• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Log Kepimpinan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Contoh Log Kepimpinan"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

LOG KEPIMPINAN 1

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) PROGRAM KELAYAKAN PROFESIONAL

PEMIMPIN PENDIDIKAN KEBANGSAAN (NPQEL) AMBILAN 2/2014

LAPORAN LOG KEPIMPINAN

Disediakan Oleh:

SHAHARUL AZMI BIN MOHAMMUD

730714-06-5493

NPQEL 14A2 - SRG2

Laporan Log Kepimpinan Diserahkan kepada

Institut Aminuddin Baki sebagai memenuhi keperluan

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)

(2)

Minggu Pertama : 09 Jun Hingga 13 Jun 2014. Tarikh/Hari 9 Jun 2014

Masa 9.00 pagi – 10.15 pagi

Aktiviti Minggu Orientasi Program NPQEL

Organisasi Institut Aminuddin Baki, Sri Layang, Genting Highlands Lokasi Auditorium Razali Ismail (ADRI)

Catatan Kepimpinan

1. Dr.Shariffah Sebran Jamila binti Syed Imam (Pengurus, Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan) menyampaikan ucapan di atas pentas kepada semua peserta NPQEL ambilan 2 2014 yang baru mendaftar bagi mengikuti program tersebut.

2. Beliau menyampaikan ucapan tahniah kepada semua peserta kerana dipilih mengikuti program NPQEL setelah Berjaya dalam sesi temuduga yang lalu.

3. Ucapan beliau berkisa rterhadap aktiviti-aktiviti yang akan dilalui oleh semua peserta NPQEL sepanjang 3 minggu di IAB.

4. Beliau juga turut berharap agar semua peserta patuh kepada peraturan-peraturan di IAB sepanjang berada di sini selama hampir 4 minggu.

Refleksi / Rujukan

1. Dr. Sharifah telah mempamerkan gaya kepimpinan yang berlainan semasa berucap di hadapan peserta seperti kepimpinan partisipatif, . gaya autokratik dan gaya kepimpinan mengikut situasi

2. Gaya kepimpinan partisipatif dipamerkan apabila beliau mengajak para peserta mengemukakan pandangan masing-masing terhadap program NPQEL.

3. Kepimpinan gaya autokratik dipamerkan oleh beliau apabila menyampaikan arahan dan peraturan-peraturan semasa mengikuti program NPQEL yan perlu dipatuhi oleh para peserta.

4. Gaya kepimpinan mengikut situasi (situational leadership) atau

contingency leadership turut dipamerkan semasa beliau

mengemukakan pandangan peribadi berdasarkan pengalaman beliau.

LOG KEPIMPINAN 2

(3)

Minggu Pertama : 09 Jun Hingga 13 Jun 2014. Tarikh/Hari 11 Jun 2014 (Rabu)

Masa 0815 – 0430 Petang

Aktiviti Kajian Tindakan

Organisasi Institut Aminudin Baki, Sri Layang Genting Highland

Lokasi Bilik 316 Kumpulan SRG2

Catatan Kepimpinan

1. Pensyarah Dr.Jameela Bibi memberikan kuliah tentang Kajian Tindakan untuk semua peserta NPQEL Ambilan 2/2014 Kelas SRG2.

2. Pensyarah mengemukakan beberapa soalan kepada para peserta untuk mengetahui sejauhmana kefahaman sedia ada peserta tentang Kajian tindakan dan hasrat para peserta.

3. Perjalanan kelas didapati sangat lancar dengan kaedah penyampaian dan kawalan yang amat baik oleh pensyarah. 4. Pensyarah memberi penjelasan yang begitu tepat dan padat

tentang cara membuat kajian tindakan untuk dijadikan rujukan oleh para peserta.Para peserta diberi ruang dan peluang untuk menyatakan pendapat masing-masing tentang isu yang dibahaskan.

5. Pensyarah mengagihkan peserta kepada 8 kumpulan perbincangan dengan setiap kumpulan memilih satu isu sahaja. Para peserta diberi bimbingan untuk mendapatkan hasil perbengkelan yang tepat dengan apa yang dipelajari.setiap kumpulan diberi peluang membuat pembentangan dan sesi soaljawab.

6. Pensyarah Dr.Jamela telah berulang kali menyatakan bahawa Kajian Tindakan perlu melihat kepada isu utama sebelum mencari jalan penyelesaianya.

Refleksi / Rujukan

1. Pensyarah Dr. Jamela Bibi mempamerkan gaya kepimpinan yang berlainan semasa mengendalikan kuliah dengan para peserta seperti kepimpinan partisipatif dan gaya demokratik kepimpinan mengikut situasi.

