• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amalan Penyeliaan Pengetua Terhadap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Amalan Penyeliaan Pengetua Terhadap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Amalan Penyeliaan Pengetua Terhadap Kepuasan Kerja Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru

Siti Noor Azlinawati binti Hafidzal Mohd Izham bin Mohd Hamzah

Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia,

ABSTRAK

Amalan penyeliaan oleh pengetua di sekolah merupakan salah satu proses yang mendorong ke arah kepuasan kerja guru. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji amalan penyeliaan oleh pengetua terhadap kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru, Johor. Sampel kajian terdiri daripada 274 orang guru sekolah menengah di zon Skudai daerah Johor Bahru, Johor. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 20.0. Analisis kajian statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini seperti kekerapan, min dan peratus. Manakala analisis statistik inferensi menggunakan Ujian Korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan bahawa min skor keseluruhan bagi tahap amalan penyeliaan oleh pengetua berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan min = 4.18. Manakala, hasil kajian menunjukkan bahawa min skor bagi tahap kepuasan kerja guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang tinggi dengan min = 4.19. Dapatan kajian menggunakan kaedah korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan penyeliaan pengetua dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru di mana nilai pekali korelasi, r = .548. Kajian ini diharapkan dapat membantu pengetua sekolah mengamalkan penyeliaan yang berkesan ke arah meningkatkan kepuasan kerja guru dan seterusnya meningkatkan lagi tahap profesionalisme guru.

Kata kunci: Amalan Penyeliaan, Pengetua, Kepuasan Kerja Guru, Sekolah Menengah

1. PENGENALAN

Penyeliaan dalam konteks pendidikan bukan sahaja bertujuan untuk menambah baik amalan pengajaran guru di bilik darjah malah memastikan kepuasan kerja guru di sekolah. Menurut Al-Ramaiah (1999), penyeliaan merupakan aktiviti yang melibatkan segala usaha untuk memastikan segala tugas dapat dilaksanakan dengan lancar bagi mencapai objektif yang ditetapkan oleh sesebuah organisasi. Dalam konteks organisasi sekolah, penyeliaan dilakukan oleh pengetua terhadap guru bagi memastikan tugas yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ini adalah kerana pengajaran dan pembelajaran merupakan tugas utama guru di sekolah yang merupakan proses yang kompleks yang mana ianya memerlukan perhatian, penilaian dan kajian yang berterusan (Abdul Ghani et al. 2008). Ramai penyelidik membuat kajian-kajian berkaitan sekolah-sekolah yang berkesan mendapati bahawa sekolah yang berkesan mempunyai pengetua-pengetua yang banyak menumpu kepada kurikulum dan pengajaran. (Abdul Rahman, 2010). Justeru itu, amalan penyeliaan yang berkesan oleh pengetua akan dapat memberikan usaha-usaha yang berfokus kepada keberkesanan, kecekapan dan penambahbaikan proses pengajaran dan pembelajaran.

(2)

Penyeliaan terhadap amalan guru dalam pengajaran adalah satu komponen penting dalam meningkatkan kemajuan prestasi akademik pelajar dan juga terhadap perkembangan profesional guru itu sendiri. Ini bersesuaian dengan tujuan dan sasaran penyeliaan iaitu menambahbaik kualiti dan prestasi pelajar dengan cara memimpin dan membantu guru menyedari potensi mereka dan menjalankan tugas mereka dengan lebih cekap dan berkesan (Blandford 2004). Melalui penyeliaan, guru dapat dibimbing dan dibantu ke arah perubahan yang lebih baik terutama peningkatan dari segi mutu pengajaran. Ini adalah bertepatan dengan pendapat Sergiovanni dan Starratt (2007), yang menyatakan tujuan penyeliaan adalah untuk membantu sekolah-sekolah memberikan sumbangan yang lebih berkesan terhadap prestasi pelajar dan jika guru terbiasa dengan arahan penyelia yang berkesan, mereka akan mengajar dengan berjaya. Hal ini adalah penting untuk mencapai kepuasan kerja guru.

Kepuasan dalam melaksanakan tugas merupakan aspek penting bagi meningkatkan prestasi dan produktiviti seseorang guru. Jainabee (2005) dan Mohd Noor (2004) mendapati bahawa antara faktor yang menyebabkan guru bekerja dengan sebaik-baiknya adalah apabila mendapat kepuasan kerja. Apabila guru berpuas hati dengan pengetua selaku pentadbir sekolah, mereka akan bekerja dengan penuh semangat dan bertanggungjawab. Menurut Mohd Izham et al. (2008), kepuasan kerja yang tinggi menandakan bahawa sekolah ditadbir dengan baik dan mempunyai perancangan yang berkesan. Manakala Khalid (2003) menyifatkan penyeliaan sebagai tulang belakang kepada keberkesanan sekolah. Maka, adalah penting bagi pengetua menjalankan amalan penyeliaan berkesan dengan perancangan yang sempurna bagi meningkatkan kepuasan kerja guru dan mencapai matlamat sekolah.

