• Tidak ada hasil yang ditemukan

Elemen kekal harta wakaf: Analisis menurut fuqaha dan undang-undang di Malaysia / Che Zuina Ismail … [et al.]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Elemen kekal harta wakaf: Analisis menurut fuqaha dan undang-undang di Malaysia / Che Zuina Ismail … [et al.]"

Copied!
38
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

P

ROCEEDING OF

2

ND

I

NTERNATIONAL

I

SLAMIC

H

ERITAGE

C

ONFERENCE

(3)
(4)

P

ROCEEDING OF

2

ND

I

NTERNATIONAL

I

SLAMIC

H

ERITAGE

C

ONFERENCE

(ISHEC

2017)

Editors

M

OHD

F

AIZAL

P.

R

AMELI

A

BDUL

Q

AYUUM

A

BDUL

R

AZAK

M

UHAMAD

T

AUFIK

M

D

S

HARIPP

M

OHD

Z

AID

M

USTAFAR

M

OHD

K

HAIRUL

N

IZAM

M

OHD

A

ZIZ

R

AWI

N

ORDIN

S.

S

ALAHUDIN

S

UYURNO

D

ZIAUDDIN

S

HARIF

Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka

(5)

Cetakan Pertama / First Printing, 2017

Hak Cipta / Copyright Penerbit ACIS, UiTM Cawangan Melaka

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada ACIS, UiTM Cawangan Melaka terlebih dahulu.

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy, recording, or any information storage and retrieval system, without permission in writing from ACIS, UiTM Cawangan Melaka.

Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MELAKA, JALAN LENDU, 78000 ALOR GAJAH,

MELAKA, MALAYSIA Tel: +606 558 2303, 2305

Atur huruf oleh / Typeset by

ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK, MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP

,

MOHD ZAID MUSTAFAR & MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ Mel-e: qayyumfpi@yahoo.co.uk

Reka bentuk kulit oleh

Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz Mel-e: nizamiyyah86@gmail.com

(6)

Table of Contents

________________________________________________________________________

Foreword 7

Preface 9

HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC THOUGHT

Genre Historiografi Ibn al-Athir

Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak, Nor Adina Abdul Kadir & Mariam Farhana Md Nasir ... 3

Kajian Literatur Istilah ‗Umran Ibn Khaldun

Abdul Qayuum Abdul Razak & S.Salahudin Suyurno ... 13

Metodologi Penulisan Isu Kenabian menurut Badiuzzzaman Said Nursi dalam Kitab Rasail al-Nur

Muaz Mohd Noor, S.Salahudin Suyurno, Nor Adina Abdul Kadir, Abdul Qayuum Abdul Razak & Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz ... 21

Metodologi Penulisan Syed Qutb dalam Kitab Fi Zilal al-Quran Halipah Hamzah & Noormala Rabu ... 35

Sejarah Pengajian Pondok dan Tokoh Ulama: Kajian di Daerah Besut, Terengganu Darul Iman

Mohd Zainodin Mustaffa, Emie Sylviana Mohd Zahid, Nur Farhana Mohd Daud, Mahasin Saja@Mearaj, Mohd Asyadi Redzuan &

Mohamad Zaki Razaly ... 47

Mekah Pusat Dunia: Hubungan dengan Brunei

Muhammad Hadi Muhammad Melayong ... 55

Peranan Sufi dalam Penyebaran Islam di Nusantara

H Sumanta MA & Hajam M.Ag ... 63

Ngaji Kitab bersama Para Kiai Cirebon ‗Memaknai Jihad Islam‘ untuk Meraih Sukma Pancasila

Siti Fatimah M.Hum ... 75

Jender dalam Perspektif Nasaruddin Umar

(7)

Madrasah Menggapai Mutu

H Maksum MA ... 117

Pendekatan Kajian Orientalis terhadap Islam: Satu Sorotan Awal

Mohd Farhan Abd Rahman & Muhamad Azrul Azwan ... 125

ZA‘BA, Melayu dan Kolonialisme Inggeris

Noor Aziera Mohamad Rohana, Nurul Asma Mazlan, Noraini Abd Muaziz & Ermy Azziaty Rozali ...137

Budaya Berfikir Kritis Islam sebagai Pendekatan dalam Mengukuhkan Jatidiri Masyarakat Melayu Kini

Norafifah Ab Hamid, Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man & Siti Nurul Izza Hashim ... 151

Kepentingan Kepercayaan Konsep Ilmu dalam Pembentukan Pandangan Alam

Mahfuzah Mohammed Zabidi & Rohaya Sulaiman… 167

HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC HERITAGE

Penentuan Tarikh Perkahwinan Rasulullah SAW berdasarkan Pengiraan Takwim Hijri terkini

Nur Jannah Ballazi, Hamidah Jalani, Norsaeidah Jamaludin, Sarah Dina Mohd Adnan & Nang Naemah Nik Dahalan ... 180

Konsep Kepimpinan Melayu Islam di Nusantara Menurut Teks Bustan al-Salatin Shah Rul Anuar Nordin ... 188

Prasasti Terengganu: Kepentingannya dalam Sejarah Tamadun Islam Alam Melayu

Nor Adina Abdul Kadir, Nang Naemah Nik Dahalan, Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak & Khairul Nizam Abdul Aziz ... 199

Kelangsungan Budaya Masyarakat Chetti MelakaEra Globalisasi

Siti Nurul Izza Hashim, Norafifah Ab Hamid, Rawi Nordin, Nor Rafedah Mohsan & Muhammad Faidz Mohd Fadzil ... 209

Sejarah dan Implementasi Dekorasi Cina dalam Pembinaan Masjid Terawal di Malaysia

Nor Adina Abdul Kadir, S.Salahudin Suyurno, Sarah Dina Mohd Adnan, Noorfazreen Mohd Aris & Muaz Mohd Noor ... 223

(8)

ISLAMIC LITERATURE AND ART

Keindahan Konsep Tauhid dalam Rekabentuk Motif-motif Seni Tradisi Melayu

Shaliza Dasuki, Azahar Harun, Liza Marziana Mohammad Noh, Nur Hasliza Abdullah, Nurkhazilah Idris & Fazlina Mohd Radzi ... 239

Identifying A Lotus Motif Transformation on The Melaka Traditional Mosque‘s Roof Crown in 1720-1950

Raziq Abdul Samat, Sharifah Shaari, Dona Lowii Madon, Meor Hasmadi Meor Hamzah & Nor Fariza Baharuddin ... 255

Potensi Seni Iluminasi al-Qur‘an Mushaf Malaysia

Nik Narimah Nik Abdullah, Mohd Hisham Johari, Ayob Wahid, Zahara Ramli, Muhamad Fauzi Harun, Anith Liyana Amin Nudin &

Mohd Amin Mohd Noh… 263

تًلا رثأ

ا

ثيدبغا بيكركلاا مسرلا في يملبسلإا بيرعلا ث

نبضرلا دبع تُسح دومبؿ & ةيفيرشلا ىفطصم ابيكش

... 281

Notes on the Ibadi Religious Architecture: A Comparative Study of the Mosques in Mzab, Djerba and Oman

Naima Benkari ... 301

Contemporary Telekung in Malaysia it's Challenges and Realities

Norzaleha Zainun, Jamiaah Abdul Holed & Zolina Mohamad ... 317

The Development of Character Category in Jawi Typography-An Implementation in Typography Course in UiTM

Intan Nur Firdaus Muhammad fuad, Sharifah Raudzah S. Mahadi & Ahmad Khairul Azizi Ahmad ... 333

Art Photography: Ideation and Influences of Islamic Geometric Patterns

Azmil Aswad Che Mat, Aidah Alias & Farihan Zahari ... 345

The Reading of Tajwid in Surah Yaasin for Red-Green Colour Vision Deficiencies

Siti Sarah Adam Wan, Azahar Harun, Nur Hasliza Abdulah & Shaliza Dasuki ... 357

POLITICS AND GOVERNANCE

Peranan Sultan Abu al-Hasan ‗Ali al-Marini dalam Kerajaan Banu Marin di Fas, al-Maghrib (1331-1351M)

(9)

Mariam Farhana Md Nasir, Sarah Dina Mohd Adnan, Noorfazreen Mohd Aris, Hamidah Jalani & Muhammad Taufik Md Sharipp ... 365

Sejarah Institusi Ketenteraan di Malaysia dan Sumbangan kepada Kelangsungan Ketamadunan

Burhanuddin Jalal, Sayuti Ab Ghani, Amnah Saayah & Redwan Yasin ... 380

Perspektif Kitab Quran terhadap Bidang Pengurusan Rekod

Ahmad Azman Mohamad Ramli, Azmi Ab Rahman, Kasmarini Baharuddin, Mohd Naim Mohd Nasfi, Mohd Ridzuan Ibrahim &

Abd Rashid Abd Rahman ... 397

ISLAMIC ECONOMICS AND BUSSINES MANAGEMENT

Etika Pengurusan Sumber Manusia bagi Muslimpreneurs dalam Perniagaan Berskala Kecil

Mohd Faizal P.Rameli, Suhaida Mohd. Amin, Dziauddin Sharif, Norajila Che Man & Noorfazreen Mohd Aris ... 413

Paradigma Tauhid dalam Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

Norajila Che Man, Muhammad Rahimi Osman & Mohd Faizal P.Rameli ... 427

Wasatiyyah sebagai Asas Pembuatan Keputusan Pelabur Muslim

Noor Hasyimah Sulaiman, Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail, Azarudin Awang & Rubiah Abu Bakar ... 445

Penilaian Pakar dalam Model Konseptual Penggunaan Berhierarki Islam

Basri Abd. Ghani & Ahmad Azrin Adnan ... 453

The Need to Work by Educated Muslim Women in Malaysia

Suhaida Mohd. Amin & Mohd Faizal P.Rameli ... 461

The Impact of Macroeconomic Variables on FTSE Bursa Malaysia Emas Shariah Index

Siti Nurulhuda Ibrahim, Zuraini Abdul Hamid, Amirudin Mohd Nor, Fahmi Abdul Rahim & Noraznira Abd Razak ... 469

