• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS KEPERLUAN KAUNSELING TERHADAP M

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ANALISIS KEPERLUAN KAUNSELING TERHADAP M"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

JABATAN AGAMA ISLAM JOHOR*

MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D & ROSLEE AHMAD Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

ABSTRAK

Kajian ini cuba meninjau dan menganalisis keperluan perkhidmatan

kaunseling di kalangan pegawai-pegawai agama yang bertugas sebagai

kaunselor di Jabatan Agama Islam Negeri Johor. (JAIJ). Skop kajian ini berkisar

kepada punca-punca yang menyumbang kepada penceraian dan pendekatan

yang digunakan oleh kaunselor untuk membantu pasangan yang akan bercerai.

Seramai empat pergawai agama merupakan responden kajian ini. Kajian

dilakukan dalam bentuk pemerhatian, sesi temu bual dan analisis dokumen.

Hasil keputusan mendapati bahawa penceraian akan memberi kesan terhadap

jasmani, emosi dan rohani dikalangan pasangan suami isteri dan anak-anak.

Pengkaji turut mendapati bahawa keperluan perkhidmatan kaunseling di Jabatan

Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) bagi membantu pasangan suami isteri yang

mempunyai masalah rumahtangga.

*

Kertas kerja Peringkat Kebangsaan dibentangkan di Seminar Kebangsaan Kaunseling Berperspektif Islam pada 1-3 Mei 2003 di Hotel Langkawi, Kedah. Anjuran Universiti Utara Malaysia, Sintok, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

(2)

PENGENALAN

Perkahwinan merupakan satu fitrah yang amat penting dalam kehidupan

manusia. Sejarah perkahwinan berlaku kepada manusia pertama iaitu Adam a.s.

dan Hawa. Mereka telah dikahwinkan oleh Allah swt. Bermula dari itu maka

terbentuklah satu institusi kekeluargaan yang pertama di muka bumi ini. Fiman

Allah yang bermaksud,

“Wahai sekelian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah

menciptakan kamu daripada satu unsur (Adam) dan daripadanya Allah

menciptakan isterinya (Hawa). Daripada kedua-duanya Allah memperbiakkan

lelaki dan perempuan yang banyak dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan

namaNya kamu saling meminta antara satu dengan lain dan peliharalah

silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa menjaga dan mengawasi kamu. ”

(An-Nisa: 1)

Perkahwinan disyariatkan dalam agama Islam bertujuan mengekalkan

generasi manusia di muka bumi agar tidak pupus. Mewujudkan pergaulan yang

harmoni dalam rumahtangga amat perlu bagi mencapai matlamat dunia

perkahwinan yang dibina. Firman Allah yang bermaksud,

“… dan bergaullah dengan mereka (isteri-isteri) dengan cara yang baik … (

An-nisa : 19)

Fungsi utama institusi keluarga adalah untuk menjamin kewujudan suasana

dalam mana nilai-nilai hidup yang murni dapat tumbuh dan berkembang dalam

diri setiap ahli keluarga. Melalui institusi ini, kerahiban atau hidup membujang

yang berlawanan dengan fitrah kemanusiaan dibanteras, benih-benih dan

keturunan manusia dipelihara, penyakit-penyakit merbahaya yang menular

disebabkan perhubungan seks yang liar dihapuskan, ketenteraman rohani dan

naluri diperkukuhkan dan pendidikan anak-anak untuk menjalankan

(3)

utuh, pembinaan keluarga adalah berdasarkan beberapa asas seperti pemilihan

pasangan berlandaskan agama, kewujudan rasa kasih sayang, keadilan dan

persamaan dan jaminan sosial. (Abdullah 1988 dalam Nik Aziz, 1991).

