• Tidak ada hasil yang ditemukan

kajian tindakan dalam pendidikan .docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "kajian tindakan dalam pendidikan .docx"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBELAJARAN KOPERATIF BERBANTUKAN PETA MINDA DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN BAHAGIAN TAMADUN ISLAM BAGI MATA

PELAJARAN PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK

HAJAR NATASHA BINTI MOHAMAD L010361

NAMA PENSYARAH:

JUN 2017

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KPR 4063

(2)

Pembelajaran Koperatif Berbantukan Peta Minda Dalam Meningkatkan Penguasaan Bahagian Tamadun Islam Bagi Mata Pelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah

HAJAR NATASHA BINTI MOHAMAD

Abstrak

Kajian ini adalah bertujuan dalam melihat penggunaan pembelajaran koperatif bebantukan peta minda bagi meningkatkan penguasaan bahagian Tamadun Islam dalam matapelajaran Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah bagi pelajar tingkatan 5. Selain itu, kajian ini juga bertujuan dalam melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda. Seterusnya, kajian ini melihat penerimaan para pelajar terhadap penggunaan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda dalam meningkatkan penguasaan dan pencapaian pelajara dalam bahagian Tamadun Islam bagi matapelajaran PQS. Kajian ini dijalankan disebuah sekolah di Kuala Lipis, Pahang, Kajian ini telah dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif dengan sample kajian terdiri daripada 15 orang pelajar dan seorang guru di sebuah sekolah di daerah Kuala Lipis, Pahang. Kajian ini menggunakan dua set ujian objektif untuk ujian pra dan pasca, borang kaji selidik untuk melihat tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda, pemerhatian guru, dan persediaan mengajar. Hasil dapatan kajian menunjukan terdapat perbezaan peratus pada skor ujian pra dan pasca pelajar. Manakala, tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan pendekatan pembelajaran kooperatif berbantukan peta minda adalah ditahap sederhan positif. Secara keseluruhan, pengunaan pendekatan pembelajaran kooperatif berbantukan peta minda memberi sumbangan dalam meningkatkan penguasan dan pencapaian pelajar dalam bahagian Tamadun Islam bagi subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.

(3)

ISI KANDUNGAN

Kesan penggunaan peta minda Rumusan

(4)

BAB 1

1.0 PENDAHULUAN

Kajian ini dijalankan ke atas subjek elektif bagi pelajar menengah atas iaitu pelajar tingkatan lima berkaitan dengan pemasalahan dalam subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah. Dalam subjek ini terdapat enam topik utama yang perlu dikuasai oleh para pelajar antaranya ialah Pengajian Al-Quran, Pengajian Hadith, Ulum Hadith, Ulum Quran, Akhlak dan Tamadun Islam. Topik yang menjadi pilihan untuk dijalankan kajian tindakan adalah berkaitan dengan topik Tamadun Islam unit 38 yang berkaitan dengan Pemerintahan Zaman Khulafa’ Ar-Rasyiddin dari segi pentadbiran, ekonomi dan politik.

Subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah adalah sama seperti subjek sejarah yang mana pelajar tidak boleh tidak perlu mengingat fakta yang terdapat dalam subjek tersebut khususnya yang berkaiatan denga istilah-istilah yang harus diingat oleh pelajar. Seperti yang kita sedia maklum, apabila dikaitkan dengan fakta dan sejarah maka pelajar akan kurang berminat untuk mempelajari topik tersebut. Tambahan pula jika kita lihat pada topik Tamadun Islam kesemua tajuk adalah berkaitan dengan fakta yang harus dikuasai dan diingati oleh pelajar. Adalah penting bagi pelajar dalam menguasai fakta-fakta yang berkaitan denga tajuk kerana pada bahagian ini membawa kepada peratus markah yang besar dalam peperiksaan. Ianya bukan sahaja bertujuan untuk peperiksaan, akan tetapi adalah penting bagi pelajar untuk mengingati Tamadun Islam sebagai pengajaran dan iktibar kepada mereka supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama, selain mengambil perkara yang baik sebagai ikutan dalam hidup mereka.

(5)

1.1 PENYATAAN MASALAH

Sepanjang pemerhatian saya telah timbul satu isu dalam pembelajaran yang dapat saya lihat adalah murid tidak menguasai sepenuhnya dalam mempelajari bahagian Tamadun Islam yang terkandung dalam salah satu topik yang saya ajar disekolah. Hal ini dapat dilihat apabila para pelajar menjawab soalan peperiksaan, mereka kebanyakkannya tidak menjawab soalan bahagian Tamadun Islam. Sebagai contoh pada ujian penilaian tahap 1(PT1) yang lalu hanya seramai 5 orang yang memilih bahagian Tamadun Islam daripada 30 pelajar. Oleh yang demikian kajian ini adalah bertujuan membantu pelajar dalam menguasai dan memahami bab Tamadun Islam yang mereka pelajari di sekolah dan membantu mereka untuk menjawab soalan bahagian tamadun islam.

Kesukaran dalam menguasai dan mengingati fakta yang terkandung dalam bahagian Tamadun Islam membawa kepada mereka tidak menjawab dengan tepat pada bahagian yang melibatkan bahagian tamadun islam.

1.2 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan atas tujuan keprihatiana penyelidik keatas prestasi akademik pelajar terhadap subjek yang diajarnya. Kajian ini bertujuan dalam membantu para pelajar dalam mengusai bahagian Tamadun Islam bagi subjek Pendidikan Al-quran dan As-sunnah. Tambahan lagi kajian ini bertujuan dalam mengenalpasti teknik yang terbaik dalam membantu pelajar menguasai dan memahami bahagian tersebut. Hal ini kerana pada bahagian Tamadun Islam bagi subjek ini memberi peratus markah yang besar kepada para pelajar bagi peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 4/20 markah pada bahagian objektif. Disamping itu terdapat juga soalan pada bahagian subjektif yang menyumbang markah sebanyak 20/80. Oleh yang demikian, penyelidik membuat keputusan untuk menjalankan satu kajian tindakan dalam membantu para pelajar untuk menguasai dan memahami bahagian tersebut.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif umum

1.3.1. Meningkatkan tahap pencapaian serta penguasaan dan kefahaman pelajar dalam bahagian Tamadun Islam

(6)

1.3.2. Mengenalpasti faktor yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasi dan memahami bahagian Tamadun Islam

1.3.3. Mengenalpasti keberkesanan kaedah yang digunakan kepada tahap pencapaian pelajar serta penguasaan dan kefahaman dalam subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah.

