• Tidak ada hasil yang ditemukan

Contoh Bahan Ulbs Bm Spm

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Contoh Bahan Ulbs Bm Spm"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

ULBS BM SPM

Contoh Forum: KEMALANGAN JALAN RAYA

Pengerusi (NAJMA) : Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis, ahli panel yang hadir bersama dengan kita pada hari ini iaitu saudari Noor Sima bt Ismail, dari Kelab Mencegah Kemalangan Jalan Raya Negeri Terengganu, saudari Nor Fatin Najwa bt Mohd Rani, dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, serta saudari Syafiqah bt Abdul Wahab, pengarang Majalah Remaja Bestari, serta hadirin dan hadirat sekalian. Saya Wan Fatin Najma bt. Wan Abdullah, selaku pengerusi forum pada kali ini akan bersama-sama ahli-ahli panel kita untuk membicarakan tajuk pada kali ini. Sebagai pembuka kata, ingin saya perkenalkan tajuk forum remaja yang didalami dan diselami oleh barisan panel iaitu KEMALANGAN JALAN RAYA. Dalam dekad ini, perangkaan kematian yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya di Malaysia sebenarnya agak tinggi. Statistik

bilangan kematian pengguna jalan raya meningkat lebih-lebih lagi pada musim perayaan apabila bilangan kenderaan yang menggunakan jalan raya bertambah pada suatu masa, kita dapat menyaksikan kes kemalangan jalan raya turut melonjak. Fenomena yang tidak sihat ini nescaya mengundang pelbagai akibat yang buruk kepada Negara memandangkan setiap kemalangan jalan raya membabitkan kerosakan fizikal, kecederaan atau kematian. Untuk mengetahui kesan-kesan kemalangan jalan raya, saya mempersilakan saudari Noor Sima Ismail untuk menerangkannya.

NOOR SIMA : Terima kasih, saudari pengerusi. Kemalangan jalan raya yang menyebabkan kehilangan nyawa akan menggugat produktiviti negara. Golongan yang berusia dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun merupakan golongan belia yang paling produktif. Kumpulan ini dapat menyumbangkan tenaga, kepakaran dan kemahiran yang tinggi kepada

pembangunan negara. Belia yang meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan jalan raya akan menjejaskan produktiviti Negara. Negara kita akan mengalami kerugian yang tinggi andainya korban nahas jalan raya itu terdiri daripada pekerja yang berkemahiran tinggi dalam bidang kemahiran tertentu. Tempoh untuk melahirkan seorang doktor misalnya memerlukan 6 hingga 7 tahun. Dalam hal ini kematian seorang doktor tidak dapat diganti dengan serta merta oleh negara. Kesannya, tahap kesihatan dan perubatan negara kita akan terjejas. Pengeluaran hasil sesebuah kilang akan terjejas jika kemalangan jalan raya melibatkan bas kilang yang membawa pekerja kilang. Dengan kata lain, kemalangan jalan raya akan memudaratkan pembangunan negara dari segi sumber tenaga manusia.

FATIN NAJWA : Tepat sekali pendapat saudari Noor Sima tadi. Lazimnya, berbagai-bagai kerosakan akan berlaku ekoran daripada kemalangan jalan raya. Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti syarikat insurans terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk memenuhi tujuan membaik pulih dan membayar

pampasan. Kerajaan juga terpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan kemudahan asas yang berpunca daripada kemalangan jalan raya. Tambahan pula, syarikat insurans perlu membayar tuntutan insurans dan bil perubatan yang tertunggak akibat kemalangan jalan raya tidak kira mangsa kemalangan jalan raya itu cedera atau maut. Setiap tahun, jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dan syarikat insuran kerana kadar kemalangan jalan raya yang amat tinggi di Malaysia. Alnagkah baiknya wang sejumlah itu dislaurkan untuk tuuan pembangunan prasarana seperti projek prmbangunan negara. Jelaslah kemalangan jalan raya akan mendatangkan kerugian kepada ekonomi Negara.

