MODUL PERTANDINGAN ORIENTEERING PERKHEMAHAN TKRS PERINGKAT KEBANGSAAN
Kem Rimba Ilmu, Negeri Sembilan Darul Khusus
TAJUK : Orienteering I ‘CLASSIC-O’ (Individu)
MASA : 2 jam
TEMPAT : Kawasan Kem Rimba Ilmu
MATLAMAT :
Meningkatkan kecergasan fizikal.
Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan. Membina keyakinan diri & sikap positif.
OBJEKTIF :
Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas.
Memupuk sifat keberanian dan kerjasama antara ahli kumpulan. Sebagai rentetan pembelajaran dan input ilmu kompas dari bilik darjah.
KUMPULAN SASARAN : Kadet Putera dan kadet puteri
PERALATAN :
zebra-tape & masking tape loud-hailer
komputer & printer kon plastik
banner MULA & TAMAT air-horn/wisel
plastik beg
jam digital [00:00:00] ( 3 set ) alat tulis – ballpen merah, pembaris
Kompas Orienteering ( 30 set ) Marker Orienteering ( 20 set ) Punch Marker ( 20 set ) Peta (termasuk plastik peta) Borang
tali
First Ais Kit Water bottle
LAIN-LAIN KEPERLUAN
Borang keputusan
Syarat & Peraturan pertandingan Borang penyertaan
Check-list masa pelepasan Borang sewaan kompas Borang Lapuran Program
PERSONAL : Jurulatih dan urusetia (minima 10 orang)
KONOLOGI AKTIVITI
SEBELUM AKTIVITI :
Menentukan lokasi aktiviti yang sesuai
Menentukan keperluan dan peralatan serta berfungsi dengan baik Taklimat kepada urusetia dan peserta tentang perjalanan aktiviti. Memastikan jumlah pasukan dan anggota setiap pasukan mencukupi Memastikan semua pasukan bersedia ditempat permulaan
Memastikan semua peralatan yang disediakan mencukupi dan selamat diserahkan kepada pasukan
Memastikan setiap kumpulan melapor kepada pegawai bertugas sebelum memulakan aktiviti memastikan kumpulan membuat senaman ringan sebelum memulakan aktiviti
SEMASA AKTIVITI :
Memastikan anggota pasukan mencukupi sebelum bermula
memastikan semua pasukan/peserta mendapat peta yang diedarkan
Memastikan semua Check Point (CP) disediakan pegawai atau urusetia dan berada di tempat yang sepatutnya.
Menentukan tahap kawalan keselamatan urusetia dan peserta pada tahap yang tinggi
SELEPAS AKTIVITI:
Memastikan setiap kumpulan melapor kepada pegawai bertugas di CP MELAPOR Memastikan setiap kumpulan menyerahkan kad kawalan untuk diambil markah Semua kumpulan yang telah selesai aktiviti ini berkumpul ditempat yang disediakan /
ditetapkan oleh pihak urusetia
Memastikan pasukan memulangkan peralatan dan memastikan peralatan yang dikumpul, diperiksa dan direkodkan
PERHATIAN: Peralatan perlu disimpan untuk kegunaan hari seterusnya, jika terdapat peralatan yang rosak atau cukup perlu diganti / disediakan semula
1. PERATURAN AM
1.1 Pertandingan ini dijalankan berdasarkan kepada format dan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) dan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA).
1.2 Pertandingan akan dijalankan secara individu. Peserta akan mendapat satu kad kawalan dan satu peta kawasan ditempat permulaan. Adalah menjadi tanggungjawab peserta untuk memastikan mereka mendapat kad kawalan dan peta orienteering yang betul ditempat permulaan.
1.3 Peserta dikehendaki membawa kompas sendiri semasa pertandingan. Jika tiada, sewaan kompas boleh dibuat dengan pihak penganjur.
1.4 Peserta mestilah menjaga keharmonian pertandingan. Penganjur akan mengambil tindakan terhadap peserta yang menimbulkan masalah dalam pertandingan.
1.5 Semua peserta diwajibkan melapurkan diri ditempat penamat atau kepada mana-mana petugas pertandingan walaupun gagal untuk menamatkan pertandingan.
1.6 Peserta yang didapati cuba untuk menipu dalam pertandingan seperti menaiki sebarang kenderaan, memindahkan penanda kawalan atau membantu untuk
menebuk kad kawalan peserta lain akan dibatalkan penyertaannya sekiranya didapati bersalah.
1.7 Peserta dikehendaki memberi bantuan terlebih dahulu kepada peserta yang tercedera semasa pertandingan. Keselamatan diri adalah lebih penting dari pertandingan.
