid dalam matematik. Murid didapati berada pada tahap sederhana dalam membuat refleksi sebelum membuat sesuatu keputusan, mengenalpasti kesan kepada sesuatu masalah dan melakukan tugas secara lebih kritis, kreatif dan inovatif. Namun begitu, pencapaian murid dalam elemen-elemen ini masih boleh diperbaiki dengan latihan yang berterusan.

KESIMPULAN

Hasil analisis daripada dapatan soal selidik dari kalangan guru matematik sekolah rendah di daerah Kuala Langat menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran guru berada pada tahap yang tinggi tetapi kurang memberi impak yang tinggi kepada pencapaian murid dalam matematik. Ini mungkin disebabkan oleh kekangan yang dihadapi dalam melaksanakan i-Think dalam PdP matematik. Antara kekangan yang dihadapi adalah;

Sistem Berasaskan Peperiksaan

Sistem pendidikan Malaysia sebelum ini yang berasaskan peperiksaan memberi tekanan kepada murid dalam menghafal & mengimbau fakta-fakta. Walaupun ini membantu murid menimba ilmu pengetahuan, mereka kini perlu mengambil langkah seterusnya & membangunkan kemahiran bagi menggunakan pengetahuan tersebut untuk membolehkan mereka berjaya dalam persekitaran dunia yang sentiasa berubah. Menurut Johnson & Price (2000), menghafal menyebabkan seseorang tidak dapat menerangkan idea dalam perkataan sendiri, tidak dapat melihat bagaimana untuk mengaplikasikan idea ke dalam situasi kehidupan yang sebenar dan tidak dapat melihat kerelevanan idea tersebut di luar bilik darjah.

Kesukaran untuk Menerima Perubahan

Kajian keberkesanan pelaksanaan perubahan kurikulum menunjukkan guru-guru kurang memahami, sama ada dari segi strategi pengajaran ataupun matlamat pembaharuan kurikulum. (Sharifah Nor Puteh et al 2012) Malah kajian terhadap pelaksanaan inovasi kurikulum telah menunjukkan guru sebagai pelaksana telah mengubah inovasi sehingga terdapat banyak perbezaan antara perkara yang diamalkan di dalam bilik darjah dengan perkara yang dikehendaki oleh kurikulum.

Kesediaan Guru

Kesediaan guru yang bertindak sebagai pelaksana merupakan faktor penting dalam menjamin kejayaan sesuatu perubahan kurikulum (Fullan 2007), terutamanya apabila melibatkan amalan dan budaya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan pelaksanaan inovasi dalam kurikulum dipengaruhi oleh jenis dan intensiti keprihatinan yang dialami oleh para guru. Jika guru prihatin terhadap inovasi, maka perubahan dalam kurikulum akan dapat dilaksanakan dengan baik dan sebaliknya pula berlaku jika guru tidak prihatin terhadap perubahan kurikulum

Pendidikan di peringkat sekolah rendah merupakan asas kepada pembentukan intelek seseorang individu. Justeru sebagai sebuah program yang dijana untuk mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid, objektif utama pelaksanaan i-Think dalam PdP adalah untuk melahirkan murid yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif dan memupuk KBAT di kalangan murid agar mampu berdaya saing di peringkat negara dan seterusnya antarabangsa. (KPM, 2013) Abu Bakar Nordin (2013) menyifatkan i-Think sebagai salah satu kekuatan transformasi pendidikan yang dapat memupuk kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid.

Menyedari kepentingan penerapan kemahiran berfikir kepada murid di peringkat seawal sekolah rendah, beberapa garis panduan telah dibekalkan KPM kepada para guru berkenaan pelaksanaan i-Think dalam PdP, khususnya PdP Matematik. Antaranya ialah, guru dan murid perlu menggunakan lapan peta pemikiran sebagai bahan bantu belajar dan mengamalkan teknik menyoal dan menaakul mengikut Taksonomi Bloom dan Versi Lorin Anderson dalam usaha meningkatkan KBAT di kalangan murid. (KPM, 2013) Berdasarkan Taksonomi Bloom, penguasaan sesuatu konsep akan tercapai apabila murid mampu mempamerkan KBAT berkaitan pengetahuan yang diajar. (Dani Asmadi Ibrahim & Kamisah Osman 2011) Mereka percaya bahawa KBAT melibatkan transformasi

(10)

maklumat dan idea yang disumbangkan oleh murid-murid itu sendiri. Ini berlaku apabila wujudnya suasana PdP matematik yang menggalakkan dan membenarkan murid-murid untuk menggabungkan fakta-fakta dan idea-idea untuk mensintesis, membuat generalisasi dan penjelasan kepada sesuatu konsep matematik.Pelaksanaan i-THINK di dalam PdP Matematik diharap dapat meningkatkan pencapaian semua murid dalam memahami sesuatu konsep Matematik dan memberikan murid keupayaan untuk mengaplikasi segala konsep yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Di samping itu, penerapan i-Think dalam kalangan murid sekolah rendah dapat merapatkan jurang tahap kognitif antara murid cemerlang dan lemah di peringkat menengah dan di peringkat seterusnya. Secara amnya, besar harapan rakyat agar dengan pelaksanaan projek i-THINK secara meluas ke seluruh negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi di mana pada alaf 21, negara kita bukan hanya bergantung kepada sumber alam untuk meningkatkan ekonomi, bahkan bakal menjana ekonomi daripada hasil intelek rakyatnya.