SYAFIQAH : Sementara itu, imej negara akan terjejas oleh kadar kemalangan jalan raya tinggi. Pelabur asing dan pelancong akan berasa was-was untuk melabur atau melancong ke Malaysia. Pelabur asing akan mempertimbangkan factor kos pengangkutan apabila mereka

(2)

melabur di Malaysia. Mereka akan khuatir akan keselamatan barangan mereka untuk sampai ke pelabuhan atau ke kilang akibat kadar kemalangan jalan raya yang tinggi. Berasaskan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan bas persiaran atau pengankutan awam, pelancong asing akan teragak-agak untuk melawat ke Malaysia jika keselamatan-keselamtan mereka terancam semasa menggunakan kenderaan awam. Tiada sesiapa pun yang ingin mempertaruhkan nyawa untuk melancong di Negara kita. Ringkaskan, sector perindustrian dan sektor pelancongan akan menerima tamparan yang hebat sekiranya kemlaangan jalan raya di negara kita tidak dibendung dengan baik.

Pengerusi (NAJMA) : Seperti kata peribahasa “ada angin, ada pokoknya”, justeru, apakah faktor-faktor yang menyebabkan kemalangan jalan raya amat membimbangkan sekarang ini. Apakah pandangan panel-panel kita.

NOOR SIMA : Kemalangan jalan raya dikaitkan dengan tabiat pengguna jalan raya itu

sendiri. Kebanyakan pengguna tidak mematuhi arahan keselamatan jalan raya seperti tidak mematuhi papan tanda-papan tanda jalan raya, memandu dengan laju dan melebihi had laju kebangsaan serta tidak mematuhi lampu isyarat. Seterusnya mereka juga memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol dan memandu walaupun mengantuk. Dalam hal ini, tabiat pemandu ini yang mementingkan diri sendiri menjadi penyumbang besar kepada kes kemalangan jalan raya.

FATIN NAJWA : Pengerusi, kemalangan jalan raya juga berpunca daripada keadaan jalan raya itu sendiri. Faktor jalan raya yang berlubang, tiada bahu jalan, jalan berbengkang-bengkong dan jalan raya yang tidak mempunyai papan tanda juga menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.

SYAFIQAH : Dalam hal ini juga, keadaan cuaca juga menjadi penyumbang kes kemalangan jalan raya. Hujan yang turun menyebabkan jalan menjadi licin dan berbahaya sekiranya kenderaan melaluinya dengan kelajuan yang tinggi. Jerebu juga menyebabkan had penglihatan menjadi kabur dan sukar menganggar jarak kenderaan di hadapan. Pengerusi (NAJMA) : Sebagai langkah untuk menghindari nyawa pengguna jalan raya

daripada terus melayang, langkah penjagaan keselamatan mereka perlu disegerakan. Pihak berkuasa mesti memandang berat terhadap sebarang usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Apakah langkah-langkah yang dilakukan untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat?

NOOR SIMA : Masyarakat iaitu kita semua amat berperanan dalam membendung masalah kemalangan jalan raya ini memandangkankitalah pengguna jalan raya. Justeru, kita perlu memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Sebelu m memulakan perjalanan yang jauh, kita perlu mendapat rehat secukup-cukupnya. Kita perlu tidur dahulu ataupun berehat di hentian-hentian rehat dan rawat sekiranya berasa letih atau mengantuk kerana ‘ terlelap sesaat membawa maut’. Selain itu, pemandu juga perlu mematuhi arahan had laju dan sentiasa siaga atau siap sedia dengan papan-papan tanda di jalan raya. Pemandu juga mestilah tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak ber’sms’ ketika memandu. Pemandu juga jangan lupa memakai tali pinggang keledar sebagai langkah keselamatan.

FATIN NAJWA : Saudari pengerusi, berada di atas kenderaan beroda dua, penunggang motosikal memang mudah terbabas apabila dilanggar oleh sebab motorsikal terpaksa berhimpit di bahu jalan dengan kenderaan berenjin yang lebih besar, lazimnya keselamatan

(3)

mereka akan terancam. Selaras dengan bahaya yang diharungi oleh penunggang

motorsikal, lorong khas patut dibina untuk kegunaan mereka sahaja. Hasilnya kenderaan besar lain tidak akan menghampiri motorsikal semasa berada di atas jalan raya.

