• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gaya Kepimpinan Dan Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Gaya Kepimpinan Dan Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Gaya Kepimpinan Dan Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Sepanjang Mengendalikan Pembelajaran Atas Talian Akibat

Pandemik Covid-19 Di Malaysia

(Leadership Style and Job Satisfaction Among Teachers While Conducting Online Learning Due to the Covid-19 Pandemic in

Malaysia)

Fauziah Ismail1*, Siti Norayu Mohd Basir1, Noor Zeita Othman1, Nur Qurratul Aini Ismail1, Nur Hafifa Iswati Ishak1,Nazra Aliff Nazri1

1 Fakulti Sains Gunaan dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Perlis, Kangar, Malaysia

*Pengarang Koresponden: fauziahismail@unimap.edu.my

Accepted: 15 August 2022 | Published: 1 September 2022

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.3.2

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk melihat pandangan guru terhadap gaya kepimpinan yang diamalkam dan tahap kepuasan kerja di kalangan guru ketika mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian semasa pandemik Covid-19. Seramai 102 orang guru di Pulau Pinang dipilih menggunakan teknik persampelan rawak mudah sebagai responden dalam kajian ini. Data dikumpul melalui kaedah kuantitatif melalui borang soal selidik berdasarkan lima skala likert. Hasil dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif yang terdiri daripada nilai min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan bahawa di antara ketiga- tiga gaya kepimpinan yang diamalkan, responden memberi maklum balas iaitu gaya kepimpinan transformasional berada pada tahap tinggi dengan nilai min (M=4.08), diikuti gaya kepimpinan laissez-faaire dengan nilai min (M=3.71) manakala gaya kepimpinan transaktional berada pada tahap yang sedikit kurang daripada gaya kepimpinan transformasional dan laissez-faaire. Dapatan juga menunjukkan bahawa kepuasan kerja berada pada tahap tinggi dengan nilai min (M=4.04). Dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak pentadbir, guru dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kata kunci: gaya kepimpinan, kepuasan kerja, pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian, pandemik Covid-19

Abstract: The purpose of this study was to investigate teachers' views on the leadership style practiced and the level of job satisfaction of teachers in conducting online teaching and learning during the Covid 19 pandemic. A total of 102 teachers in Penang were selected as respondents in this study using simple random sampling. Data were collected using quantitative methods through questionnaires based on five Likert scales. The results of the study were analysed using descriptive statistics consisting of means and standard deviations.

The results showed that among the three leadership styles practiced, the respondents rated transformational leadership style as high with a mean of 4.08, followed by laissez-faire leadership style with a mean of 3.71, while transactional leadership style was at a low level.

The results also show that job satisfaction is at a high level with a mean of 4.04. The results of

(2)

this study are expected to guide administrators, teachers and also the Malaysian Ministry of Education (MOE).

Keywords: leadership style, job satisfaction, online learning, Covid-19 pandemic

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah memberi kesan besar kepada manusia yang menyebabkan segala aktiviti harian berubah. Virus ini mula dikesan di Wuhan, ibu kota provinsi, Hubei, China (Kementerian Kesihatan Malaysia, 19 Jun 2020) dan telah merebak ke seluruh negara termasuk Malaysia. Virus pertama mula dikesan di Malaysia ialah pada 24 Januari 2020 yang diklasifikasikan sebagai kes import setelah terdapat pelancong China yang tiba di Malaysia (Kementerian Kesihatan Malaysia, 19 Jun 2020). Pada 15 Mac 2020, menunjukkan peningkatan kes yang mendadak di Malaysia iaitu sebanyak 190 kes direkodkan dan pada 16 Mac 2020 terus merekodkan sebanyak 125 kes tambahan. Berikutan jumlah kes yang dilihat semakin bertambah ini, tarikh 18 Mac 2020 pihak kerajaan membuat keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negeri di Malaysia (Siti Nurbaizura & Nurfaradilla, 2020) bertujuan bagi memutuskan rantaian wabak dengan mengawal penularan virus.

Lantaran daripada Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan ini, kesemua institusi Pendidikan di Malaysia yang terdiri daripada sekolah, institusi Pendidikan awam, institusi Pendidikan swasta terpaksa ditutup (Rohani, 2021). Penutupan ini bukan bermakna guru dan pelajar berhenti daripada segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya, malah semua institusi Pendidikan perlu mengubah corak pengajaran dan pembelajaran secara dua hala dan bersemuka kepada pengajaran dan pembelajaran di rumah. Pengajaran dan pembelajaran di rumah merupakan proses Pendidikan yang dikendalikan di rumah, pusat komuniti atau di mana-mana lokasi yang bersesuaian mengikut situasi semasa. Pengajaran dan pembelajaran di rumah dapat dijalankan secara maya yang terdiri daripada dalam talian, luar talian atau secara off-site (Ain Nur Atika Agus, 2021). Aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini peting bagi memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat dilestarikan (Rahayu, Sham, Halijah, Nor Hazimah & Wan Mohd Khairul, 2020).

