• Tidak ada hasil yang ditemukan

BUKU PANDUAN PERMOHONAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BUKU PANDUAN PERMOHONAN"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

.

BUKU PANDUAN

PERMOHONAN

Kaedah Dan Syarat-Syarat Kelulusan Dasar Serta Permit Pelaksanaan Bagi Penyediaan Pepasangan Kemudahan Infrastruktur Utiliti Dan Penggalian Jalan.

KORIDOR UTILITI (JOHOR) SDN BHD

KORIDOR UTILITI (JOHOR) SDN BHD Aras 7, Bangunan PIJ Holdings,

No.8, Jalan Bukit Timbalan, 80000 Johor Bahru, Johor

(+607) 222 0008

(2)

ISI KANDUNGAN

1. TUJUAN

2. TAFSIRAN DAN DEFINASI 3. MESYUARAT JAWATANKUASA 4. KAEDAH – KAEDAH PERMOHONAN

4.1. Penggalian Kerja Terancang 4.1.1. Izin Lalu

4.1.2. Penyediaan Pelan Koordinasi Pembinaan Infrastruktur Utiliti 4.1.3. Permit

4.2. Penggalian Kerja Luar jangka (Kecemasan)

4.2.1. Permohonan Kerja Luar jangka (Kecemasan) 4.2.2. Permit

5. SYARAT – SYARAT KELULUSAN 5.1. Maklumat Kontraktor

5.2. Jadual Perlaksanaan Kerja (Work Programme) 5.3. Salinan Polisi Insuran

5.4. Pelan Bina Infrastruktur Utiliti 5.5. Wang Amanah

5.6. Yuran Utiliti 5.7. Senarai semak 6. MEMULAKAN KERJA TAPAK

6.1. Pengalian Kerja Terancang

6.2. Penggalian Kerja Luar Jangka (Kecemasan)

7. PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN KESEMPURNAAN TAPAK KERJA 7.1. Pengalian Kerja Terancang

7.2. Penggalian Kerja Luar Jangka (Kecemasan) 8. PEMULANGAN WANG AMANAH

9. SPESIFIKASI KERJA 10. LAMPIRAN

1. TUJUAN

Buku Panduan Permohonan ini diwujudkan adalah bagi membantu pemohon iaitu penyedia utiliti, kontraktor dan pemaju di dalam membuat permohonan pemajuan cadangan bagi kerja – kerja penggalian jalan yang akan dibuat di dalam negeri Johor. Sehubungan dengan itu, buku ini juga menerangkan secara terperinci bagi setiap permohonan kelulusan dasar sehingga pemulangan semula wang amanah. Buku ini juga memuatkan carta aliran bagi kerja – kerja terancang dan luar jangka.

2. TAFSIRAN DAN DEFINASI

Agensi Sehenti (OSA ) – Agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan sebagai pusat pengurusan pembangunan koridor infrastruktur utiliti Negeri Johor. Agensi ini berperanan sebagai agensi penyelaras, integrasi maklumat, perancangan dan pembangunan infrastruktur utiliti dan pangkalan data utiliti Negeri Johor.

Borang Perjanjian Setuju Terima (PST) – Borang yang memuatkan semua maklumat lengkap permohonan juga mengandungi maklumat nilai wang amanah, wang yuran laluan utiliti, deklarasi maklumat dan Akur Janji Kesempurnaan Pelaksanaan yang digunapakai bagi semua permohonan Permit Pengorekan bagi pembinaan kemudahan infrastruktur utiliti.

Deklarasi Maklumat Tapak Cadangan – Satu borang lawatan tapak yang mengandungi maklumat lengkap cadangan tapak pelaksanaan dan ulasan penyedia utiliti yang perlu ditandatangani oleh Penyedia Utiliti, Penyelia Utiliti, agensi yang terlibat bagi mengesahkan maklumat cadangan tapak pelaksanaan.

Jawatankuasa Pelaksanaan - Bertanggungjawab bagi membantu Penyelia Utiliti dalam menilai, memastikan pematuhan syarat serta piawaian garis panduan pelaksanaan dipatuhi. Semua kelulusan adalah dikeluarkan oleh PBM melalui jawatankuasa ini. Menyokong permit pelaksanaan atau menolak sesuatu cadangan pemajuan.Terdiri daripada 6 ahli tetap (PBT, JKR, KUJ) dan 4 ahli tidak tetap (SKMM, JPS, SPAN, ST, JKRD).

Kawasan ‘Brownfield’ – Pembangunan Sedia ada.Kawasan laluan utiliti sedia ada seperti laluan telekomunikasi, kabel elektrik, paip air, gas, pembetungan dan sebagainya yang telah dipasang di kawasan bandar, jalan-jalan utama, jalan luar bandar di bawah pentadbiran PBT, JKRD, JKRP, dan Pejabat Daerah.

Kawasan “Greenfield” – Pembangunan baru. Semua pembangunan baru perlu melalui OSA seperti yang termaktub di dalam buku garis panduan penggalian jalan.

(3)

Kawasan Pembangunan Semula– Kawasan sedia ada yang akan dibangunkan semula kerana terdapat permintaan untuk memajukan kawasan tersebut (seperti perabot jalan).

Kelulusan Dasar– Kebenaran bersyarat ke atas sesuatu cadangan pemajuan utiliti yang melibatkan kawasan pentadbiran pihak berkuasa melulus. Kebenaran bersyarat ini dikeluarkan bagi membolehkan pihak penyedia utiliti merancang, menyusunatur dan mengikut piawaian garis panduan serta mengambil kira faktor ruang koridor, pengurusan lalulintas, keselamatan dan kepentingan awam.

Kontraktor– Syarikat yang dilantik oleh Penyedia Utiliti atau Pemaju bagi membina dan melaksanakan pemasangan infrastruktur utiliti tersebut.

Pangkalan Data Utiliti – Pusat pengumpulan data yang mengandungi maklumat utiliti dari proses permohonan maklumat dan perancangan sehingga sempurna kerja.

