• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assignment Guru Dan Cabaran Semasa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Assignment Guru Dan Cabaran Semasa"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

TUGASAN 1

(2)

KERATAN AKHBAR

ISU ATAU CABARAN PENDIDIKAN SEMASA BERKAITAN GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID YANG MEMBERI IMPLIKASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG DIPILIH

Sumber: Sikap guru punca ponteng. Safeek Affendy Razali, Nor Azizah Mokhtar. Berita Harian 20-September-2013 http://www.umlib.um.edu.my/newscut_details.asp?

(3)

SINOPSIS

ISU:-Dengan ini melalui isu yang dikeluarkan dalam surat khabar ini saya dapat diulaskan bahawa sikap guru punca berlakunya gejala ponteng di kalangan pelajar. Pelajar juga bosan dengan sikap dan personaliti guru yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dikenalpasti antara sebab utama pelajar sekolah menengah ponteng. Selain itu, ketika di dalam kelas, pelajar yang lemah merasakan diri mereka dipinggir oleh guru yang cenderung memberi tuampuan kepada pelajar bijak atau mudah memahami pelajaran dalam kelas. Bukan itu sahaja, malah keadaan persekitaran dalam sekolah adalah faktor utama punca pelajar tidak ke sekolah kerana mereka tertekan apabila kerap dimarahi di depan rakan sekelas menyebabkan mereka malu dan akhirnya mengambil jalan untuk ponteng. Selain itu, cara pengajaran guru yang terlalu laju dan sukar difahami. Punca pain pula personaliti guru yang bersikap negative seperti terlalu garang, suka marah atau suka membebel serta meminggirkan pelajar yang kurang pandai ketika dalam kelas. Tambahan pula mereka tidak berasa seronok dengan cara penyampaian guru yang sukar difahami, tidak kreatif selain kerap dimarahi apabila sering mengajukan soalan sehingga menimbulkan rasa resah setiap kali berdepan guru yang mempunyai tabiat ini.

(4)

1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan suatu aspek yang amat penting dalam usaha membangunkan negara serta minda rakyat kelas pertama. Pendidikan yang berkualiti menjadi tunjang kepada negara bagi melahirkan generasi yang mampu bersaing dalam era globalisasi kini. Dunia pendidikan tidak lari daripada menghadapi pelbagai isu dan cabaran sama ada secara nasional mahu pun global. Setiap isu yang mendatangi dunia pendidikan pasti akan mencuri tumpuan segenap lapisan masyarakat. Individu yang paling terkesan dalam isu-isu yang timbul pastinya insan yang bergelar “guru”. Oleh itu, dalam penulisan ini saya akan menyentuh salah satu isu yang bertajuk “Sikap guru punca Ponteng”.

Gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid sekolah semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Hal ini telah mencetuskan kebimbangan yang berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya ibu bapa dan golongan pendidik. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi memastikan gejala ini tidak menular. Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar peraturan sekolah. Ini bermaksud seseorang pelajar dianggap ponteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari persekolahan. Oleh yang demikian, ponteng merupakan istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah.

Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran. Selain dari itu, ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.

Gejala ponteng ini amat diperkatakan pada masa kini berbanding masalah masalah yang lain. Laporan Salah Laku Disiplin Murid Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) (2010) menunjukkan bahawa ponteng sekolah merupakan antara bilangan salah laku disiplin yang terbanyak berbanding masalah lain. Laporan KPM (2004) menyatakan bahawa masalah ponteng sekolah merupakan isu utama dalam rekod salah laku pelajar. Ia tidak dapat menjelaskan sejauh mana tahap seseorang pelajar terlibat dalam masalah ponteng sekolah. Sesuatu kesalahan mungkin dilakukan oleh pelajar yang sama secara berulang kali menyebabkan jumlah kes

(5)

tersebut meningkat. Pelajar yang tidak berminat untuk belajar sesuatu mata pelajaran kerap kali hilang semangat untuk belajar dan seterusnya ponteng sekolah. Masalah ponteng ini adalah boleh juga dikatakan sebagai masalah disiplin. Dengan ini menurut Halizah Hamzah (2014) dikatakan bahawa masalah ponteng kelas/sekolah adalah salah satu masalah disiplin yang bersifat disruptif dan mengganggu pelaksanaan p&p adalah kerap lewat masuk ke kelas, menunjukkan sikap biaap terhadap guru dan keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran atau tanpa memberitahu guru.

