• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Berprestasi Tinggi Negeri Johor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Berprestasi Tinggi Negeri Johor"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru Sekolah Berprestasi Tinggi Negeri Johor

Nurulakma Wahid, Noor Hafipah Pakah & Jamalul Lail Abd Wahab Fakulti Pendidikan, UKM

________________________________________________________________________

Abstrak

Kepimpinan merupakan aspek penting dalam kehidupan harian seorang pemimpin yang memperlihatkan hubungan antara manusia, khususnya hubungan antara pemimpin dengan pengikut.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasi guru besar dan kepuasan kerja guru di sekolah berprestasi tinggi (SBT) negeri Johor. Responden terdiri daripada 149 orang guru daripada lima buah sekolah SBT di negeri Johor. Pengumpulan data dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik Multifactor Leadership Questionaire(MLQ). Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan bantuan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) Version 22.0. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasi guru besar dan kepuasan kerja guru di SBT negeri Johor. Tahap hubugan yang paling kuat antara keempat-empat dimesi amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru adalah dimensi bertimbang rasa secara individu. Manakala dimensi motivasi inspirasi mempunyai hubungan yang sederhana dengan kepuasan kerja guru. Ini menunjukkan bahawa dimensi bertimbang rasa secara individu guru besar telah diamalkan dengan tinggi sehingga boleh meningkatkan kepuasan kerja guru-guru di SBT negeri Johor.

Kata Kunci: Amalan kepimpinan transformasi, kepuasan kerja, sekolah berprestasi tinggi (SBT)

__________________________________________________________________________ Pengenalan

Kepimpinan merupakan satu elemen yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan seorang pemimpin. Ini adalah kerana kepimpinan merupakan aspek penting dalam kehidupan harian seorang pemimpin yang memperlihatkan hubungan antara manusia, khususnya hubungan antara pemimpin dengan pengikut. Hubungan ini biasanya boleh dilihat dalam situasi kepimpinan di mana pemimpin akan mempengaruhi para pekerjanya untuk melaksanakan sesuatu kerja dengan lebih baik sama ada melalui kata-kata atau perbuatan. Contohnya, pemimpin mempengaruhi pekerjanya dengan memberi dorongan dan motivasi serta melakukan perubahan struktur kerja bagi meningkatkan kualiti kerja para pekerja.

Dalam konteks sekolah, guru besar merupakan pemimpin dan pengurus di sekolah manakala para guru, staf sekolah dan pelajar merupakan kumpulan pengikut atau

(2)

subordinat. Visi dan misi sekolah yang telah ditetapkan harus dicapai dengan kerjasama semua warga sekolah. Oleh yang demikian, kepimpinan guru besar memainkan peranan penting dalam menggerakkan semua warga sekolah ke arah kecemerlangan. Kajian tentang kepimpinan pendidikan telah membuktikan bahawa kepimpinan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk menjadikan sesebuah sekolah itu berjaya dan mencapai prestasi yang tinggi (Jo et al., 2010; Simone dan Uchiyama, 2003). Merujuk Jamilah dan Yusof (2011) yang menyatakan bahawa pihak yang amat besar pengaruhnya kepada kecemerlangan dan kejayaan organisasi sekolah itu ialah pemimpin sekolah iaitu pengetua atau guru besar. Kepimpinan sekolah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam merealisasikan matlamat pembangunan sekolah ke arah mewujudkan sekolah yang cemerlang dan holistik (Norhayati & Mohd Izham Hamzah, 2002).

Pernyataan Masalah

Bagi merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), kualiti pendidikan yang terbaik perlu dikecapi oleh semua sekolah di seluruh negara. Sekolah-sekolah di negara ini harus meningkatkan taraf pendidikan negara melalui sistem pentadbiran sekolah yang lebih efektif seperti meningkatkan bilangan sekolah berprestasi tinggi (SBT). Bagi memperbanyakkan bilangan SBT di Malaysia, guru besar selaku pemimpin sekolah perlu mengamalkan gaya kepimpinan cemerlang dan berkesan. Gaya kepimpinan yang berkesan adalah penggerak utama kepada kejayaan sesebuah sekolah (Mohammed Sani & Jamalul Lail, 2012).

