• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assingment hns 2 ROSLIZA RAZALI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Assingment hns 2 ROSLIZA RAZALI"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

HNS 2013 : KENEGARAAN

TAJUK

KUMPULAN

BATU PAHAT 01 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO MATRIK NO TELEFON

ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934

NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. BAHARUDDIN BIN JABAR TARIKH HANTAR : 6 MEI 2012

(2)

ISI KANDUNGAN

BIL. TAJUK MUKASURAT

1. 2. 3. 4.

5. 6. 7, 8. 9. 10. 11.

PENGENALAN

KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN KONSEP RAJA BERPELEMBAGAAN KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPELEMBAGAAN

YANG DI-PERTUAN AGONG MAJLIS RAJA-RAJA

AHLI DEWAN RAKYAT AHLI DEWAN NEGARA PILIHANRAYA

PENGASINGAN KUASA

PEMBAHAGIAN KUASA DI BAWAH SISTEM PERSEKUTUAN

3 4 5 6 6

8 11

(3)

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan di Asia Tenggara yang terdiri daripada tiga belas negeri dan tiga wilayah persekutuan, yang menduduki bumi berkeluasan 329,847 kilometer persegi (127,350 batu²). Malaysia sebuah Negara yang terbahagi kepada dua kawasan yang mengapit Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia dan Borneo Malaysia (juga Malaysia Barat dan Timur). Malaysia juga telah berkongsi sempadan darat dengan Thailand, Indonesia, dan Brunei dan juga sempadan laut dengan Singapura dan Filipina. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur, manakala Putrajaya merupakan pusat kerajaan persekutuan. Pada tahun 2009, Malaysia diduduki 28 juta orang.

Manakala, Malaysia berakar-umbikan Kerajaan-Kerajaan Melayu yang wujud di wilayahnya dan menjadi taklukan Empayar British sejak abad ke-18. Wilayah British pertama dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat. Semenanjung Malaysia yang ketika itu juga dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya, mula-mula disatukan di bawah Negara Komanwel pada tahun 1946, sebelum menjadi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Pada tahun 1963, Tanah Melayu bersatu dengan negeri Sabah, Sarawak, dan Singapura. Pada tahun 1965, Singapura keluar dari persekutuan untuk menjadi negara kota yang bebas. Semenjak itu, Malaysia menikmati antara ekonomi yang terbaik di Asia, dengan purata pertumbuhan keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) kira-kira 6.5% selama 50 tahun pertama kemerdekaannya. Ekonomi negara yang selama ini dijana oleh sumber alamnya kini juga berkembang dalam sektor-sektor sains, pelancongan, perdagangan dan perubatan.

(4)

Asal kata Yunani. Demo bermaksud rakyat dan masyarakat , Cracy bermaksud pemerintahan atau undang-undang .Satu sistem politik yang membolehkan rakyat menentukan sebarang keputusan yang penting tentang polisi awam.

Demokrasi Berparlimen membawa maksud rakyat yang terlibat dalam sistem pemerintahan Negara melalui wakil-wakil yang dipilih. Rakyat pula berpeluang membentuk kerajaan, menjalankan pemerintahan dan bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya. Dalam masa yang sama, rakyat juga berhak menyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan sedia ada melalui pilihan raya bagi mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. Adat Perpatih adalah merupakan perlembagaan yang tidak bertulis yang telah diamalkan di Negeri Sembilan yang menunjukka adanya unsur demokrasi telah wujud dalam masyarakat Melayu. Amalan Adat Perpatih ini mementingkan permuafakatan dan semangat kerjasama antara suku. Namun, sistem ini tidak mengamalkan kuasa mutlak tetapi mengagihkan kuasa kepada individu mengikut peringkat.

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

(5)

masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.