Berikutan dengan langkah drastik yang telah mengubah sistem pendidikan bagi berhadapan dengan pandemik covid-19, hal ini telah memberi impak kepada guru dan pelajar yang menyumbang kepada tekanan di kalangan mereka (Berita Harian, 2020). Ada di kalangan pendidik dan pelajar kurang bersedia bagi berhadapan dengan pengajaran dan pembelajaran atas talian. Ini berikutan mereka sudah terbiasa dengan kaedah konvensional secara bersemuka (Abdul Rashid et. al, 2020). Dalam hal ini juga semua pendidik tidak terkecuali bagi mendalami ilmu pengetahuan berkaitan literasi teknologi maklumat (ICT). Pendidik sememangnya perlu menguasai teknologi digital dan juga perlu menguasai ilmu berkaitan e-learning bagi memastikan pendidikan dapat diteruskan.

Kajian tinjauan yang dijalankan terhadap cabaran guru ketika melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPDR) atau home-based learning (HBL) menyatakan sebanyak 80 peratus guru melaporkan masalah kebolehcapaian internet, alat bahan bantu mengajar seperti komputer, telefon pintar, komputer riba, ruang pembelajaran murid, sokongan daripada ibu bapa dan keprihatinan kepimpinan sekolah (Bernama, 2020). Keprihatinan kepimpinan

(3)

sekolah dilihat menjadi antara salah satu cabaran di kalangan guru dan hal ini perlu diteliti di peringkat kepimpinan.

Ini berikutan kepimpinan merupakan satu proses yang dapat mempengaruhi pekerja bagi mencapai visi, misi, objektif dan matlamat yang telah ditentukan oleh organisasi. Pemimpin tertinggi di peringkat sekolah diberi tanggungjawab bagi menyokong dan memastikan kejayaan dasar Pendidikan kebangsaan di peringkat sekolah. Ini bermakna kepimpinan yang berkualiti tinggi sangat diperlukan dalam mengurus dan mentadbir sekolah (Tor Xin Yuan & Bity Salwana Alias, 2021). Menyusuri dunia yang semakin mencabar dan kompleks ini, pemimpin di sektor Pendidikan perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek dan dapat mengadaptasi dengan perubahan yang berlaku (Drucker, 2017). Selain ini memerlukan keputusan dan tindakan segera di kalangan mereka bagi memastikan Pendidikan dapat diteruskan kerana Pendidikan sangat penting dalam melahirkan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama (Nurlaili Abd Wahab & Mohd Yusof Abdullah, 2018).

Berhadapan dengan situasi pandemik covid-19 ini, guru perlu mahir dalam bidang pedagogi, berkomunikasi, mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang yang diceburi, mahir dalam psikologi dan juga perlu mahir dalam ilmu ICT. Berikutan ini, para guru perlu berusaha dengan bekerja keras bagi mencapai permintaan tinggi dalam sektor pendidikan. Sekiranya kemahiran ini tidak dapat dikuasai, para guru akan berasa sangat tertekan. Oleh itu peranan pemimpin adalah penting bagi memastikan segala pendekatan kepimpinan yang dapat diketengahkan dapat memberi kepuasan di kalangan guru. Pemimpin di peringkat teringgi seperti guru besar atau pengetua perlu memahami peranan masing-masing bagi mempengaruhi guru bagi melahirkan guru sebagai penggerak utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran berkualiti (Tor Xin Yuan dan Bity Salwana Alias, 2021).

Objektif Kajian

Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk:

i. Mengkaji persepsi guru-guru terhadap gaya kepimpinan yang diamalkan di kalangan pengurusan tertinggi sekolah di sekitar Pulau Pinang dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran atas talian

ii. Mengkaji tahap kepuasan kerja di kalangan guru-guru sekolah di sekitar Pulau Pinang dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran atas talian

Kepentingan Kajian

Antara kepentingan melalui hasil kajian ini ialah dapat membantu pihak pengurusan mengenalpasti gaya kepimpinan yang diperlukan dalam sesebuah organisasi. Hal ini secara langsung dapat membantu pihak pengurusan sekolah bagi memperkemas dan mempertingkatkan kualiti kepimpinan ketika berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Hasil daripada dapatan kajian ini juga, pihak pengurusan dapat mengetahui tahap kepuasan kerja di kalangan guru-guru sekolah ketika guru perlu berhadapan dengan proses pengajaran dan pembelajaran atas talian. Kepuasan kerja penting bagi seseorang pekerja kerana akan membawa kepada kelancaran proses pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Selain itu, kajian ini penting bagi mendedahkan amalan kepimpinan yang terbaik kepada pemimpin di peringkat tertinggi sekolah terutamanya guru besar atau pengetua kerana anjakan ke-5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Bertepatan itu, pemimpin yang

(4)

mempunyai kepimpinan berprestasi tinggi dapat dijadikan mentor bagi membimbing guru-guru di bawah seliaan mereka dalam memajukan prestasi sekolah.

