• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSEP DAN FUNGSI RUANG lingkup

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KONSEP DAN FUNGSI RUANG lingkup "

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

KONSEP DAN FUNGSI RUANG

Di antara unsu-unsur senibina yang penting menguasai nilai sesuatu rekabentuk ialah ruang,struktur dan bentuk banggunan. Unsur-unsur ini memounyai hubungan yang erat antara satu sama lain. Ruang tidak akan wujud sekiranya tidak mendapat sokongan struktur. Struktur pula kemudiannya melahirkan bentuk-bentuk yang boleh menampung sesuatu fungsi. Konsep dan fungsi ruang yang diwujudkan mempunyai pertalian yang erat dalam memahami cara hidup sesuatu masyarakat, kerana faktor cara hidup itu sendiri mempengaruhi bentuk dan peraturan ruang didalam sesebuah banggunan, dalam rumah tradisional melayu,betuk dan fizikalnya memperlihatkan ciri-ciri budaya yang dipertahankan dari zamn berzaman.

Pembinaan rumah kediaman bukanlah sekadar memberi keperluan pelindungan sahaja tetapi ianya mempunyai perhubungan penting psikologi manusia, sosiologi masyarakat, kehendak-kehendak peribadi,agama,adat istiadat dan sebagainya. Oleh itu ruang bentuk sesuatu banggunan dan susun letak ruangnya menitikberatkan aspek-aspek tersebut. Disekeling kita terdapat ruang-ruang yang wujud secara bebas ( ruang-ruang negative ). Apabila struktur atau banggunan dibina,ruang-ruang ini menjadi lebih nyata , bernilai dan dikenali sebagai ruang positif. Didalam senibina,sesuatu ruang yang wujud bergantung kepada tiga unsur yang penting,iaitu panjang lebar dan tnggi. Perubahan ukuran pada unsur-unsur tadi bukan sahaja menambahkan nilai sesuatu ruang tetapi juga menimbulkan berbagai perasaan. Unsur-unsur permukaan dalam senibina diggunakan untuk menegaskan bentuk tiga dimensi ruang tersebut dan unsur-unsur ruang permukaan ini dikenali sebagai permukaan menegak,permukaan di atas dan permukaan di bawah. Permukaan menegak ialah dinding,

digunakan dalam banggunan untuk mewujudkan ruang tertentu, manakala permukaan diatas secara am nya ialah bentuk permukaan yang biasa digunakan sebagai bumbung, siling atau sebarang struktur yang berfungsi sebagai pelindung. Permukaan dibawah pula digunakan untuk menyokong berbagai fungsi dan aktiviti didalam sesuatu banggunan. Lantai ialah contoh permukaan bawah yang penting. Perhubungan antara unsur-unsur inilah yang menjelaskan bentuk tiga dimensi sesuatu ruang. Selain daripada permukaan, ciri-ciri seperti saiz,rupabentuk,warna dan tekstur serta perhubungan sesuatu ruang dengan ruang yang lain juga boleh memberikan gambaran yang lebih jelas tentang sesuatu bentuk dan nilai ruang yang dibatasi.

Senibina kadangkala ditafsirkan sebagai seni menguasai sesuatu ruang. Senibina pada hakikatnya ialah visual art. Ukuran dan unsur-unsur senibina berganntung kepada nilai-nilai garis,bentuk,tekstur dan kadaran skalanya. Kekurangan unsur-unsur ini akan menjejaskan bentuk, menjadikan nya tidak seragam,tidak harmoni dan juga akan melemahkan daya ekstetik banggunan secara keseluruhan. Rumah tradisional melayu bolehlah disifatkan sebagai banggunan yang disesuaikan dengan kehenfdak iklim, topografi dan ekstetik manakala konsep ruang dan komponen banggunan disusun .sedemikian rupa untuk menyesuaikan dengan kehendak-kehendak

penghuni,masyarakat,adat istadat dan agama.

(2)

Pengklasifikasian yang pertama ialah membahagikan ruang-ruang dalam rumah tradisional melayu kepada tiga jenis, iaitu ruang formal, ruang aktif dan ruang pasif. Ruang formal ialah rang yang menerima kunjungn tetamu serta digunakan bagi tujuan-tujuan rasmi. Dalam sosiobudaya masyarakat melayu pengklasifikasian ruang formal ini melibatkan ruang anjung dan serambi serta dapur . Ruang aktif pula terletak dibahagian belakang banggunan dan digunakan sebagai

pelaksanaan tugas-tugas harian keluarga. Pembahagian ruang-ruang aktif ini melibatkan ruang-rang dapur. Ruang pasif pula melibatkan ruamah ibu dan bilik .

Pengklasifikasian yang seterusnya ialah membahagikan rumah melayu kepada rumah asas dan ruang tambahan. Ruang asas mengandungi ruang tiba ,rumah ibu dan dapur. Ruang tambahan terdiri daripada anjung,serambi, bilik, dan pelancar.pada rumah asas, istilah ruang tiba, hanya menjelaskan sifat-sifat ruang sedangkan dalam rumah tradisional melayu terdapat beberapa ruang yang bersifat demikian. Antaranya anjung bagi sesetengah rumah,serambi bagi kebanyakan

rumah,pelantar (selang) bagi pengujung yang menggunakan tangga tengah dan pelancar bagi yang menggunakan tangga belakang.

