• Tidak ada hasil yang ditemukan

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH RENDAH BERPRESTASI TINGGI WP KL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "AMALAN KEPIMPINAN LESTARI GURU BESAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH RENDAH BERPRESTASI TINGGI WP KL"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

AMALAN KEPIMPINAN LESTARI GURU BESAR DAN

HUBUNGANNYA DENGAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH RENDAH BERPRESTASI TINGGI WP KL

Mohamad Taufiq bin Jamal

SK Seri Bintang Utara, KL, Malaysia (taufiqjamal9127@gmail.com)

_________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini berteraskan teori Kepimpinan Lestari Hargreaves dan Dean Fink (2006) yang mempunyai 7 dimensi. Kajian ini juga seiring dengan kerangka Sustainable Development Goals (SDG) yang dirangka oleh PBB. Kegagalan pemilihan trend kepimpinan yang sesuai bagi seseorang guru besar akan menyebabkan konflik kepimpinan antara pentadbir dan golongan subordinat. Menurut laporan gelombang pertama PPPM (2016), jumlah pengetua/guru besar (PGB) kategori cemerlang masih berada pada tahap rendah walaupun setelah pelaksanaan PBPPP iaitu kurang daripada 30%.

Teori kepimpinan lestari dirangka khusus untuk menilai tahap kompetensi pemimpin di sekolah.

Kepimpinan lestari juga adalah bentuk kepimpinan yang stabil dan membolehkan organisasi berkembang semua keadaan termasuk dalam keadaan genting dan mencabar namun amat jarang diketengahkan.Kepimpinan lestari boleh dijadikan panduan dan amalan dalam kalangan pemimpin sekolah agar dapat melestarikan sekolah yang unggul demi kelangsungan kecemerlangan pendidikan negara kita. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti hubungan antara kepemimpinan lestari guru besar terhadap kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah rendah berprestasi tinggi WP Kuala Lumpur. Antara objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepuasan kerja guru serta hubungan antara kedua-duanya di Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi yang terdapat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian ini adalah kajian yang berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan di 7 buah sekolah rendah SBT. Seramai 218 orang responden yang terdiri daripada GPK, ketua panitia dan guru biasa telah terlibat. Data-data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan korelari Pearson, Annova sehala, dan regrasi berganda. Hasil kajian menunjukkan, skor purata min bagi amalan kepimpinan lestari adalah 4.257 dengan sisihan piawai .139. Pemboleh ubah Kepuasan kerja guru pula mencatatkan skor purata min yang tinggi iaitu 4.348 dengan sisihan piawai .182. Kajian ini menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah.

Kata kunci: kepimpinan lestari, kepuasan kerja guru, kepimpinan.

Abstract: This study is based on Sustainable Leadership Hargreaves and Dean Fink Theory (2006) which has 7 principles. This study is also in line with the Sustainable Development Goals (SDG) framework drafted by the United Nations. The failure in selecting the appropriate leadership trend by headmaster will cause leadership conflict between administrators and subordinates. According to the first wave report of PPPM (2016), the number of principals/headmasters (PGB) in the excellent category is still at a low level even after the implementation of PBPPP which is less than 30%.

Sustainable leadership theory is specifically designed to assess the level of leader competence in schools. Sustainable leadership is also a form of stable leadership and allows the organization to grow in all situations, including in critical and challenging situations, but it is rarely being highlighted.

Sustainable leadership can be used as a guide and practice among school leaders in order to maintain school performance for the continuation of educational excellence in our country. The purpose of this study was to identify the relationship between the sustainable leadership of headmasters on teachers’

satisfaction towards their job at the high-performance primary schools in WP Kuala Lumpur. One of the objectives of this study is to identify the level of sustainable leadership practices by the headmasters and teachers’ satisfaction towards their job as well as its relationship at the High-Performance Primary Schools located in the Federal Territory of Kuala Lumpur. This study is a quantitative study that uses

(2)

survey method in 7 SBT primary schools. A total of 218 respondents consists of GPK, head panels and teachers were involved in this study. The data obtained were analyzed descriptively using Pearson correlation, one-way Annova, and multiple regression. The results showed that the mean score for sustainable leadership practice was 4.257 with a standard deviation of .139. The teachers’ satisfaction towards their job variable recorded a high mean score of 4.348 with a standard deviation of .182. This study shows that there is a significant relationship between the two variables.