Kita boleh persoalkan, kenapa berlakunya masalah ponteng ini? Jawapannya pula apabila seseorang pelajar mengalami gangguan emosi berlakunya masalah-masalah sosial seperti ponteng dan sebagainya. Dengan ini, sebelum mengetahui tentang punca berlakunya ponteng mari kita lihat apakah definisi gangguan emosi sebenarnya. Emosi pula membawa definisi bangkitan perasaan dan rasa dalaman hasil tindak balas seseorang terhadap sesuatu perkara, pengalaman dan peristiwa yang berlaku seperti emosi takut, marah, kecewa, gembira, suka dan kasih sayang (Muhammad Uthman Najati dlm. Fariza, 2005). Mengikut Achmanto Mendatu (2007), gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas. Takut menjadi reaksi terhadap situasi yang berbahaya dan cemas sebagai bayangan daripada perasaan takut.

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula menyebut emosi sebagai satu perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, marah, takut, ketawa dan menangis yang terangsang dan melibatkan perubahan psikologi serta fisiologi pada seseorang. Oleh itu, emosi atau gangguan emosi akan memberi kesan buruk kepada individu yang mengalaminya jika tidak dapat dikawal dengan baik.

Dengan ini kita dapat disimpulkan bahawa gangguan emosi pelajar sangat terjejas sampai mereka melibatkan diri dalam masalah ponteng sekolah ini. Sebelum kita mengambil tindakan yang wajar perlulah mengetahui punca-punca berlakunya masalah ini.

(6)

2.0 PUNCA-PUNCA YANG MENYEBABKAN PELAJAR PONTENG SEKOLAH Berita tentang masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah menengah sering berlaku sejak kebelakangan ini. Isu ini telah hangat dibincangkan oleh orang ramai sehinggalah di laman sosial berbanding dengan masalah-masalah yang lain. Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar. Hasil pengkaji Johari (2011), Dapatan kajian menunjukkan faktor guru, sikap pelajar, rakan sebaya dan ibu bapa merupakan faktor-faktor yang banyak mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Guru-guru berpendapat bahawa faktor sikap pelajar yang malas merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Berdasarkan artikel surat khabar di atas, bukan guru sahaja punca pelajar ponteng sekolah malah ada juga punca-punca yang lain menyebabkan pelajar berponteng.

2.1 Sikap Guru - Gaya Pengajaran dan Tindakan guru

Berdasarkan dengan keratan akhbar isu sikap guru berpunca ponteng merupakan antara punca yang sangat utama dalam masalah ini. Dalam kajian Muhammed Sharif dan Suria (2012) menyatakan sikap guru merupakan faktor penting dalam ponteng sekolah. Berdasarkan analisa faktor di atas, masalah ponteng dikenalpasti kerana ketegasan guru disiplin dan peraturan sekolah yang dirasakan terlalu ketat menyebabkan pelajar-pelajar terdorong untuk ponteng sekolah. Keadaan ini mendorong kepada hubungan yang kurang baik antara pelajar dan guru.

Faktor guru juga menjadi penyumbang kepada gejala yang tidak sihat ini. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir guru yang tidak mampu menarik perhatian pelajar untuk belajar. Lantaran itu, pelajar akan berasa bosan semasa berada di dalam kelas semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Apabila emosi pelajar terganggu dengan berasa bosan, pelajar tersebut akan duduk dalam keadaan yang tidak selesa dan menunjukkan muka kepada guru di hadapan. Terdapat dalam kalangan guru yang masih mengamalkan kaedah pengajaran dan pembelajar yang

(7)

sudah tidak sesuai pada masa ini. Sesungguhnya kaedah pengajaran guru yang membosankan menyumbang kepada peningkatan kes ponteng di sekolah.