Multimodal Analysis on Muslimah Cosmetic Billboards

Nor Atifah Mohamad, S. Salahudin Suyurno, Sumarni Maulan & Nazarul Azali Razali ... 489

Determinants of Electronic Commerce Adoption: Case Study Among Small and Medium Enterprise (SME) in Klang Valley

(10)

Nur Atiqah Zainuddin, Maymunah Ismail, Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, Sharina Sharif, Maz Izuan Mazalan & Mohd Sufian Ab Kadir … 501

Halal vs Non-Halal Cosmetic: Positioning in Malaysian Market

Azahar Harun, Roszi Naszariah Nasni Naseri, Nur Hazwani, Zolkifly & Mastura Ayob ... 513

Total Quality Management and Halal Certification of Food Product in Malaysia

Rizuwan Abu Karim, Nurazree Mahmud, Helmy Fadlisham Abu Hasan & Juan Rizal Sa‘ari ... 519

Pemantauan dan Penguatkuasaan Halal terhadap Produk Makanan Import oleh JAKIM

Mohd Zaid Daud, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Nurzahidah Jaafar & Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah ... 527

WAQF DEVELOPMENT IN MALAYSIA

Elemen Kekal Harta Wakaf: Analisis menurut Fuqaha dan Undang-undang di Malaysia

Che Zuina Ismail, Azarudin Awang, Rubiah Abu Bakar, Noor Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh... 549

Sejarah Universiti al-Azhar sebagai Model Institusi Pendidikan Wakaf Terulung

Mohd. Ali Muhamad Don ... 565

Pembangunan Tanah Wakaf Melalui Inovasi Istibdal

Che Zuina Ismail, Rubiah Abu Bakar, Azarudin Awang, Noor Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 575

Pembangunan Wakaf Kesihatan: Model Operasi dan Pengurusan Hospital Waqaf An-Nur (HWAN)

Norizah Mohamed @ Daud, Noorfazreen Mohd Aris, Sharipah Amirah Abas & Noraini Abd Muaziz ... 587

Urus Tadbir Hartanah Wakaf Melaka: Strategi Penambahbaikan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)

Norajila Che Man, Rawi Nordin, Norafifah Ab Hamid & Nor Azlina Abd Wahab ... 601

Aktiviti Pembangunan Saham Wakaf di Johor

Nurfarhana Mohd Daud, Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa, Munirah Zakaria & Aflah Isa ... 613

(11)

CONTEMPORARY ISSUE OF ZAKAT IN MALAYSIA

Penetapan Had Kifayah Zakat Pelajar di UiTM: Satu Keperluan

Baharuddin Sayin, Azri Bhari, Mohd Afandi Mat Rani & Muhammad Nor Aman Jamaluddin ... 625

Profil Asnaf Zakat di Kalangan Pelajar UiTM Melaka Kampus Bandaraya

Nor Rafedah Mohsan, Dziauddin Sharif, Norafifah Ab Hamid, Siti Nurul Izza, Hashim & Rizuwan Abu Karim ... 635

Pengambilan Hukum Uruf dalam Zakat Emas Perhiasan Negeri-negeri di Utara Malaysia

Noraini Saro & Rawi Nordin ... 643

Aktiviti Pembangunan Spiritual Bagi Asnaf Zakat Fakir dan Miskin di Selangor

Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa, Nurfarhana Mohd Daud & Mahasin Saja@Mearaj ... 651

ISLAMIC PHILANTHROPY AND HOSPITALITY

Crowdfunding: A New Phenomenon of Philantropic Method

Nurzahidah Jaafar, Siti Noorbiah Md Rejab, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Mohd Zaid Daud & Mazni Natasha Mohd Nasir ... 675

Corporate Philanthropy as A Corporate Social Responsibility Component: An Islamic Perspective

Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail, Noor Hasyimah Sulaiman & Azarudin Awang ... 687

Travel Patterns of People with Physical Disabilities in Attractions Sector of Selangor‘s Tourism Industry

Nurul Fatin Nabila Md Nafiah, Intan Farhana Abd.Karim,

Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, Sharina Shariff, Mohd Sufian Ab Kadir & Maz Izuan Mazalan ... 695

MANAGEMENT IN ISLAMIC PERSPECTIVE

Siapakah yang Sayang: Pengurusan Gerontologi Kajian di Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang

(12)

Nurzahidah Jaafar, Suliah Mohd Aris, Fadhilah Adibah Ismail, Rafeah Saidon & Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.... 711

An Insight into The Islamic Manufacturing Practices (IMP)

Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Mohd Zaid Daud, Nurzahidah Jaapar& Thuraya Ahmad ... 723

Shariah Risk Profiling Through Shariah Based Business Modelling: A Rectification Plan for Shariah Audit Finding (SNCR-01) for Company XYZ

Mohd Helmi Ahmad & Najahuddin Lateh ... 737

Qualitative Characteristics Accounting Information of Kariah Mosque: A Concept Paper

Masita Hassan, Salina Abdullah, Rahayu Mohd Sihat & Norlinda Tendot Abu Bakar ... 749

Sulh Approach in The Education Loan‘s Repayment: The Study on Education Loan of The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN)

Dziauddin Sharif, Norajila Che Man, Zainab Mohd Zain, Nasif Sidquee Pauzi & Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 757

Assessing Managers‘ Perception towards Fitness: Examining A Few Procedures and Steps

Saidin Wan Ismail & Norzaidi Mohd. Daud... 765

CONTEMPORARY ISSUES IN ISLAMIC JURISPRUDENCE

Ta'liq Talak: Antara Peruntukan Perundangan dan Amalan di Melaka

Noormala Rabu, Halipah Hamzah, Mohd Fauzi Md Isa & Zainal Fikri Zamzuri ... 791

Dilema Hak Suami Pasca Penceraian: Suatu Penelitian Awal di Malaysia

Mohd Ab Malek Md Shah, Zunaidah Ab Hasan, Sulaiman Mahzan, Marziana Abd Malib, Akmal Adanan & Mohamad Daim Darson ... 799

Penjagaan Akal Menurut Perspektif Islam dalam Konteks Maqasid Syariah

Fadhilah Adibah Ismail,Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Kamariah Yusoff, Azizah Zakaria & Norsalwati Sabtu ... 809

Maqasid Syariah dalam Pelancongan

Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Rawi Nordin, Mohamad Shafiei Ayub & Mohd Zaid Mustafar ... 817

(13)

Pengurusan Harta Menurut Islam: Analisa Menurut Perspektif Maqasid Syariah

Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Norafifah Ab Hamid & Rawi Nordin ... 835

كرفلا ملع

ؿوصلأا ملع فيلأت في ةيديدبذ ةيجهنم :ةيلوصلأا ؽ

(The Science of Usuli Nuances: a Renewal Method of Writing in Usul al-Fiqh)

نيدلا سشم مبرج دمبؿ نب ىفطصم

…847

The Wisdom of Polygamy in Islam: The Law and Customary Practice in Afghanistan

Nasir Ahmad Yousefi... 865

Pendekatan Fuqaha dalam Memahami Illah Riba bagi Emas dan Perak

Mohd Asyadi Redzuan, Mohamad Zaki Razaly, Mohd Zainodin Mustaffa & Siti Noor Ain Aziz ... 879

CONTEMPORARY ISSUES OF DAKWAH IN MALAYSIA

Konsep Amar Makruf Nahi Mungkar dalam Kerangka Dakwah Islam

Razali Musa, Wan Hishamudin Wan Jusoh, Mohd Shahril Othman, Syed Hadzrullathfi Syed Omar & Mohd Safri Ali ... 889

Pengurusan Akidah di Malaysia Secara Berorganisasi: Satu Tinjauan Awal Tentang Jalinan antara Institusi Islam Kerajaan Pusat dan Negeri di Malaysia

Sophian Rambli & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ... 895

Toleransi Agama dalam Kehidupan Komuniti Muslim Baharu: Tinjauan dari Aspek Cabaran

Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat & Rubiah Abu Bakar ... 901

Kartun Bertemakan Dakwah Islamiyah Atas Talian: Interpretasi Dakwah Sarkastik Dan Satira

Fazlina Mohd Radzi & Azahar Harun ... 909

The Correlation Between Salah (Prayers) and Students‘ Academic Performance

Che Haslina Abdullah, Mahanim Omar, Raja Rosila Raja Berahim, Nur Afiqah Ab Latif & Che Nooryohana Zulkifli... 921

Peranan Laman Facebook dalam Penyampaian Maklumat Pengurusan Pusaka

Mohd Khairy Kamarudin, Mohd Hafizie Suhaimi & Nasrul Hisyam Nor Muhamad... 931

(14)

Muslims in South Korea: The Way of Life

Mahsuri Khalid, Ashirah Fatihah Mohd, Nurauni Aqilah Mohd Khir, Nur Nabila Mazlan, Nur Farhanah Mahamad Halid & Noraini Jamal... 943

Kajian Awal Tahap Kesukarelawan di Kalangan Rakyat Johor, Malaysia

Nik Rozilaini Wan Mohamed, Abdul Rasid Abdul Razzaq, Rohayu Roddin & Nor Asikin Shaharuddin... 963

Perubahan Akhlak Saudara Kita Selepas Memeluk Islam di Johor

Nur Najwa Hanani Abd Rahman, Mohd Farhan Ahmad, Noraishah P Othman, Siti Fairuz Sujak & Luqmanulhakim Ab Rahman... 969

Dakwah Melalui Media Sosial: Penerimaan dalam Kalangan Warga IPD Setiu, Terengganu

Azman Che Mat, Khairul Azhar Abd. Karim, Azarudin Awang, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat & Ahmad Zulfadhli Nukman... 987

ISLAM AND COMMUNICATION

Akhlak Terbina Komunikasi Sempurna

S.Salahudin Suyurno, Mohammad Taufik Md Sharipp, Mohd Shafie Ayub, Mohd Zaid Mustafar & Mohd Zin Junoh ... 997