SYAFIQAH : Semakin laju sebuah kenderaan, semakin sukar kenderaan tersebut

diberhentikan pada waktu kecemasan. Musibah mungkin melanda pengguna jalan raya pada bila-bila masa. Di kawasan yang dilalui oleh orang ramai umpamanya di sekitar hospital dan sekolah, had laju kenderaan mestilah dikurangkan. Had kelajuan yang rendah nescaya akan dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya. Permukaan jalan yang berlekuk-lekuk juga membahayakan penunggang motorsikal dan basikal. Selekoh tajam di jalan raya menggugat keselamatan pengguna jalan raya secara amnya jika mereka memandu dengan laju. Kelemahan dan kerosakan jalan raya perlu dibaiki dengan segera supaya pengguna tidak menjadi mangsa.

Pengerusi (NAJMA) : Terima kasih kepada ahli-ahli panel kita pada kali ini. Keselamatan jalan raya, tanggungjawab bersama. ‘Api kecil baik dipadamkan’. Jika tidak, kemalangan jalan raya akan menjadi batu penghalang kepada kemajuan negara. Kehilangan sumber manusia yang merupakan nadi penggerak pembangunan Negara, perbelanjaan membayar kerja memabik pulih dan pampasan insuran serta tercemarnya imej negara akan membawa padah kepada ekonomi. Lantaran itu, semua pihak hendaklah berusaha dengan

bersungguh-sungguh menangani masalah kemalangan jalan raya ini. Tindakan yang tegas dan usaha yang gigih terutamanya daripada pihak berwajib pasti penting untuk

mengurangkan nahas di jalan raya. Sekian sahaja perbincangan pada kali ini. Assalamualaikum wbt.

TAJUK FORUM : INTERNET – BAIK BURUKNYA INTERNET DALAM

KALANGAN PELAJAR

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang

Forum Remaja. Topik kita pada hari ini ”INTERNET – baik buruknya Internet

dalam kalangan pelajar”. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak

asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan

kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang

ahli panel kita pada hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel

pertama,saudari (NurMaizatul Akmam Matusin). Selamat datang saudari.

Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (Halimaton

Nadzirah Rahman). Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak

pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (Najwa Mahmood). Selamat datang

juga buat saudari. Baiklah sebelum saya menyimpang lebih jauh , soalan

saya pada panel pertama, apakah maksud internet yang di uar-uarkan oleh

remaja mahupun orang yang sudah berusia pada masa kini?

Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Internet bermaksud

penghubung di antara pengguna-penggunanya . ramai yang menggunakn

internet pada msa kini untuk bertujuan meninmba ilmu ataupun mencari

pekerjaan. Walau bagaimanpun , internet ini dapat mendekatkan hubungan

kita dengan keluarga atau sahabat-sahabat yang jauh di perantauan .

Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi

panel pertama ada menyatakan bahawa penggunaan internet dapat

(4)

mendekatkan perhubungan di antara sahabat mahupun keluarga yang jauh

di perantaun, bolehkan saudari terangkan bagaimana untuk mendekatkan

perhubungan tersebut dengan menggunakn internet?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu

persatu. Seperti yang kita ketahui, masyarakat sekarang ramai yang

menggunakan perhubungan yang sangat mudah untuk di gunakan. Banyak

contoh yang terdapat di dalam penggunaan internet untuk menghubungkan

talian tersebut. Seperti emel , facebook , myspace dan sebagainya .

walaubagaimanapun , tidak ke semuanya menganggap penggunan komuniti

ini bagus , ada juga yang menganggap ia sebagai satu benda yang buruk.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang

lagi bersuluh bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah untuk

di gunakan. Tidak semua penggunaan internet ini ada baiknya , tetapi

sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai keburukan menggunakan

internet , apa kata panel ketiga mengemukakan pandangan beliau mengenai

penggunaan internet juga boleh digunakan untuk menimba ilmu atau

mencari pekerjaan? Silakan saudari.