Keywords: Sustainable leadership, job satisfaction among teachers, leadership

__________________________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kepimpinan lestari merupakan satu bentuk model kepimpinan terkini yang telah diperkenalkan oleh Andy Hargreaves dan Dean Fink (2003), khusus bagi menilai aspek kepimpinan dalam bidang pendidikan dengan merujuk kepada perubahan-perubahan terkini yang berlaku dalam dunia pendidikan sekarang berbanding dahulu. Menurut Laily Paim (2009), pembangunan lestari adalah satu bentuk usaha untuk mencapai kemajuan tanpa menjejaskan kehilangan sumber. Manakala, Siti Alia Mahmood (2005) mendefinisikan pembangunan lestari sebagai satu gerak kerja ke arah mencapai keseimbangan antara aspek persekitaran, sosial dan ekonomi dengan sumber yang ada.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (2016), telah menghasilkan satu dokumen berkaitan pembangunan lestari di peringkat global bagi menjamin sebuah iklim dunia yang lebih baik menjelang Tahun 2030 yang dikenali dengan nama The Sustainable Development Goals (SDG). Tujuan dokumen ini diketengahkan adalah untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan agar tidak berlaku penindasan, kekerasan atau tindakan yang berat sebelah sama ada dalam aspek kemiskinan, pendidikan, perubahan iklim, kesihatan dan banyak lagi. Matlamat keempat Pembangunan Lestari oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini adalah membina pendidikan yang berkualiti kerana pendidikan berkualiti adalah asas utama untuk mewujudkan pembangunan lestari.

Matlamat keempat pembangunan lestari oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini adalah membina pendidikan yang berkualiti kerana pendidikan berkualiti adalah asas utama untuk mewujudkan pembangunan lestari. Di samping meningkatkan kualiti hidup, akses kepada pendidikan inklusif juga berupaya membantu melengkapkan masyarakat di sesebuah kawasan dengan alat yang diperlukan untuk mengembangkan penyelesaian inovatif kepada masalah terbesar di dunia iaitu membina kualiti pendidikan yang terbaik di semua tempat.

(Maik Adombent, 2014).

Anjakan kelima dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menggariskan keperluan untuk memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah dalam usaha menambah baik sistem rangkaian organisasi pendidikan Malaysia.

Hashim, Shahrin (2018) telah menyatakan prestasi sumber manusia organisasi pula amat bergantung kepada kepemimpinan di setiap sekolah kerana pemimpin dianggap sebagai agen perubahan yang berkesan.

(3)

Kepimpinan lestari merupakan salah satu bentuk kepimpinan pendidikan yang diamalkan oleh kebanyakan pemimpin sekolah di dunia. Gaya kepimpinan lestari bermula dengan pemimpin yang berkualiti dan mempunyai ciri-ciri peribadi yang unggul. Noor Mala Ahmad (2014) menjelaskan bahawa kepimpinan lestari terbahagi kepada dua atribut iaitu kredibiliti dan efikasi diri.

Latar Belakang Kajian

Kajian Razali Hassan (2009) mendapati, sekolah yang cemerlang amat berkait rapat dengan budaya profesionalisme guru yang tinggi. Shamel Jannah (2015) pula menyatakan sekolah yang cemerlang lahir daripada pemimpin yang gemilang berupaya membawa perubahan- perubahan yang positif dan membentuk budaya kerja yang unggul dalam kalangan seluruh warga sekolah.

Hussein Ahmad (2008) berpendapat guru besar adalah seorang pemimpin yang berkeupayaan, bertanggungjawab untuk merancang dan melaksana pengetahuan, berkemahiran, mempunyai kepakaran dalam mentadbir dan mengurus sekolah dengan cekap dan berkesan. Kenyataan ini disokong oleh Abdul Rahim (2003) yang berpendapat bahawa sekolah sebagai organisasi yang terancang perlu menyediakan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti kepada komuniti setempat. Lantas, guru besar perlu memimpin, mengurus dan mentadbir sekolah mengikut gaya kepimpinan yang sesuai dan tepat.

Menurut Mekonnen (2014), kualiti merupakan agenda utama dalam pendidikan dan apa yang berlaku di dalam bilik darjah serta persekitaran pembelajaran yang lain adalah asas penting untuk masa hadapan. Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010) pula menyatakan, matlamat sistem pendidikan hanya dapat dicapai apabila guru- guru yang berkualiti dapat dihasilkan. Hal ini kerana pencapaian pelajar yang cemerlang adalah bergantung dengan keberkesanan sistem pengajaran yang diguna pakai oleh guru mereka (Adeyemi, 2010).

Tahap kepuasan kerja kerja ahli organisasi yang baik pula merupakan cerminan kepada arahan yang diberi oleh pentadbir. Jamaliah Abdul Hamid & Norhannan Ramli. (2006) telah menjelaskan kepuasan kerja guru adalah satu bentuk keupayaan guru dalam menggabungkan input-input yang berkaitan dengan tujuan untuk meningkatkan potensi sekolah pada tahap optimum.