Aplikasi Syarat Kesahihan Hadith terhadap Model Komunikasi Berkesan

Muhammad Taufik Md Sharipp, Muhammad Faidz Mohd Fadzil, Mohd Zaid Mustafar, Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz & S Salahudin Suyurno ... 1005

Komunikasi IntraPersonal dalam Dialog antara Agama: Pengalaman Saudara Baru

Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat, Noor, Hasyimah Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 1015

Pembangunan dan Pengesahsahihan Instrumen Manhaj Rabbãniyyah sebagai Indikator Komunikator Islam

Muhammad Taufik Md Sharipp, S Salahudin Suyurno, Mohamad Shafiei Ayub, Abdul Raf Ridzuan & Mariam Farhana Md Nasir ... 1023

Media Baharu dan Budaya Popular Islam: Peranan dan Realiti

Aini Faezah Ramlan, S Salahudin Suyurno, Muhamad Shafie Ayub, Rosilawati Sultan Mohideen & Abdul Qayyum Abd Razak ... 1031

(15)

Unsur-unsur Takmilah dalam Filem Islam

Mohamad Shafiei Ayub, Muhammad Taufik Md Sharipp, Aini Faezah Ramlan, Abdul Qayuum Abdul Razak, S Salahudin Suyurno &

Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 1037

ISLAMIC EDUCATION DEVELOPMENT

Gagasan Madrasah Al-Zahra‘: Penubuhan Universiti Islam di Akhir Kerajaan Turki Uthmani

Mohd Nasir Ayub, Surita Hartini Mat Hassan, Muaz Mohd Noor, Noor Hidayah Kasim & Rafidah Amat ... 1055

Kaedah Hafazan: Suatu Tinjauan Ringkas

Siti Suriyani Sulaiman ... 1071

Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Pencapaian Pelajar Bahasa Arab

Azman Che Mat, Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Azarudin Awang, Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat &

Ahmad Zulfadhli Nukman ... 1087

Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital bagi Kursus CTU 281: Kesan terhadap Prestasi Akademik dan Motivasi Diri Pelajar Grafik di UiTM Alor Gajah

Ilinadia Jamil, Azahar Harun, Fatrisha Mohamed Yussof, Nor Yus Shahirah Hassan & Fazlina Mohd Radzi ... 1095

Analisis Kerelevanan Kurikulum Kursus Pemikiran dan Tamadun Islam (CTU151) terhadap Pelajar di UiTM

Rubiah Abu Bakar, Che Zuina Ismail, Azarudin Awang & Noor Hasyimah Sulaiman ... 1107

Hadith's Source of Reference Finder Browser Extension

Mohamad Hafiz Khairuddin, Nur Azalizana Ahmad Saru, Mohd Hafifi Mohd Supir, Anwar Farhan Zolkeplay & Mohd Taufik Mishan... 1117

Peranan IPTA dan IPTS dalam Menerapkan Pendidikan al-Quran di dalam Kurikulum sebagai Kursus Teras bagi Semua Pelajar Islam di Malaysia: Kajian Awal di Beberapa Buah IPT di Malaysia

Nor Ashiqeen Jamaluddin, Raihana Farahiyah Abdul Rahman, Sulaiman Shakib Mohd Noor & Mohd Nazir Kadir… 1127

(16)

Hukum Kanun Brunei dan Hukum Kanun Melaka: Suatu Ristaan Sejarah

Haji Dzulkiflee Haji Abdul Latif... 1143

ةيناسنلإا ةراضبغا ىلع هرثأك بطلا ؿابؾ في تُملسبؼا ءاملع دوهج

(17)
(18)
(19)

Foreword

_________________________________________________________________

Bismillahirrahmanirrahim. All praise to Allah SWT. Blessing and Prayers be upon Prophet Muhammad SAW, and also to his family members, kindred‘s, companions and his followers who adhere faithfully to his teaching.

I would like to express my gratitude for this invitation to write a few words in conjunction of this proceeding. Heartiest congratulations go to the organizers of the 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 (2nd IsHeC2017) that was held on 14th – 15th November 2017. Congratulations also to the editors for their efforts in publishing the articles presented at the 2nd IsHeC2017.

Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 is a very noble effort as it adds to the corpus of literature on Islamic based research in various disciplines of knowledge. I hope that this proceeding can be a catalyst for the germination and strengthening of Islamic knowledge.

Finally, I wish to extend my sincere appreciation to all parties involved in the publication of this proceeding especially Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UiTM Melaka, Center for Islamic Philanthropy and Social Finance (CIPSF), Pusat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (PJI & A) UiTM Melaka and the authors for their contribution.

DATUK PROF.MADYA SABARIAH MAHAT

Rektor,

Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka, Alor Gajah, Melaka.

(20)
(21)

Preface

_________________________________________________________________

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. All praise is due to Allah SWT, the Almighty. We all praise Him, seek His Help, and ask for His Forgiveness. We seek refuge with Him from the evil of our souls, and from our sinful deeds. He whom Allah SWT guides, no one can misguide him, and whoever Allah SWT misguides, no one can guide him. Blessings and prayers upon His Messenger Prophet Muhammad SAW. We would like to express our thorough and sincere gratefulness to Allah the Almighty, who has given us the opportunity to write, edit and complete the Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017.

We wish to extend our appreciation to YBhg. Datuk Associate Professor Sabariah Hj. Mahat, Rector of Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka for her full encouragement in ensuring the success of the 2nd IsHeC2017 and also the publication of this proceeding. Special thanks to YBrs. Associate Professor Dr. Shafinar Ismail, Deputy Rector of Research and Industrial Linkage UiTM Cawangan Melaka for her continuous support in 2nd IsHeC2017.

A great deal of appreciation also goes to the Center for Islamic Philanthropy and Islamic Finance (CIPSF), Uni-Charity Society, ACIS UiTM Cawangan Melaka and UiTM Press for their tremendous effort in making the 2nd IsHeC2017 a success.

This proceeding comprises the articles that were presented in 2nd IsHeC2017 which held on 14 hingga 15 November 2017 at Avillion Hotel Melaka.

Hopefully, the Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 will give a clearer view of various contemporary issues in Islamic-based research in this country and the Muslim world as a whole. Finally, we hope that this proceeding may inspire and motivate its readers in initiating attempts and contributions for the sake of Muslim ummah.

MOHD FAIZAL P.RAMELI

ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK

MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP

MOHD ZAID MUSTAFAR

MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ

RAWI NORDIN

S.SALAHUDIN SUYURNO

DZIAUDDIN SHARIF

Editor

(22)
(23)

ELEMEN KEKAL HARTA WAKAF: ANALISIS MENURUT FUQAHA DAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Che Zuina Ismail1, Azarudin Awang2, Rubiah Abu Bakar3, Noor Hasyimah Sulaiman4 & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh5

ABSTRAK

Penulisan ini membincangkan tentang elemen kekal harta wakaf menurut fuqaha dan undang-undang di Malaysia. Konsep elemen kekal harta wakaf dianalisis berdasarkan konsep pengekalan harta wakaf menurut fuqaha dan hakikat peruntukan undang-undang berkenaan harta tanah di Malaysia. Kajian kepustakaan dilakukan dengan membuat rujukan kepada dokumen-dokumen seperti buku akademik dan kitab-kitab fiqh, kertas kerja, jurnal, laporan mahkamah, undang-undang bertulis, laporan, risalah, surat pekeliling, catatan, maklumat dari laman web serta bahan-bahan atau dokumentasi yang lain.. Hasil kajian ini mendapati beberapa peruntukan dalam undang-undang di Malaysia yang bersangkutan pembangunan tanah wakaf telah menghalang kepada prinsip pengekalan harta wakaf atau elemen kekal yang telah dibincangkan menurut pandangan para fuqaha. Peruntukan-peruntukan dalam undang-undang Malaysia yang terlibat secara langsung adalah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan Kanun Tanah Negara 1965 (KTN) (Akta 56). Penulisan ini turut mencadangkan beberapa tindakan yang praktikal bagi mengimbangi kemelut yang menghalang kepada elemen kekal harta wakaf demi kesinambunagan kemanfaatan yang lebih besar kepada ummah.

Kata kunci: Harta Wakaf, Elemen Kekal, Fuqaha, Undang-undang.

PENDAHULUAN

Kerancakan pembangunan harta tanah wakaf ini merupakan sebahagian daripada agenda negara dalam merealisasikan piawaian amal jariah (li taqarrub lillah) yang menatijahkan manfaat bermakna kepada benefisiari ke arah menzahirkan impak pembangunan yang komprehensif. Teori syarak melalui pemikiran dan pandangan bernas para fuqaha telah berjaya mengetengahkan idea-idea yang begitu praktikal untuk digarapkan dalam agenda pembangunan tanah wakaf di Malaysia. Namun, realiti sistem perundangan negara melalui peruntukan-peruntukan serta beberapa

1

Profesor Madya Dr. Che Zuina binti Ismail, ACIS UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu, chezu270@tganu.uitm.edu.my 0193300147

2

Dr. Azarudin bin Awang, pensyarah kanan ACIS UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.

3

Rubiah binti Abu Bakar, pensyarah ACIS UiTM Cawangan Terengganu Kampus Kuala Terengganu.

4 Noor Hasyimah binti Sulaiman, pensyarah ACIS UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.

5 Dr. Wan Noor Hazlina, pensyarah kanan ACIS UiTM Cawangan Terengganu Kampus Dungun.

(24)

prosedur yang bersangkutan dengan pembangunan tanah wakaf telah membawa kepada beberapa halangan dan sekatan kepada Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dalam usaha-usaha mengembangkan potensi tanah-tanah wakaf yang ada. Prinsip asal perundangan wakaf iaitu ―tidak boleh transaksi‖ (tidak boleh dijual, tidak boleh dijadikan subjek pemberian dan tidak boleh diwarisi) adalah menghalang dan membataskan proses pembangunan tanah wakaf. Hakikatnya banyak tanah wakaf yang terlibat dengan isu pengambilan balik semula tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN), lokasi tanah wakaf yang tidak strategik, isu wakaf khas, keluasan tanah wakaf yang terhad dan lain-lain isu. Sekiranya keadaan ini tidak diimbangi dengan keanjalan pembangunan tanah wakaf melalui istibdal maka objektif (manfaat) pewakafan akan terhalang.