Penceraian pula adalah perkara yang dibenarkan tetapi mempunyai

implikasi yang besar kepada individu yang terlibat dan komuniti sekitarnya. Krisis

rumahtangga lazimnya bukan berpunca daripada satu sebab tetapi berpunca

daripada beberapa sebab. Jika anda mendapati bahawa rumahtangga anda

gagal menguasai kemahiran komunikasi, misalnya, anda tidak boleh membuat

kesimpulan bahawa inilah yang merupakan satu-satunya sebab mengapa

rumahtangga anda mengalami krisis, sehinggalah anda membuat satu analisis

yang terperinci dan merasa puas hati bahawa tidak ada sebab lain yang

menyebabkannya. (Nik Aziz, 1991). Persoalannya ialah bagaimanakah masalah

penceraian ini dapat dielakkan atau dihindarkan daripada berlaku kepada

terutamanya kepada pasangan-pasangan yang ingin bercerai.

Latar Belakang Masalah

Rumahtangga yang bahagia adalah idaman semua orang tetapi kebahagian ini

bukanlah satu jelmaan yang datang dengan sendiri bahkan ianya adalah hasil

usaha yang sungguh-sungguh dari kedua-dua iaitu suami dan isteri (Raimah,

1990).

Ini sesuai dengan Firman Allah yang bermaksud,

“Bahawa tidak ada sesuatu bagi manusia itu melainkan apa yang

diusahakannya” (Al- Baqarah:286)

Tidak semua rumahtangga yang dibina itu mencapai matlamat kebahagiaannya

sebaliknya kadang-kadang rumahtangga yang bahagia pada mulanya bertukar

menjadi suram, perselisihan dan seterusnya kehancuran. Krisis rumahtangga

(4)

atau kecil dan jika tidak diatasi dengan segera ianya akan menjadi seperti benih

yang tinggal di akar pokok, lama-kelamaan benih ini akan merebak seterusnya

akan mematikan pokok yang rending (Raimah 1990). Pelbagai faktor yang

mungkin menyumbang ke arah penceraian dari generasi ke generasi. Apa yang

pasti kesan penceraian dirasai oleh semua pihak yang terlibat samada suami

isteri anak-anak mahupun masyarakat. Perbezaannya mungkin dari segi

peratusan atau tahap yang dirasakan oleh pihak yang terlibat samada secara

lansung atau tidak dan melibatkan jasmani, emosi dan rohani.

Seringkali sesebuah keluarga menghadapi masalah kekeluargaan yang

rumit seperti anak lari dari rumah, bapa mengabaikan keluarga, ibu bencikan

anak-anaknya, anak terlibat salah laku dan lain-lain. Jikalau seorang mengalami

masalah ianya akan tersebar ke seluruh sistem keluarga. Seorang ibu yang

terpaksa bekerja kuat dan menghadapi tekanan di tempat kerja kemudian

mengalami masalah di rumah lantas membenci seisi keluarga kerana

tanggapannya mereka itu tidak memahami peranan serta hubungan

kekeluargaan. Masalah ini jika tidak diberikan perhatian oleh pihak yang

bertanggungjawab akan membawa ke arah konflik keluarga atau penceraian di

antara suami dan isteri (Nik Aziz, 1991).

Peningkatan kes-kes penceraian yang dirujuk di Jabatan Agama Islam

menunjukkan keadaan masyarakat pincang dari struktur asas dan fungsi

masyarakat. Keadaan ini perlu dicari punca masalah dan jalan penyelesaian

yang berkesan. Tindakan dan usaha ini dapat mempastikan tidak ada anak-anak

yang menjadi mangsa keretakan rumah tangga seterusnya akan membentuk

satu masyarakat yang lebih kronik daripada apa yang ada pada hari ini. Menurut

statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Johor bagi tahun 2001

sebanyak 1096 pasangan dari seluruh negeri Johor memohon untuk bercerai.