1.3.4 Mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap kaedah yang digunakan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran PdP.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan mencari jawapan bagi beberapa persoalan kajian seperti yang disenaraikan di bawah:

1.4.1. Apakah faktor yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai bahagian Tamadun Islam?

1.4.2. Adakah kaedah yang digunakan dapat membantu pelajar dalam menguasai dan memahami bab tamadun islam serta meningkatkan pencapaian pelajar?

1.4.3. Apakah tahap penerimaan pelajar tehadap kaedah yang diguna pakai dapat membantu pelajar dalam menguasai bahagian Tamadun Islam?

1.5 DEFINISI ISTILAH

1.5.1. Pembelajaran Koperatif

Pembelajaran koperatif adalah salah satu daripada kaedah pengajaran yang berpusatkan murid. Koperatif bermaksud kerjasama antara dua atau tiga dan lebih dalam satu kumpulan. Menurut Johnson (1999) kaedah pembelajaran ini menggalakkan pelajar supaya belajar antara satu sama lain dalam satu kumpulan kecil. Tamabahan pula pembelajaran koperatif dijalankan dalam satu kumpulan dan setiap ahli kumpulan mempunyai satu matlamat yang sama. Sebagai contoh dalam memahami satu tajuk, setiap pelajar didalam kumpulan mempunyai matlamat yang sama untuk memahami tajuk tersebut.

(7)

1.5.2 Peta Minda

Menurut pengasas peta minda, Buzan (2007), peta minda bermaksud kaedah menyimpan, menyusun dan mengutamakan maklumat (selalunya dalam kertas) dalam bentuk grafik berangkai- rangkai menggunakan imej dan kata pencetus atau kata penting yang setiap satunya akan ‘merakam’ memori khusus dan menggalakkan idea dan pemikiran baru m/s 138. Dalam kajian ini peta minda dijadikan sebagai alat bantu dalam memudahkan pelajar berbincang dalam kumpulana dan membuat nota ringkas dalam memahami dan menguasai bahagian Tamadun Islam.

1.6 BATASAN KAJIAN

Kajian ini hanya memilih sample perempuan sahaja daripada pelajar yang mendapat pencapai yang pelbagai pada penilaian tahap 1. Sampel kajian hanya terdiri daripada pelajar tingkatan 5. Topik yang difokuskan bagi kajian ini adalah Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah tingkatan 5 bahagian Tamdun Islam tajuk Kepimpinan Khulafa’Ar-rasyiddin sahaja kerena pelajar menghadapi masalah dalam mengingat fakta dan memahami tajuk tersebut. Populasi yang akan dipilih adalah di sebuah sekolah menengah agama didaerah Kuala lipis, iaitu SMA Padang Tengku. Kajian ini telah dimulakan pada awal bulan April dan berakhir pada akhir bulan Mei.

Jadual 1: Perancangaan Pelaksanaan Kajian Tindakan

Bil Perkara Tarikh pelaksanaan

1. Mengenal pasti masalah 16.4.2017

2. Penulisan kertas cadangan kajian tindakan 19.4.2017

3. Merancang tindakan 21.4.2017

(8)

9. Refleksi dan penilaian 25-26.5.2017 10. Penulisan laporan kajian tindakan 27.5-8.6.2017

11. Pembentangan laporan kajian 10.6.2017

12. Pemurnian laporan kajian tindakan 11.6.2017

13. Penyerahan tugasan laporan kajian tindakan 30.6.2017

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting bagi mengetahui keberkesanan teknik pengajaran yang telah digunakan oleh guru dalam proses dan pembelajaran PdP. Hal ini bertujuan dalam mengubah mentaliti para guru dalam mengubah teknik pengajaran mereka kepada tahap yang lebih baik dan tidak lagi tertakluk kepada strategi pengajaran tradisional yang menggunakan pengajaran “chalk & talk”.

Kajian ini dalam usaha mempelbagaikan kaedah pengajaran para guru dalam sesi PdP agar proses tersebut boleh berjalan dengan lebih menarik. Hal ini kerana guru boleh mempelbagaikan pedagogi pengajaran mereka. Selain itu, kajian ini membantu dalam menarik minat pelajar terhadap subjek serta boleh membantu dalam menguasai bahagian Tamadun Islam.

Kajian ini dilakukan agar dapat membantu para guru dalam membuat penyeliaan terhadap kesesuaian pembelajaran koperatif dalam mata pelajaran kajian ini. Kajian ini diharap dapat menyumbang satu alternatif kepada pihak sekolah dalam merangka strategi untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Oleh yang demikian sekolah boleh merancang dan menggubal masa pembelajaran agar ianya bersesuaian dengan pelaksanaan pembelajaran koperatif di kelas.

(9)

1.8 RUMUSAN

Didalam Bab 1 ini penyelidik telah menjelaskan pengenalan kajian kepada kajian yang dijalankan. Tumpuan diberikan kepada pengajaran berpusatkan murid dimana para pelajar akan belajar secara berkumpulan bagi meningkatkan pemahaman mereka kepada bahagian Tamadun Islam serta mengetahui keberkesanan teknik tersebut kepada peningkatan prestasi pelajaran pelajar terhadap subjek tersebut. Bab 1 juga menjelaksan tentang perangkaan kajian dalam melaksanakan kajian, sebagai rujukan bagi memastikan setiap langkah yang diambil dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pendahuluan

Pada Bab 2 ini penyelidik akan membincangkan tentang pengertian pembelajaran koperatif berdasarkan kepada kajian dan pandangan penyelidik-penyelidik terdahulu serta kesan pembelajaran koperatif. Seterusnya, penyelidik akan membincangkan tentang pengertian peta minda dan kesan penggunaan peta minda dalam pembelajaran berdasarkan kepada pandangan penyelidikan yang telah dijalankan sebelum ini.

2.1 Pembelajaran Koperatif

Terdapat beberapa istilah yang digunakan bagi menggambarkan maksud pembelajaran koperatif. Kebiasaannya pembelajaran koperatif merujuk kepada pembelajaran secara berkumpulan dan berpustakan pelajar.

Menurut Kamus Dewan (1998), koperatif bermaksud kerjasama. Dalam konteks pembelajaran bermaksud pelajar digalakkan untuk belajar bersama-sama, berkongsi maklumat, berkongsi pendapat dan berinteraksi antara satu sama lain dalam kumpulan yang kecil.

(10)

Selain itu definsi pembelajar koperatif menurut Johnson (1999), ialah satu kaedah untuk menggalakkan pelajar belajar antara satu sama lain. Kumpulan pembelajaran kooperatif digunakan untuk mengajar topic tertentu, untuk memastikan memproses maklumat kognitif secara aktif semasa pengajaran dan juga menyediakan penguasaan jangka panjang dalam kemajuan akademik (Johnson, Johnson dan Smith, 1991).