Norlia dan Jamil (2008) melaporkan kajian kepimpinan Sekolah Harapan Negara di Malaysia yang dijalankan oleh Khuan et al. (2003) mendapati bahawa ciri-ciri pemimpin Sekolah Harapan Negara mempunyai elemen-elemen kepimpinan transformasi seperti prihatin terhadap komuniti sekolah, mempunyai visi dan misi yang jelas, kesungguhan terhadap penghasilan kerja yang berkualiti dan mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang kreatif. Dapatan kajian tersebut selari dengan kajian oleh Hasan dan Che Husin (2008) yang mendapati guru besar Sekolah Harapan Negara pada tahun 2007 iaitu Sekolah Parit Setongkat, Muar telah mengamalkan kepimpinan transformasi dalam menguruskan sekolah beliau. Berdasarkan kajian lepas mendapati guru besar atau pengetua yang mentadbir sekolah cemerlang sering mengamalkan kepimpinan transformasi.

(3)

Selain itu, kajian Aziah, Abdul Ghani dan Abdullah (2005) terhadap 93 orang guru di dua buah sekolah kluster di sebuah negeri Utara Semenanjung Malaysia mendapati amalan kapasiti kepimpinan guru di sekolah tersebut tidak dipengaruhi oleh kepimpinan transformasi pengetua dan berada pada tahap sederhana. Sementara itu, Yukl (1999) pula mendapati faktor kepimpinan hanya menyumbang sejumlah kecil varian kepuasan kerja.

Walau bagaimanapun, kajian kepimpinan di SBT kurang diberi perhatian kerana kebanyakan hasil kajian lepas di sekolah-sekolah cemerlang telah mendorong satu andaian dibuat iaitu guru besar atau pengetua sekolah cemerlang sering mengamalkan kepimpinan transformasi dalam memimpin warga sekolah mereka. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi membuktikan sama ada guru besar SBT di Malaysia mengamalkan kepimpinan transformasi atau tidak dalam mencapai kecemerlangan sekolah. Percanggahan dapatan dan sumbangan kecil kepimpinan ke atas kepuasan kerja juga telah mendorong penyelidik untuk menunjukkan bukti yang lebih tepat sama ada kepimpinan transformasi guru besar mempunyai hubungan yang kuat terhadap kepuasan kerja guru SBT.

Tujuan dan Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan transformasi guru besar dan kepuasan kerja guru SBT di negeri Johor. Objektif kajian adalah seperti berikut:

i. Mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar SBT di negeri Johor dari perspektif guru.

ii. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja guru di SBT.

iii. Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru.

Metodologi Kajian

Kajian dijalankan secara tinjauan di mana data dikumpulkan dengan menggunakan instrumen soal selidik Multifactor Leadership Questionaire (MLQ). Data kajian diperoleh daripada 149 orang guru daripada lima buah sekolah SBT di negeri Johor yang

(4)

dipilih secara rawak mudah. Kemudian data dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan bantuan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) Version 22.0. Sementara itu, pembahagian tahap berdasarkan jumlah skor min ditunjukkan dalam Jadual 1. Interpretasi skor min oleh Jamil (2002) telah digunakan dalam kajian ini. Manakala pembahagian tahap kekuatan nilai pekali Pearson yang digunakan dalam kajian ini adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 2.

Jadual 1: Interpretasi skor min

JULAT MIN TAHAP MIN

1.00 hingga 2.33 Rendah 2.34 hingga 3.66 Sederhana 3.67 hingga 5.00 Tinggi

Sumber: Jamil (2002)

Jadual 2 Kekuatan nilai pekali korelasi

Saiz Pekali Korelasi (r) Kekuatan Korelasi

0.91 hingga 1.00 atau -0.90 hingga -1.00 Sangat Kuat 0.71 hingga 0.90 atau -0.71 hingga -0.90 Kuat 0.51 hingga 0.70 atau -0.51 hingga -0.70 Sederhana 0.31 hingga 0.50 atau -0.31 hingga -0.50 Lemah 0.01 hingga 0.30 atau -0.10 hingga -0.30 Sangat Lemah

0.00 Tiada korelasi

(5)

Dapatan Kajian

Tahap Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar Mengikut Persepsi Guru

Jadual 3 menunjukkan skor min dan sisihan piawai tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar yang merangkumi empat dimensi iaitu dimensi karismatik, motivasi inspirasi, merangsang intelek dan bertimbang rasa secara individu. Secara keseluruhannya mendapati tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar adalah berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.19.