KONSEP RAJA BERPELEMBAGAAN

Dalam masyarakat Melayu tradisi, raja bertanggungjawab memerintah dan mentadbir Negara. Raja berada di puncak hierarki pemerintahan serat mempunyai kuasa menggubal dan melaksanakan dasar pemerintahan. Manakala, raja-raja pula berkuasa terhadap kerajaan yang diwarisi atau diasaskannya sendiri. Ini telah menyebabkab raja berkuasa mutlak dan rakyat wajib mematuhinya. Tetapi, keadaan berubah apabila British telah menjajah yang menyaksikan kuasa mutlak raja kian terhakis atau hilang dan telah diganti dengan kuasa Residen dan Pesuruhjaya Tinggi. Namun, selepas merdeka kuasa mutlak raja telah dikembalikan tetapi telah diubah suai berdasarkan amalan demokrasi. Raja Berpelembagaan adalah sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Malaysia. Kuasa raja pula diwakilkan kepada kabinet yang diketuai oleh Perdana Menteri. Raja dikehendaki menerima dan bertindak mengikut nasihat kabinet dan menjalankan tugas secara simbolik.

Raja berperlembagaan adalah sejenis kerajaan yang ditubuhkan di bawah sistem berperlembagaan yang mengiktiraf Raja sebagai ketua negara. Raja berperlembagaan yang moden biasanya menggunakan konsep trias politica, atau politik tiga serangkai. Ini bermaksud Raja adalah hanya ketua simbolik di dalam rangkai eksekutif dan kuasanya adalah terhad oleh perlembagaan negara. Apabila seorang Raja mempunyai kuasa pemerintahan yang penuh ia dipanggil monarki mutlak atau absolute monarchy.

(6)

tradisional di dalam sesebuah negara. Pada hakikatnya Perdana Menteri, iaitu pemimpin yang dipilih oleh rakyat, yang memerintah negara dan bukannya Raja. Namun demikian, terdapat juga Raja yang bergabung dengan kerajaan yang tidak demokratik. Misalnya, sewaktu Perang Dunia II, raja Jepun bergabung dengan kerajaan tentera yang dipimpin seorang diktator. Sesetengah Raja berperlembagaan adalah berlandaskan Sistem Perwarisan atau mewarisi takhta; manakala yang lain, adalah melalui sistem demokratik seperti di Malaysia di mana Yang di-Pertuan Agong adalah dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun.

KONSEP DEMOKRASI BERPARLIMEN DAN RAJA BERPELEMBAGAAN Malaysia mengamalkan pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan sejak tahun 1957. Perdana Menteri dan angggota kabinet menjalankan kuasa politik dan

pemerintahan Negara atas nama Yang Pertuan Agong. Di peringkat Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong menjalankan tugas secara simbolik iaitu berdasarkan perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri serta anggota kabinet. Manakala, di peringkat negeri, raja-raja bertindak atas nasihat Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ahli perundangan ini akan dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang diadakan lima tahun sekali. Parti politik yang memenangi 2/3 kerusi yang dipertandingkan layak membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri. Selepas itu, Perdana Menteri pula akan melantik ahli kabinet dalam kalangan angggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat berkuasa memecat Perdana Menteri melalui usul undi tidak percaya yang diluluskan dengan kelebihan undi majoriti yang mudah.

YANG DI-PERTUAN AGONG

(7)

a) ianya dipilih daripada kalangan Raja-raja Melayu mengikut giliran

b) ianya juga mengikutb peuntukan dalam Perlembagaan Malaysia

c) semua raja-raja berpeluang menjadi Yang di-Pertuan Agong

d) boleh meletakkan jawatan sebelum tamat perkhidmatan

e) memegang jawatan selama lima tahun

f) dipilih secara sulit dalam Majlis Raja-raja

g) boleh dipecat oleh Majlis Raja-raja

Namun , setelah baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong, tugas-tugas sebagai raja di negeri sendiri tidak boleh dilakukan kecuali sebagai ketua agama Islam, berkuasa ke atas perkara yang berkaitan dengan pindaan perlembagaan dan baginda juga mempunyai kuasa melantik Pemangku Raja atau anggota Majlis Pangkuan Raja.

Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan Malaysia ialah:

a) mengetuai tiga badan kerajaan, iaitu Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari).

b) Berkuasa memanggil dan membubarkan parlimen ( Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan

Parlimen. Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh

Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya ).

c) Baginda ialah Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata

d) Memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu

(8)

f) Melantik Perdana Menteri

g) Boleh mengisytiharkan undang-undang darurat

h) Melantik Jemaah Menteri dan hakim

i) Mempunyai kuasa mentauliah duta

Timbalan Yang di-Pertuan Agong pula juga dipilih oleh majlis Raja-raja dan memegang jawatan selama lima tahun. Tempoh jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan tamat serentak dengan tamatnya tempoh perkhidmatan Yang Pertuan Agong. Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan memangku tugas Yang di-di-Pertuan Agong jika baginda gering atau melawat ke luar negeri atau Negara melebihi 15 hari.

MAJLIS RAJA-RAJA

Majlis Raja-raja adalah sebuah majlis daripada raja-raja dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Ia ditubuhkan pada tahun 1897. Peruntukan mengenai Majlis Raja-raja disebut dalam Perlembagaan Malayan Union (1946) dan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (1948). Kuasa majlis Raja-raja pada masa itu hanya terhad kepada agama Islam dan adat istiadat Melayu. Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan pada 31 Ogos 1948 dan dihadiri oleh ke semua sembilan orang Raja-Raja Melayu.

Majlis Raja-raja juga sebagai tempat rujukan dalam hal berkaitan :

a) Pelantikan hakim, ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

b) Perubahan sempadan negeri

c) Penambahan bilangan anggota Persekutuan secara menyeluruh

d) Hukum Syara’ dan amalan-amalannya

(9)

f) Hal-hal yang menyentuh mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak

Tugas utama Majlis Raja-raja adalah :

a) memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong tanpa dicampuri atau tanpa campur tangan empat Yang Dipertua Negeri.

b) bertanggungjawab tentang hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu di seluruh Persekutuan kecuali di Sabah dan Sarawak

c) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama diperluas ke Persekutuan secara menyeluruh;

d) memperkenankan atau tidak memperkenankan apa-apa undang-undang dan membuat atau memberikan nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang di bawah Perlembagaan ini dikehendaki diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja atau dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja;

e) melantik anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182;

f) memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum, atau meremitkan, menggantung atau meringankan hukuman, di bawah Fasal (12) Perkara 42 (Perkara 38) (2).

g) Majlis ini bersidang sebanyak tiga atau empat kali setahun, selama tiga hari.

h) Raja-raja dan Yang di -Pertua Negeri diiringi oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.

i) Persidangan dipengerusikan oleh raja yang terkanan dan setiausahanya ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

j) Keahlian Majlis Raja-raja

(10)

- Kehadiran adalah mustahak. Jika atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, seorang ahli tidak dapat berangkat hadir, maka seorang wakil hendaklah dilantik mengikut peruntukan Undang-Undang Negeri/Tubuh bagi sesuatu negeri itu.

- Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri tidak boleh menjadi Ahli Majlis Raja-Raja bagi maksud mesyuarat berhubung dengan pemilihan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, melucutkan jawatan Yang di-Pertuan Agong dan membincangkan mengenai keistimewaan Raja-Raja.

- Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bukanlah Ahli Majlis Raja-Raja. Baginda berangkat menghadiri mesyuarat pada hari yang kedua sebagai Ketua Negara Malaysia dan diiringi oleh Perdana Menteri sebagai penasihat baginda.

- Pengerusi bagi Mesyuarat Majlis Raja-Raja adalah dipegang oleh kesemua sembilan Raja Melayu secara bergilir-gilir.