Tambahan, menurut Hendrix (1999), menyatakan maksud pembelajaran koperatif bermaksud satu strategi pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri dan strategi pembelajaran seperti berikut, iaitu interaksi semuka, keupayaan individu, kemahiran sosial, dan proses kerja berkumpulan.

Secara amnya, pembelajaran koperatif adalam pembelajaran dalam kumpulan secara berkerjasama dalam mencapai matlamat bersama. Dalam kajian ini pembelajaran koperatif adalah pendekatan pembelajaran yang digunakan oleh pelajar di SMA Padang Tengku Kuala Lipis.

2.2 Tujuan Pembelajaran Koperatif

Dengan wujudnya pembelajaran koperatif pelajar dapat belajar bersama-sama dengan rakan sebaya dalam proses mengutip pengalam pembelajaran dalam kalangan pelajar. Menurut Idris (2000) tujuan pembelajaran koperatif adalah bertujuan meningkatkan kemahiran komunikasi antara perseorangan dan kumpulan. Hal ini adalah bertujuan dengan menggunakan teknik pembelajaran koperatif akan meningkatkan kemahiran komunikasi pelajar sesama mereka. Selain memberi pendedahan kepada pelajar dalam langkah mendidik mereka supaya berinteraksi dengan cara yang betul apabila berada di luar alam persekolahan.

Malahan, menurut Nor Hasliza (2012) dalam kajian beliau mengatakan bahawa anatar tujuan pembelajaran kopertif adalah untuk membentuk sifat kepimpinan dan kepercayaan dalam diri pelajar. Oleh kerana setiap kumpulan akan mempunyai Ketua, pencatat, pembentang dan sebagainya, yang mana setiap dari mereka mempunyai peranan yang penting dalam menjayakan projek atau tugasan. Oleh yang demikian dengan belajar berkumpulan akan meningkatkan harga diri pelajar.

(11)

Disamping itu, menurut Adam (2013) dalam kajian beliau menunjukkan bahawa dengan menggunakan teknik pembelajaran koperatif yang betul akan dapat meningkatkan prestasi akademik pelajar. Kata beliau dengan menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif akan meningkatkan motivasi pelajar seterusnya membawa kepada peningkatan prestasi akademik pelajar. Menurut beliau, pelajar kolej yang menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif mendapat GPA yang tinggi berbanding dengan pelajar yang belajar secara individu.

Kesimpulannya terdapat pelbagai kesan positif daripada pelaksanaan pembelajaran koperatif, antaranya ialah meningkatkan harga diri pelajar, peluang belajar mengikut kencenderungan dan yang paling penting adalah meningkatkan prestasi akademik pelajar yang menggunakan pendekatan pembelajaran ini.

2.3 Pengertian Peta Minda

Peta mida merupakan salah satu alat yang digunakan oleh pelajar dalam memudahkan mereka mengumpul maklumat, fakta dan idea dalam sesuatu subjek. Peta minda adalah satu kemahiran yang sangat penting kepada pelajar dalam membina nota.

Torchim (1989) menyatakan peta minda merupakan satu proses yang dapat membantu mengembangkan idea pada suatu topik yang berlainan. Menurut Tee, Jailani, Baharom, Widad dan Yee (2009), peta minda adalah suatu lakaran yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya dan beberapa garisan yang dikembangkan dari sekelilingnya untuk menggambarkan idea-idea penting serta dengan cabang-cabang kecil ini sebagai huraiannya.

Kesimpulannya, peta minda adalah satu alat yang boleh digunakan oleh para pelajar dalam rangka memudahkan mereka dalam menyimpan maklumat, idea, fakta-fakta penting dalam satu lembaran yang akan memudahkan mereka untuk mengulangkaji apabila ingin digunakan pada tiba musim peperiksaan kelak.

2.4 Kesan Penggunaan Peta Minda

Pemilihan bahan adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peta minda adalah satu alat yang boleh digunakan oleh para guru dalam langkah memudahkan para pelajar untuk mengumpul maklumat dan nota pelajaran mereka.

(12)

proses untuk mengingat semula juga adalah penting untuk pelajar memanggil kembali maklumat yang telah disimpan tadi, Muniroh, Hasfazilah, Pei Eng & Siti Nurleena (2017).

Menurut Mohd Mahzan, Abdul Razaq & Mohd Muhaimi (2014) berdasarkan hasil kajian mereka menunjukkan bahawa majoriti responden mengakui bahawa penggunaan peta minda mempunyai banyak manfaat termasuklah membantu pelajar mengingati fakta Sejarah, membantu pelajar untuk membuat ulangkaji secara efektif, memudahkan ulang kaji. Dan membantu pelajar dalam membantu pelajar dalam konsep-konsep pembelajaran Sejarah.

Tambahan lagi antara kesan lain yang dapat dilihat daripada penggunaan peta minda dalam prosess pembelajaran adalah meningkatkan pencapaian akademik pelajar seperti dibuktikan oleh kajian lepas oleh Leng Sim& Amir (2012), membuktikan dengan menggunakan peta minda peratus pelajar yang mendapat cemerlang bagi subjek Sains meningkat daripada tiada yang mendapat keputusan cemerlang pada ujuan pra berbanding dengan Ujian Pasca. Peningkatan sebanyak 19.23 % daripada 0% pada ujian pra. Ini membuktikan penggunaan peta minda dapat membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi akademik mereka.

Selain itu, berdasarkan kajian lepas oleh Kui Lik (2012), beliau berpendapat bahawa dengan menggunakan peta minda merupakan salah satu kaedah berkesan untuk meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk belajar. Hal ini kerana dengan wujudnya penggunaan peta minda ini menunjukkan peningkatan kepada prestasi pelajar tersebut jika dilihat dari sudut pencapaian pelajar. Malahan dengan menggunakan peta minda memberi motivasi kepada pelajar kerana ianya memudahkan para pelajar dalam mengingat sesuatu fakta dan maklumat penting dalam sesuatu bab pelajaran.

Kajian oleh Amiruniza (2012) mendapati maklumbalas murid tentang peta minda menunjukkan 100% suka belajar menggunakan peta minda. Lebih daripada separuh murid-murid menyatakan mereka suka menggunakan peta minda kerana dapat melukis dan mewarna. Sebab-sebab lain yang diberikan mereka ialah buku tidak nampak kosong serta mudah meng ingati apa yang di belajar selain dapat menambah ilmu pengetahuan.

(13)

pelajar agar terus berminat terhadap pelajaran yang mereka pelajari disekolah. Seterusnya membantu meningkatkan prestasi akademik meraka.