Panel Ketiga : Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam

majlis forum ini, antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk

menimba ilmu atau mencari pekerjaan. Terdapat banyak laman web yang

mengutarakan tentang pendidikan ataupun pekerjaan. Pada masa kini juga,

ramai remaja yang hanya duduk di rumah sementara menunggu keputusan

peperiksaan di keluarkan, tidak ada salahnya untuk mencari pengalaman

bekerja sementara menunggu. Banyak masa yang terbuang jika remaja

hanya duduk di rumah ataupun hanya duduk lepak bersama kawan tanpa

arah tuju. Remaja boleh melayari internet untuk mencari pekerjaan.

Walaupun ianya hanya sementara, tetapi sekurang-kurangnya masa itu tidak

di buang begitu sahaja. Pepatah menyatakan bahawa Masa itu Emas, oleh

itu kita harus sama-sama menghargai setiap detik yang berlalu dengan

mengisikannya dengan benda yang bermanfaat.

Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga

menyediakan pekerjaan-pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu

keputusan peperiksaan. Betul kata panel kita yang ketiga tadi, adalah lebih

baik remaja mencari kerja sementara menunggu keputusan di keluarkan.

Baiklah, itu antara kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam penggunaan

internet. Sekarang kita beralih pula kepada keburukan menggunakan

internet. Soalan saya kembali kepada panel kita yang pertama, apakah

antara keburukan yang terdapat dalam penggunaan internet?

Panel Pertama: Daripada sudut negatif pada penggunaan internet memang

ada. Namun, ianya tidak harus dijadikan penghalang pada pelajar untuk

menggunakannya. Banyak kes yang terjadi melalui internet. Antaranya

(5)

mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa kepada sindiket

penipuan ini. Mereka berkemampuan untuk mendapatkan wang mangsa

dengan berbagai-bagai cara. Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini

kerana penganjur penipuan ini menggunakan taktik psikologi sehingga

mangsa mempercayai dakwaan sindiket itu. Biasanya penipuan ini

menghubungi mangsanya melalui emel yang biasa digunakan oleh para

pelajar. Berikut adalah beberapa contoh penipuan yang boleh anda dapati

melalui laman web.

Pengerusi: terima kasih atas pendpat panel kita yang pertama mengenai

keburukan internet tersebut . kita sendiri dapat lihat , banyak penipuan yang

berlaku dan disebarkan melalui internet . apakah contoh lain selain penipuan

yang terdapat dalam internet , soalan ini saya ajukan kepada panel kita yang

kedua . Silakan .

Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, antara contoh lain yang

terdapat dalam penggunaan internet ialah laman web yang yang

berunsurkan pornografi. Pelajar zaman sekarang ramai yang mengetahui

internet menyediakan laman web yang berunsurkan pornografi membuatkan

pelajr rasa ingin mengetahui isi kandungnya. Ini adalah salah satu sebab

kenapa di nyatakan bahawa internet juga ada buruknya. Tanggungjawab

ibubapa harus ditekankan lagi bagi menjaga setiap perbuatan yang anak

mereka lakukan. Ini semua akan menjejaskan pelajaran mereka. Otak

mereka akan menjadi sempit dan cetek. Pengetahuan mereka hanya setakat

itu sahaja. Mereka akan menumpukan pada laman web yang berunsurkan

pornografi ini. Ibu bapa harus memantau anak-anak mereka semasa

menggunakan internet.

Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah

sedikit apa yang dikatakan saudari panel kedua.

Pengerusi: Silakan saudari.

Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang

lebih social berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu

tertumpu kepada mereka. Kita tidak boleh menyalahkan laman web yang

menyediakan unsur-unsur sedemikian, tetapi ibubapa harus mendidik

anak-anak mereka dengan lebih tegas. Penggunaan internet juga ada batasnya,

ibubapa boleh menterhadkan penggunaan internet tersebut. Ibubapa boleh

menghalang kemasukan untuk laman web yang berunsurkan benda negatif.

Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan

tentang laman web yang berunsur pornografi , saya pasti ramai yang ingin

tahu apakah pendapat bagi panel kita yang ketiga mengenai keburukan

menggunakan internet . Silakan saudari .