Keempat-empat dimensi kepimpinan transformasi juga mencatatkan tahap amalan yang tinggi. Dimensi motivasi inpirasi merupakan dimensi paling dominan diamalkan dalam kalangan guru besar SBT negeri Johor dengan mencatatkan skor min paling tinggi iaitu 4.36 diikuti dimensi merangsang intelek dengan skor min 4.20 dimensi karismatik dengan skor min 4.19 dan skor min paling rendah yang dicatatkan ialah dimensi bertimbang rasa secara individu iaitu 4.02 tetapi masih berada pada tahap tinggi.

Jadual 3: Skor min dan sisihan piawai tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar

Kepimpinan Transformasi Skor Min Sisihan Piawai Tahap Interpretasi

Karismatik 4.19 .616 Tinggi

Motivasi Inspirasi 4.36 .616 Tinggi

Merangsang intelek 4.20 .687 Tinggi

Bertimbang rasa secara

individu 4.02 .709 Tinggi

KESELURUHAN 4.19 6.16 Tinggi

(6)

Jadual 4 menunjukkan tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.01. Secara rumusannya, semua responden iaitu guru-guru SBT negeri Johor berpuas hati terhadap kerja mereka di sekolah masing-masing.

Jadual 4: Skor min dan sisihan piawai tahap kepuasan kerja guru

Hubungan antara Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru

Jadual 5 menunjukkan nilai pekali korelasi Pearson antara hubungan amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru ialah r= 0.765 dan berada pada tahap signifikan 0.000 (p<0.05). Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru. Tahap hubungan ini adalah pada tahap kuat.

Jadual 5: Analisis korelasi Pearson bagi hubungan antara amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru

Kepimpinan Transformasi Guru Besar Kepuasan Kerja Guru Kepimpinan Transformasi Guru Besar Korelasi Pearson 1 .765** Sig. (2 hujung) .000 N 149 149 Kepuasan Kerja Guru Korelasi Pearson .765** 1 Sig. (2 hujung) .000 N 149 149

Hubungan Antara Guru Besar Dimensi Karismatik Dengan Kepuasan Kerja Guru

Jadual 6 menunjukkan bahawa nilai pekali korelasi Pearson bagi hubungan antara dimensi karismatik dalam amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru ialah r= 0.709 pada tahap signifikan 0.000 (p<0.05). Ini menunjukkan terdapat

Pemboleh Ubah Skor Min Sisihan Piawai Tahap Interpretasi

(7)

hubungan yang signifikan antara dimensi karismatik dalam amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru. Tahap hubungan ini adalah pada tahap kuat.

Jadual 6: Analisis korelasi Pearson bagi hubungan dimensi karismatik guru besar dengan kepuasan kerja guru

Dimensi Karismatik Guru Besar Kepuasan Kerja Guru Dimensi Karismatik Guru Besar Korelasi Pearson 1 .709** Sig. (2 hujung) .000 N 149 149 Kepuasan Kerja Guru Korelasi Pearson .709** 1 Sig. (2 hujung) .000 N 149 149

Hubungan Dimensi Motivasi Inspirasi Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru

Jadual 7 menunjukkan nilai pekali korelasi Pearson bagi hubungan antara dimensi motivasi inspirasi dalam amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru ialah r= 0.650 pada tahap signifikan 0.000 (p<0.05). Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi motivasi inspirasi dalam amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru. Tahap hubungan ini adalah pada tahap sederhana.

Jadual 7: Analisis korelasi Pearson bagi hubungan antara amalan kepimpinan dimensi motivasi inspirasi guru besar dengan kepuasan kerja guru

Dimensi Motivasi Inspirasi Guru Besar Kepuasan Kerja Guru

(8)

Dimensi motivasi Insprasi Guru Besar

Korelasi Pearson 1 .650** Sig. (2 hujung) .000 N 149 149 Kepuasan Kerja Guru Korelasi Pearson .605** 1 Sig. (2 hujung) .000 N 149 149

Hubungan Antara Dimensi Merangsang Intelek Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru

Jadual 8 menunjukkan nilai pekali korelasi Pearson bagi hubungan antara dimensi merangsang intelek dalam amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru ialah r= 0.732 pada tahap signifikan 0.000 (p<0.05). Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi merangsang intelek dalam amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru. Tahap hubungan ini adalah pada tahap kuat.

Jadual 8: Analisis korelasi Pearson bagi hubungan antara dimensi merangsang intelek guru besar dengan kepuasan kerja guru

Dimensi Merangsang Intelek Guru Besar Kepuasan Kerja Guru Dimensi Merangsang Intelek Guru Besar Korelasi Pearson 1 .732** Sig. (2 hujung) N 149 .000 149 Kepuasan Kerja Guru Korelasi Pearson .732** 1 Sig. (2 hujung) .000 N 149 149

Hubungan Antara Dimensi Bertimbang Rasa Secara Individu Guru Besar Dengan Kepuasan Kerja Guru

(9)

Daripada Jadual 4.13, didapati nilai pekali korelasi Pearson bagi hubungan antara dimensi bertimbang rasa secara individu dalam amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru ialah r= 0.753 pada tahap signifikan 0.000 (p<0.05). Ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi bertimbang rasa secara individu dalam amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru. Tahap hubungan ini adalah pada tahap kuat.

Jadual 9 Analisis korelasi Pearson bagi hubungan antara dimensi bertimbang rasa secara individu guru besar dengan kepuasan kerja guru

Dimensi Bertimbang Rasa Secara Individu Guru Besar Kepuasan Kerja Guru Dimensi Bertimbang Rasa Secara Individu Guru Besar

Korelasi Pearson 1 .753** Sig. (2 hujung) .000 N 149 149 Kepuasan Kerja Guru Korelasi Pearson .753** 1 Sig. (2 hujung) .000 N 149 149 Perbincangan

Tahap Amalan Kepimpinan Tranformasi Guru Besar

Dalam kajian ini, dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar secara keseluruhannya adalah berada pada tahap tinggi. Dapatan tersebut menyokong hasil dapatan kajian awal seperti Zaidatol Akmaliah et al. (2003); Nursuhaila (2007); Fuziah (2011) yang mendapati bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua atau guru besar adalah berada pada tahap yang tinggi.

Namun, dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian Jamalsafri, Chong dan Siti Nabisa (2011) yang mendapati tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar di sekolah yang dikaji adalah berada dalam tahap yang sederhana. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini telah membuktikan bahawa guru besar di SBT negeri Johor sentiasa

(10)

mengamalkan amalan kepimpinan transformasi dalam pengurusan sekolah mereka. Situasi tersebut juga dapat dibuktikan melalui hasil kajian oleh Muhammad Faizal et al. (2013) yang mendapati pengetua sekolah berasrama penuh (SBP) lebih mempraktikkan kepimpinan transformasi berbanding pengetua sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA).

Gaya kepimpinan yang berkesan adalah penggerak utama kepada kejayaan sesebuah sekolah (Mohammed Sani & Jamalul Lail, 2012). Dalam kajian ini, kepimpinan transformasi merupakan gaya kepimpinan dan amalan utama yang diamalkan oleh semua guru besar yang dikaji. Kepimpinan transformasi dilihat berupaya memudahkan perubahan dan pembelajaran organisasi dan amat disarankan dalam menguruskan perubahan dalam konteks pendidikan pada masa kini (Mohd Izham dan Fuziah, 2011). Seterusnya, dalam kajian ini juga menunjukkan keempat-empat tahap dimensi amalan kepimpinan transformasi berada pada tahap tinggi. Antara keempat-empat dimensi tersebut, dimensi motivasi inspirasi telah mencatatkan skor min paling tinggi dan berada pada tahap tinggi. Berbeza pula dengan dapatan kajian oleh Hishamuddin, Mohd Rizal dan Supian (2013) yang menunjukkan dimensi motivasi inspirasi dalam kepimpinan transformasi mencatat min terendah dan berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun, berdasarkan dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa guru besar yang dikaji lebih cenderung mengamalkan dimensi motivasi inspirasi berbanding dimensi yang lain.