2.5 Rumusan

(14)

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pendahuluan

Pada Bab 3 penyelidik akan membincangkan tentang reka bentuk kajian yang akan digunakan mengikut model-model kajian tindakan, tatacara pemilihan populasi dan sample, prosedure pengumpulan data, instrument kajian yang digunakan serta prosedure menganalisi data. 3.1 Reka Bentuk Kajian

Dalam melaksanakan kajian ini penyelidik telah menggunakan kaedah kajian berbentuk campuran iaitu menggunakan kaedah kajian kualitatif dan kuantitatif. Yang mana kajian kualitatif digunakan bagi mencari kaedah yang paling berkesan dalam menyelesaikan masalah kajian. Manakala, kajian kuantitatif digunakan dalam mementukan keberkesanaan pendekatan yang digunakan serta tahap penerimaan pelajar terhadap pendekatan tersebut. Dalam melaksanakan kajian ini saya telah menggunakan proses dan prosedur kajian mengikut Model Somekh adalah seperti berikut:

Langkah 1: mengenalpasti isu dan masalah

(15)

Langkah 2: mengumpul data

Penyelidik menjalankan ujian pra kepada pelajar bagi mengetahui tahap penguasan mereka terhadap subjek. Malahan guru juga mengedarkan borang kaji selidik bagi mengetahui faktor-faktor yang menjadi penyebab kepada pelajar kurang memahami dan menguasai bahagian Tamadun Islam. Disamping itu, penyelidik juga membuat kajian literatur berdasarkan kepada kajian-kajian penyelidikan yang lepas dalam langkah mencari kaedah yang sesuai untuk menyelesiakan masalah yang dihadapi oleh pelajar di sekolah tersebut

Langkah 3: analisis data

Penyelidik membuat analisis data terhadap ujian pra yang dijalankan telah dijalankan dengan menganalisi peratus pelajar yang mendapat skor 1-5, 6-10, dan 11-15.

Langkah 4: rancang tindakan

Berdasarkan kepada kajian literatur, guru merancang pengajaran dengan menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda. Dengan cara;

i. Guru mengkelompokkan pelajar kepada 3 kumpulan yang mengandungi 5 orang bagi setiap kumpulan.

ii. Pelajar diberi tajuk yang berbeza

iii. Pelajar diminta untuk membina peta minda berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru dalam kumpulan

iv. Pelajar akan membentangkan hasil kerja mereka dalam kumpulan Langkah 5: laksana tindakan

Penyelidik akan melaksankan rancangan tindakan yang dirancang semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Langkah 6: kumpul data dan sahkan perubahan

Penyelidik akan mengedarkan soalan ujian pasca dan borang soal selidik bagi mengesan perubahan tahap pencapian pelajar serta keberkesanan pendekatan yang digunakan.

Langkah 7: analisis dan menilai

(16)

dengan cara mengira min ya atau tidak berdasarkan dapatan kajian. Seterusnya penyelidik akan menilai kedua-dua hasil kajian dalam melihat kesesuaian pendekatan tersebut untuk diaplikasikan kepada pelajar lain. Tambahan bagi tahap penerimaan pelajar analisis dilakukan dengan mengira min dan ya bagi jawapan yang diberikan oleh pelajar.

Langkah 8: putaran seterusnya

Penyelidik merancang langkah seterusnya dalam memperbaiki kelemahan yang berlaku semasa kajian dijalankan.

3.2 PERLAKSANAAN PERANCANGAN TINDAKAN

Berdasarkan kepada tinjauan awal yang telah dilakukan, penyelidik membuat perancangan kajian tindakan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar terhadap bahagian Tamadun Islam. Oleh yang demikian penyelidik telah merancang untuk mengadakan sesi pengajaran yang menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai.

Rajah 2: Kerangka Konsep Kaji Guru mengajar

Pelajar membina peta minda Pembelajaran

koperatif berbantukan peta

minda

Pelajar membentangkan tugasan

(17)

3.3 PELAKSANAAN PENGAJARAN TAMADUN ISLAM MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KOPERATIF BERBANTUKAN PETA MINDA

Dalam melaksanakan pengajaran menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda bagi bahagian Tamadun Islam dalam subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, guru menjalankan pengajaran mengikut perancangan yang telah ditetapkan, antara langkah yang digunakan guru dalam melaksanakan pengajaran adalah seperti dibawah;

Langkah 1

Guru mengemukakan tajuk pelajaran yang akan dipelajari oleh pelajar Pemerintahan Zaman Khulafa’ Arrasyidin

i. politik ii. ekonomi iii. pentadbiran Langkah 2

Guru memperkenalkan secara umum bahan pengajaran dan idea-idea utama dalam topic yang akan diajar. Guru mengemukakan pertanyaan kepada murid bagi meningkatkan kesedaran murid. Pelajar disusun dalam kumpulan mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh guru. Langkah 3

Pelajar diminta membina peta minda dalam kumpulan yang telah ditetapkan oleh guru mengikut topik-topik yang diberikan oleh guru. Guru membimbing dan memantau aktiviti pelajar membina peta minda.

Pemerintahan Zaman Khulafa’ Arrasyidin i. politik

ii. ekonomi iii. pentadbiran Langkah 4

(18)

Dalam melaksanakan kajian ini terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh penyelidik. Terutamanya berkaitan dengan kekangan masa yang dihadapi oleh penyelidik, oleh kerana kajian dijalankan dalam tempoh hanya lebih kurang sebulan sahaja iaitu dari awal April sehingga akhir Mei maka tarikh-tarikh ini banyak bertembung dengan peperiksaan yang berlangsung disekolah. Tambahan lagi, terdapat segelintir pelajar tidak memberikan sepenuhnya komitment terhadap tugasaan yang diberikan disebabkan oleh ketidak serasian antara ahli kumpulan.

3.4 Kumpulan Sasaran

Kumplan sasaran bagi kajian ini secara populasinya adalah seramai 110 orang yang mana mereka merupakan pelajar tingkatan 5 SMA Padang Tengku. Manakala sampel nya adalah hanya 15 orang pelajar yang mendapat pelbagai skor dalam penilaian P1. Sample diambil secara rawak berdasarkan kepada keputusan yang pelbagai yang diperolehi pelajar pada ujian penilaian tahap 1 (PT1).

3.5 Pengumpulan Data

Dapatan kajian telah dikumpukan melalui dua cara iaitu soal selidik dan set ujian pra dan pasca.

3.5.1 Prosedur Pengumpulan Data Melalui Soal Selidik

Pengumpulan data telah dilakukan dengan menggunakan beberapa cara. Pertama dalam mendapatkan mengenai tahap penguasaan pelajar terhadap subjek penyelidik menggunakan borang soal selidiki. Semasa mengedarkan soal selidik, responden kajian telah diterangkan mengenai kajian yang dijalankan dan tujuan kajian dijalankan. Soalan-soalan soal selidik difokuskkan pada aspek-aspek berikut;

i. Faktor penyebab kepada kurang penguasaan bahagian Tamadun Islam

ii. Penerimaan responden terhadap pendekatan yang digunakan dalam proses PdP 3.5.2 Prosedur Pengumpulan Data Melalui Ujian Pra Dan Pasca

Manakala, dalam menentukan keberkesanan pendekatan yang digunakan penyelidik telah menggunakan set soalan ujian pra dan pasca. Selepas pendekatan pengajaran diubah set ujian pasca telah diedarkan kepada pelajar dan meminta pelajar untuk menjawabnya dalam menentukan keberkesanan ujian yang telah dijalankan.