Secara khusus data yang dianalisis secara rentetan pembahagian atau penyusunan ruang dalam rumah Melaka. Anjung dan serambi merupakan ruang pertama yang ditemui dari zon

hadapan dan dihubungkan dengan tangga hadapan dari aras tanah ke rumah ibu. Ruang ini terdedah pandangan umum dan tidak mementingkan “privasi”. Rumah ibu ialah ruang yang kedua

ditemui,mengandungi ruang tengah rumah dan bilik. Ianya terletak antara serambi dan rumah dapur. Rumah ibu dan dapur dipisahkan oleh selang. Rumah ibu juga adalah rumah yang tertinggi parasnya. Ruang ini mementingkan privacy. Dapur ialah ruang yang terakhir ditemui, terletak dibahagian belakang dan tersembunyi dari ruang serambi. Ruang ini ialah lebih rendah daripada rumah ibu.aras yang berbeza atara ruang-ruang juga berfungsi sebagai sempadan ruang dan aktiviti pada ruang-ruang terebut.

Jumlah bukaan ( pintu dan tingkap ) mencerminkan kegunaan ruang. Serambi terdedah keadaannya menunjukkan ruang ini tidak mementingkan privacy, ruang ini menampung aktiviti kaum lelaki disamping menjadi ruang rasmi(formal). Rumah ibu merupakan ruang yang mempunyai beberapa bukaan. Bagi rumah Melaka bukaan pada rumah ibu biasanya berjumlah tujuh buah,iaitu tiga buah pintu dan empat buah tingkap (bukaan kecil dan besar ). Bukaan dalam rumah melayu adalah untuk pengedaran udara dan pengcahayaan. Bukaan yang mempunyai saiz yang besar dan kecil menandakan kedudukan darjah dan privacy. Ibu rumah lebih tinggi dari serambi,dan dapur terletak bersebelahan dengannya. Di sini dapat dikatakan jumlah bukaan pada rumah melayu di tentukan oleh hiraki pengunaan ruang. Bagi ruang yang digunakan secara aktif dan tidak

memerlukan privacy,bukaan juga penting tetapi dihadkan pada jumlah tertentu. Dan sesetengah darripada bukaan tersebut berada ada paras yang tertentu juga.

(3)

Konsep dwi-kompartmentilasi membawa maksud perhubungan sosial masyarakat melayu yang dibahagi dua, iaitu untuk kaum wanita dan untuk kaum lelaki. Sesuai dengan norma sosial yang berasaskan islam,maka rumah melayu turut disusun supaya dapat menempatkan konsep dwi-kompartmentilasi ini. Hakikat ini dapat diperjelaskan lagi dengan mengaitkan dengan aktiviti yang berlaku menerusi ruang-ruang yang berkenaan. Dalam rumah melaka, zon hadapan yang terdiri daripada ruang anjung dan serambi bolehlah dikatakan untuk kaum lelaki. Ruang ini juga berfungsi sebagai ruang formal. Zon belakang yang mengandungi ruang dapur adalah ruang untuk kaum wanita. Ruang-ruang ini dianggap sebagai ruang aktiv. Zon tengah diangggap sebagai ruang

pasif,terdiri daripada tengah rumah dan bilik. Dianggap sebagai ruang wanita dan ruang persendirian. Mengikut adat resam melayu, orang lelaki tidak dibenarkan masuk kedalam ruang wanita tanpa izin, melainkan ahli keluarga atau saudara mara yang dibenarkan.

Selain daripada ruang-ruang yang diwujudkan dan disusun untuk memenuhi konsep dwi-kompartnemtilasi ini, terdapat juga konsep persendirian dalam rumah melaka. Konsep public-persendirian adalah ruang-ruang yang dianggap terbuka, dan ada yang dianggap tertutup. Ruang-ruang yang terbuka boleh digunakan oleh anggota masyarakat sekeliling sementara Ruang-ruang-Ruang-ruang yang tertutup hanya boleh digunakan sebagai ruang persendirian. Sesungguhnya pengwujudan ruang-ruang dan susunannya adalah berdasarkan kehendak sosial adat, sosio-budaya dan agama. Ruang serambi dan ruang dapur merupakan ruang untuk menyambut tetamu dan secara langsung menjadi ruang public. Anggota masyarakat dibenarkan menggunakan ruang tersebut untuk berkumpul, menjalankan upacara adat istiadat dan aktiviti lain.

Referensi

Dokumen terkait

Tabel 4.36 Rekapitulasi Hasil Perhitungan Total Jarak dan Ongkos Material Handling Layout Usulan Group Technology Alternatif 3. Keterangan Layout GT

[r]

Perilaku hidup sehat yang dilakukan secara rutin akan menjadi sebuah budaya yang mendorong kita melakukan hal hal yang dapat berpengaruh sehat bagi tubuh, jiwa, dan fikiran

Desa sangat rentan dan rentan pangan se- cara umum dicirikan oleh rasio rumah tangga tan- pa akses terhadap air bersih yang tinggi (di atas 0,44) seperti terdapat di desa-desa

Kesempatan yang diberikan kepada praktikan untuk menimba ilmu dari SMP Negeri 2 Patebon merupakan suatu kehormatan bagi Mahasiswa praktikan PPL mengingat kebesaran

Hasil ini sejalan dengan penelitian lainnya yang menggunakan intervensi latihan dengan in- tensitas berat menunjukkan terjadi peningkatan kebugaran aerobik (VO 2 max) pada remaja

Praktik Pengalaman Lapangan (PPL) merupakan kegiatan yang harus dilakukan oleh mahasiswa praktikan, sebagai pelatihan untuk menerapkan teori yang diperoleh dalam

Desain studi ini adalah pre-post interven- tion study , yaitu memberikan perlakuan kepada subjek anak SD berupa edukasi jajanan sehat, ke- mudian perilaku yang meliputi