Selain itu, sikap dan personaliti guru yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dikenalpasti antara sebab utama pelajar sekolah menengah ponteng. Hal ini merupakan sikap dan personaliti guru perlulah agak baik supaya pelajar minat akan pelajaran. Apabila berlakunya keadaan ini pelajar yang lemah merasakan diri mereka dipinggir oleh guru yang cenderung memberi tumpuan kepada pelajar bijak atau mudah memahami pelajaran ketika di dalam kelas. Seterusnya pula, apabila guru menggunakan Gaya pengajaran yang sama pelajar kurang berminat terhadap pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, matematik, sains, geografi dan sebagainya. Disebabkan cara pengajaran guru yang terlalu laju dan sukar difahami. Dengan ini pelajar yang tidak berminat untuk belajar sesuatu mata pelajaran kerap kali hilang semangat untuk belajar dan seterusnya ponteng sekolah. Keadaan ini akan menjadi bertambah serius jika guru tidak berusaha untuk menarik minat pelajar terhadap pembelajarannya (Azizi, Shahrin, Yusof & How, 2007).

Tambahan pula, personaliti guru yang bersikap negatif seperti terlalu garang, suka marah atau suka membebel serta meminggirkan pelajar yang kurang pandai ketika dalam kelas. Disebabkan dengan tindakan guru emosi pelajar terganggu sebegini dan mereka mula tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah. Perkara ini lama-lama menjadi serius dan tidak dapat dikurangkan. Selain daripada itu, pelajar tidak berasa seronok dengan cara penyampaian guru yang sukar difahami, tidak kreatif selain kerap dimarahi apabila sering mengajukan soalan sehingga menimbulkan rasa resah setiap kali berdepan guru yang mempunyai tabiat ini.

(8)

Sekolah juga menjadi punca pelajar ponteng sekolah. Muhammed Sharif dan Suria (2012) tingkah laku pelajar di sekolah menunjukkan terdapatnya hubungan antara faktor sekolah dengan ponteng sekolah. Persekitaran sekolah yang tidak ceria, peraturan yang ketat, ketidakmesraan guru-guru dengan pelajar, beban kerja yang banyak, dan rasa bosan terhadap pengajaran guru menjemukan dan menggalakkan tindakan ponteng. Bagi persekitaran sekolah dalaman pula terdapat juga para pelajar ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka yang diberikan oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka tidak dapat didenda oleh cikgu. Selain daripada itu, pelajar yang datang lewat juga akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan mereka itu. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

2.3 Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam mempengaruhi pelajar lain untuk ponteng sekolah. Kajian Wan Norasiah (2003) mendapati bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan punca utama pelajar ponteng sekolah. Apabila berlakunya ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan berlakunya gangguan emosi pelajar tersebut supaya tidak dapat mengambil keputusan dan minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Disini boleh juga dikatakan bahawa murid akan ikut apa yang rakan mereka buat. Menurut Albert Bandura (1925) manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian dengan cara melihat orang lain. Mereka memberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah. Begitu juga dengan rakan sebaya yang banyak mempengaruhi cara berfikir dan bertindak seseorang pelajar. Menurut Johari (2011) pemilihan rakan sebaya yang

(9)

sesuai akan dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam pelajaran. Ia juga penting bagi mempertingkatkan mutu pencapaian pelajaran. Jadi pelajar-pelajar seharusnya bijak untuk mencari siapakah rakan-rakan yang sepatutnya dijadikan kawan sewaktu berada di sekolah kerana kawan yang baik akan sentiasa berada di sisi kita walaupun dalam apa-apa keadaan.