(19)

Dalam melaksanakan kajian ini penyelidik telah menggunakan 2 jenis instrument kajian iaitu: i. Soalan-soalan ujian – dua set soalan ujian akan diberikan kepada pelajar. Dua set soalan tersebut adalah terdiri daripada set soalan pra dan pos ujian. Kedua-dua set soalan adalah terdiri daripada soalan objektif dari salah satu bahagian tamadun islam berkaitan dengan tajuk “Pemerintahan Zaman Khalifah Arrasyidin”. Kedua-dua set soalan ini adalah bertujuan untuk melihat pencapaian murid bagi ujian tersebut. Kedua-dua ujian ini akan dibandigkan pencapaiannya dan menjadi penanda aras kepada keberkesanan kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan. ii. Borang kaji selidik – Borang kaji selidik adalah berkaitan dengan tahap

penerimaan terhadap keberkesanaan kaedah pembelajaran kooperatif berbantukan peta minda terhadap pelajar dan faktor-faktor yang menyebabkan pelajar kurang menguasai dan memahami bahagaian Tamadun Islam.

3.7 Prosedur Penganalisisan Data

Data yang telah dikumpulkan dianalisi secara kualitatif dan kuantitatif mudah. Semua data yang diperolehi melalui soal selidik dan set ujian pra dan pasca dikumpulkan. Kesemua data tersebut dianalisis secara manual. Data yang diperolehi daripada soal selidik dianalisi secara kiraan mudah berdasarka kepada bilangan respoden yang menjawab mengikut skala YA/TIDAK. Melalui analisis penyelidik dapat mengetahui faktor penyebab kepada kurang menguasai bahagian Tamadun Islam serta tahap penerimaan pelajar terhadap pendekatan baru yang digunakan. Manakala bagi data ujian pra dan pasca ianya dikira berdasarkan kepada skor yang diperolehi oleh pelajar bagi mengetahui keberkesanan teknik yang digunakan terhadap pelajar. Analisis data dilakukan seperti berikut:

Berikut adalah jadual prosedur penganalisisan data bagi kajian ini: Jadual 2: Prosedur Analisis Data

Bil Persoalan Instrument Analisis

1. Apakah faktor yang menyebabkan pelajar tidak dapat menguasai bahagian Tamadun Islam?

Soal selidik Peratus YA/TIDAK 2. Adakah kaedah yang digunakan dapat membantu

pelajar dalam menguasai dan memahami bab tamadun islam serta meningkatkan pencapaian pelajar?

Ujian pra dan pasca

Perbezaan skor pelajar

(20)

yang diguna pakai dapat membantu pelajar dalam menguasai bahagian Tamadun Islam?

YA/TIDAK

3.8 Etika Kajian

Dalam mempastikan kajian ini tidak melanggar etika dalam kajian, beberapa etika kajian perlu dipatuhi oleh penyelidik. Hal ini kerana bertujuan dalam memelihara kerahsiaan responden dan menjaga nama baik para penyelidik agar tidak menjejaskan proses kajian yang dijalankan.

Berikut merupaka etika-etika yang harus dipatuhi penyelidik;

i. Penyelidik haruslah menerangkan tujuan kajian dijalankan kepada responden agar responden faham akan tujuannya.

ii. Penyelidik haruslah mendapat persetujuan daripada responden sebelum menjalankan kajian keatas mereka.

iii. Penyelidik bertanggungjawab dalam memelihara maklumat dan data yang diperolehi daripada responden bertujuan menggelakkan daripada pembelotan berlaku.

iv. Penyelidik bertanggungjawab dalam merahsiakan identiti responden dan data yang dipungut dari mereka.

3.9 Rumusan

(21)

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.0 Pendahulan

Pada Bab 4 ini penyelidik akan menerangkan tentang dapatan kajian yang diperolehi daripada pengumpulan data sepanjang kajian ini dijalankan. Oleh yang demikian terdapat tiga rajah yang berbeza yang menunjukkan kepada dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian mengikut kepada persoalan kajian

4.2 Analisis Data Soal Selidik

Persoalan kajian 1; apakah faktor penyebab kepada pelajar kurang menguasai bahagian Tamadun Islam

Analisis data faktor penyebab kepada pelajar kurang menguasai bahagian Tamadun Islam diambil daripada borang kaji selidik yang telah diberi kepada pelajar. Analisis dibuat berdasarkan daripada bilangan jawapan reponden yang menjawab YA/TIDAK.

Jadual 3: Faktor Kurang Menguasai Bahagian Tamadun Islam

Item Ya Tidak

Adakah anda minat untuk bahagian Tamadun Islam 100% (n=15)

0% (n=0) Saya sering membaca bahagian Tamadun Islam 27%

(n=4)

73% (n=11) Adakah anda merasakan bahagian Tamadun Islam

adalah susuh

33% (n=5)

67% (n=10) Adakah fakta-fakta dan peristiwa dalam Tamadun Islam

susah diingati

67% (n=10)

33% (n=5) Cara guru mengajar dapat membantu dalam menguasai

bahagian Tamadun Islam

67% (n=10)

33% (n=5) Urutan peristiwa yang banyak membuatkan saya kurang

menguasai bahagian Tamadun Islam

67% (n=10)

(22)

Jadual 3 menunjukkan faktor penyebab kepada kurang penguasan bahagian Tamadun Islam oleh pelajar dalam subjek PQS. Jadual menunjukkan faktor tertinggi yang menyebabkan kurang penguasan pelajar terhadap subjek adalah disebabkan pelajar kurang membaca pada bahagian tersebut, jadual menunjukkan peratus yang kurang membaca melebih peratus yang sering membaca pada bahagia tersebut dengan peratus sebanyak 73% pelajar kurang membaca pada bahagian tersebut.

4.3 Analisis Data (Ujian Pra Dan Pasca)

Persoalan 2; Adakah kaedah yang digunakan dapat membantu pelajar dalam menguasai dan memahami bab tamadun islam serta meningkatkan pencapaian pelajar?