RUJUKAN

Abu Bakar Nordin. 2013. Kurikulum Ke Arah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif.Jurnal Kurikulum dan Pengajaran Asia Pasifik 1(1)

Aida Suraya Md. Yunos. 1997. Skim Nombor Perpuluhan. Tesis Phd (Tidak diterbitkan).

Allport, G. W. 1937. Personality-A Psychological Intrepretation. New York: Henry Holt & Company.

Amnah Zanariah Abd. Razak & Norzaini Azman. 2012. Stail berfikir dan stail pembelajaran pelajar jururawat: Satu kajian kes di Kolej Jururawat Murni. AJTLHE4(1): 14-31.

Atherton, J. S. 2013 Learning and Teaching; Piaget's developmental theory http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm (12 Oktober 2014)

Berita Harian.2012. 1000 Sekolah lagi laksana i-THINK. 19 November.

Bhavani Sridharan and Kinshuk. 2003. Reusable Active Learning System for Improving the Knowledge Retention and Better Knowledge Management. Dalam. Devedzic, V., Spector, J. M. Sampson, D. G. and Kinshuk.The 3rd IE International Conference on Advanced Learning Tec hnologies Conference Proceedings.Los Alamitos : IEEE Computer Society. 72-75. Bond, L. 2004. Using contextual knowledge to make abstract learning concrete. Techniques.

http://www.acteonline.org/members/techniques/jan04_feature4.cfm (17 Jun 2014).

Clifford, M. & Wilson, M. 2000. Contextual teaching, professional learning, and studenexperiences: lessons learned from implementation. Educational brief no.2. Madison: Center on Education and Work, University of Wisconsin-Madison. http://www.wisc.edu/teachnet (15 Jun 2014). Cockroft, W. H. 1986. Mathematics Counts. London: HMSO

Creswell, J.W. 2008. Education research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research, Ed. Ke-3. New York: Pearson International Edition.

D' Augustine, C. H. 1973. Multiple Methods of Teaching Mathematics in the Elementary School. New York: Harper & Row Publisher.

Dani Asmadi Ibrahim & Kamisah Osman. 2011. Kemahiran berfikir aras tinggi, pengajaran tajuk Model Atom dan pencapaian objektif kursus Kimia. Seminar Majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA pada 27-28 September 2011.

Desforges, C. & Cockburn, A. 1987. Understanding the Mathematics Teacher: A Study of Practice in First School. New York: The Falmer Press

Dunn, R. & Biggs, S. 1995. A meta-analytic validation of the Dunn and Dunn model of learning style preferences.Jurnal of Educational Research88(6): 353-362.

Effandi Zakaria & Abd Razak Habib. 2006. Kesan pembelajaran koperatif ke atas pelajar matrikulasi dalam mata pelajaran matematik. Jurnal Teknologi45:43-62

Flansburg, S. 1994. Math Magic. Harper Perennial: New York

Forsten, C. 1992. Teaching Thinking and Problem Solving in Math. Scholastid Professional Books: New York

(11)

Genc, Z. S. 2008. Critical thinking tendencies among teacher candidates. Educational Sciences: Theory and Practice8(1): 107-116.

Grasha, A. F. 1996. Teaching with style: A practical guide to enhancing learning by understanding teaching and learning style. Pittsburgh: Alliance Publishers.

Grimm, K. J. 2008. Longitudinal associations between reading and mathematics achievement. Developmental Neuropsychology33: 410–426.

Hamzan Omar. 2006. Perkaitan stail berfikir dan stail belajar dengan pencapaian dan daya saing pelajar MRSM. Tesis Ijazah Kedoktoran Fakulti Pendidikan UKM Bangi.

Hasanuddin. 2009. Stail berfikir, stail pengajaran dan stail pembelajaran. Tesis Ijazah Kedoktoran Fakulti Pendidikan UKM Bangi.

Huitt, W., & Hummel, J. 2003. Piaget's theory of cognitive development. Educational Psychology Interactive. Valdosta, GA: Valdosta State University

Husen, T. & Postlethwaite, T. N. 1970. The International Encyclopedia of Education: Research and Studies. Volume 3(D-E): 1395. Pergamon Press: New York.