2. MASA PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan berjalan dalam tempoh 2 jam
Tempoh Masa larian setiap peserta dihadkan kepada 2 jam sahaja. Masa ini adalah sebagai panduan peserta dan ia lebih dari mencukupi serta mengikut kemampuan peserta bagi membolehkan aturcara majlis seterusnya tidak terganggu.
Peserta dikehendaki melapurkan diri 30 minit sebelum pertandingan dimulakan untuk mendapatkan semula kad kawalan masing-masing dan juga “Masa Mula”.
Masa Mula tidak akan diubah bagi peserta yang lewat hadir ditempat permulaan.
3. CARA PERTANDINGAN DIJALANKAN 3.1 Ditempat permulaan,
Semua peserta/ketua kumpulan dikehendaki melapur diri dikaunter permulaan untuk menerima kembali kad kawalan masing-masing yang telah diisi dengan lengkap serta dicatatkan “Masa Mula”. Tempat berkumpul akan ditetapkan.
Peserta akan dipanggil ke garisan Pra-Mula mengikut masa kira-kira 2 minit sebelum bermula. Pastikan lorong yang disertai adalah betul mengikut kategori.
Peserta akan diarahkan bergerak dan berada di Garisan Mula, 1 minit sebelum mula. Pada ketika ini, peta pertandingan akan diberi tetapi peserta tidak dibenarkan untuk melihatnya.
3.2 Pelepasan peserta
Peserta akan dilepaskan secara individu apabila tepat pada “masa mula”.
Bila anda dilepaskan, lihatlah peta dan teruslah membuat “setting” untuk mendapatkan arah dan terus berlari untuk mendapatkan penanda kawalan yang dikehendaki.
3.3 Ketika berada di Titik kawalan
Setiap penanda kawalan mempunyai kod nombor yang tersendiri. Tentukan terlebih terdahulu kod penanda kawalan sebelum menebuk. Jika betul, tebuklah kad kawalan anda sebagai pengesahan dengan jelas, betul dan sebaiknya.
Peserta dilarang membuat bising, memanggil-manggil kawan, peserta lain atau berada terlalu lama di titik kawalan.
3.4 Ketika berada di Garisan penamat
Peserta hendaklah memastikan yang kesemua penanda kawalan yang diperlukan telah dilawati sebelum memasuki lorong penamat. Adalah diingatkan bahawa setiap peserta mempunyai had masa yang mencukupi untuk menamatkan larian.
Serahkan dengan segera kad kawalan anda kepada pegawai penjaga masa untuk catatan “masa tamat” dan beredarlah dari situ untuk memberi ruang kepada peserta lain pula.
Peserta yang sudah tamat akan diasingkan. Mereka tidak dibenarkan kembali semula ketempat permulaan selagi terdapat peserta lain yang masih belum memulakan larian.
4. KEHILANGAN KAD KAWALAN
Kad kawalan adalah bahan bukti atau pengesahan yang peserta telah menghabiskan larian dengan melawat kesemua penanda kawalan yang dikehendaki. Peserta dikehendaki menjaga ianya dengan baik semasa larian.
Jika berlaku kehilangan kad kawalan semasa pertandingan, sila kembali ketempat permulaan untuk mendapatkan kad yang baru. Peserta akan diberi “masa mula” mengikut masa yang asal.
Mana-mana peserta yang menjumpai kad kawalan peserta lain, hendaklah mengambil dan memulangkan ke tempat penamat.
5. PENENTUAN PEMENANG DAN PEMBERIAN MATA
a. Pemenang akan ditentukan berasaskan kepada catatan “masa larian” terpantas tanpa ada sebarang kesalahan pada kad kawalannya.
b. Jika berlaku persamaan masa ataupun terdapat lebih dari seorang peserta, maka kaedah berikut akan digunapakai iaitu peserta yang memulakan larian terlebih dahulu akan diberi keutamaan sebagai pemenang dan begitulah urutan berikutnya.
c. Tiada catatan masa akan diberikan kepada peserta yang DNF.
5. KESELAMATAN
Keselamatan adalah tanggungjawab sendiri. Peserta adalah diingatkan agar berhati-hati semasa pertandingan. Peserta dilarang mengambil sebarang tindakan atau risiko merbahaya yang memungkinkan kemalangan.
Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan atau kehilangan yang berlaku sebelum, semasa dan juga selepas pertandingan. Walaubagaimana pun, pihak Penganjur akan memberi bantuan awal kecemasan sebaik yang mungkin.
5. ADUAN DAN BANTAHAN
Sebarang aduan atau bantahan mengenai pertandingan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Panel Juri yang dilantik oleh Penganjur dalam tempoh 30 minit selepas tamat pertandingan.