Analisis skor responden telah diambil daripada hasil ujian pra dan pasca. Kedua-dua ujian adalah bertujuan dalam melihat perubahan skor responden berdasarkan kepada perubahan strategi kaedah pengajaran guru dan pembelajaran responden. Ujian pra dijalankan hasil daripada strategi pengajaran tradisional pendekatan guru bersyarah dan responden menjadi pendengar. Manakala ujian pasca adalah hasil skor responden daripada strategi pembelajaran aktif menggunakan pendekataan pembelajaran kooperatif berbantukan peta minda yang dibina responden. Berikut merupakan skor ujian pra dan pasca responden;

Jadual 4: Keputusan Ujian Pra dan Pasca Responden

Skor Ujian pra Ujian pasca Beza

Frekuensi % Frekuensi % Frenkuensi

1-5 4 27 0 0 -4

6-10 11 73 4 27 -7

11-15 0 0 11 73 +11

(23)

4.4 Analisi Data (Borang Kaji Selidik Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap Teknik Pengajaran)

Persoalan 3: Apakah Tahap Penerimaan Pelajar Tehadap Kaedah Yang Diguna Pakai Dapat Membantu Pelajar Dalam Menguasai Bahagian Tamadun Islam?

Analisis penerimaan pelajar terhadap teknik pengajaran yang menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda diselidik berdasarkan kepada borang selidik yang telah diedarkan oleh guru kepada responden pada akhir sesi pengajaran

Jadual 5: Penerimaan Responden Terhadap Teknik Pengajaran

Item Ya Tidak

Saya suka belajar tamadun islam secara koperatif berbantukan peta minda

1.857 ( n=13) 0.285 ( n=2) Peta minda dan pembelajaran koperatif menyusahkan saya

mempelajari bahagian tamadun islam

0.428 ( n=3) 1.748 (n=12) Peta minda dan pembelajaran koperatif membuatkan saya

suka kepada bahagian tamaduan islam

1.857( n=13) 0.285 ( n=2) Peta minda dan pembelajaran koperatif membantu saya

dalam memahami bahagian Tamadun Islam

1.748 ( n=12) 0.428 ( n=3) Setiap pelajar hendaklah menggunakan peta minda dalam

bahagian tamadun islam bagi memudahkan mengingat fakta

1.428 (n=10) 0.714 (n=5) Pembelajaran koperatif membolehkan saya lebih banyak

bertanya soalan kepada rakan sekumpulan

1.428 (n=10) 0.714 (n=5) Pembelajaran koperatif mendidik saya untuk

bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan oleh guru

1.748 (n=12) 0.428 (n=3)

MIN 10.42 4.57

Berdasarkan kepada jadual 5 boleh kita perhatikan sikap penerimaan pelajar terhadap teknik pengajaran yang dilaksanakan oleh guru. Jika dilihat daripada hasil soal selidik secara majoritinya responden dengan min 1.857 suka kepada teknik pengajaran yang baru iaitu menggunakan pendekatan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda. Tambahan pula jika dilihat pada jadual min menunjukkan 1.428 berpendapat bahawa dengan menggunakan peta minda membantu mereka dalam mengingat fakta pada bahagian Tamadun Islam.

(24)

Justeru pada Bab 4 ini penyelidik telah menyatakan hasil dapatan kajian dengan menggunakan 3 bentuk analisis yang mudah iaitu melihat peratus pada bahagian faktor penyebab kurang menguasai bahagian Tamadun Islam. Selain itu pada melihat keberkesanan teknik pembelajaran menggunakan perbezaan bilangan skor pelajar. Dan terakhir menggunakan min dalam menentukan tahap penerimaan responden terhadap teknik yang diguankan.

(25)

PERBINCANGAN

5.0 Pendahuluan

Pada Bab 5 ini penyelidik akan membincangkan tentang perbincangan mengenai hasil dapatan kajian. Setiap dapatan kajian yang dibincangan adalah berdasarkan kepada urutan persoalan kajian. Pada setiap dapatan kajian akan disisipkan bersama sokongan dapatan kajian lepas mengenai isu yan akan dibincangkan. Perbincangan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan faktor yang mendorong pelajar kepada kurangnya penguasaan terhadap bahagian Tamadun Islam. Tambahan lagi, dalam kajian ini turut melihat kesan penggunaan teknik ini keatas responden melalui ujian pra dan pasca. Kajian juga membincangkan tentang tahap penerimaan responden terhadap penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda dalam kalangan responden.

5.1 Faktor Yang Mendorong Kepada Kuranganya Penguasaan Pelajar Terhadap Bahagian Tamadun Islam

Jika dilihat kepada analisis dapatan kajian menunjukan bahawa antara faktor yang paling besar yang mendorong kepada kurannya penguasan pelajar terhadap bahagian Tamadun Islam adalah disebabkan oleh kurang membaca pada bahagian tersebut, dapatan menunjukkan bahawa 11 orang daripada 15 orang pelajar kurang membaca pada bahagian Tamadun Islam.

Selain itu, antara faktor lain yang mendorong kepada kurangnya penguasan pelajar terhadap bahagian Tamadun Islam adalah disebabkan oleh fakta yang banyak dan susah untuk diingat oleh pelajar dengan dapatan kajian mendapati bahawa 67% (n=10) responden berpendapat bersetuju dengan kenyataan itu. Dapatan ini disokong oleh Khairuddin (2011), yang menyatakan bahawa masih ramai pelajar menghadapi kesukaran mengingati fakta Sejarah dalam jangka masa yang panjang.

(26)

Justeru itu, boleh penyelidik simpulkan disini bahawa antara faktor besar yang mempengaruhi kurang membaca pada bahagian Tamadun Islam serta terdapat banyak fakta yang perlu dikuasai oleh pelajar. Oleh hal yang demikian penyelidik menyarankan agar para guru berusaha dalam mencari metode yang sesuai bagi membantu pelajar untuk menguasai subjek yang mempunyai fakta yang banyak untuk diingati oleh pelajar.

5.3 Keberkesannan Teknik Yang Digunakan Dalam Membantu Pelajar Menguasai Serta Meningkatkan Prestasi Pada Bahagian Tamadun Islam.

Dalam menentukan keberkesanan teknik yang digunakan, penyelidik telah menjalankan dua set ujian pra dan pasca semasa sebelum dan selepas teknik dilaksanakan. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam frekuensi pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca. Peratus pencapian responden yang mendapat skor 11-15 adalah meningkat daripada n=0 pada ujian pra manakala telah meningkat kepada n=11 pada ujian pasca. Perbezaan yang signifikan adalah berikutan daripada perubahan pendekatan yan digunakan oleh guru semasa sesi PdP. Guru telah menukar teknik pengajaran daripada teknik tradisional kepada teknik pembelajaran koperatif berbabntukan peta minda. Manakala jika dilihat pada ujian pra terdapat murid yang skor bawah daripada 5 buktinya dapatan menunjukan seramai n=4 telah skor pada 1-5 ini menunjukkan bahawa teknik pengajaran tradisional kurang membantu pelajar dalam menguasai bahagian Tamadun Islam. Hal yang demikian menunjukkan bahawa dengan menggunakan teknik ini dapat membantu pelajar dalam menguasai serta meningkatkan pencapaian mereka pada bahagian Tamadun Islam.