KEPERLUAN ELEMEN KEKAL MENURUT UNDANG-UNDANG WAKAF ISLAM

Secara umumnya, keperluan elemen kekal dalam sesuatu perwakafan mestilah dipenuhi berdasarkan tiga kategori berikut:

a) Tempoh masa perwakafan

b) Benefisiari (mawquf ‗alayh/‘alayhim) ataupun tujuan sesuatu harta itu diwakafkan

c) Kategori harta yang diwakafkan (mawquf)

Terdapat perbincangan para sarjana perundangan Islam dalam isu pengekalan ini. Ia biasanya dibincangkan di bawah tajuk sighah atau dedikasi wakaf. Menurut majoriti fuqaha1 (Abu Zahrah, 1971) termasuk Imam al-Shafi‘i, elemen kekal merupakan syarat kepada keesahan sesuatu perwakafan. Perwakafan yang dibuat dengan suatu tempoh masa tertentu dianggap tidak sah di sisi undang-undang wakaf. Ini kerana wakaf dari sudut konsepnya adalah mengeluarkan harta atas dasar qurbah, maka tidak dibolehkan menghadkannya kepada suatu tempoh masa (al-Zuhayli, 1987). Sekiranya sesuatu wakaf itu dibuat untuk suatu tempoh tertentu, maka ianya dianggap batal kerana sighahnya dianggap rosak dan tidak sempurna (fasad). Ini juga didasarkan kepada maksud pensyariatan sesuatu wakaf itu sendiri yang menetapkan ianya didedikasikan secara kekal (al-Zuhaily, 1987).

Bagi al-Shafi‘i syarat kekal dalam sesuatu perwakafan adalah mutlak untuk mengesahkannya. Ini melibatkan perkara berkaitan tempoh masa dan benefisiari yang dinamakan (al-Shirbini, 1994). Wakaf secara bertempoh adalah batal dan tidak sah. Selain daripada itu, seseorang pewakaf perlu menyebut dalam suratcara wakafnya tujuan yang kekal dan tidak terputus. Walaubagaimanapun, jika perwakafan dibuat kepada tujuan yang tidak kekal, maka terdapat dua pandangan daripada al-Shafi‘i, iatu:

1

(25)

Pertama: Wakaf itu adalah batal memandangkan maksud sebenar perwakafan itu adalah untuk mendapat pahala yang berterusan dan ini tidak didapati daripada wakaf dalam kategori ini.

Kedua: Wakaf itu sah dan selepas kematian benefisiari yang ditetap oleh pewakaf, ianya diaplikasikan kepada orang yang paling hampir dengan pewakaf berkenaan memandangkan wakaf memerlukan pahala secara berterusan. Ianya perlu diaplikasikan kepada orang yang terhampir kepada pewakaf kerana mereka ini merupakan orang yang patut diutamakan dalam sedekah kebajikan (Abu Zahrah, 1971)1. Pandangan al-Shafi‘i dalam kategori kedua di atas juga telah dipersetujui oleh Imam Ahmad Ibn Hanbal (Abu Zahrah, 1971).

Pandangan al-Shafi‘i berkaitan isu kekal di atas telah disokong oleh para pengikut mazhab ini seperti al-Shirbini, al-Ramli, al-Nawawi, al-Ghazali dan lain-lain lagi (al-Ramli, 1967; al-Ghazali, 1317H). Apabila sesuatu wakaf dibuat kepada orang-orang miskin ataupun kepada masjid untuk satu-satu tempoh masa tertentu seperti setahun dan lainnya, maka ianya adalah batal dan tidak sah (al-Ramli, 1967).

Al-Shirbini telah memberikan pandangan yang lebih kritis lagi iaitu elemen kekal itu adalah suatu syarat yang diperlukan, tanpa mengira sama ada wakaf itu dari kategori yang melibatkan ciri qurbah (seperti kepada orang-orang miskin) ataupun sebaliknya (seperti kepada orang-orang kaya) (al-Shirbini, 1994).

Sebagaimana fuqaha yang lain, Imam Muhammad bin Hassan al-Shaybani2 berpandangan elemen kekal merupakan syarat untuk mewujudkan suatu wakaf yang sah di sisi undang-undang Islam. Ini kerana sesuatu transaksi dalam sedekah kadangkala berlaku secara kekal dan kadangkala secara sementara. Oleh itu, sesuatu perwakafan perlu memasukkan tujuan ataupun benefisiari yang tidak mungkin terputus (Ibn ‗Abidin, 1979; al-Marghinani, t.t).

Walaubagaimanapun, sahabatnya, Imam Abu Yusuf3 berpendapat syarat kekal pada tujuan wakaf itu tidak perlu dizahirkan dalam dedikasi wakaf kerana ia sememangnya sudah tersirat dalam perkataan wakaf itu sendiri (Ibn ‗Abidin, 1979). Lagipun, tujuan wakaf adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT di mana ini boleh direalisasikan sama adamelalui benefisiari ataupun tujuan yang kekal ataupun sebaliknya (al-Sarakhsi, 1978). Apabila terputusnya (habis, tamat, mati) tujuan ataupun benefisiari yang dinyatakan dalam perwakafan maka wakaf berkenaan akan diaplikasikan kepada mereka yang fakir dan memerlukan, memandangkan mereka ini merupakan kategori asal penerima sesuatu sedekah (Abu Zahrah, 1971).

Terdapat satu pandangan yang agak berbeza dengan pandangan jumhur dalam persoalan berkaitan atau tempoh masa yang dibenarkan di dalam sesuatu perwakafan. Pandangan ini dipelopori oleh Imam Malik dan mazhab Maliki serta Imam Abu Hanifah yang membolehkan sesuatu wakaf dihadkan tertentu masanya

1

Ia didasarkan kepada prinsip Islam dalam bersedekah di mana telah disebutkan dalam satu hadis bahawa: ―Tidak dibolehkan seseorang itu bersedekah sedangkan keluarganya memerlukan‖. 2

Beliau merupakan salah seorang sahabat Imam Abu Hanifah daripada mazhab Hanafi.

3 Imam Abu Yusuf juga merupakan salah seorang sahabat Imam Abu Hanifah daripada mazhab Hanafi.

(26)

(Fatawa Hindiyyah, t.t; Ibn Ishaq, t.t; al-Mawartani, 1974; Siti Mashitoh. Malah, mereka menganggap dalam keadaan yang diperlukan, harta wakaf juga boleh dijual. Bagi Imam Malik, wakaf secara bertempoh dibolehkan demi untuk memperluaskan amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat (al-Zuhayli, 1987).

Pandangan Abu Hanifah dan mazhab Malik dalam persoalan di atas banyak dipengaruhi oleh konsep wakaf yang mereka fahami. Ini kerana bagi Abu Hanifah, pemilikan harta wakaf berada di tangan orang yang mewakafkannya di mana baginya wakaf turut dipengaruhi oleh unsur ‗ariyah atau pinjaman (Ibn Humam, 1977). Ia menggambarkan seolah-olah harta yang diwakafkan itu dipinjamkan kepada benefisiari yang ditentukan. Oleh itu, pewakaf boleh, pada bila-bila masa mengambilnya semula.

Pendapat Imam Malik agak spesifik berbanding pandangan yang dikemukakan oleh Imam Abu Hanifah. Bagi Imam Malik, walaupun pemilikan harta wakaf berada di tangan pewakaf, namun, ia tidak mempunyai kuasa transaksi (al-Mawartani, 1974)1 sebagaimana yang disyaratkan dalam prinsip undang-undang wakaf itu sendiri.

Walaubagaimanapun, adalah penting ditegaskan di sini bahawa dalam perkara berkaitan wakaf bagi masjid (termasuk perkuburan), kesemua fuqaha‘ termasuk Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tegas dalam menyokong bahawa ianya di bawah milikan Allah SWT (al-Zuhayli,1987). Oleh itu ia perlu dibuat dalam bentuk kekal kerana dianggap terhad hanya kepada Allah SWT sahaja.

Bagi syarat kekal pada harta yang diwakafkan (mawquf) pula, secara dasarnya, perwakafan perlu dibuat daripada harta tak alih (immovable) seperti membabitkan tanah dan bangunan demi memelihara prinsip utama perwakafan, iaitu syarat kekal (permanency/perpetuity). Perwakafan daripada harta tak alih di bawah kategori kekal ini pada hakikatnya telah dipersetujui oleh kesemua sarjana perundangan Islam sebagai perwakafan yang sah dan boleh berkuatkuasa (al-Bujayrimi, 1951; al-Ramli, 1967; al-Nawawi, 2000; al-Dardir, 1986). Keesahan ini adalah didasarkan kepada perwakafan Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang menjadikan harta kekal ini sebagai mawquf mereka (al-Shawkani, 2001). Tambahan pula, terdapat kenyataan bahawa di zaman Rasulullah SAW tidak ada harta yang diwakafkan kecuali daripada tanah dan bangunan (Ibn Qudamah,1972.

Berhubung dengan perwakafan daripada harta alih (movable) pula, secara dasarnya, perwakafannya adalah tidak sah berdasarkan kepada analogi keperluan syarat kekal yang menjadi kehendak utama dalam sesuatu perwakafan.