2. PERNYATAAN MASALAH

Dalam dunia pendidikan, keberkesanan pengajaran adalah faktor utama dalam menentukan kecemerlangan akademik dan perkembangan efektif pelajar dan ianya juga secara tidak langsung merupakan indikator utama dalam mentukan kualiti guru dalam proses pengajaran (Hanidah, 2007). Oleh itu, untuk melahirkan sekolah yang berkesan dan berkualiti, amalan dalam aspek penyeliaan ditampilkan sebagai agenda utama dalam pengurusan sekolah.

Penyeliaan yang bersifat ‘inspection’ menyebabkan hubungan dua hala atau timbal balas tidak berlaku antara guru dan penyelia atau pengetua bagi meneroka kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki dan juga kekuatan-kekuatan yang perlu dipertingkatkan secara berterusan. Ini bertepatan dengan Khalid (2003) yang menyatakan bahawa penyeliaan yang bersifat inspection yang bukan sahaja dilakukan oleh pihak nazir sekolah, malahan ia juga turut diamalkan oleh pihak pengurusan sekola, tidak banyak membantu guru-guru dalam usaha meningkatkan profesionalisme mereka. Melalui pendekatan ini, pihak pengurusan sekolah selaku penyelia hanya dapat melakukan tugasnya sebagai menyelia semata-mata dan guru-guru diselia tanpa diberitahu terlebih dahulu tujuannya bagi memastikan guru-guru sentiasa bersedia untuk diselia.Guru tidak terasa kesannya secara mutlak dan akhirnya perkara yang sama akan berulang (Yunos, 2011). Menurut Che Maznah (2008) pula, sekiranya penyeliaan bertujuan untuk mencari kelemahan atau kekurangan seseorang guru, semestinya konsep penyeliaan ini tidak akan mendatangkan kesan atau sebaliknya.

Apa yang menjadi masalah sekarang ialah sejauh manakah amalan pelaksanaan penyeliaan di sekolah berupaya memenuhi keperluan dan fungsi penyeliaan itu sendiri dan seterusnya memberi impak terhadap kepuasan kerja guru? Keberkesanan penyeliaan yang dilaksanakan di sekolah berkait rapat dengan perancangan dan pelaksanaan yang dibuat oleh pihak sekolah atau pengetua selaku penyelia. Menurut Khari (2007), kepentingan amalan penyeliaan pengajaran telah lama diperkatakan sebagai usaha memastikan kualiti pendidikan dan sebagai penambahbaikan pengajaran di sekolah. Pencerapan dan penilaian di sekolah dilaksanakan bagi memastikan matlamat sekolah diterjemahkan kepada amalan di bilik darjah (Hallinger, 2003) dan memberi sokongan kepada guru-guru dan mengawasi guru-guru dalam bilik darjah (Latif, 2006).

(3)

3. TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji amalan penyeliaan pengetua terhadap kepuasan kerja guru di sekolah menengah daerah Johor Bahru, Johor.

4. OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenal pasti tahap amalan penyeliaan pengetua sekolah menengah di daerah Johor Bahru.

ii. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru. iii. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara amalan penyeliaan

pengetua dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru. 5. PERSOALAN KAJIAN

i. Apakah tahap amalan penyeliaan pengetua sekolah menengah di daerah Johor Bahru? ii. Apakah tahap kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru?

iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan penyeliaan pengajaran pengetua dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru?

6. TINJAUAN LITERATUR

Dalam dunia pendidikan, keberkesanan pengajaran adalah faktor utama dalam menentukan kecemerlangan akademik dan perkembangan efektif pelajar dan ianya juga secara tidak langsung merupakan indikator utama dalam mentukan kualiti guru dalam proses pengajaran. (Hanidah, 2007). Oleh itu, untuk melahirkan sekolah yang berkesan dan berkualiti, amalan dalam aspek penyeliaan ditampilkan sebagai agenda utama dalam pengurusan sekolah. Proses penyeliaan menggalakkan adanya dialog bercorak professional yang sihat di antara penyelia dengan guru yang diselia. Hal ini adalah bersamaan pendapat Cogan (1973) dan Goldhammer et. al (1980) dalam Lovell dan Wiles (1983) yang mengaitkan penyeliaan pengajaran sebagai suatu sistem struktur yang melibatkan hubungan, pemerhatian dan diskusi antara penyelia dengan guru-guru yang diselia. Ini adalah kerana amalan penyeliaan yang berkesan akan menjamin kepuasan kerja guru.

