• Tidak ada hasil yang ditemukan

Rancangan Perniagaan Kedai komputer

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Rancangan Perniagaan Kedai komputer"

Copied!
22
0
0

Teks penuh

(1)

KERTAS RANCANGAN

PERNIAGAAN

FT WORLD ENTERPRISE

379, FELDA KEMELAH

85040, SEGAMAT,

JOHOR.

(2)

RINGKASAN EKSEKUTIF

FT World Enterprise bermula operasi sepenuhnya pada tanggal 03 Oktober 2012 merupakan sebuah perusahaan yang diusahakan oleh bumiputera. Ia merupakan sebuah perusahaan yang diterajui oleh anak muda bernama Haslina Binti Ibrahim. Berkelulusan dari Politeknik Johor Bahru, anak muda ini adalah bekas graduan dalam Teknologi Maklumat dan sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Organisasi) di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan berbekalkan pengalaman yang ada, beliau dan suami telah menceburkan diri dalam bidang Fotografi dan Videografi sejak awal 2010. Melihat peluang yang ada dan berkat dorongan suami yang juga mempunyai pengalaman bertugas dalam bidang fotografi dan videografi hampir 4 tahun, beliau mengambil keputusan untuk membuka perusahaan yang beasaskan perkhidmatan Jurugambar dan Juruvideo yang sebelum ini hanya beroperasi di rumah. Lokasi perniagaan ini terletak di rumah bapa mertua suami di 379 Felda Kemelah 85040 Segamat Johor. Mengambil pengalaman suami yang merupakan penduduk asal kawasan tersebut, dengan adanya Ft World Enterprise dapat memberi kemudahan kepada penduduk terutamanya bakal pengantin, warga emas dan pelajar sekolah untuk menggunakan perkhidmatan kami. Jika sebelum ini mereka terpaksa ke Labis atau Bandar Segamat untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Sumber pendapatan utama diperolehi melalui perkhidmatan mengambil gambar atau video perkahwinan, gambar passpot, Potret Keluarga, Video Korporat Agensi Kerajaan atau Swasta, Mencetak

(3)

foto dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan fotografi dan videografi. Di samping itu juga perkhidmatan akan ditingkatkan di masa hadapan dengan menambah perkhidmatan untuk mengadakan kelas fotografi dan videografi kepada penduduk setempat dan menyediakan perkhidmatan percetakan seperti bunting, banner dan tempahan kad perkahwinan . Semoga berkat usaha ini dapat menjana pendapatan dan ia juga dapat membantu penduduk setempat.

(4)

1.0 PENGENALAN

FT World Enterprise menjalankan perniagaan dalam bidang teknologi maklumat kerana melihat ia adalah salah satu industri penting dalam dunia global sekarang. Tanpa IT manusia akan dianggap ketinggalan zaman dan kolot. Dengan tekad dan harapan untuk membantu penduduk kawasan pekan Tenang Station pada 01 November 2009, FT World Enterprise ditubuhkan dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia oleh Haslina Binti Ibrahim iaitu pemilik perniagaan.

Memandangkan Teknologi maklumat merupakan salah satu ilmu yang penting dalam era globalisasi sekarang, ia di harap dapat membantu penduduk sekitar terutama penduduk Felda dan estate yang tida kenderaan untuk ke bandar. Kawasan Tenang Station merupakan pekan kecil yang dihuni oleh pelbagai kaum amat memerlukan kemudahan ini. Sejak FT World Enterprise ditubuhkan hampir setiap hari mendapat maklumbalas positif dari penduduk setempat terutama ibu bapa kerana tidak perlu menghantar anak mereka ke bandar untuk menggunakan perkhidmatan internet dalam menyediakan folio kerja sekolah. Ia juga dapat membantu penduduk sekitar yang mempunyai komputer dekstop dan komputer riba untuk membaikpulih komputer mereka terutama guru-guru sekolah, jururawat dan pihak polis di Balai Polis Tenang sendiri. Mereka tidak perlu ke Bandar Segamat atau bandar Labis kira-kira 15KM untuk mendapatkan perkhidmatan internet dan servis komputer.