KONTRADIKSI ANTARA ELEMEN KEKAL DALAM PERUNDANGAN ISLAM DENGAN PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Prinsip asal undang-undang wakaf iaitu ―tidak boleh transaksi‖ (tidak boleh dijual, tidak boleh dijadikan subjek pemberian dan tidak boleh diwarisi) (al-Bukhari, t.t; al-Nasa‘i, t.t; Abu al-Husayn, t.t) sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen

1 Menurut Imam Malik, harta wakaf boleh dijual dalam keadaan yang tertentu dengan melalui Qadi yang akan memutuskannya.

(27)

4(2), Enakmen Wakaf (Negeri Melaka)1 memperuntukkan tentang prinsip undang-undang di atas bahawa ―Sesuatu wakaf yang telah berkuatkuasa, tidak boleh dijual atau dihibah oleh waqif atau diwarisi oleh mana-mana orang‖ (―non-transferable and non-heritable assets‖) akan menyukarkan proses pembangunan tanah wakaf

oleh pihak MAIN. Hakikatnya banyak tanah wakaf yang terlibat dengan isu pengambilan balik semula tanah oleh PBN, lokasi tanah wakaf yang tidak strategik, isu wakaf khas, keluasan tanah wakaf yang terhad dan lain-lain isu yang menghalang dan membataskan proses pembangunan tanah wakaf. Sekiranya MAIN selesa dengan prinsip perundangan ini secara rigid atau melengah-lengahkan proses meneliti keadaan ini terhadap tanah-tanah wakaf yang belum dibangunkan, maka objektif (manfaat) pewakafan akan terhalang.

Tanah Wakaf Bertaraf Hak Milik Terhad (Leasehold)

Isu mewakafkan tanah leasehold sepatutnya sudah dapat diselesaikan apabila fatwa mengenai wakaf berhubung dengan tanah leasehold telah mengharuskannya. Fatwa ini juga menjadi panduan kepada orang Islam melaksanakan wakaf.

Seksyen 76(a) KTN memperuntukkan kuasa Pihak berkuasa Negeri untuk memindah milik tanah negeri bagi suatu jangka masa yang tidak melebihi 99 tahun. Pemberian untuk selama-lamanya pula diperuntukkan di bawah Seksyen 76(aa) yang hanya diberi kepada Kerajaan Persekutuan atau Pihak Berkuasa Awam apabila Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri bersetuju untuk membuat geran kekal kepada Kerajaan Persekutuan. Pemberian dalam bentuk yang kedua ini boleh juga dikurniakan jika Pihak Berkuasa Negeri berpuashati bahawa tanah berkenaan akan digunakan untuk tujuan awam atau tujuan-tujuan khas lain yang memerlukan pemberian dalam tempoh sedemikian.

Sebelum tahun 1970-an, pihak Kerajaan telah mengaplikasikan dua jenis kategori had masa dalam pemberian hak milik tanah. Selepas tempoh itu, Kerajaan mempunyai kecenderungan untuk mengurniakan hak milik selama 99 tahun, yang juga dikenali sebagai ―pajakan Negeri‖ (state lease) ataupun ―pegangan pajakan‖ (leasehold) memandangkan berkurangannya tanah di negara ini (Salleh Buang, 1990). Dengan ini, mana-mana tanah wakaf yang termasuk dalam kategori ini (selepas tempoh pajakan tamat) hendaklah dikembalikan kepada Pihak Berkuasa Negeri (Seksyen 46 (1), KTN, 1965, Akta 56). Kesemua bangunan yang dibina di atas tanah berkenaan juga mesti dikembalikan juga, melainkan apa-apa pembinaan sementara dan yang boleh dipindahkan (Seksyen 47 (1), KTN).

Dengan ini juga status tanah wakaf secara automatiknya akan hilang. Ini adalah bertentangan dengan prinsip dan konsep wakaf yang amat menekankan pengekalan (permanency/perpetuity) aset yang diwakafkan. Walaupun tanah pajakan negeri ini boleh dipohon dan tempoh pegangannya boleh dipohon untuk diperbaharui semula, namun semua ini bukanlah sesuatu yang pasti (Siti

1 Enakmen Wakaf Negeri Melaka (No. 5/2005), Bahagian II – Pewujudan Wakaf, Seksyen 4(2); Enakmen Wakaf Negeri Selangor (No. 7/1999), Bahagian II – Pewujudan Wakaf, Seksyen 4(2).

(28)

Mashitoh, 2004). Lebih malang lagi, pampasan terhadap pengembalian hak milik berkenaan tidak akan diberi melainkan peruntukan berhubung dengannya dibuat dalam dokumen hak milik tanah berkenaan (Seksyen 47 (2)(3), KTN). Keadaan ini sekali lagi mengakibatkan ―tragic loss‖ kepada tanah wakaf yang terlibat

dalam kategori yang dibincangkan ini.

Kebanyakan fuqaha‘ berpendapat setiap wakaf mesti kekal Abu Zahrah, 1971). Al-Shafi‘i dalam al-Muhaddhab menyatakan bahawa al-ta‘bid ( kekal ) adalah syarat mutlak tidak boleh dikaitkan dengan had masa kerana harta wakaf adalah dikhususkan untuk qurbah dan tidak akan mendapat pahala sekiranya ada had masa. Dengan sebab itu tidak sah sekiranya wakaf dihadkan masa. Pandangan di atas telah menghasilkan dua pendapat:

i. Sekiranya dihadkan masa wakaf, batal ibadah wakaf kerana wakaf bertujuan mendapat pahala berterusan.

ii. Sah wakaf, boleh tasarruf dan memberi pinjam atau hutang harta wakaf kerana menggalakan orang ramai mengamalkan wakaf. Wakaf akan mendapat ganjaran yang berkekalan.

Kumpulan ulama‘ yang berpegang dengan wakaf mesti kekal ialah kerana dalam hadith Umar r.a. menyebut al-habs (tahan ) dengan maksud kekal . Al-Shawkani mengatakan bahawa al-Daruqutni dalam riwayat al-Bahaqi

menafsirkan hadith tersebut dengan ― tahan selama kekalnya langit dan bumi‖ (alShawkani, 2001).

Menurut al-Zuhayli (1997) syarat pertama pada zat dan lafaz wakaf ialah ‗al-ta‘bid‘ . Jumhur fuqaha‘ kecuali al-Malikiyyah berpendapat tidak sah wakaf yang ada tempoh masa; kerana wakaf ialah mengeluarkan harta untuk tujuan mendekati Allah ( qurbah ) , tidak boleh tentukan masa, tidak boleh elak daripada maksud al-ta‘bid, tidak perlu lagi dinyatakan dalam lafaz.

Sifat dan ciri kekal adalah menjadi prinsip dan konsep undang-undang wakaf. Syarak menegah wakaf ditarik balik atau dibatalkan kerana harta wakaf adalah dianggap kembali menjadi hak Allah. Pewakaf sudah tidak ada sebarang hubungan lagi dengan harta wakaf. Penerima wakaf hanya boleh menerima manfaat harta berkenaan, tidak boleh melakukan sebarang pelupusan hak milik.

Bahkan al-Hanafi juga mensyaratkan ‗ta‘bid ‗ pada wakaf harta ‗aqar‘ (

tidak alih ) kerana wakaf adalah untuk diambil manfaat dengan harta berkenaan atas tujuan kekal (Abu Zahrah, 1971).

Dalam syarat lafaz wakaf, menghendaki supaya tidak disebut tempoh kerana bertentangan konsep wakaf yang bermaksud kekal. Maka sebarang tempoh mesti dikeluarkan. Sungguhpun begitu ulama‘ telah membuat pengecualian sekiranya diadakan tempoh pada lafaz wakaf masjid, kubur, tempat perhimpunan, tempat laluan orang ramai dan seumpamanya. Sah wakaf kerana penggunaannya adalah kekal, menepati pensyariatan wakaf, dengan itu gugur had masa (al-Khinn, 1992). Kedudukan tanah hak milik terhad berlaku had masa dalam syarat ( taraf ) pemilikan bukan dalam lafaz.

(29)

Al-Nawawi telah menyenaraikan al-ta‘bid atau kekal salah satu daripada empat syarat wakaf. Setiap wakaf tidak boleh ada had masa. Jika ditentukan masa atau bertempoh wakaf terbatal mengikut pendapat yang sahih, yang telah diputuskan oleh jumhur (al-Nawawi, 2000).

Faktor kelainan pandangan bagi wakaf selain masjid adalah dipengaruhi oleh fahaman Abu Hanifah bahawa pemilikan wakaf berada di tangan orang yang mewakafkannya kerana baginya wakaf dipengaruhi unsur ‗ariyah atau pinjaman yang membolehkan pewakaf mengambil semula. Bagi Imam Malik walaupun pemilikan berada di tangan pewakaf, namun kuasa transaksi wakaf sangat terikat dengan prinsip undang-undang wakaf.

Pandangan yang membolehkan harta tanah wakaf bertempoh, iaitu apabila tamat tempoh, harta tersebut akan kembali menjadi hak milik pewakaf sekiranya masih hidup, seandainya pewakaf telah meninggal dunia harta tersebut kembali akan menjadi hak milik ahli waris pewakaf. Keadaan ini berlainan dengan pentadbiran wakaf di Malaysia kerana undang-undang di negara ini telah menetapkan wakaf dalam kategori berkenaan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri bukan kepada pihak-pihak yang memerlukan.

Mengikut seksyen 47(1), KTN 1965, mana-mana pegangan tanah secara pajakan yang telah tamat tempoh hendaklah dikembalikan dan terletak hak kepada PBN. Pun begitu, kedudukan harta tanah wakaf bertaraf hak milik terhad boleh diperbaharui semula, tetapi terdapat beberapa prosedur yang perlu dilakukan. Antarannya ialah perlu membayar premium dan lain-lain bayaran kepada PBN. Lebih malang lagi, pampasan terhadap pengembalian balik hak milik tidak diberi melainkan peruntukan berhubung dengannya dibuat dalam dokumen hak milik tanah berkenaan.

Sehubungan dengan itu, bukan tanah yang sudah habis tempoh pajakan itu sahaja yang perlu dikembalikan kepada PBN, malah kesemua bangunan yang dibina di atas tanah berkenaan juga mesti dikembalikan, melainkan apa-apa pembinaan sementara dan yang boleh dipindahkan (Seksyen 47 (1), KTN). Pembaharuan (renewal) ini tidak terjamin memandangkan tiada peruntukan dalam KTN 1965 yang memperuntukkan mengenainya (Siti Mashitoh, 2004).