Kekerapan Mesyuarat

- Mesyuarat lazimnya diadakan tiga kali setahun tetapi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah memanggil Mesyuarat Majlis Raja-Raja-Raja-Raja apabila dikehendaki berbuat demikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis ataupun tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan juga bilamana berlaku kekosongan dalam jawatan Yang di-Pertuan Agong atau jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Penasihat

- Semua Menteri-Menteri Besar/Ketua-Ketua Menteri hadir sama selaku penasihat kepada Tuanku dan Yang di-Pertua Negeri.

Setiausaha Mesyuarat

(11)

Urusetia

- Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Malaysia.

AHLI DEWAN RAKYAT

Dewan Rakyat adalah dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum. Ia mengandungi ahli yang mewakili semua kawasan pilihanraya di seluruh Negara. Tugas utama dewan adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Tempoh memegang jawatan adalah selama lima tahun dan tamat apabila Parlimen dibubarkan.

Dewan Rakyat mempunyai ahli seramai 222 orang dan setiap ahli mewakili satu kawasan pilihanraya. Kelayakan menjadi ahli ialah:

a) Warganegara Malaysia

b) Tidak kurang umur dari 21 tahun

c) Waras fikiran

d) Bukan seorang muflis

e) Tidak mempunyai rekod jenayah

f) Seorang yang tidak boleh memegang jawatan kedua-dua Dewan Rakyat dan dewan Negara dalam satu-satu masa yang sama

(12)

AHLI DEWAN NEGARA

Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia. Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia. Seramai 70 ahli Dewan Negara atau senator di mana hanya 26 daripada 70 yang dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan and 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat. Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda. Dewan Negara mempunyai kuasa dan pengaruh yang lebih besar dalam soal suatu Rang Undang-undang yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelebihan suara atau majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga. Pindaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagan Persekutuan bukan sahaja mesti

diluluskan oleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat sahaja tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di Dewan Negara yang berhak menggunakan kuasa vetonya jika Rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan itu ditolak. Kuasa veto yang dimiliki oleh Dewan Negara berkenaan Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan telah diperuntukkan di bawah.

PILIHANRAYA

Pilihan raya merupakan satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan-jawatan penggubal

undang-undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil. Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu samada perwakilan berkadar (proportional) atau sistem

(13)

tumpuan sebab dia akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang-undang. Oleh itu, cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

PENGASINGAN KUASA

Doktrin Pengasingan Kuasa adalah satu konsep asas di dalam pemerintahan demokratik moden. Ianya mula dilahirkan oleh seorang pemikir di Perancis. 'Pengasingan Kuasa' bukanlah sama dengan 'Pembahagian Kuasa' walaupun keduanya mungkin ada diperuntukkan dalam perlembagaan Persekutuan dan Negeri-negeri. Doktrin Pengasingan kuasa secara dasar bererti kuasa-kuasa pemerintahan boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:-

1. Kuasa Perundangan/Legislatif

2. Kuasa Eksekutif

3. Kuasa Kehakiman

Perkara pokok tentang pengasingan kuasa ialah untuk menentukan supaya orang atau badan yang sama tidak dipertanggungjawabkan untuk mengubal undang-undang dan menguatkuasakannya. Bermakna jika konsep ini diikuti sepenuhnya maka tiada siapapun dari ketiga-tiga cabang pemerintahan boleh mengambil bahagian dalam fungsi cawangan lain. Pihak Eksekutif sepatutnya tidak boleh menjadi seorang ahli badan Perundangan (Legislatif) dan Badan Kehakiman semestinya bebas dari campurtangan pihak Eksekutif dan Legislatif. Tidak patut ada dwi fungsi. Masing-masing hanya menjaga rukun rumahtangga sendiri dan tidak mencampuri hal yang berlaku di dalam bilik orang lain.

(14)

pemimpin bersifat angkuh dan bercakap besar lebih malanglah rakyatnya. 'Petikan itu mungkin benar jika berlaku pemusatan kuasa akibat gagalnya Doktrin Pengasingan Kuasa dan tiada konsep 'Check & Balance' (Kawalan dan Imbangan Kuasa).