Pernyataan masalah

Kementerian Pendidikan Malaysia (2015) menerusi Laporan Pencapaian Gelombang Pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menjelaskan, usaha yang berterusan hendaklah dilaksanakan secara konsisten ke arah meingkatkan kualiti pemimpin sekolah sama ada di sekolah rendah mahu pun menengah. Namun begitu, jumlah guru besar cemerlang di Malaysia pada tahun 2016 masih rendah iaitu merangkumi hanya 10.5% daripada keseluruhan jumlah guru besar. Terdapat guru besar yang bertindak mengasingkan kuasa tanpa memberi ruang kepada guru-guru untuk mengutarakan idea. Kuasa autonomi tidak banyak diberikan kepada guru-guru di sekolah. Perkara ini menyebabkan wujudnya jurang persefahaman antara pihak pentadbir dengan guru-guru terutamanya daripada aspek melontarkan idea-idea baharu (Aziah Ismail, Abdul Ghani Kanesan 2014). Terdapat juga guru besar yang mengamalkan

(4)

kepimpinan lazy-faire. Dalam masa yang sama, guru-guru tidak dapat membuat keputusan kerana tiada arahan autonomi diberikan daripada guru besar.

Rasional kajian ini dibuat kerana terdapat ramai guru di Sekolah Berprestasi Tinggi yang memohon EG-Tukar untuk berpindah ke sekolah biasa saban tahun. Dapatan data mendapati purata perpindahan keluar guru di SBT adalah 20% setiap tahun. Antara alasan yang diberi kerana terdapatnya konflik dengan pentadbir dan bebanan kerja tinggi yang ditanggung berbanding di sekolah harian biasa. Selain itu, hasrat kajian ini hendak dilaksanakan kerana tidak terdapat kajian seumpama ini di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Generalisasi yang sering dibuat adalah mereka memohon keluar kerana mempunyai konflik dengan pihak pentadbir atau pun tidak tahan dengan bebanan kerja tambahan yang perlu dibuat oleh guru- guru berbanding bekerja di sekolah harian biasa yang kurang tekanan dan tidak terlalu mengejar kecemerlangan organisasi sehingga menyebabkan kepuasan kerja guru menjadi semakin merosot.

Walaupun kajian berkaitan dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah berprestasi tinggi dilaksanakan sebelum ini pernah dibuat, namun skop kajian hanya melibatkan perbandingan antara dua buah sekolah sahaja di dalam daerah yang sama. Hal ini menyebabkan tiada data yang mampu menjawab secara mendalam persoalan-persoalan umum berkaitan hubungan kepimpinan lestari dalam organisasi dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah- sekolah berprestasi tinggi secara lebih meluas. Trend ini perlu difahami dengan teliti dan perlu diatasi dengan berhemah.

2. Tinjauan Literatur Teori Kepimpinan Lestari

Teori Kepimpinan Lestari merupakan antara teori kepimpinan moden yang dibangunkan oleh Hargreaves and Fink (2003). Teori ini juga dilihat sebagai satu bentuk hubungan, perkongsian sumber, nilaisesuatu tujuan dan saling bergantungan antara satu sama lain. Kemimpinan lestari boleh dijadikan panduan dan amalan para pemimpin sekolah supaya dapat melestarikan sekolah yang unggul selaras dengan kemajuan Negara. Menurut Hargreaves dan Fink (2003), terdapat tujuh prinsip kepimpinan lestari iaitu:

i. Mencipta dan menggalakkan pembelajaran lestari (berterusan) ii. Melahirkan golongan pemimpin pelapis di sekolah

iii. Penerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru.

iv. Melibatkan hubungan aktivis dengan persekitaran.

v. Membangunkan dan meneroka kepelbagaian.

vi. Menumpukan kepada isu-isu keadilan sosial

vii. Mebangunkan tanpa mengurangkan sumber manusia, dan badan/modal (aset)

Teori Kepuasan Kerja.

Teori Dua Faktor Herzberg Teori dua faktor memberi penakanan kepada dua bahagian. Faktor pertama dipanggil faktor kebersihan dan faktor kedua dipanggil faktor motivasi. Herzberg menyatakan kedua-dua faktor ini tidak bersandaran antara satu sama lain. Beliau menyatakan bahawa faktor motivator yang tinggi akan menjadi penyebab kepada kepuasan hati yang tinggi

(5)

manakala faktor hygiene yang tinggi akan menyebabkan pekerja tidak akan, tidak berpuas hati (Zulhamri Abdullah & Jong, H, 2014).