Kesemua implikasi yang terhasil daripada tamatnya tempoh pegangan tanah dalam bentuk ―leasehold‖ di atas akan turut mengenai tanah-tanah yang

diwakafkan. Ini meninggalkan suatu impak yang didapati bertentangan sama sekali dengan undang-undang wakaf itu sendiri kerana wakaf memakai konsep kekal (permanency/perpetuity) di mana statusnya tidak boleh ditamatkan sama sekali.

Menganalisis pernyataan pandangan fuqaha di atas, ternyata perwakafan secara bertempoh di atas adalah bertentangan dengan prinsip dasar undang-undang wakaf Islam mengenai keperluan syarat kekal di dalamnya.

Walaubagaimanapun, dalam realiti yang ada di negara ini dengan menimbangkan permasalahan yang dinyatakan di awal tadi, maka jika kita hendak menetapkan bahawa perwakafan mestilah daripada tanah pegangan bebas sahaja, maka sudah pastilah ianya seakan menghalang masyarakat yang ingin berwakaf sedangkan mereka hanya memiliki tanah di bawah pegangan pajakan sahaja.

(30)

Dalam menghadapi situasi ini, Siti Mashitoh (2006) berpendapat bahawa pandangan Imam Malik mengenai wakaf boleh dibuat secara sementara seharusnya diterima demi memberi peluang berwakaf kepada mereka yang mempunyai pegangan tanah daripada kategori yang disebutkan tadi. Pandangan ini turut dipersetujui oleh mazhab Maliki serta Imam Abu Hanifah yang membolehkan sesuatu wakaf dihadkan tempoh masanya (Fatawa Hindiyyah, t.t). Malah, mereka menganggap dalam keadaan yang diperlukan, harta wakaf juga boleh dijual (Ibn Ishaq, t.t).

Pada hakikatnya tafsiran ―kekal dimanfaatkan‖ dalam kategori harta yang diwakafkan boleh direalisasikan menerusi tempoh kekal secara relatif (al-dawam al-nisbi) dan tidak semestinya kekal secara selamanya (al-abadi) di mana aplikasi tafsiran yang pertama tadi boleh dianggap kekal sewajarnya serta dapat diaplikasikan ke dalam satu-satu dedikasi wakaf (Mustafa al-Khinn, 2005).

Melalui garapan penulisannya yang terperinci, Siti Mashitoh (2006) telah membawa contoh pelaksanaan perwakafan yang berlaku di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), wakaf di bawah kategori ini adalah sebagaimana berikut:

a. Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy: Lot 2420, Jln. Masjid India. Tamat pajakan sehingga: 30 September, 2024.

b. Wakaf Haji Musa Ibrahim: Lorong Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat.

Tamat pajakan sehingga: 6 Mac 2075.

c. Wakaf UDA Holdings Sdn. Bhd.: Lot 81, Bangsar Utama. Tamat pajakan sehingga: 3 Disember 2085

d. Wakaf Haji Zainuddin Jantan: AU 2A/1 Off Jln. Jelatik, Setiawangsa. Tamat pajakan sehingga: 20 April 2078.

Di kesempatan ini beliau juga telah mencadangkan agar Seksyen 76(aa) dipinda dengan memasukkan satu klausa baru, iaitu Seksyen 76 (aa)(iv) yang akan memberi kuasa kepada PBN mengurniakan geran kekal bagi tanah yang dilupuskan sebagai wakaf. Klausa ini bolehlah berbunyi ―Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan untuk tujuan wakaf‖.

Pada hakikatnya, beliau berpandangan bahawa permohonan boleh dibuat oleh pihak MAIN bagi mendapatkan status pegangan kekal tanah wakaf dalam konteks di atas dengan mengguna pakai seksyen 76(aa)(ii) dan (iii) bahawa:

(ii) Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa tanah itu akan digunakan untuk tujuan awam;

(iii) Jika Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati bahawa terdapat keadaan-keadaan khas yang sesuai untuk berbuat begitu.

Seksyen 76(aa)(ii) adalah sesuai jika tanah-tanah yang diwakafkan itu di bawah kategori wakaf am. Bagi Seksyen 76(aa)(iii) pula, beliau berpandangan bahawa ianya boleh diguna pakai untuk semua kategori tanah wakaf

(31)

memandangkan wakaf boleh dianggap sebagai suatu transaksi kehartaan yang bersifat khusus. Ini merujuk kepada sifatnya sebagai sedekah jariyah dan mempunyai sekatan tersendiri dalam konteks prinsip undang-undangnya yang menghalang sebarang bentuk transaksi dilaksanakan ke atasnya.

Pengambilan Balik Tanah Wakaf

Menurut peruntukan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960, Seksyen 3(b), permohonan tanah adalah terpakai kepada sesiapa sahaja. Iabergantung kepada budi bicara Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sama ada mereka yang memohon itu terdiri daripada orang Islam atau bukan Islam atau badan korporat yang terdiri daripada warga tempatan atau warga asing. Perkataan ‗any person‘ atau mana-mana orang akan membawa implikasi yang besar kepada sesiapa sahaja atau mana-mana pihak yang layak mendapat tanah. APT juga tidak menyatakan secara khusus siapakah yang layak memohon untuk mengambil mana-mana tanah. Menggunakan alasan untuk membangunkan aktiviti ekonomi di atas tanah yang di bawah kawalan kerajaan, sesiapa sahaja berhak memiliki tanah yang boleh diambil melalui APT secara paksaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-46 yang bersidang pada 22 April 1999 telah membuat keputusan berkenaan dengan hukum menyerahkan sebahagian tanah wakaf kepada pihak berkuasa. Muzakarah tersebut memutuskan tanah wakaf yang diambil atau dipindah milik kepada kerajaan, pihak berkenaan hendaklah membayar pampasan mengikut nilai tanah yang diambil atau menggantikan dengan tanah lain yang setara atau yang lebih baik nilainya (JAKIM, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan , 17 April 2017).

Terdapat kategori tanah wakaf yang tidak diberikan status tanah milik kekal oleh PBN. KTN 1965 (Seksyen 76) memberi kuasa kepada PBN sama ada untuk memberi milikan tanah kepada seseorang atau sesuatu badan untuk suatu tempoh beberapa tahun yang tidak melebihi 99 tahun (Leasehold), yang juga dikenali sebagai ―Pajakan Negeri‖ (State Lease) atau memberi milik secara kekal (Freehold) (Seksyen 76 (aa)). Sekiranya tanah-tanah wakaf yang dikurniakan secara pajakan yang ditadbir di bawah MAIN terlibat dengan pengambilan dalam tempoh pajakan, maka status tanah berkenaan adalah sama sebagaimana tanah-tanah yang diperuntukan dalam KTN 1965 dan APT 1960. Pampasan akan dibayar selagi tanah itu masih dalam tempoh pajakan (Akta Pengambilan Tanah, 1960, Seksyen 2).

Begitu juga kesan tragis yang akan menimpa tanah wakaf. Ia boleh diambil oleh mana-mana pihak atas alasan pembangunan ekonomi. Malangnya, apabila berlakunya bantahan atau apa-apa perbuatan yang boleh mengganggu gugat pengambilan tanah secara paksaan akan menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang. Peruntukan ini jelas bertentangan dengan kaedah pengambilan tanah dalam Islam. Kaedah yang dilaksanakan mestilah untuk kepentingan umum atau maslahah ‗ammah seperti pembinaan atau pembesaran tapak masjid, tapak kubur dan pembesaran jalanraya. Tujuan dan justifikasinya hendaklah selaras

(32)

dengan konsep Maqasid al-Syar‘iyyah (al-Zaydan, 1994) dan keperluan

Daruriyyat, bukannya kerana Hajiyyat dan Tahsiniyyat (al-Samhudi,t.t).

Selain peraturan formal1, peraturan tidak formal juga perlu diambilkira dalam menentu kadar nilai pampasan yang berpatutan dan adil. Dalam hal ini, tanah wakaf adalah harta amanah milik orang Islam yang mempunyai nilai-nilai keistimewaan dibandingkan dengan tanah-tanah lain. Oleh itu, nilai pampasan sepatutnya mengambil kira faktor-faktor tidak formal2 seperti budaya dan tradisi, adat dan norma, sikap dan nilai ekonomi yang ada pada tanah. Nilai sentimental kepada MAIN perlu juga diambilkira oleh pentadbir tanah dan menjadi sewajarnya menjadi sebahagian daripada asas kepada kenaikan nilai harga tanah.

Walau bagaimanapun, APT 1960 telah memberi kuasa kepada pemilik tanah atau MAIN untuk merayu kepada mahkamah mengenai bayaran pampasan. Namun kos mahkamah adalah amat tinggi dan memakan masa yang panjang akan merugikan pihak MAIN. Sebagaimana pengalaman Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), pihak kerajaan membayar pampasan sebanyak RM35,000.00, hasil pengambilan tanah wakaf di Tanjung Kling. Menurut MAIM, jumlah pampasan mengikut pasaran semasa adalah RM45,000.00. Jika MAIM menginginkan kadar yang lebih tinggi maka MAIM perlu membuat bantahan di mahkamah. Kos guaman yang agak tinggi dan saiz keluasan tanah wakaf yang diambil tidaklah melibatkan tanah yang luas, maka MAIM terpaksa akur dengan pampasan tersebut (Che Zuina, 2012).