Ibrahim Md. Noh 1994. Reformasi Pendidikan Matematik. Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Pakar Pendidikan Matematik Rendah. Bangi: BPG.

i-THINK - Melahirkan Inovator Generasi Masa Depan Malaysia http://www.ithink.org.my/BmHome/Page/AboutUs (4 Disember 2012)

Jamal Ahmed Badi. 2008. Teaching creative thinking skills and its challenges, strategies and future implications: A narrative of IIUM experience.Journal of Islam in Asia5(1): 169-188.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Dasar-dasar Kementerian Pelajaran Malaysia: Soalan-soalan lazim.Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2013.Program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Konsep KBAT. Lee Hou Yew & Gan We Ling. 2012. Penggunaan Peta Pemikiran I-Think Dalam Pengajaran Dan

Pembelajaran. Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Guru 2012, Bukit Gambang Resort, Oktober 2012.

Loo, R. 2004. Kolb’s Learning styles and learning preferences. Is there a linkage? Educational Psychology24(1): 146-153.

Looi Kuang Siang. 2012. Pengguaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman dan Ingatan Murid Tahun 4 dalam Subjek Sains. Seminar Penyelidikan Tindakan. IPG Kampus Batu Lintang Tahun 2012.

Mayesky, M. 2012. Creative Activities for Young Children, Tenth Edition. United States of America: Nelson Education, Ltd.

McDonough, J. R. & Osterbrink, J. 2005. Learning styles: An issue in clinical education. AANA Journal73(2): 89-94.

McGregor, D. 2007. Developing thinking developing learning: A guide to thinking skills in education. New York: McGraw-Hill

McLeod, S. A. 2007. Lev Vygotsky. http://www.simplypsychology.org/vygotsky.html (12 Oktober 2014)

Moyer, P. S. 2001. Are We Having Fun Yet? How Teachers Use Manipulatives to Teach Mathematics.Educational Studies in Mathematics. 47(2): 175-197.

Muhamad Sidek Said & Ahamad Rahim. 2012. Transformasi Pengajaran dan Pembelajaran Inovatif melalui “Thinking Maps‟. Seminar Penyelidikan Pendidikan Antarabangsa Malaysia-Indonesia (Malindo), IPGKIK, Kuala Lumpur, 4-6 Okt 2012

Muhamad Sidek Said. 2013. Aplikasi Menggunakan “Thinking Map‟ Dalam Program Praktikum KPLD Di Tadika Yayasan Islam Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Seminar Kajian Tindakan Peringkat Kebangsaan, Tanjung Vista Hotel, Kuala Terengganu, 23-25 April 2013

Murphy, K.R. & Davidshofer, C.O. 2005. Psychological testing: Principles and applications. Ed. Ke-6. New Jersey: Prentice-Hall.

NCTM. 1980. Curriculum and Evaluation Standards for School Mathematics. New York

Nik Azis Nik Pa. 1992. Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: DBP

(12)

Noor Hisham Md Nawi. 2011. Pengajaran Dan Pembelajaran; Penelitian Semula Konsepkonsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden. Kongres Pengajaran Dan Pembelajaran UKM, Hotel Vistana Pulau Pinang, 18-20 Disember 2011.

Nor Azan Mat Zin, Halimah Badioze Zaman & Shahrul Azman Mohd Noah. 2009. Penilaian Perisian Kursus Adaptif Multimedia (A-Maths) Berasaskan Stail Pembelajaran, Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia 5: 61 -78

Noriati A. Rashid. 2009. Murid dan Alam Belajar. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Noriati, A. Rashid, Boon, P.Y., Sharifah Fakriah. 2012. Murid dan alam belajar. Shah Alam:Oxford

Fajar Sdn Bhd.

Novak, J.D. & Gowin, D.B. 1984. Learning how to learn. New York: Cambridge University Press. http://journalarticle.ukm.my/207/1/1.pdf (5 Februari 2014)

Oakley, L. 2004. Cognitive Development. London: Routledge-Taylor & Francis

Omardin Ashaari. 1999. Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Laporan Lengkap. 2012.

Projek Tahun Akhir Ijazah (Sains Pendidikan Rendah). Institut Pendidikan Guru Kampus Dato‟ Razali Ismail. (Tidak diterbitkan)

Resnick, L. B. & Ford, W. W. 1981. The Psychology of Mathematics for Instruction. Lawrence Erlbaum Associates: New JerseyRogers, K. M. A. 2009. A preliminary investigation and analysis of student learning style preferences in further and higher education. Journal of Further and Higher Education33(1): 13-21.