2. Gaya kepimpinan partisipatif dipamerkan apabila mengajak para peserta mengemukakan pandangan tentang isu yang dibangkitkan.

3. Pensyarah juga mempamerkan gaya kepimpinan mengikut situasi (situational leadership) atau contingency leadership semasa beliau mengemukakan pandangan peribadi berdasarkan pengalaman.

LOG KEPIMPINAN 3

(4)

Minggu 2 : 16 Jun Hingga 20 Jun 2014. Tarikh/Hari 18 Jun 2014 (Rabu) Masa 0815 – 0430 Petang

Aktiviti Modul 2 ( Dasar dan Halatuju)

Organisasi Institut Aminudin Baki, Sri Layang Genting Highland

Lokasi Bilik 316 Kumpulan SRG2

Catatan Kepimpinan

1. Pensyarah En.Edaris bin Abbu Bakri memberikan kuliah tentang Modul 1 yang berkaitan dengan Dasar dan Halatuju untuk semua peserta NPQEL Ambilan 2/2014 Kelas SRG2.

2. Pensyarah mengemukakan beberapa pandangan tokoh tentang kepimpinan yang berkesan seperti Ford.M Hechinger dalam akhbar New York Press mengatakan

bahawa:-- Sekolah yang hebat dipimpin oleh pemimpin yang hebat - Sekolah hebat akan merudum jika dipimpin oleh pemimpin

yang teruk,dan

- Jatuh bangunnya sesebuah sekolah itu banyak bergantung kepada kepimpinan pengetuanya.

3. Pensyarah juga mengemukan 4 Ways untuk panduan kepada para peserta kursus semasa menjadi guru besar nanti.

- WAYS – Walk, Around , Your, School - WAYS – Win, Always, Your, Staff - WAYS – Win, Always, Your, Student - WAYS – Win, always, Your, Society.

4. Pensyarah memberi penjelasan yang begitu tepat dan padat setiap WAYS kepada para peserta untuk diaplikasikan di sekolah nanti. 5. Encik Edaris juga memberi penjelasan tentang Analisis SWOT

dan pembinaan Cow Matrik serta Rangking Matrik. Para peserta diberi ruang dan peluang untuk bersoal jawab untuk mendapat kefahaman yang lebih jelas.

6. Pensyarah mengagihkan peserta kepada 7 kumpulan perbincangan dengan setiap kumpulan diminta membinan:-i. Pelan Pembangunan Sekolah

ii. Pelan Taktikal

iii. Pelan Operasi dan setiap kumpulan membuat pembentangan.

(5)

Refleksi / Rujukan

1. Pensyarah En Edaris Bin Abbu Bakri mempamerkan gaya kepimpinan yang berlainan semasa mengendalikan kuliah dengan para peserta seperti kepimpinan partisipatif dan gaya demokratik kepimpinan mengikut situasi. 2. Gaya kepimpinan partisipatif dipamerkan apabila

mengajak para peserta mengemukakan pandangan tentang isu yang dibangkitkan.

3. Pensyarah juga mempamerkan gaya kepimpinan mengikut situasi (situational leadership) atau contingency leadership semasa beliau mengemukakan pandangan peribadi berdasarkan pengalaman.

LOG KEPIMPINAN 4

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 3 : 23 Jun Hingga 27 Jun 2014.

(6)

Masa 0815 – 1245 Tengah Hari Aktiviti Pengurusan Hal Ehwal Murid

Organisasi Institut Aminudin Baki, Sri Layang Genting Highland

Lokasi Bilik 316 Kumpulan SRG2

Catatan Kepimpinan

1. Pensyarah Ustaz Kamal Ariffin Bin Jaih memberikan kuliah tentang Pengurusan HEM untuk semua peserta NPQEL Ambilan 2/2014 Kelas SRG2.

2. Pensyarah mengemukakan panduan dalam pengurusan HEM ketrampilan diri amat penting. Seorang GPK HEM harus sentiasa berkomunikasi dalam masyarakat/komuniti setempat.

3. Perjalanan kelas didapati sangat lancar dengan kaedah penyampaian dan kawalan yang amat baik oleh pensyarah. 4. Pensyarah memberi penjelasan yang begitu tepat dan padat

tentang bagaimana cara seorang GPK HEM dapat bergerak dengan berkesan. Beliau menyatakan “ Sekolah Rebah Angkara HEM Lemah”. HEM merupakan tunjang utama “Kebangunan Sekolah”.