(6)

diberikan oleh panel pertama dan kedua kita tadi. Bagi pandangan saya,

terlalu banyak keburukkan yang terdapat dalam penggunaan internet

tersebut. Bukan setakat penipuan atau pun laman web yang berunsurkan

pornografi. Malah banyak lagi yang terdapat di dalam internet tersebut. Bagi

saya, kita harus berhati-hati dengan menggunakan internet. Jika kita bijak

menggunakannya, benda negetif yang terdapat di dalam internet tersebut

tidak akan menjejaskan penggunaan yang baik.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita

kerana sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa

yang kita dapat hari ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan, keluar telinga

kiri”. Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita

sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun

mendengar perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya

pengguaan internet bukan sahaja di sediakan untuk kebaikan , malah

keburukkan juga terdapat dalam kandungan isi internet . ”pengayuh sudah

ditangan , perahu sudah di air ” fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti

berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi tepuklah dahi, bukalah

minda, dan fikir-fikirkanlah!! Internet merupakan pemangkin negara!

Terimalah serangkap pantun indah daripada saya:

Tuailah padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan;

Intailah kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,

Orang putih, orang Pakistan,

Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum

Warahmatullahhiwabarakatuh.

DIMENSI DIRI

TEMA: KELEBIHAN MEMPELAJARI BAHASA ASING

SOALAN: ANDA SEDANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI PUSAT PENGAJIAN TINGGI

TEMPATAN. BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA, ANDA MENYEDARI BAHAWA SESEORANG PERLU MENGUASAI LEBIH DARIPADA SESUATU BAHASA. SEBAGAI ABANG YANG

BERTANGGUNGJAWAB, ANDA INGIN MENASIHATI ADIK ANDA YANG MASIH BELAJAR SUPAYA BERUSAHA MENGUASAI PELBAGAI BAHASA. TULIS SEPUCUK SURAT KEPADA ADIK ANDA

(7)

UNTUK MENCERITAKAN KEPENTINGAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA.

Rangka Soalan Format: Surat Kiriman Tidak Rasmi Pendahuluan: - Berasa terasing kerana tidak dapat berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris - Mengelakkan diri daripada bercampur gaul dengan pelajar lain yang mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. - Dinasihati rakan-rakan agar menggunakan bahasa tersebut dalam perbualan seharian. Isi 1: Memudahkan berinteraksi dan berkomunikasi.. Isi 2: Meneroka pelbagai maklumat Isi 3: Memupuk semangat perpaduan Isi 4: Mudah mendapat pekerjaan Isi 5: Mengisi masa lapang Kesimpulan: - Ilmu penyuluh kehidupan - Sambil menyelam minum air.

_________________________________________________________________________ Afiq Bin Abu Bakar,

No 2 Blok C, Kolej Pertama,

Universiti Islam Antarabangsa, Gombak,

Selangor Darul Ehsan.

Ke hadapan adinda Adib yang berada di Taiping semoga dalam keadaan sihat sejahtera. Apa khabar adinda dan keluarga di kampung? Kekanda berharap agar adinda dan keluarga sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kekanda di sini berada dalam keadaan sihat dan gembira.

Adinda,

Bagaimanakah keputusan peperiksaan adinda yang lalu? Kekanda berharap agar adinda mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya dan dapat mengikut jejak langkah kakanda di menara gading ini. Adinda yang dikasihi,

Kakanda mempunyai ramai kenalan baru di sini. Kebanyakan mereka berasal dari luar negara. Sebagai contoh, negara Singapura, Indonesia, Filipina dan Thailand. Mereka menggunakan bahasa Inggeris apabila berbual. Dalam hal ini, penguasaan bahasa asing amat penting untuk memudahkan berinteraksi dan berkomunikasi. Oleh itu, adinda perlu menguasai bahasa asing agar membantu adinda untuk berkomunikasi.