Johor Bahru mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 378 permohonan untuk

bercerai diikuti oleh Daerah Batu Pahat 174 kes, Kluang 149 kes, Muar 122 kes,

(5)

daripada Jabatan Agama Islam Johor apabila permohonan ini dikemukakan

biasanya tindakan nasihat atau kaunseling adalah sukar untuk diterima dan

tindakan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Johor adalah

menerangkan kepada pasangan terbabit tentang prosedur yang perlu diikuti

untuk proses penceraian. Dengan kata lain pasangan yang memohon untuk

bercerai biasanya tidak boleh dihalang lagi. (2002, sumber Unit Undang-Undang

Keluarga Jabatan Agama Islam Johor)

Analisa jumlah kes yang dikendalikan oleh kaunselor di jabatan agama

dalam setahun berbanding jumlah klien yang datang untuk mendapatkan

perkhidmatan dari pelbagai kategori masalah adalah seperti berikut. Jumlah hari

bekerja setelah ditolak cuti hujung minggu, cuti Sabtu minggu pertama dan

ketiga, juga cuti yang layak dimohon oleh kakitangan setahun ialah 253 hari

daripada 365 hari. Andaian bahawa seorang kaunselor boleh mengendalikan tiga

kes sehari, empat kaunselor hanya akan dapat mengendalikan 3036 kes

daripada 4843 yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan (2002, sumber

Unit Nikah dan Cerai Jabatan Agama Islam Johor). Menurut sumber itu lagi,

sebanyak 4843 kes yang dikendalikan sepanjang tahun 2001 yang melibatkan

pelbagai masalah seperti tanggungjawab suami isteri, tuntutan nafkah,

campurtangan keluarga isteri atau suami, poligami, penderaaan isteri atau

suami, penagihan dadah, isteri ingkar dan khidmat nasihat. Kes-kes yang dirujuk

biasanya serius dan boleh menjurus kepada penceraian jika jalan penyelesaian

terbaik tidak diperolehi.

Ini bermakna bukan sahaja tidak semua klien dapat dibantu malah

seorang klien hanya dapat berjumpa sekali sahaja setahun. Matlamat asal bukan

bilangan kes yang diperlukan tetapi jumlah penyelasaian yang dapat dilakukan.

Keadaan akan lebih membimbangkan jika faktor keberkesanan perkhidmatan

kaunseling yang diberikan diambil kira. Daripada data yang diperolehi

kebanyakan kaunselor di Jabatan Agama Islam Johor hanya mengikuti kursus

(6)

Dalam era globalisasi kini, keluarga juga sering dianggap oleh sesetengah

pihak terutamanya di Barat sebagai institusi yang mengongkong kebebasan

individu (terutama kebebasan seks muda mudi), sebagai penjara kepada wanita

(isteri) kerana terperangkap dengan tugas tradisi sebagai pengurus rumahtangga

(homemaker) dan sebagai institusi yang meruntuhkan sifat keindividuan

(individuality) (Elliot, 1986 dalam Yaacob 2002). Sebagai tindakbalas untuk

membebaskan diri dari “kongkongan” keluarga, maka berlaku amalan perzinaan,

seks bebas, homoseks, bersedudukan, kehamilan tanpa nikah, pembuangan

bayi, deraaan (anak, suami atau isteri), konflik keluarga dan pelbagai kegiatan

anti-sosial yang lain. Gejala negatif seperti ini bukan merupakan sesuatu yang

asing bagi orang Melayu. Malah ia menjadi gejala yang kian meningkat dan

berleluasa terutamanya di bandar-bandar.

Menurut Atkinson dalam Mahmood (1989), terdapat tiga kaedah yang

paling kerap digunakan dan mendapat tumpuan pakar sesi terapi keluarga.

Pertamanya membantu pasangan atau ahli keluarga melahirkan perasaan yang

mereka hadapi. Keduanya ialah membentuk satu kefahaman dan kepekaan

terhadap kehendak ahli keluarga. Akhir sekali mempelajari cara yang lebih

berkesan dan sesuai dalam mengurus konflik yang dihadapi.

PERSOALAN KAJIAN

Tiga persoalan kajian yang akan cuba dijelaskan untuk tujuan kajian iaitu:

1. Apakah bentuk pengetahuan kaunseling yang diperlukan bagi membantu

kaunselor di dalam menangani kes-kes pasangan yang ingin bercerai?