5. Pensyarah memberikan contoh bagaimana beliau memenangi hati masyarakat untuk bersama dengan aktiviti sekolah dengan begitu baik.

Refleksi / Rujukan

1. Pensyarah Ustaz Kamal mempamerkan gaya penyampaian yang begitu menarik semasa mengendalikan kuliah dengan para peserta seperti kepimpinan partisipatif dan gaya demokratik kepimpinan mengikut situasi.

2. Gaya kepimpinan partisipatif dipamerkan apabila mengajak para peserta mengemukakan pandangan tentang isu yang

dibangkitkan.

3. Pensyarah juga mempamerkan gaya kepimpinan mengikut situasi (situational leadership) atau contingency leadership semasa beliau mengemukakan pandangan peribadi berdasarkan pengalaman.

LOG KEPIMPINAN 5

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 6 : 14 – 18 Julai 2014 2014.

(7)

Tarikh/Hari 14 – 18 Julai 2014 / Isnin - Jumaat Masa 7.30 pagi - 1.30 petang

Aktiviti Program Penandaarasan Organisasi Sekolah Kebangsaan Sentosa

Lokasi Tapak Perhimpunan & Bilik Mesyuarat

Catatan Kepimpinan

1. Perhimpunan pagi dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.

2. Guru Besar menyampaikan ucapan.

3. Puan Yusraini mempengerusikan mesyuarat guru selepas tamat sesi persekolahan dan didahului dengan ucapan aluan dan bacaan Al-fatihah.

4. Membentangkan dapatan dari mesyuarat Pengurusan GB Daerah Maran mengenai PPPM, DTP (District Transformation Program) dan PLC (Profesional Learning Comunity).

Refleksi / Rujukan

1. Guru Besar mempunyai kemahiran memimpin yang tinggi. Beliau menggunakan kemahiran tersebut berdasarkan situasi.

2. Sewaktu ucapan di dalam perhimpunan pagi , beliau menunjukkan kebijaksanaan sebagai motivator kerana

audience utama adalah murid-murid.

3. Selain itu, beliau tegas ketika sesuatu hal yang berkaitan disiplin bagi mengelakkan masalah disiplin berlaku. 4. Beliau juga mempunyai sikap toleransi kerana dapat

menerima ketidakpuasan hati guru-guru dengan hati terbuka ketika mesyuarat guru diadakan.

5. Gaya kepimpinan berperikemanusiaan turut ditunjukkan ketika mesyuarat berlangsung di mana beliau

mementingkan suasana kerja yang baik dan mesra di antara semua kaki tangan.

Ada ketikanya kepimpinan autokratik digunakan, beliau dengan tegas meminta guru-guru memberi perhatian terhadap apa yang diucapkan supaya semua yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.

LOG KEPIMPINAN 6

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 7 : 21 – 25 Julai 2014.

(8)

Masa 7.30 pagi - 1.30 petang

Aktiviti Program Penandaarasan

Organisasi Sekolah Kebangsaan Sentosa

Lokasi Tapak Perhimpunan & Bilik Mesyuarat

Catatan Kepimpinan

1. Perhimpunan pagi untuk program Jom Baca dijalankan mengikut masa yang telah ditetapkan.

2. Guru Besar turut mengambil bahagian dalam

membimbing murid-murid dalam program Jom Baca tersebut.

3. Pn. Yusraini dimenyampaikan hadiah kepada murid yang dapat bercerita di hadapan perhimpunan.

Refleksi / Rujukan

1. Gaya kepimpinan yang pelbagai berdasarkan situasi telah mempengaruhi kepada penetapan keputusan sesuatu yang dibincangkan.

2. Gaya kepimpinan partisipatif diamalkan oleh Guru Besar kerana beliau akan turut serta dalam kebanyakan aktiviti yang dijalankan oleh guru-guru.

3. Guru Besar cuba membawa pendekatan yang berlainan iaitu cuba berganjak daripada pendekatan “kami sudah biasa melakukannya begini”.

4. Guru Besar juga mengamalkan gaya kepimpinan demokratik. Beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada guru untuk menjalankan aktiviti kerana majoriti guru disini adalah berpengalaman dan telah berkhidmat lebih daripada 10 tahun.