2. Ulasan Kajian Lepas

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran atas talian

Atas talian merujuk kepada suatu aktiviti yang terdiri daripada sambungan kepada suatu sistem dari alatan teknologi tertentu seperti komputer dan internet (Ahmad Zaki et. al., 2014).

Manakala pengajaran dan pembelajaran (PdP) atas talian merupakan satu PdP secara maya melalui capaian internet untuk membentuk satu komunikasi antara guru dan murid tanpa melibatkan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka (Mohd Rohiman, Rohizani &

Azlinda, 2021).

Berikutan dunia dilanda pandemik Covid-19, pengajaran dan pembelajaran atas talian merupakan suatu keperluan bagi pendidik dan pelajar yang merupakan perkara yang tidak asing lagi pada ketika ini. Hampir semua peringkat pembelajaran di peringkat rendah, menengah dan pengajian tinggi memanfaatkan pembelajaran atas talian sebagai satu norma baru yang perlu dipraktikkan (Abdul Rashid, Amin AlHaadi, Umi Hamidaton, Raja Nur Syafiqah, 2020).

Penggunaan pelbagai aplikasi seperti Whatsapp, Telegram, Skyoe, Google meet, Google Classroom, Webex, video conferencing dan banyak lagi telah meningkat. Kementerian Pendidikan turut menyediakan beberapa portal pembelajaran seperti Webinar dan Eduwe TV kepada guru-guru manakala Online Quizziz murid-murid. Teach for Malaysia turut diwujudkan bagi mewujudkan kandungan pembelajaran dalam talian supaya semua pelajar di Malaysia dapat mengikuti pembelajaran dari rumah sepanjang tempoh penutupan sekolah (Rahayu, Sham, Halijah, Nor hazimah & Wan Mohd Khairul Wan Isa, 2020).

Menurut laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), penggunaan internet di Malaysia telah meningkat sebanyak 23.5 peratus pada awal minggu pertama PKP dan terus meningkat sebanyak 8.6 peratus pada minggu kedua (SKMM, 2020).

Peningkatan ini berlaku berikutan aktiviti pengajaran dan pembelajaran atas talian dilakukan sepenuhnya selain sektor perniagaan, pengangkutan, perkhidmatan yang turut sama terlibat dalam menggunakan medium atas talian ini (Abdul Rashid et. al, 2020).

Kajian yang dilakukan oleh Bani Hidayat (2020) mendapati bahawa platform utama yang digunakan oleh warga pendidik kepada pelajar antaranya ialah WhastsApp, Google Classroom, Telegram dan turut disokong oleh aplikasi media sosial lain. Ada di kalangan pendidik menjalankan pengajaran dan pembelajaran menggunakan interaksi segerak (synchronize atau real time) dan juga interaksi tidak segerak (asynchronous). Hasil daripada penemuaan kajian ini juga menjelaskan bahawa masalah rangkaian internet dan masalah kapasiti data pelajar menyumbang kepada kesukaran melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajan semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1 (PKP 1) dan Perintah Kawalan Pergerakan 2 (PKP 2). Antara cabaran lain yang dilaporkan daripada pendidik antaranya ialah pendidik kurang mahir mengendalikan pengajaran atas talian, sukar mewujudkan komunikasi dua hala dengan pelajar dan kurang sokongan pembelajaran daripada ibu bapa dan penjaga yang mendorong ketidakhadiran pelajar (Siti Nurbaizura & Nurfaradilla, 2020).

Pendekatan Kepimpinan

Kepimpinan juga didefinisikan sebagai proses interaksi sosial antara pemimpin dan kakitangan, dimana pemimpin akan mempengaruhi kakitangan untuk mencapai matlamat (Mohammed Saber Jami, 2018, Chandra & Priyono, 2016). Kepimpinan adalah satu proses

(5)

menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang akan memahami dan menjadi komited. Kepimpinan juga adalah keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan dan membolehkan orang lain menyumbang ke arah keberkesanan dan kejayaan organisasi (Yulk, 2002). Selain itu kepimpinan juga ditakrifkan sebagai satu bentuk daya pengaruh yang akan membezakan pemimpin bukan hanya dari sudut tahap daya pengaruhnya malahan dari sudut sumber yang digunakan sebagai asas kepada pengaruhnya (Jamaliah dan Norashimah, 2005). Walau bagaimnapun, berdasarkan pada definisi tersebut dapat disimpulkan bahawa kepimpinan merupakan satu tingkah laku yang mempunyai tujuan dan matlamat yang tertentu untuk mempengaruhi aktiviti subordinatnya bagi mencapai objektif dan kebaikan bersama.

