• Tidak ada hasil yang ditemukan

SENARIO BUDAYA MEMBACA DI MALAYSIA ISU D

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "SENARIO BUDAYA MEMBACA DI MALAYSIA ISU D"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

SENARIO BUDAYA MEMBACA DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN

SHAHAROM TM SULAIMAN SAIFUL FARIK MAT YATIN (DR)

Pensyarah Kanan

Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana &

AJK Komuniti Buku Online

Kertas kerja ini dibentangkan di Seminar Pencinta Buku Negeri Perak, anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak pada 12-13 Okt. 2011.

Abstrak: Artikel ini membincangkan berkenaan senario industri buku Malaysia, membincangkan kejayaan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dalam menjalankan kempen-kempen bersama NGO dan kerajaan dalam menggalakkan minat dan budaya membaca seperti memastikan kunjungan, pinjaman dan penjualan buku meningkat setiap tahun. Artikel ini juga membincangkan persoalan benarkah rakyat Malaysia tiada budaya membaca. Beberapa saranan dan contoh kejayaan membudayakan tabiat membaca juga di senaraikan seperti dokumentari Kembara Buku dan program mempopularkan pernernitan ilmiah demi membudaya tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Keyword : budaya membaca, industri buku, Perpustakaan Negara Malaysia, Biblioholisme

Pengenalan

(2)

kempen budaya membaca telah dianjurkan tetapi kita masih tetap tidak mendapat jawapan yang memuaskan terhadap persoalan budaya membaca rakyat Malaysia. Dahulunya bulan Julai kita ‘merayakan’ Bulan Membaca Kebangsaan yang melibatkan pelbagai institusi yang berkaitan seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam, Kementerian Pelajaran, bahkan pesta buku sama ada di Kuala Lumpur atau bandar-bandar besar aktif dianjurkan. Namun apabila YB Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (sekarang Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) mengisytiharkan bahawa aktiviti membaca itu adalah sepanjang masa dan bukanlah bermusim pada bulan-bulan tertentu sepertimana yang diamalkan dahulu. Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia (1996) mengatakan rakyat Malaysia membaca 2 buah buku setahun, satu kadar yang jauh masih rendah, dengan mengambil kira kadar literasi dan kesedaran pendidikan tinggi, atau pun jika dibandingkan dengan Jepun (Jepun selalu digunakan sebagai penanda aras kemajuan buku dan budaya membaca bagi negara-negara membangun). Namun kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005 (PNM 2007) yang dijalankan oleh Perpustakaaan Negara Malaysia menunjukkan peningkatan yang tinggi iaitu rakyat Malaysia membaca 8-12 buah buku setahun. Namun jika dibandingkan pula dengan Singapura iaitu 25 buah buku setahun, kadar membaca rakyat Malaysia masih lagi rendah. Walaupun terdapatnya lebih 20 buah IPTA dan kebanjiran IPTS di Malaysia, ianya tidak menjamin kelangsungan budaya membaca ini.

Senario Industri Buku Negara

(3)

Jepun telah menerbitkan purata 52,000 judul setahun didalam Bahasa Jepun. Walaupun kita menerima bahan penerbitan termasuk semua jenis bahan (buku, majalah, akhbar, jurnal, risalah, peta dan carta) sejumlah 15,767 judul pada tahun 2009, namun jumlah ini adalah termasuk buku-buku yang tidak diterbitkan pada tahun semasa. Menurut sumber Gabungan Penulis Nasional (GAPENA, 2009) terdapat 5,150 orang penulis termasuk semua genre (akademik, kreatif & bukan kreatif, kartunis dan kewartawanan) tetapi Malaysia masih lagi tidak dapat mensasarkan penerbitan 7,000 buah buku setahun. Hatta dengan wujudnya sejumlah 8,184 syarikat penerbitan pada tahun 2009, sasaran 7000 judul setahun masih tidak berupaya dicapai. Jika dilihat dari nilai jualan buku pada tahun 2009 iaitu sejumlah RM2.1 bilion (Majlis Industri Buku Malaysia, 2009) yang merupakan satu jumlah yang tinggi, ini tidak menggambarkan senario sebenar industri buku tempatan kerana dibanjiri buku-buku import dengan kata lain penggantungan buku import masih tinggi dan tidak menggambarkan senario sebenar penerbitan buku tempatan.