Menurut Noorhayati dan Mohd Izham (2010), pemimpin transformasi yang mengamalkan amalan dimensi motivasi inspirasi merupakan ketua yang sering mencetuskan inspirasi dalam kalangan pengikutnya melalui perbuatan mahupun kata-kata memberangsangkan, menaikkan semangat, pujian dan cetusan simbolik serta petanda sehingga menimbulkan keinginan kepada pengikut untuk bekerja dengan cemerlang. Oleh demikian, secara tidak langsung para pengikut akan melaksanakan sesuatu kerja dengan melampaui kemampuan mereka (Ismail, 2008).

Selanjutnya, dimensi kepimpinan transformasi yang mendapat skor min paling rendah ialah dimensi bertimbang rasa secara individu tetapi masih berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian tersebut juga selaras dengan kajian oleh Mohd Izham dan Fuziah Mat (2011) yang mendapati dimensi pertimbangan individu mempunyai min yang paling rendah iaitu 3.63. Oleh itu, berdasarkan dapatan kajian ini dan hasil kajian lepas dapat dibuktikan bahawa dimensi bertimbang rasa secara individu kurang diamalkan dalam

(11)

kalangan guru besar. Barnett dan McCormick (2003) juga berpendapat bahawa amalan kepimpinan transformasi bagi dimensi pertimbangan individu merupakan dimensi yang paling kritikal.

Secara ringkasnya, di sini dapat dirumuskan bahawa guru besar telah mengamalkan amalan kepimpinan transformasi secara maksimum dalam pengurusan sekolah mereka. Dimensi motivasi inspirasi paling banyak digunakan dalam meningkatkan prestasi sekolah. Manakala dimensi bertimbang rasa secara individu kurang dilaksanakan dalam kalangan guru besar walaupun dimensi ini penting dalam memberi dorongan kepada guru-guru secara individu untuk mencapai matlamat sekolah seperti yang telah ditetapkan. Justeru, guru besar perlu lebih menitikberatkan dimensi bertimbang rasa secara individu dalam tampuk kepimpinan mereka agar guru-guru lebih dihargai dan dihormati sekaligus dapat bersama-sama menghasilkan para pelajar dan sebuah intitusi pendidikan yang cemerlang. Hal ini kerana, amalan kepimpinan transformasi cenderung membawa kejayaan kepada sesebuah organisasi dan ini bertepatan dengan Bass (1985) yang menyatakan kepimpinan transformasi sering dikaitkan dengan gaya kepimpinan yang berkesan dan berupaya mengubah persepsi dan motivasi orang bawahan serta membawa kepada kejayaan organisasi.

Tahap Kepuasan Kerja Guru

Berdasarkan hasil analisis kajian, didapati tahap amalan kepuasan kerja guru adalah berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian ini menyamai hasil kajian Hishamuddin, Mohd Rizal dan Supian (2013) yang menunjukkan bahawa kepuasan kerja dalam kalangan guru berada pada tahap tinggi. Selain itu, hasil kajian Habib dan Zaimah (2012) yang yang melibatkan 87 orang guru di daerah Hulu Langat, Selangor juga menunjukkan kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi.

Namun, hasil kajian ini tidak selaras dengan dapatan kajian oleh Sapora dan Justina Esther (2010) ke atas 52 orang guru sekolah menengah di Sabah yang menunjukkan tahap kepuasan kerja guru adalah berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian tersebut juga selari dengan dapatan kajian Mohd Nor dan Jazmi (2009) yang mendapati tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Yan,

(12)

Kedah berada pada tahap sederhana.

Walaupun tahap kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi, item jumlah tugasan yang dilaksanakan mendapat skor min paling rendah tetapi masih berada pada tahap tinggi. Dalam pengertian yang lebih mudah, guru-guru berasa kurang puas hati terhadap jumlah tugasan yang diberikan. Ini bermakna guru-guru berasa beban terhadap kerja-kerja yang perlu dilaksanakan di sekolah. Beban kerja yang terpaksa dipikul oleh guru akan menjadi masalah sehingga menyebabkan timbul ketidakpuasan dan tekanan dalam kalangan guru (Wan Noraini dan Nooraini, 2011).