a. Penyeliaan

Penyeliaan adalah satu proses yang kompleks yang melibatkan kerjasama guru-guru dengan pendidik lain dalam keadaan kolaboratif untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam sekolah serta meningkatkan kepuasan kerja guru sepanjang kerjaya mereka. Menurut Rahimah (2001), penyeliaan adalah bertujuan untuk membantu guru dalam melaksanakan tugas-tugas kurikulum. Ini termasuklah untuk meningkatkan kemahiran mengajar guru. Dalam hal ini, penyeliaan dianggap penting dalam usaha mengubah amalan dan sikap guru ke arah yang lebih cemerlang. Kosmoski (1997) dalam Abdul Rahman (2010) pula mendefinisikan penyeliaan sebagai proses kepemimpinan yang menuntut hak untuk menambah baik pengajaran dalam usaha memupuk pencapaian murid. Manakala Olivia dan Pawias (1997) dalam Abdul Rahman (2010) menyifatkan penyeliaan sebagai perkhidmatan kepada guru-guru melalui bantuan-bantuan yang khusus. Pendekatan ini adalah usaha perkhidmatan untuk membantu guru-guru meningkatkan keberkesanan pengajaran.

b. Peranan Penyeliaan

Sergiovanni (1996) dalam Latif (2006) menyatakan terdapat tiga tujuan utama pencerapan dan penilaian pengajaran terhadap guru di sekolah iaitu (i) untuk kawalan kualiti (ii) perkhidmatan profesional dan (iii) motivasi guru. Penyeliaan juga bertujuan meningkatkan kemahiran mengajar guru (Rahimah, 2001). Ini menunjukkan bahawa penyeliaan adalah penting dalam usaha mengubah amalan dan sikap guru ke arah yang lebih cemerlang. Hal ini kerana pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengutamakan penambahbaikan dengan cara mambantu guru-guru dalam amalan-amalan pengajaran demi pencapaian murid (Abdul Rahman, 2010). Menurut Che Maznah (2008), penyeliaan

(4)

pengajaran diibaratkan seperti pelekat (glue) yang mengikat semua elemen keberkesanan pengajaran ke arah memenuhi keperluan guru dan juga mencapai matlamat sekolah.

Menurut Mohd Khairi (2007) pula, penyeliaan pengajaran dalam pendidikan merupakan satu instrumen penting yang diperlukan oleh pihak pentadbir iaitu pengetua untuk menganalisis keperluan dan kehendak guru agar seiring dengan tuntutan dunia pendidikan masa kini. Penyeliaan juga adalah salah satu cara pihak pentadbir mengenal pasti kekurangan dan kemajuan serta prestasi guru dalam menjalankan tugas mereka berkaitan dengan akademik pelajar. Ini bertepatan dengan Ibrahim (1993) yang menyatakan penyeliaan pengajaran bermakna penyelia memberi bimbingan kepada guru untuk berkembang , meningkat dan mencapai kesempurnaan dalam tugas mereka. Robiah (1994) juga turut menjelaskan bahawa penyeliaan sebagai membantu guru meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini dibuktikan dengan kajian Latifah (2009), Mariani (2007), Rohayu (2008), dan Zaharah ( 2007) yang menyatakan bahawa penyeliaan merupakan fungsi terpenting sekolah, yang juga merupakan satu strategi dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pengajaran guru. Justeru, jelas bahawa penyeliaan berperanan untuk meningkatkan perkembangan profesional guru dan melatih guru untuk memahami pentingnya penyeliaan dalam usaha mencapai kepuasan kerja guru.

c. Kepuasan Kerja Guru

Kepuasan kerja guru adalah keadaan emosi guru yang menggembirakan hasil daripada taksiran seseorang terhadap pekerjaannya sebagai menyenangkan dan berjaya (Mohd Noor, 2004). Fleishman dan Bass (1984) mendefinisikan kepuasan kerja guru sebagai kepuasan yang dicapai dan dinikmati apabila nilai yang dikehendaki oleh seseorang pekerja itu dapat dipenuhi. Secara umumnya, kepuasan terhadap penyeliaan dinilai dari tiga aspek yang penting iaitu hubungan peribadi, bantuan teknikal dan gaya kepimpinannya (Hamdan, Eliza dan Bakhtiar, 2005). Raziah dan Ahmad (2009) menjelaskan bahawa hubungan peribadi adalah merujuk kepada cara seseorang pemimpin menunjukkan simpati, mesra dan mengambil berat terhadap kebajikan pekerjanya. Bantuan teknikal pula merujuk kepada tindakan seseorang pemimpin yang sentiasa berusaha membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada para pekerja mengenai kerja-kerja yang mereka lakukan. Manakala gaya kepimpinan pula adalah satu bentuk pengurusan yang ditunjukkan para pemimpin ketika bekerja bersama-sama dengan para pekerja mereka untuk mencapai matlamat organisasi. Dalam konteks kajian ini, kepuasan kerja guru ialah rasa puas hati guru terhadap amalan penyeliaan yang berkesan oleh pengetua dalam melaksanakan tugas seharian mereka.

7. KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN Berikut merupakan rangka konseptual kajian.

Pemboleh ubah bebas Pemboleh ubah bersandar

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian 8. METODOLOGI

Reka bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah menggunakan kaedah tinjauan atau survey berbentuk kuantitatif. Bagi tujuan mendapatkan gambaran berkaitan keadaan atau ciri populasi maka tinjauan deskriptif

Amalan Penyeliaan Pengetua: 1) Bantuan secara

langsung

2) Pembinaan Kumpulan 3) Perkembangan

Profesional

Kepuasan Kerja Guru: 1) Penyeliaan 2) Hubungan

Interpersonal 3) Persekitaran

(5)

diguna pakai dalam kajian. Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Ini kerana soal selidik adalah merupakan satu kaedah termudah dan berkesan untuk mendapatkan data piawai dari saiz sampel kajian yang besar dan menyeluruh (Norasmah, 2002; Mitchell dan Jolley, 2004). Kelebihan menggunakan soal selidik adalah kerana boleh menjimatkan masa dan kos serta dapat ditadbir jika saiz populasinya besar (Mohd Zabidi, 2009; Mohd Aziz, 2008). Pemboleh ubah bersandar adalah kepuasan kerja guru manakala pemboleh ubah bebas adalah amalan penyeliaan pengetua.

Lokasi dan Populasi Kajian

Sebanyak tujuh buah sekolah menengah di daerah Johor Bahru dipilih untuk kajian ini. Ini adalah merupakan sekolah menengah zon Skudai sahaja memandangkan Johor Bahru terdapat 44 buah sekolah menegah kesemuanya di seluruh zon. Seramai 274 orang guru terlibat sebagai responden kajian. Dalam kajian ini, guru dipilih sebagai responden adalah kerana mereka adalah merupakan golongan yang terlibat dalam proses penyeliaan pengetua di sekolah masing-masing. Kaedah persampelan rawak mudah digunakan dan semua sampel kajian mempunyai peluang yang sama untuk dipilih dan dijadikan sebagai sampel (Leary, 2009). Menurut Krejcie dan Morgan (1970), untuk populasi seramai 950 orang guru, saiz sampel yang perlu dipilih adalah seramai 274 orang. Saiz sampel bagi kajian ini pula adalah menggunakan saiz sampel kajian yang telah ditetapkan oleh Roscoe (1975). Menurutnya, saiz sampel yang bertepatan dalam kebanyakan penyelidikan adalah melebihi 30 orang dan kurang daripada 500 orang. Ini adalah kerana sampel yang lebih daripada 500 orang boleh menyebabkan berlakunya kesalahan semasa mentafsir keputusan dalam penyelidikan (Sekaran, 2000).

Alatan Kajian

Alat kajian yang digunakan adalah berbentuk item soal selidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A melibatkan soalan tentang latar belakang responden (demografi responden). Bagi Bahagian B, instrumen adalah merujuk kepada tahap amalan penyeliaan pengetua. Manakala bagi Bahagian C pula, adalah bagi melihat kepuasan kerja guru. Item bagi Bahagian B dan Bahgian C adalah menggunakan skala Likert lima mata bagi mendapatkan jawapan responsden.

Analisis Data

Kajian ini menggunakan analisis data berbentuk Statistik Deskriptif. Ini adalah kerana data yang dihasilkan dapat dianggap sebagai ringkasan daripada keseluruhan set data yang diperolehi.. Ujian ini menjelaskan pandangan responden terhadap taburan amalan penyeliaan pengetua berdasarkan peratusan, kekerapan min dan sisihan piawai. Pengukuran tahap amalan penyeliaan pengetua dibahagikan kepada tiga tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Julat bagi setiap tahap itu ditentukan dengan mencari beza antara skor tertinggi dan skor terendah bagi skala Likert yang digunakan. Tahap amalan penyeliaan pengetua dan dimensi-dimensinya akan dinilai berdasarkan nilai min. Analisis inferensi yang melibatkan Korelasi Pearson pula digunakan untuk melihat sama ada terdapat hubungan antara amalan penyeliaan pengetua dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru yang dikaji.

9. DAPATAN

Seramai 274 responden telah mengembalikan soal selidik yang telah diedarkan daripada tujuh buah sekolah di dalam zon Skudai daerah Johor Bahru. Daripada 274 responden, seramai 82 responden ialah lelaki manakala 192 responden ialah perempuan. Jadual 1 di bawah menunjukkan maklumat lengkap tentang responden kajian.