Pengunjung Perpustakaan Di Seluruh Malaysia 2006-2008

Berdasarkan statistik PNM (2009) menunjukkan bahawa jumlah kekerapan pengungjung perpustakaan di seluruh negara (2,249 buah perpustakaan) adalah menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Jadual di bawah adalah perbandingan bagi tempoh 2006-2009.

TAHUN 2006 2007 2008

Pengungjung

(4)

Peminjaman Buku di Perpustakaan Seluruh Malaysia

Jika dilihat pula dari peminjaman buku di seluruh Malaysia, terdapat peningkatan juga dalam jumlah peminjaman buku di perpustakaan seluruh Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa minat membaca rakyat Malaysia mulai tersemai dan akan menjadi budaya pada suatu hari nanti. Jadual di bawah menunjukkan trend peningkatan peminjaman buku.

TAHUN 2006 2007 2008

Pinjaman Bahan

(Naskah) 10,868,847 12,613,344 19,551,957

Peningkatan Jualan Buku 2006-2009

Berdasarkan statistik Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpu (PBAKL) bagi tempoh tiga tahun (2007-2009) menunjukkan sambutan masyarakat kepada PBAKL adalah positif dari segi jualan buku dan penyertaaan penggiat dan pengusaha kedai buku. Ini melambangkan industri buku di Malaysia berkembang selaras dengan minat masyarakat terhadap buku.

(Malaysia Guiness Book of Record)* -

*Sumber : Kejayaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kali Ke-29 Tahun 2010.

http://www.kualalumpurbookfair.net/archives/32

Benarkah Rakyat Malaysia Tiada Budaya Membaca?

(5)

buku yang ada dalam pasaran. Di Malaysia, kita tidak tahu dengan pasti apakah sebenarnya kadar membaca per kapita di Malaysia seluruhnya atau berdasarkan kumpulan etnik yang membaca dalam bahasa Melayu, dalam bahasa Inggeris, dalam bahasa Cina dan bahasa-bahasa lain. Selalunya pengukuran minat membaca diukur berdasarkan kiraan ‘per capita reading habit’, yakni, berapakah jumlah buku atau jumlah

halaman buku secara purata yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam satu tahun berdasarkan jumlah buku yang diterbitkan setiap tahun. Kita tidak tahu dengan jelas daripada 26 juta penduduk Malaysia, berapakah jumlah kanak-kanak yang belum tahu membaca, atau jumlah yang membaca dalam bahasa Melayu, atau dalam bahasa Inggeris saja, atau bahasa-bahasa lain.

Perkiraan jenis ini selalu membuat kesimpulan bahawa rakyat Malaysia hanya membaca beberapa halaman buku dalam satu tahun. Persoalannya golongan manakah yang dapat dikatakan representatif dalam kita mengukur budaya membaca rakyat Malaysia. Apakah golongan professional, ahli politik, sarjana, pelajar sekolah atau sebagainya? Semua golongan ini tentunya membaca mengikut keperluan masing-masing; misalnya, berkaitan dengan kerjaya, peperiksaaan, ‘naik pangkat’, hiburan’ dan berbagai lagi tujuan membaca. Mungkin sudah sampai masanya untuk kita memikirkan kaedah mengukur minat membaca dan menentukan penanda aras kita sendiri tentang tahap kemajuan buku di Malaysia sesuai dengan keadaan negara kita sebagai negara pelbagai etnik, budaya dan bahasa.

(6)

setahun. Penulis juga difahamkan bahawa dalam Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung pada tahun 2010 telah dikunjungi 1.5 juta pengunjung, suatu peningkatan yang membanggakan. Toko-toko buku ‘mega’ di Kuala Lumpur, misalnya, dikunjungi ramai bahkan ada yang mendapat jualan harian yang mencecah RM20 ribu. Secara umumnya, kita dapat mengatakan rakyat Malaysia memang minat membaca dan sanggup membeli buku.