Di Pulau Pinang, pada tahun 1974, Pihak Berkuasa Negeri telah meluluskan pengambilan balik tanah seluas 0.5 ekar yang terletak di Lot 23 dan Lot 24, Lebuh Teik Soon untuk pembinaan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Tanah tersebut menempatkan Sekolah Menengah Al-Mashoor dan ditadbir oleh Lembaga Amanah. Sebagai tapak ganti (istibdal), tanah seluas 124,260 kaki persegi atau 2.85 ekar yang terletak di Lot 95, Daerah Timur Laut telah diberi oleh Kerajaan Negeri untuk tapak baru sekolah ini. Bagaimanapun, hakmilik tanah ini didaftar atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan Kementerian Pelajaran telah membina sekolah tersebut serta mengambil alih pentadbiran sekolah tersebut. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah memberi tanah seluas 31 ekar di Lot 247, Daerah Barat Daya sebagai ganti tapak sekolah tersebut. Hakmilik tanah ini didaftarkan pada 24 Oktober 1997 atas nama Majlis sebagai tanah istibdal. Majlis telah bersetuju untuk mendirikan Maahad al-Mashoor al-Islami di tapak tersebut. Selepas itu, Maahad Al-al-Mashoor ditempatkan secara sementara di bangunan Wakaf Masjid Ridwaniah, Sungai Batu, Teluk Kumbar sebelum dipindahkan ke Lot 247, Daerah Barat Daya.

Setiap tanah wakaf yang telah dibuat pengambilanoleh Kerajaan Negeri akan dibayar pampasan mengikut kadar atas keluasan tanah yang diambil. Bagi tanah wakaf yang terlibat dengan pengambilan tanah, MAINPP perlu mengganti

1

Peraturan formal merangkumi undang-undang bertulis seperti Perlembagaan Persekutuan, Akta Pengambilan Tanah 1960, Kaedah Pengambilan Tanah, Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian (KPTG) dan lain-lain.

2 Peraturan tidak formal banyak mempengaruhi dan seringkali diberi pertimbangan oleh tuan-tuan tanah dalam membuat tuntutan dan menentukan kadar pampasan.

(33)

tanah wakaf berkenaan dengan nilai yang telah diambil dengan harta yang kekal. Pemeriksaan Audit1 terhadap senarai pampasan pengambilan tanah mendapati Majlis telah menerima pampasan pengambilan tanah sejumlah RM2.84 juta dan Majlis belum lagi menggantikan tanah yang telah diambil. Selain itu, Majlis sepatutnya memasukkan kembali wang pampasan untuk istibdal tanah wakaf berkenaan ke akaunnya dan tidak memasukkannya ke akaun wakaf lain. Butir terperinci adalah seperti di bawah:

Jadual 1 : Pampasan Pengambilan Balik Tanah (Istibdal) Oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bagi Tempoh Tahun 2003 Hingga 2005

B il.

Wakaf Jumlah (RM)

1 .

Masjid Permatang Tok Jaya 118,737

2 .

Masjid Permatang Tok Jaya 2. 40,479

3 .

Masjid Jamek Permatang Dalam 48,552

4 .

Masjid Sungai Lokan 340,658

5 .

Masjid Acheen Street 1,501,114

6 .

Masjid Sheikh Eusoff 199,764

7 .

Masjid Permatang Tok Jaya 49,171

8 .

Masjid Permatang Tok Jaya 13,403

9 .

Masjid Papan Kampung Pertama 16,000

1 0.

Masjid Papan Kampung Pertama 5,464

1 1. Masjid Timah 91,198 1 2. Lain-lain Wakaf 412,160 Jumlah 2,836,702

Sumber : Rekod Majlis Agama Islam Pulau Pinang

Akibat daripada pelaksanaan pengambilan balik tanah yang telah melibatkan tanah wakaf, kadang-kadang menimbulkan kekalutan kepada Majlis

1

Laporan Ketua Audit Negara (2005), Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan, Negeri Pulau Pinang, Tahun 2005, Malaysia : Jabatan Audit Negara, www.audit.gov.my , capaian pada 17 April 2017.

(34)

untuk melaksanakan tukar ganti harta tanah wakaf atau istibdal dengan memuaskan dan sepatutnya. Masalah ini akan membawa kepada implikasi yang begitu sensitif melibatkan kegagalan bagi menyambung hasrat pewakaf yang terputus apabila tanah tersebut telah diambil.

Begitu juga pengambilan tanah di Lot 3432 Chendering, Kuala Terengganu, bayaran pampasan yang diputuskan oleh kerajaan kepada MAIDAM ialah sebanyak RM120,500.00, sedangkan jumlah pampasan yang dinilai oleh penilaian swasta bagi pihak MAIDAM ialah sebanyak RM250,000.00. Sementara itu, di 1328, Kubang Parit, terdapat perbezaan sehingga RM10,000.00 antara jumlah yang dibuat oleh penilai kerajaan dengan penilai swasta (Che Zuina, 2012)1.

Di Terengganu, MAIDAM pernah membuat tuntutan pampasan sebanyak 15% tambahan daripada nilai harga pasaran semasa, memandangkan kesukaran Majlis untuk mendapat gantinya. Permohonan dan tuntutan MAIDAM tidak dipenuhi (Che Zuina, 2012)2. Pada hakikatnya, pampasan di atas boleh diterima dan boleh dimasukkan dalam kategori ―wakaf istbdal‖ jika memenuhi kriteria

yang ditetapkan dalam undang-undang wakaf Islam seperti nilai pampasan itu hendaklah senilai dengan harga tanah asal ataupun lebih tinggi daripadanya. Akibatnya sebahagian besar tanah wakaf yang diambil tidak boleh diganti selain masalah ketiadaan tanah yang strategik dari aspek lokasi dan lain-lain. Justeru, status tanah wakaf secara automatiknya akan hilang. Ini adalah bertentangan dengan prinsip dan konsep wakaf yang amat menekankan pengekalan (permanency/perpetuity) asset yang diwakafkan. Walaupun tanah pajakan negeri ini boleh dipohon dan tempoh pegangannya boleh dipohon untuk diperbaharui semula, namun semua ini bukanlah sesuatu yang pasti. Lebih malang lagi, pampasan terhadap pengembalian hak milik berkenaan tidak akan diberi melainkan peruntukan berhubung dengannya dibuat dalam dokumen hak milik tanah berkenaan (Seksyen 47 (2)(3), KTN).

Akta 1960 ini kemudiannya telah dipinda oleh Akta Pengambilan Tanah (Pindaan (Akta A999, mula berkuatkuasa pada 1 Mac 1998 melalui P.U.(B) 94/98) yang telah memberikan pertimbangan yang lebih kepada tuan tanah di mana rundingan akan dibuat di antara tuan tanah dan mana-mana pemohon berkaitan bagi tujuan pengambilan balik yang dicadangkan. Tuan tanah berkenaan akan diberikan pampasan mengikut amaun yang difikirkan wajar oleh PBN. Walau bagaimanapun, dalam situasi di mana rundingan untuk tujuan pengambilan balik itu gagal ataupun tiada keputusan konklusif dicapai dalam waktu-waktu yang ditetapkan, PBN masih mempunyai bidangkuasa untuk menimbangkan permohonan yang dibuat dan membuat apa-apa syor (recommendation) yang ia fikir wajar.

1 Senarai Pengambilan Balik Tanah Wakaf (PBT) 1951 – 2006 di MAIDAM. 2

(35)

Penarikan Balik Tanah Oleh PBN Terhadap Tanah Terbiar (Tanah Yang Tidak Dibangunkan)

Pada umumnya pemilik tanah beranggapan asalkan mereka terus membayar cukai tahunan (quit rent) dan tidak menggunakan tanah mereka bertentangan dengan syarat nyata tanah (misalnya membina kilang pada tanah pertanian, atau membina madrasah di atas tanah bendang), tidak ada risiko tanah mereka akan dirampas oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN). Ramai tidak tahu (masih belum sedar) bahawa membiarkan tanah mereka (termasuk tanah wakaf) terus tidak dikerjakan atau dibangunkan juga adalah suatu kesalahan, kerana ia menyalahi (tidak mematuhi) syarat-syarat tersirat pada tanah mereka seperti yang disebutkan dalam seksyen 115, 116 dan 117 KTN.

Di bawah seksyen 115, sekiranya tanah pertanian tidak memulakan kerja pada tanahnya dalam tempoh 12 bulan dan menyempurnakan kerja itu dalam tempoh 3 tahun, ia melakukan suatu kesalahan. Di bawah seksyen 116, sekiranya pemilik tanah bangunan gagal membina bangunan sepertimana yang dibenarkan oleh undang-undang pada tanahnya itu dalam tempoh 2 tahun, dia telah melakukan suatu kesalahan. Begitu juga, di bawah seksyen 117, sekiranya pemilik tanah industri gagal memulakan kerja sewajarnya dalam tempoh 3 tahun, dia telah melakukan suatu kesalahan. Kesimpulannya, jika sebidang tanah itu (tanpa mengambilkira jenis kegunaannya) terus terbiar, pelanggaran syarat tersirat telah berlaku dan prosiding rampasan boleh diambil oleh PBN. Meskipun perkara masih belum berlaku di negeri-negeri yang terlibat dengan kajian, namun kemungkinan tanah wakaf terlibat dengan isu ini amatlah membimbangkan, justeru ia terdedah kepada kebarangkalian di atas.

KESIMPULAN

Pembangunan tanah wakaf secara proaktif dan penuh integriti akan dapat menjelas dan menterjemahkan konsep ‘Ubudiyyah bagi mengembalikan semula matlamat penjanaan institusi wakaf dalam konteks hubungan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia yang lain. Oleh itu bagi mencapai tujuan ini sudah pasti setiap aspek yang dilaksanakan hendaklah menepati segala syarat dan rukun yang telah digariskan dengan jelas di dalam hukum syarak.

Ulama fiqh telah mengupas secara terperinci tentang wakaf sehingga meletakkan ‖Bab al-Waqf‖ secara khusus sebagai perbincangan yang tersendiri di dalam penulisan mereka. Meskipun wujud perbezaan pendapat dalam kalangan ahli Fiqh, namun ia telah membuka ruang yang dinamik dan komprehensif dalam memahami dan merealisasikan mekanisme wakaf sebagai agen kepada pembangunan yang berkonsep ta‘awun dan bantu membantu antara umat Islam. Percanggahan dan perbezaan pendapat ini bukan menjadi medan untuk menghalang usaha pembangunan wakaf secara kolektif, tetapi mampu memenuhi keperluan dan kehendak semasa yang disifatkan sebagai kesyumulan dalam Islam yang dapat menampung dan menyelesaikan segala permasalahan semasa.