Perniagaan dalam Teknologi Maklumat ini dapat dilihat boleh membawa keuntungan oleh sebab permintaannya yang tinggi dan semakin diperlukan. Tanpa internet kita boleh lihat betapa kita akan ketinggalan jauh kebelakang berbanding rakyat-rakyat di negara lain. Faktor minat dalam bidang teknologi maklumat dan pengalaman yang ada pada suami membuatkan semangat lebih menebal untuk

(5)

membuka perusahaan dalam bidang ini. Kemahiran dan ilmu yang ada perlu digunakan supaya dapat membantu menaikan taraf hidup di samping membantu memberi perkhidmatan pada orang lain. Oleh sebab tiada premis lain menjalankan perniagaan dalam bentuk IT, FT World dilihat semakin maju dan dikenali ramai. Selain itu juga permintaan terhadap penggunaan komputer dan internet semakin tinggi. Ini menunjukan penduduk setempat telah maju kehadapan dan mahu mendalami ilmu IT dengan lebih mendalam. Selain itu, dapat juga golongan remaja terutama pelajar mencari maklumat berkaitan subjek mata pelajaran dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka. Tiada lagi masalah untuk pelajar mengatakan tidak tahu berkaitan komputer dan sekurang-kurangnya ia sebagai tonggak untuk mereka bersedia melangkah belajar ke peringkat lebih tinggi. Ini kerana di universiti dan kolej setiap tugasan perlu disiapkan menggunakan komputer. Setiap rakyat Malaysia tidak kira dari Felda, estate, kampung atau pendalaman seharusnya celik tentang dunia teknologi maklumat terutamanya perkembangan dunia semasa. Mendapatkan maklumat dari televisyen sahaja tidak mencukupi. Seharusnya mereka cuba untuk terus bersaing maju setaraf dengan penduduk bandar. Tidak kira dimana pun kita berada kita sebenarnya di bawah gagasan 1 Malaysia. Tiada istilah bandar atau kampung mereka semua berhak mendapatkan apa yang mereka perlukan dalam hidup mereka untuk maju dan berdaya saing.

(6)

2.0 OBJEKTIF / TUJUAN KERTAS KERJA

Tujuan kertas kerja ini disediakan untuk memohon jasa baik pihak pinjaman TEKUN memberi pinjaman kepada FT World Enterprise supaya lebih berkembang maju. Tujuan pembiayaan dimohon untuk menaiktaraf perniagaan supaya lebih maju dan berdaya saing. Memandangkan permintaan yang tinggi dan modal pusingan yang terlalu sedikit membataskan pihak pengurusan FT World Enterprise menjalankan perniagaan. Diharap pembiayaan sebanyak RM 50,000 dari TEKUN dapat membantu pihak pengurusan FT World Enterprise menaiktaraf dengan menambah bilangan unit komputer, alat tulis, barangan komputer, serta dapat membaik pulih kedai. Selain ia dapat dijadikan sebagai modal pusingan. Pihak FT World bercadang akan melangsaikan hutang pembiayaan dalam tempoh lima tahun bersama faedah yang dikenakan. Bayaran akan dibayar sebulan sekali melalui Bank Simpanan Nasional.

(7)

3.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

i. Nama Syarikat : FT World Enterprise

ii. Alamat Berdaftar : No. 379 Felda Kemelah, 85040, Segamat, Johor

iii. Alamat Operasi : No. 14, Tenang Station, 85030, Segamat, Johor.

iv. No. Daftar Perniagaan : IP0315310-D v. Tarikh Pendaftaran : 01 November 2009 vi. Tarikh Mula Berniaga : 01 Disember 2009

vii. Aktiviti Perniagaan : Perkhidmatan Internet, Menaip, Faks, fotostat, Binding, Liminate, Servis Komputer, menjual komputer dekstop dan komputer riba baru / terpakai, mencetak / printing, menjual makanan dan minuman ringan.

viii. Nama Bank & No. Akaun bank : Maybank Berhad & 501057823310 ix. Jenis Akaun : Akaun Semasa

x. Status Perniagaan : Tunggal

xi. Modal awal : Simpanan KWSP & Simpanan Sendiri xii. Bank Berurusan : Maybank Berhad

xiii. Pemilik : Haslina Binti Ibrahim 850529-01-6864

4.0 SKOP PERNIAGAAN

4.1 Aktiviti Perniagaan

Perkhidmatan pusat komputer berinternet, Jualan komputer dekstop dan komputer riba baru dan terpakai, Servis komputer dekstop dan komputer riba, Faks, Photostat, mencetak/printing dokumen, tempahan banner, bunting, kad kahwin dan alat-alat tulis.