Gaya kepimpinan merupakan elemen penting yang dapat menyokong organisasi untuk berjaya kerana turut memberi impak kepada prestasi pekerja. Menghadapi ketidaktentuan dan persekitaran yang sentiasa berubah ekoran pandemik covid-19 ini, pemimpin perlu menyusun, merangka strategi yang terbaik bagi mencapai hasil yang memberi impak positif kepada pekerja. (Aunga & Masare, 2017). Kajian literatur ini membincangkan berkaitan dengan kepimpinan tranksaksi, kepimpinan transformasi dan kepimpinan laissez-faire.

Kepimpinan transformasi merupakan kemahiran seseorang pemimpin dalam membuat perubahan ke atas organisasi dan juga dapat mengubah sikap, gaya pemikiran dan tingkah laku di kalangan guru-guru sekolah (Mohd Yusri Ibrahim, 2014; Yang, 2021). Menurut Sarminah (2000) dan Mujkić, Šehić, Rahimić, & Jusić (2014)., kepimpinan transformasi yang berlandaskan kepada dorongan, pujian, pengakuan, kepercayaan dan dedikasi pemimpin akan mewujudkan prasarana yang dapat meningkatkan motivasi pengikut. Selain itu, kepimpinan transformasi memberi kesan yang baik bagi menyemai kreativiti, motivasi, kepimpinan dan kepuasan kerja sekiranya berjaya diterapkan dalam sistem pemdidikan (Joung-Gun Kim & Su- Yol Lee, 2011). Kepimpinan transformasi dibahagikan kepada empat dimensi yang dibezakan secara teori dan empirikal (Hobman, Jackson, Jimmieson, & Martin, 2012). Dimensi ini meliputi pertimbangan, pengaruh ideal, motivasi inspirasi dan rangsangan intelektual (Northouse, 2013).

Kajian yang dijalankan oleh Anantha Raj et.al (2016) mengenai gaya kepimpinan transformasi guru besar bersama guru sekolah rendah Kinta Selatan, Perak yang melibatkan 275 orang responden dari 12 buah sekolah menunjukkan tahap kepimpinan transformasi guru besar berada pada tahap sederhana dengan nilai min (M= 2.59) dan kepuasan kerja guru adalah rendah dengan nilai min 1.86. Manakala hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi dengan kepuasan kerja (r=.138, p=.000). Selain itu, kajian tinjauan dijalankan oleh Tor Xin Yuan dan Bity Salwana Alias (2021) bertujuan untuk mengkaji kepimpinan transfromasi guru besar dengan kepuasan kerja guru. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar adalah tinggi nilai nilai min (M= 4.15) manakala tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi dengan nilai min (M = 4.19).

Manakala kepimpinan transaksi merupakan suatu kepimpinan yang dapat dirumuskan sebagai perjanjian atau pertukaran. Pekerja diberi ganjaran seperti gaji, bonus, pengiktirafan, kenaikan pangkat atau bentuk ganjaran lain yang diinginkan sebagai pertukaran melalui prestasi yang telah dicapai (Donald Barnett, 2017, Md Lazim, Hadziroh & Faridahwati, 2013). Melalui ganjaran yang ditawarkan ini, sekaligus dapat memotivasikan pekerja (Asiimwe et al, 2016).

Menurut James & Ogbonna (2013), kepimpinan transaksi terdiri daripada ganjaran dan hukuman yang diberikan kepada pekerja. Pemimpin akan memberikan ganjaran kepada pekerja

(6)

yang telah mencapai objektif yang dikehendaki manakala hukuman dikenakan kepada pekerja bagi objektif yang tidak dapat dipenuhi (Rodrigues & Ferreira, 2015).

Kepimpinan Laissez Faire merupakan gaya kepimpinan yang lebih mengutamakan orientasi hubungan berbanding result oriented. Gaya kepimpinan ini lebih banyak memberi penekanan kepada keputusan secara berkumpulan. Pemimpin dilihat menyerahkan segala keputusan yang perlu dibuat kepada pekerja bawahannya. Ciri kepimpinan ini memberikan kebebasan yang mutlak kepada pekerja (Tumbol et.al, 2014). Konsep ini turut disokong oleh Yulia, E. (2017) yang menjelaskan bahawa pekerja diberi kebebasan bagi membuat keputusan tanpa sebarang campur tangan daripada pemimpin. Melalui kepimponan Laissez Faire, pemimpin digambarkan sebagai seorang yang tidak mengambil berat berkaitan tanggungjawab, tugas, keperluan dan kebajikan pekerja dan tidak membantu pekerja bagi mencapai potensi mereka (Md Lazim, Hadziroh & Faridahwati, 2013; Northouse, 2013).

Kepuasan Kerja

Kata dasar kepuasan merujuk kamus Dewan Bahasa dan Pustaka adalah puas. Definisi puas membawa maksud berasa senang kerana sudah memperoleh secukup—cukupnya. Manakala kepuasan merujuk kepada kenikmatan, kesenangan atau kelegaan. Merujuk definisi kerja dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula ialah sesuatu yang dilakukan. Oleh itu kepuasan kerja didefinisikan sebagai sesuatu yang dilakukan bagi mencapai kenikmatan atau kesenangan yang diperoleh. Merujuk kepada Malik (2013), kepuasan kerja diistilahkan sebagai segala perasan pekerja yang merangkumi segala aspek pekerjaan yang dilaksanakan. Dalam hal ini, individu yang berusaha bagi mencapai tahap kepuasan memerlukan dorongan yang tinggi ketika bekerja secara berkumpulan bagi membentuk jiwa dan akhlak di kalangan setiap ahli dalam kumpulan (Nurhannan Ramli, 2015). Antara ciri-ciri pekerja yang mempunyai tahap kepuasan yang tinggi antaranya ialah pekerja tidak bosan melakukan kerja yang diberi, memiliki motivasi yang tinggi, menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap kerja, seorang yang rajin dan berterusan bagi meningkatkan prestasi kerja (Nurul Ain, 2018).

Kajian yang dilakukan oleh Ahmad et. Al (2003) berkaitan kepuasan kerja di kalangan guru melaporkan bahawa golongan guru wanita sangat berpuas hati apabila dibandingkan dengan guru lelaki. Manakala dalam kajian yang dilakukan oleh Mohd Khairy & Bity Salwana (2020) menunjukkan tahap kepuasan kerja guru adalah pada tahap tinggi dengan nilai min (M=4.06).

3. Perbincangan dan Kesimpulan

Dapatan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu terdiri daripada demografi responden, analisis deskriptif gaya kepimpinan transformasional, gaya kepimpinan transaksional, gaya kepimpinan Laissez-Faire dan analisis deskriptif kepuasan kerja.

Jadual 1: Demografi Responden

Profil Responden Kriteria Jumlah

Umur 30-39 tahun 26

40 tahun & ke atas 76

Bangsa Melayu 92

Cina 8

India 2

Tahap pendidikan SPM 2

STPM 8

Ijazah Sarjana Muda 79 Ijazah Sarjana 13

Status perkahwinan Bujang 6

(7)

Ciri-ciri demografi responden terdiri daripada umur, bangsa, tahap pendidikan, status perkahwinan dan tempoh perkhidmatan. Daripada 102 orang responden yang terlibat, sebahagian besar responden terdiri daripada responden yang berumur 40 tahun ke atas iaitu seramai 76 orang dan diikuti reponden berumur dalam lingkungan 30 hingga 39 tahun.

Terdapat tiga kategori bangsa yang terlibat menyertai kajian ini iaitu Melayu, Cina dan India.

Majoriti responden terdiri daripada bangsa Melayu sebanyak 92 orang diikuti bangsa Cina sebanyak 8 orang dan bangsa India sebanyak 2 orang.

Berdasarkan jadual 1, terdapat empat kategori tahap pendidikan responden. Kebanyakan responden adalah berkelulusan Ijazah Sarjana Muda sebanyak 79 orang, diikuti Ijazah Sarjana 13 orang, STPM sebanyak 8 orang dan SPM sebanyak 2 orang.

Bagi aspek status perkahwinan, terdapat 3 kategori yang dikemukakan pengkaji iaitu bujang, berkahwin, duda atau janda. Daripada data yang diperoleh dalam Jadual 1, didapati kebanyakan responden sudah berkahwin sebanyak 92 orang, diikuti bujang 6 orang manakala selebihnya adalah responden yang berstatus duda atau janda 4 orang.

Manakala dari segi tempoh perkhidmatan responden, sebahagian besar responden berkhidmat lebih daripada 20 tahun iaitu sebanyak 56 orang, diikuti responden yang berkhidmat sekitar 11 hingga 19 tahun sebanyak 32 orang dan tempoh berkhidmat kurang daripada 10 tahun adalah sebanyak 14 orang.

