• Tidak ada hasil yang ditemukan

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 1 drp 9

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

OPERASI PERKHIDMATAN SOKONGAN

TAMAN PERTANIAN UNIVERSITI

Kod Dokumen : OPR/TPU/BP/TANAMAN/Betik

(2)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 2 drp 9 Isi Kandungan

Bil. Tajuk Muka Surat

1 Pengenalan 3 2 Keperluan Tanaman 3 2.1 Faktor Iklim 3 2.2 Faktor Tanah 3 3 Kultivar / Klon 3 3.1 Subang 3 3.2 Setiawan 3 3.3 Batu Arang 4 3.4 Eksotika 4 3.5 Betik Panjang 4

4 Penyediaan Dan Bahan Tanaman 4

5 Penanaman 4

6 Penyelenggaraan 5

6.1 Pembajaan 5

6.2 Kawalan Rumpai 5

6.3 Pengairan 5

6.4 Penyakit dan Perosak 5 - 7

7 Pemungutan Hasil 8

7.1 Index Kematangan Buah 8

7.2 Perlabelan 9

(3)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 3 drp 9 1.0 Pengenalan

Nama biasa : Betik

Nama saintifik : Carica papaya L. Keluarga : Caricaceae

Nama saintifik bagi betik ialah Carica papaya L. dari keluarga Caricaceae, dikenali juga sebagai 'paw-paw' merupakan sejenis tumbuhan herba jenis saka yang hidup singkat. Tanaman ini dipercayai berasal dari West Indies atau Mexico.

Di Malaysia, terdapat beberapa jenis betik yang dibiak-biak secara tempatan dan juga beberapa jenis dari luar negeri. Betik jenis tempatan seperti Batu Arang, Morib, Subang 6, Taiping 3, Serdang 1 dan Sitiawan mempunyai isi yang berwarna merah. Jenis-jenis yang dibiak di luar negeri mempunyai isi berwarna kuning dan diantaranya ialah Sunrise Solo dan Honey Dew.

2. Keperluan tanaman 2.1 Faktor Iklim

Keperluan hujan tidak kurang dari 1200 mm setahun dan keadaan kemarau boleh menyebabkan keguguran bunga-bunga betik. Suhu sesuai untuk tanaman betik ialah diantara 21-33oC. Tidak sesuai ditanam di kawasan yang mengalami tiupan angin kencang kerana pengakarannya yang cetek pokok mudah tumbang.

2.2 FaktorTanah

Memerlukan tanah bersaliran baik. Jenis tanah yang mudah dibanjiri air adalah tidak sesuai. Bagi tanah-tanah yang sederhana sesuai/bermasalah betik boleh ditanam dengan pengurusan yang bersesuaian bergantung kepada masalah yang dihadapi. rogram pembajaan yang disyorkan dan gunakan tambahan baja organik. Tanaman betik sesuai kepada tanah yang mempunyai struktur dan saliran yang baik tetapi sentiasa berkeadaan lembab. Tanah yang terendam air tidak sesuai bagi tanaman betik. Pohon betik akan hidup subur di kawasan lapang tetapi tidak terdedah kepada angin yang kencang.

3. Kultivar/klon yang disyorkan 3.1 Subang 6

Sesuai untuk diproses kerana warna isinya yang menarik serta saiz buahnya seragam. Ia juga boleh dimakan segar kerana senang dihiris dan tidak mudah patah. Jenis ini sangat subur pada peringkat awal pertumbuhan dan berbuah awal, lebih kurang 42-44 minggu selepas disemai. Buah yang masak mempunyai warna kulit kuning seragam dengan permukaan buah yang sangat bersih dan bebas daripada bintik-bintik atau lebam manakala tekstur isinya bagus dan mantap, dengan kandungan gula yang rendah.

3.2 Sitiawan

Betik jenis ini lebih sesuai untuk diproses atau ditinkan kerana hasilnya tinggi dan isinya yang pejal. Ia mempunyai tumbesaran yang sangat subur, ketinggian yang sederhana dan cepat berbuah, kira-kira 44-45 minggu selepas disemai.