LOG KEPIMPINAN 8

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 12 : 25 – 29 Ogos 2014

(9)

Masa 7.45- 8-15 pagi

Aktiviti Perhimpunan Pagi Isnin

Organisasi SK LKTP Jengka 5

Lokasi Dataran Perhimpunan

Catatan Kepimpinan

1. En. Kasim b. Haji Pardi menyampaikan ucapan di atas pentas. Beliau memperkatakan tentang kepentingan menjaga kebersihan sekolah. Beliau menegur sikap murid-murid yang masih sukar membuang amalan negatif iaitu membuang sampah merata-rata walaupun sering ditegur oleh guru semasa perhimpunan. Murid-murid yang masih didapati membuang sampah di dalam meja akan dikenakan tindakan keras.

2. Beliau juga memberikan peringatan kepada murid-murid tentang kepentingan kehadiran ke sekolah. Perbuatan ponteng sekolah adalah merupakan satu kesalahan disiplin dan wajar ditangani. Murid yang ponteng sekolah juga akan rugi kerana membiarkan masa yang amat penting untuk pembelajaran berlalu begitu sahaja.

Refleksi / Rujukan

1. En. Kasim telah mempamerkan gaya kepimpinan autokratik apabila memberikan amaran akan mengambil tindakan keras tanpa kompromi kepada murid-murid yang masih membuang sampah ke dalam meja. Gaya kepimpinan autokratik tersebut dipamerkan semasa beliau memberikan peringatan tentang akibat perbuatan ponteng sekolah kepada murid-murid.

2. Gaya kepimpinan tersebut ditonjolkan oleh beliau dengan harapan agar murid-murid mematuhi peraturan sekolah dan secara tidak langsung masalah disiplin di sekolah dapat dikawal.

LOG KEPIMPINAN 7

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 11 : 18 – 22 Ogos 2014

Tarikh/Hari 20 Ogos 2014 – Rabu

(10)

Aktiviti Taklimat Sandaran

Organisasi Institut Aminuddin Baki, Sri Layang, Genting Highlands

Lokasi Dewan Kuliah K144

Catatan Kepimpinan

1. Dr.Sharifah memulakan taklimat selepas memastikan semua peserta telah masuk ke dalam bilik kuliah.

2. Menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil ketika program Sandaran yang akan dijalankan selama 8 minggu. 3. Meminta semua peserta kursus mematuhi setiap tarikh yang

dinyatakan untuk memastikan tugasan sandaran siap pada tempoh yang telah ditetapkan.

1. Tugasan e-learning juga perlu disiapkan sebelum bersemuka kali ketiga.

Refleksi / Rujukan

1. Dr. Sharifah telah mempamerkan gaya kepimpinan mengikut keadaan. Beliau bersikap autokratik pada suatu masa dan bersikap demokrasi pada waktu yang lain.

2. Beliau juga menggunakan gaya bujukan pada suatu ketika apabila melihat ramai peserta yang agak gelisah ketika mendengar taklimat.

3. Sewaktu taklimat juga, beliau menampilkan gaya mengajar dengan cara menunjukkan cara membuat tugasan sandaran seperti guru mengajar murid.

LOG KEPIMPINAN 9

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 12 : 25 – 29 Ogos 2014

Tarikh/Hari 25 Ogos 2014 - Isnin

Masa 2.00 – 4.00 petang

Aktiviti Mesyuarat Guru dan Kakitangan

Organisasi SK LKTP Jengka 5

(11)

Catatan Kepimpinan

1. En. Kasim b. Haji Pardi telah membentangkan maklumat-maklumat yang diperoleh oleh beliau daripada PPD. 2. Beliau memaklumkan tentang Program sandaran yang

dijalankan di sekolah

3. Mempersilakan En. Shaharul Azmi b. Mohammud

menerangkan bagaimana pelaksanaan program tersebut di sekolah.

4. Meminta guru-guru membentangkan masalah dalam hal-hal lain.

Refleksi / Rujukan

1. En. Kasim telah mempamerkan gaya kepimpinan Partisipatif apabila memberikan kebebasan kepada saya untuk memaklumkan pelaksanaan program sandaran kepada semua guru.

2. Beliau juga turut mempamerkan gaya kepimpinan mengikut situasi apabila menerima pandangan guru-guru apabila diminta memberikan pendapat dan menyatakan permasalahan yang timbul sepanjang sesi persekolahan.

LOG KEPIMPINAN 10

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 13 : 1 – 5 September 2014

Tarikh/Hari 3 September 2014 - Rabu

Masa 9.00 – 9.45 pagi

Aktiviti Perbincanganbersama Guru Besar tentang kertas kerja dan bajet Program Sandaran

Organisasi SK LKTP Jengka 5

(12)

Catatan Kepimpinan

1. En. Kasim b. Haji Padi meneliti kertas kerja dan kewangan yang diperuntukkan untuk melaksanakan Program Jom Baca yang dicadangkan.