Dapatan ini disokong dengan dapatan kajian Leng Sim & Amir (2012), yang menunjukkan peningkatan prestasi pada ujian pos dan pasca oleh kerana guru menggunakan pendekatan peta minda dalam sesi pembelajaran. Disamping itu, menurut Adam (2012), daripada dapatan kajian beliau mendapati bahawa dengan menggunakan pembelajaran koperatif ramai pelajar kolej mendapat GPA yang tinggi. . Hal ini selaras dengan dapatan kajian oleh Mohd Mahzan, Abdul Razaq & Mohd Muhaimi (2014).

Kesimpulannya disini pendekatan yang digunakan oleh penyelidik dapat membantu pelajar dalam menguasai serta meningkatkan prestasi pada bahagian Tamadun Islam. Oleh yang demikian para guru boleh mengaplikasikan teknik pembelajaran berpusatkan murid agar dengan cara ini dapat membantu mereka mengingat fakta yang banyak seterusnya menjadikan sesi pembelajaran satu sesi yang menarik dan seronok.

(27)

Secara amnya, tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan pendekatan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahagian Tamadun Islam bagi mata pelajaran PQS menunjukkan pada tahap sederhana positif dengan min sebanyak 10.42.Pelajar dapat menerima pendekatan yang digunakan berdasarkan kepada alasan memudahkan mereka mengingat fakta dan memudahkan mereka memahami serta menguasai bahagian Tamadun Islam. Ini dapat dilihat dalam proses mereka menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kepada mereka. Pelajar memberi kerjasama dan komitmen dalam menyiapkan tugasan. Tambahan dengan menggunakan pendekatan ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran aktif. Hal ini adalah penting bagi tenaga pengajar oleh kerana boleh membantu mereka dalam mencari kaedah yang sesuai dalam menarik minta pelajar untuk mempelajari bahagian Tamadun Islam menggunakan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda.

Akan tetapi dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa pelajar tidak dapat menggunakan pendekata ini dalam mengingat fakta dan menguasi tajuk. Ini adalah selaras dengan dapatan kajian lepas oleh Mohd Mahzan, Abdul Razaq & Mohd Muhaimi (2014) yang menunjukkan penerimaan sederhana positif pelajar terhadap penggunaan peta minda dalam pembelajaran.

Kesimpulannya, pelajar boleh menerima pendektan yang digunakan oleh guru oleh kerana pendekatan yang digunakan membawa impak positif kepada hasil pembelajaran mereka. Oleh yang demikian, pendekatan ini sewajarnya diaplikasikan didalam kelas dalam usaha melengkapkan dan mewujudkan suasana harmoni dalam bilik darjah agar pembelajaran menjadi satu sesi yang menyeronokkan bukan membosankan.

5.5 Cadangan

(28)

5.6 Rumusan

Rumusannya pada Bab 5 ini penyelidik memfokuskan kepada perbincangan berkaitan dengan dapatan kajian seterusnya dibuktikan oleh kajian lepas. Terdapat 3 fokus yang dibincangkan dalam Bab 5 ini, terutamanya berkaiatan dengan faktor, keberkesanan dan tahap penerimaan pelajar terhadap pendekatan yang digunakan didalam PdP. Kesimpulan yang boleh dibuat bagi kajian tindakan adalah pendekatan pembelajaran koperatif berbantukan peta minda telah terbukit dapat meningkatkan pencapaian serta membantu pelajar dalam mengingat serta menguasi bahagian Tamadun Islam bagi pelajar tingkatan 5. Selain dapat meningkatkan prestasi pelajar adalah didapati juga bahawa pelajar lebih berminat menggunakan pendekatan ini berbanding dengan pendekatan tradisional yang menggunaka pendekataan berpusatkan guru.

(29)

Anthony R. Adams (2013), Cooperative Learning Effects On The Classroom. Northen Michigan University.

Amiruniza K. (2012), Penggunaan peta minda bagi meningkatkan minat belajar murid terhadap pelajaran kajian tempatan. PISMK – OUM- Institut Perguruan Sarawak, Miri.

Buzan, B. dan Buzan (2003), T. The Mind Map Book.London: BBC Worldwide Limited. Haslina Binti Mohd Sani (2012), Kesan Penggunaan Peta Minda Dalam Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah, Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional Universiti Tun Hussien Onn Malaysia.

Hendrix, J.C. (1999). Connecting cooperative learning and social studies. The Clearing House. 57-63. Diakses dari http://ezpolson.nmu.edu:5749/ps/i.do?&id=GALE

%7CA55684628&v=2.1&u=lom_nmichu&it=r&p+ITOF&sw=w

Johnson, D., Johnson, R., dan Holubec, E. (1999). The New Circles of Learning: Cooperation in the Classroom and School. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Johnson, D. W., Johnson, R. T., & Smith, K. A. (1991). Active learning: Cooperation in the college classroom. Edina, MN: Interaction.

Kamus Dewan (1998), Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairuddin Ahmad (2011). Keberkesanan Kaedah Peta Konsep terhadap Pencapaian, Sikap dan Kemahiran Memahami Kronologi dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lim Kui Lik (2012), Penggunaan Peta Minda Dalam Meningkatkan Kefahaman Dan Ingatan Murid Tahun 4 Dalam Subjek Sains. Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.31-45

Mohd Mahzan Awang, Abdul Razaq Ahmad & Mohd Muhaimi Abdil Rahman (2014), Penggunaan Peta Minda Oleh Pelajar Pintar Cerdas Dalam Pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidikan Malaysia 39(2) (2014):95-100.

Siegel, C. (2005). Implementing a research based model of cooperative learning. The Journal of Educational Research. 98 (6).1-15.

Tee, T. K, Jailani Md Yunos, Baharom Mohamad, Widad Othman & Yee, M. H. (2009). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menerusi Peta Minda Bagi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009).

(30)

Trochim (1989). Concept Mapping Resource Guide. Retrieved from http://www.socialresearchmethods.net/maping/maping.html

LAMPIRAN

(31)

ARAHAN :Jawab semua soalan dibawah.

1. Apakah tujuan mempelajari tamadun islam

i. Supaya dapat mengenal pasti sumbangan sesuatu bangsa ii. Dapat mengenal pasti peranan sesuatu bangsa

iii. Mendedahkan kemajuan manusia dalam bidang pentadbiran iv. Mendedahkan corak kehidupan manusia

A I,II dan III B I, II dan IV C I,III dan IV D II, III dan IV

2. Dimanakah pusat pentadbiran khulafa’ arrasyidin

A makkah B maddinah

C basrah D kuffah

3.