4.2 Perkhidmatan

(8)

4.2.1 Menaip

4.2.2 Komputer Berinternet

4.2.3 Menjual Komputer dekstop dan komputer riba

4.2.4 Servis dan membaikpulih komputer dekstop dan komputer riba. 4.2.5 Mencetak @ Printing (dokumen dan tempahan kad kahwin,

bunting dan banner) 4.2.6 Binding, Liminate 4.2.7 Photostat

4.2.8 Menjual alat tulis

4.2.9 Menjual makanan ringan dan minuman

4.3 Potensi Perniagaan

4.3.1 Permintaan yang tinggi dari penduduk setempat dan sekitar memandagkan perkhidmatan yang disediakan tiada saingan. Keuntungan bersih sebanyak RM 100-150 sehari.

4.3.2 Dalam masa 6 bulan mendapat sambutan dan perkembangan positif dari masyarakat keliling dan pelanggan.

4.3.3 Kedudukan premis perniagaan berhampiran jalan utama penduduk setempat dan sekitar. Senang dilihat dan tiada saingan lain.

4.3.5 Semakin dikenali dan mendapat permintaan tinggi untuk perkhidmatan menservis komputer dekstop dan komputer riba. Terdapat juga pejabat-pejabat kerajaan memanggil untuk membaikpulih komputer di pejabat mereka termasuk Balai Polis

(9)

Tenang. Selain itu permintaan untuk membeli komputer riba turut meningkat di kalangan penduduk setempat.

5.0 ASPEK PENGURUSAN

5.1 CARTA ORGANISASI

FT WORLD ENTERPRISE PEMILIK

HASLINA BINTI IBRAHIM

PENGURUS / JURUTEKNIK MOHD NASIR BIN IBRAHIM

(suami)

PENYELIA IZANI BIN IBRAHIM

(10)

5.2 FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB

5.2.1 PEMILIK

Menjaga akaun perniagaan dan pengurusan.

5.2.2 PENGURUS / JURUTEKNIK

i. Membuat urusan jual beli komputer ii. Mengawal Keluar masuk barang kedai

iii. Membaikpulih / Servis komputer dekstop dan laptop pelanggan

iv. Menjaga server / rangkaian perniagaan

5.2.3 PENYELIA

i. Menjaga kedai waktu operasi dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam

5.3 GAJI DAN GANJARAN

Gaji dibayar hanya pada Izani Bin Ibrahim yang bertugas sebagai penyelia sebanyak RM 500 / sebulan. Pengurus dan Juruteknik merupakan suami dan tidak mengambil gaji bulanan dan sebarang elaun.

5.4 ANGGARAN BELANJA PENGURUSAN SEBULAN JADUAL 1 : ANGGARAN BELANJA BULANAN

BIL JENIS PERBELANJAAN JUMLAH

(RM)

1 GAJI PEKERJA 500.00

2 SEWA LOT PERNIAGAAN 380.00

3 AIR + ELEKTRIK 150.00

4 TELEFON, FAKS, INTERNET 250.00

(11)

JUMLAH 1,780.00

5.5 STARTEGI PENGURUSAN

5.5.1 Memberi bimbingan kepada penyelia untuk mempelajari selok belok tentang komputer supaya dapat membantu juruteknik sekiranya kecemasan.

5.5.2 Menambah bilangan pekerja untuk membantu pengurusan kedai. 5.5.3 Mengambil pelajar praktikal dari universiti atau kolej supaya dapat bertukar-tukar ilmu tentang komputer dan teknologi maklumat.

6.0 ASPEK TEKNIKAL DAN PERKHIDMATAN 6.1 KEMUDAHAN ASAS PREMIS

i. Air dan elektrik

Air dan eletrik disediakan bagi menjalankan perniagaan. Bayaran bulanan bagi bil air sebanyak RM 18.48 sebulan manakala bil elektrik dalam anggaran RM 100-RM180 sebulan.