2. Beliau mengemukakan beberapa pandangan bagi memperbaiki kertas kerja.

3. Beliau mencadangkan peruntukan kewangan bagi melaksanakan program sandaran tersebut menggunakan sumber wang kerajaan iaitu dari Kewangan Panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu serta sedikit sumbangan dari PIBG .

Refleksi / Rujukan

1. En. Kasim telah mempamerkan gaya kepimpinan mengikut situasi apabila menerima pandangan dan penjelasan saya tentang kertas kerja tersebut.

2. Beliau mempamerkan gaya kepimpinan autokratik apabila begitu teliti dalam perincian bajet melaksanakan program sandaran tersebut. Namun gaya kepimpinan tersebut ada rasionalnya bagi memastikan setiap program berjalan dengan baik dan mencapai objektif.

LOG KEPIMPINAN 13

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 14 : 8 – 12 September 2014

Tarikh/Hari 8 September 2014 - Isnin

Masa 7.45 – 8.15 pagi

Aktiviti Perhimpunan Pagi Isnin

Organisasi SK LKTP Jengka 5

Lokasi Dataran Perhimpunan

(13)

amanat kepada semua murid.

2. Beliau memfokuskan kepada peningkatan pencapaian kokurikulum di sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa. 3. Beliau juga menyebutkan berkaitan masalah kehadiran murid

yang amat teruk pada hari Sabtu (6/9/2014) sebagai sekolah ganti.

Refleksi / Rujukan

1. Guru Besar telah menunjukkan gaya kepimpinan yang bersifat menghargai apabila setiap murid yang menerima sijil bagi penyertaan aktiviti kokurikulum akan diusap kepala. Rasa kasih beliau kepada murid-murid ditunjukkan dengan jelas sekali.

2. Beliau juga bersikap autokratik apabila menyatakan akan mengambil tindakan tegas kepada murid-murid yang tidak hadir ke sekolah.

Beliau amat mementingkan kehadiran ke sekolah kerana murid yang tercicir pelajaran akan kerugian.

LOG KEPIMPINAN 11

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 13 : 1 – 5 September 2014

Tarikh/Hari 3 September 2014 – Rabu

Masa 2.00 – 4.00 petang

Aktiviti Mesyuarat KIK Mingguan – Taklimat e-prestasi

Organisasi SK LKTP Jengka 5

Lokasi Makmal Komputer

Catatan Kepimpinan 1. En. Kasim b. Haji Pardi memulakan taklimat dengan menjemput Ustaz Tuan Shahril membacakan doa.

2. Taklimat dimulakan selepas semua guru berada di dalam bilik gerakan bagi mengelakkan ada guru yang terlepas maklumat yang perlu diketahui.

(14)

3. Guru Besar menggunakan komputer riba dan LCD Projector untuk penyampaian taklimat.

4. Beliau menerangkan berkaitan penilaian prestasi yang lebih terperinci bermula pada 2013. Semua penilaian perlu disertakan dengan bukti seperti kertas kerja dan sijil.

Refleksi / Rujukan

1. En. Kasim menggunakan gaya kepimpinan pasukan yang baik. Beliau sedia menerima teguran dan idea daripada mana-mana guru ketika taklimat dijalankan.

2. Beliau mempunyai ciri-ciri pemimpin berkarisma iaitu mempunyai keyakinan yang tinggi dan mempunyai visi yang jelas.

3. Taklimat beliau sentiasa disertakan dengan tayangan slides berkaitan perkara yang ingin disampaikan.

LOG KEPIMPINAN 12

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 13 : 1 – 5 September 2014

Tarikh/Hari 4 September 2014 - Khamis

Masa 8.00 -10.00 pagi

Aktiviti Perjumpaan Ibubapa / Penjaga Murid Tahun 6

Organisasi SK LKTP Jengka 5

Lokasi Makmal Komputer

Catatan Kepimpinan

1. Tuan Guru Besar mempengerusikan mesyuarat

2. Mesyuarat membincangkan tentang majlis Solat Hajat Perdana dan Restu Ilmu.

3. GPK 1 menyampaikan maklumat-maklumat tentang tentatif majlis yang akan dijalankan

(15)

Refleksi / Rujukan

1. GPK 1 mempamerkan Gaya kepimpinan partisipatif apabila beliau mengajak para peserta berbincang tentang agihan tugas masing-masing.

2. Gaya kepimpinan autokratik terpaksa digunakan apabila ada ibubapa dan penjaga yang enggan menerima tugas yang diberikan .