Kad kawalan peserta akan dipamerkan untuk tatapan peserta.
Keputusan tidak rasmi akan dipamirkan selama 30 minit untuk sebarang bantahan.
Sebarang keputusan yang dibuat oleh Panel Juri selepas itu adalah muktamad.
6. PEMBATALAN PENYERTAAN
Penyertaan seseorang peserta akan dibatalkan sebagai “Did Not Start” (DNS) sekiranya
:- Tidak melapurkan diri di Garisan Permulaan.
Penyertaan seseorang peserta akan dibatalkan sebagai “Did Not Finish” (DNF) sekiranya
:- Tebukan pada kad kawalan, terkeluar dari petaknya melebihi 50 % yang meragukan.
Tebukan tidak jelas atau berubah corak sebagaimana yang sepatutnya. Tebukan yang tidak mengikut susunannya.
Gagal memulangkan kad kawalan. Tidak menghabiskan larian/pertandingan
Penyertaan seseorang peserta akan dibatalkan sebagai “Disqualified” (DISQ) sekiranya
:- Disahkan menaiki sebarang kenderaan.
Melebihi masa yang munasabah yang ditetapkan. Mendapatkan sebarang bantuan dari orang lain. Bertanding dalam landasan/kelas yang salah untuknya. Membantu menebuk kad kawalan kepunyaan orang lain. Didapati menipu dalam apa jua bentuk.
Melanggar Syarat dan Peraturan Pertandingan.
8. LARANGAN
berikut:- Menggunakan wisel bukan di atas sebab kecemasan. Memanjat pagar.
Merosakkan hartabenda awam atau pun persendirian. Memasuki kawasan larangan.
Berenang menyeberangi tasik.
Menanggalkan, mengubah, memotong atau membuang Penanda Kawalan. Membantu atau meminta bantuan peserta lain semasa pertandingan kecuali
melibatkan kes kemalangan/kecederaan. Mengambil sebarang jenis dadah yang terlarang.
8.2 Peserta adalah dilarang membawa sebarang bentuk senjata tajam seperti pisau, parang, gunting atau alat
yang merbahaya semasa dalam pertandingan.
9. HAK PENGANJUR
9.1 Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan-peraturan yang difikirkan perlu mengikut kesesuaian semasa.
9.2 Penganjur/pengadil berhak sepenuhnya membatalkan pertandingan ini atas sebab-sebab tertentu.
9.3 Sebarang keputusan pengadil adalah muktamad.
LAMPIRAN
contoh kad kawalan :
contoh pengiraan masa :
N a m a : _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ N o . : _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ L a n d a s a n : _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ T a r i k h : _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ M A S A
M U L A T A M A T
K A D E T R E M A J A S E K O L A H N E G E R I S E M B I L A N
1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 6 6 7 7 8 8 1 1 11 1 2 12 1 3 13 1 4 14 1 5 15 1 6 16 1 7 17 1 8 18 2 1 21 2 2 22 2 3 23 2 4 24 9 1 1 0 2
1 9 2 0
20 19 N am a :_ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ __ _ N o. :_ __ __ __ __ __ __ _ L an da sa n :_ __ __ __ __ T ar ik h :_ __ __ __ __ __ __
__ MA
S A M U L A TA M A T Ta nd a Ta ng an
__
__
__
__
__
__
_
Diisi dengan No. Clue pada
penanda kawalan
CONTOH
Diisi dengan nama daerah
dan peserta ke berapa. Cth :
No : REMBAU ( 3 ).
Diisi dengan nama peserta
Disi pada kad kawalan
peserta terakhir. untuk
mendapatkan masa
keseluruhan pasukan
Disi pada kad kawalan
peserta pertama.
Diisi dengan No. Landasan
yang diundi/dipertandingkan
TAMAT - 09:45:34
MULA - 08:00:00
CONTOH PETA CADANGAN
LAYOUT PADANG PERTANDINGAN ORIENTEERING
TAPAK PENAMAT
KAUNTER PENAMAT
MEJA
PENGIRA MASA
MEJA
PENYEMAK KAD
MEJA
KOMPUTER
Meja peta
L
o
ro
n
g
2
L
A
N
D
A
S
A
N
1
L
o
ro
n
g
1
L
o
ro
n
g
3
L
o
ro
n
g
4
P
E
L
E
P
A
S
Peserta berbaris ikut lorong masing-masing Petugas Petugas
Garisan Pra-Mula Garisan Mula
5 m
5 m 1 m
Jam digital
TAPAK PERMULAAN
PESERTA MASUK
Kategori
M15 KategoriW15 KategoriGP30 KategoriM15
L
o
ro
n
g
5
L
o
ro
n
g
7
L
o
ro
n
g
6
Kategori