Di Amerika Syarikat, terdapat salah satu kajian Kepimpinan Lestari yang telah dilaksanakan pada tahun 2014 oleh John W.Cook. Tajuk kajian tersebut ialah, Kepimpinan Lestari di sekolah: Perspektif Guru. Kajian tersebut telah menunjukkan bahawa semua responden dalam kajian ini menyatakan wujudnya kepentingan dan keperluan kepimpinan lestari untuk mengekalkan pertumbuhan akademik pelajar dan pertumbuhan profesional guru.

Kepimpinan lestari tidak dilihat sebagai mengekalkan kepimpinan semasa dari masa ke masa sebaliknya merupakan bentuk kepimpinan yang berterusan.

Hassan, Roslizam dan Ahmad Irwandi (2012) menerusi kajian Analisis Kepimpinan Lestari Pengertua SMK Dato Seth’ Johor menunjukkan bahawa penilaian guru terhadap gaya kepimpinan lestasi di sekolah kajian adalah tinggi. Kajian ini melibatkan 65 orang responden yang terdiri daripada guru-guru di sekolah tersebut. Tujuh prinsip kepimpinan lestari yang diuji dalam kajian ini menunjukkan purata min 3.29 iaitu berada pada paras tinggi. Guru-guru berpendapat bahawa kepimpinan lestari pengetua di sekolah ini dapat difahami dan diterima oleh mereka. Hal ini menyebabkan mereka berasa selesa untuk terus bekerja dan kurang isu tidak berpuas hati dengan kepimpinan sekolah. Kajian Lokman Mohd Tahir (2008) tentang kepimpinan lestari pengetua sekolah menengah di Johor juga mendapati tahap amalan kepimpinan lestari adalah tinggi dan sesuai untuk diteruskan pelaksanaannya.

Junaidah Mohamad dan Nik Rosila Nik Yaacob (2013) dalam kajian tentang Kepuasan Bekerja Dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas juga menunjukkan bahawa tempoh pengalaman mengajar tidak mempunyai perbezaan min yang signifikan dengan kepuasan bekerja. Hasil kajian memperlihatkan min pengalaman mengajar guru terhadap kepuasan bekerja melalui faktor-faktor imbuhan, tugas dan persekitaran kerja lebih tinggi pada peringkat pengalaman mengajar 16 tahun ke atas berbanding dengan yang lain. Kajian gaya kepimpinan guru besar oleh Mohd Mashor Mustapa (2015) juga menyatakan hubungan antara gaya kepimpinan dengan kepuasan kerja guru adalah sangat jelas.

Secara umumnya tiada kajian antara kepimpinan lestari guru besar dengan kepuasan kerja guru yang dilaksanakan di Malaysia. Kajian paling hampir adalah hubungan antara kepimpinan lestari dengan prestasi kerja guru yang dilaksanakan oleh Supian Hashim. Supian Hashim (2016) dalam kajiannya mendapati bahawa tahap amalan kepimpinan lestari guru besar di daerah Segamat berada pada tahap sederhana kerap dengan nilai skor min 3.7682 manakala prestasi kerja berada pada tahap tinggi dengan nilai skor min 4.0794.

3. Metodologi Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah kajian yang berbentuk kuantitatif yang menggunakan kaedah tinjauan. Data-data yang diperoleh telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan korelari Pearson, Annova Sehala, dan regrasi berganda. Instrumen borang soal selidik telah digunakan bagi mengumpul dan mendapatkan data daripada sampel kajian. Kajian ini dilaksanakan di 7 buah sekolah SBT di WP Kuala Lumpur. Jumlah populasi bagi 7 buah sekolah ini adalah seramai 720 orang. Sebanyak 215 borang soal selidik telah diedarkan di

(6)

sekolah-sekolah kajian setelah mendapatkan kebenaran daripada guru besar atau wakil guru besar dan telah diedarkan kepada guru penolong kanan, Ketua-ketua panitia dan guru akademik biasa.

4. Dapatan Kajian

Jadual 1: Dapatan Data Nilai Min dan Sisihan Piawai Dimensi Amalan Kepimpinan Lestari Guru Besar.

Bil Elemen Amalan Kepimpinan Lestari Guru Beaar Min SP

1. Menggalakkan pembelajaran berterusan 4.229 .207

2. Melahirkan golongan pemimpin pelapis di sekolah. 4.314 .261 3. Penerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru. 4.337 .201 4. Menggalakkan perkongsian dengan rakan atau organisasi di luar

sekolah. 4.209 .147

5. Membangunkan dan meneroka kepelbagaian. 4.231 .168

6. Menumpukan isu-isu keadilan sosial. 4.221 .173

7. Membangunkan Tanpa Mengurangkan Sumber Manusia, Modal, dan

Aset (Pemeliharaan). 4.259 .157

Keseluruhan 4.257 .139

Jadual 1 menunjukkan dapatan kajian mendapati, elemen ketiga iaitu penerapan budaya perkongsian pembelajaran dalam kalangan guru mendapat skor min tertinggi = 4.337 dan sisihan piawai = .201. Skor min terendah pula diperoleh elemen keempat iaitu menggalakkan perkongsian dengan rakan atau organisasi di luar sekolah. Skor min yang direkodkan adalah = 4.209 dan sisihan piawai = .147. Secara keseluruhannya, ketujuh-tujuh elemen dalam dimensi amalan kepimpinan lestari guru besar ini merekodkankan skor min yang tinggi berdasarkan interpretasi nilai min yang digunakan. Purata nilai min bagi dimensi ini adalah = 4.257 dan sisihan piawai = .139