Masalah ini berlaku adalah disebabkan tanggungjawab dan beban kerja guru semakin bertambah. Mereka bukan sahaja menjadi guru tetapi juga bertugas sebagai kerani dalam menyediakan urusan sampingan seperti urusan buku teks pelajar, hal ehwal kebajikan pelajar, disiplin pelajar, akaun persatuan dan kelas, kegiatan kurikulum dan kokurikulum dan sebagainya (Sufean Husein, 1993). Kepuasan bekerja akan memberi kesan kepada hasil kerja guru (Zaidatol Akmaliah, 1990) dan menjelmakan tugas tersebut dalam pembelajaran pelajar.

Walau bagaimanapun, kajian ini telah membuktikan bahawa tahap kepuasan kerja guru-guru di SBT negeri Johor adalah berada pada tahap tinggi. Semua guru yang dikaji berpuas hati terhadap kerja mereka di sekolah walaupun dihujani beban kerja yang banyak selain tugasan PdP seperti melaksanakan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS), rancangan mengajar, perlu menggalas jawatan-jawatan penting dalam sekolah, memahami dan menghadapi perubahan-perubahan dalam sistem pendidikan dan sebagainya. Sehubungan itu, dapat disimpulkan bahawa tahap kepuasan kerja guru pada masa kini masih berada tahap tinggi dan tidak membimbangkan.

Hubungan Antara Amalan Kepimpinan Transformasi Guru Besar dan Kepuasan Kerja Guru

Dapatan kajian ini mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru dan mempunyai tahap hubungan yang kuat. Hasil kajian ini adalah selari dengan dapatan kajian oleh Anna Felicia dan Ishak (2011); Chan dan Gurnam (2007) yang menyatakan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru. Hasil kajian yang diperolehi telah menjelaskan amalan kepimpinan

(13)

transformasi guru besar mempunyai perkaitan dengan kepuasan kerja guru. Dalam pengertian lain, kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar telah memberi sumbangan kepada kepuasan kerja guru-guru. Ini menunjukkan bahawa semakin kerap amalan kepimpinan transformasi diamalkan semakin meningkat kepuasan kerja guru.

Sementara itu, dapatan kajian oleh Habib dan Zaimah (2012) yang melibatkan 87 orang di daerah Hulu Langat, Selangor mempunyai hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi guru besar dan kepuasan kerja guru tetapi berada pada tahap rendah. Namun hasil kajian oleh Hishamuddin Shah, Rizal dan Supian (2013) telah mempertikaikan hasil kajian ini di mana mereka mendapati tiada hubungan yang signifikan antara kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru. Oleh yang demikian, di sini dapat dijelaskan bahawa guru-guru boleh mencapai tahap kepuasan kerja pada tahap tertentu tanpa terkesan oleh gaya kepimpinan transformasi guru besar.

Hasil kajian ini juga mendapati keempat-empat dimensi kepimpinan transformasi iaitu dimensi motivasi inspirasi, karismatik, merangsang intelek dan bertimbang rasa secara individu mempunyai hubungan yang signifikan dengan kerja kepuasan kerja. Tahap hubungan antara semua dimensi dengan kepuasan kerja guru adalah berada tinggi kecuali dimensi motivasi inpirasi yang menunjukkan hubungan yang sederhana dengan kepuasan kerja guru. Hasil kajian tersebut berbeza dengan dapatan kajian Hishamuddin Shah, Rizal dan Supian (2013) sekali lagi yang menunjukkan keempat-empat dimensi kepimpinan transformasi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja guru.