(6)

Jadual 1 : Responden kajian

Demografi Faktor Bilangan Peratus

Jantina Lelaki 82 29.93

Perempuan 192 70.07

Jumlah 274 100.0

Pengalaman Mengajar Kurang daripada 10 tahun 120 43.80

11 – 20 tahun 109 39.78

21 tahun ke atas 45 16.42

Jumlah 274 100.0

Jadual 1 menunjukkan latar belakang responden berdasarkan jantina dan pengalaman mengajar. Kedua-dua aspek ini dilihat begitu dominan dan amat bersesuaian untuk dimasukkan di dalam kajian. Penggunaan teknik persampelan berlapis, pembahagian sampel adalah dengan nisbah 50:50. Namun, daripada edaran borang soal selidik yang diedarkan mengikut jumlah sampel di setiap sekolah, nisbah tersebut tidak dapat dicapai kerana keadaan populasi menunjukkan nisbah menjurus kepada 30:70.

Tahap Amalan Penyeliaan Pengetua

Amalan penyeliaan pengetua yang dikaji berpandukan kepada tiga dimensi iaitu 1) bantuan langsung, 2) pembinaan kumpulan dan 3) perkembangan profesionalisme dari persepsi guru-guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Setiap dimensi mempunyai fungsi tertentu. Jadual 2 menunjukkan rumusan keseluruhan skor min dan sisihan piawai tahap amalan penyeliaan pengetua sekolah menengah di daerah Johor Bahru.

Jadual 2 : Rumusan keseluruhan skor min dan sisihan piawai tahap amalan penyeliaan pengetua sekolah menengah di daerah Johor Bahru

Sisihan Piawai Skor Min Tahap

Tahap Amalan

Penyeliaan Pengetua 0.53 4.18 Tinggi

Jadual 2 menunjukkan bahawa tahap amalan penyeliaan pengetua sekolah menengah di daerah Johor Bahru adalah berada pada tahap tinggi dengan skor min = 4.18 dan sisihan piawai = 0.53 Jadual 3 : Skor min dan sisihan piawai tahap amalan penyeliaan pengetua berdasarkan tiga dimensi di

bawah. Bil Amalan Penyeliaan Pengajaran

Pentadbir Min SisihanPiawai Tahap

1 Bantuan langsung 4.21 0.55 Tinggi

2 Pembinaan kumpulan 4.25 0.48 Tinggi

3 Perkembangan profesional 4.08 0.56 Tinggi

Jadual 3 menunjukkan skor min dan sisihan piawai tahap amalan penyeliaan pengetua berdasarkan setiap dimensi. Ketiga-tiga dimensi amalan penyeliaan pengetua berada pada tahap tinggi di mana dimensi dalam amalan pembinaan kumpulan adalah yang paling tinggi (min = 4.25) dan skor min terendah adalah bagi perkembangan profesional (min = 4.08).

(7)

Tahap Kepuasan Kerja Guru

Jadual 4 : Rumusan keseluruhan skor min dan sisihan piawai bagi tahap kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru.

Sisihan Piawai Skor Min Tahap

Tahap Kepuasan

Kerja Guru 0.57 4.19 Tinggi

Hasil kajian menunjukkan bahawa min skor keseluruhan bagi tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap yang tinggi dengan min = 4.19 dan sisihan piawai = 0.57. Pencapaian min skor secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi.

Hubungan Amalan Penyeliaan Pengetua dengan Kepuasan Kerja Guru

Hubungan antara amalan penyeliaan pengetua dengan kepuasan kerja guru dianalisis menggunakan Korelasi Pearson. Hipotesis yang diuji dalam bahagian ini adalah seperti berikut :

H01 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan penyeliaan pengetua dengan kepuasan

kerja guru menengah di daerah Johor Bahru.

Jadual 5 : Analisis Korelasi Pearson bagi hubungan yang signifikan antara amalan penyeliaan pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru.

Amalan Penyeliaan

Pengetua Kepuasan Kerja Guru Amalan Penyeliaan

Pengetua Korelasi Pearson 1.000 .548

Sig (2-tailed)

N 274 .000274

Kepuasan Kerja Guru Korelasi Pearson Sig (2-tailed) N .548 .000 274 1.000 274

Daripada Jadual 5 di atas didapati nilai pekali Korelasi Pearson bagi hubungan yang signifikan antara amalan penyeliaan pengetua dan kepuasan kerja guru adalah dengan nilai r = .548 pada tahap signifikan .000 (p<.05). Oleh kerana tahap signifikan kurang daripada .05, maka hipotesis null ditolak. Ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya terdapat hubungan yang signifikan antara amalan penyeliaan pengetua dan kepuasan kerja guru.

10. PERBINCANGAN

Kajian menunjukkan tahap amalan penyeliaan pengetua sekolah menengah di daerah Johor Bahru berada pada tahap tinggi (min = 4.18). Dapatan ini secara tidak langsung memperkukuhkan lagi dapatan Siti Syafiqah et.al (2014) yang juga mendapati tahap amalan penyeliaan pengetua di daerah Kulaijaya, Johor adalah tinggi. Dapatan kajian turut menunjukkan tahap amalan penyeliaan pengetua diukur berdasarkan tiga dimensi penyeliaan. Ketiga-tiga dimensi amalan penyeliaan pengetua berada pada tahap tinggi di mana dimensi dalam amalan pembinaan kumpulan adalah yang paling tinggi (min = 4.25) dan skor min terendah adalah bagi perkembangan profesional (min = 4.08).