Rudi Santoso Yohanes. 2010. Teori Vygotsky dan Implikasinya terhadap Pembelajaran Matematika. Widya Warta2: 127-135

Ruslin Amir. 2007. Stail berfikir, stail pengajaran dan stail pembelajaran pensyarah dan pelajar UKM. Ijazah Kedoktoran Fakulti Pendidikan: UKM Bangi.

Sabri Ahmad, Tengku Zawawi Tengku Zainal & Aziz Omar. 2006. Isu-isu dalam pendidikan matematik. Ed. Ke-2.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mahzan Tamyis & Aliza Ali. 2012. Keprihatinan guru Bahasa Melayu dalam melaksanakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu2(2): 19-31

Siegler, R. S. 2007. The birth of a new discipline. In D. Berch & M.M.M. Mazzocco (eds.), Why is math so hard for some children? The nature and origins of mathematical learning difficulties and disabilities. Baltimore, MD: Brookes Publishers.

Sims, R. & Sims, S. 2006. Learning styles and learning: A key to meeting the accountability demands in education.Hauppage. NY: Nova Publishers.

Siti Rahayah Ariffin. 2003.Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan penilaian. Bangi: Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Skemp, R. R. 1987. Psychology of Learning Mathematics. London: Lawrence Erlbaum Associates Sobel, M. A. & Maletsky, E. M. 1972. Teaching Mathematics: A Sourcebook of Aids, Activities, and

Strategies. Prentice Hall: New Jersey

Sophian, C., & Crosby,M. E. 2008. What eye fixation patterns tell us about subitizing.Developmental Neuropsychology33: 394–409.

Sousa,D.A(2007).TheConcrete-Pictorial-Abstract.http://www.loganschools.org/mathframework/CPA.pdf. (6 Disember 2014) Sternberg, R. J. 1997.Thinking Styles. New York: Cambridge University Press.

Sternberg, R. J., Grigorenko, E. L. & Zhang, L. 2008. Styles of learning and thinking matter in instruction and assessment.Perspectives on Psychological Science3: 486-506.

Sternberg, R.J.Grigorenko, E. L. Ferrari, M. & Clinkenbeard, P. 1999. A triarchic analysis of an aptitude-treatment interaction.European Journal of Psychological Assessment15: 1-11.

Suliman, W. A. 2006. Critical thinking and learning styles of students in conventional and accelerated programmes.International Nursing Review53: 73-79.

Tengku Zawawi b Tengku Zainal. 1997. Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik. Buletin Jabatan Sains (JASA).Jilid 1(1):1-6

(13)

Yahya Othman & Azmey Haji Othman. 2012. Keberkesanan Penggunaan Peta Minda dalam Pengajaran dan Pembelajaran Karangan Argumentatif di Sebuah Sekolah Menengah Arab di Negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. Vol.2, Bil. 2: 32-45.

Zabani Darus. 2012. Status Pencapaian Malaysia Dalam TIMSS dan PISA: Satu Refleksi http://education.um.edu.my/images/education2/download/kolokium.pdf

Zhang, H. & Lambert, V. 2008. Critical thinking dispositions and learning styles of baccalaureate nursing students from China.Nursing and Health Sciences10: 175-181.

Zul Fikri Zamir & Anas Alam Faizli. 2013. Analisis laporan TIMSS 2011. http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/analisis-laporan-timss-2011-bahagian-2-zul-fikri-zamir-dan-anas-alam-faizli

Referensi

Dokumen terkait

Tokoh Kakek ini mampu memberikan motivasi untuk membaca yang didapatkan melalui kisah-kisah yang didalamnya.”Tak Terbaca” merupakan sebuah analogi dari setiap kisah yang dilalui

Rezultati prikazuju kako postavljena regulacija razine kapljevine u isparivaču pomoću masenog protoka kapljevine djeluje na vodeće pogonske varijable postrojenja, a to

[r]

Kampus Tembalang, Semarang 50275 Telp/Fax. Limbah tersebut dapat diolah menjadi kitin dan kitosan. Kitosan sendiri memiliki berbagai manfaat yang memiliki nilai ekonomi

Sedangkan hasil penelitian uji F untuk variabel Kompetensi dan Insentif Terhadap Kinerja Karyawan diperoleh nilai sig 0,000 < 0,05 maka menunjukkan ada pengaruh yang

Hasil penelitian ini didukung oleh temuan Reiner dan Burko (2003); Reiner dan Gilbert (2004); Velentzas dan Halkia (2011, 2012); Dimitriadi & Halkia (2012) yang

Menurut Hayami dalam Armand Sudiono (2001) terdapat dua cara menghitung nilai tambah. Pertama nilai untuk pengolahan dan kedua nilai tambah.. Faktor-faktor yang

Sebagaimana dikemukakan oleh Kretner (1995) adalah sebuah proses dimana seseorang atau sebuah organisasi menjawab peluang sekalipun ketersediaan sumber daya yang