Jadual 2: Dapatan Data Nilai Min dan Sisihan Piawai Kepuasan Kerja Guru

Bil Elemen Kepuasan Kerja Guru Min SP

1. Beban Tugas Guru 4.288 .214

2. Persekitaran Kerja 4.379 .275

3. Kepimpinan Guru Besar 4.334 .211

4. Kenaikan Pangkat 4.406 .201

5. Hubungan Dengan Rakan Sekerja 4.331 .211

Keseluruhan 4.348 .182

Jadual 2 di atas menunjukkan dapatan data nilai min dan sisihan piawai bagi kelima- lima elemen yang terdapat dalam dimensi kepuasan kerja guru. Elemen keempat iaitu kenaikan pangkat mencatatkan skor min tertinggi iaitu 4.406 dan sisihan piawai .201. Dengan skor min 4.288 dan sisihan piawai .214, elemen beban tugas guru mencatatkan skor min terendah berbanding yang lain. Secara keseluruhannya, kelima-lima elemen dalam dimensi ini mencatatkan min pada tahap yang baik berdasarkan interpretasi min yang digunakan. Purata min bagi semua elemen tersebut adalah 4.348 dan sisihan piawai .182.

(7)

Jadual 3: Hubungan Yang Signifikan Antara Kepimpinan Lestari Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru di Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi WP Kuala Lumpur.

Correlations

Kepimpinan Lestari Guru Besar

Kepuasan Kerja Guru

Kepimpinan Lestari Guru Besar

Pearson’s Correlation 1 .697**

Sig. (2-tailed) .000

N 215 215

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 3 di atas menunjukkan hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan lestari guru besar dengan kepuasan kerja guru di sekolah rendah berprestasi tinggi Wilayah Persektuan Kuala Lumpur. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara hubungan beban tugas akademik dengan beban tugas bukan akademik dalam kalangan guru-guru tingkatan enam, r = .697, p<.000, tahap hubungannya adalah kukuh. Oleh kerana hubungannya adalah hubungan yang positif maka dapatlah ditafsirkan semakin tinggi amalan kepimpinan lestari diamalkan oleh guru besar, semakin tinggi tahap kepuasan kerja guru direkodkan.

5. Perbincangan dan Kesimpulan

Terdapat tujuh elemen dalam dimensi amalan kepimpinan guru besar berdasarkan model kepimpinan Andy Hargreaves dan Dean Fink. Ketujuh-tujuh elemen dalam amalan ini telah dianalisis dengan menggunakan instrumen kaji selidik yang mengandungi 50 item soalan secara keseluruhannya. Hasil kajian mendapati, tahap amalan kepimpinan lestari guru besar adalah berada pada tahap yang tinggi. Elemen keempat iaitu penerapan perkongsian budaya pembelajaran dalam kalangan guru menunjukkan perolehan min yang paling tinggi berbanding enam elemen kepimpinan lestari yang lain. Hal ini menunjukkan guru besar sekolah berprestasi tinggi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memberi penekanan yang tinggi terhadap budaya perkongsian pembelajaran guru di sekolah. Faktor-faktor seperti budaya mentor mentee, kerja secara berpasukan, amalan kerjasama dan layanan yang adil kepada guru senior dan junior merupakan antara amalan yang dititik beratkan oleh guru besar. Walau bagaimana pun, kajian ini mempunyai perbezaan dengan kajian Jeffrey V. Bennett, etc (2015) yang menunjukkan guru besar di sekolah di sekolah-sekolah berprestasi rendah tidak menekankan aspek Professional Learning Communities (PLC) dalam kalangan guru-guru kerana berpandangan setiap guru hanya memerlukan refleksi kendiri sahaja untuk meningkatkan gaya pembelajaran masing- masing.

Sebanyak 29 item soalan secara keseluruhannya telah dirangka untuk mengukur lima elemen yang terdapat dalam dimensi tahap kepuasan kerja guru. Didapati bahawa semua elemen tersebut mencapai tahap yang tinggi. Elemen kenaikan pangkat telah mendapat skor min tertinggi berbanding elemen yang lain. Perkara ini merupakan satu petunjuk jelas bahawa guru-guru yang bekerja di sekolah berprestasi tinggi amat cakna dengan elemen kenaikan pangkat. Walaupun sekolah berprestasi tinggi dikenali sebagai sekolah yang mempunyai beban kerja yang lebih berbanding sekolah harian lain, namun begitu guru-guru tidak berasa terbeban.