(8)

Dalam hubungan amalan penyeliaan pengetua dengan kepuasan kerja guru pula, dapatan kajian menunjukkan hubungan yang positif antara amalan penyeliaan pengetua dengan tahap kepuasan kerja di mana nilai pekali korelasi adalah r = .548 pada tahap signifikan .000 (p<.05). Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini membuktikan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan penyeliaan pengetua dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah di daerah Johor Bahru. Dapatan ini menjelaskan bahawa amalan penyeliaan yang diamalkan pengetua mempengaruhi kepuasan kerja guru.

11. RUMUSAN

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa tahap amalan penyeliaan oleh pengetua yang sangat tinggi mendapati penyelia sekolah telah menjalankan tugasnya dengan baik terutama dalam aspek penyeliaan pengajaran yang menjadi aspek utama dalam menentukan keberhasilan kualiti guru di sekolah. Tahap kepuasan kerja guru adalah tinggi dan guru berpuas hati dalam menjalankan tugas seharian mereka di sekolah. Hal ini disokong oleh dapatan Sharipah Rosni (2009) yang mengkaji tahap kepuasan kerja guru terhadap penyeliaan pengajaran dan pembelajaran yang mendapati persepsi guru terhadap amalan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi. Kajian lain adalah daripada dapatan Hassan & Adnan (2011) yang mendapati bahawa tahap kepuasan kerja guru di sekolah rendah daerah Besut, Terengganu secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi.

Seterusnya, kajian ini menyumbang implikasi yang bermakna kepada sistem pendidikan negara khususnya dalam memberi kesedaran kepada guru dalam memahami peranan dan tanggungjawab pengetua sebagai penyelia dalam menjalankan tugas penyeliaan terhadap guru dan ini akan mengelakkan tanggapan negatif dan membina hubungan yang baik antara pengetua dengan guru-guru di sekolah. Hasil dapatan ini selari dengan teori penyeliaan pengembangan oleh Glickman et al. (2007) yang mana teori ini merupakan salah satu pendekatan yang sangat berkesan dalam membentuk pembangunan dan pengembangan profesional guru.

Oleh itu, tahap amalan penyeliaan pengajaran oleh pengetua yang berkesan dan mantap dari semasa ke semasa dapat menjayakan matlamat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Pengetua sekolah perlu memberi galakan secara langsung dan tidak langsung dalam usaha meningkatkan kepuasan kerja guru dan seterusnya mencapai matlamat sekolah.

Sebagai cadangan dan penambahbaikan di masa akan datang, pengetua perlu memberi tumpuan utama dalam aspek amalan penyeliaan pengajaran dalam urusan kerja seharian mereka. Ini kerana penyeliaan oleh pengetua terbukti menyumbang secara positif dalam mencapai kepuasan kerja guru. Pengetua harus mengambil kira dalam aspek penggunaan teori yang lebih releven dan terkini bagi mengukur tahap amalan penyeliaan terhadap kepuasan kerja guru. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menambah modul latihan kepengetuaan dengan menekankan kemahiran dalam aspek amalan penyeliaan dan melakukan pemantauan berterusan terhadap amalan penyeliaan pengetua di sekolah-sekolah bagi meningkatkan kepuasan kerja guru. Hal ini akan dapat melahirkan iklim sekolah yang kondusif seterusnya mencapai kecemerlangan.

RUJUKAN

Abdul Ghani Adullah, Abd Rahman Abd. Aziz & Muhammad Zohir Ahmad.2008. Gaya-gaya Kepimpinan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd Abdul Rahman Abdul Majid. 2010. Kepemimpinan dan Penyeliaan Instruksional. Petaling:

Multimedia Sdn. Bhd

Abdul Rahman Abdul Majid Khan .2011. Penyeliaan Klinikal dari Perspektif pengajaran di sekolah. PTS Professional.

Adnan bin Hassan .2008. Kepuasan Kerja Guru Tabika Perpaduan Negeri Selangor. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Al-Ramaiah.1999. Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Edisi Kedua.Selangor: IBS buku Sdn.Bhd.

Azariah Raya. 2014. Amalan Penyeliaan dan Hubungannya dalam meningkatkan Kualit Pengajaran. Tesis Sarjana. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

(9)

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan. 2007. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis & Interpretasi Data. PTS Profesional.

Azlin Norhaini Mansor. 2004. Amalan Pengurusan Pengetua: Satu Kajian Kes. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan, 255-265.