2.4 Sikap Ibu bapa

Tambahan pula, sikap ibu bapa juga punca anak mereka ponteng sekolah. Menurut Rashid Rahaman (2007), Sikap ibu bapa punca anak ponteng sekolah. Kajian Wan Norasiah (2003) mendapati bahawa pengaruh ibu bapa merupakan punca utama pelajar ponteng sekolah. Manakala pelajar sendiri berpendapat bahawa mereka melakukan ponteng sekolah bukan disebabkan oleh faktor keluarga. Pada pendapat saya hal-hal ini merupakan sangat benar kerana ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak mereka yang masih bersekolah. Ibu bapa masa kini lebih mementingkan kerjaya kerana mahu meningkatkan taraf kehidupan mereka sahaja. Mereka menghabiskan masa yang banyak untuk mencari kekayaan dan mengejar status. Mereka juga menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka kepada pihak sekolah. Anak-anak mereka pula sering diabaikan seperti anak ayam kehilangan ibu. Disebabkan kurang berprihatinan dan kurangnya pemantauan ibu bapa mereka rasa disingkirkan oleh ibu bapa mereka. Dengan ini anak-anak mereka menghadapi gangguan emosi di sekolah terutamanya di bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Ibu bapa tidak memberikan kasih sayang yang sewajarnya diterima oleh anak-anak yang sedang membesar. Oleh sebab ibu bapa tidak begitu mengambil berat akan hal anak-anak, murid-murid sekolah mengambil peluang untuk melakukan apa-apa sahaja. Mereka berpendapat perlakuan mereka di luar rumah tidak akan diketahui oleh ibu bapa mereka. Jadi, pada pendapat saya, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang kebajikan anak-anak akan mencetuskan gejala ponteng sekolah dalam kalangan murid-murid.

(10)

Muhammed Sharif dan Suria (2012) mendapati adanya hubungan antara keluarga yang bermasalah dengan ponteng sekolah.Kajian Azizi Yahaya et. al. (2007), sikap pelajar yang sukakan hiburan dan mudah terikut-ikut dengan gaya penampilan artis yang mereka minati, seperti memakai pakaian yang berjenama dan stail rambut yang baru, jika tiada wang yang mencukupi, ditambah dengan ibu bapa yang tidak dapat memenuhi keperluan dan juga keinginan mereka, mereka rela ponteng sekolah untuk bekerja demi mendapat wang. Begitu juga, apabila pelajar tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran dan guru pula tidak berusaha menarik minat mereka, pelajar-pelajar itu akan hilang semangat belajar dan ponteng sekolah. Hal ini kerana emosi pelajar tersebut terganggu dan tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Bukan itu sahaja, malah mereka tidak dapat berfikir secara rasional agar mengambil keputusan yang baik selain ponteng sekolah. Dengan ini, implikasi kepada pelajar tersebut adalah ketinggalan dalam pelajaran dan pelajaran mereka akan merosot. Seterusnya pula, faktor ekonomi itu boleh membawa kesan lain misalnya, gejala ponteng. Ibu bapa mungkin meminta bantuan anak-anak untuk menolong mereka meringankan kewangan atau mengabaikan mereka sehingga terjerumus dalam geja ponteng sekolah. Pernyataan ini telahpun dibuktikan dalam Kosmo Online dalam Rencana utama oleh Mohamad Fazli.

2.6 Sikap Diri Pelajar itu Sendiri

Punca yang seterusnya adalah sikap diri pelajar itu sendiri. Kajian Muhammed Sharif dan Suria (2012) menunjukkan aspek diri pelajar merupakan punca utama masalah ponteng sekolah. Hal ini merupakan akan mengganggu emosi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran supaya ingin mencuba sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan tanpa mengira kesan baik atau buruknya daripada perbuatan tersebut. Sebagai contohnya, pelajar yang stress dan mempunyai masalah pembelajaran akan cuba untuk melarikan diri daripada kelas. Muhammed Sharif dan Suria (2012) dalam kajiannya menyatakan faktor diri pelajar mempunyai hubungan dengan ponteng sekolah. Kajian ini dijalankan terhadap 367 orang pelajar sekolah menengah luar bandar di selatan. Pelajar yang risau, stress dan mempunyai masalah pembelajaran merupakan antara punca mereka ponteng sekolah.