Di sekolah tersebut,guru-guru diberikan banyak peluang untuk meningkatkan tahap

(8)

profesionalisme diri dengan mengikuti banyak kursus kepimpinan, dilatih untuk mengurus dan menganjurkan program serta banyak lagi program bersifat kepimpinan ke arah membentuk generasi pemimpin pelapis seperti program mentor mentee, PLC, dan banyak lagi. Guru besar juga sentiasa melihat guru-guru muda yang ada di sekolahnya sebagai asset modal insan yang berharga. Mereka seringkali diberikan nasihat, dan tunjuk ajar serta mengelakkan daripada menjatuhkan motivasi diri.

Kajian ini menunjukkan dengan jelas bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan lestari guru besar dengan kepuasan kerja guru di Sekolah berprestasi tinggi. Hal ini menunjukkan wujudnya perkaitan antara dua dimensi yang dikaji. Secara keseluruhannya, guru-guru di sekolah berprestasi tinggi amat berpuas hati dengan gaya kepimpinan yang diterapkan oleh guru besar masing-masing. Guru-guru berpendapat gaya kepimpinan lestari yang telah diamalkan oleh guru besar amat membantu mengekalkan status sekolah berprestasi tinggi yang perlu cemerlang dalam banyak aspek. Walaupun dibebani kerja yang lebih, mereka masih komited dengan tugas masing-masing. Hasilnya tahap kepuasan kerja yang direkodkan oleh guru-guru di sekolah-sekolah kajian juga menunjukkan tahap yang tinggi. Kajian ini juga mendapati, guru besar yang mengamalkan amalan kepimpinan lestari telah berjaya membentuk satu persekitaran tempat kerja yang selamat dan mesra, serta berjaya mengawal emosi golongan subordinat agar patuh dengan arahan yang diberikan. Golongan subordinat berasa seronok untuk meneruskan pekerjaan mereka pada setiap hari tanpa tekanan yang melampau.

Kajian ini mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan pada masa akan dating kerana teori berkaitan kepimpinan lestari merupakan teori yang jarang dikaji serta mempunyai ketahanan untuk berhadapan dengan keadaan yang sukar seperti pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Hal ini demikian kerana, amalan kepimpinan lestari amat menitikberatkan aspek keadilan agihan kerja kepada setiap individu dalam organisasi tersebut. Perkara ini juga menunjukkan bebanan kerja yang banyak boleh diatasi sekiranya guru besar berjaya mewujudkan persekitaran kerja yang harmonis dalam kalangan ahlinya. Maka terbuktilah, kepimpinan lestari adalah bentuk amalan kepimpinan yang paling sesuai untuk diaplikasikan oleh guru besar ketika mentadbir di sekolah. Hasil kajian ini juga menunjukkan interpretasi peranan sebenar yang perlu dimainkan oleh para guru besar yang bukan sahaja berperanan menjaga organisasi sekolahnya sahaja, tetapi turut bersedia untuk membantu rakan-rakan guru besar yang lain di sekolah yang berbeza demi mewujudkan persekitaran pendidikan yang lebih baik di negeri tersebut.

Walaupun dibebani kerja yang lebih, mereka masih komited dengan tugas masing- masing. Hasilnya tahap kepuasan kerja yang direkodkan oleh guru-guru di sekolah-sekolah kajian juga menunjukkan tahap yang tinggi. Kajian ini juga mendapati, guru besar yang mengamalkan amalan kepimpinan lestari telah berjaya membentuk satu persekitaran tempat kerja yang selamat dan mesra, serta berjaya mengawal emosi golongan subordinat agar patuh dengan arahan yang diberikan. Golongan subordinat berasa seronok untuk meneruskan pekerjaan mereka pada setiap hari tanpa tekanan yang melampau.

Kajian ini juga memberikan dampak yang positif terhadap sistem Pendidikan di

(9)

Malaysia (KPM) akan menerima manfaat terbesar sekiranya kepimpinan lestari diangkat menjadi modul hala tuju utama KPM. Aduan ketidakakuran dan ketidakpuashatian terhadap guru besar dan pengetua dapat dikurangkan. Pihak kementerian juga akan dapat membina budaya kerja yang cekap, dan efektif hasil daripada penerapan amalan-amalan yang terkandung dalam kepimpinan lestari. Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Institut Aminuddin Baki akan dapat menghasilkan modul baharu amalan kepimpinan berasaskan kepimpinan lestari untuk disebarluaskan kepada semua guru besar dan pengetua di Malaysia melalui kursus kepimpinan NPQEL, dan kursus-kursus lain yang berkaitan.