Mempelajari bahasa asing dapat membantu kita meneroka maklumat dalam pelbagai bidang. Oleh itu, dengan menguasai pelbagai bahasa, adinda akan dapat mengumpul maklumat yang ditulis dalam semua bahasa yang adinda kuasai. Sebagai contoh, maklumat yang terkandung dalam buku, jurnal, akhbar dan internet. Maklumat ini menggunakan bahasa lain di dunia seperti bahasa Inggeris, Jepun, Perancis dan Arab. Jelaslah bahawa, adinda mempelajari bahasa asing dapat membantu adinda untuk menimba ilmu pengetahuan.

Adindaku,

Bahasa asing juga dapat memupuk semangat perpaduan yang tinggi. Sekiranya bahasa kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dan di luar negara dapat dipelajari dan difahami, sudah tentu kita dapat mengenali budaya dan adat resam kaum tersebut. Sebagai contoh, dengan menguasai bahasa Kadazan atau bahasa Iban, lebih mudah perpaduan dapat dipupuk. Konklusinya, bahasa dapat memupuk

semangat perpaduan sesuai dengan peribahasa, tak kenal maka tak cinta. Adinda,

(8)

Untuk pengetahuan adinda , kelebihan seseorang yang menguasai lebih daripada satu bahasa adalah lebih mudah mendapat pekerjaan. Hal ini adalah kerana pada hari ini persaingan untuk mendapat pekerjaan semakin sengit. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kelulusan yang baik, ketrampilan yang menarik dan kebolehan menguasai lebih daripada satu bahasa yang akan dapat menjawat sesuatu pekerjaan dengan mudah . Hal ini bermakna, adinda perlu menguasai lebih daripada satu bahasa .

Selain itu, menguasai bahasa asing dapat mengisi masa lapang. Sesungguhnya, mempelajari bahasa asing bukanlah sesuatu yang sukar. Adinda boleh mempelajarinya pada waktu terluang. Sebagai contoh, menghadiri kelas bahasa asing seperti bahasa Cina,bahasa Jepun, bahasa Arab, dan bahasa Perancis. Selain itu, kemahiran tersebut boleh mendatangkan nilai komersial bak kata pepatah sambil menyelam, minum air. Jelaslah bahawa bahasa asing mudah untuk dipelajari dan dikuasai.

Adinda yang dikasihi,

Jika diikutkan hati, memang kakanda ingin menulis dengan lebih panjang. Namun memikirkan kakanda akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan kakanda terpaksa menutup bicara pada kali ini. Pesanan kakanda yang terakhir, pelajari dan kuasai bahasa asing kerana ilmu penyuluh kehidupan. Akhir kata, sampaikanlah salam kakanda kepada semua ahli keluarga di kampung.

Sekian, terima kasih.

Kakandamu. ………..

LATIHAN

SOALAN: ANDA SEDANG MELANJUTKAN PELAJARAN DI PUSAT PENGAJIAN

TINGGI TEMPATAN. BERDASARKAN PENGALAMAN ANDA, ANDA MENYEDARI

BAHAWA SESEORANG PERLU MENGUASAI LEBIH DARIPADA SESUATU BAHASA.

SEBAGAI ABANG YANG BERTANGGUNGJAWAB, ANDA INGIN MENASIHATI ADIK

ANDA YANG MASIH BELAJAR SUPAYA BERUSAHA MENGUASAI PELBAGAI

(9)

BAHASA. TULIS SEPUCUK SURAT KEPADA ADIK ANDA UNTUK MENCERITAKAN

KEPENTINGAN MENGUASAI PELBAGAI BAHASA.

Afiq Bin Abu Bakar,

No 2 Blok C,

Kolej Pertama,

Universiti Islam Antarabangsa,

Gombak,

Selangor Darul Ehsan.

Ke hadapan adinda Adib yang berada di Taiping semoga dalam keadaan sihat sejahtera.

Apa khabar adinda dan keluarga di kampung? Kekanda berharap agar adinda dan keluarga

sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Kekanda di sini berada dalam keadaan

sihat dan gembira.

Adinda,

Bagaimanakah keputusan peperiksaan adinda yang lalu? Kekanda berharap agar adinda

mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya dan dapat mengikut jejak langkah

kakanda di menara gading ini.