2. Apakah bentuk kemahiran-kemahiran kaunseling yang diperlukan oleh

(7)

KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini digunakan oleh Pegawai Kaunseling di Jabatan Agama Islam

negeri seluruh Malaysia dalam mengendalikan kes-kes pasangan suami isteri

yang ingin bercerai dengan pendekakatan yang lebih relevan. Di samping itu

hasil kajian ini nanti dapat menjadi garis panduan kepada pegawai kaunseling

untuk memberikan perkhidmatan kaunseling keluarga yang lebih professional

dan boleh diterima oleh masyarakat. Hasil kajian ini juga diharapkan dapat

digunakan oleh pegawai kaunseling di Jabatan Agama Islam untuk menyemak

semula dari segi keperluan yang diperlukan khususnya untuk meningkatkan

keberkesanan perkhidmatan kaunseling yang akan diberikan. Akhir sekali hasil

kajian ini dapat membantu Pegawai Kaunseling di Jabatan Agama Islam

memberikan perkhidmatan kepada klien dan dapat mengurangkan bebanan

emosi isteri atau suami bagi mengurangkan berlakunya kes-kes penceraian.

BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Jabatan Agama Islam Johor. Pegawai Kaunseling

seramai empat orang akan dijadikan bahan kajian dalam kajian ini. Kajian ini

tidak melibatkan pegawai-pegawai kaunseling yang menjalankan tugas mereka

di peringkat daerah. Kajian ini merupakan kajian kes dan hasil kajian ini tidak

boleh dibuat generalisasi terhadap semua perkhidmatan kaunseling yang

dijalankan di jabatan-jabatan agama negeri yang lain. Namun perbandingan

mungkin boleh dibuat berdasarkan ciri-ciri klien persekitaran dan latar belakang

pendidikan pegawai yang sama. Tiada alat penyelidikan yang khusus kecuali alat

perakam suara yang digunakan untuk rakaman sesi kaunseling dan temubual

pengkaji bersama pegawai kaunseing dalam kajian ini. Kajian akan dilakukan

(8)

REKABENTUK KAJIAN

Responden kajian ini ialah semua kaunselor yang terlibat dalam memberikan

perkhidmatan kaunseling kepada pasangan suami isteri di Jabatan Agama Islam,

Johor. Pasangan yang dipilih adalah mereka yang berkonflik dan ingin bercerai.

Kajian ini merupakan kajian kualitatif pelbagai kes. Dalam kajian ini pengkaji

cuba menganalisa pendekatan yang digunakan dalam menangani konflik

keluarga. Pengkaji percaya bahawa pendekatan kajian kes yang digunakan

dalam kajian ini akan dapat mengenalpasti pendekatan yang digunakan oleh

kaunselor di dalam membantu pasangan suami isteri yang terlibat. Pengkaji akan

menganalisa secara kualitatif mengenai cara kaunselor membimbing,

berinteraksi dan mengendalikan proses kaunseling secara “nature”. Diharapkan

satu hasil kajian boleh diperolehi dalam memberi kefahaman yang mendalam

mengenai perkhidmatan kaunseling yang diberikan kepada pasangan suami

isteri yang ingin bercerai. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan kaedah

kualitatif. Yin (1995) menyatakan, bentuk kajian pelbagai kes ialah kejadian yang

dikaji wujud dalam sudut yang berlainan dan setiap satu boleh jadi perkara

dalam individu kajian kes.

PEMILIHAN KES

Sampel yang dipilih adalah semua kaunselor yang bertugas di Jabatan Agama

Islam Negeri Johor seramai 5 orang. Pemilihan daerah Johor Bahru sebagai

sampel berbanding peringkat negeri Johor walaupun di lokasi yang sama ialah

kerana kaunselor ini lebih banyak mengendalikan sesi kaunseling berbanding

kaunselor di peringkat negeri Johor. Kesemua kaunselor mempunyai

pengalaman di antara 1 hingga 5 tahun bekerja dan berlatarabelakang pengajian

Islam di peringkat ijazah pertama. Pengkaji akan menggunakan pelbagai sumber

maklumat untuk mengukuhkan dapatan kajian seperti dokumen dan rekod,

pemerhatian dan temuramah. Merriam dalam Sharif (2001) menyatakan

kekuatan pengumpulan data bagi kajian kes ialah penggunaan pelbagai sumber

(9)

yang mengendalikan kes yang berkait dengan konflik keluarga. Pengkaji

mengendalikan kajian melalui analisis dokumen, pemerhatian dan temuramah

bagi kaunselor yang pertama. Seterusnya bagi kaunselor yang berikutnya

prosedur yang sama diikuti.