Pernyataan diatas adalah berkaitan dengan sistem

A immamah B syura

C demokrasi D wasiyyah

4.

Rajah diatas ialah struktur organisasi pentadbiran pada zaman khalifah arrasyidin. X merujuk kepada

A pentadbiran jabatan B pentadbiran pusat C pentadbiran wilayah D pentadbiran daerah 5.

 Keputusan dibuat berdasarkan prinsip syara’

 Pendapat ahli jawatankuasa sebagai asas pemerintahan negara

(32)

Rajah diatas ialah struktur organisasi pentadbiran pada zaman khulafa arrasyidin. X merujuk kepada

A pentadbiran jabatan B pentadbiran pusat

C pentadbiran wilayah D pentadbiran daerah

6. Antara peraturan baru berkenaan dengan tanah yang digubal oleh khalifah Umar bin Al-Khatab ialah

A setiap individu diberi masa selama tiga tahun untuk mengusahakan tanah, jika tidak diusahakan tanah tersebut akan diberi kepada orang yang ingin mengusahakannya

B tanah yang diusahakan yerbiar begitu sahaja

C tanah yang diusahakan tidak akan dikenakan cukai

D diberi masa selama dua tahun sebagai amaran supaya pemilik akan mengusahakan tanah mereka

7. Apakah maksud “kharaj”

A harta rampasan perang

B harta yang ditinggalkan oleh orang kafir sebelum berperang

C cukai tanah yang dikenakan kepada orang kafir

D cukai tanah yang dikenakan kepada orang kafir yang memiliki tanah

8. Berikut adalah langkah- langkah untuk mempertingkatkan penggunaan tanah pertanian pada zaman Khalifah Arrasyidin

i. Menggubal qanun tanah negara ii. Meminda peraturan memiliki tanah iii. Menggali terusan untuk pengairan iv. Mengutip cukai bagi tanah terbiar

A I dan II B I dan III

C II dan III D III dan IV

xx

membahagikan pentadbiran negara islam kepada beberapa wilayah

membahagikan pentadbiran negara islam kepada beberapa wilayah

bertanggungjawab mengetuai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan

bertanggungjawab mengetuai aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan

(33)

9. Berikut merupakan jenis-jenis cukai pada zaman khulafa’ arrasyidin kecuali

A fai’ B jizyyah

C kharaj D asyur

10. Apakah sumber ekonomi yang paling penting pada zaman pemerintahan Saidina Umar?

A ghanimah B perdagangan

C cukai D pertanian

11. Peperangan yang berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar Assidiq ialah

A peperangan badar B peperangan khanin

C peperangan khandaq D peperangan riddah

12. Semasa zaman pemerintahan khulafa’ arrasyiddin pemimpin dilantik melalui sistem

A monarki B syura

C demokrasi D suara ramai

13. Manakah antara yang berikut yang paling tepat dengan sistem demokrasi i. Dicipta oleh pemikir politik barat

ii. Pendapat dari majoriti rakyat

iii. Keputusan berdasarkan kepada prinsip syara’

iv. Berteraskan kepada kekuasaan dan kedaulatan rakyat

A I, II dan III B I, II dan IV C I, III dan IV D II, III dan IV

14. Jabatan apakah yang ditubuhkan oleh syaiddina Umar Al-Khatab bagi melicinkan urusan pentadbiran

A jabatan kewangan B penyelia tawanan perang

C pengurusan pembelajaran Al-Quran D Jabatan bait al-mal

15. Apakah konsep politik dalam islam

A salah satu aspek kehidupan orang islam B sistem pemerintahan sesebuah wilayah

C sistem mentadbir sesebuah negara islam D sistem pengurusan sesebuah wilayah

(34)

PERHATIAN: Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini adalah sulit dan adalah bagi kegunaan laporan kajian saya. Kerjasama daripada pihak anda saya dahului dengan ucapan terima kasih.

(A) PENILAIAN TERHADAP KEBERKESANAAN TEKNIK PENGAJARAN (PEMBELAJARAN KOPERATIF BERBANTUKAN PETA MINDA)

Bahagian ini bertujuan bagi melihat keberkesanan teknik pengajaran (pembelajaran koperatif berbantukan peta minda) kepada pelajar terhadap bahagian Tamadun Islam dalam subjek Pendidikan Quran Sunnah (PQS).

Arahan:Tandakan (√) pada yang berkenaan

Item Ya Tidak

Saya suka belajar tamadun islam secara koperatif berbantukan peta minda Peta minda dan pembelajaran koperatif menyusahkan saya mempelajari bahagian tamadun islam

Peta minda dan pembelajaran koperatif membuatkan saya suka kepada bahagian tamaduan islam

Peta minda dan pembelajaran koperatif membantu saya dalam memahami bahagian Tamadun Islam

Setiap pelajar hendaklah menggunakan peta minda dalam bahagian tamadun islam bagi memudahkan mengingat fakta

Pembelajaran koperatif membolehkan saya lebih banyak bertanya soalan kepada rakan sekumpulan

Pembelajaran koperatif mendidik saya untuk bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan oleh guru

AKTIVIT PEMBELAJARAN KOPERATIF, PEMBINAAN PETA MINDA DAN

(35)

Referensi

Dokumen terkait

Pemodelan dengan sistem dinamis merupakan metode penelitian yang dapat digunakan untuk mengestimasi variabel lingkungan, sosial dan ekonomi yang akan terjadi pada masa

Penelitian yang telah dilakukan pada PT Telkomsel Branch Ambon telah membuktikan keefektifan komunikasi organisasi penyelia Divisi Broadband and Digital Sales Telkomsel untuk

Tim Pembina kabupaten/kota adalah sebuah tim ahli yang bertugas melaksanakan pembinaan peserta olimpiade di tingkat kabupaten/kota yang ditunjuk dan ditetapkan

(1986) juga menjelaskan ciri dominan dari perkembangan geologi Papua yang merupakan transformasi antara sejarah tektonik dari batuan kraton Australia dan Lempeng Pasifik

Tuliskan secara ringkas tentang prototipe yang dihasilkan dari riset ini dengan fokus menyangkut spesifikasi teknis seperti : bentuk, dimensi, fungsi, dsb. Jumlah

Dengan demikian penatagunaan tanah penting untuk dilakukan karena bisa mensinergiskan antara kegiatan pembangunan (termasuk infrastruktur) dengan rencana tata ruang yang ada

Dapat dimengerti bahwa akibat yang luas dari masa peralihan masa remaja ini (puber) sangat rentan dengan kenakalan remaja, karena pada masa ini anak masih labil