(11)

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH PONTENG 3.1 Peranan Guru

Peranan guru adalah amat penting dalam menanganinya isu masalah ponteng ini. Guru yang mengajar dengan kaedah pengajaran yang menarik akan membuatkan pelajar sentiasa menantikan waktu pelajaran guru tersebut. Dengan itu pelajar tidak akan merasa bosan atau jemu untuk belajar, bahkan mereka akan merasakan masa pembelajaran berlalu dengan begitu cepat bagi mata pelajaran tersebut. Sebagaimana yang diperkatakan oleh Atan (1980), salah satu sifat guru yang paling

penting ialah menimbulkan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran yang diajarkanya. Guru seharusnya berusaha untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan para pelajar tidak kira mereka pandai atau sebaliknya dan juga tidak mengamalkan sikap pilih kasih antara pelajar. Corak hubungan guru yang mesra dapat menghasilkan suasana persekolahn yang sihat. Seterusnya pula, guru haruslah mengajar dengan lebih kreatif supaya dapat menarik minat murid dan tidak berlakunya gangguan emosi terhadap pelajar.

Tambahan pula, guru perlulah mengubah sikap dan meningkatkan lagi dirinya untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan yang berbeza agar gangguan emosi terhadap pelajar tidak terjejas. Akauntabiliti guru adalah satu unsur yang sangat penting dan perlu ada pada seseorang guru. Berdasarkan dengan isu mengenai masalah ponteng itu akauntabiliti guru disana tidak wujud. Bukan itu sahaja, Kecindan merupakan suatu unsur yang penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini demikian, menurut Wan Nur (2014) satu kajian dijalankan dan kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai satu garis

(12)

panduan kepada pelaksanaan penerapan unsur kecindan dalam pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan profesionalisme guru di sekolah.

3.2 Peranan Pihak Sekolah

Antara langkah yang boleh dilakukan ialah memberi kesedaran kepada pelajar tentang keburukan ponteng sekolah. Pada masa yang sama, pelajar juga mesti diberikan kesedaran tentang kepentingan datang ke sekolah dan menjadi pelajar yang cemerlang. Selain itu, pelajar juga perlu disedarkan tentang tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa yang banyak berjasa kepada mereka. Program-program kesedaran tentang tanggungjawab pelajar boleh dibuat oleh pihak sekolah dan Persatuan lbu Bapa dan Guru (PIBG). Jika pelajar mempunyai kesedaran mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap diri, keluarga dan negara, pasti pelajar tidak akan ponteng sekolah lagi.

3.3 Peranan Ibu bapa

Di samping itu, ibu bapa juga boleh memainkan peranan penting dalam membendung gejala ponteng sekolah serta gangguan emosi yang dihadapi oleh pelajar. Hal ini kerana banyak masa anak-anak dihabiskan bersama ibu bapa ketika berada di rumah. Oleh Itu, ibu bapa boleh menasihati anak-anak agar tidak terlibat dalam masalah ponteng sekolah kerana perbuatan tersebut boleh merugikan mereka dan merosakkan nama baik keluarga. Nasihat kepada anak-anak ini perlu diberikan secara berterusan. Ibu bapa juga perlu memantau pergaulan anak-anak mereka pada setiap masa.

3.4 Peranan Bimbingan dan Kaunseling

Selain itu, sebagai pihak yang paling berkuasa, peranan bimbingan dan kaunseling boleh mengambil dua pendekatan iaitu nasihat dan hukuman. Apabila murid melibatkan diri dalam ponteng adalah pelajar yang mengalami gangguan emosi. Dengan ini ia perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan

(13)

kaunseling. Menurut Noriati A.Rashid (2010) Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan daripada ahli psikologi, kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah.Bukan itu sahaja malah boleh memberikan nasihat dan kesedaran melalui kempen yang dijalankan oleh guru kaunseling sekolah. Menurut Lee Keok Cheong (2014) kaunselor boleh mengaplikasikan kaedah-kaedah yang disarankan untuk membantu klien menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mereka juga menyarankan agar diadakan sesi kaunseling dan kem motivasi serta mengadakan program ‘Ponteng Sifar’ sebagai cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah agar emosi pelajar dapat dikawal dengan stabil.