Namun, kesemua gambaran ini masih belum dapat memberi gambaran sebenar tentang budaya membaca rakyat Malaysia. Dalam konteks pengukuran inilah, penulis bersetuju dengan pandangan Dato’ Hassan Ahmad (2004) bahawa pengukuran perlu

dilakukan pada golongan pertengahan yang besar yang dikategorikan sebagai pembaca umum atau yang membaca buku-buku umum, tidak kira apa bidang mereka dan pekerjaan mereka. Orang yang membaca buku-buku umum biasanya golongan yang membaca bahan merentas pelbagai disiplin ilmu, buku-buku wacana, bukan setakat membaca buku ‘bidang’, buku teks, bukan juga membaca sekadar mengisi masa lapang,

tetapi membaca untuk memperluaskan fikiran dan mengasah minda. Golongan inilah yang dapat disifatkan orang yang mengamalkan budaya membaca sebagai sumber pendidikan sepanjang hayat, dan tentunya mempunyai pandangan hidup yang luas untuk menjadi golongan pembentuk ‘fikiran’ dan pandangan awam yang kritis dan

bertanggungjawab. Golongan pembaca inilah yang patut dijadikan ukuran atau indikator untuk membuat kesimpulan tentang budaya membaca rakyat Malaysia di peringkat nasional.

(7)

hendak mengalakkan kesedaran minat membaca kerana minat membaca sudah pun ada, tetapi yang pentingnya melahirkan ‘pencinta buku’ yang terangkum dalamnya; budaya

membaca yang tinggi , pembeli bahan bacaan yang luar biasa dan mencintai ilmu. Dalam istilah Biblioholisme (segala hal yang berkaitan buku dan dunia perbukuan), kita hendak melahirkan ‘biblioholis’ (kecanduan terhadap buku). Golongan pembaca umum dapat dikategorikan sebagai ‘biblioholis’. Dan, penulis yakin inilah tujuan akhir pada mana-mana kempen dan gerakan membaca yang dianjurkan selama ini bahkan perlu pada pendekatan yang menyeluruh untuk melahirkan pembaca seperti ini.

Penghayatan Budaya membaca

Dalam mana-mana perlaksanaan program budaya membaca, aspek penghayatan merupakan destinasi terakhir dalam menjayakan program ‘pembacaan’. Kita mungkin dapat menganjurkan program yang tersusun, terancang bahkan canggih, namun, aspek penghayatan tetap menjadi daya pengukur kejayaan sesuatu program. Penghayatan pembacaan merangkumi elemen-elemen berikut:

 Budaya membaca yang tinggi

 Kecintaan luar biasa terhadap buku dan bahan bacaan  Pembeli buku dan bahan bacaan yang luar biasa

 Mempunyai koleksi buku atau perpustakaan peribadi

 Tahu membezakan bahan bacaan bermutu dan yang sebaliknya

 Unsur-unsur intelektualisme tergambar dalam dirinya seperti pemikiran, cara

(8)

 Meminati secara serius hal-hal yang berkaitan buku dan dunia perbukuan atau budaya ‘Biblioholisme’.

Secara signifikan atau kesannya daripada penghayatan pembacaan akan melahirkan budaya “Biblioholisme”, yakni “kecanduan” atau ketagihan terhadap buku yang

menggambarkan tabiat luar biasa yang berkecenderungan membaca, membeli, menyimpan,, mencintai, dan mengagumi buku. “Biblioholisme” akhirnya melahirkan pencinta buku dan pembaca yang luar biasa. Seiringan dengan ‘Biblioholisme’, akan

lahirnya secara semulajadi budaya menulis sebagai kesan akhir dari pembacaan.

Dalam konteks makro pula, ‘budaya buku’ hendaklah dijadikan agenda

pembangunan nasional, bukan sekadar buku untuk bacaan teks sekolah, universiti, atau keperluan-keperluan ‘wajib’ yang lain. Buku sebenarnya wahana pendidikan rakyat, sebagai sumber pendidikan sepanjang hayat, sebagai alat memperkayakan nuansa pemikiran rakyat malah lebih dari itu, meningkatkan budaya dan moral. Buku dan membaca berkait rapat dengan ‘berbudaya ilmu’, yakni masyarakat yang berakal budi dan ‘culturally literate’.