Di Malaysia, badan Kehakiman boleh mengistiharkan sesuatu Akta Perlimen bercanggah dengan Perlembagaan. (Perkara 4, Fasal 1). Pada masa yang sama Perlembagaan Persekutuan -Perkara 122B juga memperuntukkan bahawa perlantikan kehakiman ke mahkamah-mahkamah Tertinggi adalah dibuat oleh pihak Eksekutif yang menunjukkan ada kawalan tidak langsung terhadap badan kehakiman. Pihak Eksekutif pula dikawal oleh Parlimen dan bertanggungjawab kepadanya. Oleh yang demikian sistem pengasingan kuasa berserta dengan Konsep Kawalan dan Imbangan nampak kepentingan dalam mengelakkan pemusatan kuasa pemerintahan di dalam tangan sesuatu kumpulan tertentu sahaja. Jika doktrin itu diketepikan langsung, penyalahgunaan kuasa adalah suatu kemungkinan (lebih-lebih lagi jika kuasa itu di tangan orang yang tidak beriman dengan hukum-hukum Allah SWT).

PEMBAHAGIAN KUASA DI BAWAH SISTEM PERSEKUTUAN

SENARAI PERSEKUTUAN SENARAI NEGERI SENARAI BERSAMA

- Pertahanan

- Hal ehwal luar

- Keselamatan dalam negeri

- Kewarganegaraan

- Buruh

dan keselamatan sosial

- Kewangan

- Hari pelepasan

- Kerajaan tempatan

- Tanah

- Perkhidmatan tempatan

- Pertanian dan perikanan

- Perhutanan

- Jentera kerajaan negeri

- Hari kelepasan

- Kebajikan masyarakat

- Kesihatan awam

- Ternakan binatang

- Perancangan Bandar dan kampung

- Perparitan dan pengairan

- Biasiswa

(15)

persekutuan

- Pelajaran

- Ukur

- Pengangkutan dan perkapalan

negeri

- Undang-undang syariah

- Agama Islam dan adat istiadat Melayu

- Kerjaraya Negeri dan air

- Penyu dan menangkap ikan di sungai

- Pemulihan tanah lombong

- Kebudayaan dan sukan

- Perlindungan binatang liar

BBLIOGRAFI

(16)

Nor Aslina Mamat,Faudziah Bedu, Zarina Zamri & Aima Mohammad. (2012). Sejarah Malaysia STPM. Selangor:PNI Neuron (M)Sdn. Bhd.

Norizan Yusoff.(2009).Sejarah Malaysia (Kertas 2:Bahagian A).Selangor:Marshall Cavendish (Malaysia)Sdn.Bhd.

2. Rujukan Internet

http://pkskel.tripod.com/doktrin.html

http://pkskel.tripod.com/doktrin01.html

http://tatiuc.edu.my/syahrul/sistem_pengasingan_kuasa.htm

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1201-demokrasi-berparlimen.html

(17)

Parlimen Malaysia melambangkan keutuhan demokrasi berparlimen

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menandatangani Surat Sumpah Jawatan dan Ikrar Taat Setia pada Istiadat Mengangkat Sumpah mememang jawatan YDA X111 pada 13 Disember 2006

(Sumber: Perpustakaan Foto Jabatan Penerangan Malaysia)

Senarai-senarai Yang di-Pertuan Agong

YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA

Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

Negeri: Negeri Sembilan

Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960

YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA

Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah

Negeri: Selangor

Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960

(18)

Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

Negeri: Perlis

Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965

YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT

Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum

Sultan Zainal Abidin

Negeri: Terengganu

Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970

YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA

Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

Negeri: Kedah

Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975

YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM

Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim

Negeri: Kelantan

Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979

YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH

Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah

Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

Negeri: Pahang

Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984

(19)

