TEKANAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN
Kajian ini bertujuan mengenalpasti hubungan antara tekanan dan pencapaian akademik pelajar universiti yang melibatkan diri dengan badan beruniform seperti PALAPES. Pelajar PALAPES menggalas dua tanggungjawab iaitu sebagai seorang pelajar dan sebagai seorang pegawai kadet dan ini akan menyumbang kepada peningkatan tekanan. Terdapat banyak kajian menunjukkkan tekanan atau stres mempunyai hubungan yang kuat dalam mempengaruhi prestasi akademik pelajar. Tahap tekanan yang tinggi akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap prestasi pelajar jika stres tidak dikawal sebaiknya.Seramai 124 pelajar tahun akhir yang terdiri daripada pegawai PALAPES kadet udara dan darat terlibat di dalam kajian ini. Kajian ini menggunakan instumen soal selidik yang telah direka bentuk untuk mengumpul data berkaitan dengan demografi responden, butir penglibatan pelajar dalam aktiviti badan beruniform, tahap tekanan dan persepsi responden terhadap tekanan. Soal selidik telah dibina dan diuji dengan Alfa Cronbach .842. Keputusan analisi korelasi menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan (r= 0.241, p=0.007) antara tekanan dan pencapaian akademik pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti badan beruniform. Kesimpulannya, tekanan yang dialami oleh pelajar yang melibatkan diri di dalam badan beruniform seperti PALAPES boleh dianggap sebagai tekanan yang positif menghasilkan pelajar yang turut cemerlang di bidang akademik.
participated in uniformed bodies such as PALAPES should be regarded as a positive pressure to produce students who also excel in academics.
Keywords: Stress; Academic Achievement; PALAPES;
1.0PENGENALAN
Di era globalisasi ini pelajar universiti telah didedahkan dengan aktiviti badan beruniform seperti Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Sukarelawan Siswa dan Siswi (SUKSIS) dan Siswa dan Siswi Pertahanan Awam (SISPA). Tujuan utama penubuhan PALAPES adalah untuk melatih para pelajar dalam ilmu ketenteraan bagi membina insan yang berdisiplin dan bersemangat tinggi. Selain itu, objektif PALAPES juga adalah untuk menyediakan warganegara yang terlatih dalam bidang ketenteraan bagi mengukuhkan pertahanan dan ketahanan nasional. Selain itu, Falsafah Pendidikan Negara menggariskan kemantapan jasmani, emosi dan rohani serta intelektual para pelajar menjadikan setiap universiti di negara ini harus memberi fokus kepada aktiviti yang wajib pelajar ambil iaitu aktiviti kokurikulum dan aktiviti senggang. Pengisian aktiviti ini dilihat dapat meningkatkan kemahiran kendiri seseorang pelajar selain mempunyai intelektual yang tinggi khususnya para pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti badan beruniform yang di ajar dan di didik dengan ciri kepimpinan yang tinggi.
Mereka yang terlibat dengan badan beruniform sebegini memerlukan komitmen yang tinggi dalam latihan mahupun dalam pelajaran mereka. Sudah semestinya mereka ini akan mengalami stres di luar jangkaan sehingga boleh menyebabkan pelajaran terganggu dan komitmen kepada pelbagai aspek turut terjejas. Oleh itu pelajar ini perlulah pandai menguruskan masa dan komitmen serta memperbaiki diri sendiri agar setanding dengan kemajuan teknologi masa kini. Kajian ini akan melihat sejauh mana tekanan yang dihadapai oleh pelajar PALAPES dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar tersebut di kalangan pelajar di Universiti Malaysia Sarawak.
Latar Belakang Kajian
Remaja masa kini lebih kerap mengalami stres berbanding remaja masa dahulu. Contohnya di United Kingdom terdapat peningkatan dari aspek bantuan yang diperlukan oleh remaja dalam menangani stres yang mereka hadapi. Antara tahun 1980 hingga 1993, bilangan remaja yang mengalami stress psikologikal seperti kebimbangan, kemurungan dan kecelaruan makanan meningkat secara dramatik pada tahap akhir remaja (McNamara 2000). Stres yang keterlaluan juga akan mengakibatkan kemurungan dan penyakit fizikal (MacGeorge, Samter & Gillihan, 2005).
Menurut Kohn dan Frazer (1986), pelajar universiti sering berhadapan dengan stres dalam menjalani kehidupan akibat daripada beban tugas yang diberikan oleh pensyarah, tekanan di kolej, masalah penyesuaian gaya hidup dari peringkat menengah hingga ke peringkat institusi tinggi dan jangkaan yang tinggi di dalam bidang akademik. Pandangan Kohn dan Frazer, (1986) selari dengan pendapat Yunus Mohd Noor (1984) (di dalam Mazni, Mohammad Haji-Yusuf dan Sapora, 2004) yang menyatakan bahawa pelajar universiti di Malaysia terdiri daripada golongan elitis yang sentiasa menghadapi kegelisahan mengikut tempoh dan peringkat pengajian dan mereka ini akan sentiasa gelisah. Kajian dari Mucowski (1984) pula menunjukkan bahawa tekanan ini akan menganggu proses pembelajaran pelajar seperti rekod akademik yang tidak memuaskan, gangguan sosial dan interpersonal, krisis keluarga, tekanan kewangan, kekeliruan matlamat hidup dan masalah kesihatan.
Setiap individu mempunyai cara yang berbeza dalam menangani atau mengurus stress. Ada pelajar yang menjadikan stress atau tekanan sebagai motivasi manakala ada yang murung dan berfikrian negative bila menerima tekanan. Kajian Aminudin (2004) mendapati bahawa penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum memberi kesan yang positif kepada tahap pencapaian pelajar. Kajian beliau melihat dari beberapa aspek tertentu seperti peringkat penglibatan, sikap pelajar terhadap aktiviti yang telah dirancangkan, pengurusan masa, minat dan tanggungjawab pelajar terhadap kegiatan kokurikulum dan pencapaian akademik mereka. Hasil kajiannya mendapati pelajar-pelajar yang aktif dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum juga mempunyai pencapaian yang baik dalam akademik.
minggu secara berselang seli. Selain daripada itu, latihan lanjutan dan latihan insentif juga akan diadakan setahun sekali secara sepenuh masa selama 2 minggu. Program PALAPES kini merangkumi setiap cabang perkhidmatan dalam ATM iaitu PALAPES Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut. Setiap pasukan PALAPES mempunyai Markas Latihan Cawangan masing-masing.
Penyataan Masalah
Latihan PALAPES dilaksanakan selama tiga tahun atau enam semester dan dibahagikan kepada tiga peringkat. Tahun pertama sebagai Peringkat 1 (Junior Level), tahun kedua sebagai Peringkat 2 (Intermediate Level) dan tahun ketiga sebagai peringkat 3 (Senior Level). Pelbagai jenis latihan yang dijalankan antaranya adalah Latihan Tempatan (LT) selama 120 jam atau 12 hari satu semester. Seterusnya Latihan Lanjutan atau Latihan Berterusan (LB) yang diadakan 14 hari setahun dan latihan Kem Tahunan yang dilaksanakan selama 15 hari berturut-turut. Bagi mencapai objektif latihan PALAPES, silibus pelajaran dibahagikan kepada aspek-aspek tertentu untuk dijadikan pendekatan kepada latihan seperti taktik perang, membaca peta, semboyan, undang-undang tentera dan pentadbiran. Seterusnya aspek latihan ketenteraan seperti senjata (pengendalian senjata persendirian dan senjata bantuan) dan kawad yang meliputi kawad kaki, senjata, tongkat dan pedang. Tidak ketinggalan juga latihan ketahanan fizikal yang merangkumi latihan asas jasmani, senaman perang, merentas halangan, merentas desa, ujian kecergasan akal (UKA), ujian kercegasan tempur (UKT), jalan laju dan sukan.
Sudah semestinya latihan seperti ini mampu mendatangkan tekanan pada pelajar di samping boleh menyebabkan pelajaran terganggu. Terutamanya latihan tempatan dan latihan berterusan yang dilakukan pada minggu-minggu kuliah. Latihan tempatan yang dilakukan menyebabkan para pelajar sukar untuk membahagikan masa menyiapkan tugasan berkumpulan dan tugasan luar. Beban latihan dan beban tugasan menjadi salah satu faktor penyebab kepada masalah tekanan ini. Selain itu, penghantaran tugasan juga turut di hantar selepas sahaja cuti pertengahan semester berakhir. Sedangkan pelajar yang terlibat dengan PALAPES yang mengikuti latihan berterusan terpaksa membahagikan masa untuk fokus kepada tugasan disamping menggalas tanggungjawab sebagai pegawai kadet untuk mengikuti latihan dan menerima arahan daripada jurulatih PALAPES. Arahan daripada jurulatih yang tidak tetap dan selalu berubah boleh menyebabkan para pegawai kadet tertekan dan terbawa- bawa pada masa penerimaan pelajaran dalam kuliah. Kesannya pencapaian pelajar dalam pelajaran akan terganggu dan menurun.
pencapaian akademik mereka. Bagi mereka yang berfikiran kearah positif, individu itu akan menganggap tekanan adalah satu tindak balas yang positif bagi mereka mencabar diri untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan keputusan akademik akan meningkat kepada yang lebih baik (Selye, 1963,1976).
Selain itu pencapaian akademik pelajar yang cenderung ke arah kokurikulum ini khususnya pelajar-pelajar yang terlibat dengan PALAPES sering kali dibandingkan dengan mereka yang yang tidak aktif walaupun tahap kecergasan adalah sama. Menurut Coleman (1983) dalam kajiannya mendapati bahawa pelajar sekolah tinggi menghargai aktiviti kokurikulum lebih daripada kerja akademik yang mereka buat. Beliau berkata fenomena ini boleh membawa kepada kesan negatif pada pencapaian akademik pelajar. Walaubagaimanapun, menurut kajian yang telah dijalankan oleh Rajni Kumari, (2012) pelajar yang mempunyai tekanan yang tinggi kadang kala memperolehi keputusan lebih baik berbanding dengan pelajar yang kurang menerima tekanan. Hal ini disebabkan pelajar yang mempunyai tekanan yang lebih tinggi adalah lebih efektif dan lebih cenderung untuk meningkatkan diri daripada kurang baik kepada yang lebih baik.
Justeru itu kajian ini ingin mengenal pasti tahap tekanan pelajar dalam menjalani latihan ketenteraan di samping ingin mengetahui hubungan di antara tahap tekanan dengan pencapaiaan akademik pelajar. Hal ini dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap keupayaan pelajar yang terlibat secara aktif dalam kokurikulum ini.
Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
1. Menentukan hubungan antara tahap tekanan dan pencapaian
akademik pelajar PALAPES
Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian yang diperoleh daripada hasil kajian dapat membuka mata semua pihak agar lebih peka dan mengetahui kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum khususnya ibu bapa, pelajar dan seterusnya masyarakat umum. Hal ini sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi segelintir masyarakat terhadap PALAPES itu sendiri dan bagaimana pentingnya kokurikulum ini demi masa depan pelajar.
tidak mendatangkan bebanan dan tekanan terhadap pelajar dalam masa yang sama sebagai pegawai kadet.
METODOLOGI
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif menggunakan kaedah tinjauan. Kajian inin menggunakan borang soal selidik bagi melihat hubungan di antara tekanan dan tahap pencapaian akademik pelajar yang melibatkan diri dengan badan beruniform. Kajian berbentuk tinjuaan akan dilaksanakan di mana pengkaji menggunakan satu set borang soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden sebagai alat utama bagi mengumpul maklumat tekanan dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar PALAPES Universiti. Borang soal selidik yang digunakan disesuaikan dan disusun supaya mudah difahami oleh responden bagi mencapai objektif kajian. Kaedah ini digunakan untuk mengumpul data dari sampel yang kecil untuk membuat generalisasi kepada populasi yang lebih besar.
Sampel dan Populasi
Populasi kajian ini adalah melibatkan semua pelajar tahun akhir bagi kedua-dua pasukan iaitu PALAPES Darat dan PALAPES Udara di UNIMAS. Sampel yang akan pengkaji gunakan adalah pelajar Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) Universiti Malaysia Sarawak. Seramai 124 pelajar tahun akhir terlibat di dalam kajian ini. Responden adalah terdiri daripada latar belakang fakulti yang berbeza. Antara fakulti yang melibatkan diri dalam organisasi PALAPES ialah Fakulti Seni Gunaan Dan Kreatif, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Fakulti Ekonomi Dan perniagaan, Fakulti Sains Sosial, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber dan Fakulti Teknologi Maklumat.
Instrumen Kajian
Instrumentasi dalam kajian ini adalah dalam bentuk borang soal selidik untuk melihat hubungan diantara tahap tekanan dan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar PALAPES dan melihat perbezaan stres dalam kalangan pelajar perempuan dan lelaki. Borang soal selidik ini telah diubahsuai daripada
realibiliti alat pengukur ini adalah pada nilai Alpha Cronbach 0.84 (Kajian Rintis).
Kesemua data yang diperolehi dikumpul dan dianalisis mengunakan perisian Statistical Package for Sosial Science (SPSS) bagi tujuan analisis deskriptif (peratus dan bilangan), manakala bagi menentukan hubungan antara stres dan pencapaian akademik, analisis bivariate menggunakan korelasi Pearson telah digunakan.
DAPATAN KAJIAN
Latar Belakang Responden
Jadual 1 menunjukan taburan responden kajian berdasarkan jantina, pasukan PALAPES serta faktor penglibatan. Dapatan kajian mendapati nisbah responden berdasarkan jantina ialah 3:2 (perempuan: lelaki). Majoriti 70.2% pelajar melibatkan diri dalam PALAPES udara manakala selebihnya dalam PALAPES Darat. Semasa tinjauan, majoriti responden menyertai Palapes adalah kerana minat, seramai 72 orang dengan peratusan sebanyak 58.1% di ikuti dengan faktor pengaruh rakan dan ibu bapa iaitu seramai 26 orang dengan peratusan sebanyak 21%. Faktor secara tidak sengaja hanya mencatat responden sebanyak 13 orang dengan 10.5%. Manakala faktor lain-lain seramai 12 orang. Manakala pegawai kadet yang terlibat secara paksaan hanya mewakili 1 orang dengan peratusan sebanyak 0.8%.
Jadual 1 Latar belakang responden
Bilangan Peratusan
(%)
Jantina Perempuan 74 59.7
Lelaki 50 40.3
Pasukan PALAPES Udara 87 70.2
Darat 37 29.8
Faktor Penglibatan Minat 72 58.1
Pengaruh Rakan/Ibu Bapa
26 21.0
Paksaan 1 0.8
Secara tidak sengaja 13 10.5
Lain-lain 12 9.7
Pencapaian Akademik Pelajar
keputusan keseluruhannya. Manakala kelompok keputusan akademik PNGK di antara 2.50 hingga 2.99 yang mencatat responden yang paling ramai iaitu seramai 61 orang (49.2%) diikuti keputusan 3.00 hingga 3.49 yang mencatat seramai 36 orang (29.0%), PNGK 2.00 hingga 2.49 yang hanya mencatat 23 orang iaitu 18.5% daripada keseluruhan responden. Tidak ketinggalan juga pegawai kadet PALAPES yang memperoleh keputusan bersyarat iaitu1.99 dan kebawah yang membawa peratus sebanyak 0.8% sahaja.
Jadual 2Taburan Responden Mengikut Pencapaian Akademik
Purata Timbunan (PNGK) Frekuensi (orang) Peratusan (%)
3.75-4.00 3 2.4
3.50-3.74 0 0
3.00-3.49 36 29.0
2.50-2.99 61 49.2
2.00-2.49 23 18.5
1.99 dan kebawah 1 0.8
Hubungan Antara Tekanan Dan Pencapaian Akademik
Jadual 3 menunjukan keputusan analisis korelasi Pearson di antara tahap tekanan dan pencapaian akademik pelajar PALAPES. Berdasarkan analisis ini, terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara tahap tekanan dengan pencapaian akademik pelajar khususnya pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum ini ( r = 0.241 , p = 0.007). Implikasinya, semakin tinggi tahap tekanan pelajar, make semakin baik keputusan akademik yang diperolehi. Walau bagaimanapun, perkaitan hubungan korelasi yang ditunjukkan adalah rendah sebagaimanan tafsiran perkaitan yang dikemukan oleh Chua (2006).
Menurutnya, nilai ‘r’ yang berada dalam lingkungan 0.10 hingga 0.29 diinterpretasikan sebagai mempunyai perkaitan yang rendah.
Jadual 3:Korelasi antara tahap tekanan dan pencapaian akademik
Pembolehubah Korelasi, r Nilai p
Faktor tahap tekanan 0.241 0.007
Nota -Signifikan pada aras p < 0.05
Namun begitu, hasil kajian ini bertentangan dengan kajian yang lain seperti, kajian yang dilakukan oleh Chai Ming Sing (2004) yang mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap tekanan dengan pencapaian akademik para pelajar. Kajian mereka menunjukkan bahawa tekanan membawa kepada kesan negatif kepada pencapaian akademik pelajar yang mendatangkan ketidakcemerlangan dalam akademik pelajar. Hal ini kerana mereka yang tertekan tidak dapat memberi tumpuan kepada pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah disamping gagal untuk mengulangkaji pelajaran apabila tertekan dan mengalami kemurungan yang berpanjangan.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa kegiatan pelajar dalam aktiviti ko korikulum bukan hanya dapat membentuk insan yang mempunyai kemahiran kepimpinan, berdisiplin serta sihat jasmani malah dengan keterlibatan mereka dalam aktivit badan beruniform seperti PALAPES dapat memberikan impak yang positif kepada akademik mereka juga.