3. Gaya kepimpinan mengikut situasi (situational leadership) atau contingency leadership turut dipamerkan apabila beliau menyedari ada dalam kalangan ibubapa dan penjaga yang terpaksa bertugas diluar kawasan. Justeru, beliau menyerahkan pelaksanaan majlis bersesuaian dengan masa guru dan murid. Paling penting bagi beliau ialah program Solat Hajat dan Restu Ilmu dapat dilaksanakan dengan jaya dan pelaksanaannya didokumentasikan.

LOG KEPIMPINAN 14

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 14 : 8 – 12 September 2014

Tarikh/Hari 8 September 2014 - Isnin

Masa 2.00 – 4.00 petang

Aktiviti Mesyuarat KIK dan Pengurusan Mingguan

Organisasi SK LKTP Jengka 5

Lokasi Makmal Komputer

Catatan Kepimpinan 1. Guru Besar , En. Kasim b. Haji Pardi mempengerusikan mesyuarat dengan dimulakan bacaan doa.

2. Taklimat dimulakan selepas semua guru berada di dalam bilik gerakan bagi mengelakkan ada guru yang terlepas maklumat yang perlu diketahui.

3. Guru Besar menyampaikan maklumat-maklumat terkini daripada Kementerian, JPN dan PPD kepada semua guru.

(16)

Semua guru diharap akur.

4. Beliau juga memberi penerangan mengenai Instrumen PBS dan PAJSK.

Refleksi / Rujukan

1. Guru Besar mempamerkan Gaya kepimpinan partisipatif apabila beliau mengajak guru-guru berbincang tentang agihan tugas masing-masing.

2. Keupayaan beliau mengawal perbincangan juga amat baik dan menjadikan mesyuarat tersebut berjalan lancar walaupun terdapat beberapa percanggahan pendapat.

3. Taklimat yang diberikan dapat difahami dengan jelas dan berkesan kerana penerangan disertakan dengan penggunaan slides berkaitan perkara yang ingin disampaikan

LOG KEPIMPINAN 15

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 16 : 22 - 26 September 2014

Tarikh/Hari 23 September 2014 - Selasa

Masa 2.00 – 4.00 petang

Aktiviti Mesyuarat KIK dan Pengurusan Mingguan

Organisasi SK LKTP Jengka 5

Lokasi Makmal Komputer

Catatan Kepimpinan 1. Tn. Haji Haris b. Othman selaku GPK Kurikulum

mempengerusikan mesyuarat menggantikan Guru Besar yang terpaksa menghadiri taklimat KWAPM di PPD Maran

2. Membincangkan perkara mengenai pengurusan sekolah dan memberi laluan kepada Setiausaha untuk pembentangan Kertas Kerja Program Jom Baca.

(17)

- Membentang tentatif program - Melantik jawatankuasa kerja - Penetapan tarikh pelaksanaan.

Refleksi / Rujukan

1. GPK 1, Tn. Haji Haris b. Othman menunjukkan gaya kepimpinan tersendiri dan menampilkan ilmu

kepimpinan yang tinggi. Beliau bijak menggunakan kuasa sebagai pemimpin dengan cara menyerahkan peluang kepada setiausaha untuk memberi taklimat. 2. Beliau menyedari bahawa program yang ingin

dijalankan lebih difahami oleh setiausaha kerana segala perbincangan sebelum mesyuarat adalah antara guru besar , penyelaras dan setiausaha.

3. Keupayaan beliau mengawal perbincangan juga amat baik dan menjadikan mesyuarat tersebut berjalan lancar walaupun terdapat beberapa percanggahan pendapat.

LOG KEPIMPINAN 16

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 16 : 22 - 26 September 2014

Tarikh/Hari 24 September 2014 - Rabu

Masa 3.00 – 5.00 petang

Aktiviti Taklimat / Seminar Integriti Warga Pendidikan Daerah Maran

Organisasi PPD Maran

Lokasi Dewan Besar , SMK Jengka 2

Catatan Kepimpinan 1. Taklimat disampaikan oleh En. Mohd Azman b. Idris, Kaunselor PPD Maran sebagai wakil kepada Pegawai JPN Pahang.

2. Mesyuarat dimulai dengan bacaan umul kitab dan seterusnya Taklimat mengenai Integriti dala Pendidikan.

3. Taklimat dijalankan dengan konsep satu hala. Guru-guru sebagai jemputan tidak berpeluang untuk memberikan

(18)

pandangan dan menanyakan soalan. Ini mungkin untuk mengejar masa yang terlalu singkat.

