• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan antara amalan kepimpinan invitational pengarah kolej dengan komitmen organisasi pensyarah matrikulasi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hubungan antara amalan kepimpinan invitational pengarah kolej dengan komitmen organisasi pensyarah matrikulasi"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan antara amalan kepimpinan invitational pengarah kolej dengan komitmen organisasi pensyarah matrikulasi

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan amalan kepimpinan invitational dan komitmen organisasi dalam kalangan pensyarah matrikulasi. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan invitational pengarah kolej matrikulasi dan komitmen organisasi yang wujud dalam kalangan pensyarah matrikulasi. Di samping itu, kajian ini turut ingin melihat perbezaan amalan kepimpinan invitational dan komitmen organisasi berdasarkan jantina para pensyarah matrikulasi. Akhir sekali, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan kepimpinan invitational pengarah kolej matrikulasi dengan komitmen organisasi pensyarah Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kajian ini adalah kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS 24.0. Data dikumpulkan menggunakan satu set borang soal selidik yang ditadbir ke atas 338 orang pensyarah matrikulasi di seluruh negara. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan invitational para pengarah kolej matrikulasi berada pada tahap yang tinggi manakala komitmen organisasi pensyarah pula berada pada tahap yang sangat tinggi. Analisis inferensi kajian ini mendedahkan bahawa tiada sebarang perbezaan yang signifikan antara pensyarah lelaki dan perempuan bagi pemboleh ubah amalan kepimpinan invitational dan komitmen organisasi. Ujian korelasi Pearson pula menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang kuat di antara amalan kepimpinan invitational pengarah kolej dengan komitmen organisasi pensyarah matrikulasi. Implikasi dan cadangan kajian lanjut turut dibincangkan.

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini bertujuan meninjau hubungan antara amalan agama Islam yang terdiri daripada akidah, ibadah dan akhlak dengan gaya kepimpinan jurutera Muslim yang

Beberapa persoalan yang menjadi bahan kajian adalah mengenal pasti gaya kepimpinan yang diamalkan oleh guru besar wanita dan hubungannya dengan komitmen kerja guru-guru di

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan pengamalan kepimpinan instruksional dalam kalangan pengetua sekolah menengah berprestasi tinggi dengan sekolah

Selain itu, rendahnya etika kerja dalam kalangan kakitangan perkhidmatan awam juga boleh memberi kesan kepada tingkah laku pekerja yang lain seperti komitmen terhadap

Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan yang signifikan terhadap tahap kompetensi diri antara pelajar lelaki dan perempuan di Kolej Vokasional. Mengenal pasti sama ada

Dapatan kajian ini menyokong kajian terdahulu oleh Nik Mustafa et.al (2015) mengenai kepimpinan instruksional pengetua terhadap komitmen guru di tiga buah maktab

4.6.1.6 Ujian ANOVA Sehala Bagi Perbezaan Tahap Komitmen Guru Berdasarkan Faktor Tempoh Mengenali Pengetua.. 4.6.2 Hubungan Gaya Kepimpinan Transformasi Dengan

Ini juga selari dengan kajian yang dijalankan oleh Samsiah dan Khalip 2017 yang menunjukkan bahawa tahap amalan kepimpinan instruksional pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama