• Tidak ada hasil yang ditemukan

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

Lembaran Maklumat Produk- Pembiayaan Peribadi-i

LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK

(Baca Lembaran Maklumat Produk ini sebelum anda memutuskan untuk menerima Pembiayaan Peribadi-i. Sila pastikan juga untuk membaca terma di dalam surat tawaran / nota jemputan. Dapatkan penerangan daripada institusi anda sekiranya anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam dokumen ini atau terma-terma umum).

Bank Islam Malaysia Berhad Pembiayaan Peribadi-i

1. Apakah kemudahan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam?

Kemudahan Pembiayaan Peribadi-i Bank Islam adalah satu pembiayaan bercagar/tidak bercagar bagi memenuhi keperluan kewangan individu yang dikira berdasarkan sama ada kadar tetap atau kadar boleh ubah.

2. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?  Konsep Syariah yang diguna pakai adalah Tawarruq.

 Ilustrasi struktur product adalah seperti gambarajah dibawah:

Pelanggan membeli komoditi daripada Bank berdasarkan kontrak Murabahah pada Harga Jualan Bank. Dalam proses ini, pembelian akan dilakukan oleh Bank sebagai Ejen Pembelian bagi pihak pelanggan. Sebagai Ejen Jualan untuk pelanggan, pihak Bank bertanggungjawab untuk menjual komoditi kepada pembeli komoditi pada harga kos. Hasil daripada urus niaga itu akan diberikan untuk kegunaan pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab untuk membayar jumlah yang perlu dibayar daripada transaksi Murabahah mengikut terma-terma yang dipersetujui.

(2)

3. Apakah yang saya perolehi daripada produk ini?

 Jumlah Amaun Pembiayaan Pembiayaan minimum sebanyak RM 10,000 dan

maksimum sebanyak RM 200,000 atau lebih sekiranya dijamin dengan cagaran. Jumlah pembiayaan akhir yang diluluskan adalah berdasarkan penilaian kredit Bank.

 Tempoh Dari 1 tahun (12 bulan) sehingga 10 tahun (120 bulan).

 Kadar Keuntungan Anda boleh memilih salah satu dari dua jenis kadar: Kadar Tetap atau Kadar Terapung

Kadar Tetap

1-10 tahun – dari 4.99% hingga 7.00% setahun.

Kadar Terapung

1-3 tahun – Kadar Asas (KA) + 2.05%% setahun atau Kadar Asas (KA).

4-10 tahun - Kadar Asas (KA) + 3.15% setahun atau Kadar Asas (KA).

 Kadar Keuntungan Efektif Dari 5.70% hingga 11.69% bergantung kepada tempoh pembiayaan.

4. Apa itu Kadar Asas (KA)?

 Kadar asas untuk produk ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu penanda aras Kos Dana (COF) kami dan juga kos Keperluan Rizab Berkanun (SRR) yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia. Penanda aras Kos Dana (COF) kami merupakan kos bagi mendapatkan dana baharu dan adalah berdasarkan kepada KLIBOR untuk 3 bulan sebagai kadar rujukan ditambah dengan pelarasan kos dana.

5. Apakah kebarangkalian keadaan yang menyebabkan perubahan Kadar Asas

 Kadar Asas (KA) kami boleh menaik ataupun menurun akibat dari perubahan kepada penanda aras (COF)dan juga perubahan ke atas keperluan rizab berkanun (SRR). Perubahan ke atas penanda aras (COF) mungkin akan berlaku akibat perubahan ke atas Kadar Dasar Semalaman (OPR) seperti yang ditentukan oleh Jawatankuasa Polisi Kewangan, Bank Negara Malaysia dan juga faktor-faktor lain seperti keadaan dana pasaran disebabkan perubahan pasaran global dan ekonomi domestik.

(3)

Nota: * Rujukan penanda Aras Kos Dana (COF) di atas adalah dari Disember 2014 bagi mematuhi kehendak Kadar Asas yang diperkenalkan dari polisi Bank Negara Malaysia iaitu Rangka Kerja Kadar Rujukan (berkuatkuasa dari 2 January 2015).Bagi Kadar Asas pada 2 Januari 2015, penanda Aras Kos Dana (COF) adalah berdasarkan kepada KLIBOR untuk 3 bulan pada 26 Disember 2014.

7. Apakah tanggungjawab saya?

 Jumlah ansuran bulanan Ansuran bulanan dikira mengikut formula di bawah: Kadar Tetap :

((P x R x T) + P) / t, di mana:

P = Jumlah Pembiayaan Diluluskan R = Kadar keuntungan setahun T = Tempoh kemudahan dalam tahun t = Tempoh kemudahan dalam bulan Kadar Terapung: 12 * T P R 1 + 1200 1200 12 * T R 1 + - 1 1200 Di mana:

P = Jumlah pembiayaan yang diluluskan R = Kadar keuntungan setahun

T = Tempoh kemudahan dalam tahun

 Anda adalah diminta untuk memilih sama ada Potongan Gaji atau Pindahan Gaji dengan pindahan dana auto atau Arahan Tetap untuk bayaran ansuran bulanan.

 Anda adalah diwajibkan untuk membayar ansuran bulanan sehingga pembiayaan selesai. Sekiranya tempoh pembiayaan dianjakkan melangkaui umur persaraan, anda masih lagi diwajibkan untuk membayar ansuran bulanan. Walaubagaimanapun, anda boleh memilih untuk membuat penyelesaian penuh pembiayaan pada bila-bila masa.

8. Apakah jenis-jenis yuran dan caj yang perlu saya bayar?

 Duti setem (sebagaimana yang diperuntukan di bawah Akta Duti Setem 1949 (Semakan semula 1989).  Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM 50.00.

 6% GST termasuk dalam yuran/caj di mana berkenaan. Pembatalan kemudahan yang diberikan

(4)

sekuriti yang telah ditanggung oleh Bank berkenaan dengan kemudahan pembiayaan ini termasuk sebarang perbelanjaan yang ditanggung oleh Bank semasa proses tuntutan jika kemudahan ini dibatalkan.

9. Adakah Bank Islam memerlukan bayaran pendahuluan?

 Ya. Bank Islam memerlukan 2 bulan ansuran bulanan sebagai bayaran pendahuluan. 10. Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab saya?

Jika anda gagal untuk memenuhi tanggungjawab anda tepat pada masanya:- 1. Caj Pembayaran Lewat

Bank akan mengenakan Ta’widh (ganti rugi ke atas caj pembayaran lewat) kepada anda seperti berikut:-

• Sebelum tarikh matang kemudahan pembiayaan

Jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran sehingga tarikh penyelesaian penuh;

Formula:

Bayaran tertunggak x 1% x Jumlah hari tertunggak / 365 • Selepas tarikh matang kemudahan

Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam dikira ke atas baki Kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra' (jika ada); Formula:

Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365

• Hutang selepas penghakiman

Jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas jumlah asas penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.

Formula:

Baki Harga Jualan (tolak ibra/rebat) x Kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam x Jumlah hari tertunggak / 365

Nota : Pengenaan Ta'widh hendaklah mengikut cara yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. 2. Sekiranya berlaku kemungkiran

• Sekiranya berlaku kemungkiran pembayaran, Bank boleh melalui notis bertulis kepada pelanggan, meminta pembayaran segera terhadap jumlah tertunggak sama ada daripada pelanggan dan/atau penjamin.

• Bank berhak untuk mendebit sebarang baki kredit dalam deposit dan/atau akaun pelaburan pelanggan yang diuruskan oleh Bank terhadap sebarang bayaran tertunggak di bawah pembiayaan ini.

• Tindakan undang-undang akan diambil sekiranya pelanggan gagal untuk memberi maklum balas terhadap notis peringatan. Sebarang sekuriti (cagaran) yang dicagarkan kepada Bank (seperti hartanah, jentera dan lain-lain (aset) boleh dirampas/ditarik dan anda perlu menanggung semua

(5)

kos yang berkaitan dalam penjualan aset tersebut. Pelanggan juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang kekurangan jumlah pembayaran selepas aset tersebut dijual.

• Tindakan undang-undang terhadap pelanggan boleh memberi kesan kepada penarafan kredit pelanggan yang membawa kepada penilaian kredit masa depan yang lebih sukar atau mahal untuk anda.

Mencetuskan kemungkiran bersilang terhadap kemudahan lain dengan Bank.

11. Bagaimana sekiranya pelanggan melangsaikan pembiayaan sepenuhnya sepanjang tempoh ‘Lock In’?

‘Lock-in period’ tidak terpakai untuk Produk ini.

12. Bagaimana sekiranya saya menyelesaikan pembiayaan sebelum tempoh matang?  Sekiranya berlaku Penyelesaian Awal Pembiayaan, Bank berakujanji untuk memberi anda Ibra’ (rebat)

yang bersamaan dengan Keuntungan Tertangguh semasa penyelesaian.

Formula Ibra’ (rebat): Ibra’/rebate ke atas penyelesaian awal = Keuntungan Tertangguh. Nota:

i. Keuntungan Tertangguh = Jumlah Keuntungan Dikontrakkan – Keuntungan Terakru.

ii. Jumlah Keuntungan Dikontrakkan = Harga Jualan – Harga Belian (atau Jumlah Pembiayaan).

iii. Keuntungan Terakru dikira berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif ke atas baki Harga Belian belum selesai (atau jumlah Pembiayaan) yang dikeluarkan (atau digunakan).

13. Adakah saya memerlukan perlindungan takaful?

 Ya. Pelan Takaful Pembiayaan Peribadi (“PFTP”) adalah disyaratkan bagi melindungi pelanggan sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal. Perlindungan (“PFTP”) ini boleh diperolehi dari Pengendali Takaful yang telah dilantik oleh pihak Bank. Walau bagaimanapun, pelanggan masih boleh memilih untuk melantik pengendali Takaful yang lain namun perlu diuruskan sendiri oleh pelanggan.