3.5 Sokongan daripada Masyarakat

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan dalam menangani gejala ponteng sekolah. Masyarakat setempat boleh membendung gejala ini dengan menegur perbuatan ponteng sekolah secara langsung atau membuat aduan kepada pihak berkuasa. Masyarakat sewajarnya tidak bersikap individualistik dalam hal menangani gejala ponteng sekolah. Pada masa yang sama, lokasi-lokasi yang sering menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng ini hendaklah dipantau. Masyarakat setempat juga boleh meminta bantuan pihak polis dalam mengawasi lokasi tertentu yang menjadi tempat berkumpulnya pelajar ponteng. Seterusnya pula, masyarakat setempat hendaklah memiliki kesedaran tentang kepentingan wahana ilmu dan sentiasa bercakap tentang kelebihan ilmu dan ilmu sebagai pembuka laluan kerjaya. Justeru itu, pelajar-pelajar Bukan itu sahaja, mendorongi pelajar untuk berlumba-lumba mencari ilmu.

(14)

4.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhan, pada pendapat saya berdasarkan isu yang dikemukakan, kita jelaslah bahawa isu ponteng sekolah ini merupakan salah satu masalah tekanan emosi dalam kalangan murid. Tekanan gangguan emosi yang ditunjukkan dalam pelbagai bentuk memerlukan kemahiran dan pengetahuan guru untuk menanganinya dengan kaedah yang baik. Sebagai golongan pendidik yang berwibawa kita perlulah bersifat profesionalisme. Justeru itu, semua guru perlu memahami dan menghayati falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru dengan betul. Selain itu, perlu mengetahui peranan guru sebagai pendidik agar tidak ada isu seperti ini. Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang lebih positif. Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas ini akan membantu seseorang pelajar yang mengalami gangguan emosi lalu ponteng akan menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.

Kesimpulannya, semua hujah-hujah dan justifikasi-justifikasi tadi membuktikan bahawa ponteng sekolah sudah menjadi satu wabak yang perlu diselesaikan segera. Semua pihak terutamanya ibu bapa dan guru perlulah berganding bahu serta mengubah sikap mereka jika mahu membanteras ponteng sekolah ini ditangani secara efektif. Peribahasa pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara membuktikan bahawa pelajar amat penting untuk kemajuan negara pada masa hadapan terutamanya pelajar yang berpendidikan tinggi itu.

Referensi

Dokumen terkait

Menteri Pendidikan dan Kebudayan saat itu mengungkapkan, Indonesia hanya satu tingkat lebih baik dari Republik Botswana, sebuah negara di Afrika bagian selatan dalam hal

Filipina merupakan salah satu negara yang memiliki hubungan yang baik dengan Indonesia dalam.. berbagai

sehingga mampu mengembangkan teknologi informasi yang efektif dan efisien. Mampu mengantisipasi dan menekan dampak negatif teknologi informasi serta mampu

Pemerintah bisa menyediakan lapangan kerja yang lebih luas lagi dan meningkatkan upah dalam negeri atau biasa yang disebut dengan upah minimum rakyat untuk mengecilkan minat

Hasil yang diperoleh pada penelitian ini dapat disimpulkan bahwa batang sawit nonpro- duktif memiliki potensi sangat besar sebagai bahan baku bioetanol dan

Berdasarkan kondisi di atas perlu mengembangkan e-market atau e-marketplace yaitu suatu tempat atau arena di dunia maya dimana calon pembeli saling bertemu untuk

Simpana Sukarela Lancar merupakan simpanan anggota masyarakat yang didasarkan akad wadi‟ah yad dhamanah. Atas ijin penitip dana yang disimpan pada rekening SIRELA

• Membahas hal-hal yang dapat dipelajari dan dianalisa dari kepemimpinan dan situasi yang dihadapi oleh Sri Mulyani... Bagaimana gaya kepemimpinan yang