Analisis deskriptif digunakan untuk menilai tahap gaya kepimpinan dan tahap kepuasan kerja guru. Skor min dan sisihan piawai telah digunakan untuk meninterpretasi tahap kedua-dua pembolehubah berdasarkan Feldman dan Sanger (2007) seperti yang dipaparkan dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Interprestasi Skor Mean Kepimpinan

Skor Min Tahap

1.00-1.80 Sangat Rendah

1.81-2.60 Rendah

2.61-3.40 Sederhana

3.41-4.20 Tinggi

4.21-5.00 Sangat Tinggi

Jadual 3: Analisis Deskriptif Gaya Kepimpinan

N Min Std. Deviation

GAYA TRANSFORMASIONAL 102 4.08 .73239

GAYA TRANSAKSIONAL 102 3.71 .71748

GAYA LAISSEZ-FAAIRE 102 3.71 1.23217

Berkahwin 92

Balu 4

Tempoh perkhidmatan < 10 tahun 14 11tahun – 19 tahun 32

>20 tahun 56

(8)

Gaya kepimpinan diukur melalui tiga jenis gaya iaitu gaya kepimpinan transformasional, gaya kepimpinan transaksional dan gaya kepimpinan laissez-faaire. Hasil kajian deskriptif bagi melihat ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan tersebut ditunjukkan dalam Jadual 3. Sebanyak 31 item diajukan kepada 102 orang responden bagi mengukur tahap gaya kepimpinan. Daripada jumlah tersebut, hasil analisis gaya kepimpinan transformasional ialah nilai min (M=4.08), manakala gaya kepimpinan transaksional dan gaya kepimpinan laissez-faaire berkongsi nilai min yang sama iaitu (M=3.71). Hasil analisis juga menunjukkan di antara ketiga-tiga gaya kepimpinan yang diamalkan, responden memberi maklum balas iaitu gaya kepimpinan transformasional berada pada tahap paling tinggi dengan nilai min (M=4.08), berbanding gaya kepimpinan transactional dan gaya kepimpinan laissez-faaire. Walaubagaimanapun bagi kajian yang dijalankan oleh Donald Barnett (2017), menunjukkan ketiga-tiga gaya kepimpinan transformasional, transaksional dan laissez faire masing-masing berada pada tahap sederhana iaitu kepimpinan transaksional (M=2.87) diikuti kepimpinan transformasional (M=2.85) dan kepimpinan laissez faire (M=2.79). Hasil kajian yang diperoleh ini menunjukkan bahawa pimpinan tertinggi di peringkat sekolah sekitar Pulau Pinang mengamalkan ketiga-tiga gaya kepimpinan pada tahap yang tinggi kesemuanya. Peringkat pengurusan tertinggi sekolah berupaya mempelbagaikan amalan gaya kepimpinan dari segi keupayaan mereka membezakan situasi ketika memimpin.

Jadual 4: Analisis Deskriptif Kepuasan Kerja

N Min Std. Deviation

KEPUASAN KERJA 102 4.04 .54

Analisis hasil kajian bagi melihat tahap kepuasan kerja di kalangan guru ditunjukkan dalam Jadual 4. Hasil analisis daripada dapatan kajian menunjukkan bahawa kepuasan kerja berada pada tahap tinggi. Sebanyak 10 item yang diajukan kepada 102 orang responden bagi mengukur kepuasan kerja. Daripada jumlah tersebut, hasil analisis kepuasan kerja guru ialah nilai min 4.04. Ini menunjukkan bahawa responden memberi maklum balas yang positif terhadap tahap kepuasan kerja masing-masing. Dapatan kajian yang diperoleh selari dengan dapatkan kajian yang dijalankan oleh Mohd Khairy & Bity Salwana (2020) dengan nilai min (M=4.06) dan kajian Tor Xin Yuan & Bity Salwana Alias (2021) dengan nilai min (M=4.19).

Kepuasan kerja yang berterusan akan mendorong guru-guru begitu komited dalam melaksanakan tugas. Hal ini akan menjadikan organisasi menjadi lebih kuat bagi mencapai kecemerlangan.

Secara keseluruhannya, kajian yang telah dijalankan ini dapat memberi implikasi yang baik dan berguna kepada beberapa pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kajian ini juga boleh dijadikan rujukan oleh pihak-pihak yang berperanan dalam memastikan kepimpinan yang terbaik dapat dicapai. Hasil daripada kajian ini dapat memberikan maklum balas berkaitan tahap gaya kepimpinan peringkat pengurusan tertinggi sekolah dan tahap kepuasan kerja guru-guru di sekitar Pulau Pinang. Dapatan menunjukkan ketiga-tiga jenis tahap gaya kepimpinan (kepimpinan transformasi, transaksi dan laissez-faaire) dan kepuasan kerja guru adalah tinggi. Walaupun pandemik covid-19 dilihat memberi beban kepada guru-guru mengadakan sesi pengajaran secara atas talian, namun sebenarnya tahap kepuasan kerja guru masih lagi berada pada tahap tinggi. Berikutan pelbagai jenis gaya kepimpinan diketegahkan, setiap pemimpin sekolah disarankan agar dapat memilih gaya kepimpinan yang bertepatan dengan keadaan semasa bagi memastikan kepuasan kerja dalam kalangan guru tercapai.