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kajian ini akan melibatkan pengumpulan data daripada pelbagai sumber dan

jenis. Pertamanya demografi kaunselor yang terlibat dikumpulkan bagi

mengenalpasti pengalaman dan latar belakang kaunselor. Jenis data yang kedua

dikumpulkan berdasarkan kepada pemerhatian yang akan dijalankan dalam sesi

kaunseling. Pengkaji tidak akan bertanya pandangan kaunselor mengenai sesi

kaunseling tetapi membuat pemerhatian secara lansung sesi yang akan

dijalankan. Selepas itu pengkaji akan mengadakan temuramah dengan

kaunselor selepas sesi kaunseling untuk mendapatkan pandangan kaunselor

terbabit mengenai sesi kaunseling yang dijalankan. Kemudian pengkaji akan

membuat perbandingan di antara pemerhatan yang dilakukan dan temuramah

yang dijalankan selepas sesi kaunseling yang dijalankan oleh kaunselor.

Seterusnya terhadap semua kaunselor yang akan terlibat dalam kajian ini. Setiap

kaunselor akan dibuat pemerhatian sekurang-kurangnya 2 kali mengikut

keperluan iaitu jika dirasakan data yang diperolehi tidak lengkap atau

bercanggah. Temuramah yang dijalankan selepas sesi kaunseling bersama

kaunselor selepas pemerhatian dilakukan. Temuramah bertujuan untuk

mendapatkan pandangan dan maklumat tambahan dari pemerhatian yang

dijalankan bagi menjawab persoalan kajian. Cara ini berguna untuk

mendapatkan data dengan banyak lebih cepat. Data yang diperolehi akan ditapis

dengan membuat perbandingan antara pemerhatian pengkaji dan pandangan

kaunselor semasa temubual. Jenis pengumpulan data terakhir ialah analisis

dokumen dan rekod. Pengkaji akan mengumpul data dari pelbagai sumber

termasuk rekod perkhidmatan kaunseling, program kaunseling yang dijalankan

kepada klien, buku log, rekod maklumat kursus kaunseling yang dihadiri oleh

(10)

lengkap membolehkan pengkaji mampu membina dan menyokong kenyataan

dapatan dari kajian yang akan dijalankan dalam masa yang sama dapat

mengurangkan ralat. Kesimpulannya pelbagai jenis data yang berbeza akan

menjadikan maklumat yang diproses lebih mendalam.

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Pengumpulan data akan dijalankan mengikut peringkat-peringkat atau prosedur

yang ditetapkan. Proses pertama ialah pra-kajian, diikuti oleh kajian rintis, kajian

sebenar, pemerhatian, temuramah, dokumen analisis, menyemak data dan

penemuan. Kitaran proses pengumpulan data penyelidikan ditunjukkan dalam

rajah 1.

Rajah 1: Kitaran proses dalam proses pengumpulan data

Kajian Rintis

Kerja Lapangan

Pra Kajian

Pemerhatian

Penemuan

Temuramah Menyemak Data

Dokumen Analisis

(11)

Proses pertama yang akan dilakukan sebelum kajian dijalankan ialah

memohon kebenaran daripada Pengarah Jabatan Agama Islam Johor berserta

salinan kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga, Jabatan Agama Islam

Johor. Bagi memastikan pengkaji mendapat kerjasama yang baik, perbincangan

dengan pegawai yang terlibat akan diadakan bagi menerangkan etika dan skop

kajian ini. Di samping itu permohonan juga perlu dibuat kepada kementerian,

jabatan pendidikan yang berkaitan dengan tugas hakiki pengkaji.