Pelan Asas/Topografi (Pelan Dasar) Pelan Infrastruktur Utiliti

Pelan ini memuatkan maklumat kawasan dan persempadanan laluan yang terlibat bagi cadangan pemajuan infrastruktur utiliti. Boleh didapati daripada Pangkalan Data Utiliti di Agensi Sehenti. Maklumat pelan dilengkapkan cadangan jajaran laluan yang ditandakan di dalam pelan. Maklumat pelan dilengkapkan dengan koordinasi (latlong) mula, persimpangan dan koordinasi (latlong) akhir serta maklumat jarak laluan yang terlibat dan disahkan oleh jurukur tanah bertauliah.

Pelan ini mengandungi maklumat persempadanan jalan/laluan (R.O.W) yang disahkan oleh jurukur bertauliah, maklumat dan keratan rentas utiliti bawah tanah sedia ada, utiliti di permukaan termasuklah maklumat utiliti terkini dan yang berkenaan ditanam sepertimana yang telah dilaksanakan mengikut spesifikasi ukuran pepasangan utiliti.

Pelan Koordinasi Pepasangan Infrastruktur Utiliti (Pelan Bina)

Pelan Pengurusan Trafik & Keselamatan Lalulintas – Pelan ini memuatkan maklumat dan merangkumi kedudukan dan susun atur aliran trafik bagi kawasan tapak pelaksanaan, persimpangan, penutupan jalan dan susur aliran trafik serta yang berkaitan. Pelan ini disediakan oleh Pegawai yang ditauliah berdasarkan lokasi sebenar tapak pelaksanaan.

Pelan Siap Bina Infrastruktur Utiliti (Pelan Siap Bina)

Pelan yang memuatkan maklumat persempadanan jalan / laluan (R.O.W.) dan maklumat utiliti sediada dan cadangan maklumat utiliti baru yang disahkan oleh jurukur tanah dan jurukur utiliti bertauliah.

Penyedia Utiliti– bermaksud syarikat yang melaksanakan penyediaan utiliti seprti Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM), Gas Malaysia, Pemaju Hartanah dan lain-lain

Penyelia Utiliti– adalah mana-mana syarikat yang dilantik oleh Kerajaan (Koridor Utiliti (Johor) Sdn Bhd) bagi tujuan menyelaraskan dan menyelia aktiviti berkaitan pembangunan dan penyelenggaraan utiliti di negeri Johor.

Permit – Kebenaran pelaksanaan tapak yang dikeluarkan oleh Agensi Sehenti melalui Jawatankuasa Pelaksanaan kepada Penyedia Utiliti ke atas tapak cadangan laluan beserta Pelan Koordinasi Pepasangan Infrastruktur Utiliti (Pelan Bina) yang telah diluluskan bagi membolehkan Penyedia Utiliti memulakan kerja-kerja pelaksanaan ditapak cadangan.

Pihak Berkuasa Melulus -Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah, Pejabat Daerah termasuk penyelia utiliti dan JPS atau lain-lain pihak berkuasa melulus yang berkenaan.

Pusat Sehenti (OSC)– One Stop centre (OSC) atau dikenali sebagai Unit Pusat Setempat yang menerima dan memproses permohonan Kebenaran Merancang (KM) dan Pelan Kejuruteraan Pembangunan bagi cadangan pembangunan baru hartanah. Pusat Setempat ini ditempatkan di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Rakan Niaga – Syarikat yang telah dilantik oleh KUJSB sebagai rakan niaga strategik dan bersama – sama dalam memastikan segala keperluan di dalam pelaksanaan kerja – kerja di tapak.

Usahawan KUJ - Syarikat Pelaksanaan tempatan atau individu yang didaftarkan di dalam Program Pembangunan Usahawan dan telah mendapat latihan dari Pusat Latihan dan Pembangunan Modal Insan Koridor Utiliti Johor dan Agensi yang berkaitan (Seperti CIDB & NIOSH) serta disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal & Pengurusan sebagai Vendor sokongan Pelaksanaan bagi Pembangunan Koridor Utiliti Johor.

(4)

Wang Cagaran– Nilai tafsiran kos jaminan penyempurnaan semula tapak kerja, nilai dan jumlah cagaran ini dikira berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan atau mengikut Jadual Kadar Wang Cagaran Berkelompok. Wang Cagaran ini perlu dibayar kepada Agensi Sehenti dan akan dikembalikan semula kepada pemohon setelah pihak Agensi Sehenti dan Pihak Berkuasa Melulus melalui jawatankuasa pelaksanaan berpuas hati ke atas kesempurnaan semula kerja tersebut. Ia juga perlu melalui tempoh tanggungan kecacatan. Pemohon perlu menghantar surat kepada Agensi Sehenti bagi memohon pemulangan Wang Cagaran ini dengan mengemukakan surat tuntutan Wang Cagaran.

Yuran Laluan Utiliti – Wang sumbangan sebagai royalti kepada kerajaan dan tidak

akan dikembalikan. Pembayaran perlu dibuat menggunakan “Bank Draft” atau “Bankers Cheque” di atas nama Koridor Utiliti (Johor) Sdn. Bhd.

3. MESYUARAT JAWATANKUASA

Terdapat tiga (3) jenis Jawatankuasa yang membantu Agensi Sehenti dalam melaksanakan fungsi dan peranan, iaitu Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pelaksanaan.

1. Jawatankuasa Pengurusan

• Bertanggungjawab atas Dasar & Polisi Pembangunan Infrastruktur Utiliti.

2. Jawatankuasa Teknikal

• Bertanggungjawab atas perihal teknikal seperti yang termaktub di dalam Garis Panduan & Kaedah Pelaksanaan.

3. Jawatankuasa Pelaksanaan

• Menyemak, Mengulas, Menyokong / Menolak kelulusan Permit Pelaksanaan Cadangan Pemajuan Infrastruktur Utiliti.