(9)

Kajian ini hanya dilaksanakan di sekolah-sekolah rendah sekitar Pulau Pinang sahaja dan dicadangkan pada masa akan datang dibuat perbandingan antara jenis sekolah yang berlainan supaya satu gambaran yang lebih terperinci dapat dikenalpasti melalui tahap gaya kepimpinan dan tahap kepuasan kerja guru. Selain itu, dicadangkan pada kajian akan datang dengan menggunakan kaedah kualitatif bagi melihat dapatan yang lebih mendalam dari kaedah yang berbeza.

Rujukan

Abdul, R. A. A., Amin, A. S., Umi, H. M. S. L., & Raja, N. S. R. A. (2020). Strategi pembangunan aspek kesejahteraan kendiri bagi mendepani tekanan akademik semasa wabak covid-19. Malaysian Journal of Social Sciiences and Humanities, 5(12),16-30.

Ahmad, Y. I. (2016). Gaya kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Marang, Terengganu. Proceeding Of ICECRS, 1, 69-72.

Ahmad, Z. A., Ahmed, T. H., Ahmad, A. R., Nor, A. R., & Mohd, S. A. B. (2014). Penggunaan aplikasi atas talian dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa ketiga: Pengenalan kepada Quizlet.com. Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian Insan 2014. Retrieved from file:///C:/Users/60175/Downloads/QuizletComFULLPAPER.pdf.

Antonio, A. F., & Graham, P. S. (2020). Academic leadership in a time of crisis: the coronavirus and covid-19. Journal Of Leadership Studies, 14(1), 39-45.

Asiimwe, J., Kavoo-Linge, T., & Sikalieh, D. (2016). The relationship between transactional leadership style and smes growth in the top 100 smes in Kenya. International Journal of Business and Social Science.

Aunga, D., & Masare, O. (2017). Effect of leadership styles on teacher’s performance in primary schools of arusha district Tanzania, International Journal of Educational Policy Research and Review.

Chandra, T., & Priyono (2016). The influence of leadership styles, work environment and job satisfaction of employee performance—Studies in the school of smpn 10 surabaya.

Publishing By: Canadian Center of Science and Education.

Donald, B. (2017). Leadership and job satisfaction:adjunct faculty at a for-profit university.

International Journal of Psychology and Educational Studies, 4(3), 53-63.

Erkutlu, H. (2008). The impact of transformational leadership on organizational and leadership effectiveness. Journal of Management Development, 27(7), 708-726.

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/05/687192/era-pandemik-uji-kepemimpinan- organisasi.

https://www.usim.edu.my/ms/berita/in-our-words-ms/covid19-implikasi-pengajaran-dan- pembelajaran-atas- talian/.

https://www.who.int/director-general/speeches/detail/who-director-general-s-opening- remarks-at-the- media-briefing-on-covid-19 11-march-2020.

James, A. O., & Ogbonna, I. (2013). Transformational vs. transactional leadership theories:

evidence in literature. Publishing by: International Review of Management and Business Research.

Kimberley, B., & Hannes, Z. (2019). Main and interactive effects of weekly transformational and laissez-faire leadership on followers’ trust in the leader and leader effectiveness.

Journal of Occupational and Organizational Psychology, 92, 384-409.

Lo, M. C., Ramayah, T., Min, H. W., & Songan, P. (2010). The relationship between leadership styles and organizational commitment in Malaysia: Role of leader-member exchange.

Asia Pacific Business Review, 16(1), 79- 103.

Lusiana, A. (2021). Kepemimpinan Laissez Faire. https://doi.org/10.31219/osf.io/egqm4.

Makitalo, A. (2017). Leadership styles in the banking sector in Finland and in France.

(10)

Publishing by: Saimaa University of Applied Sciences Faculty of Business Administration.

Malik, S. H. (2013). Relationship between leader behaviors and employees’ job satisfaction: a path-goal approach, Pakistan Journal of Commerce and Social Sciences, 7 (1), 209-222.

Md Lazim, Hadziroh & Faridahwati (2013). Hubungan antara gaya kepimpinan trasformasi, transaksi dan laissez- faire dengan persepsi terhadap sokongan organisasi. International Journal of Business and Technopreneurship, 3 (2013), 161-182.