Badrul Hisyam Husin. 2004. Kepuasan Kerja di Kalangan Staf Akademik di Sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awan Selangor. Kertas projek sarjana kaunseling, Universiti Malaya. Benjamin Situmorang. 2014. The Effect of Instructional Leadership, Knowledge of Educational

Management, Interpersonal Communication and Job Satisfaction to Organization Commitment of the Senior High School Principals (A Case Study in Senior High Schools in Medan Municipality). International Journal of Sciences: Basic and Applied Research (IJSBAR), 18(1):234-253

Blanford.S. 2004. Mengurus Pembangunan Pofesional di Sekolah. Terj. Munira Mustaffa. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Malaysia Berhad.

Che Maznah Mohammed. 2008. Amalan penyeliaan pengajaran di sekolah dalam zon pudu, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Che Nidzam Che Ahmad, Kamisah Osman & Lilia Halim. 2010. Hubungan Ramalan Persekitaran Pembelajaran Makmal Sains dengan Tahap Kepuasan Pelajar (Predictive Relationship between Science Laboratory Learning Environment and Level of Students’ Satisfaction). Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(2), 19-30

Chua Yan Piau.2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kaedah Penyelidikan Buku 1. Kuala Lumpur;McGraw Hill.

Cogan. M. L. 1973. Clinical Supervision. Boston.: Houghton Mifflin Company. Ediger, M. 2002. The supervisor of the school. Education, 122(3):602–605

Elangkumaran Davarajoo. 2012. Hubungan Antara Kepimpinan Pengajaran Guru Besar dengan Komitmen Kerjadan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Rendah di Zon Tanjung Karang. SJKT Ghandiji, Kuala Selangor.

Fleishman, E. A & Bass, A. R. 1984. Studies in personal and industrial psychology. Homework, Illinois: The Dorsey Press.

Glickman, C. D., Gordon, S. P. and Ross-Gordon, J. .2004. Supervision and instructional leadership: A developmental approach (6th ed.). Boston: Pearson.

Glickman, C.,Gordon, S. & Ross, G .2007. Supervision and instructional Leadership. Boston: Ally & Bacon.

Goldhammer, R., Anderson, R. H., & Krajewski, R. J. .1980. Clinical Supervision: Special Methods for the Supervision of Teachers (2nd ed.). New York: Holt, Rinehart and Winston.

Hamdan Bin Said & Lim Seng Thay. 2011. Penyeliaan Pengajaran Di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Zon Tiram, Johor. Fakulti Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Hanidah binti Hashim. 2007. Penyeliaan pengajaran dan motivasi kerja guru. Satu Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kluang, Johor. Projek sarjana pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasbullah Bin Mat Daud. 2012. Tahap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru- Guru j-Qaf: Kajian Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan Bin Hushin & Adnan Bin Hussin .2011. Hubungan Kepuasan Kerja Guru-Guru Dengan Gaya Kepimpinan Guru Besar Di Sekolah Daerah Besut, Terengganu. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia

Herzberg, FD Mausner & B Synderman .1959. The Motivation to work. New York: John Wiley and Son inc.

Jainabee L.S. Md. Kassim. 2005. Budaya organisasi dan kepuasan kerja di Maktab Perguruan Malaysia. Tesis Dr. Falsafah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob. 2013. Kajian Tentang Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas (A Study On Job Satisfaction Among Special Education Teachers). Asia Pacific Journal of Educators and Education. Vol. 28, 103–115. Kementerian Pelajaran Malaysia . 2012 . Laporan Awal: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(10)

Khalidah bt Omar .2007. Pengurusan Konflik Guru Besar Dan Hubungannya dengan Kepuasan Kerja Guru di Negeri Sembilan. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Khalid bin Panggagah. 2003. Penyeliaan pengajaran dan penyeliaan staf, satu konsep kesedaran di kalangan guru di salah sebuah sekolah menengah di daerah Semporna Sabah. Tesis sarjana pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. 1970. Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Latif Bin Muhammad. 2006. Pelaksanaan kepemimpinanpengjaran di kalangan pengetua sekolah di Negeri Selangor Darul Ehsan. Tesis Dr. Falsafah. UniversitiKebangsaan Malaysia: Bangi. Lovell John & Wiles. Kimball. 1983. Supervision for Better Schools.5th ed. New York: Prentice-Hall. Mohamad Fuad et al. 2013. Kepuasan Kerja Guru-Guru Agama Sekolah Rendah Agama (SRA)

Jabatan Agama Islam Selangor. Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.

Mohd Izham Mohd Hamzah, Jainabee, Md Kasim & Jafri Abu. 2008. Perancangan dan pelaksanaan penempatan guru mengikut tugas dan kepuasan kerja guru sekolah menengah kebangsaan di daerah Hulu Langat, Selangor. Prosiding Seminar Kebangsaan Jawatan kuasa Penyelarasan Pendidikan Guru 2008 (dalam CD) Universiti Utara Malaysia.

Mohd Khairi bin Muda. 2007. Pelaksanaan penyeliaan pengajaran di sebuah sekolah menengah daerah Dungu, Terengganu. Tesis sarjana pendidikan. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Mohd Majid Konting. 2009. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan

Pustaka ,Kuala Lumpur.