KAJIAN RINTIS

Pengkaji akan mengendalikan kajian rintis kepada kaunselor di jabatan yang

sama tetapi tidak terlibat dengan kajian sebenar. Tujuan kajian rintis dilakukan

ialah bagi membantu pengkaji membina plan pengumpulan data dan prosedur

kajian. Ini akan memudahkan pengkaji mengatur dan membina soalan-soalan

yang berkaitan, membina kerangka kajian dan menjalankan kajian sebenar.

Dalam kajian rintis juga pengkaji akan menyemak dokumen-dokumen,

pemerhatian terhadap sesi kaunseling dan mengadakan perbincangan dengan

kaunselor berkenaan

KERJA LAPANGAN

Pengkaji akan berjumpa dengan 4 orang kaunselor yang terlibat dalam kajian ini.

Dalam pertemuan pertama pengkaji akan mengatur masa dan tempat

pertemuan. Pengkaji juga akan menerangkan tentang sesi pemerhatian, sesi

perbincangan dan dokumen yang akan dikumpulkan. Apabila melakukan kerja

lapangan bermakna pengkaji akan mengadakan hubungan yang personal

dengan pegawai yang terlibat dalam situasi mereka. Yin (1994) menyatakan

bahawa kejayaan dan kegagalan pengumpulan data dalam kajian kualitatif

bergantung kepada sejauhmana tahap keterlibatan dalam keadaan sebenar dan

(12)

PEMERHATIAN

Untuk kajian ini pengkaji akan duduk bersama kaunselor jabatan agama

bersama kliennya dan membuat pemerhatian bagaimana beliau mengadaptasi

dan mengaplikasikan teori kaunseling dalam sesi kaunseling yang dijalankan.

Pengkaji ingin mengetahui bagaimana sesuatu teori diaplikasikan untuk

memahami dan membantu menyelesaikan masalah kliennya.

DOKUMEN ANALISIS

Data-data dalam kajian ini diperolehi daripada pengalaman sebenar pegawai

kaunseling yang terlibat semasa mengendalikan perkhidmatan kaunseling

kepada pasangan samada suami atau isteri. Data-data diperolehi dengan cara

pemerhatian pengendalian sesi kaunseling yang dijalankan oleh pegawai

kaunseling, temubual secara separa stuktur yang dibuat di antara pengkaji

dengan pegawai kaunseling selepas sesi kaunseling dijalankan serta analisis

dokumen serta rekod perkhidmatan kaunseling yang direkodkan sebagai

sokongan kepada data-data yang diperolehi melalui temubual dan pemerhatian

yang dijalankan.

KESIMPULAN

Pengkaji mendapati bahawa hasil keputusan mendapati bahawa penceraian

akan memberi kesan terhadap jasmani, emosi dan rohani dikalangan pasangan

suami isteri dan anak-anak. Pengkaji turut mendapati bahawa keperluan

perkhidmatan kaunseling di Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) bagi

membantu pasangan suami isteri yang mempunyai masalah rumahtangga. Di

samping itu, pengkaji berasakan pendekatan teori yang digunakan haruslah

sesuai berdasarkan pengetahuan asas pegawai agama berkenaan dan juga latar

belakang klien. Keeempat-empat pegawai kaunseling telah mengadaptasikan

teori dan pendekatan Barat dengan pengetahuan dan pendekatan Islam. Di

(13)

kebanyakan klien yang datang telah ada keputusan dan proses kaunseling

hanya untuk memujuk jika klien boleh ubah fikiran, kebanyakan klien yang

datang sudah ada konflik yang serius dan hanya ingin menuntut cerai, Perlu

tempat yang lebih selesa untuk meningkatkan imej perkhidmatan kaunseling,

untuk meningkatkan kemahiran kaunseling mesti melalui peningkatan

pengetahuan kaunseling, kaunseling sebenarnya Islamic tetapi telah dibukukan

oleh sarjana dari Barat, masa begitu terhad berbanding klien yang menunggu

dan agak sukar untuk diselamatkan daripada berlu perceraian dan setting bilik

kaunseling memang tidak sesuai langsung dengan kehendak perkhidmatan

kaunseling kerana kelihatan terlalu rasmi atau formal. Masalah-masalah

berkenaan diharap perlu difikirkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ)

demi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kaunseling kepada pasangan

suami isteri pada masa akan datang.