(4)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 4 drp 9 3.3 Batu Arang

Mempunyai ketinggian pokok yang sederhana tetapi cepat berbuah. Ianya mula berbunga 4-6 bulan selepas disemai dan mengambil masa selama 5 bulan untuk buah membesar dan masak. Tumbesaran dan penghasilan pokok amat sensitif kepada faktor-faktor alam persekitaran seperti suhu yang tinggi dan kemarau.

3.4 Eksotika

Betik Eksotika ialah hasil kacukan secara berulang-ulang diantara jenis luar negeri Sunrise Solo dengan jenis tempatan Subang 6. Hasil kejayaan ini, betik Eksotika merupakan jenis yang berpotensi untuk pasaran. Pokok Betik Eksotika sederhana tingginya dan mula berbunga pada peringkat umur 3-4 bulan selepas ditanam. Buah akan dihasilkan dan kematangannya akan mengambil masa selama antara 4 ke 5 bulan, dewasa pokoknya setinggi lebih kurang 80 cm dari permukaan tanah.

Kesemua pokok betik eksotika akan menghasilkan buah jantina iaitu bermofrodit dan buah betina. Buah bermofrodit berkeadaan panjang berbentuk pir, kecil di bahagian pangkal dan besar menirus ke bahagian hujung. Sementara buah betina berbentuk bulat. Berat sebiji diantara 600-800 gm dan mempunyai kandungan gula yang tinggi 14-15 TSS. Isinya tebal berwarna samar kemerahan, rongga ovarinya kecil, berbau wangi dan lazat rasanya.

3.5 Betik Panjang

Nama lain: Betik Sekaki atau Betik Hong Kong.

4.0 Penyediaan Dan Bahan Tanaman

Sebanyak 1,700 pokok anak benih adalah diperlukan bagi tanaman setiap hektar tanah dan ditambah 10% atau 200 pokok lagi untuk sulaman jika ada yang tidak hidup selepas ditanam. Biji benih elok disemai ke dalam polibeg, yang berukuran 15 cm x 22 cm. Isikan polibeg dengan campuran 2 bahagian tanah lapisan atas, 1 bahagian pasir sungai dan 1 bahagian bahan organik (tahi ayam atau tahi lembu). Sebelum biji benih disemaikan, adalah baik dirawat terlebih dahulu dengan racun thiram untuk mengelakkan terkena serangan kulat.

Tanamkan biji benih sedalam 2 cm ke dalam tanah. Jangan tanam terlampau dalam kerana ditakuti benih tidak akan bercambah disebabkan terlampau cetek biji benih yang disemai akan berubah-ubah tempat semasa menyiram dan kecambahannya akan terganggu. Biji benih akan bercambah dalam masa satu minggu. Sedang anak benih beransur membesar, taburkan racun siput di merata kawasan, untuk mengelakkan daripada serangan siput. Selain anak benih berumur 6-8 minggu ataupun telah berdaun 8-12 helai, anak semaian boleh diubah ke ladang.

5.0 Penanaman

Kawasan yang akan ditanam hendaklah dibersihkan dan dibajak. Gali lubang sedalam 30 cm dan 30 cm lebar. Jarak tanaman 1.8 m x 2.7 m, boleh ditanam sebanyak 1,700 pokok sehektar. Semasa menanam gaulkan tanah di permukaan atas dengan baja phosphate sebanyak 200 g -250 g. Pilihlah musim hujan yang sederhana apabila hendak menanam, kalau masa hujan yang banyak boleh menjadi keadaan terlalu lembab, dan akar betik yang belum berfungsi itu menjadi busuk.