Mohd. Noor Jaafar, Haji. 2004. Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, komitmen dan kepuasan kerja guru: Satu kajian perbandingan dan hubungan antara sekolah berkesan dengan sekolah kurang berkesan. Tesis Dr. Falsafah. Malaysia: Universiti Sains Malaysia.

Nadia Hartini. 2013. Pembangunan Profesionalisme Keguruan Menerusi Penyeliaan Pengajaran Dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Tesis sarjana. Universiti Teknologi Malaysia

Nor Foniza & Mohd Izham. 2012. Pengetua Pemacu Organisasi Pembelajaran. Institut Aminudin Baki (AIB) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Nurahimah Mohd Yusoff dan Rafisah Osman. 2010. Hubungan Kualiti Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Bilik Darjah Dengan Efikasi Guru. Pusat Pengajaran Pembelajaran Universiti Universiti Utara Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education, Vol. 25, 53–71.

Rafisah Osman. 2000. Persepsi Guru Sekolah Menengah Terhadap Proses Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran. Tesis Sarjana Sains Universiti Utara Malaysia, (September).

Rahimah Hj Ahmad. 2001. Kepemipinan sekolah dalam menghadapi millenium baru.pemimpin. Jurnal Institut Pengetua. Kuala Lumpur. Universiti Malaya.

Rizuan Mohd. 2015. Amalan Penyeliaan Pengajaran Oleh Pentadbir dan Komitmen Guru Dalam Program j-Qaf. Tesis Sarjana. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Robert V. Krejcie & Daryle W. Morgan. 1970. Determining Sample Size For Research Activities. Educational And Psychological Measurement. 30, 607-610.

Sergiovanni & Starrat. 2007. Supervision: A Redefinition. New York.

Ser Toh Cheau Tee. 2013. Penyeliaan Pengajaran Di Sjk ( C) Zon Bandar Muar, Johor. Tesis sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Shahrin Bin Hashim & Saraswathi Vani A/P Marappan. 2011. Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Di Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai. Tesis sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Sharipah Rosni Syed Abidin. 2009. Hubungan Persepsi Guru dengan Kepuasan Kerja Terhadap Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran. Tesis Sarjana Sais (Pengurusan Pendidikan). Universiti Utara Malaysia, Sintok, Jitra, Kedah.

Siti Syafiqah Syahmah Raden A. Rahman, Nor Hapipah Pakah & Jamalullail Abdul Wahab. 2014. Amalan Penyeliaan Pengajaran dan Tahap Profesionalisme Guru di Sekolah. The 4th International Conference on Leader Diversity. (ICELD).662-671

(11)

Sufean bin Hussin et al. 2005. Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan: Satu ulasan ke arah penambahbaikan, Pahang: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Suseela Malakolunthu. 2005. Amalan Penyeliaan Pengajaran: Ke arah pembangunan profesionalisme guru. Pahang: PTS Profesional Publishing Sdn Bhd.

Vijayaamalar Gunarasa & Suhaida Abdul Kadir. 2013. Amalan Penyeliaan Pengajaran Yang Dijalankan Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan, Zon Bangsar, Kuala Lumpur. Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia. Seminar Pasca Siswazah Dalam Pendidikan (Greduc 2013).

Referensi

Dokumen terkait

Siswa hanya bisa mengetahui bagaimana menggambar suatu garis lurus yang berkaitan dengan konsep sistem koordinat jika diberi stimulus dari luar berupa tuntunan perintah

“Kalau masalah sertifikasi halal itu di Bira sepertinya terkendala sama biaya, nah orang kan sangat sensitif sekali sama biaya yah jadi ketika para

Pada siklus pertama setelah dikenai tindakan melalui model pembelajaran kooperatif tipe TAI ( Team Assisted Individualization ) berbantuan jobsheet kesulitan

Segala puji dan syukur penulis panjatkan atas kehadirat Allah SWT yang melimpahkan rahmat, taufik dan karunia-Nya, sehingga penulis mampu untuk menyelesaikan penyusunan

Hasil penelitian menunjukkan bahwa media promosi yang banyak memberikan informasi kepada mahasiswa tentang kampus STKIP PGRI Sumenep (gambar 1) adalah dari

The lack of response in terms of increasing the voluntary intake of low quality grass hay or the total diet digestibility, due to leucaena supplementation, may be related to the

Untuk memperkuat pendapatnya, Goldziher memaparkan contoh dari surah al-Fatihah, ia menjelaskan bahwa Abdullah bin Mas ’ ud mengganti lafadz pertama pada ayat “ Ihdina

Berdasarkan uraian penjelasan tentang penerimaan atas pajak hotel dan restoran yang berfluktuasi sebagai salah satu penerimaan pendapatan asli daerah, maka perlu kiranya dilakukan