Refleksi / Rujukan

1. En. Mohd Azman tidak menunjukkan gaya kepimpinan yang baik ketika menyampaikan taklimat.

2. Penyampaian beliau yang sehala telah menyebabkan guru-guru langsung tidak berpeluang untuk mendapatkan lebih kefahaman tentang Integriti.

3. Sikap autokratik beliau ini menyebabkan sebahagian guru tidak berpuas hati dan mulai menunjukkan protes dengan cara tidak mengendahkan apa yang sedang disampaikan.

4. Akhirnya guru-guru sebagai jemputan terpaksa menerima setiap apa yang disampaikan tanpa kefahaman yang jelas.

LOG KEPIMPINAN 17

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 16 : 22 - 26 September 2014

Tarikh/Hari 25 September 2014 - Khamis Masa 11.00 – 12.05 tengahari

Aktiviti Perbincangan Program Kokurikulum Bersama Guru Besar

Organisasi SK LKTP Jengka 5

Lokasi Bilik Guru Besar

Catatan Kepimpinan 1. Melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang perbincangan dijalankan, Guru Besar, En.Kasim b. Haji Pardi mempunyai keyakinan dan pengalaman yang tinggi semasa

mengendalikan perbincangan.

2. Beliau bersifat terbuka dan menerima pandangan daripada ahli. Beliau memberi ruang kepada ahli untuk memberi

(19)

pendapat dan pandangan.

3. Selain itu beliau turut memberi kepercayaan kepada ahli melaksanakan setiap aktiviti yang telah dirancang

Refleksi / Rujukan

1. En. Kasim telah mempamerkan gaya kepimpinan partisipatif apabila beliau berinteraksi dengan para peserta melalui perbincangan dan pendapat-pendapat yang diutarakan.

2. Kepimpinan gaya autokratik turut dipamerkan oleh beliau apabila menegaskan perkara-perkara yang wajib dan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi dalam setiap aktiviti kokurikulum. Ketegasan beliau ditunjukkan melalui nada suara dan ‘sign’ tangan yang mengarahkan agar mengambil berat dan menumpukan pada setiap arahan beliau.

3. Gaya kepimpinan mengikut situasi (situational leadership) atau contingency leadership turut dipamerkan apabila beliau menyedari para guru dan penyelaras setiap unit telah mengambil inisiatif terlebih dahulu memberi penerangan mengenai disiplin kepada murid-murid.

LOG KEPIMPINAN 18

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 17 : 29 September – 3 Oktober 2014

Tarikh/Hari 30 September 2014 – Selasa Masa 10.00 pagi – 1.00 petang

Aktiviti Penyeliaan dari Pensyarah IAB untuk Program Sandaran

Organisasi SK LKTP Jengka 5

Lokasi Bilik GPK Kokurikulum

Catatan Kepimpinan 1. En. Hamidon b. Abdul Rahman hadir ke SK LKTP Jengka 5 untuk melakukan penyeliaan terhadap program sandaran. 2. Beliau melakukan semakan terhadap laporan program

sandaran.

3. Beliau berpuas hati terhadap laporan sandaran yang telah disiapkan sepenuhnya dan meneliti bukti-bukti program yang telah dijalankan.

(20)

4. Memberikan beberapa ulasan bagi penambahbaikan sekiranya ingin meneruskan program yang telah dijalankan untuk tahun depan.

Refleksi / Rujukan

1. En. Hamidon telah mempamerkan gaya kepimpinan partisipatif apabila beliau memberikan kebebasan kepada saya untuk memberikan pandangan terhadap rasional pemilihan Program Jom Baca sebagai program sandaran. 2. Beliau juga telah mempamerkan gaya kepimpinan mengikut

situasi (situational leadership) apabila penerangan berkenaan program sandaran yang telah dilaksanakan supaya disesuaikan dengan keadaan persekitaran.

3. Kepimpinan gaya autokratik pula dipamerkan apabila beliau mememinta supaya segera menyiapkan tugasan sandaran sebelum sesi bersemuka akan datang bermula.

LOG KEPIMPINAN 19

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 18 : 6 – 10 Oktober 2014

Tarikh/Hari 10 Oktober 2014 – Jumaat Masa 8.00 pagi – 12.00 tengahari

Aktiviti Taklimat Inovasi Kelab & Persatuan Kokurikulum Sekolah Rendah. Organisasi Bilik Seminar PPD Maran

Lokasi Pejabat Pendidikan Daerah Maran

Catatan Kepimpinan 1. En. Burhanuddin b. Hashim, Ketua Unit SPK PPD Maran telah memberikan taklimat mengenai program inovasi kepada semua GPK Kokurikulum Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Maran. 2. Beliau turut menyentuh beberapa perkara yang perlu

diselesaikan oleh GPK Kokurikulum sebelum berakhir persekolahan pada tahun ini.