4. KAEDAH – KAEDAH PERMOHONAN

Kaedah ini telah dilaksanakan dan digunapakai bagi semua permohonan kelulusan dasar dan permit pelaksanaan melalui Agensi Sehenti. Kaedah ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu Penggalian Kerja Terancang dan Penggalian Kerja Luar Jangka (Kecemasan).

4.1 Penggalian Kerja Terancang

4.1.1 Permohonan Kelulusan Dasar

Penyedia Utiliti / Pemohon yang hendak membangunkan fasiliti infrastruktur utiliti perlu mendapatkan kelulusan dasar daripada Pihak Berkuasa Melulus yang berkaitan terlebih dahulu dengan mengemukakan permohonan melalui Agensi Sehenti Pengurusan Koridor Utiliti Johor (KUJSB). Penyedia Utiliti / Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan kelulusan dasar kepada Pihak Berkuasa Melulus dan Agensi Sehenti beserta maklumat-maklumat projek yang ingin dijalankan. (Lampiran 2 - Contoh Surat Permohonan Kelulusan Dasar)

Surat kelulusan dasar oleh Pihak Berkuasa Melulus ini akan dikeluarkan kepada Agensi Sehenti. Tempoh sah laku kelulusan dasar adalah selama tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan dasar dikeluarkan.

Kaedah proses permohonan kebenaran kelulusan dasar adalah seperti berikut:-

a) Pendaftaran Cadangan Pemajuan

Pendaftaran permohonan perlu dibuat dengan mengisi borang pendaftaran permohonan secara atas talian melalui kuj.my atau dengan datang terus ke kaunter serahan tangan di pejabat Agensi Sehenti. Surat permohonan kelulusan dasar hendaklah dikemukakan bersama untuk proses permohonan kelulusan dasar kepada Pihak Berkuasa Melulus. Penyedia Utiliti / Pemohon hendaklah menyertakan sekali maklumat-maklumat berikut sebagai lampiran surat

(5)

permohonan kebenaran Izin Lalu:-

i. Senarai semak permohonan kelulusan dasar – (Lampiran 1)

ii. Lokasi cadangan laluan iii. Jarak laluan cadangan

iv. Pelan asas / topografi (Pelan Izinlalu) beserta maklumat persempadanan yang disahkan oleh Jurukur yang bertauliah (Pelan A3) – (2 salinan)

v. Koordinat Mula dan Akhir (Termasuk disemua persimpangan) vi. Jalan-jalan yang terlibat

vii. Nama dan nombor telefon pegawai yang bertanggungjawab viii. No. Tel. Pejabat (Pemohon)

ix. Tempoh perlaksanaan x. Jangka mula

xi. Jangka siap

xii. Nama kontraktor dilantik (jika ada). xiii. Gambar lokasi

b) Lawatan Tapak Dan Cadangan Jajaran Laluan

Satu lawatan tapak di antara Pihak Berkuasa Melulus, Penyedia Utiliti dan Pemohon akan dijalankan bagi mengenalpasti dan mengesahkan cadangan lokasi secara fisikal. Melalui lawatan ini, sesuatu laluan cadangan itu akan dapat dipastikan dengan lebih tepat dan terperinci. Sekiranya terdapat sebarang perubahan yang disebabkan oleh sesuatu halangan atau cadangan pembanguanan lain, maka Agensi Sehenti boleh mencadangkan alternatif laluan, meneliti semula atau menangguhkan cadangan laluan tersebut. Perbincangan dan persetujuaan secara dasar akan dibuat melalui mesyuarat jawatankuasa.(Lampiran 6 - Borang laporan cadangan jajaran laluan)

c) Ulasan Pihak Berkuasa Melulus

Ulasan Pihak Berkuasa Melulus adalah mengambil kira kebolehgunaan laluan, cadangan pembangunan lain (Jika ada) dan yang berkaitan keadaan trafik semasa, jaminan penyempurnaan semula wang amanah yang perlu dibayar atau arahan khas (Jika ada).

d) Kelulusan Dasar

Kelulusan atau penolakan pemohonan kelulusan dasar akan dimaklumkan kepada Agensi Sehenti bagi membolehkan pihak Penyedia Utiliti bekerjasama dengan Agensi Sehenti dalam merancang penyediaan laluan ini berdasarkan piawaian Garis Panduan yang telah ditetapkan. Tempoh sah laku kelulusan dasar adalah selama tiga (3) bulan dari tarikh surat kelulusan dasar dikeluarkan.

4.1.2 Penyediaan Pelan koordinasi Pembinaan Infrastruktur Utiliti

Kerja-kerja ukur tanah akan dibuat oleh Panel Jurukur tanah yang bertauliah bagi mendapatkan dan mengesahkan persempadanan

laluan jalan `Right Of Way’ (R.O.W). Pengimbasan penuh utiliti

sediada bawah tanah juga akan dilaksanakan. Maklumat ini akan digunakan di dalam menentukan jajaran laluan yang dibolehkan. Semua maklumat ini akan dimuatkan di dalam pelan beserta tandaan laluan yang dicadangkan dan kaedah yang dibenarkan.

4.1.3 Permohonan Permit Penggalian Kerja Terancang

Pemohonan permit pengorekan hanya boleh diproses setelah surat kelulusan dasar dikeluarkan / diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus. Sebelum Kerja-kerja pengorekan dijalankan, Penyedia Utiliti / Pemohon perlu mendapatkan permit pengorekan daripada Agensi Sehenti terlebih dahulu sebelum memulakan kerja pengorekan. Penyedia Utiliti / Pemohon perlu melengkapkan dokumen-dokument berkaitan. (rujuk Lampiran)

Kaedah Proses Permohonan Permit Penggalian Kerja Terancang a) Penyediaan dokumen

Untuk proses permohonan permit pengorekan ini, Penyedia Utiliti / Pemohon perlu mengemukakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut:-

i. Surat kelulusan dasar

ii. Senarai semak permohonan permit –( Lampiran 1 )

(6)

iv. Pengemukaan pelan-pelan korekan kerja-kerja utiliti (4 salinan)**

v. Pelan lengkap bersaiz A1 (PIU Bina - Rujuk 4.1.2) ** – (4 salinan) ~ yang merangkumi;-

• Nama jalan, peparitan dan siar kaki

• Nama, tandatangan dan alamat pemohon dan perunding

• Pelan kunci dengan skala 1:50,000 atau 1:100,000 (yang mana bersesuaian)

• Pelan lokasi dengan skala 1:50,000 atau 1:100,000 (yang mana bersesuaian)

• Kedudukan jalan, perparitan dan siarkaki yang dicadangkan / sedia ada ditunjukkan di atas Pelan Tapak.