Kajian ini juga akan membolehkan para pengkaji seterusnya meneroka elemen-elemen kepimpinan lestari untuk disuai padakan dengan jenis kepimpinan yang lain agar dapat membentuk satu model kepimpinan Malaysia yang berdaya tahan, bersifat holistik, dan realistic untuk dilaksanakan kepada para pemimpin sekolah. Bagi melihat sudut pandangan yang berbeza, kajian berbentuk perbandingan antara jenis sekolah boleh dilaksanakan seperti perbandingan sekolah berprestasi tinggi dengan sekolah rendah biasa, sekolah kategori bandar dengan sekolah luar bandar mahu pun pedalaman. Selain itu, untuk melihat skop kajian yang lebih luas, pemboleh ubah kajian perlu ditambah dalam kajian akan datang. Oleh itu, korelasi antara lebih daripada dua pemboleh dapat dijana. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga dicadangkan untuk memberikan penekanan yang lebih mendalam terhadap aspek kepemimpinan lestari bagi guru-guru besar di negara kita. Penerapan elemen-elemen kepimpinan lestari dalam modul-modul latihan NPQEL perlu dipertimbangkan untuk dilaksanakan oleh pihak Institut Aminuddin Baki selaku pihak yang bertanggungjawab untuk mengurus selia sistem latihan kepada para guru besar dan pengetua di Malaysia.

Kajian ini juga akan turut membantu KPM untuk membentuk keperibadian unggul para pemimpin sekolah, mewujudkan budaya kerja yang cemerlang dalam sesebuah organisasi bagi membolehkan kecemerlangan sekolah dapat dipertahankan. Hal ini demikian kerana, pembentukan budaya kerja yang baik perlu dimulakan dengan pembentukan sikap dan elemen penerimaan antara golongan subordinat dan golongan pemimpin. Prinsip keadilan dan kebajikan yang dapat dipenuhi akan membolehkan sesebuah organisasi itu kekal cemerlang dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Kajian ini adalah tergolong dalam kelompok kajian kepimpinan lestari yang terawal di Malaysia yang dilaksanakan di sekolah berprestasi tinggi. Malah, setelah kajian ini disiapkan, ia kekal sebagai kajian pertama yang menggunakan pemboleh ubah amalan kepimpinan lestari guru besar dan kepuasan kerja guru sebagai reka bentuk kajian. Lebih banyak kajian berkaitan kepimpinan lestari boleh dilaksanakan pada masa akan datang memandangkan pendidikan lestari adalah perkara paling penting yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Malah, kepelbagaian pemboleh ubah boleh dipadankan dengan kepimpinan lestari bagi menguji kekuatan model ini untuk dilaksanakan secara kekal dalam sistem pendidikan di negara kita. Hal ini demikian kerana, sungguh pun negara kita telah mencapai kemerdekaan selama 64 tahun, namun model pendidikan negara kerap berubah-ubah.

Akhirnya, gabungan amalan kepimpinan yang tepat seperti kepimpinan lestari akan mewujudkan tahap kepuasan kerja yang tinggi dalam kalangan guru, seterusnya dapat membentuk persekitaran sekolah yang lebih kondusif, membentuk kerangka kecemerlangan

(10)

yang diterima dengan rela hati oleh guru-guru dan mengekalkan kecemerlangan yang telah dicapai.

Rujukan

Abd. Rahim (2003) Wawasan Dan Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan Publications And Distributors.

Adeyemi, T. O (2010) Principal’s Leadership Styles And Teacher’s Job Performance In Senior Secondary Schools In Ondo State, Nigeria. Journal Of Economic Theory, 3 (3), 84-97.

Aziah Ismail Dan Abdul Ghani Kanesan (2014) Resipi Kejayaan Lima Buah Sekolah Kebangsaan Berprestasi Tinggi Di Malaysia. Pulau Pinang: Unit Penyelidikan Pendidikan Asas (Uppa), Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia.

Hussein Ahmad (2008) Pembangunan Etos Dan Budaya Sekolah Dan Bilik Darjah Ke Arah Kecemerlangan Pelajar: Satu Pendekatan. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Hargreaves, A. Dan Fink, D (2006) Sustainable Leadership. Usa:Jossey-Bass Hargreaves, A Dan Fink, D (2003) Sustaining Leadership. Ph Delt Kappan

Hashim, Shahrin (2018) Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Di Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai. Tesis Yang Tidak Diterbitkan. Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Hassan, Roslizam and Boon, Yusof (2012) Gaya Dan Ciri Kepimpinan Guru Besar Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Di Negeri Johor. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob (2013) Kajian Tentang Kepuasan

Bekerja Dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas. Asia Pacific Journal Of Educators And Education, 28:103–115.