Al-Marhum Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail

Negeri: Johor

Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN

Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah

Negeri: Perak

Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH

Al-Marhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

Negeri: Negeri Sembilan

Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999

YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS

Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan

Hisamuddin Alam Shah Alhaj

Negeri: Selangor

Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001

YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA BELAS

Tuanku Syed Sirajuddin ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

Negeri: Perlis

(20)

YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA BELAS

Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billal Shah

Negeri: Terengganu

Tempoh: 13 Dis 2006 - 12 Dis 2011

YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT BELAS

Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Negeri: Kedah

Tempoh: 13 Dis 2011 - Kini

(21)

21

SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIA

Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang

di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Parlimen ialah institusi terunggul dalam sesebuah negara yang mengamalkan prinsip-prinsip demokrasi. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu yang terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat dirasmikan buat pertama kalinya pada

11 September 1959.

Berikut ialah peristiwa-peristiwa penting ke arah pembentukan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

1867 1896

Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat ditubuhkan berikutan perpindahan pentadbiran Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang, Singapura dan Melaka) dari Syarikat India Timur Inggeris ke Pejabat Kolonial. Majlis merupakan institusi pertama di negara yang mengadakan perbahasan dan perbincangan seperti ciri-ciri Parlimen moden.

Negeri-negeri Melayu iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan membentuk satu gabungan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Perkembangan ini merintis jalan ke arah pembentukan satu Negeri masing-masing untuk membuat undang-undang.

1909 1927

Majlis Mesyuarat Persekutuan (Federal Council) bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dibentuk dengan pemusatan kuasa perundangan mengikut asas-asas Parlimen. Majlis ini mempunyai 13 orang ahli yang dilantik termasuk Raja keempat-empat Negeri Melayu Bersekutu, Residen Jeneral British, keempat-empat Residen British serta empat orang ahli tidak rasmi. Penubuhan Majlis ini merupakan satu langkah ke arah pemerintahan sistem demokrasi berparlimen. melibatkan bilangan serta tanggungjawab ahli Majlis. Majlis merupakan satu-(1942-1945) menyebabkan terhalangnya perkembangan perlembagaan tetapi peristiwa itu telah melahirkan kesedaran politik dalam kalangan masyarakat.

Sebuah Majlis Penasihat (Advisory Council) dibentuk dan dianggotai oleh 13 orang ahli mewakili Negeri-Negeri Melayu dan dua buah Negeri Selat - Melaka dan Pulau Pinang.British cuba menyatukan ketiga-tiga sistem pentadbiran (Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak ketika itu.Malayan Union ditentang kerana diyakini akan menggugat kedaulatan Raja-Raja Melayu.

1948 1951

Penentangan terhadap Malayan Union menghasilkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Melalui perjanjian bilangan suara ahli tidak rasmi.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 merupakan satu langkah British untuk merangka dasar-dasar asas kerajaan berparlimen.

Sistem Ahli (Member System) yang menjadi perintis kepada sistem kerajaan berkabinet/Jemaah Menteri seperti yang ada pada hari ini diperkenalkan. Dalam sistem ini ahli-ahli diberikan beberapa portfolio di bawah tanggungjawab mereka.

1952 1953

Raja-Raja Melayu telah mengurniakan sebuah Cokmar kepada Majlis Perundangan Persekutuan. Cokmar mempertingkatkan lagi status Majlis kerana Cokmar merupakan satu lambang keagungan, kehormatan sinonim dengan kebesaran sistem demokrasi berparlimen.

Pesuruhjaya Tinggi berhenti mempengerusikan Majlis dan tempat beliau digantikan dengan Yang di-Pertua yang dilantik iaitu Dato' Sir Mahmud bin Mat.

1955 1956

Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dibubarkan untuk membolehkan Kerajaan mengadakan pilihan raya umum buat pertama kalinya bagi memilih ahli-ahli untuk mewakili rakyat di Majlis sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dan beliau membentuk Kabinet atau Jemaah Menteri Pertama Tanah Melayu.