Dapatan daripada kajian ini menunjukan terdapat hubungan yang positif di antara tahap tekanan dengan pencapaian akademik pelajar walaupun mempunyai perkaitan yang rendah. Ini mungkin disebabkan pelajar PALAPES mempunyai minat yang mendalam menyertai PALAPES dan tidak merasai bebanan dengan aktiviti-aktiviti PALAPES yang dijalankan. Selain itu menyertai PALAPES bukan satu paksaan tetapi penyertaan tersebut adalah dengan kerelaan hati mereka sendiri (Minat dan pengaruh ibu bapa). Di samping itu, latihan- latihan yang disediakan oleh pihak PALAPES, dilakukkan dengan sewajarnya supaya dapat membantu untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi selama lima hari menjalankan kehidupan sebagai seorang pelajar yang sentiasa bergelut dengan tugasan dan kuliah yang disampaikan oleh pensyarah. Pihak PALAPES ada juga menyediakan aktiviti diluar kampus bagi membantu para pelajar atau pegawai kadet menghilangkan tekanan dengan aktiviti yang menarik seperti hari keluarga, bersukan dan melihat alam sekitar disekitar Taman Negara yang berhampiran. Hal ini sedikit sebanyak mampu mengurangkan tekanan pelajar yang selalu sibuk dengan kuliah dan latihan yang diberikan oleh pensyarah.
pelajar yang aktif dalam kokurikulum tidak mendatangkan kesan kepada pelajaran malah mampu meningkatkan kecermerlangan dalam akademik pelajar itu sendiri.
Keseluruhannya aktiviti kokurikulum seperti PALAPES ini walaupun memberikan tekanan kepada pelajar yang terlibat, ianya juga mampu membantu para pelajar kearah yang lebih baik dari segi pengurusan dan disiplin diri. Selain itu jika stress atau tekanan dapat dikawal dengan baik dan teratur, ia akan dapat membantu individu yang terlibat itu menjadi lebih baik, cemerlang dan bertanggungjawab di atas sesuatu kerja yang diberikan.
RUJUKAN
Aminudin Abdul Rahman. 2004. Penglibatan Pelajar Secara Aktif dalam Aktiviti
Ko-kurikulum dan Kesannya ke Atas Pencapaian Akademik. Tesis
Sarjana Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Ann-Marie Roy Coursework stress study (2003). Available from
http://www.gerardkeegan.co.uk/tsp/ arm_project_2.pdf
Chai Ming Sing, M. F. (2004). Level Of Psychological Stress Among College Student in Malaysia Kertas Kerja Seminar Kaunseling. Universiti Utara Malaysia.
Chua Y.P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik
Penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill.
Coleman, J. (1983). The Adolescent Society . New York: Free Press of Glencoa. Kamus Dewan (2005)
Kohn, J. P., and Frazer, G. H. (1986). An academic stress scale: Identification and rated importance of academic stressors. Psychological Reports, 59: 415-426.
Kumari R., & Garita R. (2012). Relationship between stress and academic
achievement in senior secondary school students. Asian J
Multidimensional Research, 1(3):76-82.
MacGeorge, E. L., Samter, W., & Gillihan, S. J. (2005). Academic stress, supportive communication, and health. Communication Education, 54, 365-372.
Mazni Mustapha, Mohammad Haji-Yusuf dan Sapora Sipon. (2004). Wanita dan stres: Satu kajian ke atas sampel remaja. Proceedings of the National Stress Conference, 23 dan 24 Ogos, Pacific Sutera Hotel, Kota Kinabalu, 143-151
McNamara, S. (2000). Stress in young people: What’s new and what can we do?
New York: Continuum
Mohd Rizal Mohd Sham.(2009). Stres dan hubungannya dengan faktor
persekitaran terhadap pencapaian akademik.Universiti Malaysia Sabah. Mucowski, R. J. (1984). Some common problems of new students and sources
Ooi, Yoon Phaik, (2002). “Stress and Anxiety among Engineering Students and
Non-Engineering Students at UTM.” UTM : Tesis Sarjana
Seyle, H. (1963). The Stress of Life. New York: McGraw Hill Book Co. Seyle, H. (1976). Stress Health and Disease. Butterworth: Reading Material.
PENGHARGAAN