Jamaliah Abdul Hamid & Norhannan Ramli (2006) Gaya Kepimpinan Pengetua

Wanita Dengan Hubungan Terhadap Motivasi Guru Di Sekolah. Jurnal Pendidikan, 3, 53-69

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research

Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. Lecturers: A Case Of Uitm Kelantan: Proceedings Of The Regional Conference On Statistical Sciences 2010 (Rcss’10)

KPM (2015) Laporan Gelombang Pertama Pppm (2013-2015)

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kpm (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025. Putrajaya: KPM.

Laily Paim (2009) Penggunaan Lestari: Bagaimana? In: Laily Hj. Paim, Aini Mat Said &

Sharifah Azizah Haron (eds) Penggunaan Lestari Antara Realiti dan Cabaran, pp. 130- 150. Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Lokman Mohd Tahir (2008). Analisis Kepimpinan Pengetua Sekolah Menengah di Johor.

Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Mashor Mustapa (2015) Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja : Satu Perbandingan Antara Guru Besar Lelaki Dan Guru Besar Perempuan. Jurnal Pendidikan: Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang Jilid 2 (November 2015), Pages 65-73.

(11)

Maik Adombent (2014) Emerging areas in research on higher education for sustainable Development – management education, sustainable consumption and perspectives from Central and Eastern Europe. Journal of Cleaner Production. Volume 62, 1 January 2014, Pages 1-7.

Mekonnen, T (2014) Factors Affecting Teachers’ Job Performance In Public Secondary Schools Of West Hararghe Zone, Oromia Regional State. Tesis Yang Tidak Diterbitkan. Haramaya University.

Noor Mala Othman. (2014). Pengaruh Tahap Stres Terhadap Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Pengajar Kolej Vokasional Di Negeri Pahang. Tesis Yang Tidak Diterbitkan. Univesiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Norhazwani Hassan (2014) Kepuasan Kerja Dalam Kalangan Guru Di Sekolah

Menengah Zon Bangsar. 401-408. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis Yang Tidak Diterbitkan. Univesiti Kebangsaan Malaysia

Raziah Mansor (2009). Hubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru Di Tiga Buah Sekolah Rendah Di Seremban. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pkpgb 2009.

Razali Hassan, Razali Hassan (2009) Amalan Budaya Kerja Cemerlang Guru Di

Sekolah Kurang Murid (Skm): Satu Kajian Tinjauan. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (Pkpgb) 2009, Hlmn 23-36.

Shamel Jannah (2015) Kepemimpinan Cemerlang. Kuala Lumpur: Sama Publications &

Distributors Sdn. Bhd.

Supian Hashim (2016) Amalan Kepimpinan Lestari dan Hubungannya Dengan

Prestasi Kerja Guru Sekolah Rendah Yang Menerima Tawaran Baru Di Daerah Segamat. Tesis Yang Tidak Diterbitkan. Univesiti Teknologi Malaysia

Siti Alia Mahmood (2005) Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penilaian

Prestasi Dan Kaitannya Terhadap Prestasi Kerja. Tesis Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian, Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia, Unimas, Sarawak.

Syed Ismail Dan Ahmad Subki (2010) Guru Dan Cabaran Semasa. Kuala Lumpur. Penerbitan Multimedia.

Zainudin Awang, Zahari Ismail (2010) Modelling Job Satisfaction and Work Commitment Among.

Referensi

Dokumen terkait

Lima objektif telah dibentuk iaitu mengenal pasti tahap pengetahuan guru tentang amalan 5S, mengenal pasti tahap amalan 5S, mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan

Kesimpulannya, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan pengajaran GPK 1 dan mengenal pasti samada terdapat perbezaan antara persepsi responden dari aspek

1) Mengenalpasti gaya kepimpinan guru besar Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) Muar berdasarkan konsep enam gaya kepimpinan Daniel Goleman (2000). 2) Mengenalpasti

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan pengamalan kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua sekolah menengah berprestasi tinggi dengan sekolah

Hasil kajian secara keseluruhan menunjukkan tahap kepimpinan pentadbir di sekolah adalah tinggi; pengurusan organisasi guru besar sekolah adalah tinggi; tahap

objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap amalan kepemimpinan kemahiran insaniah pengetua secara keseluruhan dan berdasarkan

Hasil kajian ini juga mendapati keempat-empat dimensi kepimpinan transformasi iaitu dimensi motivasi inspirasi, karismatik, merangsang intelek dan bertimbang rasa secara

Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan invitational pengarah kolej matrikulasi dan komitmen organisasi yang wujud dalam kalangan pensyarah