(12)

ii. Internet

Internet disediakan bagi memudahkan pelanggan melayari laman web dan akses internet. Bayaran dikenakan sebanyak RM 2.50 / jam

iii. Faks

Perkhidmatan faks disediakan bagi memudahkan penghantaran dokumen secara pantas. Bayaran dikenakan mengikut jarak jauh kawasan dihantar.Iaitu dalam anggaran RM 3.00 hingga RM 5.00.

* Lampiran A – Perjanjian Sewa Premis. 6.2 HARTA TETAP PERALATAN YANG DIMILIKI

JADUAL 2 : SENARAI ASET TETAP

BIL PERKARA KUANTITI TARIKHDIBELI NILAI

1 Photostat Jenama TOSHIBA 1 unit 25.11.2009 RM 3500.00 2 Komputer Jenama DELL 9 unit 18.11.2009 RM 10,280.00 3 Printer & fax Colour Brother 1 unit 18.11.2009 Rm 550.00

4 Meja 7 unit 14.11.2009 RM 2,450.00

5 Kerusi 10 unit 14.11.2009 RM 525.00

6 Rak 3 unit 28.11.2009 RM 1,200.00

7 Dinding Cermin 1 unit 28.11.2009 RM 1,800.00

8 Kipas Siling 2 unit 23.11.2009 RM 300.00

9 Liminating Film Mechine 1 unit 14.11.2009 RM 199.00 10 Comb Binding Mechine 1 unit 14.11.2009 RM 199.00 11 OSB Liminating Film A4 1 unit 14.11.2009 RM 280.00 12 54 x 3”L Notly Stand 1 unit 17.11.2009 RM 75.00 13 Island 5 x 4 1 unit 17.04.2009 Rm 350.00 14 Island 5 x 3 1 unit 17.04.2009 RM 185.00 15 A4 wood Rack 1 unit 17.04.2009 RM 230.00 16 18” Pen Display 1 unit 17.04.2009 RM 150.00

JUMLAH

6.3 HARTA TETAP DAN PERALATAN YANG DIPERLUKAN JADUAL 3 : ASET TETAP YANG DIPERLUKAN

BIL JENIS / MODEL HARGA / UNIT(RM) KUANTITI NILAI (RM)

1 PETI AIS JENAMA ZAPPRO ‘GOLD PLATED’’

RM 2,000.00 1 UNIT RM 2,000.00 2 PANASONIC 60” CEILING

FAN MODEL : FMY 153 RM 150.00 2 UNIT RM 300.00 3 PANASONIC AIRCOND RM 1,750.00 2 UNIT RM 3,500.00

(13)

MODEL : CS 12KK4

4. KOMPUTER DEKSTOP RM 1,510.00 20 UNIT RM 30,200.00 5 TL1815 EXECUTIVE TABLE

WITH CPU HOLDER & DRAWER

RM 980.00 1 UNIT RM 980.00 6 KYOCERA Digital Plain

Paper Copier

RM 3999.00 1 unit RM 3999.00 7 Eletronic Cash Register RM 2400.00 1 unit RM 2400.00 8 Panasonic Plain Paper Fax RM 499.00 1 unit RM 499.00 9 Highback Chair RM 380.00 12 unit RM 4560.00 10 AT 5” Waiting Table RM 450.00 1 unit RM 450.00 11 AB 741 Book Sheet Cabinet RM 450.00 1 unit RM 450.00 12 Display Rack 8x 8” with

glass & lock

RM 3800.00 1 unit RM 3800.00 13 Samsung Mono Prrinter RM 480.00 1 unit RM 480.00

JUMLAH

Sumber kewangan yang diperolehi dari simpanan sendiri . Pihak pengurusan merasakan permohonan ini amat diperlukan kerana tidak mempunyai sumber dana yang mencukupi, tambahan pula modal yang ada telah banyak digunakan untuk membeli stok barang niaga. Segala spesifikasi dan butiran aset tersebut terdapat di dalam salinan sebut harga di lampiran B.

6.4 Stok Permulaan

BIL JENIS / MODEL HARGA/UNIT KUANTITI NILAI (RM)

1 Aksesori komputer RM 1296.00

2 Alat Tulis (Stationery) RM 2500.00

3 Kertas A4 RM 246.00

6.5 Senarai Pembekal Barang Niaga.

Bil Nama Dan Alamat Pembekal Bekalan

1 HITECH COMPUTER SERVICES CENTRE No. 33, JALAN UTAMA 2/6, TAMAN UTAMA, 85000 SEGAMAT, JOHOR. TEL: 07-9313898 FAX : 07-9319841

KOMPUTER/LAPTOP, ALAT GANTI KOMPUTER, AKSESORI KOMPUTER 2 TECHTION OFFICE EQUIPMENT SDN. BHD.