• Keratan rentas rezab jalan, perparitan dan siarkaki (termasuk kerb, outlet pipe, jubin, bolard, kemudahan OKU dan lain-lain) yang menunjukkan cadangan saiz paip/kabel, jarak daripada garisan tepi sediada, paip/kabel sediada, joint box, lurang, longkang, sump, penutup longkang, slab dan lain-lain.

Perincian keratan rentas bagi setiap perkara berikut hanya dikemukakan jika perlu.

• Butiran pada pelan telah diwarnakan dengan warna berbeza

dan diberikan ”Legend”.

• Pengesanan dan Pemetaan Kemudahan Utiliti Di Bawah Tanah termasuk pelan jajaran lurang (manhole), pada pelan ukur yang telah disahkan oleh Juruukur Tanah Berlesen, gambar-gambar lengkap tapak sedia ada sebelum kerja bermula dan hendaklah dikemukakan kepada Jurutera Daerah JKR sebelum permit kerja dikeluarkan. (Tunjukkan semua utiliti sediada di lokasi cadangan kerja).

vi. Kaedah perlaksanaan (method statement)** vii. Jadual perlaksanaan

viii. Pelan pengurusan trafik** ix. Salinan insuran**

x. Surat kebenaran / permit pelupusan sisa korekan xi. Bukti pembayaran wang cagaran (Bank draf) xii. Bukti pembayaran wang proses (OSA FI)

xiii. Bukti pembayaran yuran laluan utiliti

** perlu pengesahan dari perunding kejuruteraan awam dan/atau perunding berkaitan

(Lampiran 5 – Borang maklumat permohonan permit)

b) Lawatan Tapak

Lawatan tapak bersama di antara Pihak Berkuasa Melulus, Penyelia Utiliti dan Pemohon akan dibuat sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan. Lawatan tapak tersebut dibuat adalah untuk memastikan kawasan pentadbiran tersebut adalah di bawah penguasaan pihak yang berkenaan. Agensi Sehenti akan mendapatkan ulasan/laporan teknikal daripada Pihak Berkuasa Melulus bagi mengetahui jarak sebenar dan kawasan yang tepat untuk kerja-kerja yang akan dibuat oleh pemohon

c) Kelulusan Permit Pelaksanaan

Permohonan hanya akan diproses setelah semuanya lengkap termasuk lampiran-lampiranya. Agensi Sehenti akan memajukan semua dokumen yang telah dilengkapkan oleh Penyedia Utiliti ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perlaksanaan untuk dibentangkan bagi mendapatkan kelulusan. Tempoh sah laku permit adalah enam (6) bulan dari tarikh permit dikeluarkan.

4.2 Penggalian Kerja Luar Jangka (Kecemasan)

Penggalian Luar Jangka didefinasikan sebagai kerja-kerja yang tidak dirancang seperti berlakunya kebocoran atau kerosakan paip air, kabel elektrik terputus akibat renjatan lebihan (Power-surge) atau bencana alam. Bagi kerja-kerja penggantian kabel lama yang rosak kepada yang baru tidak dianggap kerja luar jangka.

Selain dari faktor di atas, kerja luar jangka boleh juga dikira bagi kerja-kerja yang melibatkan laluan baikpulih atau naik taraf yang tidak melebihi jarak 100 meter atau pelaksanaan membaikpulih tersebut tidak melebihi tempoh 6 jam.

(7)

Bagaimanapun terdapat kes-kes luarjangka yang melebihi jarak dan tempoh masa di atas, maka pemohon mesti memajukan semua maklumat sepertimana yang dikehendaki di dalam permohonan terancang. Pihak Agensi Sehenti melalui jawatankuasa berhak mempertimbangakan kelulusan tersebut.

Kaedah – kaedah proses permit penggalian kerja luar jangka (Kecemasan)

a) Permohonan Kerja Luar Jangka (Kecemasan)

Permohonan boleh menggunakan borang Notis Kerja Luar Jangka dengan melengkapkan semua maklumat dan lampiran sokongan yang diperlukan sepertimana di dalam senarai semak. Bagi kerja luar jangka juga mewajibkan pemohon untuk melampirkan dokumen sokongan seperti

“outage tiket” bagi TNB sebagai bukti arahan kerja luar jangka.

(Lampiran 11 – Borang notis kerja luar jangka)

b) Lawatan Tapak

Lawatan tapak bersama di antara Pihak Berkuasa Melulus dan Pemohon akan dibuat sebelum kerja-kerja dimulakan. Lawatan tapak tersebut dibuat adalah untuk memastikan kawasan pentadbiran tersebut adalah di bawah penguasaan pihak yang berkenaan. Agensi Sehenti akan mendapatkan laporan daripada Pihak Berkuasa Melulus bagi mengetahui jarak sebenar dan kawasan yang tepat untuk kerja-kerja yang akan dibuat oleh pemohon.

c) Permit Kerja Luar Jangka (Kecemasan)

Setiap tapak kerja luar jangka yang telah dilawati dan disahkan sahaja akan diberikan permit kerja luar jangka. Surat setuju terima mesti ditandatangani di tapak pelaksanaan di antara Penyedia Utiliti dan Agensi Sehenti sepertimana yang diperuntukan. Permit ini hanya sah untuk tempoh yang singkat sahaja. Untuk permit penuh, pemohon perlu melengkapkan semua keperluan maklumat sepertimana yang diperuntukkan di penggalian kerja terancang.