Ministry of Health Malaysia (MOH) (2020). Covid case in Malaysia. Retrieved from http: //

covid 19.moh.gov.my/

Mohammed Saber, J. (2018). The importance of leadership styles in decision making process:

A research in charity organization in Iraq.

Mohd Rohiman, S., Rohizani, Y., & Azlinda, B. N. (2021). Pelaksanaan pengajaran guru cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa melayu ketika pandemik covid-19: Satu kajian kes. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 12, 21-32.

Nurlaili, A. W., & Mohd Yusof, A. (2018), Hubungan gaya kepimpinan dan pengurusan kerja guru besar dengan kepuasan kerja guru Sekolah Agama Kerajaan Johor. Jurnal Ilmi, 8, 136-150.

Nurul, A. A. (2018). Kajian terhadap hubungan antara gaya kepimpinan dan budaya organisasi dengan kepuasan kerja dalam kalangan pensyarah kolej komuniti Ledang. National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’18).

Rahayu, A. B., Sham, I., Halijah, A., Nor Hazimah, I., & Wan, M. K. W. I. (2020). Peranan dan cabaran pemimpin Pendidikan dalam memastikan matlamat dan agenda Pendidikan dilestari dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) Covid-19.

Rodrigues, A., & Ferreira, M. (2015). The Impact of Transactional and Transformational Leadership Style on Organizational Citizenship Behaviors. Publishing By: Psico-Usf, Bragança Paulista.

Rozumah, B., & Nor Sheereen, Z. (2006). Asas kaedah penyelidikan sosial. Serdang, Selangor:

Penerbit UPM.

Siti Nurbaizura, C. A., & Nurfaradilla, M. N. (2020). Pandangan guru terhadap pembelajaran dalam talian melalui pendekatan Home Based Learning (HBL) semasa tempoh pandemic covid-19. Pendeta journal Malay Language, Education and Literature, 11, 46-57.

Valdiserri, G. A., & Wilson, J. L. (2010). The study of leadership in small business organizations: Impact on profitability and organizational success. The Entrepreneurial Executive, 15, 47-71.

Wamy, N., & Swamy, D. R. (2014). Leadership styles. Publishing by: Advances in management.

Ying, L.H., & Kamarul, Z. A. (2009). The moderating effects of organizational culture on the relationship between leadership behaviour and organizational commitment and between organizational commitment and job satisfaction and performance. Leadership &

Organization Development Journal, 53- 84

Yulia, E. (2017). Pengaruh gaya kepimpinan terhadap stress kerja dan kinerja karyawan (Studi pada karyawan PTPN XI-unit usaha PG Semboro). Jurnal Administrasi Bisnis, 51(2), 22- 31.

Yunita, N. A., Muhammad Khairul, R., Rumainur, Umi, N. R., Syatria, A. P., Zulaecha, N., Abdul, M., Agus, P., & Dahlia, H. M. (2020). Transformational or transactional leadership style: which affects work satisfaction and performance of Islamic University lecturers during covid-19 pandemic? Systematic Reviews in Pharmacy, 11(7), 577-588

Zaidatol, A.L.P., & Fooi, S.F. (2003). (Editor) Pengurusan dan kepimpinan pendidikan satu langkah ke hadapan. Serdang Selangor: Penerbit UPM.

Referensi

Dokumen terkait

Persepsi Guru Kanan terhadap Gaya Kepimpinan Demokratik Pengetua 4.5.3 Persepsi Guru Kanan terhadap Gaya Kepimpinan Lepas-bebas Pengetua Dapatan Persepsi Guru Kanan terhadap

Akhir sekali, kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungan yang negatif atau songsang pada gaya kepimpinan demokratik dan laissez faire dan signifikan antara gaya kepimpinan

Keputusan analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara gaya kepemimpinan transformasi dan gaya kepemimpinan transaksi pengetua di SMKA dengan

Dapatan kajian tersebut telah menunjukkan bahawa, para guru besar sebagai responden di sekolah rendah berkesan yang dikaji mengamalkan faktor kepimpinan pada peratusan

Strategi memfokus kepada masalah adalah berhubung secara secara positif dan signifikan dengan stail kepimpinan transformasional (r=.35*) tetapi mempunyai

Berdasarkan kepada pilihan responden menunjukkan bahawa guru berpendirian yang kepuasan kerja mereka bergantung kepada corak kepimpinan sesebuah sekolah yang memberi kesan

Dapatan kajian ini telah menunjukkan bahawa gaya kepimpinan pengetua yang paling dominan berdasarkan persepsi guru di SMK harian, Kluang, Johor adalah gaya kepimpinan berbentuk

Antara objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepuasan kerja guru serta hubungan antara kedua-duanya di Sekolah Rendah