3. Beliau bersifat terbuka dan menerima pandangan daripada ahli. Beliau juga memberi ruang kepada ahli untuk memberi pendapat dan pandangan.

(21)

4. Memberikan beberapa ulasan dan komentar bagi

penambahbaikan program kokurikulum yang akan dijalankan untuk tahun depan.

Refleksi / Rujukan

1. Melalui pemerhatian yang dilakukan sepanjang taklimat dijalankan, didapati En. Burhanuddin mempunyai sifat kepimpinan yang terbuka dan berhemah. Beliau memberi peluang kepada GPK Kokurikulum bertanya soalan dan pendapat serta berbincang secara bersama untuk mencapai keputusan.

2. Beliau turut menekankan konsep kerjasama dalam kalangan guru.. Beliau juga mempunyai keinginan agar suatu program berjalan lancar dan sempurna.

4. Kepimpinan gaya autokratik pula dipamerkan apabila beliau meminta supaya setiap laporan aktiviti kokurikulum segera dihantar ke PPD Maran dalam masa 14 hari selepas tamat sesuatu aktiviti.

LOG KEPIMPINAN 20

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL 2/2014) Minggu 19 : 13 – 17 Oktober 2014

Tarikh/Hari 13 Oktober 2014 – Isnin

Masa 2.00 – 4.00 petang

Aktiviti Mesyuarat KIK dan Pengurusan Mingguan

Organisasi SK LKTP Jengka 5

Lokasi Makmal Komputer

Catatan Kepimpinan

1. Mesyuarat dipengerusikan oleh Guru Besar.

2. Pembentangan Laporan (Post Mortem) Aktiviti Perkhemahan yang telah berlangsung oleh GPK Kokurikulum. Beliau turut menekankan tentang kepentingan aktiviti kokurikulum kepada murid-murid.

3. Guru Besar mempersilakan Pn. Siti Maziani bt. Rahman untuk membentangan Kertas Kerja Sambutan Hari Keluarga SK LKTP Jengka 5

(22)

Refleksi / Rujukan

1. Guru Besar mempamerkan gaya kepimpinan patisipatif setiap kali mempengerusikan mesyuarat. Beliau menunjukkan sikap mesra dengan semua guru

2. Laporan Aktiviti Perkhemahan hanya merujuk kepada GPK Kokurikulum ketika mengendalikan pembentangan laporan. 3. Ketika taklimat dijalankan majoriti guru memberikan perhatian. Beliau telah mempamerkan gaya kepimpinan partisipatif apabila berinteraksi dengan guru-guru melalui perbincangan dan pendapat-pendapat yang diutarakan.

4. Guru besar juga merupakan seorang yang analitikal. Beliau akan mendengar pendapat daripada setiap guru sebelum memutuskan tindakan yang perlu diambil seterusnya. Sikap ini ditunjukkan apabila timbul masalah penempatan untuk makan malam. Semua pandangan guru di dengar dengan teliti dan seterusnya beliau membuat keputusan dengan alasan yang rasional. Semua guru dapat menerima dengan baik

Referensi

Dokumen terkait

Beberapa persoalan yang menjadi bahan kajian adalah mengenal pasti gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen kerja guru-guru di

ABSTRAK Tujuan utama kajian Ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita dan juga hubungannya dengan motivasi guru di sekolah-sekolah menengah

Seterusnya, kajian ujian ANOVA Satu-Hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan kecerdasan emosi berdasarkan gaya kepimpinan guru dimana terdapat kecerdasan emosl

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji hubungan antara gaya kepimpinan berkhidmat pengetua cemerlang dengan kepuasan kerja guru dalam kalangan guru

Guru-guru perlu menjawab soalan soal selidik yang telah direka khas dan dibina sendiri oleh penyelidik untuk mengenalpasti gaya kepimpinan di kalangan pengetua di sekolah

Gaya kepimpinan kolaboratif yang diamalkan oleh pengetua mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah, selain mempunyai peranan

Dengan itu, diharapkan kajian ini boleh dilanjutkan untuk melihat pengaruh antara kedua-dua pemboleh ubah ini iaitu gaya kepimpinan guru besar dan tekanan kerja

Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti: 1 tahap amalan gaya komunikasi kepimpinan dalam kalangan guru besar sekolah rendah daerah Dalat, 2 tahap efikasi kendiri guru