5 SYARAT-SYARAT KELULUSAN

➢ Semua permohonan mesti dipohon oleh Syarikat Penyedia Utiliti sahaja. Bagi mana mana permohohan yang dimajukan oleh wakil atau Kontraktor Pelaksana itu sendiri, ianya mesti disertakan dengan surat pengesahan lantikan kontraktor / surat mandat / surat wakil, ianya tertakluk kepada lantikan ke atas kawasan atau tapak yang dimaksudkan sahaja.

➢ Bagi permohonan oleh Pemaju Hartanah, ianya mesti disertakan dengan surat kebenaran dari penyedia utiliti yang dipohon dan semua permohonan juga diwajibkan memaklumkan nombor Kebenaran Merancang Pihak Berkuasa Tempatan (KM).

➢ Bagi mana-mana Permohonan yang mana sebahagiannya merentasi laluan tanah persendiriaan, maka pemohon mesti mengepilkan bersama surat kebenaran bertulis dari pemilik tersebut beserta tandaan di dalam pelan asas jajaran laluan tersebut.

5.1 Maklumat Kontraktor

Maklumat kontraktor yang dilantik oleh Penyedia Utiliti seperti berikut: i. Memiliki Sijil Sahlaku CIDB.

ii. Memiliki sijil kelayakan dari Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). iii. Berdaftar bersama Agensi Sehenti (OSA)

iv. Kakitangan yang memiliki sijil keselamatan NIOSH/ Green Card CIDB.

v. Mempunyai surat lantikan dari Penyedia Utiliti.

(Lampiran 4 – Borang Pendaftaran Kontraktor)

5.2 Jadual Perlaksanaan Ke rja (Work Programme)

Jadual Perlaksanaan Kerja perlu disediakan oleh Penyedia Utiliti atau bagi mana - mana kontraktor pelaksana. Jadual ini adalah untuk menunjukkan tempoh kerja yang akan dibuat oleh kontraktor pelaksana di tapak. Ianya mesti disahkan oleh pegawai yang bertanggungjawab bagi pihak Penyedia Utiliti/ Pemaju.

(8)

5.3. Salinan Polisi Insuran

Semua kerja-kerja yang terlibat dengan permohonan Izinlalu dan Permit Kerja perlu dilindungi oleh Polisi Insuran yang komprehensif seperti yang dikehendaki oleh Agensi Sehenti dan Pihak Berkuasa Jalan. Setiap kontraktor pelaksanaan diwajibkan untuk mempunyai polisi insuran bagi syarikat mereka dan dokumen tersebut diperlukan bagi melengkapkan salah satu prosedur untuk mendapatkan kelulusan permit kerja daripada pihak Agensi Sehenti.

5.4. Pelan Bina Infrastruktur Utiliti

Pelan Koordinasi Pepasangan Infrastruktur Utiliti ini boleh didapatkan daripada Pengurus vendor yang telah dilantik oleh Agensi Sehenti. Pelan Koordinasi Pepasangan Infrastruktur Utiliti ini hendaklah mengandungi maklumat lengkap seperti berikut:

i. Lokasi dan gambar lokasi – sebelum pembinaan. ii. Peta Topografi serta pengesahan R.O.W

iii. Spesifikasi bahan dan spesifikasi teknikal struktur utiliti. (Contoh: spesifikasi Paip Air, rekabentuk & saiz Paip) iv. Maklumat utiliti bawah tanah & permukaan sedia ada dan

penempatan laluan jajaran utiliti yang dicadangkan.

v. Pengesahan dari setiap pihak yang berkenaan (jurukur tanah, pihak pengimbas, jurutera utiliti, penyedia utiliti, penyelia utiliti dan PBM)

5.5. Wang Cagaran

Sebelum kelulusan permit pelaksanaan dikeluarkan, pihak Penyedia Utiliti perlu menjelaskan bayaran wang cagaran. Penyedia Utiliti adalah disarankan untuk membuat bayaran secara berkelompok bagi memudahkan pengurusan. Kadar wang cagaran adalah mengikut seperti jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pelaksanaan dan segala perubahan adalah tertakluk kepada pihak pengurusan dan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

(Lampiran 12 – Kadar Wang Cagaran)

i. Penyedia Utiliti perlu membuat pembayaran Wang Amanah kepada Agensi Sehenti.

ii. Pembayaran perlu dibuat diatas nama Koridor Utiliti (Johor)

Sdn. Bhd. dengan menggunakan ”Bank Deraf” sahaja sepertimana yang sedia maklum.

iii. Wang cagaran hanya akan dikembalikan setelah semua kerja kerja pelaksanaan telah disempurnakan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan serta tempoh tanggungan kecacatan tamat.

5.6. Yuran Laluan Utiliti

Yuran ini dikenakan bagi semua cadangan laluan (kawasan PBT dan JKR).

Yuran ini adalah sebagai Yuran akses laluan “tribute fee” yang dibayar untuk

kerajaan melalui Agensi Sehenti. Pembayaran perlu dibuat di atas nama

Koridor Utiliti (Johor) Sdn. Bhd. menggunakan “Bank Draft” sahaja.

5.7. Senarai Semak

Pemohon hendaklah memenuhi semua keperluan seperti yang dinyatakan di dalam senarai semak yang telah disediakan.

(Lampiran 1 – Senarai Semak Permohonan) (Lampiran 3 – Senarai Semak Pendaftaran Kontraktor)

(9)

6 MEMULAKAN KERJA TAPAK

6.1 Penggalian Terancang dan Tidak Terancang

6.1.1 Pihak Penyedia Utiliti atau kontraktor pelaksana juga bertanggungjawab untuk mengemukakan notis mula kerja kepada Agensi Sehenti dalam tempoh 3 hari (72 jam) sebelum kerja dijalankan.

6.1.2 Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas segala tuntutan akibat kemalangan yang berlaku semasa dan selepas kerja tersebut dijalankan serta semasa dalam tempoh tanggungan kecacatan.