Adinda yang dikasihi,

Kakanda mempunyai ramai kenalan baru di sini. Kebanyakan mereka berasal dari luar

negara. Sebagai contoh, negara Singapura, (1) ________________, (2)____________ dan

(3) ___________. Mereka menggunakan bahasa Inggeris apabila berbual. Dalam hal ini,

penguasaan bahasa asing amat penting untuk

(4)___________________________________. Oleh itu, adinda perlu menguasai bahasa

asing agar membantu adinda untuk berkomunikasi.

Mempelajari bahasa asing dapat membantu kita

(5)___________________________________. Oleh itu, dengan menguasai pelbagai

bahasa, adinda akan dapat mengumpul maklumat yang ditulis dalam semua bahasa yang

adinda kuasai. Sebagai contoh, maklumat yang terkandung dalam (6)_____________,

jurnal, (7)______________ dan (8)_____________. Maklumat ini menggunakan bahasa

lain di dunia seperti bahasa Inggeris, Jepun, Perancis dan Arab. Jelaslah bahawa, adinda

mempelajari bahasa asing dapat membantu adinda untuk menimba ilmu pengetahuan.

Adindaku,

Bahasa asing juga dapat (9) _________________________________________. Sekiranya

bahasa kaum-kaum yang terdapat di Malaysia dan di luar negara dapat dipelajari dan

difahami, sudah tentu kita dapat mengenali budaya dan adat resam kaum tersebut. Sebagai

contoh, dengan menguasai bahasa Kadazan atau bahasa Iban, lebih mudah perpaduan

dapat dipupuk. Konklusinya, bahasa dapat memupuk semangat perpaduan sesuai dengan

(10)

peribahasa, (10)_____________________________.

Adinda,

Untuk pengetahuan adinda , kelebihan seseorang yang menguasai lebih daripada satu

bahasa adalah lebih (11)___________________________. Hal ini adalah kerana pada hari

ini persaingan untuk mendapat pekerjaan semakin sengit. Sebagai contoh, mereka yang

mempunyai kelulusan yang baik, ketrampilan yang menarik dan kebolehan menguasai lebih

daripada satu bahasa yang akan dapat menjawat sesuatu pekerjaan dengan mudah . Hal

ini bermakna, adinda perlu menguasai lebih daripada satu bahasa .

Selain itu, menguasai bahasa asing dapat (12)________________________ .

Sesungguhnya, mempelajari bahasa asing bukanlah sesuatu yang sukar. Adinda boleh

mempelajarinya pada waktu terluang. Sebagai contoh, menghadiri kelas bahasa asing

seperti bahasa Cina,bahasa (13)____________, bahasa (14)________________, dan

bahasa (15)____________. Selain itu, kemahiran tersebut boleh mendatangkan nilai

komersial bak kata pepatah sambil menyelam, minum air. Jelaslah bahawa bahasa asing

mudah untuk dipelajari dan dikuasai.

Adinda yang dikasihi,

Jika diikutkan hati, memang kakanda ingin menulis dengan lebih panjang. Namun

memikirkan kakanda akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan kakanda

terpaksa menutup bicara pada kali ini. Pesanan kakanda yang terakhir, semoga adinda

pelajari dan kuasai bahasa asing kerana ilmu itu (16)____________________. Menguasai

bahasa asing dapat memberi banyak faedah kepada adinda. Akhir kata, sampaikanlah

salam kakanda kepada semua ahli keluarga di kampung.

Sekian, terima kasih.

Kakandamu.

………..

JAWAPAN

(1) Indonesia

(2)Filipina

(3) Thailand

(11)

(4) Memudahkan berinteraksi dan berkomunikasi

(5) Meneroka maklumat dalam pelbagai bidang

(6) Buku

(7) Akhbar

(8) Internet

(9) Memupuk semangat perpaduan yang tinggi

(10) Tak kenal maka tak cinta

(11) Mudah mendapat pekerjaan

(12) Mengisi masa lapang

(13) Jepun

(14) Arab

(15) Perancis

(16) Penyuluh kehidupan

Untuk membaca dengan lebih lanjut berkenaan dengan pengalaman belajar di luar negara

dan menguasai bahasa asing, anda boleh klik pada pautan ini: Kepentingan Menguasai

Bahasa Asing

Karangan Bahagian A

Tajuk : Sumbangan-sumbangan yang dapat diberikan untuk membantu mangsa

banjir.