Berdasarkan dapatan kajian ini, dimensi karismatik mempunyai nilai kolerasi yang paling tinggi berbanding dimensi lain. Jelas menunjukkan dimensi karismatik telah memberi sumbangan yang banyak kepada peningkatan kepuasan kerja guru. Manakala dimensi motivasi inspirasi kurang memberi sumbangan terhadap kepuasan kerja guru. Menurut Rasid (2007) pemimpin yang mempunyai ciri-ciri karismatik mampu merealisasikan segala perubahan yang dicadangkan dengan mudah. Dimensi ini juga menerangkan mengenai seorang pemimpin akan bertindak sebagai model yang kuat kepada para pengikut di mana pemimpin tersebut dihormati oleh para pengikut kerana meletakkan satu kepercayaan yang mendalam kepada pemimpin mereka (Abdul Ghani, Abd. Rahman dan Mohammed Zohir, 2008). Hal ini kerana, pemimpin berkarisma

(14)

merupakan individu yang istimewa dan boleh mempengaruhi orang lain mengikut visi yang telah ditetapkan untuk masa depan.

Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian, dapat dirumuskan bahawa tahap amalan kepimpinan transformasi guru besar berada pada tahap tinggi dengan skor min sebanyak 4.19. Keempat-empat dimensi kepimpinan transformasi juga berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan guru besar di SBT negeri Johor telah mengamalkan amalan kepimpinan transformasi dengan tinggi dalam memimpin warga sekolah terutamanya guru-guru di sekolah mereka. Tahap kepuasan kerja guru juga berada pada tahap tinggi di mana mencatatkan skor min sebanyak 4.01. Ini bermakna guru-guru yang bertugas di SBT negeri Johor berpuas hati terhadap kerja mereka di sekolah masing-masing.

Secara keseluruhan, terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru. Tahap hubungan ini adalah berada pada tahap kuat. Manakala hubungan antara keempat-empat dimensi kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru juga adalah signifikan dan mempunyai tahap yang kuat. Oleh yang demikian, di sini dapat disimpulkan bahawa semakin meningkat tahap amalan kepimpinan transformasi, semakin meningkat kepuasan kerja guru di SBT negeri Johor.

Rujukan

Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Mohammed Zohir Ahmad. 2008. Gaya-gaya kepimpinan dalam pendidikan. Selangor: PTS Professioanal Publishing Sdn. Bhd

Alias Baba. 1992. Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia

Anna Felicia & Ishak Sin. 2011. Hubungan antara kepimpinan transformasional guru besar dengan kepuasan kerja guru. http: //www .moe.gov. my/bpg/ download /Konvensyen/pdf. [10 Mac 2013].

Aziah Ismail, Abdul Ghani Kanesan & Abdullah Saad. 2005. Amalan Kepimpinan Transformasi & Kapasiti Kepimpinan di Dua Buah Sekolah Kluster di Malaysia. Universiti Sains Malaysia.

Barnett, K., & McCormick, J. 2003. Vision, relationship and teacher motivation: a case study. Journal of educational administration 41 (1): 55 – 73.

Bass, B.M. 1985. Leadership and performance beyond expectations. New York: Free. Chan Yuen Fook & Gurnam Kaur Sidhu. 2007. Stail kepimpinan dan kepuasan kerja di

(15)

on Educational Management and Leadership (ASEMAL 5). Anjuran Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan, Universiti Utara Malaysia. Kuala Lumpur, 18-19 Ogos.Press.

Fuziah Mat Yakop. 2011. Hubungan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua dengan amalan organisasi pembelajaran guru di sekolah-sekolah menengah kluster. Tesis Master,Program Pendidikan, UKM.

Habib Ismail & Zaimah Ramli. 2012. Amalan kepimpinan transformasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru. Seventh Malaysian National Economic Conference (PERKEM VII). Anjuran Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. 4-6 Jun.

Hishamuddin Shah Mokri, Mohd Rizal Atan & Supian Hashim. 2013. Hubungan antara kepimpinan transformasi guru besar dengan kepuasan kerja guru di sekolah kebangsaan kurang murid gemilang tujuh Segamat, Johor.

Ismail Mustafa. 2008. Kepimpinan pendidikan: teori dan amalan. Jitra: Pure Honey Enterprise.

Jamalsafri Saibon, Chong Pei Cheng & Siti Nabisa Darus. 2011. Hubungan antara kepimpinan transformasi guru besar dengan tahap komitmen guru di sekolah rendah Pulau Pinang. Seminar Majlis Dekan IPTA.