6.1.3 Pemohon hendaklah membuat “pegging-out” (penandaan jajaran kerja) dan dipacak/ditanda satu (1) minggu sebelum kerja dimulakan. Satu pemeriksaan bersama Pihak berkuasa Melulus dan Agensi Sehenti hendaklah diadakan bagi menentukan semuanya berada dalam keadaan teratur dan sempurna.

6.1.4 Pemohon hendaklah mengemukakan “As-Built Drawing” kepada

Agensi Sehenti dalam bentuk softcopy format AUTOCAD (*.DWG) dan hardcopy dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh kerja disiapkan. Sekiranya pemohon gagal menyediakan dalam tempoh tersebut, Agensi Sehenti berhak melantik pihak ketiga dengan tambahan kos sebanyak 25% menggunakan Wang Cagaran pemohon. Lebihan kos akan ditanggung oleh pemohon. Jika gagal membayar dalam masa tersebut, pihak Agensi Sehenti / Pihak Berkuasa Melulus berhak mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut balik lebihan kos itu.

6.1.5 Bagi tempoh kerja yang melebihi tempoh permit yang diluluskan, permohonan lanjutan tempoh untuk permit baru perlu dikemukakan oleh pemohon dua (2) minggu sebelum tempoh tamat permit itu.

6.1.6 Sebelum kerja dimulakan, kontraktor pelaksanaan perlu memastikan, papan tanda projek perlu dipasang, maklumat permit kerja akan dipamerkan. Vendor TMP pula perlu memastikan semua

aspek keselamatan pekerja dan awam diutamakan serta memastikan pelan pengurusan trafik (TMP) adalah mengikut pelan dan kaedah yang telah diluluskan. Kerja-kerja tapak ini juga perlu mematuhi waktu yang dibenarkan sahaja.

6.2 Penggalian Kerja Luar Jangka (Kecemasan)

6.2.1 Setelah permit sementara diperolehi dan semua syarat dipersetujui, kerja-kerja boleh dimulakan. Agensi Sehenti akan memantau penyempurnaan tapak kerja adalah mengikut spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan. Laporan kerja semasa, ketika dan selepas kerja siap dijalankan perlu disediakan pemohon dan di hantar kepada Agensi Sehenti sebagai semakan berkala.

6.2.2 Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas segala tuntutan akibat kemalangan yang berlaku semasa dan selepas kerja tersebut dijalankan serta semasa dalam tempoh tanggungan kecacatan.

6.2.3 Pemohon hendaklah mengemukakan “As-Built Drawing” kepada

Agensi Sehenti dalam bentuk softcopy format AUTOCAD (*DWG) dan hardcopy dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh kerja disiapkan. Sekiranya pemohon gagal menyediakan dalam tempoh tersebut, Agensi Sehenti berhak melantik pihak ketiga dengan tambahan kos sebanyak 25% menggunakan Wang Cagaran pemohon. Lebihan kos akan ditanggung oleh pemohon. Jika gagal membayar dalam masa tersebut, pihak Agensi Sehenti / Pihak Berkuasa Melulus berhak mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut balik lebihan kos itu.

6.2.4 Sebelum kerja dimulakan, kontraktor pelaksanaan perlu memastikan, papan tanda projek perlu dipasang, maklumat permit kerja akan dipamerkan. Vendor TMP pula perlu memastikan semua aspek keselamatan pekerja dan awam diutamakan serta memastikan pelan pengurusan trafik (TMP) adalah mengikut pelan dan kaedah yang telah diluluskan. Kerja-kerja tapak ini juga perlu mematuhi waktu yang dibenarkan sahaja.

(10)

7 PEMANTAUAN DAN PEMERIKSAAN KESEMPURNAAN TAPAK KERJA 7.1 Penggalian Kerja Terancang

Pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan disepanjang tempoh pelaksanaan tersebut. Agensi Sehenti akan mengadakan pemeriksaan bersama Pihak Berkuasa Jalan bagi memastikan kaedah pelaksanaan dan semua aspek keselamatan dipatuhi. Kontraktor Pelaksana perlu memajukan satu (1) salinan laporan mingguan kemajuan kerja semasa dan perlu disahkan oleh Penyedia Utiliti dan dihantar kepada Agensi Sehenti.

(Lampiran 7 – Borang laporan pemantauan tapak kerja semasa)

Proses Penilaian

Bagi mana-mana kerja yang tidak mematuhi syarat atau piawaian kesempurnaan kerja tapak, satu arahan akan dikeluarkan oleh Agensi Sehenti kepada Penyedia Utiliti. Proses membaikpulih perlu dilaksanakan serta merta dan selewat lewatnya dalam tempoh 72 jam dari tarikh amaran dikeluarkan. Bagi mana-mana arahan yang ingkar, maka pihak Agensi Sehenti ini berhak untuk mengambil langkah seperti berikut:

i.

Arahan Penyempurnaan Semula

ii.

Cadangan Tawaran Kompaun

iii.

Memberhentikan Kerja

iv.

Mencadangkan Penyitaan Peralatan Kerja Tapak

v.

Mengambil alih / Mengarahkan Penyempurnaan semula oleh kontraktor lain dengan kos dikenakan kepada Penyedia Utiliti. Melalui pemotongan wang amanah.

(Lampiran 10 – Borang laporan ketidakpatuhan)

Laporan Siap Kerja

Setelah kerja siap dijalankan, pihak kontraktor perlu mengemukakan notis siap kerja kepada pihak Agensi Sehenti. Laporan penuh siap kerja perlu disediakan termasuk laporan Imbasan Penuh siap Kerja. Semua maklumat ini akan dimuatkan di dalam Pelan Infrastruktur Utiliti siap bina. Ulasan Penuh / Laporan Siap Kerja akan dimajukan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan untuk disokong dan diperakukan supaya Sijil Siap Kerja dapat dikeluarkan.