 Untuk kemudahan bercagar, perlindungan takaful adalah tidak diwajibkan. 14. Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

 Jika anda tidak memenuhi keperluan kredit minimum, Bank mungkin akan memerlukan seorang / lebih penjamin atau cagaran bagi membolehkan anda untuk menghantar permohonan.

15. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan kepada butiran perhubungan saya ?

 Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan kami dengan segera sebarang perubahan kepada butiran perhubungan bagi memastikan semua urusan surat menyurat sampai kepada anda dalam tempoh yang ditetapkan.

16. Di mana boleh saya dapatkan bantuan dan cara penyelesaian?

 Sekiranya anda menghadapi kesulitan dalam membuat pembayaran ansuran bulanan, anda perlu menghubungi kami dengan segera untuk membincangkan pilihan pembayaran.

Anda boleh menghubungi kami di:

Jabatan Pusat Panggilan dan Rangkaian Maklum Balas Bank Islam Malaysia Berhad

17th Floor, Menara Bank Islam, No. 22, Jalan Perak,

(6)

50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-26 900 900

Email: contactcenter@bankislam.com.my

 Sebagai alternatif, anda boleh mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memberikan khidmat percuma mengenai pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan penstrukturan semula hutang seseorang. Anda boleh menghubungi AKPK di:

Tingkat 8, Maju Junction Mall

1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur. Tel: 1-800-88-2575

Email: enquiry@akpk.org.my

 Sekiranya anda ingin membuat aduan berkenaan produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh kami, anda boleh menghubungi kami di:

Jabatan Pusat Panggilan dan Rangkaian Maklum Balas Bank Islam Malaysia Berhad

17th Floor, Menara Bank Islam No 22, Jalan Perak

50450 Kuala Lumpur. Tel: 03-2782 1284

Fax: 03 2782 1337

Email: feedbackchannel@bankislam.com.my

 Sekiranya pertanyaan atau aduan anda tidak diselesaikan dengan memuaskan oleh kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di:

Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn,

50480 Kuala Lumpur. Tel: 1-300-88-5465 Fax: 03-2174 1515

Email: bnmtelelink@bnm.gov.my

17. Di mana saya boleh dapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan Pembiayaan Peribadi-i, sila rujuk kepada buku kecil bankinginfo berkenaan pembiayaan peribadi-i, yang boleh didapati di semua cawangan kami dan di laman web www.bankinginfo.com.my.

18. Pakej-pakej lain Pembiayaan Peribadi-i yang ada?

 Selain pakej biasa yang ditawarkan, pakej lain yang boleh didapati adalah: i. Pembiayaan bukan pakej.

ii. Pembiayaan bercagar.

PERINGATAN PENTING: TINDAKAN UNDANG-UNDANG MUNGKIN DIAMBIL KE ATAS ANDA SEKIRANYA ANDA GAGAL UNTUK MEMBAYAR ANSURAN BULANAN KEMUDAHAN PEMBIAYAAN PERIBADI-i ANDA.

Maklumat yang diberi di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai dari _______ (hh/bb/tttt) / The information provided in this disclosure sheet is valid as at _____________ (dd/mm/yyyy). Nota:

1. Maklumat di atas adalah untuk kegunaan ilustrasi sahaja. Keuntungan dan caj-caj mungkin akan berubah dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank.

(7)

2. Maklumat yang diberikan di dalam Lembaran Maklumat Produk ini adalah sah diterima pakai sehingga tarikh terkini.

Referensi

Dokumen terkait

a. Muhammadiyah adalah Gerakan Islam dan Dakwah Amar Ma'ruf Nahi Munkar, beraqidah Islam dan bersumber pada Al-Qur'an dan Sunnah, bercita-cita dan bekerja untuk

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 187B Kanun Tanah Negara, notis adalah dengan ini diberi bahawa adalah dicadangkan untuk menggantikan dokumen hakmilik

Wajib Lapor Pecandu Narkotika dilakukan di Institusi Penerima Wajib Lapor berdasarkan Peraturan Pemerintah Nomor 25 Tahun 2011 dilakukan di Pusat kesehatan masyarakat, rumah

Untuk menguji hipotesis mengenai perbedaan konsep diri antara remaja yang sejak masa akhir kanak-kanaknya dibesarkan dipanti asuhan dengan remaja yang sejak masa

Pelaksanaan Program Pengabdian Masyarakat (PPM) ini bertujuan untuk memberdayakan masyarakat petani pepaya organik dengan topik pengembangan keamanan pangan produk

Berdasarkan hasil uji F pada penelitian ini yaitu Ha diterima atau dapat diartikan bahwa secara serentak (bersama-sama) variabel independen (ukuran dewan

Dengan demikian, indikator diferensiasi produk Durex berdasarkan bentuk berada pada tingkat baik, yang artinya bentuk dari kondom merek Durex sudah memenuhi kualitas

Kekurangan guru dalam pengembangan professional adalah adanya rasa malas dalam diri guru untuk mengadakan pengembangan diri. Meskipun sebenarnya guru itu tahu cara