No. 68 & 70, JALAN PEE KANG HAI, 85000 SEGAMAT, JOHOR

KERTAS A4, ALAT

KELENGKAPAN PEJABAT, KERUSI, MEJA, MESIN FOTOSTAT,

(14)

3 BOSTON TECHNOLOGY No. 656-B, JALAN DELIMA, BUKIT BERUANG, 75450 MELAKA

Tel : 014-931 0598

KOMPUTER/LAPTOP REFURBISH (TERPAKAI)

6.6 Anggaran Belian / Kos Perkhidmatan.

Bulan Tahun 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 JUMLAH 2009 408.00 408.00 2010 60.00 732.00 740.00 _ _ 380.00 6.7 Strategi Perkhidmatan.

6.7.1 Memberikan perkhidmatan berkualiti dan menangani segala masalah dan teguran pelanggan dengan penuh sopan.

6.7.2 Memberikan layanan terbaik kepada pelanggan dan menekankan konsep pelangaan sentiasa betul.

6.7.3 Menyiapkan servis laptopp atau komputer mengikut masa tang ditetapkan dalam masa yang sama menitikberatkan kepuashatian pelanggan.

7.0 PEMASARAN

7.1 Produk Dan Harga

Internet - RM 2.50 / Jam ‘ Fotostat - RM 0.10 / Keping

Faks - RM 3.00 (mengikut jarak yang ditetapkan) Scan / Imbasan - RM 0.50 / Keping (mengikut saiz)

Print - RM 0.50 / Keping (Hitam Putih) - RM 2.50 / Keping (Warna)

(15)

Format / Servis - RM 30 (mengikut kehendak pelanggan) Laptop / Komputer

7.2 Kumpulan Sasaran

Pelajar sekolah – i. Membuat kerja kursus bagi pelajar-pelajar yang bakalmenduduki SPM, PMR dan UPSR.

ii. Melakukan ulangkaji menggunakan kemudahan komputer iaitu program Score A / Zoom-A Kakitangan Awam i. Guru

- Menyediakan perkhidmatan untuk guru menggalakan pelajar melakukan ulangkaji dan latihan menggunakan program Score A.

- Guru datang untuk memfotostat latihan atau sebarang bentuk dokumen memandangkan fotostat sekolah kini perlu dibayar sekiranya guru perlu memfotostat.

- Servis Laptop / Komputer guru memandangkan guru tidak lagi perlu pergi jauh untuk membaikpulih komputer yang telah rosak.

ii. Polis / Jururawat

- Memudahkan mereka untuk memanggil datang ke pejabat / klinik untuk membaiki server / komputer yang bermasalah.

- Seperti guru mereka juga kadangkala menggunakan perkhidmatan menservis laptop / komputer yang telah rosak.

iii. Kementerian Perdagangan

- Menggunakan perkhidmatan menservis komputer / laptop pejabat yang sering diserang virus dan rosak.

(16)

iv. Orang Awam

- Ibu bapa databg menghantar anak mereka untuk menyiapkan kerja khusus yang di beri guru.

- Mereka memohon supaya pihak FT World menyediakan perkhidmatan mengajar anak mereka komputer.

- Mudah untuk menggunakan perkhidmatan faks /fotostat dokumen dan sebagainya memandangkan tiada perkhidmatan lain disitu. 7.3 Kawasan Pasaran

~ Kawasan Tenang Station terletak kira-kira 15 KM dari bandar Segamat dan 15 KM dari bandar labis. Ia merupakan sebuah pekan kecil yang terdiri dari pelbagai kaum. Ia merupakan sebuah pekan lama yang agak lambat pembangunannya. Pihak pengurusan FT World membuka perniagaan disitu memandangkan kurang saingan dan tiada perkhidmatan seperti yang ditawarkan disitu. Mengambil pengalaman suami yang pernah dibesarkan di kawasan tersebut saya yakin perubahan yang dibawa dapat membantu orang awam terutama pelajar dalam menyelesaikan masalah harian terutama melibatkan penggunaan komputer. Mereka tidak perlu lagi bersusah payah seperti dahulu.Selain itu dapat juga membantu penduduk kampung dan penduduk felda sekitar dalam membuat urusan melibatkan komputer,fotostat,faks dan lain-lain.