Pangkalan Data

Semua maklumat – maklumat ini akan disimpan di dalam bentuk data GIS dan ia akan dimuatnaik ke pusat Pangkalan Data sebagai rujukan masa akan datang. Semua maklumat seperti kelulusan izinlalu dan permit, Kontraktor Pelaksana, Laporan Semasa Pelaksanaan, dan Siap Kerja. Pelan Infrastruktur Utiliti juga akan dimuatnaik setelah pengesahan imbasan dan sempurna kerja disahkan sepenuhnya.

Lawatan Pemeriksaan Berkala

Setiap tapak pelaksanaan yang telah siap dan telah dikeluarkan Sijil Siap Kerja perlu melalui tempoh tanggungan kecacatan selama Dua Belas (12) bulan. Semasa tempoh tersebut Agensi Sehenti akan menjalankan lawatan pemeriksaan berkala bersama Penyedia Utiliti bagi memastikan semua bekas tapak pelaksanaan ini tidak mengalami sebarang kerosakan struktur tanah atau kerosakan lain. Arahan membaikpulih (jika ada) akan dikeluarkan kepada penyedia utiliti sekiranya terdapat kerosakan ke atas tapak tersebut. Sekiranya pihak penyedia utiliti tidak mengambil sebarang tindakan, penyelia utiliti berhak untuk menggunakan wang cagaran bagi membaikpulih kerosakan yang terjadi.

Laporan Sempurna Kerja

Ulasan dan laporan penuh pemantauan semasa tempoh tanggungan kecacatan dihantar kepada Agensi Sehenti sebelum Sijil Sempurna Kerja dikeluarkan.

(Lampiran 8 – Borang laporan lawatan tapak kerja) (Lampiran 9 – Borang ulasan tapak kerja)

7.2 Penggalian Kerja Luar jangka (Kecemasan)

Pemantauan dari masa ke semasa akan dijalankan disepanjang tempoh perlaksanaan tersebut. Agensi Sehenti akan mengadakan pemeriksaan bersama Pihak Berkuasa Jalan bagi memastikan kaedah pelaksanaan dan semua aspek keselamatan dipatuhi mengikut pelan pengurusan trafik yang telah diluluskan. Kontraktor Pelaksana perlu memajukan 1 salinan laporan kemajuan kerja semasa dan mesti disahkan oleh Penyedia Utiliti dan dihantar kepada Agensi Sehenti.

(11)

Proses Penilaian

Bagi mana-mana kerja yang tidak mematuhi syarat atau piawaian kesempurnaan kerja tapak, satu arahan akan dikeluarkan oleh Agensi Sehenti kepada Penyedia Utiliti. Kerja baikpulih mesti dilaksanakan serta merta dan selewat lewatnya dalam tempoh 72 jam dari tarikh amaran dikeluarkan. Bagi mana-mana arahan yang ingkar, maka pihak Agensi Sehenti berhak untuk mencadangkan perkara berikut:

i.

Arahan Penyempurnaan Semula

ii.

Cadangan Tawaran Kompaun

iii.

Memberhentikan Kerja

iv.

Mencadangkan Penyitaan Peralatan Kerja Tapak

v.

Mengambil alih /Mengarahkan Penyempurnaan semula oleh kontraktor lain dan kos dikenakan kepada Penyedia Utiliti.

Laporan Siap Kerja

Setelah semua proses di atas lengkap, laporan penuh siap kerja akan disediakan termasuk laporan Imbasan Penuh siap Kerja. Semua maklumat ini akan dimuatkan didalam Pelan Infrastruktur Utiliti siap bina. Ulasan Penuh / Laporan Siap Kerja akan dimajukan kepada Agensi Sehenti sebagai rujukan laporan lengkap ini akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pelaksanaan bagi membolehkan Sijil Siap Kerja dan Sijil Sempurna Kerja dikeluarkan.

Pangkalan Data

Semua Maklumat ini akan dimuatnaik ke pusat Pangkalan Data sebagai rujukan masa akan datang. Semua maklumat seperti permohonan Penyedia Utiliti, Kontraktor Pelaksana, Laporan Semasa Pelaksanaan serta ulasan siap kerja. Pelan Infrastruktur Utiliti juga akan di muatnaik setelah pengesahan imbasan dan sempurna kerja disahkan sepenuhnya.

Lawatan Pemeriksaan Berkala

Setiap tapak pelaksanaan kerja yang telah siap dan telah dikeluarkan sijil siap kerja perlu melalui tempoh tanggungan kecacatan dalam

tempoh Dua Belas (12) bulan. Bagi tempoh tersebut Agensi Sehenti akan menjalankan lawatan pemeriksaan berkala bersama Penyedia Utiliti bagi memastikan semua bekas tapak pelaksanaan ini tidak mengalami kerosakan struktur. Satu arahan membaikpulih akan dikeluarkan kepada penyedia utiliti sekiranya terdapat kerosakan ke atas tapak tersebut.

8 PEMULANGAN WANG CAGARAN

Setelah semua kerja –kerja tersebut sempurna dan tamat tempoh tanggungan kecacatanya, maka proses pemulangan wang cagaran akan dimulakan. Penyedia Utiliti perlu mengemukakan permohanan serta melampirkan semua salinan asal yang diperlukan. Setelah semua dokumen lengkap, Agensi Sehenti akan memproses permohonan Penyedia Utiliti bagi tuntutan wang cagaran yang dibuat. Tuntutan boleh dibuat oleh Penyedia Utiliti bagi tempoh dua belas (12) bulan setelah kerja siap dijalankan dan mendapat sijil sempurna kerja.

(12)

9 SPESIFIKASI KERJA

Pemohon (Penyedia Utiliti) perlu menyerahkan Maklumat Teknikal yang telah disahkan kepada pihak Agensi Sehenti secara terperinci berhubung sistem dan rekabentuk serta kaedah pengorekan /penggalian parit melintasi jalan dan disahkan untuk kelulusan. Semua lintasan melainkan sekatan disebabkan keadaan tapak perlu pada sudut yang betul di garisan tengah jalan.

Kelulusan diberikan untuk penggalian /pengorekan terbuka, turapan jalan perlu

dipotong dalam garisan yang lurus dengan menggunakan pemotong “Concrete

Road Cutting Machine” pada kedalaman sekurang-kurangnya 300mm.