(5)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 5 drp 9 6.0 Penyelenggaran tanaman 6.1 Pembajaan Jarak tanaman Kepadatan tanaman sehektar (pokok) Umur pokok

(bulan) Jenis baja

kadar baja mengikut jenis tanah (kg/pokok)

Tanah

mineral Tanah pasir

sebelum/semasa menanam Pembajaan Asas TSP Organan 0.25 5.0 0.25 6.00 1.8m x 2.7m 2.0m x 2.7m 2.0m x 3.4m 2.5m x 3.0m 2.7m x 3.0m 2000 1800 1420 1300 1200 1 bulan 2 bulan 3 bulan 4 bulan > 5 bulan 15:15:15 15:15:15 15:15:15 12:12:17:2 12:12:17:2 0.05 0.05 0.05 0.10 0.35 0.05 0.05 0.10 0.35 0.35 setiap 2 bulan setiap 3 bulan setiap 6 bulan 12:12:17:2 12:12:7:2 Organan 0.35 - 2.0 0.35 6.00 - 6.2 Kawalan rumpai

Apabila pokok muda, rumpai di keliling pokok dikawal dengan mencangkul atau mencabut dengan tangan. Rumpai diantara pokok boleh juga dikawal dengan semburan racun glufosinate ammonium (Basta). Selepas itu, ' 'spot spraying'

dengan Glufosinate ammonium atau paraquat dibaut setiap 2 bulan sekiranya perlu. (Racun herba sistemik seperti Glyphossate dan 2, 4-D Amine tidak boleh digunakan untuk betik).

6.3 Pengairan

Jika musim terlampau kering, pokok-pokok betik perlu disiram air, jika tidak

pertumbuhannya akan terganggu. Kekurangan air juga boleh menyebabkan bunga-bunga betik menjadi gugur.

6.4 Penyakit dan perosak

6.4.1 Antraknos (Colletotrichum gleosporioides)

Dahan dan ranting mati pucuk. Batang kering dengan cepat, bermula dari hujung dan merebak ke bahagian bawah batang. Daun menjadi kecut dan gugur. Bahagian yang diserang mempunyai garis-garis perang gelap di hujung. Amalkan pertanian yang baik dan guna racun kulat mengikut label seperti mancozeb, thiophanate-metyl, prochhloraz zinc complex. Musnahkan buah dan daun yang berpenyakit.

6.4.2 Reput Akar (Phytopthora parasitica)

Daun muda menjadi layu, daun tua menjadi kuning dan patah terkulat di sekeliling batang sebelum jatuh. Pokok tidak tahan kemarau dan senang tumbang bila ditiup angin. Amalkan pertanian yang baik. Cabut dan musnah pokok yang berpenyakit dan jaga kebersihan ladang. Gunakan racun

(6)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 6 drp 9 dalam kawasan bertanam

6.4.3 Daun berumpun dan kerekot (Cladosporium oxysporum) Vektor: Kutu Trip

Hanya terdapat pada betik ekxotika. Pucuk daun kelihatan cacat dan terdapat bintik daun serta bintik berlubang 1-3 mm. Pada daun tua kelihatan binti perang, sekelilingnya berwarna kuning dan daun kelihatan kerekot. Dalam keadaan teruk hanya tinggal tangkai daun ssahaja. Pokok keliahtan bantut dan buah menjadi kecil. Gunakan racun serangga mengikut label untuk mengawal kutip trip serta racun kulat yang sesuai.

6.4.4 Bintik Berlubang (Corynespora cassiicola)

Daun matang kelihatan bintik-bintik perang muda berbentuk bulat dan berlubang di tengash sehingga 5 mm lebar. Musnahkan daun-daun yang dijangkiti terutama daun yang tua dan duan gugur. Amalkan pertanian yang baik dan pembajaan yang mencukupi.

6.4.5 Penyakit Virus Bintik Cincin Betik

Penyakit virus bintik cincin betik ini adalah penyakit yang merbahaya kepada tanaman betik. Ianya disebabkan oleh sejenis virus dan sangat mudah merebak. Virus ini tidak boleh dikawal dengan racun perosak. Penyakit ini belum pernah dijumpai di Malaysia, tetapi dilaporkan telah merebak di negara jiran.