(12)

Mangsa banjir merupakan golongan yang terlibat dengan bencana alam iaitu

banjir. Biasanya mereka terdiri daripada golongan

________________________________. Bencana banjir yang melanda Malaysia

terdapat di _________________________. Mangsa banjir menghadapi

masalah-masalah seperti _____________________________________. Oleh itu, mereka

sewajarnya diberikan bantuan untuk meringankan beban mereka. Terdapat beberapa

sumbangan yang boleh diberikan untuk membantu mangsa banjir.

Antara sumbangan yang boleh diberikan ialah bantuan kewangan. ( Apa )

Bantuan kewangan berupa __________________ boleh diberikan kepada mangsa

banjir . ( Siapa ) Pihak __________________ yang biasanya memberikan sumbangan

ialah ________________________. ( Bila ) Mereka memberi sumbangan

___________________________. ( Di mana ) Sumbangan ini akan disampaikan di

_______________ . ( Bagaimana ) Mereka memberi sumbangan melalui

_____________________________.

Selain itu, sumbangan lain yang boleh diberikan ialah barangan keperluan

harian. ( Apa ) Barangan keperluan harian yang diberikan ialah

______________________. ( Siapa ) Sumbangan ini biasanya diberikan oleh

_______________________. ( Mengapa ) Barang keperluan ini amat penting kerana

______________________________________________________

Bentuk sumbangan lain ialah pembersihan rumah dan kawasan sekitar. ( Apa )

Pembersihan

rumah

dan

alam

sekitar

bermaksud

___________________________________. ( Siapa ) Biasanya pihak yang membantu

ialah _________________________________. ( Bila ) Mereka akan membersihkan

rumah dan kawasan sekitar apabila ____________________________________.

( Bagaimana ) Mereka membersihkan rumah dan kawasan sekitar dengan

______________________________________. ( Mengapa ) Ini penting kerana

____________________________________________________________.

Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama membantu mangsa banjir. Ini

kerana mereka merupakan golongan yang berhadapan dengan musibah atau bencana

yang melibatkan ______________________________________. Jika mangsa banjir

ini tidak dibantu , mereka akan ___________________________________________.

Diharapkan dengan bantuan atau sumbangan yang diberikan,

_________________________________________________ bak kata peribahasa

__________________________________________.

(13)

Referensi

Dokumen terkait

Dengan menggunakan logika, diketahui bahwa persegi panjang berukuran 25 × 20 tidak akan dapat dibuat 1 bujursangkar yang menutupi seluruh bagian persegi panjang tersebut, karena sisi

keniscayaan dalam menampilkan kelftasan dan brbagai elemen yang hrrbeda yang ingur mengungkapkan kebesaranTuhan, untuk itu harus mamryr membangun dialog antar nilai

Peraturan Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia Nomor PER10/KA//IV/2015 tentang Penetapan Rencana Strategis BNP2TKI Tahun 2015 –

Hasil penelitian menunjukkan: 1) Kiai Haji Mas Mansur adalah tokoh yang memiliki religiusitas, intelektualitas, moralitas, dan sosialitas yang baik, dengan ekonomi

Berdasarkan uraian tersebut maka peneliti mempunyai gagasan untuk mengadakan penelitian tentang adakah korelasi kecerdasan spiritual dengan motivasi belajar siswa pada

There are 3 main glass manufactures in Indonesia; Asahi (the oldest and the largest), Mulia, and Tossa (the youngest). Asahi glass dominates the use of glass in Indonesia; it

Tulisan Mies van der Rohe yang dimuat pada G-Magazine, menjelaskan bahwa tugas utama dari seorang arsitek, adalah menterjemahkan barbagai kebutuhan kedalam ruang, termasuk

1) Negara-negara peserta wajib membuat peraturan- peraturan yang tepat untuk menghapus diskriminasi terhadap perempuan dalam semua urusan yang berhubungan