Sekiranya masyarakat berbudaya ilmu yang ingin dilahirkan, maka ‘budaya buku’

(9)

dan budaya buku daripada asyik membesarkan berita-berita sensasi tentang seks, selebriti, fesyen mahu pun lebih berminat dengan rancangan realiti TV. Dengan kata lain, “negara” harus memberi NILAI yang sebenar pada daya buku itu sendiri, bukan sekadar

alat pendidikan formal di sekolah, tetapi sebagai komoditi budaya atau aset budaya negara.

Dalam konteks pengajian tinggi pula, membaca atau ‘biblioholisme’ perlu diajar sebagai satu disiplin ilmu yang merangkumi aspek estetika dan seni membaca, psikologi membaca, kemahiran membaca dan bukan sekadar pendekatan ‘marginal’ atau terpinggir yang selalu dikaitkan dengan pengajian kesusasteraan dan bahasa. Disiplin ‘ilmu biblioholisme’ ini perlu dijadikan pelajaran ‘wajib’ bagi semua pengajian bidang di

universiti. Selama ini kita tidak tahu dengan jelas kejayaan universiti dalam memupuk penghayatan budaya membaca yang tinggi di kalangan para pelajar universiti termasuklah para pensyarahnya. Yang kita tahu budaya bergantung sumber elektronik memang tinggi tetapi belum menyerap sepenuhnya budaya membaca. Akhirnya kita berjaya melahirkan pelajar yang “kaya” maklumat tetapi “miskin” ilmu.

‘Merakyatkan’ Budaya Membaca

(10)

mengadakan program ‘membaca’ ala realiti TV, tak kisahlah bentuknya sama ada,

Akademi Fantasia, Malaysian Idol, “Mencari Cinta’ (Buku), atau apa-apa saja kerana budaya membaca harus digambarkan sebagai aktiviti yang mernyeronokkan serta menceriakan. Sebenarnya contoh kejayaan cemerlang melalui peranan selebriti telah berjaya dilakukan di Amerika Syarikat melalui selebriti Oprah Winfrey melalui rancangan ‘Talk show’, di mana Oprah telah berjaya melariskan buku-buku di pasaran dan menggalakkan minat membaca rakyat Amerika (Farr, 2005).

Dokumentari Kembara Buku terbitan PNM

Langkah yang diambil oleh PNM dengan kerjasama RTM menerbitkan dokumentari ‘Kembara Buku’ merupakan langkah kehadapan yang harus dipuji kerana

cuba mengembangkan budaya buku secara meluas dan mengajak rakyat Malaysia memahami pesona dunia buku dan perbukuan. Sebenarnya dunia buku bukanlah dunia yang statik tetapi sebuah dunia buku yang tersendiri.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sebagai institusi ‘wajib’ dalam pembudayaan

pembacaan telah meneroka pendekatan yang kreatif, menarik dan berwajah baru dalam mengajak masyarakat Malaysia untuk mengenal dan mengapresiasi dunia buku dengan menerbitkan dokumentari TV Kembara Buku dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dokumentari yang bersifat ‘travelog’ itu telah pun mula ditayangkan

(11)

 Memberi promosi secara meluas menerusi siaran televisyen mengenai budaya

membaca kepada masyarakat.

 Mempromosi industri buku sebagai usaha galakan membaca masyarakat

Malaysia.

 Memberi persepsi baru kepada masyarakat tentang kepentingan buku sebagai

sumber ilmu.

Kembara Buku terbitan PNM merupakan dokumentari TV pertama di Asia yang bersifat travelog yang memberi fokus kepada dunia buku. Sebuah travelog yang melihat sisi lain yang memikat dunia buku yang jarang diterokai secara mendalam. Kita akan dibawa untuk mendekati para pencinta buku (biblioholis), aktivis dan ‘pejuang’ buku, institusi dan suasana pesta yang tidak pernah didedahkan sebelum ini.