Penyakit Bintik Cincin Betik menyerang tanaman betik di peringkat anak dan pokok dewasa. Di peringkat anak pokok, tanda-tanda serangan adalah seperti berikut:

Daun-daun muda terbentuk tidak sempurna.  Tanda-tanda kerosakan pada batang:

i. Kelihatan jalur-jalur basah hijau gelap seperti direndam air (water-soaked streak) pada tangkai daun dan batang pokok.  Kawalan:

i. Musnahkan pokok yang berpenyakit

ii. Musnahkan juga perumah lain seperti tanaman jenis timun (cucurbits)

Di peringkat pokok dewasa, tanda-tanda serangan boleh dilihat pada daun, batang dan buah.

 Tanda-tanda awal serangan pada daun:

i. Daun muda mula menguning (kuning cair)

Di peringkat pertengahan serangan, lingkaran daun ketiga (dari atas) menjadi kuning nyata.

 Kawalan:

i. Musnahkan pokok yang berpenyakit

ii. Musnahkan juga perumah lain seperti tanaman jenis timun (cucurbits)

 Tanda-tanda pada buah:

(7)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 7 drp 9 ii. Lingkaran berwarna kekuning-kuningan melingkari

tompok-tompok hijau gelap di peringkat buah matang.

iii. Buah menjadi kecil dan tidak sempurna bentuknya jika diserang di peringkat muda

 Tanda-tanda pada batang:

i. Pokok terbantut dan kecil

ii. Kelihatan lakaran hijau berminyak atau bintk-bintik hijau pada batang

iii. Tanaman betik yang dijangkiti penyakit ini akan terencat pertumbuhannya, mengurangkan hasil sebanyak 60%, merendahkan mutu dan saiz buah dan warna isi pucat dan tidak manis. Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti tersebut di atas, sila hubungi Pejabat Pertanian untuk mengesahkannya.

iv. Musnahkan tanaman yang diserang dengan membakarnya. v. Selain dari itu, elakkan daripada menanam tanaman selingan

berikut dalam kebun betik tuan:-  Tembikai atau Timun Cina  Petola

 Labu

 Tanaman-tanaman lain dari keluarga mentimun

vi. Tanaman selingan dari keluarga mentimun boleh menyebabkan tanaman betik tuan diserang penyakit bintik cincin. Oleh itu, sebagai langkah keselamatan, kerapkan pemeriksaan kebun betik tuan. Tindakan awal mengesan penyakit ini menyelamatkan masa, tenaga dan wang.

6.4.2 Serangga perosak;

6.4.2.1 Lalat Buah (Bactrocera spp.)

Berenga mengorek serta memakan isi buah menyebabkan isi buah menjadi lembut dan busuk. Musnah buah yang diserang dengan cara menanam ke dalam tanah sedalam satu kaki. Pasang perangkap methyl-eugenol. Gunakan racun seperti cypermethrin.

6.4.2.2 Hamama Merah (Tetranychus spp.)

Menyerang bahagian pucuk, daun dan buah pada semua peringkat dengan menghisap cairan. Serangan meningkat di musim kemarau. Sebur dengan racun hamama tetradifon.

6.4.2.3 Kutu Trip (Thrips parvispinus)

Menyerang bahagian pucuk, daun muda dan kudup bunga pada semua peringkat pertumbuhan. Menghisap cairan dari bahagian yang diserang. Sembur dengan racun serangga seperti deltamethrin.

(8)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 8 drp 9 7.0 Pemungutan hasil

Selepas lebih kurang 8-9 bulan ditanam, pokok betik mula mengeluarkan hasil. Bila sebahagian kulit buahnya berwarna kuning, bolehlah dipetik buahnya. Pada peringkat ini, buahnya senang dikendalikan kerana tidak mudah rosak. Disamping itu dapat dihindarkan dari terkena serangan lalat buah dan penyakit Antraknos. Buah-buah yang dipetik di peringkat ini tahan disimpan selama seminggu. Bagi sepokok, hasilnya boleh mencapai kepada 25 kilo sepanjang hayatnya. Masa pengeluaran, hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan, bermula dari bulan ke sepuluh selepas ditanam di ladang.