Ahli Majlis Perundangan Persekutuan bertambah kepada 98 orang iaitu 52 orang yang dipilih melalui pilihan raya umum (menggantikan 50 orang ahli tidak rasmi), 35 orang ahli yang dilantik pentadbiran demokrasi berparlimen tanah air.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Tanah Melayu mengetuai satu misi ke London untuk menuntut kemerdekaan. Kerajaan British bersetuju supaya sebuah kerajaan sendiri yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam hal ehwal dalam negeri dimulakan dengan Perundangan Persekutuan. Sistem demokrasi berparlimen yang berpandukan model Westminster adalah yang terbaik bagi negara ini.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra dilantik menjalankan tanggungjawab sebagai sebuah Dewan Parlimen sehingga dibubarkan pada Jun 1959.

YTM Tunku Abdul Rahman Putra dengan Jemaah Menteri Pertama Negara dan Dewan Rakyat dibentuk.

Pembukaan Partimen Pertama oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong I, Tuanku Abdul Rahman ibni AI·Marhum Tuanku Muhammad di Dewan

Tunku Abdul Rahman. Jalan Ampang

1959 1961

Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Pertama diadakan di Dewan berparlimen di tanah air yang merdeka.

Sidang Parlimen yang pertama berlangsung di Dewan Tunku Abdul Rahman pada 11 September

1959

Usul untuk menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan

Suruhanjaya Cobbold di bawah pimpinan Lord Cobbold ditugaskan untuk mengkaji pendapat rakyat Sabah dan Sarawak mengenai kemasukan negeri tersebut ke dalam Malaysia. Sebahagian besar rakyat negeri berkenaan bersetuju dengan konsep Malaysia dan Penyata Suruhanjaya Cobbold diterima.

Perjanjian Malaysia antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom of Great resolusi yang membolehkan penubuhan Malaysia. Pengisytiharan Malaysia diadakan pada 16 September 1963.

Dewan Rakyat ketika itu mempunyai 159 orang ahli iaitu 104 orang dari Tanah Melayu, 16 orang dari Sabah,24 orang dari Sarawak dan 15 orang dari Singapura manakala Dewan

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III merasmikan pembukaan bangunan Parlimen berhampiran Tasik Perdana pada 2 November 1963.

(22)

Referensi

Dokumen terkait

Sekolah Tinggi Ilmu Kesehatan (STIKes) Hang Tuah Pekanbaru sebagai tempat pelaksanaan proses belajar mengajar bagi mahasiswa sekaligus tempat kerja bagi karyawannya, yang

• misalkan untuk menduga rata-rata dengan presisi d0 dan tingkat reliabilitas yang dikehendaki Z0, maka besarnya ukuran sampel yang dibutuhkan untuk masing-masing tipe

Hal ini menunjukkan bahwa tingkat pendidikan dan disparitas pendapatan memiliki hubungan yang negatif, artinya semakin rendah tingkat pendidikan penduduk Gerbangkertosusila

Dari pembahasan di atas, terdapat hubungan antara kedua media tersebut yaitu media Audio-Visual di kelas X.7 dan media Berbasis Lingkungan Sekolah di kelas X.8 bahwa kedua

Pelaksanaan siklus I pertemuan pertama berjalan lancar. Setelah penyampaian materi dan diskusi tentang teknik PORPE, mahasiswa melakukan aktivitas pembelajaran dengan

menit sehari, dll) akan mendapatkan komisi yang berbeda beda pula mulai dari 0,02 hingga 0,05 dolar perhari nyak aplikasi harian sekaligus. Untuk saat ini Whaff Rewards hanya

Bagi peserta yang telah memasukkan penawaran agar dapat memasukkan penawaran kembali dengan memperhatikan jadwal perubahan dan addendum ke dokumen pengadaan. Demikian

Laporan pelaksanaan proyek yang telah selesai dan ditampilkan di triwulan ini yaitu proyek Domestic Gas Development Project dari sumber pinjaman Bank Dunia, Vocational