7.4 Saiz Pasaran

Kumpulan sasaran utama adalah golongan pelajar. Seperti yang kita semua sedia maklum sejajar dengan pembangunan arus ekonomi semasa dan kemodenan seharusnya kita dedahkan mereka dengan teknologi komputer agar tidak ketinggalan terutama anak-anak peneroka dan anak-anak peladang estate. Jika tiada pusat komputer dibuka mereka terpaksa menaiki bas atau pengangkutan lain ke bandar berdekatan. Ini akan memerlukan kos perjalanan yang dianggap mahal bagi mereka berpendapatan rendah. Selain itu ada mereka yang berani ke bandar dengan menaiki motosikal tanpa berlesen ini amat merbahayakan nyawa mereka. Selain itu dapat membantu golongan yang mempunyai komputer dekstop atau komputer riba dalam menservis atau membaiki jika ada kerosakan.Mereka tidak perlu lagi pergi jauh ke bandar untuk mendapatkan perkhidmata. Ini amat membantu penduduk-penduduk sekitar dalam dunia yang sedang membangun ini.

7.5 Pesaing

(17)

juga dengan perkhidmatan internet. 7.6 Anggaran Jualan / Upah Perkhidmatan

Bul an Tah un 1 (RM) (RM)2 (RM)3 (RM)4 (RM)5 (RM6 ) 7 (RM) (RM)8 (RM)9 (RM)10 (RM)11 (RM)12 2009 5358.00 2010 899.00 3472.00 2350.00 1455.00 2833.00 7.7 Startegi Pemasaran 7.7.1 Promosi

a. Mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan

b. Memperkenalkan profil syarikat kepada bakal-bakal pelanggan.

c. Mengedarkan pamplet atau broser secara berkala tetang promosi komputer / laptop dan servis.

d. Memberikan perkhidmatan yang cekap, pantas, dan tepat pada masa yang ditetapkan.

e. Memberikan promosi-promosi berpatutan dan mengambil hati pelanggan.

(18)

KE SEGAMAT KE LABIS KE ESTET LADANG VOULES 7.7.2 Lokasi 7.7.3 Harga

Penetapan harga adalah berdasarkan kedudukan pasaran dan pendapatan penduduk sekitar. Caj yang dikenakan adalah berpatutan dan dianggap tidak membebankan pengguna serta berkonsepkan “price follower” iaitu kadar pasaran pesaing-pesaing lain.

LOKASI PERMIS No.

14, TENANG STATION, 85030

(19)

7.7.4 Produk

i. Perkhidmatan Internet

ii. Servis Komputer / Laptop

iii. Menjual Komputer / Laptop / Peralatan Komputer

iv. Fotostat

(20)

vi. Faks

vii. Scan / Printing

viii. Alat tulis

8.0 ASPEK KEWANGAN

8.1 Kos Pelaburan Projek

BIL PERKARA JUMLAH

(RM) 1 2 Simpanan KWSP Simpanan Sendiri RM 15,500.00 RM 14,000.00

(21)

JUMLAH RM 29,500.00

8.2 Sumber Pembiayaan Projek 8.2.1 Simpanan KWSP / Sendiri

- Pemilik telah disahkan dalam jawatan pembantu penguatkuasa dan telah memilih skim pencen.Jadi, wang KWSP beliau boleh dikeluarkan semuanya iaitu sebanyak RM 7,500.00.

8.2.2 Simpanan Sendiri

- Pemilik dan suami berkongsi wang simpanan sebanyak RM 14,000.00.

9.0 JUSTIFIKASI

Dengan yang demikian pihak pengurusan FT World Enterprise berharap pihak TEKUN sudi memberikan pinjaman memandangkan ia adalah satu keperluan bagi kami mengukuhkan perniagaan ini. Perniagaan dalam bentuk perkhidmatan ini dijangka dapat memberi ruang dan peluang kepada golongan kurang mampu yang jauh dari bandar menggunakan perkidmatan yang kami sediakan untuk di masa hadapan.