Prinsip asal perundangan wakaf iaitu ―tidak boleh transaksi‖ (tidak boleh dijual, tidak boleh dijadikan subjek pemberian dan tidak boleh diwarisi) adalah menghalang dan membataskan proses pembangunan tanah wakaf. Hakikatnya

(36)

banyak tanah wakaf yang terlibat dengan isu pengambilan balik semula tanah oleh PBN, lokasi tanah wakaf yang tidak strategik, isu wakaf khas, keluasan tanah wakaf yang terhad dan lain-lain isu. Justeru itu penulis mencadangkan agar keadaan ini perlu diimbangi dengan keanjalan pembangunan tanah wakaf melalui

istibdal bagi mencapai objektif (manfaat) pewakafan yang dibuat. Beberapa peruntukan undang-undang wakaf perlu dipinda dan dikemaskinikan dari masa ke semasa sebagai respon terhadap penemuan kajian-kajian mengenai perundangan wakaf.

RUJUKAN

Abu Zahrah Muhammad (1971), Muhadarah fi al-Waqf, c. 2. Kaherah :Dar al-Fikr al-‗Arabi.

Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486) Dan Kaedah-Kaedah.

al-Bujayrimi, al-Shaykh Sulayman (1951), Bujayrimi ‗ala al-Khatib, edisi akhir, vol. 3. Egypt: Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh.

al-Bukhari, Abi ‗Abdullah Muhammad b. Isma‘il (t.t.), Sahih al-Bukhari, kitab al-wasaya, vol. 2. Beirut: Dar al-Ma‘rifah.

Che Zuina binti Ismail (2012), ―Pembangunan Tanah Wakaf: Analisis Menurut Perundangan Dan Pelaksanaannya di Malaysia‖, Tesis PhD, Jabatan Syariah Dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

al-Dardir, Abi al-Barakat Ahmad b. Muhammad b. Ahmad (1986), Sharh al-Saghir ‗ala ‗Aqrab al-Masalik ila Madhhab al-Imam Malik, j. 4. Cairo : Dar al-Ma‘arif.

Enakmen Wakaf Negeri Melaka (No. 5/2005), Bahagian II – Pewujudan Wakaf, Seksyen 4(2).

Enakmen Wakaf Negeri Selangor (No. 7/1999), Bahagian II – Pewujudan Wakaf, Seksyen 4(2).

Fatawa Hindiyyah (t.t), 4th edition, 2 vol. Beirut: Dar Ihya‘ al-Turath al-‗Arabi. al-Ghazali, Muhammad b. Muhammad Abi Hamid (1317H), Kitab al-Wajiz, 1 vol.

Egypt: Matba‘ah al‘Adab.

Ibn ‗Abidin, Muhammad Amin (1979), Hasyiyah Radd al-Mukhtar ‘ala al-Durr al-Mukhtar, j. 4, c. 2. T.T.P.: Dar al-Fikr.

Ibn Humam, Kamal Din Muhammad b. ‗Abd Wahid Siwasi al-Sakandari (1977), Sharh Fath al-Qadir, j. 6. Beirut : Dar al-Fikr.

Ibn Ishaq, al-Shaykh Khalil (t.t.), Mukhtasar Khalil. T.T.P.: Haj ‗Abdullah

al-Yassar al-Tijari.

Ibn Qudamah al-Maqdisi, Shams al-Din Abi al-Farj ‗Abd al-Rahman b. Abi ‗Amr Muhammad b. Ahmad (1972), al-Sharh al-Kabir, 6 vol. Beirut: Dar al-Kitab al-‗Arabi.

JAKIM, http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan , 17 April 2017. Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56), Pindaan hingga Ogos 2007.

al-Khinn, Mustafa Sa‘id (1992), Fiqh Manhaji ‗ala Madhhab Imam al-Shafi‘i, c. 3. Damshiq : Dar al-‗Ilmi.

(37)

Laporan Ketua Audit Negara (2005), Aktiviti Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan, Negeri Pulau Pinang, Tahun 2005, Malaysia : Jabatan Audit Negara, www.audit.gov.my , capaian pada 17 April 2017.

Marghinani, Burhan Din Abi Hassan ‗Ali b. Abi Bakr b. ‗Abd Jalil al-Rushdani (t.t.), al-Hidayah Sharh Bidayah al-Mubtadi, j. 3. Egypt : Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh.

al-Mawartani (al-Dah al-Shanqayti), Muhammad b. Ahmad (1974), Fath al Rahim ‗ala Fiqh al-Imam Malik bi al-‗Adillah, vol. 2. T.T.P.: Dar al-Fikr.

Muslim, Imam Abu al-Husayn b. al-Haj al-Qushayri al-Nisaburi (t.t.), Sahih Muslim bi Sharh al-Nawawi, bab al-wasaya, vol. 11. T.T.P.: T.P.

Mustafa al-Khin et.al. (2005), al-Fiqh al-Manhaji, j. 2, c. 7. Damshiq: Dar al-Qalam.

al-Nasa‘i, Ahmad Ibn Shua‘yb (t.t), Sunan Nasa‘i bi sharh Hafiz Jalal al-Din al-Suyuti wa Hashiyah al-Imam al-Sindi, kitab ahbas, vol. 6. Beirut: Dar al-Kutb al-‗Ilmiyyah.

al-Nawawi, Abu Zakariyya Yahya (2000), Rawdah al-Talibin, 4 j. Beirut : Dar al-Kutub al-‗Ilmiyyah.

al-Ramli, Shams al-Din Muhammad b. Abi al-‗Abbas Ahmad b. Hamzah ibn Shihab al-Din (1967), Nihayah al-Muhtaj ila Sharh al-Minhaj, 5 j. Egypt : Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh.

Salleh Buang (1990), ―Undang-undang Harta Tanah di Malaysia: Prospek dan Kemungkinan Untuk Islamisasi‖, (Kertas kerja Seminar Kebangsaan Undang-undang Harta Tanah: Pendekatan Islam, INSPEN, Bangi, Selangor pada 15-16 Oktober, 1990), h. 8.

al-Samhudi, Nur al-Din ‗Ali b. Ahmad (t.t), Wafa‘ al-Wafa, j. 2. Beirut : Dar al-Kutub al-‗Ilmiyyah.

al-Sarakhsi, Sham al-Din (1978), Kitab Al-Mabsut, j. 12. c. 3. Beirut : Dar al-Ihya‘ al-Turath al-‗Arabi.

al-Shawkani, Shaykh Muhammad b. ‗Ali (2001), Nayl al-Awtar Min Ahadith Sayyid al-Akhbar Sharh Muntaqa al Akhbar. j. 6. Kaherah : Mustafa al-Babi al-Halabi.

al-Shirbini, Muhammad b. Ahmad (1994). Mughni Muhtaj ila Ma‘rifat al-Ma‘ani Alfaz al-Minhaj, 3 j. Beirut : Dar al-Kutub al-‗Ilmiyyah.

Siti Mashitoh Mahamood (2002), Pelaksanaan Istibdal Dalam Pembangunan Harta Wakaf Di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Siti Mashitoh Mahamood (2004),‖Pelupusan Tanah Di Bawah Pegangan Pajakan (Leasehold) Dalam Kanun Tanah Negara 1965: Implikasi Terhadap Status Tanah-Tanah Yang Diwakafkan‖, Jurnal Penyelidikan Islam, Bil. 17, 2004, h. 91 – 108.

Siti Mashitoh Mahamood (2006),‖Perundangan Wakaf dan Isu-isu Berbangkit‖ (Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen Wakaf Kebangsaan 2006, Anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama UiTM Johor, UTM, UM, UIAM, YPEIM,

(38)

IKIM, JAKIM dan YADIM, The Legend Hotel, Kuala Lumpur, 12-14 September 2006), h.9.

Wahbah (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, j. 8, c.3. Damshiq : Dar al-Fikr. al-Zuhayli, Wahbah (1987), al-Wasayah wa al-Awqaf fi Fiqh al-Islami. Damshiq:

Dar al-Fikr, h.205.

al-Zuhayli, Wahbah, (1997), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, j. 10. Misr: Dar al-Fikr.

Zaydan, ‗Abd al-Karim (1994), Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Beirut : Mu‘assasah

Referensi

Dokumen terkait

Dengan pengalaman dan alasan itu, untuk masa yang akan datang, Yayasan Damandiri, biarpun dalam program yang relatif lebih kecil dan sederhana, akan tetap

Penilaian anak dan dalam kategori mulai berkembang pada pra tindakan berjumlah 4 orang anak atau 27% sedangkan pada siklus 1 yaitu 11 orang anak, hal ini disebabkan karena

Penelitian ini hanya berkisar pada pembahasan mengenai tinjauan teoritik tentang novel dan pendidikan islam yang meliputi: kajian teori mengenai nilai-nilai pendidikan islam

Pada sesi 1996, Universiti Pertanian Malaysia telah membuat pengambilan pelajar seramai 9,755 orang pelajar baru bagi mengikuti pelbagai program pengajian. Pengambilan bagi sesi

Produksi arang terpadu dengan hasil cuka kayu dari limbah kayu dengan menggunakan tungku drum ganda yang dilengkapi alat pengkondensasi asap berkisar 6,00 - 15,00 kg.. Rendemen

Telah ditemukan spesies fitoplankton dari kelas Dinophyceae ( Ceratium furca, Dinophysis caudata , Gonyaulax polygramma, Gonyaulax spinifera, Gymnodinium catenatum,

Ahlaisten saaristossa (näytepiste 12 ja 13), Haminanholmassa (näytepiste 14), Merikarvian edustalla (näytepiste 16, 19 ja 37) sekä Kasalanjoen edustalla (näytepiste 17 ja

Sebelumnya siswa SMP Muhammadiyah 7 Surakarta yang menjadi korban perilaku perundungan ketika mengalami perilaku perundungan hanya diam dan merasa dirinya lemah di