Jamil Ahmad. 2002. Pemupukan budaya penyelidikan di kalangan guru sekolah: Satu penilaian. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamilah Ahmad & Yusof Boon. 2011. Amalan kepimpinan sekolah berprestasi tinggi (SBT) di Malaysia. Journal of Edupres 1: 323-335.

Jazmi Md Isa. 2009. Gaya kepemimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru: kajian perbandingan antara SMKA dengan SMK. Tesis Sarjana. Universiti Utara Malaysia.

Mohammed Sani Ibrahim & Jamalul Lail Abdul Wahab. 2012. Kepimpinan pendidikan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Izham Mohd Hamzah & Fuziah Mat Yakop. 2011. Hubungan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua dengan amalan organisasi pembelajaran guru di sekolah menengah kluster. Prosiding Seminar Pendidikan Serantau Ke-5. Muhammad Faizal A. Ghani, Saedah Siraj, Radzuan Kassim, Husaina Banu

Kenayathulla, Shahril@Charil Marzuki & Faisol Elham. 2013. Amalan sekolah cemerlang di sekolah berasrama penuh dan sekolah menengah kebangsaan agama: Satu perbandingan. The Online Journal of Islamic Education 1(2): 30-50.

Noorhayati Zakaria & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2010. Amalan kepimpinan transformasi dan kepimpinan tersebar dalam penambahbaikan sekolah. Proceeding International Seminar Comparative Studies in Educational System Between Indonesia and Malaysia, hlm.154-165.

Norhayati & Mohd Izham Hamzah. 2002. Amalan kepimpinan transformasi dan kepimpinan tersebar dalam penambahbaikan sekolah. International Seminar Comparatives Studies In Educational System Between Indonesia And Malaysia. Norlia Goolamally & Jamil Ahmad. 2008. Pemilihan pengetua sekolah ke arah

kelestarian kepimpinan: satu pemikiran semula. Prosiding Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-15.

Rasid Muhamad. 2007. Kepimpinan transformasional: Konsep dan aplikasinya dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran. Universiti Teknologi MARA Pahang.

Sufean Hussin. 1993. Pendidikan di Malaysia: Sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

(16)

Wan Noraini Wan Razab & Nooraini Othman. 2011. Tahap motivasi dan punca tekanan guru yang melanjutkan pengajian. Jurnal Kemanusiaan 17: 97-114.

Yukl, G. 1999. An evaluation of conceptual weakness in transformational and charismatic leadership theories. Leadership Quarterly 10(2): 285–305.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. 2003. Asas kepemimpinan transformasional dalam pendidikan. Pengurusan dan Kepemimpinan Pendidikan: satu langkah ke hadapan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Kata-kata berdisfemia ini biasanya muncul dalam situasi yang tidak ramah, biasanya untuk mengungkapkan kekesalan atau kejengkelan dan juga disfemia merupakan

Hasil penelitian diperoleh bahwa kesalahan yang terjadi dalam menyelesaikan soal matematika HOTS berdasarkan Watson pada siswa kemampuan awal rendah adalah kesalahan (1) data tidak

Hal ini dilihat dari hasil pekerjaan siswa tersebut, dari 2 soal yang diberikan pada soal pertama memenuhi ketiga indikator pengetahuan prosedural dan soal kedua memenuhi dua dari

Dari hasil analisis mengenai pemberdayaan masyarakat melalui kegiatan pengelolaan sampah dalam Program Kampung Iklim di Desa Mojodeso dari penjelesan sebelumnya

Sebagai bagian dari negara global dan tergabung dalam COP UNFCCC Indonesia jelas programnya untuk memperjuangkan 29% itu upaya yang dilakukan indonesia itu dari lima

Jenis bahan baku yang digunakan adalah gurita (octopus sp) berbentuk gurita utuh segar yang belum mengalami penyiangan, berasal dari perairan yang tidak tercemar,

Beberapa tujuan kegiatan dalam Program Green Construction yang dilakukan oleh PT.PP, dianggap mempengaruhi pada bidang CSR yaitu meliputi manajemen lingkungan proyek,

1) Dengan adanya web ini, SMP Muhammadiyah 1 Pundong tidak perlu mengeluarkan dana yang cukup besar untuk mencetak brosur-brosur atau membuat pamflet yang