Diharap perancangan untuk membesarkan perniagaan usahawan bumiputra ini dapat disokong dan dapat menyaingi golongan bumiputera yang lebih memonopoli dalam perniagaan ini. Dengan semangat yang teguh dan keberanian ingin mencuba diharap dapat disokong oleh semua pihak.

Pinjaman ini juga bertujuan untuk membuat modal pusingan perniagaan memandangkan ia memerlukan kos yang tinggi untuk membuat modal awal dalam membeli barangan komputer dan barangan berkaitan.

Saya amat yakin, perniagaan ini mempunyai daya saing yang tinggi dan boleh maju dalam jangkamasa panjang memandangkan kemudahan dalam teknologi maklumat begitu cepat dan canggih. Sejajar dengan itu modal yang banyak diperlukan untuk memastikan ia sentiasa mengikuti perkembangan semasa.

(22)

Pihak TEKUN harus yakin dengan kami kerana kami mempunyai kemahiran dalam bidang Teknologi maklumat dan berkelulusan Politeknik tempatan. Setiap kemahiran yang ada kami berjanji akan gunakan sepenuhnya demi anak bangsa kami.

10.0 PENUTUP

Memandangkan permintaan internet dan komputer begitu tinggi permintaannya pada masa kini saya yakin perniagaan ini dapat diteruskan dalam tempoh jangkamasa yang panjang. Ia dapat memberi pendedahan dan pendidikan secara tidak lansung kepada semua lapisan masyarakat. Adakah kita sanggup melihat nak bangsa kita ketinggalan zaman dek arus masa tanpa kemudahan teknologi maklumat? Bersamalah kita fikirkan perkara ini. Jangan berpandangan dari sudut negatif penggunaan internet.

Jika di pandang dari aspek segi pendidikan FT World bercadang inigin mengadakan pusat pembelajaran berinternet kepada pelajar dengan mengadakan latihan dalam bentuk interaktif multimedia berpandukan program Skor A yang hebat diperkatakan. Kami sebagai pihak pengurusan telah beberapa kali bertemu dengan wakil Skor A untuk mengadakan usahasama ini. Dengan adanyaprogram ini ibu bapa tidak lagi perlu risau kemana anak mereka pergi kerana setiap latihan yang anak mereka jalani adalah akan dipantau dari masa ke masa kerana ibu bapa dan anak mempunyai ID pembelajaran dalam laman web portal tersebut. Selain itu juga kami sedang berusaha untuk mengadakan kelas komputer untuk mengeluarkan sijil-sijil diktiraf dari Universiti tempatan. Kerjasama ini adalah kerjasama Syarikat Megatech dan Utem atau Universiti teknologi Melaka.

Di harap segala usaha murni untuk membantu anak bangsa dan masyarakat ini dapat di sokong sepenuhnya oleh pihak TEKUN. Kami juga berharap supaya pihak TEKUN mempertimbangkan segala permohonan kami untuk perniagaan bumiputra ini akan berjaya menyaingi masyarakat lain.

Referensi

Dokumen terkait

Pihak sekolah juga telah menggunakan guru bukan opsyen seni yang terdapat di sekolah untuk melatih guru- guru Pendidikan Seni Visual yang kurang kemahiran menggunakan peralatan dan

Walaupun terdapat kaunselor, guru disiplin, guru kelas dan agensi-agensi lain yang bekerjasama dengan pihak sekolah seperti polis dan AADK dalam menangani masalah

3.3.14 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak

Sekolah harus memiliki sumber daya yang memadai terutama tenaga pengajar yang professional dan kompeten dibidangnya, sekolah harus mempunyai tenaga pengajar yang

Menurut Cohen (2010), literasi komputer adalah penting bagi setiap individu khususnya bagi pelajar. Bagi seorang pelajar, mempunyai kemahiran asas literasi komputer boleh membantu

“Mempercayakan salah satu instansi untuk membantu sekolah dalam pengadaan laboratorium komputer multimedia, laboratorium bahasa, software sekolah sampai software

Selain dari keistimewaan, PBK menurut Nasution (1994) mempunyai sejumlah benefit, yaitu: (1) komputer dapat membantu peserta didik dan pendidik

pengoreksian secara cepat, belum adanya sistem penilaian komputer yang dapat membantu guru dalam mendokumentasikan penilaian hasil belajar siswa dan sistem komputer yang berisi