RUJUKAN

Basri Ibrahim. 1997. Pemantapan Sistem Kekeluargaan. Kuala Lumpur : Darul Nu’man.

Boisvert, Jean-Marie; Ladouceur, Robert. 1995. Perception of Marital Problems and of Their Prevention by Quebec Young Adult. Journal of Genetic Psychology. (156) 1, 12 & 33.

Corliss, Richard; McLaughlin, Lisa. 2002. Does Divorce Hurt Kids? Time (159) 4, page 1, 2, 44.

Decker, Jonathan P. 1996. Wedding Checklist: Couples Add Premarital Counseling. Christian Science Monitor. (88)110, page 1 & 12.

Fritz, Gregory K. 2002. Children of Divorce: A Fresh Perpective. Brown University Child & Adolecent Behavior Letter. (16) 12, page 1 & 8.

Gold, Joshua M. 1997. Assesment Education in Marriage and Family Counseling. Family Journal. (5) 2, page 5 & 159.

(14)

Jacquet, Susan E.; Surra, Catherine A. 2001. Parental Divorce and Premarital Couples: Commitment and Other Relationship Charecteristic. Journal of Marriage & Family. (63) 3, page 12 & 627.

Mackey, Richard A.; O’Brien, Bernard A. 1998. Marital Conflict Management:

Gender and Ethnic Differences. Social Work. ( 43) 2, page 14 & 128.

Magnuson, Sandy; Norem, Ken. 1997. Marital Counseling: An Intergrated Brief Therapy Approach. Family Journal (5), 4, page 4 & 235.

Mahmud Yunus. 1973. Tafsir Quran Karim. Djakarta: P.T. Hidakrya Agung.

Nik Aziz Nik Pa. 1991. Keluarga Sejahtera Sebagai Landasan Bagi Realisasi Wawasan 2020. Jurnal Kebajikan. (13) 2.

Nock, Steven L. 2002. The Problem With Marriage. Society. (36) 5, page 8 & 20.

Sayger, Thomas V; Bowersox, Michelle P. 1996. Family Therapy and Treatment of Chronic Illness in a Multidisciplinary World. Family Journal, (4) 1, page 10-12.

Wolf, Cheksea T; Stevens, Patricia 2001. Intergrating Relegion and Sprituality in Marriage and Family counseling. (46) 1, page 10 & 66.

Referensi

Dokumen terkait

Selain itu independensi, akuntabilitas, dan pengalaman kerja auditor dan kualitas audit merupakan nilai yang penting dalam auditing sehingga menarik untuk diteliti

Square. Berdasarkan hasil analisis dengan menggunakan SPSS diperoleh nilai R Square adalah 0,126.. Determinasi secara bersama- sama supervisi pembelajaran, kompetensi

Pada penelitian ini, pembagian untuk himpunan training dan himpunan test dilakukan dengan membagi rata citra sampel bunga yang dimiliki dari masing-masing jenis

Gaya belajar (X3) adalah cara yang lebih kita sukai dalam melakukan kegiatan berfikir, memproses dan mengerti suatu informasi. Gaya belajar dibedakan menjadi 3 yaitu gaya

Petani tambak tidak tergantung dengan musim ikan karena petani tambak yang komersial biasanya mengelola perikanan dengan siklus tertentu, sedangkan nelayan sangat tergantung

Penelitian ini menghasilkan Bahwa pendistribusian beras subsidi (RASKIN) di Desa Bumiharjo Kecamatan Guntur Kabupaten Demak tidak sesuai dengan RTS yang telah

Persetujuan dan pengesahan Laporan Tahunan Perseroan untuk tahun buku yang berakhir pada tanggal 31 Desember 2015, termasuk di dalamnya Laporan Kegiatan Perseroan, Laporan

Menjadi dapat juga digunakan untuk kegiatan yang lain sesuai dengan prioritas dan kebutuhan daerah (block grant) dengan porsi 50%.. KEBIJAKAN DANA TRANSFER UMUM KE DEPAN (DANA