Mempopularkan penerbitan ilmiah

(12)

yang mudah difahami. Siri-siri buku ini mendapat sambutan luar biasa, bahkan diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dunia termasuk bahasa Indonesia. Penulis percaya banyak lagi pendekatan-pendekatan kreatif dan popular yang dapat kita fikirkan dan usahakan bersama untuk ‘merakyatkan’ budaya membaca.

Kesimpulan

Budaya membaca sebenarnya berkaitan dengan pandangan ‘hidup’ kita yang

(13)

Rujukan

Farr, Cecilia Konchar. (2005). Reading Oprah: How Oprah’s Book Club changed the way American reads. New York: State University of New York Press.

Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) (2009). Dlm. Perpustakaan Negara Malaysia (2010). Perangkaan perpustakaan Malaysia 2009. Kuala Lumpur : PNM

Hassan Ahmad, Dato’ Dr (2004). Ke arah Dasar Buku Negara yang berkesan. Kertas kerja di Seminar Penilaian Semula Dasar Buku Negara anj. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, 3-4 September.

Hamedi Mohd. Adnan (2005). Masa depan industri buku dlm Dewan Masyarakat, Jun. Hal 19-21.

Jeniri Amir (2005). Sebaran ilmu melalui buku dlm Dewan Masyarakat, Jun. Hal 22-25. Kuala Lumpur Book Fair (2010). Kejayaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Kali Ke-29 Tahun 2010. http://www.kualalumpurbookfair.net/archives/32

Majlis Industri Buku Malaysia (MABIM) (2009). Dlm. Perpustakaan Negara Malaysia (2010). Perangkaan perpustakaan Malaysia 2009. Kuala Lumpur : PNM

Mohd. Sidin Ahmad Ishak (2005). Perkembangan sastera kanak-kanak di Malaysia: Buku Melayu mencari nafas baru. Shah Alam: Cerdik Publications.

Perpustakaan Negara Malaysia (2010). Perangkaan perpustakaan Malaysia 2009. Kuala Lumpur : PNM

Perpustakaan Negara Malaysia (2007). Profil Membaca Rakyat Malaysia 2005. Kuala Lumpur : PNM

Shaharom TM Sulaiman & Salasiah Abd. Wahab (2002). Keanehan dan keunggulan buku. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Shaharom TM Sulaiman (2004). Buku kekasih. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Shaharom TM Sulaiman (2004). Ada apa dengan buku. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Referensi

Dokumen terkait

yang melaporkan bahwa 43 bayi dengan SAM yang mengalami EHI didapatkan kadar NSE serum yang tinggi, dengan sensitifitas 79% dan spesifisitas 70% sebagai prediktor EHI derajat 2

Hasil penelitian ini menunjukkan bahwa retailing mix memiliki pengaruh yang cukup besar (82,3%) terhadap keputusan pembelian konsumen di gerai Indomaret di kota Gorontalo,

Graf Star adalah graf bipartit komplit yang satu titik hitamnya dihubungkan dengan setiap titik putih dengan tepat satu sisi. Graf bipartit komplit dengan titik

Dalam kajian kesan komposisi Ag dan C dalam pembinaan elektrod, elektrod yang dibina daripada penggunaan logam Ag yang lebih sedikit daripada C (30% Ag dan 70% C) iaitu elektrod

Demek ki, Agâh efendi Ankara muhitinde de kendisine büyük on şöhret yapmıştır kı, bu suretle «Agâh efendi budur» demek, onun hafı­ zalarda yaşayan

Aset Tetap adalah Barang Milik Daerah berupa aset berwujud yang memiliki dan atau dikuasai Pemerintah Daerah yang mempunyai masa manfaat lebih dari satu tahun,

40 Tahun 2007 digunakan sebagai bentuk badan hukum perbankan yang utama yang menempatkan kedudukan dan kewenangan pemegang saham yang terhimpun dalam RUPS sebagai

Hal ini menjadi dasar pemikiran rumusan masalah dalam penelitian ini adalah bagaimana mengolah data yang terdapat pada RhjFox menjadi sebuah viewboard yang