TINGKAHLAKU BERISIKO YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN, KECERGASAN DAN KESEJAHTERAAN DIRI.
STRES
Kesan negatif stres terhadap kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan tingkah laku.
Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif.
Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut.
Kesan tingkah laku adalah seperti enggan mematuhi arahan (melanggar peraturan sekolah) dan perlakuan berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah, merokok, lumba haram, mencuri dan mencederakan diri.
Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak dan remaja. Kesannya juga berbeza dari segi simptom dan tahap keseriusannya. Kanak-kanak dan remaja akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan bertindak melakukan perkara-perkara yang di luar batasan usia mereka. Kanak-kanak berumur 2-6 tahun, mereka akan menunjukkan kemerosotan tingkah laku seperti menghisap ibu jari, menangis dan merengek kerana merasa takut tanpa kehadiran ibu-bapa. Di peringkat awal, kanak-kanak ini boleh menunjukkan tanda –tanda seperti :
memencilkan diri
sikap tidak mempercayai sesiapa
tidak mahu hadir ke sekolah atau tidak suka berkawan bersikap menentang atau tidak mematuhi arahan panas baran
mempunyai masalah untuk melahirkan perasaan
Kanak-kanak berusia 6-12 tahun menunjukkan tanda-tanda seperti:
bimbang tentang masa depan mengadu sakit kepala
kurang menumpukan perhatian pada kerja sekolah kencing malam
Bagi remaja pula, mereka boleh mengalami:
rasa marah dan kecewa,
sering risau tentang masa hadapan
kurang keyakinan diri dan rasa tidak percaya terhadap orang dewasa. tidak mampu untuk membuat keputusan
lemah daya tumpuan, daya ingatan dan perhatian kurang mengalami mimpi buruk
berfikiran negatif serta mudah putus asa
merasa dirinya tidak berharga serta cenderung untuk mencederakan diri sendiri sukar tidur
keras kepala atau degil
Kadangkala remaja yang mengalami stres akan menunjukkan tingkah laku aggresif atau depressif. Tingkah laku agresif adalah tingkah laku yang ‘menentang’ orang lain atau pun tingkah laku yang berisiko tinggi seperti membuli, berbohong, memusnahkan harta benda, mengambil dadah, mencuri dan ponteng sekolah. Tingkah laku depresif pula adalah seperti mencederakan diri sendiri dan membunuh diri.
Amalan tidak bersarapan pagi
Ramai di kalangan generasi muda hari ini terutama remaja tidak mengambil berat tentang kepentingan mengambil sarapan pagi.Mereka meninggalkan sarapan pagi dengan pelbagai alasan seperti tiada selera makan pada waktu pagi dan tidak sempat untuk menyediakan sarapan pagi.Namun begitu,kajian sains di seluruh dunia telah membuktikan bahawa sarapan pagi adalah penting untuk kita.Sarapan merupakan makanan untuk otak.Otak kita akan menjadi lebih cergas,peka,dan focus dengan bersarapan secara tetap.Seterusnya,secara tidak langsung mendatangkan pengaruh yang positif kepada mereka untuk melaksanakan tugas mereka.Individu yang mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat kompleks membolehkan mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan menyelesaikan masalah dengan lebih baik.Hal ini demikian kerana karbohidrat yang diambil pada waktu pagi akan merangsang paras glukos dan mikro nutrient dalam otak
Penyalahgunaan dadah
Ketagihan alcohol
Pengambilan sedikit alcohol dapat menyempuhkan penyakit tertentu tetapi jika diambil berlebihan ia dianggap sebagai penyalahgunaan alcohol dan seterusnya boleh membawa kepada ketagihan alcohol.Ketagihan alcohol akan menjejaskan kesihatan seseorang.Kesan kepada ketagihan alcohol ialah alcohol akan merosakkan tindak balas reflex mental,fizikal dan organ hati.Masalah jantung dan tekanan darah akan terjadi akibat ketagihan alcohol.Ketagihan alcohol juga akan menyebabkan penyakit kongenital dan sindrom otak organik.
Perlakuan seks bebas
Perlakuan seks bebas semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya di kalangan remaja yang tidak berfikiran matang.Pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka telah mempengaruhi kepada remaja hari ini untuk menjalin hubungan seks bebas.Amalan gaya hidup seks bebas yang tidak sihat ini telah menjadi punca utama kepada pelbagai penyakit jangkitan seks.Perlakuan seks bebas akan menyebabkan jangkitan penyakit kelamin seperti gonorrhea,Chlamydia,herpes,syphilis,AIDS dan sebagainya.
Tidak prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur
Ramai di kalangan masyarakat moden ini telah mengabaikan masa rehat dan masa tidur mereka.Kekurangan tidur dan kualiti tidur yang tidak baik setiap malam boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti melemahkan sistem ketahanan badan, masalah kulit, lemah daya ingatan, kurang tumpuan dan tekanan darah tinggi.Tempoh tidur yang cukup bagi seseorang individu adalah diantara enam hingga lapan jam.Tempoh masa tidur ini akan memberi peluang kepada tubuh kita untuk membina sel-sel baru dan proses metabolism dapat dijalankan dengan lancar.
Tabiat buruk merokok
Budaya merokok merupakan satu tabiat yang amat buruk. Apatah lagi ia memberi impak negatif terhadap sistem tubuh badan kita. Rokok dibuktikan secara saintifik mampu mendatangkan seribu macam penyakit kronik. Berdasarkan pakar kesihatan, seorang perokok mempunyai 12 kali lebih risiko untuk memperoleh kanser paru-paru.Selain itu,perokok juga mudah mendapat strok dan menghidap penyakit jantung
Makan ikut nafsu tak beri kepuasan
Sesiapa mengamalkan makan mengikut nafsu, dia tidak pernah memberi kepuasan hakiki kerana lebih banyak dimakan, perasaan puas semakin tidak dirasai. Sebab itu, nafsu makan jika semakin dituruti, lebih banyak keburukan yang timbul.
Sebenarnya makan berlebihan bukan saja mendatangkan masalah kepada kesihatan, tetapi juga kewangan. Disebabkan terlalu mengikut nafsu makan, seseorang terpaksa berbelanja lebih untuk makanan dan harga barang makanan juga semakin meningkat.
Satu lagi kesan kewangan disebabkan makan berlebihan ialah kos rawatan. Rakyat Malaysia membelanjakan banyak wang untuk kurus dan merawat penyakit berkaitan tidak menjaga cara makan.
Kita perlu bersyukur dengan nikmat makanan dengan mengelak pembaziran serta makan secara berlebihan hingga memudaratkan.
Menurut kajian pada 2006, lebihan makanan membentuk hampir separuh buangan pepejal di negara ini. Daripada hampir 20,000 tan buangan pepejal yang dihasilkan setiap hari, 45 peratus terdiri daripada makanan dibuang.
Bayangkan berapa banyak wang dibazirkan ke dalam tong sampah melalui makanan? Bagi orang berkemampuan, makanan tidak dianggap satu nikmat besar. Nikmat makanan hanya akan dihargai apabila berlaku kekurangan makanan.
Makanan adalah nikmat yang besar. Melalui makanan juga Allah SWT menguji manusia berdepan dengan kesukaran.
Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Kami hendak menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan kepupusan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 155)
t.
Ketahanan jantung dan paru-paru sedikit menurun
2 Bulan tidak bersenam
Kesannya:
Otot sukar dilentur sehingga boleh mengakibatkan kecederaan.
2 Tahun Tidak bersenam
Kesannya:
Kekuatan otot serta jantung dan paru-paru berkurangan sebanyak 50%
Kekuatan otot merosot