Tiada bahan-bahan pengorekan boleh digunakan semula untuk tujuan menimbus tapak korekan. Semua bahan-bahan pengorekan hendaklah dimuatkan terus ke dalam lori pengangkut serta dipindahkan daripada tapak dengan serta-merta ke tapak pelupusan yang telah dibenarkan / dilesenkan oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

Setiap korekan parit perlu terlebih dahulu disediakan dinding penahan sementara atau penutup untuk melindungi daripada runtuhan, penenggelaman atau retakan pada turapan yang bersambung atau harta berhampiran.

Semua perparitan sedia ada perlu diselenggara sepanjang masa. Lencongan sementara, jika tidak dapat dielakkan boleh diselenggarakan dan dilaksanakan, tetapi perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Berkuasa Jalan / Jabatan Pengaliran dan Saliran atau Agensi yang berkenaan.

Semua paip, kabel dan sebagainya yang berada di bawah tanah hendaklah diletakkan pada ukuran yang bertutup sekurang-kurang 1.2m dari permukaan jalan, bahu jalan atau daratan.

Panjang parit yang boleh digali / dikorek dan dibiarkan terbuka dalam satu-satu masa perlu dihadkan sehingga 50m. Bagi kabel telekomunikasi, 200m adalah dibenarkan.

Bahan-bahan pembinaan tidak boleh dilonggokan di tapak pembinaan. Hanya bahan-bahan yang diperlukan pada hari bekerja sahaja dibenarkan dibawa ke tapak pembinaan.

Papan tanda untuk kawalan lalulintas dan pengurusan di tapak pembinaan

hendaklah mengikut kepada “standard” Arahan Teknik (Jalan) JKR “KAWALAN LALULINTAS DAN KESELAMATAN DI TAPAK PEMBINAAN JALAN”. Papan Tanda lencongan jalan sementara, kawalan lalulintas dan lokasi papan tanda tersebut hendaklah mengikut kepada lakaran pengurusan trafik lalulintas yang diserahkan oleh pemohon dan diluluskan oleh pihak berkuasa jalan.

Sebelum penggalian/pengorekan parit dilakukan bagi kerja pemasangan kemudahan, Kontraktor Pelaksanaan kerja tapak perlu menggali / mengorek lubang “pilot pit” di

lokasi yang diluluskan oleh pihak Agensi Sehenti bagi memastikan lokasi sebenar pemasangan sedia ada. Panjang dan kedalaman lubang perlu memadai dan sesuai bagi mengelakkan kerosakan / kemusnahan kepada pemasangan sedia ada.

Bahan menimbus semula parit selepas pemasangan utiliti siap hendaklah menggunakan bahan kasar yang diiktiraf / diluluskan mutunya. Bahan asal penggalian / pengorekan daripada parit tidak boleh digunakan semula. Bahan menimbus semula tersebut perlu mempunyai lapisan yang dipadat tidak melebihi 250mm dengan menggunakan mesin yang bersesuaian. Tahap kepadatan setiap lapis di bawah laluan pejalan kaki perlu tidak kurang daripada 95% daripada kepadatan kering yang diperolehi dengan menggunakan “B.S Heavy Compaction test”. Pihak Berkuasa Jalan mempunyai kuasa untuk mengarahkan penggalian semula bahan-bahan timbusan sekiranya ujian yang dilakukan berada di bawah tahap yang ditetapkan. Segala kos penggalian semula bahan-bahan timbusan adalah ditanggung oleh Penyedia Utiliti.

(13)

LAMPIRAN

1) Carta alir kerja – kerja terancang 2) Carta alir kerja khas

3) Carta alir kerja luar jangka

4) Lampiran 1 - Senarai semak permohonan 5) Lampiran 2 - Borang permohonan

6) Lampiran 3 - Senarai semak pendaftaran kontraktor 7) Lampiran 4 - Borang pendaftaran kontraktor 8) Lampiran 5 - Borag maklumat permohonan permit 9) Lampiran 6 - Borang laporan cadangan jajaran laluan

10) Lampiran 7 - Borang laporan pemantauan tapak kerja semasa 11) Lampitan 8 - Borang laporan lawatan tapak kerja

12) Lampiran 9 - Borang ulasan tapak kerja 13) Lampiran 10 - Borang laporan ketidakpatuhan 14) Lampiran 11 - Borang notis kerja luar jangka 15) Lampiran 12 - Kadar Wang Cagaran

(14)

Referensi

Dokumen terkait

As MMP-9 is released by neutrophils, monocytes and macrophages during the course of an infl ammatory response, increased infl ammation found in these patients could be a

Secara makroskopis dapat diamati bentuk morfologi yang berbeda dari koloni bakteri endofit yang berkolonisasi pada akar tumbuhan Andaleh.. Hasil isolasi bakteri

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah dilakukan ditarik kesimpulan sebagai berikut: Secara simultan ada pengaruh yang positif antara elemen penyampaian

Dari hasil uji data perdimensi kualitas hidup didapatkan hasil yang tidak signifikan antara Volume Oksigen Maksimum (VO2max) dengan kualitas hidup dimensi hubungan sosial

Dengan demikian secara umum dapat ditarik kesimpulan bahwa Ideologi adalah kumpulan gaga- san-gagasan, ide-ide, keyakinan-keyakinan yang me- nyeluruh dan sistematis, yang

Teori tersebut menitikberatkan pada peranan tabungan dan investasi yang sangat menentukan dalam pertumbuhan ekonomi daerah (Lincoln Arsyad :1997). Asumsi yang digunakan dalam

Kolesisttitis akut adalah suatu reaksi inflamasi akut dinding kandung empedu yang disertai dengan keluhan nyeri perut kanan atas, nyeri tekan, dan demama. Kolesistitis kronik

Pengurangan nilai TSS disebabkan karena partikel dengan massa cukup berat yang terdapat dalam limbah akan mengendap pada bagian reaktor, sedangkan yang cukup ringan