7.1 Indeks kematangan buah

Buah betik sudah boleh dituai sebaik sahaja terdapat perubahan warna pada kulit buah. Perubahan warna kulit buah ini biasa mula berlaku di bahagian lurah pada hujung buah.

Indeks warna 1 : Berwarna hijau sepenuhnya. Belum matang, tidak akan masak dengan sempurna

Indeks warna 2 : Berwarna hijau dengan sedikit kesan kekuningan, sesuai untuk pasaran eksport.

Indeks warna 3 : Warna kulit lebih hijau daripada kuning sesuai untuk pasaran eksport.

Indeks warna 4 : Warna kulit lebih kuning daripada hijau, sesuai untuk pasaran tempatan.

Indeks warna 5 : Kulit berwarna kuning dengan kesan kehijauan, sesuai untuk pasaran tempatan.

(9)

NO. ISU : 02 NO. SEMAKAN : 00

TARIKH KUATKUASA : 09.03.2012 Halaman : 9 drp 9 8.RUJUKAN

i. Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia (1999). Pakej Teknologi Betik. ii. Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), 2005 iii. http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/panduan_betik.htm

Buah pada indeks warna 1 masih tidak sesuai dipetik kerana kematangannya tidak jelas. Walaupun isi sudah kemerahan, kulitnya masih hijau dan buah ini dikhuatiri tidak masak dengan sempurna dan kandungan pepejal larut kurang daripada 10%.

Di Hawaii, buah petik yang masak perlu mengandungi jumlah pepejal larut 11.5% bagi memenuhi gred piawaian. Buah betik untuk tujuan eksport sebaik-baiknya dituai pada indeks warna 2 atau selewat-lewatnya pada indeks warna 3. Buah pada peringkat ini lebih tahan terhadap operasi pengendalian lepas tuai dan tempoh penyimpannya lebih panjang. Buah ini mempunyai ciri-ciri rasa yang memuaskan setelah masak.

Penuaian buah pada indeks warna 4 dan 5 pula mungkin hanya sesuai untuk pasaran tempatan kerana hayat penyimpanannya pendek iaitu buah akan masak dengan cepat. Buah-buah ini juga tidak sesuai untuk pengangkutan yang jauh kerana tidak tahan terhadap himpitan sama sendiri disebabkan buah sudah lembut.

7.2 Perlabelan

Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:-

- Tarikh

- Nama / Kod Penanam - Nama / Kod Pengeksport - No. Kad Pengenalan - No. Pendaftaran Syarikat - Alamat

- Komoditi - Berat Bersih - Gred

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan analisa data dengan menggunakan uji paired t test untuk tekanan darah sistolik dan uji Wilcoxon untuk tekanan darah diastolik pada sesi pagi dan

Kereta Api Indonesia (Persero) dalam memasarkan jasanya memerlukan suatu promosi penjualan yang tepat serta harga tiket yang murah yang cocok dengan para penumpang yaitu

Sumbangan bioteknologi untuk mengatasi masalah tersebut adalah …. Perhatikan gambar kromosom yang mengalami mutasi berikut. Perubahan gen yang terjadi adalah ….

Begitu pula guru harus senantiasa tetap menjaga kepercayaannya terhadap kepala sekolah ataupun terhadap sesama guru, mampu berkomunikasi secara jujur dan terbuka agar lebih

Sehingga gugatan yang diajukan oleh Penggugat di Pengadilan Negeri Jakarta Pusat tidak dapat dikatakan memenuhi unsur perbuatan melawan hukum, yang mana unsur

Indonesia )” merupakan hasil penelitian kualitatif yang bertujuan untuk mengetahui dan menganalis pengalokasian surplus underwriting dana tabarru’ pada produk

Fam , menandakan ayam bisa tahan dan bisa sensitif, gen Mx +-. Hasil genotiping dengan RT-PCR pada Gambar 3 menunjukkan genotipe homozigot G/G dengan meningkatnya

Upaya menemukan hambatan-hambatan yang dialami oleh penduduk migran yang berasal dari luar Madura terkait proses adaptasi mereka dengan nilai-nilai sosial budaya penduduk